Вы находитесь на странице: 1из 3

1.

Apakah faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan, antaranya termasuklah dari segi kelas sosial. Hal ini berlaku apabila adanya unsur yang mengelompokkan anggota berdasarkan kelas-kelas tertentu yang banyak dipengaruhi dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan mahupun dasar-dasar lain. Apabila berlakunya unsur-unsur tersebut khususnya dalam arena pendidikan maka secara tidak langsung akan menyebabkan ukuran taraf kelas sosial masyarakat. Secara lazimnya individu yang berada dalam kelas sosial golongan atasan yang berpendapatan tinggi berpeluang untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan yang sedia ada. Hal ini dapat dikaitkan dengan lagi dengan kos menyambung pelajaran yang tinggi menyebabkan terdapat individu yang tercicir khususnya dalam kalangan golongan bawahan atau berpendapatan rendah, kerana tidak mampu menanggung kos perbelanjaan pendidikan, maka hal tersebut lebih memberikan ruang kepada golongan atasan untuk memperluaskan lagi peluang pendidikannya ke tahap yang lebih tinggi. Ketaksamaan peluang pendidikan ini juga berlaku atas sebab jantina. Misalnya di negara Malaysia sendiri, walaupun sudah berada ke tahap membangun masih juga terdapat ketaksamaan peluang pendidikan yang berdasarkan faktor jantina. Hal ini dapat dibuktikan melalui sistem kuota yang ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya IPT awam, iaitu peluang untuk mendapat tempat di IPT awam dilebihkan sedikit pada jantina lelaki termasuklah dari aspek kelayakan akademik yang disyaratkan untuk menjadi penuntut IPT, iaitu mereka diberikan kelonggaran sedikit dari segi kelayakan permohonan berbeza dengan perempuan. Yang walaupun pada asalnya hasrat kerajaan adalah untuk menyeimbangkan jumlah antara penuntut lelaki dan perempuan di IPT, disebabkan fenomena yang berlaku di kebanyakan IPT di seluruh negara iaitu penuntut perempuan lebih banyak peratusan bilangannya berbanding peratusan lelaki yang menuntut di IPT. Seterusnya ketaksamaan peluang pendidikan ini juga berlaku khususnya dalam kalangan kumpulan minoriti. Hal ini dapat diberikan contoh dalam kalangan penduduk Malaysia, khususnya yang berada dalam kumpulan minoriti, walaupun dari segi insentif kerajaan untuk memberikan peluang pendidikan yang sama rata kepada semua penduduk tetapi atas sebab faktor demografi khususnya dari segi kawasan tempat, yang lazimnya kumpulan minoriti di Malaysia berada di kawasan pedalaman. Sebagai contoh kumpulan minoriti iaitu kumpulan peribumi Sabah yang menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan akibat daripada lokasi tempat tinggal, keupayaan perhubungan dan pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah. Yang menyebabkan kadar keciciran yang tinggi dalam pendidikan. Yang seterusnya, ketaksamaan peluang pendidikan juga berlaku dalam kalangan individu yang berada dalam kumpulan berkeperluan khas. Kumpulan berkumpulan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa. Kekurangan peluang pendidikan untuk belajar dalam kalangan individu

Budaya & Pembelajaran. (rosliza binti amir bek_PISMP 5A jan 2012)

tersebut menyebabkan mereka juga turut tercicir dalam arus pembangunan pendidikan negara. Walau bagaimanapun, keadaan ini sedaya upaya untuk diatasi oleh kerajaan iaitu dengan adanya pelbagai program pendidikan yang juga memberi peluang kepada golongan yang berkeperluan khas ini untuk bersama-sama membangunkan diri dan terlibat secara aktif dalam pembangunan akademik mereka.

Budaya & Pembelajaran. (rosliza binti amir bek_PISMP 5A jan 2012)

2. Apakah implikasi ketaksamaan peluang pendidikan dari aspek jantina

Terdapat banyak impilkasi ketaksamaan peluang pendidikan dari aspek jantina, khususnya dalam arena pendidikan, misalnya di negara Malaysia sendiri bilangan antara penuntut IPT lelaki dan perempuan sangat tidak seimbang. Hal ini demikian kerana jumlah peratusan penuntut IPT dimonopoli oleh perempuan, maka ini secara tidak langsung akan mewujudkan satu bentuk fenomena bahawa semakin banyak perempuan akan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara termasuklah dari segi ekonomi, dan corak pentadbiran negara. Apabila keadaan ini berlaku akan membawa implikasi dimana peranan lelaki yang layak sebagai pemimpin akan tergugat kerana akan banyaknya jawatan-jawatan tinggi dimonopoli oleh kaum perempuan sementara kaum lelaki bekerja sebagai orang bawahan. Selain itu, implikasi lain juga ialah akan membawa kepada berlakunya situasi dimana perempuan lebih berpendidikan tinggi berbanding lelaki, kerana kebanyakkannya lelaki lebih memilih untuk bekerja sepenuh masa daripada memilih untuk menyambung pelajaran. Hal ini berbeza dengan perempuan, yang memanfaatkan peluang pendidikan yang ada untuk sampai ke tahap individu yang mempunyai taraf pendidikan tinggi. Seterusnya, implikasi yang mungkin berlaku juga akibat dari fenomena ini akan menyebabkan berlakunya jurang perbezaan status antara perempuan dan lelaki, kerana sememangnya dengan pendidikan taraf status seseorang individu dapat ditingkatkan selaras dengan tahap pencapaian pendidikan yang diperoleh.

Budaya & Pembelajaran. (rosliza binti amir bek_PISMP 5A jan 2012)

Вам также может понравиться