You are on page 1of 3

ArLlkel - uLusan Malaysla Cnllne

A8kl8 : 04/07/2011
Tips hasilkan baja dan racun organik
Oleh Zaliza Mahat
Taman Pertanian Universiti, UPM
zaliza@putra.upm.edu.my
PERTANIAN organik adalah satu kaedah penanaman yang tidak menggunakan baja kimia atau
racun. Namun setiap tanaman tetap memerlukan baja sebagai sumber makanan dan juga sering
diserang oleh serangga perosak dan penyakit.
Terdapat dua jenis baja organik iaitu baja organik buatan kilang dan baja organik buatan sendiri.
Baja organik mudah didapati di pasaran sekarang berbanding sebelum ini kerana ramai orang
telah sedar kebaikan pertanian organik.
Selain itu, baja organik juga boleh dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan
yang ada di sekeliling kita.
Ini sangat sesuai bagi petani yang ingin mengurangkan kos dan tidak terlalu bergantung kepada
produk baja organik di pasaran.
Sama seperti baja organik, racun organik juga boleh diperoleh dengan mudah di pasaran.
Ia juga boleh dibuat sendiri dan prosesnya sangat mudah. Kita hanya perlu memilih sama ada
membeli atau membuatnya sendiri.
Selain daripada racun organik, kita juga boleh menggunakan tanaman penarik atau penghalau
serangga (repellent).


Baja organik
* Baja organik adalah berbeza mengikut kadar unsur di dalamnya. Ada baja organik yang kaya
dengan unsur N, P atau K.
* Baja organik N adalah campuran bahan organik (tahi ayam kering), gula perang (molasses),
bahan aktif mikroorganisme efektif (EM) dan air bersih yang diperam selama antara empat dan
lima hari. Selepas itu, baja boleh disiram pada batas dan tanaman.
* Baja organik P adalah campuran batang pisang, kulit buah-buahan dan air kelapa muda yang
diperam selama dua minggu.
- Baja organik K pula boleh dibuat dengan mencampurkan sabut kelapa dan air dan dibiarkan
selama dua minggu.
* Kulit telur dan sisa tulang juga boleh dijadikan baja. Kedua-dua bahan tersebut dibakar dan
ditumbuk lumat.
- Serbuk yang terhasil ditambah dengan air dan direndam selama antara tiga dan empat hari.
Siram pada tanaman yang baru mula berbunga.
Hormon Pertumbuhan Semulajadi
* Terdapat dua jenis baja hormon yang juga boleh dihasilkan sendiri iaitu fermented fruit juice
(FFJ) dan fermented plant juice (FPJ).
- FFJ adalah campuran buah-buahan yang manis (betik, mangga, nangka, jambu) dan gula perang
. Tambah sedikit air dan diperam selama antara lima dan tujuh hari hari. Cecair yang terhasil
kaya dengan unsur P dan K.
- FPJ pula adalah campuran tumbuhan (rumput, sisa sayuran, sisa pangkasan), gula perang dan
sedikit air bersih, dibiarkan selama lima hingga tujuh hari. Hormon ini kaya dengan unsur N.
- Tapis untuk mengasingkan cecair dan juga hampas. Hampas jangan dibuang tetapi ia boleh
dijadikan kompos.
Penghalau serangga (repellent)
n Tumbuhan repellent ini biasanya mempunya bau yang kuat. Bau yang dihasilkan oleh
tumbuhan itu sebenarnya yang menghalau serangga perosak.
- Beberapa contoh repellent iaitu serai wangi, kesum, kemangi, selasih, daun kari, limau purut,
pandan, daun bawang, kucai, ketumbar, marigold, pudina dan sebagainya.
- Manakala tumbuhan yang boleh menarik serangga perosak ialah lobak putih, markisa, bunga
Tunera dan jagung manis.
- Pokok repellent boleh ditanam di sekitar batas tanaman. Sebaik-baiknya tanam di bahagian
angin sering bertiup supaya angin boleh menyebarkan bau pokok repellent ke seluruh kawasan
penanaman.
- Selain itu, pokok repellent juga boleh dipangkas dan dipotong kecil untuk ditabur di atas batas.
Potongan repellent akan mengeluarkan bau yang tidak disukai serangga perosak.
- Dan kaedah terakhir, semua daun pokok repellent boleh dicampurkan dan dikisar halus dengan
sedikit air dan sabun. Cecair yang terhasil boleh disembur pada tanaman untuk kawalan serangga
perosak.


SuM8L8 -
hLLp://www.uLusan.com.my/uLusan/lnfo.asp?y=2011&dL=0704&pub=uLusan_Malaysla&sec=Agroblz&p
g=ag_02.hLm