Вы находитесь на странице: 1из 22

Karangan 1 Perpustakaan merupakan tempat sumber rujukan kepada murid-murid sekolah. Jelaskan faedah-faedah mengunjungi perpustakaan kepada murid.

Perpustakaan dikategorikan sebagai tempat penyimpanan dan pembacaan bahan bacaan kepada masyarakat umum terutamanya golongan pelajar. Terdapat pelbagai bentuk perpustakaan termasuklah perpustakaan bergerak dan perpustakaan sekolah. Jelaslah, pelajar yang sering mengunjungi perpustakaan akan memperoleh banyak manfaatnya.

Impak positif yang menyerlah ialah pelajar akan menghabiskan masa lapang mereka dengan berfedah terutama ketika cuti sekolah yang panjang itu. Amalan membaca buku di tempat ini memerlukan tempoh masa yang lama seperti dua atau tiga jam untuk mendapat kesan yang sewajarnya. Maka, pelajar akan menghabiskan masa cuti mereka dengan begitu bermanfaat kerana membaca itu jambatan ilmu.

Selain itu, sikap mengunjugi perpustakaan ini akan mendedahkan diri pelajar dengan pelbagai bahan bacaan yang meningkatkan kemahiran mereka dalam isu-isu semasa. Pelajar akan membaca majalah, buku, akhbar dan sebagainya ketika berada di dalam perpustakaan lalu banyak informasi diperoleh pula. Jadi, pelajar boleh menggunakan semua maklumat tersebut untuk mengukuhkan kefahaman mereka tentang aspek isu-isu semasa yang melanda kehidupan masyarakat zaman ini.

Malah, perpustakaan juga menjadi tempat untuk pelajar membuat latihan sekolah dan mengulangkaji pelajaran kerana suasananya yang senyap sunyi itu. Tumpuan pelajar menjadi lebih fokus kerana ketiadaan gangguan televisyen, telefon bimbit, suara rakan dan sebagainya berbanding ketika berada di rumah sendiri. Akibatnya, prestasi pelajaran pelajar itu akan menjadi bertambah baik setiap kali peperiksaan berlangsung.

Tambahan pula, pelajar yang kerap ke perpustakaan akan boleh berinteraksi dengan rakan-rakan tanpa disedari itu. Kekerapan bersama-sama belajar di perpustakaan akan mewujudkan semangat bekerjasama lalu berbincang tentang pelajaran setiap kali mereka bertemu. Sesungguhnya, pelajar yang sering menghabiskan masa di perpustakaan akan memiliki rakan yang sihat dalam kehidupan mereka itu.

Konklusinya, semua kebaikan mengunjungi perpustakaan itu akan wujud apabila amalan ini menjadi satu rutin pelajar. Namun, pelajar harus jujur dengan menggunakan kemudahan perpustakaan sebaik mungkin seperti tidak membuang bising, mengoyak halaman buku, dan tidur pula. Slogan perpustakaan gedung ilmu membuktikan betapa besarlah pengaruh perpustakaan dalam kehidupan pelajar yang berusaha mencari ilmu pengetahuan itu. Sungai negara ini mengalami banyak pencemaran. Jelaskan cara-cara mengatasinya.

Sungai dilihat sebagai satu sumber air yang penting di negara ini. Antara sungai yang dilihat sebagai sungai utama negara ini meliputi Sungai Pahang, Sungai Johor, dan Sungai Rajang. Jadi, sungai yang penting ini harus dipelihara sebaik mungkin dengan pelbagai kaedah tertentu itu.

Tindakan yang mudah melibatkan penguatkuasaan peruntukan perundangan. Akta ini boleh menekankan hukuman yang lebih berat terutama kadar denda yang tinggi bersama-sama penjara yang panjang tempohnya itu.Jelaslah, hukuman yang sebegini boleh menakutkan masyarakat kita terutama golongan yang suka mencemarkan sungai itu.

Selain itu, pihak berkuasa bolehlah menjalankan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga sungai daripada tercemar ini. Masyarakat terutama generasi muda akan memahami sebab mereka harus menjaga kualiti air sungai di negara ini apabila melihat informasi kempen tersebut. Lantaran itu, lebih banyak kempen perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendapat reaksi positif daripada masyarakat terhadap isu sungai ini.

