Вы находитесь на странице: 1из 5

Etika Penyelidik

ETIKA PENYELIDIKAN.....??? Etika merupakan suatu cabang ilmu falsafah yang berteraskan konsep moraliti. Menurut Velasquez dan Rostankowski (1985), etika boleh didefinisikan sebagai satu penyelidikan sistematik tentang kepercayaan dan pertimbangan tentang apa yang benar dan salah dari segi moral. Etika merupakan satu cabang penyelidikan yang cuba memberi penjelasan kepada persoalan tentang perkara-perkara yang bermoral dan tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang penyelidik semasa menjalankan penyelidikan. ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.....??? 1. Perlindungan Peserta Penyelidikan Semasa penyelidikan dijalankan, peserta yang mengambil bahagian harus dilindungi daripada sebarang kesan negatif yang mungkin sama ada dari segi fizikal dan mental.

2. Kerahsiaan Maklumat Peserta Penyelidikan Sebarang maklumat peserta perlu dilindungi daripada makluman masyarakat umum melainkan peserta telah memberikan persetujuan secara bertulis yang membenarkan penyelidik menghebahkan maklumat tersebut kepada orang ramai. Contohnya, dalam penyelidikan tinjauan, nama responden tidak perlu dinyatakan.

3. Kuasa Pilihan Untuk Keterlibatan Dalam Penyelidikan/Isu Paksaan Kuasa membuat pilihan sama ada untuk melibatkan diri atau tidak dalam penyelidikan perlu diberi kepada bakal peserta penyelidikan; tiada paksaan. 4. Penjelasan Awal Tentang Penyelidikan/Persetujuan Termaklum Penjelasan awal perlu diberi kepada peserta tentang penyelidikan yang bakal mereka sertai agar mereka dapat membuat pilihan sama ada untuk melibatkan diri atau tidak dalam penyelidikan berkenaan. Salah satu langkah bagi menjamin etika dalam penyelidikan adalah melalui penggunaan borang persetujuan termaklum. Borang tersebut perlulah dibaca dan ditandatangani oleh peserta atau penjaga/ibubapa(jika melibatkan kanak-kanak). 5. Isu Sulit dan Kerahsiaan Sebarang maklumat berkaitan dengan peserta yang diperoleh sepanjang penyelidikan perlu disimpan dengan rapi dalam situasi terkawal. Cara terbaik untuk pelihara kerahsiaan adalah

dengan mengurangkan jumlah individu yang terlibat dengan pengurusan data. 6. Perkongsian Hasil Penyelidikan Pengetahuan saintifik yang diperoleh adalah milik umum dan harus diumum secepat mungkin secara praktikal oleh penyelidik. Pihak yang patut mendapat maklumat tentang penyelidikan adalah subjek yang terlibat dalam penyelidikan. 7. Pemberitahuan Penyelidik haruslah memaklumkan subjek sekiranya penyelidikan yang dijalankan melibatkan unsur tipu daya ataupun manipulasi seperti merakam dan merekod reaksi subjek. Sekiranya subjek tidak senang dengan situasi berkenaan, penyelidik perlu memohon maaf dan menerangkan butiran penyelidikan. 8. Berkongsi Faedah Prinsip terakhir yang sering diabaikan ialah perkongsian faedah. Contohnya seorang penyelidik menggunakan dua kumpulan peakit Alzheimer bagi menyelidik kekuatan ingatan mereka berdasarkan kaedah ekperimen yang dijalankan. Walaupun tidak semua pesakit akan menunjukkan perkembangan positif, namun mereka perlulah dibri peluang untuk menikmati faedah daripada kaedah yang dijalankan bagi memastikan keadilan proses penyelidikan. PRINSIP ETIKA SEMASA MENJALANKAN PENYELIDIKAN....??? Menurut Resnik(2008), terdapat beberapa prinsip etika dalam penyelidikan: 1. Kejujuran Penyelidik haruslah melaporkan data dan hasil dapatan dengan jelas, menerangkan prosedur penyelidikan serta status penerbitan dengan jujur. Penyelidik sama sekali dilarang memalsukan data atau cuba memperdaya rakan sekerja atau agensi yang terlibat dan masyarakat umum tentang dpatn mereka. 2. Integriti Penyelidik harus berpegang pada janji dan amanah serta bertindak dengan ikhlas dan mengekalkan tindakan dan idea yang konsisten dalam penyelidikan mereka. 3. Cermat Elakkan kesilapan yang mungkin timbul dengan memeriksa penyelidikan yang dijalankan secara teliti, kritis, dan berhati-hati. Simpan rekod berkaitan aktiviti seperti pengumpulan data, kaaedah penyelidikan dan urusan dengan agensi yang terlibat ataupun senarai jurnal yang terbabit. 4. Keterbukaan Kongsi data, hasil penyelidikan, perkakasan dan sumber dengan penyelidik lain dan bersikap terbuka terhadap kritikan dan idea baru. 5. Menghormati Harta Intelektual Hormat paten, hak cipta dan bentuk harta intelektual individu lain. Elakkan menggunakan data, kaedah atau hasil penyelidikan yang tidak diterbitkan tanpa kebenaran dan jangan sesekali

