Вы находитесь на странице: 1из 12

TUGASAN INDIVIDU PENULISAN ESEI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil

mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya. Antara cabaran profesion guru permulaan di sekolah rendah ialah keupayaan mengajar dengan berkesan di bilik darjah. Guru permulaan mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Walaupun guru permulaan sudah menjalani 4 siri praktikum di sekolah, tetapi pengalaman sebenar sebagai seorang guru adalah amat berbeza dengan pengalaman semasa mereka menjalani praktikum di sekolah. Guru permulaan menghadapi pelbagai masalah murid berkenaan dengan tahap penguasaan murid, kemudahan , dan lain-lain. Jika di institut, guru permulaan masih boleh berjumpa dengan pensyarah dan berbincang untuk mengatasi masalah yang dihadapi semasa mengajar, tetapi apabila mereka berada di sekolah, mereka perlu berbincang dengan rakan sekerja lain bagi mendapatkan jalan penyelesaian. Cabaran lain yang perlu dihadapi oleh guru permulaan di sekolah adalah kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan budaya di sekolah. Guru permulaan perlu menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Budaya di IPG tidak sama dengan budaya di sekolah. Sebagai guru permulaan, anda harus menyesuaikan diri dengan budaya sekolah termasuk keadaan, tempat, cara berinteraksi dengan guru-guru lama serta keseluruhan

warga pendidik di sekolah tersebut. Guru permulaan perlu wujudkan budaya yang mesra supaya kehadirannya disenangi oleh semua pihak,khususnya pihak pengurusan sekolah. Selain itu juga, guru permulaan perlu

mengelakkan diri daripada mewujudkan suasana tegang akibat sikap yang tidak profesional dan masih terbawa-bawa perwatakan sebagai pelajar ketika berada di IPG. Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru permulaan ialah keupayaan melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Barubaru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Tujuan diperkenalkan program tersebut Adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif di dalam sukan. Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Guru permulaan akan sering dilambakkan dengan pelbagai bebanan kerja seperti memegang jawatan penting di dalam Kokurikulum. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Selain itu juga, guru permulaan perlu berusaha meningkatkan profesionalisme diri dalam bidang perguruan yang mana memerlukan mereka mendapat latihan dan pengalaman yang mencukupi. Pada peringkat awal penempatan, guru permulaan akan sentiasa mendapat arahan daripada pihak Kementerian yang mana memerlukan mereka menghadiri pelbagai jenis kursus yang berkaitan dengan peningkatan profesion perguruan. Antara kursus wajib yang perlu dihadiri oleh guru permulaan ialah Kursus Induksi yang diadakan untuk mengesahkan jawatan guru permulaan. Dalam kursus tersebut, guru permulaan diberikan taklimat berkaitan dengan pendidikan. Selain itu juga mereka perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dan menjawab ujian yang disediakan. Selain daripada kursus Induksi, terdapat banyak lagi kursus lain yang perlu dihadiri oleh guru permulaan.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketerampilan dan berkeupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah. Salah satu cabaran negara untuk rnenjadi sebuah negara rnaju rnenjelang tahun 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, kemantapan dan kemumian sistem pendidikan negara merupakan asas penting. Hasrat ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, ernosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Guru merupakan salah satu pihak yang telibat dalam menggalas tanggungjawab ini supaya generasi yang dibentuk adalah mereka yang memiliki jati diri yang tinggi. Seorang guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai mumi. Melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak, berrnoral dan mengamalkan

budaya hidup yang mumi. Abd Rahim (200I) juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-nilai mumi perlu menjadi agenda utama dalam

