Вы находитесь на странице: 1из 10

!

"# $ % & ' ( )( *+,- #


( . /-#0&
1( -
2* 3* 45 5 4 2* 3* 2 6
7.
8 0 '
&#9* : ;-#0 &
1( <&' ( )9 -=
7'&
0*
- ? 5;
2& >'
…2 0C
1* 45-8 84 8&B
8-
" B8A $&
- . &@

Saudara Kaum Muslimin Sekalian,

Moga kita semua sentiasa dirahmati serta diberkati ALLAH.


Bersama-samalah kita mengenangkan sejenak akan keadaan diri
kita, dari segi keimanan kita kepada ALLAH dan RASULNYA, ,
dan kepatuhan dan ketaatan kita kepada ALLAH dan
RASULNYA. Jika kita dapati semakin hari semakin jauh kita dari
ALLAH dan RASULNYA, maka segeralah kita kembali ke jalan
ALLAH, segeralah kita bertaubat dan menuju ke jalan yang
diredhainya, segeralah kita memulakan perjalanan kita ke arah
ketaqwaan kepada ALLAH. Adapun jika kita dapati bahawa
semakin hari semakin bertambah ketaatan kita kepada ALLAH,
segeralah kita memanjatkan kesyukuran kita kepada ALLAH, dan
sentiasalah kita mengingati akan kasih sayang ALLAH pada
hambanya, dan cinta RASUL kepada umatnya

1
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah


Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :
0 D &
D '+, EF
G H 5 # H 0
.7'% (*+, #. (
E. I J1 5& D
CK
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu
malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-
tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu
peristiwa penting di mana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas
daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah
nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa isra' dan mikraj
di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan
kehebatan Allah dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil
Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya nabi
di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat.

2
Peristiwa ini telah menapis dan menyaring keimanan dan keyakinan
umat manusia terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran risalah nabi
Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ dan Mikraj
ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan
yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala
keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat di mana
ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq,
ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui
beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa
bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang
bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.Ini
berlaku semata-mata kerana peristiwa ini amatlah menongkah arus aqal
manusia .Inilah gambaran yang akan berlaku apabila umat keliru dalam
meletakkan sumber ambilan dalam membuat satu-satu kesimpulan . Umat
Islam hari ini harus waspada dengan ledakan arus untuk meletakkan aqal
mengatasi sumber Al Quran dan Sunnah .Islam tidak sama sekali menolak
peranan yang dilakukan oleh aqal tetapi harus ditundukkan dengan
bimbingan wahyu dan sunnah . Perkara seperti inilah juga yang terpaksa
dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula
semua sistem Islam maka di sana timbulnya beberapa golongan iaitu
golongan pertama yang seratus peratus yakin dengan kemampuan Islam
serta berusaha dengan kemampuan yang ada untuk melaksanakannya.
Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kemampuan
sistem Islam tetapi sentiasa mencari jalan agar ia tidak dapat dilaksanakan
dengan memcari pelbagai alas an an atas alas an kebebasan berfikir cuba
mempengaruhi orang lain agar sama-sama ragu seperti mereka juga..
Golongan ketiga iaitu golongan pelampau terdiri daripada mereka yang

3
menolak terus sistem Islam Jika umat dahulu berasa pelik apabila nabi
menceritakan tentang Isra’ dan Mikraj maka umat zaman kini merasa pelik
apabila disebut tentang sistem hidup Islam yang menyeluruh sedangkan
sistem ini pernah dilaksanakan di negara ini pada masa pemerintahan
Kesultanan Melayu sebelum datangnya penjajah.

Kita harus mempelajari dari peristiwa ini bahawa Iman itulah


merupakan pengukuran yang sebenarnya di dalam Islam. Dan
bagaimana kita mempraktikkan ajaran Baginda selepas beriman
dengannya. Sesungguhnya, Imanlah yang membezakan Sayyidina
Abu Bakar r.a. dan menempatkan beliau pada suatu kedudukan
yang tidak dapat ditandingi oleh sahabat Rasulullah s.a.w. yang
lain. Beliau lebih dikenali sebagai As-Siddiq yang bererti “yang
membenarkan” lebih dari namanya sendiri kerana beliau terus
percaya dan beriman dengan khabar dari Baginda Rasulullah s.a.w.
ketika diceritakan peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,


Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian
dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha
menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa
saudaranya Abu Tolib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan
yang disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi
logik akal maka Islam pasti akan terkubur tetapi kuasa Allah melebihi
segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi

4
telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk
berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah
mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia,
daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif di mana
penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah
telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah. Kita dapat
melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran
daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya
sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran
malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang
begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif. Penolakan
nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam di mana
kekayaan bukanlah satu-satunya faktor dalam menegakkan Islam kerana jika
kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan
dengan hasil mahsul negara yang banyak tetapi ia tidak membantu
pelaksanaan sistem Islam dan tidak pula membantu untuk umat Islam
bersatu dalam menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas.
Kekayaan hanya dibolot oleh segolongan tertentu sedangkan sebilangan
yang lain terus menderita Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan
ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang
ditanam dalam diri. Islam juga bukan tersebar atas paksaan tetapi ia mampu
menawan hati manusia dengan keadilan dan keindahan seluruh sistemnya
sehingga tawaran kesenangan dunia dengan sendiri akan ditolak apabila
semangat Islam telah menguasai diri seseorang. Kekuatan aqidah inilah yang
menjadi musuh kepada mereka yang melawan Islam daripada golongan
kuffar dan munafik. Kita perlu ingat bahawa tiada istilah menang mudah

5
dalam memperjuangkan Islam kerana ia menuntut kepada kesabaran dan
istiqamah sebelum datangnya janji kemenangan daripada Allah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,


Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum
nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah
melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi
isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin
terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan yahudi di mana
keganasan yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam
terus berjalan tanpa perikemanusiaan. Kuasa Kristian yang dibeli oleh
yahudi terutama Amerika Syarikat turut menggalakkan pembunuhan umat
Islam malah kuasa kristian atas nama memerangi keganasan terus
menjadikan umat Islam sebagai sasaran kepada senjata milik mereka. 2
kuasa besar masa kini iaitu kuasa Kristian dan yahudi seumpama 2 kuasa
besar Rom dan Parsi yang pernah dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan para
sahabat pada zaman itu di mana akhirnya turut tunduk dan patuh kepada
pemerintahan Islam. Kemenangan Islam dalam menakluki 2 kuasa besar
tersebut telah diperolehi samada melalui perang atau pun perdamaian.
Sebagaimana kuasa Rom dan Parsi memandang rendah kepada Daulah
Islamiah yang dibina oleh nabi di Madinah pada awalnya tetapi akhirnya
mereka sendiri merasa gerun melihat kehebatan sebuah pemerintahan Islam
yang diasaskan atas aqidah dengan membina kemajuan tamadun kebendaan
tanpa mengabaikan pembangunan insan. Begitulah terjadi pada hari ini di
mana selepas penjajahan dan negara-negara umat Islam diberikan
kemerdekaan maka kuasa penjajah terutama kristian begitu mengambil berat
tentang kepimpinan yang sedang dan akan memerintah di negara jajahan

6
mereka sebelum ini agar pemimpin yang dilantik mestilah meneruskan dasar
penjajah walau dengan apa cara sekali pun termasuk cara kekerasan dengan
menekan rakyat agar tidak kembali kepada pemerintahan Islam. Dunia kini
secara keseluruhan mula kembali semula kepada Islam terutama selepas
serangan terhadap 2 bangunan di Amerika pada 11 September 2001 yang
lepas. Kuasa yahudi dan kristian berasa gerun dengan perubahan yang
mendadak lalu mengambil tindakan lebih ganas dan kejam dengan
menggelarkan umat Islam sebagai pengganas yang mesti dihapuskan dari
muka bumi ini. Mereka menekan seluruh negara umat Islam seperti
Palestin, Afghanistan, Kashmir, Iraq, Indonesia dan lain-lain. Kita ingatkan
kuffar bahawa dunia Islam tidak selamanya ditimpa gerhana tetapi ia akan
kembali bercahaya dengan syarat seluruh umat Islam kembali bersatu atas
dasar Islam dengan menolak semangat kebangsaan yang memecahbelahkan
kesatuan umat Islam sebelum ini. Islamlah nescaya kita akan beroleh
kemenangan bersama kerdehaan Allah di dunia dan akhirat.

Renungilah firman Allah dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang
merupakan ayat yang diterima oleh nabi semasa bertemu Allah pada malam
Isra’ Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam:
*&D 125&1
,LM84&D
' N.C &0& N. &
0& &7( 45&O1 P 4
4&0&D #84 &D
' &D.
F0 , C & 95& D ) #84 &
D' &1Q
RL*
O B &1E1
&@&
DS 0N1
*&D &
DOT &DP '&
DF &U
Maksudnya : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan
dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami
! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami

7
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami
dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.
# , V&W 0 @&' & -
5 XD7O
1 !7 2:B X@ X <& '
Y& X !7 O
ZC( 7 I- J - 1
58 8 D0 XD
0 )-
.B
8
\&
H1& OZC [ @&@ O ZC
(&@V&D
0M D
0M V&
.
Y&
C
-

