Вы находитесь на странице: 1из 8

PENGENALAN Setiap ibadah yang disyariatkan dalam Islam pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Ada yang jelas hikmahnya bagi manusia namun ada juga yang masih menjadi rahsia Allah s.w.t.Pengetahuan manusia tentang hikmah sesuatu ibadah adalah penting kerana manusia akan lebih termotivasi dalam menjalankan ibadah tersebut dan manmbahkan keyakinan terhadap Allah s.w.t. Namun begitu hikmah sesuatu ibadah bukanlah penentu atau kunci dalam menunaikan amalan tersebut.Inilah yang membezakan antara manusia liberal dan manusia yang beriman iaitu mukminuuna haqqa. Manusia liberal menempatkan akal melebihi syarie sementara bagi orang beriman amalan akan tetap dijalankan mengikut dalil dalil yang sahih .Allah tidak memerlukan apaapa dari hambaNya sebaliknya manusialah yang sangat memerlukan allah s.w.t. Puasa merupakan ibadah yang istimewa.Allah berfirman :

Puasa itu untuk Ku dan Aku yag akan membalasnya. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ) Ibadah puasa telah disyariatkan bermula tahun ke2 Hijrah.Terdapat berbagai-bagai perkataan yang bererti puasa di dalam al-Quran.Semua perkatan tersebut diambil dari kata akar sha-wama.Sha-wa-ma dari segi bahasa bermaksud menahan,berhenti atau tidak bergerak dari sesuatu. Menurut istilah para ahli fiqh puasa adalah menahan diri dari sesuatu yang membatalkan puasa selama satu hari penuh bermula tebit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari. Hasbi Ash Shiddieqy di dalam buku Pedoman Puasa menyatakan puasa boleh menjadikan manusia mampu membiasakan diri untuk bersifat dengan salah satu sifat Allah iaitu tidak makan dan tidak minum.Yusuf Al Qardawi pula menyatakan puasa sebagai mekanisme penyucian jiwa dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadah yang kita

lakukan.Mohammad Asad seorang cendekiawan Islam menyatakan bahawa puasa adalah the obstinence of speech iaitu memaksa diri untuk tidak berkata-kata menggunakan perkataan-perkataan negatif dan merugikan seperti memfitnah,berbohong,mengadu domba dan sebagainya.Sabda Nabi Muhammad s.a.w. Puasa adalah perisai seseorang untuk membentengi dirinya.

hikmahpuasaramadhan

rHIKMAH-HIKMAH BERPUASA DI BULAN RAMADHAN Puasa di bulan Ramadhan mempunyai hikmahnya yang tersendiri.Secara umum ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu hikmah ruhiyah,hikmah kesihatan dan hikmah sosial. HIKMAH RUHIYAH Puasa merupakan ibadah yang secara langsung mempuyai perkaitan dengan kerohanian.Di antaranya adalah : 1. Puasa menyucikan jiwa manusia Dengan menjalani ibadah puasa manusia mestilah menahan diri dari hal-hal yang halal untuknya bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari.Manusia wajib

menahan diri dari makan,minum dan melakukan persetubuhan.Semua ini dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t.

..dia tidak makan,tidak minum dan tidak berhubungan dengan isterinya keranaKu. Puasa itu untuk Ku dan Aku yang akan memberinya pahala.( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa dapat melatih seseorang untuk menahan nafsu syahwatnya yang merupakan sebahagian dari kekotoran jiwa. Ia dapat dilakukan melalui pelbagai amalan yang digalakkan dalam bulan Ramadhan seperti bertadarus Al-

quran,bertarawih,bertahajud,beriktikaf,memperbanyakkan zikir dan sedekah.Ia dapat meninggalkan kesan positif dalam jiwa. Berlapar dan dahaga dapat menjernihkan fikiran,mendorong kita lebih banyak beramal dan memperoleh kebijaksanaan. Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya Wahai anakku jika perut terisi penuh,fikiran akan tidur,hikmah tidak akan muncul dan anggota tubuh akan malas melaksanakan ibadah .

