Вы находитесь на странице: 1из 15

DEMOKRASI DI MALAYSIA 1.

0 Pendahuluan Demokrasi adalah suatu bentuk pemerintahan politik yang kekuasaan pemerintahannya berasal dari rakyat, baik secara langsung (demokrasi langsung) atau melalui perwakilan (demokrasi perwakilan). Istilah ini berasal dari bahasa Yunani (dmokrata) "kekuasaan rakyat", yang dibentuk dari kata (dmos) "rakyat" dan (Kratos) "kekuasaan", merujuk pada sistem politik yang muncul pada pertengahan abadke-5 dan ke-4 Sebelum Masihi di negara kota Yunani Kuno, khususnya Athena, menyusul revolusi rakyat pada tahun 508 SM. Istilah demokrasi diperkenalkan pertama kali oleh Aristoteles sebagai suatu bentuk pemerintahan, iaitu pemerintahan yang menggariskan bahwa kekuasaan berada di tangan orang kebanyakan (rakyat). Abraham Lincoln dalam pidato Gettysburgnya mendefinisikan demokrasi sebagai "pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat".Hal ini berarti kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi ada di tangan rakyat dan rakyat mempunyai hak, kesempatan dan suara yang sama di dalam mengatur satu sistem pemerintahan. Melalui demokrasi, keputusan yang diambil berdasarkan suara majoriti. Demokrasi terbentuk menjadi suatu sistem pemerintahan sebagai respon kepada masyarakat umum di Athena yang ingin menyuarakan pendapat mereka. Dengan adanya sistem demokrasi, kekuasaan mutlak satu pihak melalui kediktatoran dapat dihindari. Demokrasi memberikan kebebasan berpendapat bagi rakyat, namun pada masa awal terbentuknya tidak semua orang dapat mengemukakan pendapat mereka melainkan hanya kaum lelaki sahaja. Sementara itu, wanita, kanak kanak , orang asing dan penduduk yang orang tuanya bukan orang Athena tidak memiliki hak sebegini.

Perkara yang ingin disampaikan dalam tulisan ini lebih kepada sistem demokrasi di Malaysia. Apa yang boleh di kupas adalah keunikan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia sejak Kemerdekaan pada tahun 1957. 2.0 Bentuk-Bentuk Demokrasi Secara umum terdapat dua bentuk demokrasi yaitu demokrasi langsung dan demokrasi perwakilan. 1. Demokrasi langsung Demokrasi langsung merupakan suatu bentuk demokrasi dimana setiap rakyat memberikan suara atau pendapat dalam menentukan suatu keputusan. Dalam sistem ini, setiap rakyat mewakili dirinya sendiri dalam memilih suatu kelebihan sehingga mereka memiliki pengaruh langsung terhadap keadaan politik yang terjadi. Sistem demokrasi langsung digunakan pada masa awal terbentuknya demokrasi di Athena, di mana ketika itu terdapat suatu permasalahan yang harus diselesaikan, seluruh rakyat akan berkumpul untuk membahasnya. Di era moden sistem ini tidak dipraktikkan kerana secara umumnya populasi suatu negara adalah cukup besar dan mengumpulkan seluruh rakyat dalam satu forum merupakan perkara yang agak mustahil. Selain daripada itu, sistem ini menuntut penyertaan yang tinggi dari rakyat, sedangkan rakyat moden lebih cenderung untuk tidak mempelajari semua permasalahan politik Negara. 2. Demokrasi Perwakilan Dalam demokrasi perwakilan, seluruh rakyat memilih perwakilan melalui pemilihan umum untuk menyampaikan pendapat dan mengambil keputusan bagi mereka. Hampir keseluruhan Negara mengamalkan demokrasi sebegini. Dalam konteks ini wujudnya instrument (alat) yang menjadi medium kepada pembentukan sesebuah kerajaan iaitu parti politik. Melalui

