Вы находитесь на странице: 1из 1

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi baru cetakan 1991, kemahiran ialah kecekapan atau kepandaian. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka juga komunikasi pula ialah berhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain dan mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar pendapat dan lain-lain). Seseuatu proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Suatu seni menyalurkan ideaidea dan sikap daripada seorang individu kepada seorang yang lain. De Vito (1978) komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta. Hybels dan Weaver 2 (1995) Komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan. Muhammad Yusof Hussain (1990) Komunikasi dari perspektif Islam ialah proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis KOMUNIKASI INTRAPERSONAL berlaku di dalam diri seseorang. Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.

Вам также может понравиться