Вы находитесь на странице: 1из 2

Jenis-jenis gigi palsu Terdapat tiga jenis gigi palsu iaitu gigi palsu separuh, penuh dan overdentur.

1. Gigi palsu separuh Gigi palsu separuh adalah gigi palsu yang menggantikan kehilangan beberapa batang gigi di dalam rahang.

Gigi palsu separuh jenis akrilik untuk rahang atas 2. Gigi palsu penuh Gigi palsu penuh adalah gigi palsu yang menggantikan semua gigi asli dan struktur tisu berkaitan pada rahang atas dan bawah. 3. Overdentur Overdentur adalah gigi palsu yang disokong oleh satu atau lebih akar gigi didalam mulut. Sebatang atau dua gigi yang tinggal di dalam mulut tidak dicabut, tetapi dipilih untuk dijadikan gigi sokongan overdentur.

Dua batang gigi hadapan disiapkan Overdentur dipasang didalam mulut. sebagai gigi tupang untuk Overdentur ini menutupi dua gigi tupang. overdentur.

Mengapa anda memerlukan gigi palsu? 1. memudahkan anda mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas. 2. membantu mengembalikan profil wajah anda, mengembalikan semula senyuman dan membantu meningkatkan keyakinan diri. 3. mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong yang terjadi akibat kehilangan gigi.

Penjagaan gigi palsu 1. 2. 3. 4. 5. Berus dan bilas gigi palsu anda selepas makan dan sebelum tidur. Rendam gigi palsu dalam air biasa yang bersih bila tidak dipakai. Jangan guna air suam atau air panas. Jangan cuba untuk mengubah atau membaiki gigi palsu itu sendiri. Elakkan memakai gigi palsu semasa tidur.

Вам также может понравиться