Tambahan pula, konsep gotong-royong terutama di kawasan sungai harus dilaksanakan dengan kerap oleh penduduk setempat. Aktiviti secara berkelompok ini membolehkan sungai itu dibersihkan daripada segala kekotoran terutama kayu-kayu dan sampah-sarap. Oleh itu, sungai akan menjadi lebih bersih apabila masyarakat sekeliling menjaga sungai itu dengan membersihkannya sekerap mungkin. Langkah terakhir dalam usaha menjaga sungai melibatkan tindakan menghalang pembalakan di kawasan hutan terutama di kawasan hulu sungai itu. Lama-kelamaan aktiviti pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan banyak lumpur dan mendapan lain masuk ke dasar sungai itu. Sesungguhnya, tindakan mengawal pembalakan boleh menjadikan kualiti sungai kita menjadi lebih baik berbanding sekarang. Kesimpulannya, semua kaedah tadi berupaya untuk memulihkan semula imej sungai kita yang tercemar teruk itu. Semua pihak terutama remaja perlulah melihat kemelut ini sebagai satu isu yang serius pula.

Slogan cintailah sungai harus tersemat dalam jiwa rakyat di negara ini yang cinta akan keindahan flora dan fauna. Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin diketepikan.

Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan bagaimanakah cara untuk mengatasi gejala ini berlaku.

Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini boleh dikatakan sebagai sikap bersopan ketika remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara sikap berbudi bahasa itu meliputi memanggil orang lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang tua, dan tidak menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak pihak berpendapat remaja kita semakin kesampingkan nilai-nilai ini?

Masalah ini berlaku keranan ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan kasih sayang dan kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu memburu dunia kebendaan itu membawa ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang betul kepada anak. Akibatnya, kepincangan akhlak dan semakin menghilangnya budi bahasa berlaku dalam kalangan remaja.

Selain itu, kewujudan pelbagai media massa di negara ini dalam tempoh terdekat turut menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita. Pelbagai program yang tersiar terutama penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu. Jelaslah, remaja tidak lagi berbudi bahasa kerana terpedaya dengan kandungan media massa yang diimport itu.

Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan paling utama dalam membentuk akhlak anak-anak itu. Mereka harus meluangkan amasa dan mempamerkan teladan yang betul serta memberikan didikan keagamaan kepada golongan muda itu. Ringkasnya, masalah ini boleh ditangani apabila ibu bapa tidak mementingkan aspek kebendaan sahaja.

Tambahan pula, pihak sekolah turut mempunyai tugas berat dengan melaksanakan sistem pendidikan yang menekankan falsafah kemanusiaan yang sebenarnya. Pendidikan di sekolah hendaklah menekankan keperluan membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang peribadinya dalam segi

jasmani, rohani, dan intelektual. Sesungguhnya, kejayaan pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan tugasnya bakal menghasilkan remaja yang berbudi bahasa itu.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan kemelut sosial ini. Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah lagi bertamadun buat manusia. Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat yang menekankan betapa pentingnya kita mengekalkan budaya berbudi bahasa ini dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara cemerlang, gemilang, dan terbilang itu. Pelbagai pihak melihat sukan sebagai satu aktiviti yang baik kepada masyarakat kita. Huraikan kebaikan sukan?

Sukan dilihat sebagai satu aktiviti sihat yang berupaya mengeluarkan peluh apabila dilaksanakan secara kerap.Contoh aktiviti sukan itu meliputi acara larian, bola sepak, badminton, hoki, dan bola jaring yang menjadi kegilaan masyarakat kita. Sebenarnya, banyak manfaat yang timbul apabila sukan menjadi sebahagian daripada aktiviti harian rakyat jelata.

Kelebihan melakukan acara sukan ialah badan ahli masyarakat kita akan menjadi semakin sihat untuk melakukan aktiviti harian. Kajian sudah membuktikan bahawa semua acara sukan melibatkan penghasilan peluh yang turut membuang toksik badan bersama-sama melepaskan tekanan yang dialami oleh individu itu. Lantaran itu, masyarakat yang kerap melaksanakan aktiviti sukan akan memiliki kesihatan yang terpelihara sepanjang masa.

Selain itu, sukan juga dikatakan berupaya untuk memupuk perasaan perpaduan sesama rakyat yang berbilang bangsa itu. Interaksi sesama individu akan berlaku kerana sukan memerlukan setiap ahli untuk bekerjasama melaksanakan aktiviti tersebut. Maka, perpaduan antara kaum boleh dicapai menerusi penglibatan setiap ahli masyarakat kita dalam acara sukan yang begitu mudah lagi menarik itu.