pembangunan

negara,

pembangunan

pendidikan,

penggubalan

dan

pelaksanaan kurikulum disamping mencorakkan peranan dan tanggungjawab guru (Abd Rahim, 2001) Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik,peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj . Mahyuddin, 1996). Dalam menjayakan aspek penerapan nilai mumi dan penghayatan nilai mumi, guru hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai mumi yang hendak diajar. Lickona (1991) menjelaskan tentang tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor; mencipta komuniti moral; mengamal disiplin moral; membina kelas yang bercirikan demokrasi; mengajar nilai merentas kurikulum; menggunakan pembelajaran kooperatif; membina 'conscience of craft'; memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas; membina budaya moral yang positif di sekolah; dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi. Kanak-kanak boleh dibantu dalam proses mereka membentuk nilai yang berkaitan dengan kehidupan dalam masyarakat demokrasi dan majmuk melalui aktiviti pembelajaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak boleh diajar mengenali nilai yang ada dalam diri dan seterusnya melihat bagaimana mereka menjaga barang-barang dan perkara yang mereka anggap bemilai. Selain itu, guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni melalui mdium seperti video dan bahan-bahan pembelajaran yang berbentuk interaktif. Selain bertindak sebagai perantaraan dalam sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) untuk mendapatkan ilmu, ia juga boleh dijadikan sebagai alat untuk membantu membentuk jati diri dan akhlak murid sejak di peringkat awal lagi. Pemilihan perisian multimedia seperti topik akhlak, adab, tamadun dan cerita-cerita yang memaparkan nilai dan peribadi yang baik serta kepentingan menyayangi keluarga, masyarakat dan negara wajar diterapkan kepada golongan ini.

Selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus bilik darjah. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas yang ditetapkan mengikut jadual bertugas seperti memadam papan hitam, membuang sampah dan menyusun meja. Ini bertujuan untuk mendidik murid supaya sentiasa menjaga kebersihan di samping dapat membentuk persekitaran pembelajaran yang ceria dan selesa. Guru juga mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahanbahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara teratur mengikut rancangan. Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksana guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Pengurusan sebegini dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan sempurna. Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Pelbagai bentuk

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan kepada segala teori-teori pengajaran juga perlu ditekankan sewaktu di dalam bilik darjah. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran yang bermakna, umpamanya kaedah demonstrasi serta strategi pemusatan murid adalah saling berkait rapat dengan keberkesanan mengurus aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Organisasi bilik darjah yang baik biasanya akan menyediakan ruang aktiviti pembelajaran khasnya digunakan untuk aktiviti berbentuk kumpulan. Kebanyakkan aktiviti berbentuk kumpulan dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, sudut Pendidikan Seni, ruang bacaan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan dan bercerita. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dalam kelas.

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan- rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul. Tambahan lagi, guru juga terlibat dengan penaksiran untuk menentukan sejauah manakah murid telah menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disampaikan. Guru boleh memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan oleh mereka. Guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapai dalam kehidupannya. Selain daripada itu, semua guru seharusnya pandai melakukan penyelidikan dan berkongsi pengalaman hasil dapatan penyelidikan dengan rakan-rakan sejawat yang lain. Terdapat pelbagai faedah penyelidikan kepada warga pendidik dalam mempertingkatkan mutu profession perguruan. Sebarang kerja penyelidikan, sama ada dilakukan secara bersendirian atau pun berkumpulan, apabila disempurnakan secara automatik akan membawa para penyelidik itu kepada penemuan baru dan memperoleh langkah-langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Sejajar dengan masa kini, masyarakat di sekeliling semakin peka dan sensitif dengan isu pendidikan dan keguruan di Malaysia. Masyarakat gemar mempersoalkan

profesionalisme keguruan itu sendiri. Profesionalisme keguruan itu akan dilihat dari dua sudut penting iaitu yang pertama, membincangkan tentang kualiti guru berdasarkan perlakuan dan garis panduan yang mengawal perlakuan tersebut. Kedua, ia akan berkait rapat persepsi seseorang guru yang dilihat dari kacamata orang lain seperti statusnya, kedudukan dan tahap ganjaran di atas hasil kerjanya itu. Masyarakat akan membuat pemerhatian dan andaian sendiri terhadap profesionalisme keguruan yang selalunya akan mencetuskan kontroversi yang akhirnya terpaksa cuba disanggah oleh mereka yang bergelar guru.

