Вы находитесь на странице: 1из 1

KEBERKESANAN PERMAINAN TEKA SILANG KATA DALAM MENINGKATKAN PRESTASI MURID DAN PENGUASAAN ISTILAH SAINS DALAM MATA

PELAJARAN SAINS

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini bertujuan untuk menguji tahap keberkesanan permainan teka silang kata dalam meningkatkan prestasi murid dan penguasaan istilah sains dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini melibatkan 15 orang sampel iaitu semua murid tahun 4 Alpha dari Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Butterworth, Pulau Pinang. Permainan teka silang kata merupakan permainan secara individu dan setiap murid

bertanggungjawab mencari jawapan dan menyelesaikan silang kata berdasarkan pemahaman mereka sendiri. Dalam permainan teka silang kata, pemain hendaklah menggunakan pembayang kata yang diberikan untuk mencari jawapan untuk dimasukkan dalam petak-petak teka silang kata samada secara mendatar atau menegak. Pengalaman mereka mencari jawapan dan menyelesaikan teka silang kata membolehkan murid untuk mudah mengingat dan memahami istilah sains dan secara langsung akan meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains.

Вам также может понравиться