Вы находитесь на странице: 1из 9

AL-ZUHRI DAN

SUMBANGANNYA
Di sediakan oleh:
Syamsiah Binti Ismail ( 023102 )
Siti Ruhani Binti Ismail ( 023122 )
Norlailatul Azira Binti Sidek
( 023104 )
Norazniza Binti Rosman ( 023083)
Siti Mahfuzah Binti Musa ( 023082 )
Norhaslinda Binti Mohd Ridzuan
RIWAYAT HIDUP
• Nama beliau ialah Muhammad bin Muslim bin Ubaidullah bin
Abdullah bin Shihab bin Abdullah Al-Hafiz bin Zuhrah bin Kilab
bin Marrah Al-Qurashi Al-Zuhri.
• Beliau juga di kenali dengan panggilan Abu Bakar, namun
gelaran Al-Zuhri lebih terkenal kerana ia di sandarkan kepada
keturunannya iaitu Bani Zuhrah, salah satu dari kabilah
Quraysh.
• Al -Zuhri adalah seorang ahli hadith, ahli fiqh, mempunyai daya
ingatan yang kuat dan juga seorang sejarawan ulung.
• Beliau dilahirkan di Kota Al-Madinah, akan tetapi ahli-ahli
sejarah berselisih pendapat mengenai tarikh kelahirannya.Ada
yang meriwayatkan pada tahun 50H / 670M, ada pula yang
mengatakan pada tahun 51H / 671M.
• Sewaktu pemerintahan Abdul Al-Malik bin Marwan pada tahun
80H, Al-Zuhri telah pergi ke Damsyik.Ketika beliau di sana
timbul suatu masalah yang berkaitan dengan pemberian harta
pusaka yang berhak di terima oleh ibu.
• Di dalam majlis yang diadakan, Al-zuhri telah mengemukakan
pendapat dan hujah untuk menyelesaikan masalah yang
timbul.Khalifah Abdul Malik berasa amat kagum dengan
kebolehan dan ilmu Al-Zuhri yang telah dapat menjawab segala
persoalan yang dikemukakan.
• Dari Damsyik Al-Zuhri berpindah ke Adama iaitu sebuah tempat
di sempadan Hijaz berhampiran dengan Sham.Dengan itu,
beliau dapat pergi ke Hijaz dan juga Damsyik untuk menuntut
ilmu.Khalifah Umar bin Abdul Al-aziz amat menghormati Al-
zuhri dan beliau dianggap sebagai tempat rujukan mengenai
hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W dan peristiwa-peristiwa
sejarah.
• Mengenai tempat kematiannya terdapat tiga pendapat ahli
sejarah.Pengarang Kitab Wafayat Al-Ayan mencatatkan bahawa
Al-Zuhri meninggal di Adama iaitu tempat tinggalnya.Pendapat
kedua mengatakan di Shaghb.Sementara pendapat ketiga pula
mengatakan di Shaghba iaitu perkampungan di Hijaz.Tetapi
pendapat ketiga ini riwayat tidak kukuh.
SIFAT PERIBADI
• Al-Zuhri mempunyai tubuh badan yang rendah, bermata kabur dan sentiasa
berair.Ini mungkin disebabkan beliau terlalu banyak membaca dan menulis.
• Beliau juga mempunyai rambut yang panjang hingga mencecah ke paras bahu
serta mempunyai sedikit janggut.
• Beliau dikurniakan lidah yang fasih dan dapat bertutur dengan lancar dan
baik.Di samping itu. Al-Zuhri suka memakai bau-bauan seperti kasturi ketika
keluar rumah.
• Sebagai seorang, alim Al-Zuhri memiliki akhlak yang terpuji, seperti tawadduk
dan tidak menonjolkan sebarang kelebihan yang ada pada dirinya untuk
mengatasi kawan-kawan yang sezaman dengannya.
• Beliau adalah seorang yang penyabar dan tabah terutamanya dalam menuntut
ilmu pegetahuan.Kesabarannya jelas terlihat dimana beliau sanggup belajar
selama lapan tahun dengan Said A-Musayyab tanpa perasaan jemu dan bosan.
• Begitu juga dengan guru-guru yang lain termasuklah Urmah Al-Zubir.
• Untuk menuntut ilmu beliau snggup pergi ke mana sahaja.Al-Zuhri berulang
alik dari kawasan Hijaz ke Bandar-bandar Sham dan sebaliknya selama 45
tahun semata-mata untuk menuntut ilmu dan mendapatkan hadith-hadith dari
guru-guru ditempat tersebut.Beliau juga sanggup mengikut gurunya dengan
penuh kesungguhan demi memperolehi ilmu dari mereka.
• Di samping sifat-sifat tersebut,Al-zuhri juga mempunyai sifat
amanah di dalam mencari ilmu.
• Beliau sering bertanya kepada guru-guru dan rakan-rakannya
samaada yang tua atau pun yang muda apabila tidak
mengetahui sesuatu perkara atau masih samar terhadap apa
yang di dengarinya agar tidak tersalah.
• Al-Zuhri mempunyai daya ingatan yang kuat.Beliau
mempelajari Al-Quran hanya dalam 80 hari sahaja dan dapat
menghafalnya dengan baik.Hadith yang panjang dapat
diingatinya dengan sempurna tanpa menulis seperti yang
diriwayatkan oleh al-Uways dalam Tarikh Al-Kabir.
• Ahli sejarah mencatatkan, pada suatu ketika Khalifah Hisham
bin Abdul Malik ingin menguki ingatan hafalan Al-Zuhri.Lalu
beliau mendakwa kitab yang di tulis olehnya hilang.
• Kemudian ia menyuruh Al-Zuhri menulis semula.Setelah kitab
tersebut siap, Khalifah Hisham membandingkannya dengan
kitab dahulu.Didapatinya tiada sebarang perubahan atau
perbezaan di antara keduanya walaupun satu huruf.
• Al-Zuhri suka meminim madu lebah kerana yakin amalan ini
dapat menambah serta mengekalkan daya hafalan dan
ingatannya.
• Sebaliknya beliau tidak gemar memakan epal kerana
beranggapan amalan ini mewarisi sifat pelupa.Bagi orang-
orang yang menghafail Al-Zuhri menasihati memakan kismis .
NAMA GURU-GURU AL-ZUHRI…
Dari kalangan sahabat : Dari kalangan Tabiin:

