Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
esen vanilla. janji terbentuk comel.. weee~~ Bahan untuk buat Adunan :
* Gula nih depend pada kuantiti kuih keria yang kita dapat. # Mak saya ajar macam ni... Guna senduk free yang dapat dalam tepung jagung tu. hehehe! Cara-Caranya:1. Ubi keledek di kupas kulit, di potong kecil dan di rebus. Rebus sehingga empuk ya. Air dimasukkan separas ubi keledek dan masuk kan secubit garam. 2. Dah empuk...angkat dan toskan. 3. Kemudian lenyek Ubi tersebut sehingga hancur dan biarkan sejuk seketika. 4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam ubi keledek yang dilenyek tadi hingga sebati dan adunan boleh di bentuk kerana ubi keledek tadi tidak lagi melekat di tangan. Sukatan tepung tadi tidak habis pun tak apa. Lagi kurang tepung lagi sedap!!! percayalah lalalalala~~ 5. Bentukkan adunan tadi mengikut citarasa masing samada bentuk bulat, bujur atau bersegi ka.. terpulang. Saya buat bentuk yang biasa tu- Donut. 6. Sapukan minyak masak sedikit di atas dulang untuk letak adunan yang siap di bentuk. 7. Goreng adunan sehingga kekuningan. 8. Angkat dan toskan minyak. Cara untuk Sira Gula :1. 2. 3. 4. Masuk sukatan air dan gula Masak sehingga likat dengan api yang sederhana. Air gula itu akan berbuih putih. Masukkan Kuih Keria yang siap di goreng. Gaulkan sekata sehingga naik bunga gula (Putih), Pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.
uih Cek Mek Molek Bahan bahan ubi keledek oren tepung gandum sedikit gula Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan. Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.
Sejukkan dulu
tadaa siappp
4 biji epal hijau, dikupas kulit dan dipotong dadu 1 biji buah lai (XL- kalau saiz kecil, guna 2 biji)-dikupas kulit dan didadu juga 1/2 cawan gula 1/3 cawan air 1 batang kulit kayu manis (1 inci) Cara membuatnya:
1. Campurkan buah-buahan tadi di dalam periuk. Asingkan 1 cawan dan ketepikan dulu. Masukkan gula, air dan kulit kayu manis ke dalam periuk dan masak inti menggunakan api sederhana. 2. Apabila mendidih kacau sentiasa inti, hingga sebati. Apabila epal hancur dan hampir pekat, keluarkan kulit kayu manis dan masukkan 1 cawan buahan tadi ke dalam periuk (supaya inti ada rasa rangup apabila dikunyah) 3. Apabila inti pekat, tutup api dan ketepikan dulu. Bahan-bahan 'crumble':
1 1/2 cawan tepung gandum 100gm margerin 1 cawan nestum original dewasa Cara membuatnya: 1. Masukkan tepung dan margerin ke dalam mangkuk. Gaul ramas menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk roti. 2. Masukkan nestum dan gaul rata. 3. Sediakan loyang empat persegi 18 sm x 18 sm. (loyang bulat pun tak apa) Lengserkan dengan margerin. Panaskan oven ke suhu 180 darjah api atas dan bawah. 4. ambil 1 1/2 cawan adunan crumble dan ratakan di dalam loyang. Jangan ditekan. Masukkan kesemua inti dan ratakan. Akhir sekali ambil lebihan 'crumble dan ratakan menutupi semua inti. 5. Masukkan loyang di rak bawah sekali dan bakar lebih kurang 20 minit pada suhu 190 C, atau hingga Apple Crumble berbau wangi. Apabila masak, sejukkan sebelum dipotong dan dihidang bersama sos kastard. Cara membuat sos kastard: Masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar tepung kastard di dalam 'blender' . Kisar 1 minit. Tuang ke dalam kuali atau periuk dan masak hingga hampir pekat. Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa agar tidak hangus. Jangan masak hingga pekat sangat, agak-agak cantik dituang... ke atas 'Apple Crumble'.. Selamat Mencuba..
Bahan-bahan ( 4 orang )
1 peket mee kuning 4-6 ekor udang basah 50g udang kering ( blend ) 1/2 biji bwg besar 3 ulas bwg putih 5 tangkai cili kering 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat. 4 biji telur sawi bawang goreng Hirisan cili merah Air rebusan daging Gula Garam hirisan daging limau kasturi / limau nipis tauhu goreng - hiris nipis
Cara-cara 1. Celur mee kuning 2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak. 3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa. 4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi. 5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
Bahan2 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil ketumbar - tambah Cara 1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)