Вы находитесь на странице: 1из 3

FAKTA STADIUM LARKIN.

Stadium : Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium @ Larkin Stadium Lokasi : Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Johor Bahru, Johor , Malaysia Tahun Dibina : 1964 Pengubahsuaian Pertama : 1991 Pemilik : Johor Stadium Corporation Permukaan Padang : Rumput Papan Kenyataan : Digital Kapisiti : 15,000 (1964-1991), 30,000 .

Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru lebih dikenali sebagai stadium larkin telah mula dibina pada tahun 1964 oleh Kerajaan Johor dan ditadbir olah Jabatan Kerja raya Johor. Jumlah kapasiti hanya 15,000 orang sahaja.Pada tahun 1992 negeri johor telah di tawarkan menjadi tuan rumah temasya sukan malaysia kali ke IV dimana Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru telah menjadi gelanggang utama sukan olahraga dan padang pada temasya tersebut. Bagi memenuhi piawaian temasya tersebut ianya telah di naik taraf pada 1991 dimana melibatkan keseluruhan rekabentuk Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru termasuk track balapan, padang, lampu limpah, bilik-bilik media dan sebagainya,kos keseluruhan menaik taraf sebanyak RM 50 juta dan boleh memuatkan seramai 30,000 orang pada sesuatu kejohanan. Secara peribadi saya memilih objek Stadium Larkin sebagai tajuk tugasan saya adalah kerana teruja dan berbangga sebagai anak jati johor dan kagum dengan perkembangan bola sepak negeri Johor disebabkan revolusi bola sepak Johor telah secara langsung membuatkan

stadium Larkin ini mengalami perubahan besar dari segi infrastrukturnya mahupun emosi rakyat Johor. Stadium Larkin yang terletak di negeri selatan tanah air iaitu Johor telah menjadi venue perlawanan bolasepak yang menjadi bualan hangat dewasa ini. Stadium yang dahulunya kosong tanpa penyokong walaupun diberi tiket percuma kini mencatat kehadiran sehingga 30,000 peminat dari seluruh pelusuk negeri.Biar menang atau pun kalah, peminat tetap memberi sokongan padu dan bersorak meriah bersama-sama. Kalau dahulunya suasana ini hanya terdapat di negeri seperti Selangor, Kedah juga Kelantan, namun stadium Larkin sekarang berdiri megah dengan kehadiran penyokong setianya.Kerja menaiktaraf telah memungkinkan kapasiti penyokong bertambah dari 30,000 kepada 50,000 tempat duduk sekarang ini. Di bawah teraju Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, revolusi bolasepak telah berlaku di negeri Johor sejak beliau megambil alih pucuk pimpinan persatuan bolasepak Johor awal tahun lalu. Pemain berkualiti dari dalam dan luar negara dibawa menyertai pasukan seperti Safee Sali, Safiq Rahim, Nor Shahrul Idlan Talaha, Daniel Guiza, Andrezinho dan juga Leonel Nunez turut merancakkan arena bolasepak khususnya di negeri Johor.Zaman suram bolasepak Johor sejak dua dekad lalu telah berakhir dan diharap laungan Luaskan Kuasamu Johor akan terus bekumandang. Era malap bolasepak Johor bermula dari tahun 1994 meniti penghujungnya

menjelang tirai musim 2012-2013. Stadium Larkin kini digelar Sini Laken kembali meriah dengan kehadiran ribuan peminat dan penyokong dari seluruh pelusuk bumi Johor

memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan bolasepak yang kini dicemburui

oleh pihak lawan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pasukan Johor kini adalah yang paling popular dalam kancah persada bolasepak tanah air. Semua ini tidak mungkin dapat dipisahkan dengan seorang pesonaliti bertaraf

bangsawan yang menjadi ikon revolusi iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mencetus fenomena kebangkitan bolasepak Johor dengan visi dan misi yang mapan. Kata-kata bahawa sukan mencetus perpaduan dikalangan rakyat tidak lagi hanya impian namun dibuktikan dalam revolusi bolasepak Johor. Rakyat pelbagai kaum tidak kira latarbelakang dan juga bangsa kini bersatu hati memberi sokongan padu dengan kehadiran ke stadium pada setiap perlawanan termasuk perlawanan di tempat lawan.Memetik katakata Almarhum nenda baginda Sultan Iskandar, matlamat pertama perlawanan adalah untuk menang, namun menang atau kalah mesti dengan penuh gaya.Itu Johor!

Вам также может понравиться