Вы находитесь на странице: 1из 41

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN SAINS

SHARFUDDIN BIN ABDUL SHUKOR BP 050177 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) 720926-01-6619

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2008

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN SAINS

SHARFUDDIN BIN ABDUL SHUKOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

iii

Buat dua insan yang telah banyak berkorban Julieana Zakaria dan Sofea Dhamirah

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Dikesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing yang saya kasihi Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas segala bimbingan, nasihat, tunjuk ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua rakan kelas yang banyak membantu, peserta kajian yang memberikan kerjasama dengan baik dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat, segala jasa yang diberi amat dihargai.

ABSTRAK

Masalah kefahaman dalam Kemahiran Proses Sains telah menarik perhatian penyelidik. Penyelidik menetapkan pembolehubah bersandar adalah tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu merentas jantina dan program pengajian. Peserta kajian terdiri daripada 52 orang pelajar Program Pendidikan Sains Perdana dan Program Pendidikan Sains Program Khas Pensiswazahan Guru. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang ditadbir ialah Ujian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data Dan Mentafsir Data yang mempunyai 40 item objektif dengan nilai kebolehpercayaan = .89. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim dan markat maksimum dan minimum telah digunakan dalam tatacara menganalisis data kajian ini. Tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains secara keseluruhan dan merentas jantina adalah baik. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua kemahiran merentas program pengajian adalah sederhana untuk Perdana dan baik untuk Program Khas Pensiswazahan Guru. Implikasi daripada kajian ini ialah perlunya ada perubahan sikap pelajar dan amalan pengajaran dan pembelajaran pensyarah.

vi

ABSTRACT

The purpose of this survey was to determine the level of understanding in the Science Process Skills. The dependent variable of the research was the level of understanding in collecting and interpreting data among the students of the Year Four Science Education Program, Universiti Teknologi Malaysia. The independent variables for this survey were across gender and the type of program. Fifty-two students from the Science Education Program Prime Students and the Program Khas Pensiswazahan Guru students were involved in this study. This was an exploration survey and the test instrument used was the Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul Data dan Mentafsir Data. There were 40 objective items in the test. The reliability of the test was = .89. The Descriptive Statistical Analysis in the form of mean, standard deviation and maximum score were used in analyzing the data of the survey. It was found out that the level of understanding in collecting data and interpreting the data among the Year Four students was in general and across gender was good. On the other hand, the result of the survey indicated that both skills across study program were average to the Prime students and good to the Program Khas Pensiswazahan Guru students. The implication of the study was that they should be a change in the students attitude and the teaching and learning practices of the lecturer.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

Judul Pengakuan Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstract Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Singkatan Senarai Lampiran

i ii iii iv v vi vii x xi xii xiii

PENGENALAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Rangka Kerja Konsep Kepentingan Kajian Skop Kajian Andaian Kajian Batasan Kajian Takrifan 1 3 5 5 5 6 7 8 8 9 9

viii 1.10.1 Tahap Kefahaman 1.10.2 Mengumpul Data 1.10.3 Mentafsir Data 1.11 Rumusan 10 10 11 11

SOROTAN PENULISAN 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Pendahuluan Kemahiran Mengumpul Data Kemahiran Mentafsir Data Kajian Dalam Negara Kajian Luar Negara Rumusan 13 13 16 18 19 21

PENGKAEDAHAN 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Pendahuluan Reka Bentuk Kajian Tempat dan Sampel Kajian Alat Kajian Kajian Rintis Analisis Dapatan Kajian Rumusan 22 22 23 23 24 24 25

DAPATAN KAJIAN 4.0 4.1 Pendahuluan Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data 4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Jantina 4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Program Pengajian 28 27 26 26

ix 4.4 Rumusan 30

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 5.1 5.2 5.3 Pendahuluan Ringkasan Kesimpulan Perbincangan 5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data 5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Jantina 5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Program Pengajian 5.4 5.5 5.6 5.7 Implikasi Cadangan Cadangan Penyelidikan Masa Depan Rumusan 38 40 42 44 44 37 34 31 31 32 34

RUJUKAN

46

LAMPIRAN Lampiran A Lampiran B Lampiran C

50 51 76 77

SENARAI JADUAL

JADUAL

MUKA SURAT

3.1

Hubungan antara markat min dengan tahap kefahaman Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Jantina Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Program Pengajian

23

4.1

27

4.2

28

4.3

29

xi

SENARAI RAJAH

RAJAH 1.1 Rangka Kerja Konsep

MUKA SURAT 7

xii

SENARAI SINGKATAN

AAAS KBSM KPM KPS KS M NL NP NPKPG NSPN P&P PEKA PKPG PP PPK SL SPN SPSS TISP UKMMD UTM

American Association for the Advancement of Science Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Kemahiran Proses Sains Kemahiran Saintifik Min Bilangan lelaki Bilangan perempuan Bilangan pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Bilangan pelajar Perdana Pengajaran dan Pembelajaran Pentaksiran Kemahiran Amali Sains Program Khas Pensiswazahan Guru Petunjuk prestasi Pusat Perkembangan Kurikulum Sisihan lazim Program Pendidikan Sains Statistical Package For Social Science Test Of Intergrated Science Process Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul dan Mentafsir Data Universiti Teknologi Malaysia

xiii

LAMPIRAN

SENARAI TAJUK Contoh set soalan UKMMD Senarai Jawapan UKMMD Pengesahan Item LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C

BAB 1

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Matlamat kerajaan Malaysia ialah untuk mencapai status negara maju. Bertitik tolak dari hasrat ini kurikulum sains telah diolah untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan

Menguasai kemahiran saintifik (KS), merupakan salah satu daripada objektif dalam Kurikulum Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Laporan Jawatankuasa Kabinet yang dikeluarkan pada tahun 1980 menyatakan kurikulum sains tidak menitikberatkan penggunaan sains dalam kehidupan serta tidak berusaha membentuk insan kamil, sebagaimana yang diilhamkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, (2001). Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah ini ialah memperkenalkan Pentaksiran Kemahiran Amali Sains (PEKA) pada tahun 1997. PEKA merupakan instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan rujukan kriteria yang menjuruskan kepada penjaminan kualiti.

