Вы находитесь на странице: 1из 4

HIJRAH: PERSIAPAN DIRI MENUJU ALAF BARU

Oleh:Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah


Panel Penulis JAKIM.

Awal Muharram sekali lagi menyingkap tirai dan mengimbau perjuangan agung
Rasulullah s.a.w. menghadapi kebejatan jahiliah dan kemelut permasalahan yang
tidak berkesudahan. Ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam sejarah
kemerdekaan sejati bagi umat Islam daripada belenggu jahiliah dalam pelbagai
aspek kehidupan.
Ini juga bermakna bahawa strategi dakwah yang teliti, penuh hikmah dan berhati-
hati serta berasaskan perancangan yang rapi yang diterajui sendiri oleh Rasulullah
s.a.w. pada ketika itu, telah berjaya memastikan Islam terus berkembang ke seluruh
pelosok dunia sehingga hari Kiamat. Sesungguhnya persiapan rapi yang
disempurnakan sebelum melancarkan slogan hijrah agung itu merupakan tindakan
perdana yang penuh berwawasan, efisien dan berpandangan jauh.
Setelah 1420 tahun lamanya peristiwa hijrah hakiki berlalu, kini umat
Islam hidup di dalam pelbagai cubaan dan dugaan yang amat mencabar.
Lebih-lebih lagi di saat dunia sedang menghadapi ledakan kemajuan yang tidak
berhenti-henti. Paling mencabar, dakwah Islamiah hari ini
memasuki era siber serta memerlukan kepakaran di dalam bidang sains
komputer dan multimedia yang tinggi. Dunia tanpa sempadan, konsep langit
terbuka, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik, munculnya
penyakit-penyakit yang kronik, budaya-budaya Barat yang semakin banyak
didedahkan kepada masyarakat dunia, penerokaan pelbagai jenis disiplin ilmu dan
sebagainya, merupakan sebahagian daripada cabaran yang mesti disahut oleh
umat Islam hari ini.
Umat Islam yang mengambil sikap tunggu dan lihat akan tertinggal jauh di
belakang. Akhirnya mereka akan menjadi pengkagum kehebatan yang dicapai oleh
orang lain. Dalam masa yang sama jika umat Islam ingin turut sama mengejar
kehebatan tersebut, maka mereka perlulah mempersiapkan ilmu pengetahuan yang
tinggi dan mestilah sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja yang banyak
demi kemajuan hidup mereka sendiri. Namun begitu, persoalannya berapa keratkah
di kalangan kita yang sanggup berusaha bermati-matian untuk tujuan tersebut?
Sebaliknya masih ramai lagi yang hanya duduk menghabiskan masa tanpa
berusaha menuntut ilmu pada tahap yang sewajarnya.
Jika direnung betapa hebatnya persiapan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.
bersedia sebelum menjayakan hijrah dari Mekah ke Madinah suatu masa dahulu,
maka sudah tentu kita akan menitiskan air mata mengenangkan hebatnya
pengorbanan yang telah dilakukan. Kita bersyukur kerana hasil titik peluh, darah
dan air mata merekalah, maka kita berpeluang untuk menikmati nikmat iman dan
Islam pada hari ini.
Barangkali tidak pernah terdetik di lubuk hati para sahabat r.a. ketika itu bahawa
seruan dakwah yang mereka usahakan di celah-celah kezaliman kuffar Quraisy di
tengah padang pasir dahulu kala, kini menjadi bahan perbincangan hebat antara
ulama’ dengan penduduk dunia melalui internet. Bersama kecanggihan ini juga
ayat-ayat al-Quran yang mereka hafaz di dalam dada dan menjadi amalan hidup
dahulu, kini banyak yang hanya menjadi hiasan di dinding rumah-rumah umat
Islam. Masjid yang menjadi tempat penyebaran ilmu dan bersyura dahulu, kini
hanya menjadi bahan kebanggaan dan kemegahan binaan dan ukiran indah tetapi
sepi daripada jemaah yang keluar masuk untuk beribadat dan beri’tikaf di
dalamnya. Kalau dahulu penyebaran dakwah bergelumang dengan cacian kuffar,
penindasan, maksiat, berhala dan botol-botol arak di seluruh kota Mekah, tetapi kini
dakwah yang berlangsung melalui kaca televisyen, radio dan internet bergelumang
pula dengan siaran-siaran hiburan yang melampau dan halaman-halaman web
yang tidak senonoh, jahat serta kotor.
Sesungguhnya persiapan utama yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w.
bersama para sahabat r.a. sebelum bermulanya misi hijrah ialah memberi kekuatan
rohani dan jasmani. Perkara asas yang ditekankan oleh baginda ialah persoalan
akidah. Akidah yang mantap dan keyakinan yang jitu terutama terhadap ganjaran
selepas mati menjadi pendorong kuat kepada kejayaan hijrah agung itu. Di samping
kekuatan rohani yang utuh maka keteguhan ekonomi, kekuatan ketenteraan,
ketinggian disiplin, kesempurnaan fizikal atau jasmani juga amat ditekankan oleh
baginda sebelum berhijrah.
Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. sekali-kali tidak pernah mengabaikan pra
syarat utamanya iaitu pegangan akidah, iman dan akhlak yang tinggi pada diri para
sahabat r.a. Ini kerana tanpa syarat utama tersebut, maka semua kekuatan lain