Tambahan pula, sukan juga berupaya untuk menjana perkembangan ekonomi negara ini menerusi pembinaan lebih banyak kemudahan sukan seperti stadium. Kos yang tinggi memang diperlukan untuk pembinaan stadium tetapi pembinaan ini juga boleh menjadikan aktiviti ekonomi sampingan berkembang bersama-sama peluang kerja. Sesungguhnya, ekonomi negara akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya kerana masyarakat kita begitu meminati acara sukan itu.

Imej negara akan bertambah baik apabila sukan menjadi kegilaan penduduk tempatan. Masyarakat luar menganggap negara yang berjaya dalam sebarang acara sukan memiliki satu keunikan yang tersendiri pula. Jadi, kita hendaklah melakukan acara sukan ini supaya negara kita mencapai kejayaan dalam pertandingan antarabangsa yang meninggikan imej penduduk negara ini pula.

Kesimpulannya, semua impak positif penglibatan acara sukan ini memang benar-benar berlaku. Semua pihak terutama rakyat hendaklah bekerjasama untuk melibatkan diri mereka dalam sebarang acara sukan yang diminati itu. Slogan badan sihat otak cergas membuktikan bahawa sukan boleh membawa banyak faedah kepada masyarakat semua.

Pelajar semakin meminati mesej pesanan ringkas (SMS) dalam komunikasi mereka. Jelaskan kebaikan penggunaan sms ini. Mesej pesanan ringkas (sms) dilihat sebagai cara berkomunikasi yang diminati oleh pelajar kita. Contohnya, sms ini boleh dihantar menggunakan komputer, telefon bimbit dan tablet. Sebenarnya, teknologi ini ada banyak kebaikan apabila diamalkan oleh pelajar. Faedah utama menggunakan sms ialah kos perbelanjaan pelajar menjadi lebih murah. Pelajar mengetahui bahawa kos bercakap menerusi telefon bimbit jauh lebih mahal berbanding menghantar sms yang mudah lagi cepat itu. Lantaran itu, pelajar lebih suka menghantar sms kerana kosnya lebih rendah. Selain itu, pelajar boleh berinteraksi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka. Kekerapan menghantar sms boleh merapatkan hubungan dengan ibu bapa dan rakan juga. Jelaslah, sms yang digunakan itu boleh menjadikan interaksi pelajar dengan ibu bapa dan rakan bertambah baik. Tambahan pula, pelajar yang bijak menggunakan sms boleh memperoleh pelbagai informasi yang berguna. Remaja menjadikan sms sebagai alat komunikasi untuk mengetahui kerja rumah, masa cuti, dan pelbagai kejadian yang berlaku dalam kehidupan mereka. Maka, pelajar yang menggunakan sms dalam hidupnya akan memiliki pelbagai maklumat yang berguna pula. Kesimpulannya, semua faedah tadi memang boleh diterima apabila pelajar menggunakan sms dengan kerap. Kerjasama semua pihak amat diperlukan supaya penggunaan sms ini dikawal oleh pihak ibu bapa. Peribahasa nasi menjadi bubur mengingatkan kita bahawa isu ini harus ditangani dengan bijak sebelum menjadi negatif pula.
Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan remaja.

Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita.

Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.

Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan.

Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.

Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan vandalisme ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini. Industri kraf tangan mempunyai potensi yang besar di negara kita meskipun menghadapi pelbagai masalah. Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini?

Jelaskan.

Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.

Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih lebih banyak penggiat industri ini pula.

Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong.

Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologi tinggi. Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan pada masa yang sama.

Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud diMalaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan?

Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknya pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri.

Isu warga tua terbiar bukanlah satu perkara baharu. Sebagai remaja yang bertanggungjawab, berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi permasalahan ini.

Peringkat umur tua merupakan peringkat akhir dalam perkembangan biologi manusia. Keadaan ini menyebabkan ketika inilah pelbagai masalah boleh berlaku terutama yang menyentuh aspek emosi dan kesihatan seseorang itu. Oleh itu, ada pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh remaja untuk menangani kemelut warga tua ini.

Sudah pasti pemupukan pendidikan asas terutama didikan agama mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah warga ini. Remaja yang menerima pendidikan asas agama yang kukuh sudah pasti akan lebih menghormati golongan tua ini lalu memberikan perhatian akan kehidupan mereka. Hubungan antara ahli keluarga juga akan menjadi lebih erat dan mesra. Jadi, remaja harus memiliki didikan yang sempurna.

Bagaimanakah didikan ini harus wujud? Sudah pasti ibu bapa berperanan untuk memberi panduan yang benar kepada remaja. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak akan pentingnya menghormati warga tua kerana setiap manusia akan menempuh alam tua mereka yang tersendiri. Kejayaan ibu bapa mendidik anak dengan baik memastikan satu golongan remaja yang melihat warga tua bukan sebagai satu masalah sebaliknya satu amanah yang harus dilaksanakan tanpa banyak soal.