Falsafah di sebalik PEKA ialah untuk melahirkan pelajar yang boleh menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS). Dalam usaha untuk melahirkan

2 masyarakat yang berbudaya sains dan teknologi serta bersedia menghadapi cabaran globalisasi, kaedah pengajaran yang diamalkan oleh para guru mempunyai kesan yang besar dari segi membina kefahaman dan penguasaan para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh mereka (Shaharom, 1996).

Malangnya ramai dalam kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998). Azizah (1999) menyatakan guru masih menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan di mana pelajar disogok dengan fakta tanpa memahaminya. Terdapat sebilangan guru sains yang tidak melaksanakan kurikulum sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah dengan berkesan seperti yang dirancang. Dapatan dari kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mendedahkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran-pembelajaran yang berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan terhadap kesepaduan domain kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Abu Hassan (2002) mendedahkan guru gemar melakukan eksperimen dengan mengikuti resepi di dalam makmal, sebagaimana dalam pendekatan tradisi.

Berdasarkan dari dapatan kajian yang terdahulu, jelas menunjukkan keperluan yang mendesak supaya diadakan kajian terhadap tahap penguasaan KS dalam kalangan guru dan bakal guru. Penyelidik memberikan tumpuan kepada kemahiran mengumpul data dan kemahiran mentafsir maklumat. Kemahiran mengumpul data dan mentafsir maklumat diperincikan dalam PEKA. Manakala kemahiran mentafsir maklumat juga diterangkan dengan jelas dalam KPS. Penyelidikan ini dijalankan dalam kalangan pelajar program pendidikan sains (SPN) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Terdapat dua kumpulan pelajar program pendidikan sains iaitu pelajar Perdana dan pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Pelajar Perdana merupakan bakal guru dan pelajar PKPG merupakan guru yang telah mengajar.

3 1.1 Latar Belakang Masalah

Kemahiran proses sains telah menjadi perkara yang penting dalam kurikulum sains. Walau bagaimanapun menurut Vantipa et al. (1996) sukatan pelajaran masih lagi tertumpu kepada isi pelajaran. KPS masih lagi berada di aras objektif pelajaran dan tidak diperincikan dengan jelas dalam kurikulum. Lantas kepentingan KPS tidak dapat dijelmakan dalam pengajaran dan peperiksaan.

However, detailed curriculum content is still very much focus on the subject matter knowledge. Science proses skills remains very much at the obective level and detailed are not available in the curriculum. The importance of science process skills thus failed to materialise during teaching and examinations. (Vantipa et al., 1996:19)

Pengajaran dan pembelajaran serta penilaian kemahiran proses sains perlu dilihat dengan lebih terperinci untuk memastikan kejayaan pendidikan sains di Malaysia. Atas dasar ini Lembaga Peperiksaan Malaysia memperkenalkan PEKA pada tahun 1997. Ciri-ciri yang terkandung dalam PEKA menumpukan kepada tahap kefahaman murid. Bagaimana dengan tahap kefahaman guru? Tahap kefahaman guru dalam KPS tidak dinilai secara terperinci kerana mengandaikan jika keputusan PEKA murid baik maka penguasaan guru selaku tenaga pengajar juga berada di tahap yang baik.

Bakal guru sains di Malaysia dilatih dalam kemahiran proses sains. Timbul persoalan tentang keberkesanan penerapan pengetahuan KPS ini di peringkat universiti dan Institut Perguruan. Adakah bakal guru sudah bersedia untuk mengajar sains dan membuat keputusan-keputusan yang sah tentang penyiasatan sains di sekolah nanti. Isu ini adalah sejajar dengan pendedahan Rice dan Roychoudhury yang mendapati bakal guru merasakan tindak bersedia untuk mengajar sains.

Recent study have indicated elementary preservice teachers do not feel adequately prepared for teaching science content areas (Rice and Roychoudhury, 1994:4)

4 Bakal guru ini kelak akan mengelak dari mengajar menggunakan pendekatan KPS kerana mereka sendiri merasakan tidak benar-benar bersedia untuk mengajar sains. Masalah keyakinan pada bakal guru terhadap KPS akan menyebabkan pandangan yang negatif terhadap mata pelajaran sains itu sendiri. Kajian Downing, Jan E et al., (1998) mengesahkan terdapat hubungan antara keberkesanan guru mengajar kemahiran proses sains dengan pandangan mereka terhadap sains.

Data analyis found a significant positive relationship between how well teacher performed science process skills and their attitudes towards science. (Downing, Jan E, et al.,1998:1)

Bakal guru yang berjaya menguasai KPS akan mempunyai pandangan yang positif terhadap sains. Terdapat juga persoalan tentang tahap kefahaman kemahiran mentafsir maklumat dalam kalangan bakal guru sains. Adakan kemahiran ini sudah mencukupi untuk mereka membimbing pelajar-pelajar mereka nanti. Menurut Roth, McGinn, & Bowen (1998), terdapat bukti-bukti yang menunjukkan guru sains tidak mahir dalam mentafsir maklumat menyebabkan sukar untuk menerapkan kemahiran ini kepada murid-murid.

