Вы находитесь на странице: 1из 3

REFLEKSI HARI KEENAM Hari ini iaitu 8 April 2013 bersamaan hari Isnin merupakan minggu kedua saya

di Sekolah Kebangsaan Tasik Damai. Seperti biasa setiap hari Isnin, satu perhimpunan akan berlangsung di tapak perhimpunan sekolah tersebut. Apa yang menarik minat saya mengenai sekolah ini ialah sebelum bermulanya sesi perhimpunan, guru akan memanfaatkan masa murid dengan sebarang pengisian yang berguna. Seperti pagi tadi, sebelum memulakan perhimpunan guru bahasa Inggeris berada lebih awal daripada biasa di tapak perhimpunan. Beliau telah mengadakan kuiz spelling bersama-sama murid. Murid yang ingin menjawab perlu mengangkat tangan dan perlu menjawab soalan di hadapan. Guru bertugas tersebut akan membetulkan jawapan murid jika berlaku sebarang kesilapan.

Semasa berlangsungnya perhimpunan, guru-guru bertugas pada minggu lepas telah memberi nasihat kepada murid-murid mengenai kebersihan bilik darjah. Tuan Guru Besar turut memberi ucapan, dalam ucapannya beliau telah

memaklumkan sekali lagi mengenai pembukaan kelas bagi murid-murid kurang upaya. Beliau turut memperkenalkan dua orang guru baru Pendidikan Khas kepada murid-murid. Setelah selesai perhimpunan, saya dan rakan pelatih lain bergerak ke Pusat Sumber untuk menyiapkan beberapa tugasan sebagai persediaan sebelum masuk mengajar.

Selepas waktu rehat pada pukul 10.00 pagi, saya dan rakan pelatih diminta mengambil alih untuk melatih murid-murid membuat latihan Bicara Berirama. Apa yang menarik perhatian saya, murid-murid begitu bersemangat dan tidak pernah berputus asa berlatih. Kemudian saya terpaksa meninggalkan latihan tersebut kerana perlu masuk ke kelas 4 Al-Farabi untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tamat sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran, seperti yang telah dijanjikan saya akan membantu Cikgu Shakila menghias Pusat Sumber. Saya dan rakan-rakan

pelatih membantu menghias papan kenyataan kosong. Kami perlu menghias dua buah papan kenyataan iaitu yang pertama di dalam Pusat Sumber dan yang kedua di luar Pusat Sumber. Di dalam Pusat Sumber, kami diminta meletakkan kata-kata perangsang untuk membakar semangat murid untuk lebih tekun belajar. Manakala untuk papan di luar Pusat Sumber, kami perlu menampal promosi aktiviti program nilam yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Tepat pada pukul 1.30 tengahari, kami bersiap-siap untuk pulang. Seperti biasa kami perlu menandatangani buku kehadiran sebelum beredar meninggalkan sekolah.

REFLEKSI HARI KETUJUH Hari ketujuh praktikum, pagi seperti biasa saya perlu menulis buku kehadiran di Pejabat Am Sekolah. Pada pukul 8.30 pagi, guru pembimbing saya akan membuat pemantauan semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah membuat persediaan yang sebaik mungkin untuk mengajar. Seletah selesai dipantau, guru pembimbing saya telah memberi sedikit komen sebagai langkah penambahbaikkan di masa yang akan datang.

Setelah itu, saya dan rakan pelatih ke tempat latihan Bicara Berirama untuk membantu guru-guru bahasa Melayu lain sekiranya mereka memerlukan bantuan kami. Sekolah ini begitu aktif dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan. Pada hari ini, pelbagai latihan dilakukan untuk persediaan ke pertandingan. Selain latihan Bicara Berirama, latihan nasyid, forum dan lain-lain turut diadakan

Pada pukul 12.30 tengahari, saya telah dijemput untuk menghadiri sebuah mesyuarat rumah-rumah sukan yang bertempat di Bilik Mesyuarat. Namun, malangnya saya tidak dapat mengikuti mesyuarat tersebut kerana mesyuarat tersebut bertembung dengan satu lagi mesyuarat lain. Saya dikehendaki menghadiri sebuah lagi mesyuarat untuk aktiviti perkhemahan Kursus Pengawas yang bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa orang guru sesi pagi yang terlibat termasuklah saya dan rakan-rakan yang lain. Memandangkan saya dan beberapa orang lagi guru pelatih lain

Вам также может понравиться