parti ini aka nada calon calon yang dilantik dan rakyat akan memilih calon calon yang telah dipilih dalam sesuatu parti yang bertanding dalam pilihanraya. 3.0 Asas demokrasi 1.Gagasan utama atau gagasan dasar suatu pemerintahan demokrasi adalah pengakuan bahawa manusia, pada dasarnya manusia mempunyai kemampuan yang sama dalam hubungan sosial. Berdasarkan gagasan dasar tersebut terdapat dua asas pokok demokrasi. 2.Pengakuan penyertaan rakyat dalam pemerintahan, misalnya pemilihan wakil-wakil rakyat untuk lembaga perwakilan rakyat secara langsung, umum, bebas, dan rahasia serta jujur dan adil; dan juga pengakuan hakikat dan martabat manusia, misalnya adanya tindakan pemerintah untuk melindungihak-hak asasi manusia demi kepentingan bersama. 4.0 Demokrasi Berparlemen Dalam sistem berparlimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen.Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum, yang selalunya diadakansekurang-kurangnya lima tahun sekali. Parlimen (legislature) ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara. Tugasnya ialah menggubal undangundang dan dasardasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat. Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu dua dewan. Pertama, dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahli-ahlinyadilantik oleh ketua negara: atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Britain, India dan Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini. Singapura, Denmark dan Sweden mempunyai hanya satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh pengundi.

Partai atau gabungan partai-partai yang mempunyai majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan undang - undang untuk perbahasan dan dan keputusan. Ahli - ahli parlimen biasa, termasuk pembangkang, boleh juga membentangkan undang-undang tetapi memerintah. Rang undang-undang ini lazimnya ini oleh dilakukan oleh parti Setiap yang

diteliti

parlimen.

rang undang-

undang melalui tiga tahap bacaan pertama, di mana rang undang-undang tersebut diedarkan kepada ahli-ahli parlimen; bacan kedua, di mana perbahsan umum diadakan; dan bacaan ketiga, di mana rang undang-undangitu dikaji fasal demi fasal. Selepas diluluskan oleh dewan rakyat, rang undang-undang tersebut akan dikemukakan di dewan kedua pula, (dipanggil senat, dewan negara dan sebagainya) iaitu bagi parlimen yang mempunyai dua dewan. Di senat perbincangan juga diadakan di tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh senat rang undang-undang itu dikemukakan kepada ketuanegara-raja atau presiden untuk ditandatangani. Selepas

ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai rang undang-undang. Oleh kerana kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar, sama ada dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka kabinet yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar itu. Tetapi menterimenteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai kementerian-kementerianyang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh

parlimen. Sebagai contoh, menteri pengangkutan bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasar- dasar pengangkutan, beliau juga yang menyelia dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawai- pegawai kerajaan (atau birokrasi).Menteri-menteri dan birokrasi (pentadbiran) kedua-

duanya bertanggungjawab melaksana. Badan perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam. Legislature (perundangan) dan eksekutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungan sangat rapat.Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu fusion of power ataupun satu percantuman kuasa Justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semangat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal. Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab memastikan bahawaundang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan kehakiman (judiciary). Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalam sistem yang pertama itu kurang kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden. Badan kehakiman di negara-negara demokrasi berpresiden seperti Amerika Syarikat lebih bebas dan berkuasa jika dibandingkan di negaranegara demokrasi berpresiden seperti England, Jerman Barat dan Kanada. Mengikut teori demokrasi, badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan politik.Hakimhakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak boleh disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat

dan syaratsyarat perkhidmatan mereka adalah di bawah jagaan satau Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri. Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi. Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaanya. Kebebasan kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik itu. 5.0 Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia Malaysia adalah Negara yang mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan. Gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri .Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang perundangan tertentu. Setiap peringkat mempunyai kedudukan yangg seimbang.Kerajaan Pusat mempunyai kuasa sepenuhnya dalam hal ehwal luar negara dan hal umum. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal dalam negeri seperti tanah, hutan, dan pentadbiran negeri Tiada pihak yang mempunyai kuasa menindas terhadap pihak yang lain.Contoh Negara lain yang mengamalkan sistem kerajaan ini ialah Amerika Syarikat, Brazil, Australia dan India. Gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.Kerajaan Pusat berkuasa untuk membatalkan undang-undang yg diluluskan oleh Kerajaan Negari. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem

ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negerinegeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Rajaraja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Agama Islam baginegeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan

menjalankan tugas-tugasdibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atauKetua-ketua Menteri.

