Вы находитесь на странице: 1из 49

MUHAMMAD HUZAIR AL HAKIM BIN ZAINI MOHAMAD HANIF BIN MAMAT

Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama:Pertama : pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan yang berkemahiran(perubahan dimana latihan akan memahirkan individu tersebut/pengalaman sesuatu peristiwa) Kedua : pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung. Ketiga : pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman. Keempat : pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.

Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan. Gabbard(2008),merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau pengalaman.

TERDAPAT EMPAT KOMPONEN ANTARANYA: LATIHAN MENTAL MOTIVASI KEMATANGAN KEBIMBANGAN

PENGENALAN Selain memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek fizikal, kita juga perlu mengimbangkan aspekaspek mental di dalam menghadapi sesuatu pertandingan sukan. KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN :a. b.

c.

membina kecekapan sesuatu kemahiran murid dengan lebih cepat dan meluas. Penggunaan lebih berkesan kerana bekerja secara berkumpulan dan menggunakan peralatan secara terhad. Dapat memperbaiki prestasi dan persembahan ahli sukan untuk mengurangkan kesilapan teknik.

TEKNIK-TEKNIK DALAM LATIHAN MENTAL :a. TEKNIK PERCUBAAN - ke arah membolehkan

seseorang memahami kemahiran sebelum memulakan


latihan. b. TEKNIK PRAKTIS - individu boleh mempraktikkan

secara mental untuk memperbaiki pergerakan.


c. TEKNIK ULASAN - menggalakkan untuk mengingat kembali secara mental seluruh pertunjukan dan cuba merasai kinestatik dan isyarat-isyarat lain berhubung dengan tindakan itu.

Definisi Motivasi ialah satu istilah yang luas yang merujuk kepada suatu tingkat ke arah memperbaiki pergerakan dan tindakan.

Teori-teori Motivasi;

Teori Keutamaan Keperluan- Mengikut Hull dan Freud, semua perlakuan manusia adalah bertujuan untuk memenuhi kekurangan yang terdapat dalam diri

Teori Kepelbagaian Faktor - Senarai McDougal termasuklah kecenderungan untuk menjelajah, kecenderungan untuk bertindak secara agresif, kecenderungan untuk bercampur gaul dan kecenderungan untuk menguasai sesuatu.

Sumber ;o

Instrinsik berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Ekstrinsik berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang tersayang, persekitaran

Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkat Motivasi ;Kesediaan untuk bertindak. b) Motif mempengaruhi pergerakan. c) Keletihan sebagai motivasi negatif. d) Ganjaran, hukuman dan pergerakan. e) Kegagalan masa lalu.
a)

Sumber-sumber Motivasi ;a. b. c. d.

Persetujuan sosial dan ganjaran-ganjaran sosial yang lain (dari luar atau orang lain). Ganjaran dalam bentuk wang atau kebendaan. Kecenderungan, minat dan kepelbagaian aktiviti. Ganjaran keseluruhan daripada diri sendiri dan psikologi pelatih.

Kemahiran Memotivasikan Diri ; Penetapan

matlamat ;

i. Matlamat Jangka Panjang - sasaran akhir seorang atlet. ii. Matlamat Jangka Sederhana menilai sama ada atlet berada di landasan yang betul untuk sasaran akhir. iii. Matlamat jangka Pendek matlamat harian untuk sasaran akhir.
Kata-kata

Rangsangan Diri ;

Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti usaha seseorang individu atau pasukan

Peringkat Perkembangan (Piaget membahagikan fasa motor pancaindera kepada enam peringkat ) ;

Peringkat pantulanbulan pertama usia seseorang Reaksi bulat primerbulan kedua dan ketiga yang mana bayi akan mengulang tindakan motor. Reaksi bulat sekunder tindakan dilakukan adalah atas keputusannya.

Kordinasi reaksi sekunderberlaku kepada bayi pada bulan ketujuh hingga bulan kesepuluh, mencapai matlamat drpd tindak balas yang dipelajari. Pergerakan bulat ketigaperingkat ini berlaku pada bulan ke 11 hingga ke 18, di mana bayi akan menggunakan tindak balas yang berbeza supaya mendapat matlamat yang sama. Kombinasi akal berlaku pada bulan ke 18, di mana kanak-kanak belajar berfikir melalui sesuatu tindakan dan akan menimbang kemungkinan akibatnya

Kesan Daripada Perbezaan Umur, Seks dan Kematangan;


tidak

sesuai untuk menggunakan umur kronologikal untuk mengukur peringkat kematangan seseorang. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa kekuatan otot dan kecekapan motor berkembang dengan umur kronologikal semasa persekolahan.

