You are on page 1of 11

AISKRIM MUDAH Bhn2: 1 tin susu cair 3/4 cwn susu pekat manis (bleh kurangkan kalo x suka

manis...rasa dulu kalo kurang baru tambah) 1 1/2 sdb ovalette.. Cara Pukul susu cair, susu pekat n ovalette pd kelajuan sederhana no.2-3 (5mnt) Pukul kelajuan maksimum n.5 (10mnt)jika kurang gebu tambah lg 5mnt yer...sy mix 15mnt da gebu da... Bhgi kpd 4bhgian... (ikut suka...) 1..warna coklat tambah emulco cappuccino 2..ungu 3..biru 4..pink... Masukkan dlm tupperware berselang seli... Bekukan selama 3jam ke atas....

Cornflakes Roses Bahan-bahan: 1. 7 aun (3/4) mentega 2. 1 cawan gula 3. 2 biji kuning telur 4. 1 1/2 cawan tepung naik sendiri 5. 1/2 cawan tepung gandum 6. 1 kotak cornflakes Cara-cara: 1. Adun bahan2 di atas hingga sebati. 2. Blend sedikit cornflakes. 3. Bulat2kan tepung yang siap dibancuh & golek2kan di atas serbuk cornflakes. 4. Cucuk & hias tepung dengan cornflakes seperti bunga ros. 5. Bakar 180 celcius selama 25-30 minit.

APAM MEKAR SODA Bahan : 3 butir telur gred A 1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis 1 sudu teh ovalete 1 cawan air ais krim soda F&N -guna jenama ni je tau! 300g tepung gandum beberapa titik esen pisang -untuk kurangkan hanyir telur beberapa jenis pewarna yang disukai Cara : Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati. Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati. Titiskan esen pisang ke dalam adunan dan sebatikan. Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda. Sudukan adunan ke dalam cup saiz S (cup yang orang guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup. Jangan melimpah pulak. Kukus dengan api besar selama 7 minit.

Coklat Moist Kukus.( paling mudah dibuat) Bahan A. 1 cawan gula 1 cawan serbuk koko 1 cawan susu cair 1 cawan minyak jagung 2 sudu besar butter Bahan B 1 cawan susu pekat 3 biji telur 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat Cara-cara. Bahan A dicampur semuanya dan dimasak secara double boil sehingga semuanya sebati. Kemudian sejukkan. Bahan B dicampur semuanya dan adun , guna hand whisk saja. Kemudian bahan A dan B dicampurkan, gaul sebati. Adunan masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 30 minit atau hingga masak. Jika guna loyang kukus selama 1 jam. * Kalau guna loyang, hendaklah disapu dengan majerin ye. Topping. 1 cawan coklat masakan yg telah dipotong kecil-kecil. 1/2 cawan susu pekat 2 sudu besar butter. * campurkan semua bahan dan masak secara double boil sehingga larut biarkan sejuk sedikit dan curah ke atas kek yg telah sejuk.

Cheese Tart sedapnyaaaa cheese tart ni. mewah dgn cheese.. buat pulak shell crust tu guna muffin pan.. jd boleh bubuh banyakkkk cheese.. he3 Bahan: 170gm marjerin atau butter 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla acuan tart *(kami guna muffin pan, jadi shell crust kami saiz besar) Cara: Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat. Bahan: 250gm cream cheese 50gm gula kastor / gula halus 1 biji telur Saiz B sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara: Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. Bakar api atas & bawah, letak dirak bawah.

Cupcake Coklat Bahan2 2cwn tpg gandum 1cwn serbuk koko 1sd kecil soda bikabonat 1sd kecil baking powder 4bj telur 1cwn gula pasir 1cwn susu pekat 1cwn myk msk 1cwn air panas Cara2 Ayak bahan kering dlm bekas besar. Mskkn susu pekat n gaul rata. Blender tlr n gula hingga berbuih. Mskkn dlm adunan tpg.kacau rata. Mskkn myk msk n kacau lg hingga adunan rata. Mskkn air panas n gaul rata dgn whisk. mskkn dlm cupcake. tabur coklat chip. bakar 30min suhu 150c. # kek ni guna blender sahaje. xpyh guna mixer. bole juga dkukus ye..

Resepi Keropok Lekor Terengganu 1kg ikan selayang 1-2cwn tepung sagu atau ubi kayu Gula dan garam Cara buat: 1. Asingkan isi ikan dari tulang dan kulit. Blend tanpa air. 2. Keluarkan dari pengisar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tambah gula dan garam. Perasakan biar seimbang. -jangan terlebih byk tepung kanji/ubi - liat/keras. 3. Uli sebati dan bentukkan mengikut kesukaan anda. Tips: letak tepung sagu/kanji di tapak tangan untuk elakkan tangan dari terlekat adunan. 4. Rebus dalam air mendidih. Angkat bila keropok timbul. Toskan. 5. Goreng bila sudah sejuk. (Keropok lekor sedap dimakan samada rebus atau goreng)

Kek Chocolate Moist Bhn A 1 cawan gula pasir 1 cawan serbuk koko 1 cawan susu cair 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak *disatukan dlm periuk dan masak hingga berkilat Bhn B 1 cawan tepung gandum 1sdk soda bikarbonat 1 sdk baking powder *bhn2 ni di ayak dulu dlm satu bekas Bhn C 4 biji telur (blender hingga kembang) Caranya. 1.satukan bhn A yg dimasak tadi dgn bhn C dan gaul sebati,dan masuk kan bhn B pula dan pukul guna mixer hingga sebati. 2.masukkan adunan dlm loyang dan kukus selama 45 minit.. Resepi topping 1/2 cawan serbuk koko 1/2 cawan susu pekat 2 sudu besar minyak *satukan semua n masak cara double boiler atau masak dlm periuk hingga kilat n pekat sikit....kalau pekat sgt masuk kan 1 sdb air...n gaul sebati.

Apam Polkadot 2 biji telur 1 cawan gula 2 cawan tepung gandum/tepung naik sendiri 1 sudu teh ovellete 1 sudu kecil baking powder 1 cawan susu cair/susu segar pewarna inti/filling (strawbery/bluebery/coklat) cara: panaskan periuk kukus pukul gula n ovellete sampai kembang(saya bland ja) masukkan susu cair/susu segar bergilir2 dengan tepung sebatikan adunan bahagikan kepada beberapa bekas dan letak pewarna yg disukai masukkan adunan bewarna kedalam piping bag (saya masukkan dalam botol sos yg muncung 1 tu) masukkan separuh acuan ja..letak filing dan masukkan lagi sampai hampir penuh acuan..dot dot kan... bila air kukusan dah mendidih baru masukkan acuan dan kukus selama 1520mnt dengan api sederhana *masa ni xde acuan lompang lgi..jadi sy guna segala acuan yg ada kat rumah..hehehhe..tu yg mcm2 bentuk.