Вы находитесь на странице: 1из 22

PENGAJARAN KOLABORATIF

Mohamad Hafizan Bin Zinuddin PISMP 5.12

Definisi- Pengajaran Kolaboratif


satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran. (Sturman, 1992).

pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. (Nunan, 1992)

Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima ide/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau profesional (Hargreaves, 1995)

Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan.

Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-masing

(Bailey,1996).

Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan sendirian. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing memerhatikan satu model yang sedang mengajar.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif


Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ ahli yang sesuai untuk membentuk pakatan/ pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan Pengajaran Kolaboratif. Penggembilingan sumber spt kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif


Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif


Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pegagogi masing-masing. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan perkembangan profesional diri.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif


Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan rakan sejawatnya. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat (Shannon and Meath-Lang, 1992).

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif


Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh dilihat samada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Model Pengajaran Kolaboratif Freudenstein (1991)


Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran: 1. Pra-pengajaran peringkat perancangan dan persediaan. 2. Pengajaran peringkat persembahan dan pelaksanaan. 3. Pasca-pengajaran peringkat penilaian dan pengubahsuaian

PERANCANGAN PERSEDIAAN PENGAJARAN BERPASANGAN PERSEMBAHAN PELAKSANAAN

Kejelasan input & arahan Berpusatkan pelajar Ubahsuai bahasa jk perlu Berdasarkan tugas Guru Sbg fasilitator Semak kefahaman pljr

PENILAIAN
Semak semula strategi & pendktn pengajaran Ubahsuai bahan pengajaran Belajar dari pengalaman
Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

PENGUBAHSUAIAN

Pendekatan Pelaksanaan Pengajaran Kolaboratif


Guru utama dan Guru pembantu
Perkongsian seimbang antara pasangan guru yang mengajar

Rujukan: Bailey, F.(1996). The role of collaborative dialogue in teacher education. In D. Freeman & J.C. Richards (Eds.), Teacher learning in language teaching. pp. 260 280. Cambridge: Cambridge University Press. Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. Jarvis (Eds.), Ideas and issues in Primary ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson in association with the Center for British Teachers.

Hargreaves, A. (1995). Beyond collaboration: Critical teacher development in the postmodern age. In J. Smyth (Ed.), Critical discourses on teacher development. (pp. 149-179). London: Cassell. Nunan, D. (1992). Collaborative language learning and teaching. Cambridge: Cambridge University Press.

Shannon, N. B. & Meath-Lang, B. (1992). Collaborative language teaching: A coinvestigation In D. Nunan (Ed.),

Collaborative language learning and teaching. (pp.120-140). Cambridge:


Cambridge University Press

Sturman, P. (1992). Team teaching: a case study from Japan. In D. Nunan


Cambridge University Press.

Collaborative language learning and teaching. (pp. 141-161). Cambridge:

TERIMA KASIH

Вам также может понравиться