Вы находитесь на странице: 1из 6

PRINSIP AL-MUSAWAH

Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam

konteks ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan setiap pentadbir, pengurus

ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-

hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu

keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan

ketaqwaan sahaja.

Firman Allah S.W.T.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan

perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku

supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sis Allah

adalah orang-orang yang paling bertaqwa.”

Surah Al-Hujurat ayat 13

Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau

undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada

sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya

dibenarkan oleh undang-undang.. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu

membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal

keturunan dan sebagainya. Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap

masyarakat serta mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang mungkin

berpanjangan. Maka, manusia seharusnya diberi persamaan dari segi tanggungjawab

terhadap undang-undang, hukuman serta agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.


•Tanggungjawab Terhadap Undang-Undang

Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama tanpa

dibezakan bangsa, keturunan, pangkat, warna kulit dan lain-lain. Undang-undang

tidak boleh digubal hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa

tertentu sahaja.

•Tanggungjawab terhadap hukuman

Setiap manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman yang telah

dijatuhkan tanpa mengira kedudukan, taraf, warna kulit, bangsa ataupun

keturunan seseorang. Semua manusia juga terikat dengan undang-undang,

peraturan dan hukuman yang sama. Hukuman tidak boleh dijatuhkan berbeza

dengan mengikut taraf dan darjat seseorang.

•Agihan dan Penerimaan Kemudahan-Kemudahan

Harta yang telah diiktiraf sebagai harta awam seperti sekolah, hospital, jalanraya

serta taman permainan dan sebagainya haruslah dikongsi bersama. Penafian

terhadap hak ini akan menimbulkan konflik sosial yang mengakibatkan kesan

negatif seperti rusuhan kaum dan tunjuk perasaan.


PRINSIP AL-SYURA

Syura merupakan proses perbincangan, perundingan dan permesyuaratan untuk

mencapai permuafakatan dan persetujuan bersama dalam membuat keputusan mengenai

sesuatu polisi atau tindakan. Proses ini memberikan peluang kepada mereka yang terlibat

untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai

pandangan pihak lain untuk mencapai keputusan yang terbaik melalui partisipasi pelbagai

pihak dalam perkara yang menyangkut kepentingan bersama. Ini sejajar dengan suruhan

al-Quran dan amalan Rasulullah S.A.W. Amalan syura dalam Islam adalah suatu

pendekatan yang perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan.

Firman Allah S.W.T.

"Dan (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan

menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna;

dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka

pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadanya".

(Surah al-Syura ayat 38)

"…dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-

soal keduniaan itu), apabila telah tetap keazaman maka bertawakallah kepada

Allah".

(Surah Ali Imran ayat 159)


Mengikut al-Mawardi (1966:43 & 1993:73) terdapat empat pendapat di kalangan

ulama tafsir (ahli al-ta’wil) mengenai suruhan amalan syura, iaitu:

•Al-Hassan

Rasulullah S.A.W. disuruh bermesyuarat dengan mereka (para sahabat) dalam

urusan peperangan untuk mendapat pandangan yang bernas (sahih).

•Qatadah

Rasulullah S.A.W. bermesyuarat dengan mereka bagi menjalinkan kemesraan

serta mengambil hati mereka.

•Al-Dahhak

Rasulullah S.A.W. bermesyuarat kerana Allah S.W.T. mengetahui kelebihan serta

faedah yang akan didapati.

•Suffian

Rasulullah S.A.W. bermesyuarat bertujuan untuk menjadikannya ikutan bagi

orang-orang lslam. Walaupun ia sebenarnya tidak memerlukan kepada pandangan

mereka.

Nabi Muhammad S.A.W. mengamalkan syura dalam pentadbiran dan pengurusan

seperti berbincang mengenai strategi Peperangan Khandak dan tawanan Perang Badar.

Baginda tidak membuat keputusan secara bersendirian tetapi lebih gemar mengadakan
perbincangan dengan para sahabat. Baginda juga menerima dengan terbuka pendapat

yang dikemukakan oleh sahabat lain yang dirasakan lebih baik daripada pendapat

baginda sendiri. Syura mempunyai kelebihan yang mengatasi keputusan atau pemikiran

secara individu iaitu keputusan yang diambil lebih baik dan tepat, kesilapan dalam

membuat keputusan dapat dielakkan, dapat menggalakkan manusia untuk sentiasa

berfikir dalam membuat keputusan, serta kerjasama dan muafakat dalam setiap urusan

kehidupan dapat diaplikasi oleh setiap manusia.

Al-Quran tidak menggariskan secara terperinci peraturan atau kaedah dan

kelayakan untuk anggota majlis tersebut bagi melaksanakan syura. Ini membawa maksud,

syura boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Pendapat majoriti adalah

keputusan syura. Maka, suara minoriti hendaklah mengikut suara majoriti. Sekiranya

kelompok suara kecil masih terus mempersoalkan keputusan yang telah dicapai melalui

proses syura secara muafakat, ia dianggap tidak wajar.

Rasullullah S.A.W. memperkenalkan sistem syura dengan melakukan berbagai-

bagai perundingan bersama sahabat yang bijak, pandai, kuat iman, warak dan

bersemangat untuk mengembangkan lslam. Majlis penasihat (syura) pada masa itu terdiri

daripada kalangan muhajirin dan Ansar. Mesyuarat dijalankan untuk membincangkan

terutamanya urusan berkaitan politik, pendidikan dan ketenteraan. Dengan kata lain

perbincangan adalah mengenai perkara-perkara teknikal atau mencari kaedah untuk

melaksanakan sesuatu urusan/ projek. Keputusan dibuat hanya untuk mencapai dan

mencari keredaan Allah S.W.T., sesuai dengan hukum-Nya dan sunnah nabi-Nya. Dari

segi keahlian pula berdasarkan keimanan, keilmuan, ketaqwaan, bijak, mahir dan

bersemangat untuk membangunkan Islam.


Walaupun Majlis Syura dari segi perlaksanaannya seakan-akan menyamai dengan

proses demokrasi ala Barat, namun terdapat perbezaannya, amalan demokrasi Barat

menyerahkan kuasa pemutus kepada suara majoriti yang dipilih walaupun suara tersebut

bertentangan dengan kehendak Islam. Demokrasi Barat juga memberikan kuasa yang

amat luas kepada rakyat untuk menentukan segala keputusan. Ia seolah-olah

mendaulatkan rakyat sebagai simbol kekuasaan sedangkan Islam meletakkan Allah

S.W.T. sebagai Yang Memiliki Kuasa Yang Tertinggi. Sistem syura dalam Islam tidak

sama dengan mesyuarat yang menjadi amalan masa kini. Walaubagaimanapun, syura

mempunyai batasan dan limitasi keharusannya iaitu:-

•Syura tidak seharusnya diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang telah

dinaskan secara jelas dan pasti melainkan bagi menentukan cara-cara untuk

melaksanakan perkara yang dinaskan tersebut. Contohnya seperti tidak membincangkan

untuk melaksanakan atau tidak undang-undang Islam, tetapi diharuskan berbincang

tentang pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

•Syura tidak boleh diadakan untuk membincangkan perkara yang jelas bertentangan

dengan kehendak nas syarak atau boleh membawa kepada dosa dan maksiat. Contohnya

seperti tidak boleh mengadakan perbincangan dan perundingan untuk menghalalkan

perjudian kerana ia dengan jelas bertentangan dengan nas syarak yang telah

mengharamkannya.

Вам также может понравиться