Selain itu, media massa juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang semakin kritikal ini. Penyiaran lebih banyak program dan siaran yang berunsur positif akan warga tua mampu merapatkan jurang antara remaja dan warga emas ini. Keadaan ini mampu menimbulkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri remaja untuk membantu warga tua tanpa sebarang alasan.

Sistem pendidikan yang lebih holistik dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah orang tua. Biasanya pelajar di sekolah hanya mendengar sahaja nasihat guru tentang peranan mereka membantu warga tua tanpa melihat contoh yang sebenarnya. Maka, lawatan ke rumah jagaan orang tua sudah pasti memberikan pengalaman sebenar kepada remaja akan kehidupan warga ini lalu timbulah keinsafan dalam diri remaja itu sendiri.

Kesimpulannya, jurang pemisah antara generasi muda dan tua semakin ketara terutama dalam era moden ini. Semua pihak sama ada masyarakat dan kerajaan harus mengenal pasti langkah-langkah yang lebih praktikal untuk menangani kemelut warga tua ini. Kita harus sedar warga tualah yang telah

membangunkan negara ini lalu menjadikan kehidupan generasi muda selepas mereka lebih mudah dan selesa. Kita harus hargai jasa mereka. Anda digalakkan untuk menyertai pertubuhan sukarela.

Jelaskan kebaikan menyertai pertubuhan sukarela itu.

Pertubuhan sukarelawan boleh diseertai oleh pelbagai golongan, usia, kaum, dan agama. Di negara ini terdapat banyak persatuan sukarela untuk disertai oleh rakyat Malaysia. Antara contoh pertubuhan sukarela itu ialah Persatuan Bulan Sabit Merah dan Askar Wataniah. Ada banyak kebaikan menyertai pertubuhan sebegini.

Penglibatan remaja atau belia dalam pertubuhan ini menjadikan seseorang itu boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Maknanya, remaja yang menyertai pertubuhan sebegini mampu menghindarkan diri daripada terbabit dalam gejala negatif. Maka, remaja mampu memiliki masa lapang yang dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

Malah, remaja yang menyertai pertubuhan ini boleh membantu orang lain ketika bencana seperti banjir dan kebakaran berlaku. Malang sukar untuk diramalkan jadi remaja yang ada kemahiran sebegini sudah pasti boleh mengurangkan kesusahan yang dialami oleh mangsa bencana tersebut. Jelaslah, pertubuhan sukarela menjadikan remaja mampu menghulurkan bantuan kepada masyarakat umum.

Selain itu, remaja juga mampu melatih diri mereka menjadi orang yang berdisiplin apabila menyertai pertubuhan sebegini. Pertubuhan sukarela mempunyai peraturan dan latihan yang tertentu. Semua perkara ini memerlukan disiplin yang tinggi daripada diri remaja untuk satu tempoh yang panjang. Sesungguhnya, remaja akan menjadi lebih baik dirinya menerusi pembabitan dalam pertubuhan sebegini.

Pertubuhan sukarela juga membolehkan remaja melihat tempat orang dan meluaskan pengetahuan mereka tentang kehidupan. Pelbagai lawatan dan usaha menghulurkan bantuan akan dianjurkan oleh pertubuhan sebegini. Keadaan ini akan memberikan satu pengalaman yang berharga buat seseorang remaja itu. Jelaslah, remaja akan mampu belajar tentang kehidupan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, pasukan sukarela memang memberi banyak impak positif kepada remaja. Ajaran agama juga menuntut agar masyarakat menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukannya. Remaja yang menyertai pertubuhan sebegini akan mampu melihat satu perubahan drastik berlaku dalam peribadi mereka. Anda diminta untuk menulis satu karangan bertajuk "Kepentingan sambutan hari perayaan di negara ini" untuk bacaan kelas anda.

Huraikan.

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masingmasing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan. Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun.

Huraikan punca-puncanya.

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat. Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Huraikan sebab-sebab berlakunya perkara tersebut.

Remaja merujuk golongan yang berumur belasan tahun dan belum bekerja atau masih bersekolah. Antara budaya negatif yang sering menghantui remaja kita meliputi penagihan dadah, jenayah, dan menyertai kumpulan samseng. Sebenarnya, ada pelbagai faktor yang membawa remaja kita mudah terpengaruh dalam aktiviti sedemikian itu.

