Вы находитесь на странице: 1из 3

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi

cetakan 1991, kemahiran

ialah kecekapan atau kepandaian. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka juga komunikasi pula ialah berhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain dan mengadakan perhubungan sepertinya bercakap, berbincang, bertukar pendapat dan lain-lain. Sesuatu proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Suatu seni menyalurkan idea-idea dan sikap daripada seorang individu kepada seorang yang lain. De Vito (1978) mengatakan bahawa komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta. Hybels dan Weaver 2 (1995) juga memberitahu bahawa komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan.

Dalam kemahiran komunikasi terdapat dua jenis komunikasi. Pertamanya, komunikasi intrapersonal berlaku di dalam diri seseorang. Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri sendiri. Ia merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam pemprosesan simbolik dari

pesan-pesan. Seorang individu menjadi pengirim sekaligus penerima pesan, memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam proses internal yang berkelanjutan. Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu dengan diri sendiri. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri sendiri. Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan rangsangan kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia. Mendapatkan

perhatian besar dari kalangan psikologi behavioristik (pemerhati tingkah laku). Muhasabah Diri menilai tentang segala perkara yang telah dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Berdoa memohon sesuatu perkara yang diminta daripada Allah Taala. Bersyukur berterima kasih di atas segala apa yang diperolehi melalui pemberian Allah.

Selain itu, R. Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara tatap muka. Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individu -individu lain. Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas secara terus antara satu sama lain. Biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang. Biasanya berbentuk dialog bercirikan tolak ansur, lisan iaitu orang biasanya mencelah antara satu sama lain. Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu kumpulan

kecil apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama lain sebagai individu.

Вам также может понравиться