• Anas bin Malik bin Al- • Urwah bin Al-Zubayr


Nudar bin Damdam • Said bin Al-Musayyab
• Ibnu Umar • Ubaidah bin Abdullah
• Al-Saib bin Yazid bin • Aban bin Uthman
Said Affan
• Kathir bin Al-Abbas • Salim bin Abdullah
bin Abdul Al-Mutalib bin Umar Al-Khatab
• Abdullah bin Amir bin
Rubayah binMalik
SUMBANGAN BELIAU….

• Bidang penulisan al-Zuhri tidak hanya


terbatas kepada sejarah rasul-rasul, sejarah
Rasulullah ( s.a.w ) di Makkah dan Madinah
yang merangkumi sejarah al-Maghazi dan al-
Futuh, sejarah Khulafa’ al-Rasyidin dan
zaman Bani Umayyah tetapi termasuk juga
sejarah keturunan Bangsa Arab ( Ansab ).
• Contohnnya kisah fitnah terhadap
Aishah,kisah nabi menerima wahyu,kisah
zaman khulafa al Rasyidin dan sebagainya.
SUMBER PENYELIDIKAN
1. Al-Quran: 3. Syair-syair arab:
• menyelitkan beberapa sedutan • al-Zuhri turut memaparkan syair-
ayat al-quran yang berkaitan syair arab yang ada kaitan dengan
dengan peristiwa dan kisah yang peristiwa sejarah yang
dikemukakan. diriwayatkannya. Masyarakat arab
2. Hadith: ketika itu tidak dapat dipisahkan
daripada bidang seni syair.
• dipetik oleh al-Zuhri adalah hadis-
hadis sahih yang diriwayatkan 4. Israilliyat:
oleh para sahabat yang terkenal • terdapat juga sumber lain seperti
seperti Saydatina Aisyah, Abu cerita-cerita lisan atau cerita
Hurayrah, Usamah bin Zayd, dongeng yang digunakan oleh al-
Abdullah bin Abbas, Abdullah bin zuhri.Tujuannya untuk memberi
Umar dan seumpamanya. maklumat dan menghibur para
pembaca.
MOTIF PENULISAN….
• Motif utama yang mendorong al-Zuhri
menulis dan mengkaji sejarah ialah al-Quran
itu sendiri. Seperti yang tersebut di dalam al-
Quran surah Yusuf ayat 12.
• Disiplin sejarah itu sendiri. Penulisan sejarah
Islam dianggap penting dan perlu dilakukan
kerana ia boleh membantu memahami al-
Quran, hadis-hadis dan ilmu-ilmu Islam yang
lain seperti fiqh, tajwid, sejarah dan
sebagainya.

Вам также может понравиться