Faktor kurangnya pegangan agama menjadi teras menularnya masalah ini terutama dalam kalangan remaja di kawasan bandar. Ketiadaan kefahaman agama yang kukuh telah membawa remaja kita begitu mudah untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik itu. Maka, tanpa pegangan agama kehidupan remaja kita menjadi begitu mudah untuk terjebak dalam aktiviti budaya songsang ini.

Selain itu, remaja kita melihat budaya luar terutama dari Barat itu sebagai sesuatu yang moden dan mengikut peredaran zaman. Mereka begitu taksub untuk meniru budaya kuning itu kerana menyedari itulah norma yang harus dicontohi oleh mereka tanpa sebarang cubaan untuk menilainya sebagai objektif pula. Jadi, persepsi mengenai budaya luar itu sebagai budaya yang mulia telah menjerumuskan remaja kita ke lembah yang hina itu.

Malah, ibu bapa zaman globalisasi ini begitu sibuk dengan urusan pejabat lalu melupakan tugas mendidik anak itu. Ketiadaan perhatian dan didikan ibu bapa telah memudahkan anak remaja kita untuk terpesong daripada budaya tempatan yang penuh kesopanan tersebut. Jelaslah, ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya sendirilah yang menghancurkan masa depan remaja itu.

Namun, kita juga tidak boleh menolak penularan gejala sosial dalam kalangan remaja kita disebabkan oleh rakan sebaya. Remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding masa bersama-sama ibu bapa dan pihak sekolah. Lantaran itu, remaja lebih mempercayai kata-kata dan penerangan rakan sebaya yang sengaja membawa remaja itu ke arah kemudaratan semata-mata.

Kesimpulannya, semua faktor yang dihuraikan tadi memang telah membawa remaja kita terlibat dalam pelbagai aktiviti yang bercorak negatif itu. Semua pihak terutama ibu bapa hendaklah menyedari kemelut ini lalu segera mengambil langkah mencegahnya. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, yang membuktikan betapa pentingnya golongan remaja ini kepada masyarakat dan negara kita. Berita tentang keselamatan sekolah telah menjadi bahan perbualan masyarakat. Huraikan ciri-ciri sekolah selamat.

Sekolah yang selamat bermaksud tidak berlakunya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan guru di situ. Antara kejadian yang pernah berlaku di kawasan sekolah ialah kejadian pergaduhan, kecurian, dan perkosaan. Oleh itu, wujud pelbagai ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu selamat pada mata masyarakat umum.

Ciri yang paling mudah ialah pihak sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah itu. Pengawal ini juga boleh meronda kawasan sekolah mengikut masa tertentu sebagai usaha memastikan keselamatan sekolah terjaga. Jadi, tindakan menggaji pengawal keselamatan menjadi langkah mudah untuk memastikan sekolah selamat.

Selain itu, setiap bilik di sekolah itu perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api yang mudah untuk diperoleh. Maknanya, pelajar bukan sahaja diberi latihan menggunakannya tetapi hendaklah diletakkan di tempat yang paling strategik untuk keberkesanan penggunaannya kelak. Jelaslah, alat pemadam api boleh memastikan kebakaran yang berlaku dikawal sebelum ketibaan pihak bomba.

Tambahan pula, sebuah sekolah yang selamat turut memiliki pelan arah keselamatan apabila berlakunya sebarang kejadian seperti kebakaran, banjir, dan sebagainya. Pelan ini memudahkan pelajar mengetahui tindakan yang harus diambil oleh mereka dan arah yang dituju ketika perkara kecemasan berlaku. Sebenarnya, kewujudan pelan sebegini memastikan pelajar dapat menyelamatkan diri dalam keadaan tenang dan teratur apabila berlaku sesuatu perkara buruk.

Kewujudan pengawal lalu lintas terutama di kawasan sekolah yang berhampiran jalan utama lalu lintas turut penting dalam menjamin keselamatan penghuni sekolah. Pengawal ini akan memastikan pelajar melintas jalan dengan selamat dan memerhatikan persekitaran ketika pelajar sedang menunggu kedatangan ibu bapa mereka itu. Sesungguhnya, pengawal lalu lintas menjadikan pelajar lebih selamat ketika keluar dari kawasan sekolah.

Kesimpulannya, setiap sekolah hendaklah memberi penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar mereka. Jika pihak sekolah masih berdolak-dalih dalam hal ini sudah pasti sesuatu tragedi hanya menanti masa sahaja untuk berlaku. Mungkin sudah sampai masanya pihak sekolah melihat keselamatan pelajar melebihi segala-galanya sebelum nasi menjadi bubur. Kebersihan sungai adalah tanggungjawab kita bersama. Namun, masyarakat kini masih tidak mengambil peduli tentang pencemaran sungai yang semakin serius.

Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasi pencemaran sungai.

Sungai merupakan kejadian alam sekitar yang semakin terpinggir dalam kehidupan manusia moden ini. Pihak media massa sering menjadikan pencemaran sungai sebagai satu bahan utama berita mereka kerana berita ini mudah menjadi sensasi. Maka, ada pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menyelamatkan sungai ini.

Langkah awal yang boleh diambil ialah masyarakat tidak lagi membuang sampah ke dalam sungai tanpa rasa bersalah. Kebanyakan sungai di negara ini tercemar kerana terlalu banyak sampah yang dibuang ke dalamnnya dengan anggapan sungai boleh membersihkan diri sendiri. Oleh itu, isu ini akan dapat diatasi jika orang ramai tidak lagi membuang sampah sesuak hati.

Malah, pihak kerajaan boleh menggubal satu peruntukan perundangan baru yang mampu menghukum individu yang mencemarkan sungai dengan hukuman yang berat. Masyarakat akan berasa gerun untuk melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan sungai apabila mengetahui betapa beratnya hukuman yang bakal menanti mereka. Jelaslah, hukuman yang berat akan menghalang masyarakat daripada terus mencemarkan sungai kita itu.

Malahan, kempen kesedaran boleh dilancarkan oleh pihak berkuasa menerusi penggunaan media massa. Dalam kempen ini diterangkan sebab-sebab sungai tercemar dan kesan tindakan itu supaya masyarakat memahami kepentingan sungai dalam kehidupan harian manusia. Sesungguhnya, sungai tidak akan tercemar lagi setelah manusia menyedari keperluan sungai yang jernih dalam kehidupan manusia.

Selain itu, usaha mengindahkan kawasan sungai hendak ditingkatkan oleh kerajaan. Kawasan tebing sungai perlulah dikukuhkan dengan konkrit dan kedalaman sungai dikawal dengan melakukan aktiviti mengorek mengikut jadual supaya aliran sungai tidak terganggu. Jelaslah, sungai harus diselenggarakan dengan baik supaya tidak mudah tercemar dengan kotoran dan hakisan tanah tebingnya.

Kesimpulannya, huraian tadi telah membuktikan bahawa banyak kaedah yang boleh diambil untuk menangani pencemaran sungai kita. Semua pihak hendaklah bersedia untuk bertindak tegas kepada individu yang mencemarkan sungai itu. Slogan, cintailah sungai kita harus tersemat dalam jiwa masyarakat agar isu ini boleh diselesaikan dengan baiknya. Kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum melayakkan seseorang murid itu dinobatkan sebagai murid cemerlang.

Bincangkan faktor-faktor kejayaan murid cemerlang.

Kejayaan pelajar sering dikaitkan dengan kemampuan diri seseorang itu memperoleh sesuatu yang membanggakan diri dan keluarga dalam pelajaran serta kokurikulum. Antaranya kejayaan pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan mewakili sekolah atau negara dalam acara sukan. Jadi, apakah yang membawa seseorang pelajar itu berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum itu.

Sudah pasti sebab utama melibatkan galakan ibu bapa pelajar itu sendiri. Golongan tua ini perlulah memberikan galakan kepada anak dengan menyediakan ruang untuk belajar dan membeli keperluan kokurikulum anak seperti pakain seni pertahanan diri itu. Jelaslah, pelajar akan lebih berusaha dalam akademik dan kokurikulum jika mereka melihat kesungguhan ibu bapa dalam memberikan sokongan itu.

Selain itu, kejayaan pelajar juga banyak bergantung pada kemampuan diri sendiri. Maknanya, pelajar hanya menyedari betapa pentingnya kejayaan dalam akademik dan kokurikulum akan berusaha untuk

mencapainya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Ringkasnya, pelajar yang berjaya itu mempunyai naluri ini melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin tanpa mengira masalah yang bakal berlaku.

Malah, pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam membawa kejayaan kehidupan pelajar itu. Rakan yang baik bukan sahaja memberikan galakan tetapi juga satu persaingan positif yang membawa pelajar memberikan usaha terbaik mereka dalam akademik dan kokurikulum. Jelaslah, rakan yang tepat akan memberikan satu kelebihan kepada pelajar untuk berjaya dalam kehidupannya.