Saudara Kaum Muslimin Sekalian,

Moga kita semua sentiasa dirahmati serta diberkati ALLAH. Bersama-


samalah kita mengenangkan sejenak akan keadaan diri kita, dari segi
keimanan kita kepada ALLAH dan RASULNYA, , dan kepatuhan dan
ketaatan kita kepada ALLAH dan RASULNYA. Jika kita dapati semakin
hari semakin jauh kita dari ALLAH dan RASULNYA, maka segeralah kita
kembali ke jalan ALLAH, segeralah kita bertaubat dan menuju ke jalan yang
diredhainya, segeralah kita memulakan perjalanan kita ke arah ketaqwaan
kepada ALLAH. Adapun jika kita dapati bahawa semakin hari semakin
bertambah ketaatan kita kepada ALLAH, segeralah kita memanjatkan
kesyukuran kita kepada ALLAH, dan sentiasalah kita mengingati akan kasih
sayang ALLAH pada hambanya, dan cinta RASUL kepada umatnya

Jika kita singkap kembali lembaran sejarah sebelum berlakunya peristiwa


Isra dan Mikraj ini, akan kita dapati bahawa beberapa tahun sebelum
berlakunya peristiwa ini, Baginda Muhammad s.a.w. dan mereka yang

8
beriman dengan Baginda telah melalui beberapa keadaan yang menyedihkan
dan kesusahan serta penderitaan.

Baginda pertamanya kehilangan isterinya yang tersayang, Sayyidatina


Khadijah r.a., yang merupakan orang yang pertama yang beriman dengan
Baginda, dan teman sejatinya, serta pendukung Baginda, seorang yang
mengorbankan segala hartanya untuk dakwah Baginda. Kemudian, Baginda
kehilangan pemeliharaan dari semua kekasaran dan tentangan penduduk
Mekkah dengan kematian pakcik Baginda, Abu Talib. Selepas kematian
pakcik Baginda ini, mereka yang beriman terpaksa melarikan diri ke sebuah
lembah berdekatan Mekkah, di mana tiada makanan atau tempat berteduh di
situ.

Bahkan, Baginda begitu sedih apabila Baginda ke Taif dengan harapan agar
penduduknya menerima Baginda, namun mereka bukan setakat menolak
Baginda, tetapi mencederakan badannya yang mulia. Ramai dari mereka
yang beriman terpaksa berhijrah ke Habsyah dan yang kekal bersama
Baginda berada di dalam keadaan lemah dan lapar. Apa yang benar-benar
mendukakan Nabi ialah kaum Quraisy mengenali Nabi sebagai seorang yang
sentiasa jujur, namun mereka enggan beriman dengannya.

Di dalam segala kesedihan ini, ALLAH menganugerahkan Kekasihnya


Rasulullah s.a.w. dengan perjalanan Isra’ dan Mikraj ini demi untuk menjadi
inspirasi serta sumber kekuatan bagi Baginda dengan memperlihatkan
kepada Baginda apa yang tidak pernah dianugerahkan kepada seseorang pun
sebelum Baginda. Baginda diperlihatkan tanda-tanda Keagungan ALLAH,
serta jaminan bahwa ALLAH akan mengurniakan kejayaan kepada Baginda
ke atas segala musuh Baginda. Sesungguhnya, peristiwa Isra’ Mikraj ini

9
telah membuktikan kepada Baginda bahawa jika bumi serta semua
penduduknya mendukakan dan menyempitkan Baginda, maka segala pintu
langit sentiasa terbuka untuk Baginda, dan sekiranya ada makhluk yang
ingin mencederakan Baginda, maka segenap penduduk langit akan
membantu dan mempertahankan Baginda. Begitulah tingginya derjat Nabi
bagi Ummat ini.

Kita harus mempelajari dari peristiwa ini bahawa Iman itulah merupakan
pengukuran yang sebenarnya di dalam Islam. Dan bagaimana kita
mempraktikkan ajaran Baginda selepas beriman dengannya. Sesungguhnya,
Imanlah yang membezakan Sayyidina Abu Bakar r.a. dan menempatkan
beliau pada suatu kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh sahabat
Rasulullah s.a.w. yang lain. Beliau lebih dikenali sebagai As-Siddiq yang
bererti “yang membenarkan” lebih dari namanya sendiri kerana beliau terus
percaya dan beriman dengan khabar dari Baginda Rasulullah s.a.w. ketika
diceritakan peristiwa Isra’ dan Mikraj.

10

Вам также может понравиться