Вы находитесь на странице: 1из 8

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi -isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya. Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran - penilaian kefahaman terhadap topik Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk -nunjuk sahaja. Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya. Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan bul etin kelas. Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataanperkataan dalam topik yang ingin diajar.

Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

2.2.1 MODEL ADDIE - Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model RP.

A (Analysis) D (Design) D (Development) I (Implementation) E (Evaluation)

- Analisis - Bentuk - Perkembangan - Pelaksanaan - Penilaian

2.2.2 MODEL ASSURE

Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah. Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan. A (Analyses learner) Analisis pelajar S (State objectives) Nyatakan objektif S (Select method, media and materials) Pilih kaedah, media & bahan sumber U (Utilise media and materials) Gunakan media & bahan sumber R (Require learner response / participation) Libatkan pelajar E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula

2.2.3 MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)

Tentukan matlamat pengajaran Laksanakan analisis pengajaran Kenal pasti ciri-ciri pelajar Bentuk objektif pengajaran pembelajaran Pilih kaedah pengajaran Sediakan bahan pengajaran Rancang dan laksanakan penilaian formatif Rancang dan laksanakan penilaian sumatif

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN 1. 2. 3. 4. Meningkatkan pencapaian pelajar. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai. Membantu dalam proses membuat keputusan.

5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai. 6. Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh 2.3 REKA BENTUK MESEJ 1. Heinech et al (2002) media sebagai alat yg membantu proses komunikasi. 2. Reiser dan Gagne (1983) media sebagai sebarang cara fizikal yg memungkinkan mesej disampaikan. 3. Torkelson (1972) membahagikan media kepada 3 komponen :

Mesej isi kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan.

Bentuk mesej merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yg sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa. Saluran mesej alat fizikal yg digunakan dalam penyampain mesej, dalam bentuk elektrikal, mekanikal dan digital. 4. Gagne dan Briggs (1974) 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media :

Perkataan / struktur bahasa Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak Gambar statik Gambar bergerak Sampel sebenar

BAB 3 MEDIA PENGAJARAN 1. Media = Medium yg bermaksud sesuatu saluran komunikasi yg membawa maklumat. 2. Berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan dengan ini meningkatkan pemahaman pelaja terhadap isi pengajaran. 3. Teknologi memungkinkan proses P&P berlangsung tanpa kehadiran guru. 4. Media pengajaran yg mendorong pembelajaran kendiri boleh berbentuk bahan-bahan media yg disediakan oleh guru sendiri @ pihak lain. 5. Guru berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran, pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta penilaian. 6. Percival dan Elington (1984) mengetengahkan 2 bentuk media :

Saluran Komunikasi radio, televisyen dan suratkhabar; Alatan Fizikal Teknologi filem, slaid, gambar, pita rakaman dll.

7. Media dalam pengajaran sesuatu alatan yg berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran,

perasaan, minat dan menarik perhatian penerima. FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembantu Guru Pengganti Guru Pembelajaran Berasaskan Projek Media Dalam Pendidikan Khas Media Dalam Pendidikan Jarak Jauh Media Dalam Folio Pembelajaran

Media Penyebar Ilmu 3.3 JENIS DAN KLAFIKASI MEDIA

1. Hoban dan Zissman (1937) meletakkan nilai sesuatu bahan pandang dengar bergantung pada tahap realistiknya. 2. Pengalaman Konkrit pengalaman sebenar yg dialami oleh pelajar dan ia semakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa. 3. Pengalaman Abstrak pengalaman yg dilalui oleh pelajar melalui sesuatu simbol visual @ verbal yg perlu ditafsirkan. 4. Jenis dan klafikasi media :

Media Bergerak (rakaman video, animasi & filem) Orang (guru, pelajar & orang ramai) Objek / Model yg boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar Teks (poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul) Visual (diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi dll) Audio (suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)

BAB 4 REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH: MODEL ASSURE 4.1 PERANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN 1. Gagne (1985) pembelajaran berlaku sebagai satu proses yg berkembang secara berperingkat. 2. Events of Instruction : -Events of Instruction : i. ii. iii. iv. v. vi. Tarik perhatian pelajar. Beritahu objektif pembelajaran. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. Sampaikan isi pelajaran / bahan pengajaran-pembelajaran. Bimbing pembelajaran pelajar. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.

vii. viii. ix.

Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. Taksir pencapaian pembelajaran. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

4.2 MODEL ASSURE 1. Analisis Pelajar Berdasarkan aspek-aspek berikut :

Ciri-ciri umum pelajar Pengetahuan / pengalaman sedia ada

Gaya pembelajaran pelajar 2. Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Penyataan objektif yg baik mengandungi 4 kriteria :


Kumpulan pelajar Bentuk tingkah laku baru Situasi @ Syarat perlakuan

Tahap pencapaian minimum perlakuan 3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

Proses pemilihan merangkumi 3 langkah : Penentuan kaedah ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran pelajar & objektif pembelajaran.

Pemilihan format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yg hendak disampaikan. Pemilihan bahan sumber memilih bahan sumber sedia ada, mengubahsuai bahan sumber sedia ada & merekabentuk bahan sumber baru. 4. Gunakan Media dan Bahan Sumber Tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru :

Semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yg sesuai untuk penggunaan bahan sumber. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. 5. Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

Libatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar.

6. Nilai dan Semak Semula Penilaian semasa proses dan selepas proses P&P membolehkan guru membuat pembetulan, penambahbaikan, dan tindakan susulan yg sesuai.

Asas Fotografi
Untuk asas fotografi anda semua perlu tahu dengan terperinci bahagian-bahagian utama kamera seperti: (a) aperture (b) shutter speed (c) lensa (d) tingkap penilik pandang (e) filem (f) iso Anda semua boleh menonton klip video ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bahagian tersebut:

Tugasan Sebagai seorang guru anda ingin mengajar sesuatu subjek dan anda perlu gunakan media grafik seperti carta, poster, kad imbasan dan seumpamanya untuk menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Anda dikehendaki menghasilkan media grafik yang bersesuaian dengan satu tajuk pengajaran anda dan digunakan dalam P&P anda. Proses Kerja Proses kerja di bawah ini merupakan satu panduan menghasilna media grafik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. A. Peringkat Analisis A1. Analisis Pelajar Sebelum anda menyediakan, antara yang perlu difikirkan ialah perkaraperkara berikut: Apakah latarbelakang pelajar? ... A2. Analisis Kandungan

B. Peringkat Rekabentuk A1. Rekabentuk bahan 1. Pastikan rekabentuk bahan anda memenuhi prinsip-prinsip grafik. A2. Rekabentuk Pedagogi 1. Pastikan juga bahawa gabungan elemen-elemen grafik dalam media anda dapat memberi kesan kepada proses P&P anda C. Peringkat Pembangunan 1. Pilih media grafik anda samada digital ataupun bukan digital. 2. Pilih peralatan yang sesuai untuk penghasilan media anda. 3. Bina media anda berasakan rekabentuk anda. EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Modul Pembelajaran Kendiri 33 D. Peringkat Perlaksanaan Cadangkan bagaimana bahan grafik anda boleh digunakan dalam peringkat P&P yang tertentu. E. Peringkat Penilaian Selepas proses P&P menggunakan bahan hasilan tersebut, adakah ia benar-benar memberi impak kepada proses pembelajaran. Refleksi Kerja 1. Setelah anda menyempurnakan tugasan diBAHAN-BAHAN 3D Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan animasi. Banyak jenis-jenis bahan yang boleh didapati di dalam kumpulan ini. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah Realia, Model, Diorama, Akuarium dan terrarium, Boneka, Mobile', dan Topeng . Jenis-Jenis Bahan Tiga Dimensi

1. Konsep yang betul dibina kerana boleh melihat benda yang sebenar 2. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar 3. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda dengan lebih baik 4. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan 5. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada pembelajaran melalui pengalaman Jenis-Jenis Bahan Tiga Dimensi Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai media pengajaran antaranya ialah: 1. Realia 2. Model 3. Diorama 4. Akuarium dan Terrarium 5. Boneka 6. Mobile 7. Topeng REALIA Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: Realia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya atau bahan sebenar bukan hidup seperti mesin, jentera dan lain-lain.

Вам также может понравиться