You are on page 1of 10

AHLI KUMPULAN : BONG JIA WOON LAW TIENG HUANG SIM CHEW YING OPSYEN : SEJARAH SJK (C)

) AMBILAN: PISMP - AMBILAN JAN 2014 PENSYARAH: EN ZULKIFLI BIN SENIN

Sumber pensejarahan penting terhadap Salasilah RajaRaja Melayu serta naratif berkait dengan Kesultanan Melayu Melaka Menampilkan pelbagai keunikan dalam pelbagai aspek termasuklah Pembinaan Jati Diri Bangsa, Pembentukan Masyarakat, Kritikan Sosial, Pendidikan, Pemikiran dan Peranan Wanita dalam karya tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa Sejarah Melayu bukan sekadar sastera istana yang dipenuhi lagenda, mitos dan dongeng, akan tetapi membawa satu gagasan yang lebih besar dalam memahami ruang lingkup Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan-kerajaan lain di Alam Melayu dengan lebih luas dan terperinci.

Pembinaan Jati Diri Bangsa

Taat Pada Raja

Bersifat Animisme

Ketaatan orang Melayu kepada Rajanya diikat oleh ikatan konsep daulat. Orang Melayu percaya bahawa Raja itu berdaulat dan berasal dari leluhur yang mulia dari Bukit Siguntang, sesiapa yang menderhaka kepada rajanya pasti akan terkena tulah. Dalam Sejarah Melayu, ketaatan orang Melayu kepada Raja digambarkan dalam pelbagai peristiwa. Contoh : Peristiwa pembunuhan Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak oleh Raja Ahmad. Walaupun pengikut Paduka Raja bersedia menuntut bela ke atas kematian anaknya,Tun Perak enggan menderhaka kepada rajanya disebabkan adat hamba Melayu tiada derhaka kepada tuannya.

Sejarah Melayu menceritakan bagaimana raja dan masyarakat Melaka memeluk Islam (Hindu-Buddha), tetapi jati diri mereka masih berpegang dengan kepercayaan terhadap semangat . Tidak pegang sepenuhnya ajaran Islam, masih mengekalkan kepercayaan terhadap ilmu mistik, semangat dan ilmu ghaib (bertentangan ajaran Islam sebenar.) Contoh, Sejarah Melayu mencatatkan bagaimana masyarakat Melaka masih mengamalkan ilmu hitam dalam peristiwa Hang Nadim yang cuba merampas Tun Teja dari istana Pahang bagi dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Syah. Dalam peristiwa tersebut, Hang Nadim telah menggunakan ilmu guna-guna dalam bentuk pelulut (serbuk) yang disapu ke badan Tun Teja sehingga Tun Teja berasa berahikan Sultan Mahmud Syah.

Pembentukan Masyarakat

Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), pengkelasan struktur masyarakat padaera Kesultanan Melayu Melaka.

Seorang Raja yang dikelilingi oleh kerabat diraja, permaisuri dan putera-putera raja.

Golongan pedagang, saudagar, tukangtukang mahir dan petani.

Golongan Diraja dan Kerabat. Golongan Bangsawan dan Golongan Agamawan. Rakyat biasa yang merdeheka. Golongan Hamba

Bendahara Laksamana, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Syahbandar. ulama-ulama Islamyang terdiri daripada tuan sayyid, makhdum, maulana dan kadi.
Hamba raja, hamba berhutang, hamba abdi dan lain-lain.

Sejarah Melayu turut menceritakan bagaimana masyarakat Melaka pada era Kesultanan Melayu Melaka rata-ratanya merupakan golongan pedagang yang kaya. Sebagai contoh, Sejarah Melayu mencatatkan, ...kerana pada masa itu orang Melaka ratalah berkapal belaka. Selain itu, kewujudan masyarakat Melaka yang menjadi pedagang turut diperihalkan oleh Sejarah Melayu berkenaan Hang Isap, Dalam kisah Hang Isap, ada diceritakan kisah pelayaran pulang kapal Hang Isap ke Melaka dan pecah di benua Keling disebabkan balasan penipuannya ke atas seorang Sayid (orang Arab) ketika melakukan urusan perniagaan. Hal ini menunjukkan kemampuan para pedagang Melaka untuk berlayar sehingga ke Benua Arab dan Benua Keling. Selain itu, golongan rakyat biasa di Melaka turut diwakili oleh golongan pedagang asing yang datang berlabuh dan menetap di Melaka untuk satu tempoh yang tertentu. Kebanyakan mereka ini adalah merupakan golongan pedagang yangdatang dari Tanah Arab dan Benua Keling.

Selain itu, kewujudan kegiatan perdagangan di Melaka telah mewujudkan sebuah masyarakat majmuk di Melaka. Selain masyarakat Melayu yang diceritakan dalam Sejarah Melayu seperti nama-nama Hang Isap, Tun Biajid, Tun Mai Ulat Bulu dan lain-lain, masyarakat Melaka pada ketika itu juga terdiri daripada masyarakat Keling (India Muslim), Arab danCina. Masyarakat Keling misalnya terdiri daripada watak-watak seperti Mani Ali Purindam,Si Kitul, Raja Mendeliar, Tun Mutahir dan Tun Tahir. Selain menjadi pedagang,mereka ini juga turut diberi tempat dalam pentadbiran Melaka seperti Tun Mutahir yang dilantik sebagai Bendahara. Masyarakat Arab di Melaka pula terdiri daripada golongan pedagang dan pendakwahseperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Abu Bakar.