...there is some evidance that science teachers may not enact competant data intrepretation themselves. (Roth, McGinn, & Bowen, 1998:48)

Guru

yang

gagal

menguasai

kemahiran

mentafsir

maklumat

akan

menyebabkan kegagalan pengajaran dan pembelajaran sains. Mohamad Isa (1999) mendapati pengusaan guru pelatih terhadap KPS seperti menganalisa maklumat masih lemah. Kira-kira 48% guru pelatih berada di bawah min pencapaian keseluruhan. Tan (2000) mendapati guru masih gagal menguasai kemahiran pengurusan data.

Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan terdapat sebab yang kukuh supaya diadakan kajian untuk menilai tahap kefahaman kemahiran kedua-dua KPS ini dikalangan guru dan bakal guru.

5 1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, masalah umum dalam KPS ialah kurangnya kefahaman KPS dalam kalangan pelajar. Masalah yang hendak dikaji ialah tahap kefahaman KPS pelajar Tahun Empat SPN. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan kemahiran mentafsir data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.

1.3

Objektif Kajian

Beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya ialah: 1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia. 2. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas jantina. 3. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas program pengajian.

1.4

Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat membantu mamberikan maklumat yang berguna terhadap beberapa persoalan antaranya: 1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia?

6 2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas jantina? 3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas program pengajian?

1.5

Rangka Kerja Konsep

Rajah 1.1 mengambarkan secara ringkas rangka kerja konsep kajian. Kajian ini merangkumi kemahiran mengumpul data dan mentafsir maklumat. Mengumpul data ialah sebarang aktiviti mengumpul dan merekod maklumat dilaksanakan selepas proses pemerhatian dan pengukuran secara bersistematik. Manakala mentafsir data melibatkan aktiviti menyusun, menganalisis, mensistesis data menggunakan jadual, graf dan diagram untuk mencari sebarang corak yang boleh dijadikan sebagai pertunjuk kepada pembinaan inferens, ramalan atau hipotesis. Dalam kajian ini, tahap kefahaman pelajar diukur menggunakan Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul dan Mentafsir Data (UKMMD). Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap kefahaman pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir maklumat. Pembolehubah yang bebas ialah jantina dan merentas program. Pembolehubah yang dikawal ialah tahun pengajian pelajar SPN.

7 Rajah 1.1: Rangka Kerja Konsep Kemahiran Sains

Kemahiran Proses Sains

Mengumpul data

Mentafsir data

Tahap Kefahaman

UKMMD

Sangat baik, Baik, Sederhana, Lemah, Sangat lemah

1.6

Kepentingan Kajian

Faedah dari kajian ini akan dapat membantu guru, pensyarah, fakulti dan universiti meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains. Dapatan dari kajian ini akan memberikan maklumat yang terkini berkenaan kedua-dua KPS ini lantas dapat membantu dalam proses penambahbaikan P&P sains di peringkat guru sehingga ke peringkat universiti. Guru merupakan golongan utama yang akan

8 mendapat faedah dari kajian ini. Golongan ini akan didedahkan kepada kedudukan sebenar penguasaan kedua-dua kemahiran proses sains mereka. Sekiranya terdapat kekurangan maka perlu diperbaiki melalui peningkatan profesionalisme. Para pensyarah boleh memanfaatkan dapatan kajian ini untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka agar kedua-dua kemahiran ini dapat disampaikan dengan lebih jitu lagi. Pensyarah dapat menentukan peruntukan masa yang sesuai dalam mengajar kedua-dua kemahiran ini. Dapatan kajian ini dapat membantu pensyarah memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam penyampaian KPS. Pensyarah mampu membuat perancangan yang kemas dan penilaian yang jitu. Pihak Fakulti boleh menggunakan dapatan kajian ini dalam proses membuat dasar berkenaan kurikulum. Dapatan ini boleh dijadikan panduan kepada pihak Fakulti dalam mengkaji keberkesanan kursus pendidikan amali sains. Pihak universiti dapat meningkatkan kualiti guru yang dihasilkan. Peningkatan kualiti guru dapat meningkat imej Universiti Teknologi Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu.

1.7

Skop Kajian

Kajian berbentuk tinjauan dan menggunakan ujian pencapaian UKMMD untuk menilai tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan kemahiran mentafsir data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPNPKPG) Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 57 orang peserta kajian terlibat dan kesemuanya ialah pelajar Tahun 4 SPN. Separuh dari peserta kajian ialah perempuan. Data dalam kajian berbentuk markah UKMMD. Kajian akan dilaksanakan di UTM Skudai bermula Januari 2008.

1.8

Andaian Kajian

Penyelidik menetapkan beberapa andaian untuk meningkatkan kebenaran keputusan kajian. Antaranya ialah:

9 1. Penyelidik mengandaikan kaedah tinjauan merupakan kaedah terbaik dalam menjalankan kajian. 2. Alat kajian UKMMD adalah ujian pencapaian terbaik dalam menilai tahap kefahaman peserta kursus. 3. Peserta kajian memberikan jawapan secara jujur terhadap item dalam alat kajian. 4. Soal selidik yang diberikan kepada peserta kajian adalah bersesuaian dengan aras pengetahuan mereka. 5. Peruntukan masa yang diberikan kepada peserta kajian adalah mencukupi untuk mereka menjawab dengan baik kesemua item yang ditadbir. 6. Penglibatan responden adalah secara sukarela.

