Вы находитесь на странице: 1из 1

ARTIKEL REVIEW

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Penulis menyatakan kepentingan tugas sebagai seorang guru di sekolah untuk memastikan setiap anak muridnya menerima ilmu yang sepatutnya. Dalam pada itu, guru perlu tentukan cara untuk memastikan setiap anak muridnya mendapatkan ilmu. Di dalam artikel Isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas, penulis ada menyatakan bahawa menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik yang tertentu adalah cara yang baik untuk memastikan setiap anak murid Pendidikan Khas dapat menerima ilmu yang sepatutnya. Buktinya adalah seperti berikut: Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. (Dipetik daripada artikel bertajuk Isu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas)

Penulis juga sempat berbicara mengenai isu negatif mengenai sikap guru Pendidikan Khas terhadap murid Pendidikan Khas. Penulis menyedari bahawa guru Pendidikan Khas tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kerana mereka lebih gemar membuat perkara yang tidak berfaedah. Penulis juga ada menyatakan bahawa guru Pendidikan Khas seakan-akan tidak mempedulikan anak murid mereka semasa di dalam kelas. Murid diberi latihan manakala gurunya membuka komputer riba dan melayari laman sesawang. Buktinya adalah seperti berikut: Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak berlaku biasanya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan difotostat untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah menyiapkan latihan tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari internet. Dipetik daripada artikel bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas.

Вам также может понравиться