melakukan plagiarisme. 6. Penerbitan yang Bertanggungjawab Elakkan penerbitan yang bertindih dan sia-sia. Terbitkan bahan penyelidikan dengan tujuan untuk memajukan penyelidikan dan bidang berkaitan, bukannya memajukan kerjaya peribadi. 7. Penyeliaan yang Bertanggungjawab Penyelidik haruslah menasihat, menyelia, dan mengajar pelajar mereka dan berilah galakan untuk membuat keputusan sendiri. 8. Menghormati Rakan Sekerja Hormati rakan sekerja dalam penyelidikan dan layan mereka dengan adil dan saksama. 9. Tanggungjawab Sosial Galakkan kebaikan dan banteras bahaya sejagat melalui penyelidikan, pendidikan awam, dan khidmat nasihat. 10. Bebas Dirkriminasi Elakkan diskriminasi terhadap rakan sekerja atau pelajar mahupun subjek penyelidikan berdasarkan umur, jantina, bangsa, suku kaum dan sebagainya. 11. Kecekapan Kekalkan dan tingkatkan kemahiran dan kepakaran penyelidikan melalaui pembelajaran sepanjang hayat. Tingkatkan kecekapan dalam ilmu sains mahupun ilmu sains sosial secara total. 12. Mengikut Undng-undang Ketahui dan patuhi undang-undang berkaitan dan polisi institusi dan kerajaan sepanjang perlaksanaan penyelidikan. 13. Perlindungan Subjek Penyelidik hauslah meminimumkan bahaya dan risiko sewaktu menjalankan penyelidikan terhadap manusia atau kehidupan lain dan maksimumkan faedah serta menghormati maruah, harga diri, privasi, an berusaha untuk mengagihkan faedah dan beban penyelidikan secara adil dan saksama.

ETIKA PADA TIGA TAHAP PENYELIDIKAN.....??? Isu etika dalam penyelidikan secara amnya melibatkan 3 tahap: 1. Tahap 1 - Etika semasa proses perancangan/sebelum pelaksanaan penyelidikan Dapatkan kelulusan/kebenaran bertulis daripada semua pihak yang bakal terlibat dalam penyelidikan yang terbabit dalam tempoh masa yang praktikal iaitu dalam lingkungan 1-3 bulan. Kebenaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kenebaran daripada organisasi di mana penyelidikan akan dijalankan dan kebenaran peribadi daripada responden yang terlibat secara

langsung atau tidak sevara langsung dalam penyelidikan yang hendak dijalankan. 2. Tahap 2 - Etika semasa penyelidikan sedang dijalankan Etika sewaktu proses penyelidikan dilaksanakan berkait rapat dengan instrumen dan juga prosedur yang digunakan. Penyelidik bertanggungjawab menghormati dan mematuhi prinsipprinsip etika, dimana responden tidak dipergunakan sesuka hati semata-mata untuk mendapatkan data yang dihajati. Hal ini penting bagi memastikan keselamatan responden dan menjamin ketelusan data yang dikumpulkan serta bebas daripada sebarang pengaruh. 3. Tahap 3 - Etika setelah penyelidikan dilaksanakan(kejujuran dalam laporan data dan interpretasi) Melalui penyelidikan kualitatif melibatkan pengumpulan data melalui temubual dan pencerapan, penyelidik harus bertanggungjawab dalam pengolahan dan penginterpretasian data secara objektif dan sebagaimana yang diperkatakan responden.Elakkan sebarang manipulasi data atau maklumat yang dugunakan untuk kepentingan penyelidik kerana ia merupakan perbuatan yang tidak beretika dan secara langsung mengurangkan kredibiliti penyelidikan yang dijalankan(Robson 2002). Selain daripada kejujuran dalam laporan data dan maklumat yang diperoleh, penyelidik bertanggungjawab berkongsi dapatan penyelidikan dengan individuindividu yang telah mengambil bahagian dalam penyelidikan tersebut. ISU ETIKA DAN PLAGIARISME.....??? Plagiarisme merupaka isu yang menggugat dunia akademia di masa kini. Plagiarisme boleh didefinisikan sebagi 'perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karya nya sendiri'atau dalam erti kata lain, 'mencuri' atau 'meniru' hasil kerja orang lain dan mengaku hasilan tersebut ialah hasil kerja mereka sendiri. Menurut Robson (2002), perbuatan plagiarisme boleh diambil tindakan tatatertib terhadap pesalah kerana ia merupakan satu amalan yang tidak beretika dan dipandang serius. Oleh itu, penyelidik dinasihati membuat rujukan yang sepatutnya kepada penulis asal yang dirujuk. AMALAN TIDAK BERETIKA....??? Robson (2002) dalam karyanya "Real World Research" menyenaraikan sepuluh amalan yang tidak beretika. dalam penyelidikan: 1. Melibatkan responden tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka. 2. Memaksa responden(sama ada dengan cara eksplisit atau implisit) untuk mengambil bahagian dalam penyeldidikan. 3. Merahsiakan informasi sebenar tentang tatacara dan proses penyelidikan. 4. Menipu responden atau subjek. 5. Melibatkan subjek dalam aksi-aksi yang boleh mengaibkan subjek. 6. Melibatkan perbuatan yang menyalahi hak asasi kemanusiaan dalam penyelidikan. 7. Mendedahkan responden kepada tekanan fizikal, mental dan emosi. 8. Menceroboh hak privasi atau peribadi respondaen. 9. Mengekang faedah daripad dinikmati setengah responden(contohnya dalam penyelidikan yang melibatkan kempulan kawalan dan kumpulan eksperimen). 10. Tidak melayan responden secara adil dan keperimanusiaan.

SALAH LAKU PENYELIDIKAN....??? 1. Pemalsuan Data Berlaku apabila penyelidik memalsukan data untuk tujuan tertentu seperti mendapatkan dapatan yang signifikan secara statistik agar dapat diterbitkan dalam jurnal.

2. Penyelewengan Dalam Pelaporan Berlaku apabila penyelidik memberikan gambaran yang salah tentang penyelidikannya supaya laporan yang dihasilkan diterima masyarakat.

3. Plagiat Berlaku apabila penyelidik gagal menyatakan sumber maklumat dalam penulisannya.

Sumber: Penyelidikan Dalam Pendidikan Noraini Idris

Вам также может понравиться