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua hari atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah

menetapkansekurang-kurangnya 28

sebelum

permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-

tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa. Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakilwakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya. 6.0 Demokrasi Berparlimen Mengikut Perlembagaan Malaysia. Mengikut Perlembagaan Parlimen ialah badan perundangan bagi Malaysia yang terdiri daripada tiga unsur iaitu Yang di Pertuan Agong dan dua majlis Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat (Perkara 44). Walaupun Yang di Pertuan Agong adalah satu unsur daripada

Parlimen, baginda tidak menghadiri sidang biasa Parlimen. Baginda hanya hadir untuk majlis pembukaan penggal baru Parlimen yang biasanya di awal tahun, ketika kedua-dua dewan mengadakan sidang bersama yang turut dihadiri para tetamu kehomat seperti duta asing, hakim dan lain-lain. Dalam sidang ini baginda akan menyampaikan titah di raja menjelaskan dasardasar kerajaan secara menyeluruh. Walaupun begitu, baginda memainkan peranan penting dalam perjalanan Parlimen sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan. Pekara 66(1) menjelaskan sesuatu rangundang-undang itu perlu mendapat perkenan baginda sebelum diluluskan oleh Parlimen untuk menjadi undangundang. Perkara 55 pula memberi kuasa kepada baginda untuk memanggil, memprorogasi dan membubarkan Parlimen. Walaupun begitu, dalam semua perkara ini baginda bertindak mengikut nasihat, kecuali nasihat Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen. Dalam hal membubarkan Parlimen, baginda mempunyai budi bicara sendiri sama ada membubarkan ataupun tidak (Perkara 40(2)(b). Dewan Negara pula mempunyai 69 anggota termasuk yang dipilih dan yang dilantik dan terdiri daripada tiga kumpulan, (Perkara 45(1) iaitu (a)anggota yang dipilih oleh tiap-tiap Dewan Negeri dan bilangannya ialah dua orang bagi tiap-tiap buah negeri; (b)dua orang yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong untuk mewakili Kuala Lumpur dan seorang untuk mewakili Labuan; dan (c)anggota yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dan bilangannya seramai empat puluh orang. Anggota-anggota Dewan Negara ini akan berbincang dan menghalusi rang undangundang daripada Dewan Rakyat mengenai perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Oleh sebab anggota Dewan Rakyat biasanya dipilih untuk mewakili golongan majoriti, maka Dewan Negara diadakan supaya mewakili negeri-negeri dan pihak-pihak berkepentingan awam yang lain. Ini menjadikan Parlimen itu betul-betul mewakili semua pihak (trully representative) (Salleh Abas, 1997). Anggota yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong terdiri daripada mereka yang telah membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam, atau orang yang ternama dalam profesyennya atau dalam lapangan perniagaan, perusahaan, pertanian, seni atau kebajikan awam, atau orang yang mewakili sesuatu kaum yang kecil atau orang yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli (Perkara 45(2). Tempoh sepenggal di Dewan Negara bagi tiap-tiap anggota ialah tiga tahun. Pembubaran Parlimen tidaklah menjejaskan tempoh keanggotaan mereka (Perkara 45(2)). Walau bagaimanapun, jika anggota itu dilantik kerana menggantikan seorang yang mati atau berhenti, maka tempoh jawatan itu selama tempoh baki itu sahaja.Seseorang anggota Dewan Negara boleh meletakkan jawatan dengan menulis sepucuk surat kepada Yang Dipertua Dewan (Perkara 51). Kerusinya juga boleh diisytiharkan kosong jika dia tidak hadir dalam mesyuarat Dewan Negara selama enam bulan tanpa mendapat izin daripada Dewan (Perkara 52). Jika dia tidak mengambil tempatnya dalam tempoh yang ditetapkan oleh Dewan, keanggotaannya akan lucut dengan sendirinya (Perkara 59(2). Jika berlaku kekosongan dalam Dewan Negara, maka tempat yang kosong itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu mengikut Perkara 54.

