Вы находитесь на странице: 1из 11

Cabaran Hubungan Etnik dan implikasi di Malaysia

Noor Farihan binti Che Lah Fatimah Syahirah binti Mohamed Pengajian Sosial 1 Semester 3 2011

Pengenalan
Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik . Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini

FAKTOR KONFLIK DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi. Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal. Prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain.

kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing -masing Politik perkauman Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan. Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama.

Sosial

Ekonomi

Cabaran Hubungan Etnik

Politik

Agama dan Budaya

POLITIK
Politik perkauman: Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing. Menyuarakan, menjaga serta memperjuangkan kelangsungan dan kepentingan kaum masing masing. Sukar menerima pemimpin dari kaum lain. Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal.

EKONOMI
Perbezaan pekerjaan: Dasar British yang meletakkan kaum berdasarkan pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu- satu bidang pekerjaan. Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu. Menghalang nteraksi berlaku di kalangan etnik

Dominasi sektor ekonomi: Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan. Orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet- estet Semangat perkauman terus menebal

SOSIAL
Pemisahan penempatan: Akibat dasar pecah perintah British. Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi. Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.

Pengasingan sistem pendidikan: Sistem persekolahan memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda. Interaksi akan berkisar di kalangan etnik yang sama. Membentuk semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan prasangka. Pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi, politik dan sosial barat.

AGAMA, ADAT ISTIADAT & BUDAYA


Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang berlainan: Mudah terjadinya konflik. Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup.

Вам также может понравиться