hikmahpuasaramadhan

2. Puasa melatih sifat sabar Kesabaran adalah menahan diri dari dorongan untuk memiliki atau melakukan sesuatu perkara negatif. Pada siang hari kita perlu menahan diri untuk tidak memenuhi keperluan asas manusia iaitu makan dan minum.Kesabaran juga dapat mengikis perasan iri hati. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

Puasa bulan kesabaran dan tiga hari di setiap bulan dapat melenyapkan kedengkian dalam hati. (Hadis Riwayat Tabrani, Bangwi da Bazzar)

Terdapat 3 jenis kesabaran iaitu : 1. Sabar melaksanakan ketaatan kepada Allah iaitu menahan rasa lapar dan dahaga dari Subuh hingga ke Maghrib. 2. Sabar menjauhi kemaksiatan kepada Allah iaitu manusia perlu menjaga lisan dan anggota tubuh lainnya dari perbuatan yang negatif. 3. Sabar atas setiap takdir dari Allah walaupun sukar dan pahit untuk diterima.

Puasa dilakukan untuk melatih keperibadian yang utuh.Selama satu bulan dalam setahun umat islam akan memasuki medan latihan untuk menemukan kembali jati dirinya.Jika selama sebelas bulan diri seseorang diwarnai motif-matif negatif maka pada bulan Ramadhan ia dapat kembali kepada fitrahnya menjadi Muslim yang bertakwa.

Daripada Hazrat Abu Ubaidah r.a. beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Puasa adalah perisai selama dia tidak memecahkannya (Hadis Riwayat Ibn Majah )

hikmahpuasaramadhan

4. Menyemai sikap bantu-membantu dan suka bersedekah Allah Taala berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. (Qs. Al Hadid: 18)

Ibadah puasa melatih kita menyuburkan sifat belas kasihan dalam diri kepada saudara kita di serata dunia yang mengalami penderitaan dan penindasan. Umat Islam di Iraq, Afghanistan,Selatan Thai,Kashmir dan tempat-tempat lain amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada kita. Kita boleh mengadakan sumbangan khas dalam bentuk bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mereka. Seharusnya kita menginfaqkan sebahagian harta yang kita miliki kepada orang lain yang lebih memerlukan. Ganjaran pahala yang diberi oleh Allah sangat besar apatah lagi dilakukan dalam bulan Ramadhan. Rasululullah s.a.w. bersabda Sesungguhnya, sedekah (pemberian seseorang Muslim memanjangkan umurnya, menghindarkannya dari mati yang tidak baik,ia dihindarkan Allah dari kengkuhan dan kesombongan.- Riwayat Al Tabrani 5. Mentarbiyyah umat islam berjimat-cermat Pada kelazimannya pada bulan Ramadhan umat Islam berbelanja agak luarbiasa.Islam tidak melarang kita untuk menikmati apa jua juadah yang kita idamkan.Tetapi apa yang lebih penting mestilah halal dan tidak melakukan pembaziran. Firman Allah s.w.t :

hikmahpuasaramadhan

Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampaulampau.Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan,sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al Israa ayat 26-27) Oleh itu berhemah dan berala kadar dalam minum,makan dan berpakaian bagi mengelakkan diri dari tabiat berbelanja boros.Sepanjang bulan Ramadhan seharusnya kita menjadi pengguna yang bijak dan berhemah.Kita mestilah berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut desakan nafsu.

