Вы находитесь на странице: 1из 14

SGRA 3013

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

MATLAMAT KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


memastikan perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu yang termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan individu yang seimbang dan berharmoni dengan piawai moral yang tinggi.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SEKOLAH RENDAH


Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SEKOLAH RENDAH


Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

ORGANISASI KURIKULUM PSV


Pemerhatian secara aktif
merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. membantu perkembangan emosi dan imaginasi.

ORGANISASI KURIKULUM PSV


Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual

ORGANISASI KURIKULUM PSV


Apresiasi seni visual secara mudah
memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.

ORGANISASI KURIKULUM PSV


Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

REFLEKSI
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

REFLEKSI
Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Mampu meningkatkan kualiti berfikir.

KESIMPULAN
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. PSV berperanan memperkembang sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

REFLEKSI
Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Apresiasi seni visual secara mudah Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Sekian Terima Kasih

Вам также может понравиться