Tambahan pula, kejayaan pelajar turut ditentukan oleh pihak sekolah. Sudah banyak pihak sekolah yang menganjurkan pelbagai kelas tambahan dan bengkel motivasi serta latihan kokurikulum tertentu kepada pelajarnya. Sesungguhnya, usaha murni lagi gigih daripada pihak pengurusan sekolah itu sendiri membawa kejayaan dalam diri pelajar mereka.

Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan bahawa kejayaan pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum boleh diperoleh dengan baiknya. Pelajar harus menyedari semua penyebab ini lalu berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan itu. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya yang membuktikan kejayaan memerlukan usaha gigih yang tinggi sahaja. Menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak-anak. Huraikan pernyataan di atas. Ibu bapa mempunyai peranan utama dalam menyemai sikap suka membaca dalam jiwa anak-anak. Mereka merupakan individu yang penting dalam kehidupan anak-anak itu. Jadi, ibu bapa boleh melakukan pelbagai tindakan yang positif untuk memastikan minat membaca dalam diri anak-anak mereka wujud. Pertama, ibu bapa boleh menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Maknanya, ibu bapa sendiri hendaklah mempunyai minat membaca terutama ketika berada di rumah pula. Tindakan ibu bapa membaca di rumah boleh menjadi ikutan bagi anak-anak kerana mereka melihat ibu bapa sebagai orang yang penting dalam hidup. Malah, ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka tentang kepentingan membaca itu dalam kehidupan manusia. Membaca boleh dijelaskan sebagai satu tindakan yang memudahkan seseorang itu untuk memperoleh ilmu. Ibu bapa juga boleh menerangkan bahawa kebanyakan orang yang berjaya ialah orang yang rajin membaca.

Ibu bapa juga boleh menanam sikap suka membaca dengan membelikan anak-anak mereka pelbagai bahan bacaan. Ketika sambutan hari lahir anak, hadiah bahan bacaan boleh menjadi hadiah pilihan ibu bapa juga. Bahan bacaan yang dipilih itu mestilah bersesuaian dengan tahap umur anak agar mereka tidak terlalu bosan pula. Konklusinya, amalan membaca amat penting dipupuk dalam jiwa anak-anak di Malaysia. Dalam usaha pemupukan ini ibu bapa memainkan peranan awal yang penting juga. Kejayaan ibu bapa mendidik anak agar meminati amalan membaca akan membawa kemunculan satu generasi yang suka membaca di Malaysia pada masa hadapan. Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru. Huraikan pernyataan di atas. Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaan memberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif pula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula. Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsung menjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadi lebih erat melalui acara sukan sebegini. Manakala dalam aktiviti pasukan beruniform pula, para pelajar boleh berbincang tentang sesuatu aktiviti itu dengan meluas. Pelajar akan memperoleh kemahiran mengikut arahan ketua, disiplin dan pengalaman tertentu. Sesungguhnya, hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih rapat kerana guru akan membimbing mereka dalam setiap tindakan itu. Selain itu, aktiviti berunsur kelab dan persatuan seperti berbalas pan tun dan quiz serta syarahan banyak membawa impak positif terhadap interaksi guru dengan pelajar. Perancangan dan kerjasama serta muafakat diperlukan antara guru dengan pelajar untuk berjaya dalam program seperti ini. Kekerapan pelajar dan guru berinteraksi menyebabkan mereka saling memahami dan sedar kelebihan masingmasing pula. Konklusinya, hubungan yang baik dan rapat memang terjalin apabila aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah kita. Keadaan ini boleh menyumbang ke arah kejayaan mutlak dalam peperiksaan umum pula. Bak kata orang tua-tua "bagai aur dengan tebing" yang membuktikan bahawa kerjasama guru dan pelajar itu penting untuk kejayaan sesebuah sekolah. Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan remaja.

Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita. Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini. Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan. Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula. Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan vandalisme ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini. Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun. Huraikan punca-puncanya. Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini. Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika

memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini. Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya. Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik. Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi. Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat. Industri kraf tangan mempunyai potensi yang besar di negara kita meskipun menghadapi pelbagai masalah. Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini? Jelaskan. Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi. Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih lebih banyak penggiat industri ini pula.

Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong. Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologi tinggi. Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan pada masa yang sama. Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud diMalaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan? Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknya pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri. Bersatu teguh bercerai roboh perlu menjadi pegangan hidup masyarakat Malaysia. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalam sesebuah negara itu. Konsep ini begitu penting kerana keutuhan negara banyak ditentukan oleh rakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenarnya. Negara yang mempunyai rakyat yang tidak bersatu pasti akan menerima impak negatifnya terutama dengan keadaan ekonomi dan politik dunia yang begitu berkaitan hubungannya. Jelaslah, peribahasa ini mempunyai banyak kepentingan untuk dihayati oleh masyarakat kita. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum memerlukan pengamalan peribahasa ini kerana satu tindakan yang tidak bijak mampu menjejaskan keamanan yang dihayati selama ini. Mereka perlu berpegang pada prinsip peribahasa ini untuk membina kekuatan negara kita semula. Masyarakat yang berbilang yang wujud di negara ini menyebabkan perasaan perpaduan itu begitu mudah dikikis jika kita tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang mungkin boleh menjatuhkan air muka kaum yang lain. Maka, peribahasa ini mengingatkan kita betapa pentingnya perpaduan itu. Selain itu, konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini juga penting dalam suasana politik negara. Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib rakyat negara ini. Perpecahan yang wujud dalam sistem politik atau pentadbiran negara boleh menggugat keamanan negara pada jangka masa panjang.Tanpa perpaduan yang utuh tiadalah sistem politik yang kukuh untuk

memastikan nasib rakyat di negara ini terus terbela. Pada masa yang sama, makna perpaduan juga penting untuk memudahkan pembangunan dilaksanakan di negara ini. Semua aktiviti pembangunan yang dirancang bertujuan untuk menjadikan negara ini lebih makmur dan maju. Sebarang tindakan negatif atau jahat boleh menjejaskan pembangunan yang kemudiannya menjadikan taraf kehidupan rakyat menurun secara mendadak. Keadaan ini jika berterusan akan menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam satu suasana yang begitu menyedihkan seperti keadaan negara asing yang kita sering tonton di televisyen pula. Malahan, peribahasa ini turut mencanangkan maksud perpaduan rakyat dalam bentuk penyatuan kebudayaan. Kita sedia maklum budaya negara ini berbilang yang memerlukan satu integrasi untuk menjadikan semua kebudayaan kita itu satu kebudayaan Malaysia yang sebenarnya. Amalan bekerjasama atau perpaduan yang dihayati oleh rakyat negara ini membolehkan semua kebudayaan yang berbeza itu diserapkan secara tabii menjadi satu kebudayaan kebangsaan yang boleh menjadi kebanggaan semua rakyat negara ini. Kesimpulannya, peribahasa ini banyak membawa peringatan kepada kita semua akan peri pentingnya perpaduan atau semangat bekerjasama itu. Sikap menuding jari terhadap mana-mana pihak apabila mengalami sesuatu masalah bukanlah satu tindakan yang sesuai di negara ini. Kita harus sedar bahawa amalan bagai aur dengan tebing amat penting dipraktikkan di negara ini.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan bukti yang jelas akan peranan utama ibu bapa dalam aspek pembacaan anak-anak. Ibu bapa menjadi tunggak atau pendorong utama dalam memupuk sikap membaca generasi muda kita kelak. Maka, pelbagai peranan yang mampu dilaksanakan oleh ibu bapa dalam menyelesaikan isu ini. Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam aspek ini. Mereka perlulah sendiri mengamalkan sikap membaca dengan jelas seperti membaca semua bahan-bahan penting seperti akhbar atau bersama-sama membaca bersama anak mereka. Contoh yang diberikan oleh ibu bapa ini sudah pasti akan tertanam dalam dalam sanubari anak-anak mereka lalu menjadi satu tabiat positif pula. Malah, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak mereka. Bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan bahan bacaan sekolah sahaja tetapi mungkin bacaan umum. Kepelbagaian bahan bacaan ini mampu memberikan satu dimensi pengetahuan yang unik kepada anak selain memupuk sikap membaca mereka.

Malahan, satu sudut khas untuk menyimpan buku atau ruang membaca harus disediakan di rumah oleh ibu bapa. Ruang atau bilik ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan kerusi serta meja untuk menjadikan suasana membaca lebih selesa. Bilik ini boleh menjadi tempat anak-anak menghabiskan masa lapang mereka dengan begitu berfaedah. Tambahan pula, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka menyimpan wang untuk membeli buku. Setiap hujung bulan ibu bapa boleh membawa anak ke kedai buku dan membenarkan mereka membeli buku-buku yang mereka suka. Mungkin juga ibu bapa boleh memberi sedikit bantuan kewangan jika harga buku yang dibeli oleh anak itu melebihi daripada wang yang mereka kumpul sebelum ini sebagai tanda menghargai sikap membaca mereka itu. Kesimpulannya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi muda kita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana merekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak. Sikap membaca yang tinggi juga mampu menjadikan warga masyarakat kita satu kelompok masyarakat yang berilmu tinggi kelak.

Вам также может понравиться