1.9

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada beberapa kekanggan antaranya: 1. Waktu diperuntukkan untuk mentadbir item soal selidik tidak bersesuaian dengan kehendak penyelidik disebabkan pelajar SPN mempunyai jadual yang berbeza dan ketat. 2. Penyelidik tidak dapat memastikan bahawa kesemua peserta kajian benarbenar memahami soalan-soalan yang dinyatakan oleh penyelidik kerana hanya penyelidik sahaja yang terlibat dalam mentadbir ujian penilaian.

1.10

Takrifan

Terdapat beberapa takrifan yang digunakan oleh penyelidik dalam menerangkan maksud khusus berkaitan kajian tahap kefahaman mengumpul data dan mentafsir data. Takrifan tersebut adalah seperti tahap kefahaman, kemahiran mengumpul data dan kemahiran mentafsir data.

10 1.10.1 Tahap Kefahaman

Menurut Kamus Dewan (2005), tahap membawa maksud ukuran atau aras yang digunakan dalam menilai sesuatu yang diperlukan. Dalam kajian ini tahap dikategorikan sebagai tahap sangat baik, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah. Manakala faham diertikan sebagai 1) fahaman pengetahuan dalam fikiran mengenai sesuatu pengertian, 2) fikiran atau anggapan dan sebagainya yang menjadi pegangan seseorang, pendapat, 3) tahu atau mengerti benar akan sesuatu, 4) kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu. Kefahaman membawa maksud keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dan sebagainya). Dalam kajian ini kefahaman membawa maksud kemampuan memahami kedua-dua kemahiran proses sains mengumpul data dan mentafsir data. Ringkasnya, dalam kertas kerja ini tahap kefahaman membawa maksud kemampuan aras sangat baik, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah dalam memahami kemahiran proses sains mengumpul data dan mentafsir data.

1.10.2 Mengumpul Data

Menurut Panduan Pentaksiran Kerja Amali Sains Tambahan (Lembaga Peperiksaan Malaysia), konstruk yang ditaksirkan mengumpul data merangkumi ialah PP1 Membina jadual dan melukis graf berdasarkan ciri-ciri tertentu.

Data collection refer to any activities that involves with data collection and data recording using scientific observation and measurement. (American Association for the Advancement of Science (AAAS)1998:2)

Dalam kajian ini, penyelidik mentakrifkan kemahiran mengumpul data ialah sebarang aktiviti mengumpul dan merekod maklumat dilaksanakan selepas proses pemerhatian dan pengukuran secara bersistematik.

11

1.10.3 Mentafsir data

Menurut Panduan Pentaksiran Kerja Amali Sains Tambahan (Lembaga Peperiksaan Malaysia), konstruk yang ditaksirkan dalam kemahiran mentafsir data ini merangkumi: PP1 Dapat menyatakan bentuk graf yang dilukis. PP2 Dapat menyatakan kesimpulan bagi eksperimen berdasarkan maklumat dari jadual dan graf PP3 Dapat menyatakan cadangan langkah untuk membaiki keputusan ekaperimen.

Data interpretation is define as any activities of analyze, synthesize using graph, table, diagram to find patern that can be used in constructing inferens, prediction and hyphothesis. (American Association for the Advancement of Science (AAAS)1998:2)

Dalam kajian ini, penyelidik mentakrifkan mentafsir data bermaksud menyusun, menganalisis, mensistesis data menggunakan jadual, graf dan diagram untuk mencari sebarang corak yang boleh dijadikan sebagai pertunjuk kepada pembinaan inferens, ramalan atau hipotesis.

1.11

Rumusan

Matape lajaran sains merupakan mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan Malaysia. Inti pati mata pelajaran sains ialah Kemahiran Sains. Kekuatan utama dalam Kemahiran Sains ialah Kemahiran Proses Sains. Kegagalan tenaga pengajar menguasai kemahiran ini akan menyebabkan kepincangan Kemahiran Sains lantas

12 mengakibatkan keruntuhan sistem pendidikan Malaysia. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan guru gagal menguasai kemahiran proses sains mengumpul data dan mentafsir maklumat. Kesemua kajian menyimpulkan bahawa terdapat keperluaan supaya diadakan kajian untuk menilai tahap kefahaman kemahiran kedua-dua KPS ini dalam kalangan guru dan bakal guru. Persoalan utama dalam kajian ini ialah untuk melihat tahap kefahaman KPS mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar SPN UTM. Persoalan sampingan dalam kajian ini ialah mencari tahap

kefahaman KPS merentas jantina dan merentas program pengajian.