tidak berguna untuk menghadapi cabaran dan ujian yang amat hebat.
Lihatlah sendiri betapa kuatnya iman Abu Bakar as-Siddiq r.a. yang terkenal sebagai
seorang hartawan dan dermawan. Begitu juga dengan iman Saidina Umar al-
Khattab r.a. yang terkenal dengan keberaniannya
menghunus pedang dan mematahkan kelancangan musuh. Demikian juga dengan
para sahabat baginda yang lain yang nama-nama mereka disenaraikan oleh
Rasulullah s.a.w. menjadi kumpulan terawal diterima masuk sebagai tetamu syurga.
Tanpa kekuatan iman nescaya ilmu yang banyak akan membawa seseorang itu
menjadi angkuh dan kufur. Begitulah juga orang yang berharta akan menjadi bakhil
dan tamak haloba manakala orang yang kuat perkasa pula menuntut upah yang
banyak sebelum turun ke medan jihad dan sebagainya. Kelemahan iman juga akan
menjerumuskan mereka kepada cintakan dunia, takutkan mati, suka menabur
fitnah, berbangga-bangga dan suka mengampu demi mendapat habuan dunia yang
fana ini.
Sesungguhnya peristiwa hijrah yang dicatatkan sebagai proses terpenting dalam
pembentukan sesebuah negara Islam pertama di Madinah, tidak dicapai dengan
cakap-cakap mulut sahaja. Ia bukan hanya slogan retorik semata-mata. Ia juga
bukan hasil daripada pemerasan kuasa ke atas kaum yang lemah, penipuan, taktik
kotor, menindas sesuatu kumpulan atau kekerasan yang tidak berhati perut. Malah
ia sebenarnya bertitik tolak berkat daripada kesabaran yang tinggi, keikhlasan yang
lahir dari hati yang murni dan pengorbanan para pencinta keadilan yang terdiri
daripada para sahabat r.a.
Umat Islam hari ini wajib mempersiapkan diri untuk melakukan hijrah
menuju ke alaf baru. Dunia tidak akan menunggu sesuatu umat untuk
sama-sama mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu sedar bahawa kita tidak
disuruh duduk menunggu sehingga dijemput kematian lalu kita keluar daripada
alam ini tanpa melakukan apa-apa perubahan. Sebaliknya kita disuruh dan
diwajibkan berusaha sedaya upaya mencapai kejayaan di dunia sehingga ajal tiba.
Cuma satu, kita dilarang daripada mengejar dunia sampai melupakan akhirat.
Golongan yang mundur biasanya sengaja mewujudkan halangan untuk cemerlang
di dalam hidupnya. Manakala golongan yang maju sentiasa bersedia berhadapan
dan mengatasi hambatan dan halangan-halangan seperti perasaan takut gagal
untuk bersaing, sikap suka bertangguh, malas, banyak dalih dan banyak angan-
angan. Golongan yang pesimis juga mempunyai banyak prasangka buruk terhadap
sesuatu perkara, banyak cakap daripada bertindak, banyak helah dan suka menjadi
'pak turut' kepada orang lain.
Kebanyakan daripada umat Islam amat suka menumpukan kekurangan yang ada
pada diri sehingga segala kekuatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah pada
setiap diri mereka menjadi terlalu halus dan tidak mampu kelihatan langsung.
Akhirnya mereka menyenaraikan satu persatu kelemahan diri dan halangan demi
halangan sehingga tidak berdaya melakukan apa-apa anjakan paradigma.
Di samping itu, manusia seperti ini suka menyalahkan orang lain, masa dan
keadaan persekitaran. Golongan ini seterusnya menjadi kelompok yang tidak
percaya kepada diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain. Mereka hidup
tanpa perlu berusaha lebih daripada biasa. Sikapnya sentiasa berpada dengan apa
yang ada dan kerap kali mengharapkan rezeki datang bergolek dengan hanya
bertawakal tanpa usaha.
Sudah sampai masanya umat Islam menghapuskan segala halangan untuk menang
di dalam perlumbaan mencapai apa yang diusahakan. Mereka perlu tahu dengan
jelas apakah keutamaan yang sebenarnya dan seterusnya bertindak melaksanakan
prinsip-prinsip yang menyokong kemenangan dalam semua persaingan.
Umat Islam kini wajib melakukan persiapan untuk berhijrah. Persiapan pertama
adalah memperteguhkan iman menerusi ilmu dan amal soleh. Mempertingkatkan
disiplin diri terhadap ketepatan masa, kejelasan matlamat dan segera bertindak
adalah juga menjadi prinsip kejayaan yang utama. Dalam masa yang sama, umat
Islam mesti bersedia menceburi semua bidang ilmu yang ada dan yang lebih
mencabar. Dengan cara ini sahajalah, umat Islam akan mampu menguasai dunia ini
tanpa dikongkong oleh orang lain. Jika tidak maka selama itulah umat Islam asyik
merungut dan menyalahkan orang lain dan suasana. Sedangkan sebenarnya diri
mereka sendirilah yang menyebabkan umat Islam di pandang hina dan
diperlekehkan.
Di dalam al-Quran, Allah Taala berulang kali menegaskan supaya orang
yang berakal iaitu 'Ulul Albab' sentiasa peka dan mengambil iktibar daripada umat-
umat terdahulu dan peristiwa sirah yang berlaku. Justeru sewajarnyalah kita
mempelajari falsafah hijrah dan segala persiapannya sebagai persediaan untuk kita
menghijrahkan diri menuju ke alaf baru.