Di dalam pembangunan profesionalisme keguruan, guru boleh bertindak mencari jawapan yang sahih dan jitu menerusi kajian tindakan. Tanpa data yang sempurna dan berasaskan kajian yang sistematik, ia akan menyukarkan guru untuk mempertahankan diri. Akibatnya, masyarakat lebih mudah mempercayai apa jua yang disogokkan oleh andaian yang dibuat semata-mata menerusi pemerhatian sahaja, yang pasyinya dianggap sebagai sesuatu yang kurang tepat untuk menggambarkan sesuatu isu. Melalui peranan guru sebagai penyelidik, guru dapat mengetahui dan menyelesaikan isu yang timbul sekiranya terdapat data yang sistematik dikumpulkan dan sekaligus dapat menangkis sebarang prasangka buruk terhadap profesion ini. Sekiranya guru tidak dapat mengemukakan bukti yang empirikal, akhirnya, secara umum profesionalisme keguruan itu sendiri dipandang rendah oleh masyarakat. Dan usaha untuk memartabatkannya akan mengambil masa yang panjang. Warga pendidik negara ini harus berani mengkaji dan menyelidik bagi menghasilkan sesuatu dapatan yang baru seterusnya mengorak langkah menyerlahkan profesion perguruan negara. Pelbagai teori pendidikan yang dibekal kepada bakal pendidik semasa latihan di institusi-institusi latihan adalah berperanan untuk membimbing para guru memahami sesuatu situasi dalam proses pendidikan. Hakikatnya, seseorang pendidik yang menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerjanya merupakan seorang yang kaya dengan pengetahuan dan kemahiran hasil daripada pembacaannya yang meluas dan mendalam. Dengan kata lain, budaya menyelidik dan budaya membaca adalah sinonim, bagaikan aur dengan tebing. Guru yang berciri dan berperibadi penyelidik dapat melahirkan warga guru yang yakin dengan tugas dan peranan mereka sebagai pengurus bilik darjah. Mereka juga mampu membuat diagnosis terhadap prestasi pelajar serta membuat penilaian kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Melalui peranannya sebagai penyelidik dan pengamal yang reflektif, seseorang pendidik berupaya menyelesaikan pelbagai isu yang terdapat di dalam bilik darjah. Merujuk pula kepada guru sebagai agen sosialis, Kamus Dewan mentakrifkan sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal

masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Mohd. Salleh Lebar dalam bukunya Sosialisasi Sekolah dan Pendidikan mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi personaliti atau sahsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya. Proses ini berlaku secara berterusan dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran personaliti merangkumi pemikiran, tahap emosi, konsepsi, daya kesedaran diri, dan lain-lain lagi. Selain itu, sosialisasi juga boleh ditakrifkan sebagai interaksi antara manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Apabila manusia melakukan tugasan bersama, sekalipun tanpa interaksi, ia masih lagi dianggap sebagai proses sosialisasi. Sekolah juga merupakan salah suatu komuniti yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai peranan tertentu. Melalui sosialisasii individu dapat mengenal dan menghayati cara menyertai sesuatu kelompok dalam lingkungannya sehingga menjadi sebahagian daripada kelompok berkenaan. Sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membantu murid menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah. Guru memegang peranan yang penting dalam pembentukan keperibadian seseorang murid. Guru yang memiliki sifat empati lebih mudah memahami muridnya dan berupaya untuk membentuk emosi yang sihat. Guru juga sebenarnya yang memudahkan murid untuk menyesuaikan diri kerana seorang guru lebih memahami perbezaan yang terdapat dalam setiap diri individu. Interaksi sosial juga merujuk proses saling mempengaruhi dalam hubungan timbal balik antara individu dengan individu, individu dengan kelompok, dan juga antara kelompok dengan kelompok. Guru juga boleh membawa perubahan kepada bilik darjah dengan memperkenalkan kaedah dan teknik mengajar yang inovatif. Contohnya, menggunakan internet dan kaedah kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu

mengamalkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong learning) dalam membantu menjana kaedah, teknik dan proses baru untuk membantu murid yang memerlukannya. Masyarakat pada hari ini dilanda dengan pelbagai masalah dan isu sosial yang membimbangkan. Hal ini tidak seiring dengan pembangunan negara. Setiap permasalahan dan isu ini perlu ditangani dengan bijak dan