Matlamat utama kajian ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar SPN terhadap kedua-dua KPS dan matlamat sampingan dari kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kefahaman KPS merentas jantina, merentas program pengajian. Kajian ini dapat membantu mamberikan penjelasan kepada persoalan mengenai tahap pemahaman KPS pelajar SPN. Pembolehubah bersandar ialah tahap kefahaman pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir maklumat. Pembolehubah yang bebas ialah jantina dan program pengajian. Manakala

pembolehubah yang dimalarkan ialah tahun pengajian. Kajian ini dapat membantu dalam proses penambahbaikan kurikulum sains di peringkat guru sehingga ke

peringkat universiti. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Responden dalam kajian ini ialah pelajar Tahun Empat SPN. Kesemua item diberikan kepada responden di UTM Skudai. Penyelidik mengadaikan kesemua item dijawab dengan jujur dalam masa yang mencukupi. Batasan dalam kajian ini ialah masa yang sesuai untuk mentadbir item soal selidik. Penyelidik tidak dapat memastikan bahawa responden benar-benar memahami soalan-soalan yang dinyatakan oleh penyelidik. Kajian ini juga perlu mengambil kira kelemahan reka bentuk kajian, pendekatan kajian dan perlaksanaan dalam mentadbir ujian. Bab 2 seterusnya akan membincangkan tentang teori berkaitan KPS berserta kajian-kajian berkaitan. Bab 3 membicarakan tentang pengkaedahan kajian dari sudut reka bentuk, peserta, alat kajian, tatacara dan analisis kajian.

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.0

Pendahuluan

Bab 2 membincangkan tentang kajian-kajian berkaitan kemahiran mengumpul serta merekod data dan mentafsir data. Kajian berkaitan kedua-dua kemahiran ini dibahagikan kepada kajian dalam negara dan kajian luar negara. Penyelidik membincangkan tentang teori berkaitan KPS dengan memberikan perhatian yang khusus kepada kemahiran mengumpul data dan mentafsir data.

2.1

Kemahiran Mengumpul Data.

research in scientific laboratories and scientific field work has shown that designing investigations, collecting data, transforming data, and interpreting the resulting representation are some of the quientessential scientific practices. (Roth & Bowen, 1998:5)

Roth dan Bowen (1998) menyatakan kajian saintifik dalam makmal dan lapangan telah menunjukkan kepentingan rekabentuk penyiasatan, mengumpul data, mengolah data dan mentafsir keputusan merupakan contoh terbaik dalam KS. Kesemua kemahiran ini terdapat dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan. Kaedah inkuiri penemuan mengalakkan murid menyiasat sesuatu kejadian secara

bersistematik dan saintifik. Aktiviti mengumpul data contohnya bukan sahaja

14 memberikan peluang murid melakukan sains tetapi dapat meningkatkan kefahaman berkenaan eksperimen yang sedang dilaksanakan. Contohnya, murid diminta merekodkan masa yang diperlukan untuk beberapa helai kain kering. Pembolehubah yang dimalarkan ialah jenis kain dan saiz kain. Pembolehubah yang dimanipulasikan ialah luas permukaan kain yang terdedah kepada udara dan pembolehubah bergerak balas ialah masa untuk kain kering. Murid dapat membuat andaian tentang hubungan luas permukaaan dengan kadar air menyejat setelah mengumpul data mengenai masa untuk air tersejat. Roth, Masciota dan Bowen menyatakan aktiviti yang mengabungkan matematik (untuk tujuan mencerap maklumat) dan sains bukan sahaja menarik kerana murid mengumpul maklumat mereka sendiri malah dapat menerapkan kefahaman yang mendalam terhadap pengetahuan berdasarkan pengalaman yang merupakan asas kepada KS.

the integration of mathematics and science school activities may not only be interesting because children collect their own data, but may be essential for developing a thick layer of experiential knowledge that underlies much of scientifics understanding.

(Roth, Masciota & Bowen, 1998:20)

Peka Sains Tambahan menetapkan pentaksiran kemahiran mengumpul dan merekod data berdasarkan kepada petunjuk prestasi (PP). PP1- Menbina jadual dan melukis graf dengan ciri-ciri berikut: Jadual (1) Tajuk lajur dan unit (2) Melengkapkan lima bacaan pemboleh ubah manipulasi dengan bilangan titik perpuluhan yang betul. (3) Merekod lima bacaan pemboleh ubah bergerak balas dengan bilangan titik perpuluhan yang betul. Graf (1) Tajuk graf. (2) Label paksi-x sebagai pemboleh ubah manipulasi dan paksi-y pemboleh ubah bergerak balas berserta unit. (3) Skala seragam dan sesuai.

15 (4) Pemindahan sekurang-kurangnya 4 titik dari jadual. (5) Bentuk graf yang sesuai dengan eksperimen dan garis licin. (6) Saiz graf sekurang-kurangnya 50% daripada saiz kertas graf. Atau Merekod pemerhatian / keputusan bagi eksperimen bukan penyiasatan saintifik dengan ciri: (1) Merekod ukuran kepada bilangan titik perpuluhan yang sepadan mengikut ketepatan alat pengukuran / merekod keputusan. (2) Merekod ulangan pemerhatian dengan situasi yang berbeza jika ada. (3) Dapat merekod kepelbagaian maklumat yang relevan. (4) Maklumat yang direkod dan dikumpul dengan tepat dan jelas. Dapat mengumpul sebahagian data / maklumat kajian secara sistematik. Jadual bagi penyiasatan saintifik menandungi sekurangkurangnya dua ciri. Graf mengandungi sekurang-kurangnya tiga ciri. Bagi bukan penyiasatan saintifik mengandungi dua ciri kurang tepat. Mempamirkan idea mengumpul maklumat dalam jadual dan melukis graf atau mengumpul maklumat. (Panduan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA Sains Tambahan), 2004:19)