Pembelajaran dan Kematangan;


Fitts dan Posner (1967) menjelaskan bahawa kemahiran umum, di mana walaupun refleksif dalam semula jadi namun harus dipengaruhi oleh pembelajaran. Namun demikian, corak asas mereka diwarisi oleh struktur baka manusia.

Definisi suatu keadaan di mana wujud perasaan takut atau gementar akan sesuatu keadaan. Freud membahagikan kebimbangan kepada tiga kategori seperti berikut:i. Kebimbangan sebenar ( ketakutan normal) ii. Kebimbangan neurotis (ketakutan terhadap hukuman pencabulan/pencerobohan ) iii. Kebimbangan moral (ketakutan pada sesuatu hukuman atau dendaan bagi kelakuan yang tidak diterima oleh masyarakat)

Mengatasi Kebimbangan ; Menjalankan latihan dan penyesuaian dalam sukan yang dipilih sebelum bertanding. Mempelajari juga bagaimana untuk melawan atau mengatasi setiap keadaan yang boleh mempengaruhi persembahannya dalam pertandingan sebenar. Latihan kemahiran dan pembelajaran motor adalah cara paling berkesan bagi seseorang mengelakkan diri daripada keadaan kebimbangan. Latihan yang bersistem mampu menghasilkan kejayaan yang diharapkan malahan pencapaiannya kadang-kadang jauh lebih baik daripada mereka yang tidak mengikut latihan atau tidak memandang berat akan latihan yang diajukan kepadanya. Menanam semangat dan disiplin yang tinggi.

Teknik Mengurangkan kebimbangan;


a) b) c) d)

Terapi pernafasan Pemusatan (centering) Relaksasi Visualisasi

Pengenalan andaian teoretis (pendapat) tentang bagaimana sesuatu organisma itu belajar. Lantaran itu ia harus menyediakan alasan dan haluan bagi teori pengajaran seseorang di mana seorang guru boleh membentuk serta memudahkan pengajaran.

Definisi:

Pembelajaran motor;
Bidang pengajian pergerakan manusia yang fokus

kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan kemahirankemahiran yang dipelajari.Kejayaan ini bergantung kepada keupayaan organisma mengadaptasi & mengatasi ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu.

Kemahiran motor;
Kebolehan melakukan sebarang kemahiran bagi

menghadapi persekitaranyang tidak menentu dan kemahiran diguna secara maksimum dengan masa dan tenaga (keupayaan) yang minimum

Teori Pelaziman Klasik (Pavlov)


a) b) c)

d) e)

Berlaku secara spontan dan semula jadi peneguhan negatif berlaku ujikajinya adalah untuk mengetahui sama ada tindakbalas yang dihasilkan adalah secara sendiri atau tidak klasik = kekerapan rangsangan yang sama supaya gerakbalas spontan yang diingini terhasil. Menekankan ulangan dalam latihan

Teori Pelaziman Operan Skinner


operan = pembelajaran tingkah laku yang dapat diramal @ dikawal berkait dengan pengukuhan tindak balas. Tindakan yang dikukuhkan menjadi kuat dan tindakan yang tidak dikukuhkan menjadi lemah setiap lakuan yang dibuat diberi peneguhan yang positif (ganjaran) pembelajaran boleh dijangka berlaku melalui pengukuhan tindak balas yang betul Pengukuhan seharusnya berlaku serta merta sebelum tindak balas seterusnya, atau dalam keadaan lain pada tindak balas berikutnya. Apabila pengukuhan tidak berlaku serta merta, pengajaran berprogram adalah diperlukan.

Teori Perhubungan Thorndike


pembelajaran sebagai proses cuba jaya perubahan biologi dalam sistem saraf teori bond & rangsangan-gerakbalas (R - G) gerakbalas yang dikehendaki diulang @ dirangsang sekerap sehingga menjadi automatik pembelajaran disebabkan tiga peraturan berikut:
- kematangan,prasyarat, motivasi,umur, jantina, saiz badan

(i)melalui Hukum Kesediaan - keupayaan fizikal harus sesuai dengan tugas (ii)melalui Hukum Latihan - perhubungan dikuatkan melalui latihan

- Jika latihan dihentikan, perhubungan menjadi lemah dan akan hilang - pembelajaran adalah automatik dengan latihan

(iii)melalui Hukum Kesan - perhubungan menjadi kuat atau lemah selaras dengan keseronokan atau kesakitan yang berkaitan dikendaki
- peneguhan positif @ negatif