HIKMAH DARI SUDUT KESIHATAN Puasa dapat merehatkan sistem pencernaan yang digunakan setiap hari.Ia juga menjadi salah satu kaedah untuk mengurangkan berat badan sekaligus menjaga kesihatan. Tanpa kita sedari di dalam tubuh kita terdapat banyak racun perosak,bahan pengawet dan bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.Dengan berpuasa ia dapat menyahtoksik semua bahan-bahan tersebut. Berpuasa juga boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh bahan toksin. Tubuh akan membuang sisa-sisa toksin,sel-sel yang telah mati,tisu-tisu yang telah rosak,lemak-lemak terkumpul,tumor dan sebagainya.Semua ini akan dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan melarut sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisutisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan. Kajian turut mengesahkan berpuasa dapat menurunkan kadar kolestrol dan gula.Ini dapat mengurangkan risiko peyakit aterosklorosis (sejenis penyakit pada arteri dimana plat-plat berlemak melekat pada dinding-dinding dalam dan menyebabkan alairan darah tersekat. ) Keadaan ini selalunya berkait rapat dengan penyakit diabetes. Sabda Rasulullah s.a.w. Bagi setiap sesuatu itu ada pembersihnya dan pembersih badan kasar (jasad) ialah puasa. Hadis Riwayat Ibn Majah dari Abu Hurairah

hikmahpuasaramadhan

HIKMAH DARI ASPEK SOSIAL Puasa menjadikan orang-orang kaya dan orang-orang miskin saling berkasih sayang.Semuanya menjalankan ibadah puasa bersama-sama sehingga timbul perasaan saling faham memahami antara satu sama lain. Ketika orang kaya berpuasa di dapat merasakan betapa susah dan pedihnya menahan lapar dan dahaga.Ini dapat mengingatkannya kepada fakir miskin yang sentiasa mengalami kesulitan sehingga timbullah perasaan ingin membantu meringankan beban mereka.Di akhir Ramadhan sebahagian hartanya akan diberi dalam bentuk zakat fitrah.

hikmahpuasaramadhan

KESIMPULAN Sejak zaman dahulu lagi berpuasa adalah kaedah perubatan terbaik seperti kata Plato puasa adalah untuk mengubati penyakit fizik dan mental. Di Amerika Syarikat terdapat sebuah pusat perubatan yang dikenali sebagai Fasting Centre International.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.Dia tidak memerintahkan manusia melakukan sesuatu ibadah jika membebankan dan memudaratkan. Begitu juga dengan puasa di bulan Ramadhan.Manusia moden hairan dan kagum dengan perintah Allah ini.Rupa-rupanya tersirat pelbagai hikmah dari pelbagai perspektif terutama kesihatan. Kita berpuasa bukan kerana kesihatan tubuh badan tetapi berniat setulus hati semata-mata mengharap keredhaan Allah s.w.t.Jadi amat rugi kepada mereka yang tidak berpuasa dan mengambil ringan perintah Allah ini. Nyata sekali di sini bahawa hakikat puasa semakin terbuka rahsianya sebagai suatu mukjizat ilmiah dan keperluan kemanusiaan.Fakta kebenaran ini akan terus tersingkap lebih banyak lagi seiring dengan peningkatan pengetahuan, sains dan teknologi manusia mengenai hukum-hukum penciptaan Allah SWT ke atas alam semesta. Dalam hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, An-Nas`i, Ibnu Hibban, dan lain-lain, Abu Ummah r.a berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: .

Wahai Rasulullah, perintahlah saya untuk mengerjakan suatu amalan, yang dengannya, saya dimasukkan ke dalam surga. Beliau bersabda, Berpuasalah, karena (puasa) itu tak ada bandingannya..

hikmahpuasaramadhan

BIBLIOGRAFI

1. Tajuk buku : Fadhilat Ramadhan Penulis : Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Terjemahan Oleh : Ustaz Muhammad Razif bin Abd. Wahab Terbitan : Era Ilmu Sdn Bhd Tahun :1999 Mukasurat : 40-42

2. Majalah Saji.Utusan Karya Sdn Bhd.2013

3. Tajuk buku :Kesempurnaan Ibadah Ramadhan Penulis :Abdul Manan bin Hajji Mohammad Sobari Terbitan: Penerbit Republika Tahun: September 2005 Mukasurat : 47

hikmahpuasaramadhan

Вам также может понравиться