Berdasarkan PEKA, kebolehan membina jadual dan melukis graf merupakan satu-satunya PP untuk kemahiran mengumpul dan merekod data. PP1 memerlukan murid mahir dalam pengurusan bentuk jadual dan persembahan maklumat dalam bentuk graf. Contohnya dalam eksperimen mencari takat lebur dan takat didih air. Murid diminta membuat jadual yang mempunyai tajuk lajur dan unit. Murid perlu melengkapkan sekurang-kurangnya lima bacaan pembolehubah dimanipulasi (masa dalam minit) dengan bilangan titik perpuluhan yang betul. Murid perlu merekodkan sekurang-kurangnya lima bacaan pembolehubah bergerak balas (suhu dalam Celcius) dengan bilangan titik perpuluhan yang betul. Kemudian murid perlu melukis graf yang mempunyai tajuk, melabel paksi-x sebagai masa dalam minit dan paksi-y suhu

16 dalam Celsius. Skala yang digunakan haruslah seragam dan sesuai contohnya setiap 1 cm mewakili 10C. Sekurang-kurangnya 4 titik dari jadual perlu dipindahkan ke graf dan hanya 1 data yang boleh diabaikan kerana outlier. Graf yang terbentuk sesuai dengan eksperimen takat lebur dan takat didih air dan bergaris licin. Murid perlu melukis mengunakan sekurang-kurangnya separuh kertas graf.

2.2

Kemahiran Mentafsir Data

Inquiry labs, as opposed to traditional cookbook labs, help students learn and understand the intellectual processes and skills of scientists, and the nature of scientific inquiry. Inquiry labs are driven by questions requiring ongoing intellectual engagement, require the use higher-order thinking skills, focus students attention on collecting and interpreting data, and help them discover new concepts, principles, or laws through the creation and control their own experiments. (Wenning, 2005:32)

Wenning menyatakan makmal (kaedah inkuiri sains) berbeza dengan makmal buku masakan. Makmal inkuiri membantu pelajar belajar dan memahami proses intelektual, kemahiran saintis dan sifat penyiasatan saintifik. Makmal inkuikri dipacu oleh soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi, mengembling daya tumpuan murid dalam mengumpul data dan mentafsir data, membantu menemukan konsep, prinsip atau hukum baru melalui perlaksanaan dan kawalan eksperimen mereka sendiri. Contohnya eksperimen berkaitan fotosintesis. Murid perlu mereka bentuk eksperimen mereka sendiri. Murid perlu menetapkan objektif eksperimen, tatacara eksperimen, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat, cara mengumpul serta merekod data, mentafsir data dan sebagainya. Apabila murid melaksanakan sendiri penyelidikan maka mereka belajar secara aktif dan tahap kefahaman terhadap konsep fotosintesis turut meningkat.

17 PEKA Sains Tambahan menggolongkan kemahiran mentafsir data bersama kemahiran membuat kesimpulan. Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan boleh dinilai berdasarkan 3 petunjuk prestasi (PP). PP1-Dapat menyatakan bentuk graf yang dilukis; atau menyatakan pembolehubah bergerak balas dipengaruhi oleh pembolehubah dimanipulasikan (contoh: Graf garis luris melalui asalan

dihasilkan; atau Tempoh ayunan dipengaruhi oleh panjang bandul). Atau Dapat membuat pernyataan khusus dari jadual (contoh: Plumbum bromida dan kalium iodida dalam keadaan pepejal tidak mengkonduksi arus tetapi dalam keadaan leburan boleh. Naftalena dalam keadaan pepejal tidak mengkonduksi arus.) Atau Dapat membuat perhitungan dengan menunjukkan cara kerja (contoh: menghitung muatan haba tentu). PP2-Dapat menyatakan kesimpulan bagi eksperimen berdasarkan maklumat dari jadual dan graf. PP3 -Dapat menyatakan cadangan langkah untuk membaiki keputusan eksperimen ( contoh: ladung disesar pada amplitud kecil). Dapat menguasai sekurang-kurangnya dua petunjuk prestasi dengan tepat. Dapat menguasai sekurang-kurangnya satu petunjuk prestasi. (Panduan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA Sains Tambahan), 2004:21)

Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan mempunyai 3 PP. PP1 berkait rapat dengan kemahiran mentafsir data. Dalam PP1 murid dapat menjelaskan bentuk graf yang telah dilukis seperti graf garis lurus atau graf eksponential. Murid dapat mememperkatakan pengaruh pembolehubah gerak balas dipengaruhi oleh pembolehubah manipulasi seperti dalam Hukum Hook, semakin banyak beban pada spring (pembolehubah manipulasi), semakin banyak pemanjangan spring

(pembolehubah gerak balas) . Murid perlu menyatakan fakta dari jadual contohnya air limau dan air garam merupakan konduktor elektrik yang baik, manakala air gula

18 bukan konduktor elektrik yang baik. Murid dapat membuat kiraan dengan menunjukkan jalan kerja seperti mengira voltan elektrik menggunakan arus dan rintangan elektrik.

