Вы находитесь на странице: 1из 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

1 MEI 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

1.0

PENDAHULUAN

Otak yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Senaman dan aktiviti olahraga merupakan antara aktiviti yang boelh dijalankan untuk mendapatkan badan yang sihat dan seterusnya membina otak yang cerdas. Olahraga pula merupakan aktiviti-aktiviti yang menekankan penggunaan otot dan juga otak secara maksimum namun masih dalam pemantauan. Otot akan dilatih sebaiknya untuk menguji keupayaan otot kita. Pengujian boleh dijalankan dengan mengadakan pertandingan dan kejohanan olahraga. 2.0 RASIONAL

Kejohanan olahraga kali ini bertujuan untuk menyediakan guru pelatih sebelum ke sekolah nanti. Seperti yang semua sedia maklum, semua guru pelatih akan ke sekolah apabila selesai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan selama 5 tahun 6 bulan di IPG dan sukan tahunan wajib dijalankan si semua sekolah di Malaysia. Justeru itu, pengalaman di IPG boleh diaplikasikan di sekolah kelak.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Melahirkan masyarakat IPG yang mementingkan kesihatan tubuh badan. 3.2 Menyediakan guru pelatih ilmu pengurusan KOT sebelum ke sekolah kelak. 3.3 Merapatkan silaturahim warga IPG KSAH melalui sukan.

4.0

NAMA PROGRAM

Kejohana Olahraga Tahuna IPG Kampus Sultan Abd. Halim

5.0

SASARAN 5.1 Guru pelatih program persedian semester 2 dan 3 5.2 Guru pelatih PISMP semester 1 dan 3

6.0

BUTIRAN PROGRAM 6.1 Tarikh 6.3 Hari 6.3 Tempat 6.4 Masa : : : : 1 Mei 2013 Rabu Padang , IPG Kampus Sultan Abd. Halim 8.00 pagi 1.00 petang

7.0

AHLI JAWATANKUASA

(Lampiran 1)

8.0

TENTATIF PROGRAM

(Lampiran 2)

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

(Lampiran 3)

10.0

PENUTUP

Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan institut untuk melahirkan bakal guru yang akan menjadi pembimbing generasi akan datang. Oleh itu, guru yang berwibawa

seharusnya berupaya membawa diri dalam mana-mana situasi dan keadaan. Oleh itu, diharapkan jamuan ini dapat membentuk peribadi seorang guru yang baik dan pandai menghormati yang tua dan menyayangi yang muda. Disediakan oleh :

. ( NOR HIDAYAH ZAINI SAFAREN) Setiausaha Program

.. (TUAN HAJI IBRAHIM B. BAKAR)

LAMPIRAN 1

Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Pengajian Melayu, 2011.

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung

Tuan Haji Mustapha bin Abd Hamid Pengarah IPG Kampus Sultan Abd. Halim) Tuan Haji Ahmad Sobri bin Saad (Timb. Pengarah IPG Kampus Sultan Abd Halim)

Penasihat

Tuan Haji Ibrahim bin Bakar (Ketua Jabatan Pengajian Melayu)

Pengerusi Timb. Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Kerohanian Makanan

: : : :

Ahmad As Sauqay bin Mohamad Nor Atiqah binti Nor Azizan Nor Hidayah binti Zaini Safaren Nathasya Azalia binti Mior Aziz

: :

Mohd Faizal bin Karim Nor Qadariah binti Ishak Noor Hidayah binti Hassan

Aktiviti

Hidayatul Isma binti Sumadin Nor Amaliena binti Mohd Faudzi

Cenderamata

Muhammad Nur Hafiz bin Jumat Mohammad Zikri bin Yussof

Dokumentasi dan Jemputan Persiapan Pentas

Fatin Najia bt Zaharrudin Ezzat bin Bakri

Nor Wahida bt Arshad Nor Atikah bt Ahmad Izam bin A.Bakar

Peralatan

Muhammad Nazrul Firdaus bin Jelani Gopala Rao a/l Simanchalam

Kebersihan Pengacaraan Majlis

: :

Muhammad Hilmi Bin Adnan Muhammad Syuhail Azmin bin Omar Nur Liyana binti Rahmat

LAMPIRAN 2 Tentatif Program

Masa 8.00 malam

Aktiviti Ketibaan tetamu jemputan, pensyarah dan guru pelatih Major Pengajian Melayu

8.10 malam 8.20 malam 8.30 malam

Bacaan doa Ucapan Ketua Jabatan Pengajia Melayu Ucapan Pengarah IPG Kampus Sultan Abd. Halim

8.40 malam 8.50 malam 10.30 malam

Persembahan pembukaan. Jamuan serta persembahan. Tamat / bersurai.

LAMPIRAN 3 Senarai Makanan Bil. 1. Perkara Nasi tomato Ayam masak merah Acar timun Dalca 2. 3. 4. 5. 6. 7. Air oren / sirap Rendang , Ketupat, lemang Bihun sup Bekas Polistern Plastik Sampah Barang perhiasan RM 20.00 RM 100.00 RM 80.00 RM 20.00 RM 5.00 RM25.00 Kuantiti RM 350.00

8.

JUMLAH

RM 500.00

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KOMPLEKS SK WAWASAN, SUBANG JAYA, SELANGOR. 2009

JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS

Pengurus Kejohanan

Bertangungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan lancar

Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas

Penolong Pengurus Kejohanan Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan kejohanan

Setiausaha

Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran

Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan

Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program

Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan

Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan

Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat

Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat

Publisiti dan Buku Program Menyediakan buku program/cenderamata Mengedarkan buku program kepada setiap guru dan tetamu. Menyediakan kain rentang kejohanan Menyediakan senarai nama peserta Menyediakan senarai nama peserta

Perasmian dan Penutupan Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan. Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan (termasuk bacaan ikrar) Menguruskan pertandingan perbarisan. Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan yang mengambil bahagian. Membuat surat jemputan dif kehormat

Kepegawaian

Mengatur dan melatih pembantu padang. Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan dengan lancar

Teknikal

Menguruskan dan menyediakan semua alatan pertandingan untuk acara padang dan balapan.

Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan dengan lancar

Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut spesifikasi rasmi

Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan dalam pertandingan.

Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir kejohanan.

Hadiah dan Cenderamata Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata. Menghias meja hadiah Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah. Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Juruacara

Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara dan maklumat berkaitan

Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah

Jurugambar dan Dokumentasi Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir

Rekod dan Statistik

Menyelia papan markah (Score board) Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada pengacara atau pencatat

Menyelia markah dari sukantara

Penjaga Masa

Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua peserta yang bertanding

Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa

Penyelia Peserta

Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding.

Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian hadiah

Pengadil Lorong

Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan.

Memutuskan sebarang bantahan peserta Memastikan peserta berlari mengikut lorong Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan

Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia

Pelepas

Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang sedang dalam keadaan sedia

Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan Pengadil lorong sudah bersedia

Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh peserta sebelum memulakan pelepasan

Pelepas panggil balik

Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya dapat memerhati setiap peserta dengan jelas

Penolong pelepas

Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul dan memakai nombor

Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan masing-masing

Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan

permulaan Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta sudah bersedia

Hakim Penamat

Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan

Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod

Pencatat

Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi

Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya

Refri

Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara ketika kejohanan

Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan

Вам также может понравиться