Perlembagaan telah mengadakan satu peruntukan memberikan kuasa kepada Parlimen mengadakan undang-undang berkenaan keanggotaan Dewan Negara ini sama ada (Perkara 45(4): (a)untuk menambahkan bilangan anggota yang dipilih oleh negeri (b)untuk mengubah cara pemilihan anggota-anggota itu supaya tiap-tiap wakil yang dipilih oleh negeri hendaklah dipilih melalui undi orang ramai; dan (c)untuk mengurangkan bilangan anggota yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atau untuk dihapuskan semua sekali. Melalui peruntukan ini, nampaknya para penggubal Perlembagaan mengharapkan supaya pada satu masa kelak semua anggota Dewan Negara ini terdiri daripada anggota yang dilantik menerusi undian orang ramai (Salleh Abas, 1997). Jika Perkara 45(4)(b) hendak dilaksanakan, Perkara 120 telah menetapkan cara-caranya iaitu: (a)seluruh sesuatu Negeri hendaklah menjadi satu bahagian pilihan raya dan dalam sesuatu pilihan raya bagi Dewan Negara tiap-tiap seorang pemilih hendaklah mempunyai undi sebanyak bilangan kerusi yang hendak dipenuhi dalam pilihan raya itu; dan (b)daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya Dewan Rakyat hendaklah juga digunakan menjadidaftar-daftar pemilih untuk pilihan raya Dewan Negara; dan (c)Perkara 118, 118A dan 119 hendaklah dipakai bagi pilihan raya Dewan Negara sebagaimana Perkara-perkara itu dipakai bagi pilihan raya Dewan Rakyat. Dewan Rakyat pula terdiri daripada 193 anggota yang terdiri daripada anggota dari negerinegeri di Malaysia seperti berikut; (a) Johor 20 orang

(b) Kedah 15 orang (c) Kelantan 14 orang (d) Melaka 5 orang (e) Negeri Sembilan 7 orang (f) Pahang 11 orang (g) Pulau Pinang 12 orang (h) Perak 23 orang (i) Perlis 3 orang (j) Sabah 21 orang (k) Sarawak 26 orang (l) Selangor 17 orang (m) Terengganu 8 orang (n) Kuala Lumpur 10 orang (o) Labuan 1 orang Tempoh perkhidmatan seseorang anggota di Dewan Rakyat adalah selama lima tahun jika Parlimen berterusan tidak dibubarkan oleh Yang di Pertuan Agong terlebih dahulu. Apabila dibubarkan, satu pilihan raya baru akan diadakan bagi membolehkan anggota yang baru dipilih. Walau bagaimanapun anggota Dewan Rakyat boleh berhenti (Perkara 52) dengan menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Dia juga dikira berhenti jika hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat (Perkara50) atau jika tidak hadir menyuarat Dewan Rakyat berterusan selama enam bulan (Perkara 52). Keanggotaannya juga hilang jika beliau tidak mengambil tempatnya selama enam bulan dari Dewan mula-mula bersidang selepas pilihan raya (Perkara 59(2). Perkara 59(1)

menetapkan supayatiap-tiap anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah taat setia kepada Negara Malaysia dan Perlembagaan Malaysia sebelum sah menjadi anggota Dewan. Dewan Rakyat hendaklah mempunyai seorang Yang Dipertua dan seorang Timbalan Yang Dipertua. Dewan hanya boleh membincangkan hal-hal lain setelah yang Dipertua dilantik. Ini bermakna urusan pertama Dewan ialah melantik Yang Dipertua Dewan. Yang Dipertua Dewan Rakyat bolehlah dilantik dari kalangan anggotanya sendiri ataupun boleh juga dari kalangan bukan anggotanya yang mempunyai kelayakan. (Perkara 57(1)(a). Jika Yang Dipertua itu dipilih bukan dari kalangan anggota Dewan Rakyat, beliau hendaklah terlebih dahulu mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia dan