2.3

Kajian Dalam Negara

Lay (2001) telah menjalankan kajian berbentuk tinjauan. Terdapat dua alat kajian iaitu Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) dan soal selidik. Alat kajian UKPSB mengandungi 36 item aneka pilihan dengan 4 pilihan untuk setiap item. Alat kajian yang kedua ialah soal selidik profil guru sains sekolah rendah. Seramai 145 guru yang mengajar mata pelajaran sains di 45 buah sekolah rendah kebangsaan terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan Cronbachs alpha ialah .85. Lay (2001) mendapati tahap pencapaian kemahiran proses bersepadu dalam kalangan guru sains sekolah rendah agak rendah malah terdapat perbezaan yang amat ketara dalam pencapaian kemahiran proses sains bersepadu antara guru sains. Kemahiran melukis graf dan mentafsir maklumat mempunyai peratus kekerapan penguasaan yang paling rendah. Dapatan kajian tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam pencapaian keseluruhan KPS mengikut jantina. Mohd Isa (1999) telah menjalankan kajian berbentuk tinjauan ke atas guru pelatih semester 3 pengkhususan sains dan pengkhususan matematik di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Kajian ini telah melibatkan seramai 113 orang guru pelatih semester tiga pada tahun 1999. Seramai 61 peserta kajian adalah lelaki. Pemboleh ubah dalam kajian ini ialah keturunan, jantina dan pengajian. Alat kajian ialah Ujian Kemahiran Proses Bersepadu (TIPS) yang merangkumi lima aspek KPS iaitu menganalisis pemboleh ubah, mengenali dan menyatakan hipotisis, penerangan operasi, merekabentuk penyelidikan dan membuat graf serta menganalisis data. TIPS I mempunyai kebolehpercayaan Cronbach Alpha .89. Kajian ini mendapati hanya 8.8% peserta kajian menguasai sepenuhnya aspek membuat graf dan menganalisis data. Seramai 34.4% peserta kajian memperolehi skor di bawah min.

19 2.4 Kajian Luar Negara

Kajian luar negara terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, kajian berkaitan kemahiran mengumpul data dan mentafsir data. Kedua, kajian berkaitan KPS secara umum. Kajian yang dilaksanakan oleh Bowen dan Roth merupakan kajian terhadap kedua-dua KPS yang dikaji oleh penyelidik. Manakala kajian yang dilaksanakan oleh Downing, Foulds dan Rowe merupakan kajian yang menyentuh keseluruhan kemahiran dalam KPS.

Bowen dan Roth telah mengadakan kajian pada tahun 1999 yang bertajuk Do-able question, Covariation and Graphical Reperesentation: Do We Adequately Prepare Preservice Science Teachers To Teach Inquiry?. Kajian ini meninjau cara guru (dan bakal guru) mentafsir data dan mengumpul data. Terdapat 3 kaedah dalam penyiasatan ini. Kaedah pertama memerlukan peserta kajian mentafsir sekumpulan data mentah yang dipersembahkan dalam satu kawasan kajian (Lost and Field Notebook). Eksperimen ini memerlukan penyisatan untuk mencari kaitan antara data rawak dan mengandungi satu maklumat outlier. Kedua, peserta kajian diminta

mentafsir graf sebenar yang telah diubahsuai untuk eksperimen Plant distribution. Ketiga, peserta kajian diminta merangka penyiasatan, mengumpul data, mengolah data dan mentafsir data mereka sendiri. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang guru sekolah rendah dan 25 orang guru sekolah menengah 4 orang guru pembimbing sains (Practising Science Instuctor) dan 15 orang saintis. Guru sekolah rendah merupakan pelajar tahun akhir di beberapa buah university di Western Canada. Tujuh orang peserta kajian ialah perempuan dan 9 daripada peserta kajian mempunyai CGPA melepasi purata. Guru sekolah menengah merupakan pelajar Kursus Persedian Guru Sekolah Menengah di beberapa buah university di Western Canada. Kesemua guru ini telah memperolehi ijazah sarjana muda. Sepuluh daripada 25 orang perserta kajian merupakan lelaki. Dua orang daripada 4 guru pembimbing sains merupakan guru di sekolah menengah dan selebihnya mengajar di universiti. Perserta kajian dari kumpulan saintis mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun menjalankan penyelidikan. Maklumat yang diperolehi dalam bentuk rakaman video dan jawapan bertulis daripada peserta kajian. Rangka kerja kajian mengambil kira komunikasi data secara gambaran dan tanda (simiotic) dan analisa intearaksi. Maklumat yang dicerap

20 telah dianalisis oleh para penyelidik secara individu dan berkumpulan. Kajian menyokong telahan penyelidik bahawa peserta kajian yang tidak menerapkan KPS dalam kehidupan seharian akan mengadaikan bahawa hubungan anatara

pembolehubah akan membentuk graf yang cantik dengan setiap titik terletak dalam garis lurus atau garis lengkung. Kajian ini mununjukkan peserta kajian cuba

memasukkan faktor lain untuk menghasilkan graf yang cantik jika graf yang terbentuk tidak memberikan gambaran yang sempurna hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak balas. Dapatan kedua dalam kajian ini ialah graf kadang kala memberikan tafsiran yang kabur tentang sesuatu kejadian. Perkara ini berlaku disebabkan peserta kajian terpaksa mentafsir data dari graf yang telah di permudahkan untuk menerangkan sesuatu kejadian. Begitu juga sebaliknya, sesuatu kejadian dipermudahkan untuk dipersembahkan dalam bentuk graf. Pengkaji telah merumuskan bahawa kebanyakan bakal guru tidak bersedia untuk mengajar KPS terutamanya kemahiran mentafsir data. Peserta kajian juga didapati menghadapi masalah melaksanakan dan merumuskan sesuatu penyiasatan.

Foulds dan Rowe telah menjalankan kajian bertajuk The Enhancement of Science Process Skills in Primary Teachers Education Students. Peserta kajian terdiri dari pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua di Edith Cowan University. Peserta kajian telah diberikan ujian berbentuk inkuiri penemuan berkaitan mentafsir data sebelum dan selepas sesi P&P sains. Hasil kajian mendapati penguasaan peserta kajian dalam KPS boleh ditingkatkan melalui pengalaman-pengalaman yang bersesuaian.