Teori Pembelajaran Gestalt


pendekatan

secara persepsi pembelajaran ialah satu pengalaman yang disusun, bermakna dan diberi tanggapan 'Whole-Part-Whole-Learning'/ Pembelajaran Keseluruhan Bahagian-bahagian - Keseluruhan keseluruhan lebih bermakna dari sebahagian 4 hukum pembelajaran : - kedekatan
- keserupaan/kesamaan - kesinambungan - penyempurnaan

Teori kognitif (i) Lewins field theory


Menegaskan perbezaan individu Bidang yang mempengaruhi tingkah laku individu meliputi:

Faktor dalaman; pengalaman lepas dan harapan/keinginan masa

depan Faktor luaran/persekitaran;termasuk orang lain. Pembelajaran sebagai perubahan dalam pengetahuan Perubahan dalam struktur kognitif berlaku melalui proses perbezaan dan menstrukturkan semula. Pembelajaran sebagai perubahan dalam motivasi Motivasi dipengaruhi oleh tujuan individu (keperluan, nilai dan harapan) serta ganjaran luaran.

(ii) Teori persepsi undang-undang Koffka

(a) Peraturan persamaan


Individu mempunyai kecenderungan untuk mengumpul pola yang

sama dari segi saiz, bentuk atau sifat lain.

(b) Peraturan melengkap


Individu cenderung untuk melengkapkan pola diberi yang lengkap

sebahagiannya.

Terdapat dua ciri perubahan tingkah laku:


Penguasaan kemahiran perlu ada peningkatan mengikut masa. Penguasaan kemahiran perlu meningkat dengan konsisten dan kekal.

Perubahan prestasi pembelajaran di gambarkan melalui :


Lengkok lurus Lengkok cembung Lengkok cekung Lengkok bentuk S (Ogive)

Peningkatan kemahiran yang berkadar terus dengan masa. Semakin kerap atlet menjalani latihan, semakin meningkat kemahiran motornya. Contoh: seorang pemain hoki akan melakukan penalti ke gol. Semakin banyak latihan, semakin tepat pemain tersebut dapat melakukan penalti.

Peningkatan kemahiran secara mendadak diawal pembelajaran tetapi beransur kurang pada penghujung proses pembelajaran. Contoh:

Kemahiran asas memukul dalam badminton sangat mudah dipelajari. Kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal sukar dipelajari.

Kadar penguasaankemahiran berlaku dengan perlahan.

Lengkok cekung (pemecutan positif)

Peningkatan berlaku dalam kadar perlahan di awal pembelajaran tetapi mendadak naik di akhir proses pembelajaran. Contoh:

Kemahiran asas berenang seperti teknik pernafasan dan apungan, mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Selepas menguasai kemahiran asas, atlet boleh mempelajari gaya renang yang lain.

Gabungan daripada ciri-ciri lengkok lurus, cekung dan cembung. Lengkok S menggambarkan pembelajaran kemahiran bersiri. Contoh:Mempelajari satu rutin tarian dalam gimnastik.
Terdapat pergerakan yang mudah dan cepat dipelajari. Terdapat juga pergerakan yang sukar dan perlahan untuk dipelajari.

Kemahiran motor dipengaruhi oleh dua pembolehubah iaitu:


Perbezaan individu Pemindahan pembelajaran

Dalam mempelajari kemahiran motor, kebolehan seseorang untuk menguasai sesuatu kemahiran adalah berbeza. Pembolehubah perbezaan individu telah dikemukakan oleh Fleishman (1972) berdasarkan dua taksonomi keupayaan motor iaitu: i keupayaan persepsi motor ii kecekapan fizikal

Koordinasi pelbagai anggota Ketepatan kawalan Orientasi respons Masa reaksi Kelajuan pergerakan tangan Kadar kawalan Ketangkasan manual Kecekapan jari Ketegapan tangan Kelajuan jari dan pergelangan tangan Membidik atau mensasar

Koordinasi pelbagai anggota

Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan dalam satu pergerakan pada masa yang sama. Contoh: Menggelecek bola hoki sambil berlari memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan kaki.

Ketepatan kawalan

Kebolehan mengawal kualiti pergerakan agar hasil pergerakan adalah kemas dan tepat. Pergerakan melibatkan otot besar. Contoh: atlet terjun papan anjal dapat mengawal pergerakan postur semasa terjunan.

Orientasi Respons
Keupayaan tentukan respon yang sesuai dihasilkan mengikut keperluan persekitaran. Contoh: Keupayaan penjaga gol untuk mengecilkan sudut bagi pihak lawan menjaringkan gol.

