Вы находитесь на странице: 1из 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT

SENI DALAM PENDIDIKAN ( WAJ 3107)

TAJUK CERITA: BERUK TUNGGAL

OPSYEN NAMA AHLI KUMPULAN EE LI CHING IZZUWAN BIN ISA LEW WOON XIANG SARSIKALA A/P T.SIVAM

: RBT 1 PISMP SEM 4 NO.I/C 921009-04-5106 921027-03-6393 920304-04-5091 921205-04-5322

Untuk Perhatian : Encik Johar Bin Jonid

Julai 2013

Watak dan Perwatakan Lew Woon Xiang sebagai Beruk Tunggal

Izzuwan bin Isa

sebagai

Raja

Ee Li Ching

sebagai

Perempuan Tua

Sarsikala a/p T. Sivam

sebagai

Puteri Bongsu

BERUK TUNGGAL Babak 1 (Muzik klasik Melayu: Rancak Bertemu) Pada zaman dahulu, terdapat sebuah istana yang terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu. Raja Puteri Bongsu : Di mana puteri bongsu wahai anak-anakku? : Ya ayahanada, anakanda di sini.

(Kesan bunyi: sungai mengalir) Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang Perempuan Tua yang bekerja sebagai petani. Perempuan Tua : Banyaknya hasil tanaman di negeri ini, bertuah saya jadi penduduknya. Babak 2 Perempuan Tua itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Perempuan Tua :Sungguh panas cuaca hari ni. Oh, di situ ada sungai bolehlah menumpang minum airnya. Segar rasanya. Selepas itu, dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal. Perempuan Tua Beruk Tunggal :Nak, oh nak mana kamu sekarang? :Saya di sini mak.

(Lagu bertemakan kasih sayang: Buat Mu Ibu)

Babak 3 (Kesan bunyi: angin) Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Beruk Tunggal Perempuan Tua : Mak, pergilah berehat sekejap, biar saya yang buat kerja ni. : Ya nak, nanti mak pergi berehat sekejap. (sambil batuk)

Pada tahun itu, padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia pergi mencari Raja Tikus. Babak 4 (Kesan bunyi: tikus) Apabila bertemu, Beruk Tunggal memberi amaran kepada Raja Tikus. Beruk Tunggal : Hey Raja Tikus, berani anak buah kau mencuri padi saya.

Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan. Raja Tikus : Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku, tolong maafkan hamba. Beruk Tunggal Raja Tikus : Sekarang !!!!! padi aku sudah habis, apa tindakan kamu? : Maaf tuanku, hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas sebagai gantian. Beruk Tunggal : Baik, aku terima pemberian itu!

Kemudian, semua tikus itu datang dan membawa butir emas ke pondok Beruk Tunggal seperti yang dijanjikan oleh Raja Tikus.

Babak 5 Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Beruk Tunggal Perempuan Tua :Mak, saya suka kepada puteri bongsu! :Kalau begitu anakku pagi-pagi esok emak pergi berjumpa dengan raja. (Di Istana) Raja Perempuan Tua : Ada apa hal kamu datang ke sini Perempuan Tua? : Ampun tuanku, tujuan patik datang ke sini adalah untuk meminang puteri raja atas permintaan anak saya. Raja Babak 6 Raja : Wahai anak-anak kesayanganku, pagi tadi Perempuan Tua yang tinggal di tebing sebelah istana datang dengan membawa satu hasrat agar salah seorang puteri dapat menjadi menantunya. Apa pandangan kamu Puteri Sulung : Apa kahwin dengan beruk? :Apa, kalau begitu akan aku sampaikan berita ni kepada ank-anaku

(Kesan bunyi: bunyi berbisik-bisik) Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal. Puteri Bongsu : Ayahanda, anakanda sudi.

Babak 7 Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Perempuan Tua : Nak, raja meminta sebentuk cincin berlian sebagai hantaran tetapi rumah kita miskin, mana kita nak cari. Beruk Tunggal : Baiklah, mak. Mak jangan risau saya akan fikirkan jalannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Beruk Tungal Raja Kayangan Beruk Tunggal : Anak ingin meminta pertolongan ayahanda. : Ya, anakku. Bagi tahulah apa-apa yang kamu inginkan. : Anakanda ingin meminta sebentuk cincin berlian sebagai hantaran kahwin kepada puteri raja. Raja Kayangan : Baiklah, malam nanti ayahanda akan menghantarnya.

Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal, menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana. Babak 8 Perempuan Tua Raja Perempuan Tua : Ampun tuanku! :Ha!! Kau lagi perempuan tua! :Inilah cincin berlian yang tuanku minta. Pilihlah sebentuk cincin yang sesuai. Raja : Apa?

Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal. Selepas itu, baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. (Muzik kahwin: Wedding Song) Babak 9 Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak. Beruk Tunggal : Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda. Puteri Bongsu : Baiklah, kekanda.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga, pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah. Akhirnya, Beruk Tunggal dan Puteri Bongsu hidup bahagia selamanya. (Kesan bunyi: tepuk tangan)

Вам также может понравиться