Downing, Jan E. et al. telah menjalankan kajian bertajuk Science Process Skills and Attitudeof Preservice Elementary Teachers. Kajian ini berkaitan KPS dan keterampilan guru sekolah rendah. Kajian ini berbentuk tinjauan melibatkan 46 bakal guru. Alat kajian yang digunakan ialah Test of Integrated Process Skills II (TIPS II) mempunyai kebolehpercayaan Cronbachs alpha .89 untuk menilai kefahaman KPS bakal guru. Alat kajian Science Attitude Scale (SAS) digunakan untuk menilai keterampilan peserta kajian terhadap sains. Kajian ini mengkaji hubungan antara tahap penguasaan KPS dan pandangan mereka terhadap sains. Kedua-dua sub-skala mempunyai korelasi yang signifikan.

21 2.5 Rumusan

Bab ini membincangkan tentang takrifan kemahiran mengumpul data dan merekod data yang diguna pakai dalam kajian ini. Terdapat dua kajian dalam negara yang dibincangkan iaitu kajian Lay dan Mohd Isa. Manakala kajian luar negara terdiri daripada tiga kajian iaitu kajian Bowen dan Roth, Foulds serta Rowe dan Downing.

BAB 3

PENGKAEDAHAN KAJIAN

3.0

Pendahuluan Bab ini membincangkan kaedah dalam melaksanakan kajian. Aspek yang

disentuh dalam bab ini meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian dijalankan, sampel kajian, alat kajian, kajian rintis, kaedah menganalisis data dan jangkamasa kajian.

3.1

Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah kajian tinjauan deskriptif.

Melalui kajian ini penyelidik dapat mengukur tahap kefahaman KPS peserta kajian. Azizi et al. (2007) menjelaskan bahawa tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan atau pun ciri populasi. Penyelidik memilih kaedah ini bersandarkan kepada tiga faktor. Pertama ialah kemudahan peserta kajian memberi maklum balas pada item-item ujian bagi tujuan perbandingan. Faktor kedua, dapatan kajian daripada sampel boleh mewakili populasi secara am. Faktor ketiga, alat kajian yang piawai membenarkan perbandingan antara populasi berbeza. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Kefahaman Mengumpul dan Mentafsir Data (UKMMD). Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap kefahaman pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir data. Pembolehubah bebas ialah jantina dan program. Pembolehubah yang dikawal ialah tahun pengajian pelajar SPN.

23 3.2 Tempat dan Sampel Kajian Kajian dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan 57 orang pelajar dari Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai, Johor Bahru.

3.3

Alat Kajian Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan UKMMD sebagai alat kajian.

Markat min dari UKMMD akan menentukan tahap kefahaman peserta kajian.

Jadual 3.1 : Hubungan antara markah min dengan tahap kefahaman Markat Min 80 -100 65 - 79 50 64 35 49 < 34 Tahap Kefahaman Sangat Baik Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah

Jadual 3.1 disesuaikan dari Buku Peraturan Akademik, Universiti Teknologi Malaysia 2004. Soalan-soalan dalam UKMMD dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi soalan mengenai jantina dan program pengajian peserta kajian. Pada bahagian B pula, peserta kajian akan diminta untuk

24 menjawab soalan-soalan berkaitan dengan perkara-perkara yang akan dikaji oleh penyelidik. Maklumat yang diperolehi akan dianalisis menggunakan tatacara statistik deskriptif. Markat min digunakan untuk mengukur kecenderungan data atau mengukur tahap kefahaman peserta kajian. Sisihan lazim digunakan untuk mengukur pembubaran data. Manakala jarak (range) digunakan untuk mengukur kepelbagaian ataupun varian antara markat tertinggi dan markat terendah. Mod juga dicari untuk mendapatkan kecenderungan data (Azizi et al., 2007).

3.4

Kajian Rintis Kajian rintis dilakukan untuk menilai kesesuaian item-item UKMMD yang

disediakan. Faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian alat kajian ialah kesahan item. Penyelidik terlebih dahulu mendapatkan nasihat pakar dalam bidang KPS untuk mendapatkan kesahan isi soalan-soalan. Jenis kesahan yang paling penting adalah kesahan isi, yang dapat dinilai dengan meminta kerjasama daripada pakar dalam bidang yang dikaji bagi memeriksa ketepatan dasn kesahan set soal selidik yang disediakan (Azizi et al., 2007). Kajian rintis dilakukan dengan menggunakan UKMMD terhadap 5 orang peserta kajian dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian rintis mendapati darjah kebolehpercayaan UKMMD ialah = .89.

3.5

Analisis Dapatan Kajian Pemprosesan data yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan

maklumat yang berguna daripada data yang diperolehi dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan markat min dan sisihan lazim untuk setiap pemboleh ubah Analisis data bagi kajian rintis dan kajian sebenar dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil analisa data akan

25 mengambil kira markat min dan sisihan lazim kedua-dua kemahiran untuk mendapatkan tahap kefahaman peserta kajian.

3.6

Rumusan Bab ini telah menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan

kajian. Tatacara-tatacara yang dirancang dalam bab ini akan dapat memudahkan pengkaji untuk melaksanakan kajian dan seterusnya memberikan panduan kepada pengkaji untuk menyelesaikan kajian ini.

Вам также может понравиться