Вы находитесь на странице: 1из 10

JARIMAH RIDDAH

DOSEN PEMBIMBING:

ABDUL RAZAK
M O H D ZA I R U L R I D ZU A N BI N A BD U L R A H A MAN

S PM 1 3 1 558
PMH 5

PENGERTIAN
Kembali dari sesuatu dari sesuatu yang lain

BAHASA

SYARA JARIMAH RIDDAH

Keluar dari Islam

Meninggalkan pembenaran syariat Islam yang dilakukan dengan beberapa cara, yaitu: melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan; mengucapkan; dan berkeyakinan

Dasar Hukum
Dasar hukum tentang riddah ini terdapat di dalam al-Quran dan Hadits. Salah-satunya yang terdapat dalam al-Quran adalah: Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu Dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Q.S. AlBaqarah: 217) Rasulullah SAW. bersabda: barangsiapa menggantikan agamanya, maka bunuhlah ia(HR. Bukhari dari ibn Abas).

Unsur-unsur Riddah
.

Keluar dari Islam

Ada itikad tidak baik

Keluar dari Islam Menurut Ulama


Murtad dengan perbuatan atau meninggalkan perbuatan.
Melakukan perbuatan yang haram dengan menganggapnya tidak haram atau meninggalkan perbuatan wajib dengan menganggapnya sebagai perbuatan yang Allah punya anak dengan anggapan bahwa ucapan tersebut tidak dilarangtidak wajib, baik dengan di sengaja maupun dengan menyepelekan. Misalnya sujud kepada matahari atau bulan, melemparkan Al-Quran dan berzina dengan menganggap zina itu bukan suatu perbuatan yang haram.
Murtad dengan ucapan Murtad dengan ucapan adalah ucapan yang menunjukan kekafiran, seperti menyatakan bahwa Allah punya anak dengan anggapan bahwa ucapan tersebut tidak dilarang. Murtad dengan itikad.

Itikad yang tidak sesuai dengan itikad (aqidah) Islam, seperti beritikad kekalnya alam, Allah itu sama dengan makhluk. Sesungguhnya itikad itu tidak menyebabkan seorang menjadi kufur sebelum dibuktikan dalam bentuk ucapan atau perbuatan,

Hukuman Jarimah Riddah


Perbuatan riddah diancam dengan tiga macam hukuman: (a) Hukuman pokok ; Hukuman pokok jarimah riddah adalah hukuman mati, sesuai dengan Hadits Barang siapa menggantikan agamanya, maka bunuhlah ia (HR. Bukhari dari ibn Abbas). (Sebelum dilaksanakan hukuman, orang yang murtad itu harus diberi kesempatan untuk bertobat. Waktu yang disediakan baginya untuk bertobat itu adalah 3 hari 3 malam menurut Imam Malik. Menurut Imam Abu Hanifah, ketentuan batas waktu untuk bertobat itu harus diserahkan kepada Ulul Amri, dan batas itu selambat-lambatnya 3 hari 3 malam. Tobatnya orang yang murtad cukup dengan mengucapkan dua kalimah syahadah) (b) Hukuman pengganti,; diberikan apabila hukuman pokok tidak dapat diterapkan. Hukuman pengganti itu berupa tazir. (c) Hukuman tambahan; merampas hartanya dan hilang hak terpidana untuk bertasharuf (mengelola) hartanya.(Menurut Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Ahmad bahwa bila orang murtad itu meninggal, maka hartanya menjadi menjadi harta musyi, yaitu tidak dapat diwariskan, baik kepada orang muslim ataupun maupun kepada non-muslim. Menurut mazhab Hanafi, bila harta tersebut didapatkan pada waktu ia muslim, maka diwariskan kepada ahli warisnya yang muslim dan harta yang didapatkan ketika ia murtad, maka hartanya menjadi milik pemerintah.)

HUKUMAN JARIMAH RIDDAH DI MALAYSIA


Umumnya terdapat tiga pendekatan bagi mereka yang murtad di Malaysia: Pertama: adalah menjadi kesalahan yang boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana dari ketiga-tiga bentuk hukuman ini Kedua: tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah sehingga 36 bulan Ketiga, tiada sebarang bentuk hukuman tetapi diwajibkan melalui sessi kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam diluluskan.

Bentuk hukuman pertama dapat dilihat dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri-negeri seperti di Perak, Terengganu, Melaka, Sabah dan Pahang:

a) Seksyen 13 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Perak, 1992 yang memperuntukkan bahawa seseorang Islam yang dengan sengaja, sama ada dengan perbuatan atau perkataaan atau dengan cara apa jua, mengaku hendak keluar daripada agama Islam atau mengisytharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan mempersendakan agama Islam dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

b) Seksyen 29 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu, 1996 memperuntukkan bahawa barangsiapa yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam atau mengisytiharkan bahawa beliau telah meninggalkan agama Islam, boleh dikenakan denda sehingga RM 3,000.00 atau dihukum penjara tidak kurang dari setahun atau kedua-duanya sekali.

c) Seksyen 209 (1) Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986 mempunyai peruntukan menghina agama Islam yang membawa denda tidak lebih RM3,000.00 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Sekesyen 209 (2) menambah bagi maksud subseksyen ini, seseorang yang mengakui dirinya sebagai seorang yang bukan Islam adalah membuat hina terhadap agama Islam.

d) Seksyen 55 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 memperuntukkan barang siapa secara lisan atau penulisan atau apa cara jua yang dianggap membawa maksud mempersendaka atau menghina agama Islam atau apa-apa perjalanan Mazhab atau pegawai agama yang dilantik, guru agama, Imam, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti mengikut mana-mana peruntukan atau Enakmen ini adalah melakukan kesalahan, dan sekiranya disabitkan boleh didenda tidak lebih RM2,000.00 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Seksyen 55 (2) menambah seseorang yang beragama Islam yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam adalah melakukan kesalahan mengikut subseksyen (1), dan sekiranya disabitkan boleh dihukum mengikut hukuman tersebut.

e) Seksyen 185 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1989) menyatakan seseorang yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam, sama ada melalui percakapan, penulisan atau apa-apa cara dengan apa-apa niat, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak kurang dari 3 tahun atau kedua-dua sekali, dan sebat tidak lebih dari 6 sebatan.

Kesimpulan
Riddah termasuk kepada hukum jinayat atau hokum pidana islam karena apabila seseorang melakukan riddah maka ia akanmendapat sanksi pidana, sesuai hokum pidana islam. Sanksi pidana tersebut adalah : hukuman mati

Riddah atau yang biasa kita sebut sebagai murtad adalah tindakan yang amat di benci oleh Allah SWT karena riddah merupakan tindakan keluar dari agama Islam dan masuk ke agama kafir atau juga sebaliknya. Seseorang dikatakan menjadi murtad adalah karena: a. mempersekutukan Allah b. meninggalkan solat karena berpaling daripadanya c. meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya d. meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian e. meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat f. meninggalkan solat, g. mengitikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah
Oleh karena itu sebaiknya kta senatiasa mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa agar terjaga iman kita dari segala godaan untuk melakukan tindakan yang tidak di sukainya.

Вам также может понравиться