Masa reaksi

Kebolehan melakukan tindak balas segera terhadap rangsangan dalam tempoh masa yang singkat. Contoh : Masa yang diambil oleh seorang pelari 100m utk memulakan larian selepas mendengar bunyi tembakan permulaan.

Kelajuan pergerakan tangan


Keupaayaan mengubah tangan daripada kedudukan asal ke kedudukan lain dengan pantas. Contoh: penjaga gol dengan spontan bertindak menepis keluar bola yang datang ke arahnya dalam keadaan tidak bersedia.

Kadar kawalan

Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan kaki supaya selaras dengan respons persekitaran. Contoh: pemain badminton menukar rentak permainan dengan pukulan laju secara tiba-tiba untuk menglirukan pihak lawan.

Ketangkasan manual

Keupayaan menggerakkan keseluruhan bahagian tangan dengan memanipulasikan alatan yang bergerak laju. Contoh: seorang pemain bola jaring dapat menerima hantaran bola yang bergerak laju.

Kecekapan jari

Keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil. Contoh: penggunaan jari-jari dalam permainan dart dan pitching dalam sofbol.

Ketegapan tangan

Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan dengan tepat supaya dapat meminimakan kekuatan dan kelajuan. Contoh: pemain tenis yang melakukan hantaran kilas, kedudukan tangan yang tegap membantu meminimakan tenaga yang digunakan.

Kelajuan jari dan pergelangan tangan


Keupayaan jari dan pergelangan tangan melakukan pergerakan alternatif dengan pantas. Contoh: seorang pemain badminton yang boleh melakukan pukulan kilas dengan laju dan tepat.

Membidik atau mensasar

Kebolehan membidik atau mensasar sesuatu objek dengan tepat menerusi pergerakan pantas. Contoh: dalam acara menembak, memanah dan menjaringkan bola jaring atau bola keranjang.

kekuatan statik kekuatan dinamik kekuatan eksplosif kekuatan bahagian anggota atas kelenturan statik kelenturan dinamik koordinasi asas keseimbangan asas daya tahan

Kekuatan statik

Daya maksimum yang dikenakan ke atas objek luaran yang statik (pegun) Contoh: menolak dinding.

Kekuatan dinamik

Kekuatan otot menghasilkan daya pergerakan yang berulang-ulang. Contoh: mengangkat dan menurunkan beban berulang kali dalam latihan angkat berat.

Kekuatan eksplosif

Keupayaan memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Contoh: melakukan lonjakan dalam lompat jauh.

Kekuatan tubuh bahagian atas badan


Kekuatan otot pada bahagian badan. Contoh: otot bahagian abdomen dan ektoralis major.

Kelenturan statik

Kebolehan melentur atau meregang bahagian badan dan belakang badan. Contoh: melentik badan ke belakang.

Kelenturan dinamik

Kebolehan melentur otot bahagian badan secara berulang-ulang. Contoh: duduk melunjur dan sentuh hujung jari kaki.

Koordinasi asas

Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan semasa pergerakan. Contoh: semasa menerima servis, melibatkan koordinasi mata-tangan dan tangan-kaki.

Keseimbangan asas

Keupayaan mengekalkan imbangan badan semasa bergerak tanpa bantuan penglihatan. Contoh: melakukan dirian tangan.

Daya tahan

Keupayaan melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dalam jangka masa yang lama. Contoh: berlari jarak jauh.

Pemindahan pembelajaran ialah pengaruh kemahiran sedia ada ke atas pembelajaran kemahiran yang baru. Jenis pemindahan pembelajaran umum terbahagi kepada tiga: a. Pemindahan positif b. Pemindahan negatif c. Pemindahan sifar

Berlaku apabila kemahiran sedia ada membantu seseorang untuk menguasai kemahiran yang baru dipelajari. Contoh:

Jasmin mempunyai kemahiran menjaring dalam bola jaring akan membantu beliau dalam kemahiran menjaring dalam bola keranjang.

Bola keranjang

Bola jaring

Berlaku apabila kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran yang baru dipelajari. Contoh:

Mempelajari kemahiran pukulan hadapan dalam tenis boleh menggangu seseorang yang mempelajari kemahiran pukulan hadapan dalam badminton. Kerana, dalam badminton pergelangan tangan digunakan dan dalam tenis pergelangan tangan dikunci (tidak digunakan)

Tenis

Badminton

Berlaku apabila kemahiran sedia ada tidak mempengaruhi proses pembelajaran kemahiran yang baru dipelajari. Contoh:

kemahiran dalam bola sepak tidak mempengaruhi untuk mempelajari kemahiran dalam golf.

Bola sepak Golf

Вам также может понравиться