segera oleh masyarakat, pemimpin dan negara. Masalah yang melanda masyarakat kini adalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Mereka terlibat dengan budaya lepak, minum arak, jenayah juvana, gengsterisme, penagihan dadah dan sebagainya. Masalah ini boleh memberikan impak buruk kepada masyarakat dan negara. Kesanya, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak tenteram dan boleh memusnahkan masa depan negara. Perkara sebegini harus dikekang semenjak dari akar umbi lagi agar ianya tidak menular dengan teruk. Peranan ibu dan guru dalam mendidik kanak-kanak sewaktu di awal usia amatlah penting dalam mencorakkan mereka sebagai seorang insan yang berguna, seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Keprihatinan dan kepekaan guru terhadap murid daripada keluarga bermasalah akan membantu mereka menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Guru yang memahami situasi mereka sebegini akan memberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif. Dengan ini, kerungsingan dan kerisauan pelajar tentang dunia luar sekolah dapat dikurangkan. Dalam diri seseorang murid, mereka perlu terdedah kepada pergaulan sosial yang bermanfaat bagi menjadikan diri mereka satu generasi yang mampu menjadi kebanggaan bagi sesebuah masyarakat, bangsa, negara dan agama. Ini adalah kerana, murid merupakan individu yang mempunyai potensi sosial yang perlu diperkembangkan. Dengan itu, adalah suatu kebaikan jika murid diberikan ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti bersama-sama dengan rakan sekelas mereka supaya pergaulan sosial dapat dipelajari secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan bersama- sama rakan mereka di dalam kelas. Perkara ini dengan sendirinya dapat melahirkan murid yang saling bekerja sama antara satu sama lain, saling bergotong royong dan saling tolong menolong. Penerapan sosialisasi ini dapat membuka pemikiran pelajar bahawa banyak permasalahan tidak dapat diselesaikan secara bersendirian tetapi boleh diselesaikan dengan bantuan orang lain. Sosialisasi atau pergaulan sosial dapat terbina dan menjadikan murid mampu untuk mengaplikasikan kewibawaan untuk menempatkan diri di dalam masyarakat kelak.

Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara guru dengan kakitangan sekolah. Interaksi yang dimaksudkan adalah interaksi keseluruhan kakitangan sekolah daripada tukang kebun, tukang masak, tukang sapu, pembantu am rendah, pemandu, kerani, kakitangan

pentadbiran, guru-guru, penolong kanan dan guru besar. Proses sosialisasi berlaku dengan wujudnya interaksi antara golongan yang telah dinyatakan. Hubungan yang baik antara kakitangan sekolah akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan institusi tersebut. Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bagaimanapun, pada masa kini, masyarakat yang maju dalam bidang teknologi sadang mengalami perubahan sosial yang pesat. Peranan guru di sekolah perlu diperkasakan lagi dalam usaha menggembleng tenaga dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik dengan baik. Sebagai kesimpulan, pendidikan mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Justeru itu, pendidikan memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Tidak ketinggalan juga, pendidikan di sekolah secara wajarnya

dapat membentuk seorang manusia yang berfikiran kritis dan mempunyai daya kreatif. Peranan guru merupakan salah satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigm setiap individu di samping melahirkan insan yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.

http://www.scribd.com/doc/47283032/Nilai-nilai-Murni-Dalam-Pendidikan http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23385/Artikel_9.PDF http://berryviolet-miszaza.blogspot.com/2012/04/pengurusan-bilik-darjahyang-kondusif.html http://www.scribd.com/doc/54404374/Peranan-Pendidik-Dalam-MengurusPembelajaran http://deitaz.blogspot.com/2010/07/guru-sebagai-penyelidik.html http://deriakacamata.blogspot.com/2008/10/penyelidikan-faedah-kepadaguru-sebagai.html http://norazimaabkadir.blogspot.com/2012/04/peranan.html http://peoplelearn.homestead.com/Bab2.Tugas___Peranan_Guru.pdf Abd Rahim Abd Rashid. 200 I. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Lickona, T. 1991 . Educating/or character: How our schools can teach respect and responsibility. New York: Bantam Books.

Abdul Ralunan Md.Aroff, Asmawati Suhid & Nur Surayyah Madhubala Abdullah. 2008. Pendidikan Nilai dan Pembinaan Watak. Pendidikan di sekolah: isu dan cabaran. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Вам также может понравиться