Perlembagaannya. Walaupun telah menjadi Yang Dipertua Dewan, beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri, menteri, timbalan menteri, atau setiausaha kementerian. Begitu juga beliau tidak mempunyai hak untuk mengundi terhadap segala perkara yang dibahaskan di Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan menghantar surat kepada Setiausaha Dewan (Perkara 57(4) dan jawatannya terhenti jika: (a)apabila Dewan Rakyat mengadakan mesyuarat yang pertama kali selepas pilihan raya umum; (b)apabila beliau telah berhenti menjadi anggota Dewan Rakyat atau telah hilang kelayakan menjadi nggota Dewan Rakyat; dan (c)jika Dewan Rakyat sendiri berkehendakkan supaya beliau berhenti. Sekiranya Yang Dipertua Dewan tidak hadir, tugasnya akan digantikan oleh Timbalan Yang Dipertua, dan jika Timbalannya juga tidak hadir maka tugas mempengerusikan Dewan

itu dilakukan oleh seorang yang dipilih memangkunya mengikut peraturan Dewan itu sendiri. (Perkara 57(3). Parlimen negara kita tidak mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Malaysia mempunyai Perlembagaan yang bertulis. Parlimen memperolehi kuasanya daripada Perlembagaan yang bertulis itu. Perlembagaan membahagikan kuasa perundangan kepada persekutuan dan negeri. (Jadual kesembilan) Oleh yang demikian Parlimen hanya membuat undang-

undang sebagaimana yang diperuntukkan sahaja. Di luar bidang kuasanya, Parlimen tidak berkuasa lagi. Mahkamah walaupun boleh membatalkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan boleh mentafsir Perlembagaan, tidaklah tertinggi, kerana bidangkuasanya turut ditentukan oleh Perlembagaan. Yang di Pertuan Agong, kerajaan yang memerintah, Perdana Menteri, polis dan tentera walaupun mempunyai kuasa yang banyak, tidaklah tertinggi kerana kuasa yang mereka perolehi adalah ditentukan oleh Perlembagaan. Satu persoalan timbul, kalaulah benar Perlembagaan adalah tertinggi, bagaimana keadaannya yang membolehkan Parlimen mempunyai kuasa meminda Perlembagaan? Memang benar, Parlimen boleh meminda Perlembagaan tetapi kuasa itu ditentukan sendiri oleh Perlembagaan (Suffian Hashim, 1987). Terdapat juga satu peruntukan yang menjelaskan keutamaan Perlembagaan iaitu Perkara 4(1): Perlembagaan ini adalah undang - undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan

berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu. 7.0 Penutup

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kompleks yang mempunyai kepelbagaian kaum dan juga sensitiviti agama Islam yang sangat tinggi. Maka melalu kajian dan pemerhatian penulis, amat wajar untuk menilai semula ideologi politik demokrasi sosial dan pemikiran politik Islam untuk diadaptasi sebahagiannaya di dalam sistem demokrasi Malaysia Untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan atau dikatakan sebagai sebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan satu perkara yang mustahil.Ini kerana dalam pembentukan sebuah negara yang sedemikian memerlukan sebuah keadaan yang tidak berlaku penyalahgunaaan kuasa dan sikap tanggungjawab terhadap beban yang

dipertanggungjawabkan. Pada keseluruhannya, demokrasi pada masa ini hanya terletak pada pilihanraya yang diadakan an rakyat terlibat dalam menentukan pemerintahan. Faktor pilihanraya telah dijadikan sebagai lambing yang membuktikan sesebuah negara itu mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi walaupun pada hakikatnya tidak. Terdapat juga sistem pemerintahan lain seperti komunis yang mengadakan pilihanrayasemata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Ironinya, partisipasi politik rakyat di negara-negara komunis ketika membuang undi jauh lebih tinggin dari negara-negara demokrasi. Walaubagaimanapun, demokrasi tetap merupakan sistem pemerintahan yang terbaik dan masih mengekalkan hak-hak yang sama bagi setiap individu jika dibandingkan dengan sistem pemerintahan yang lain. Oleh itu pengekalan sistem ini adalah perlu untuk menjamin kejayaan sama ada di pihak pemerintah atau pihak yang diperintah.

Вам также может понравиться