Tarikh : 11 November 2000


[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Hits : 4101

Вам также может понравиться

  • TEKNIK PEMBELAJARAN
    TEKNIK PEMBELAJARAN
    Документ4 страницы
    TEKNIK PEMBELAJARAN
    norkamayana
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling
    Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling
    Документ20 страниц
    Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (1)
  • Alam Mahsyar
    Alam Mahsyar
    Документ3 страницы
    Alam Mahsyar
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Perintah Am Bab E, F, G
    Perintah Am Bab E, F, G
    Документ22 страницы
    Perintah Am Bab E, F, G
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (9)
  • Untitled
    Untitled
    Документ3 страницы
    Untitled
    ramlanhj
    Оценок пока нет
  • Definisi Visi
    Definisi Visi
    Документ4 страницы
    Definisi Visi
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Perundingan Kaunseling Ibu
    Perundingan Kaunseling Ibu
    Документ84 страницы
    Perundingan Kaunseling Ibu
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (6)
  • Modiul 3 Kemahiran Berfikir JPA
    Modiul 3 Kemahiran Berfikir JPA
    Документ124 страницы
    Modiul 3 Kemahiran Berfikir JPA
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (1)
  • Modiul 6 Strategik Pengurusan
    Modiul 6 Strategik Pengurusan
    Документ52 страницы
    Modiul 6 Strategik Pengurusan
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (1)
  • Ciri Person Ali Ti Lima Utama
    Ciri Person Ali Ti Lima Utama
    Документ4 страницы
    Ciri Person Ali Ti Lima Utama
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Judul Minit Mesyuarat
    Judul Minit Mesyuarat
    Документ4 страницы
    Judul Minit Mesyuarat
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Akhir Hayat Wanita Taat
    Akhir Hayat Wanita Taat
    Документ5 страниц
    Akhir Hayat Wanita Taat
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Jadual Kursus
    Jadual Kursus
    Документ1 страница
    Jadual Kursus
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan
    Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan
    Документ6 страниц
    Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Cabaran Profesion Keguruan
    Cabaran Profesion Keguruan
    Документ92 страницы
    Cabaran Profesion Keguruan
    arthurjeo
    83% (6)
  • Saidatul Afiqah
    Saidatul Afiqah
    Документ2 страницы
    Saidatul Afiqah
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Sol at
    Sol at
    Документ1 страница
    Sol at
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Amalan Di Bulan Rajab
    Amalan Di Bulan Rajab
    Документ6 страниц
    Amalan Di Bulan Rajab
    YantoPrieAnto
    Оценок пока нет
  • Solat 1
    Solat 1
    Документ1 страница
    Solat 1
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Solat Ied
    Solat Ied
    Документ3 страницы
    Solat Ied
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • TIPS Menghalang Kecurian
    TIPS Menghalang Kecurian
    Документ2 страницы
    TIPS Menghalang Kecurian
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Adapun Tanda
    Adapun Tanda
    Документ3 страницы
    Adapun Tanda
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Tentang Sujud Syukur
    Tentang Sujud Syukur
    Документ2 страницы
    Tentang Sujud Syukur
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serulah
    Serulah
    Документ3 страницы
    Serulah
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serambi Indonesia2
    Serambi Indonesia2
    Документ26 страниц
    Serambi Indonesia2
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serambi Indonesia
    Serambi Indonesia
    Документ7 страниц
    Serambi Indonesia
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serambi Indon
    Serambi Indon
    Документ38 страниц
    Serambi Indon
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Sekedudukan
    Sekedudukan
    Документ2 страницы
    Sekedudukan
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serambi Indon1
    Serambi Indon1
    Документ16 страниц
    Serambi Indon1
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Sek DLM Perkahwinan
    Sek DLM Perkahwinan
    Документ3 страницы
    Sek DLM Perkahwinan
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет