Вы находитесь на странице: 1из 6

Contoh soalan dan jawapan subjektif

Bahagian B : Soalan subjektif pendek ( 30 markah ) Soalan 1 Terangkan mengenai butir-butir (jenis kebakaran, bahan-bahan kebakaran dan bahan yang digunakan) bagi alat pemadam api mudah alih kelas C ( gunakan jadual dibawah untuk menjawab ) Kelas api C (3 Markah) Jawapan soalan 1 Kelas C Jenis Kebakaran Elektrik Bahan-bahan Papan suis, alat elektrik dan pengubah Bahan pemadam api yang digunakan Karbon dioksida Jenis kebakaran Bahan-bahan Bahan pemadam api yang digunakan

Soalan 2 Nyatakan 5 kaedah yang digunakan bagi mengurangkan nilai rintangan elektrod bumi? (5 Markah) Jawapan soalan 2 1. Mengisi arang batu di sekeliling elektrod bumi 2. Menabur serbuk / tahi besi 3. Memasang elektrod bumi ditempat yang lembap 4. Membuat lubang-lubang pada elektrod bumi 5. Memasang beberapa elektrod bumi secara selari di luar kawasan elektrod bumi tersebut 6. Memasang sambungan selari diantara elektrod dengan menggunakan jalur kepingan tembaga 7. Menanam bahan kimia seperti magnesium atau garam batu di sekeliling elektrod bumi 8. Menambah panjang atau luas muka keratan rentas elektrod Soalan 3 Nyatakan apakah langkah-langkah segera diambil jika berlakunya renjatan elektrik (5 Markah) Jawapan soalan 3 1. Putuskan bekalan dengan mematikan suis utama. Sekiranya punca bekalan jauh, penebat untuk memisahkan mangsa dengan punca bekalan. 2. Letakkan mangsa ditempat yang mempunyai peredaran udara yang baik dan selamat. 3. Longgarkan pakaiannya seperti tali leher, butang baju dan seluar. Tanggalkan benda-benda seperti gigi palsu, kasut, jam, cinc in, gelang rantai dan sebagainya daripada mangsa yang boleh menyekat perjalanan darah atau mengganggu proses pemulihan ini. 4. Buat bantuan kecemasan awal seperti CPR ( jika tahu ) 5. Meminta bantuan dan buat panggilan kecemasan

Soalan 4 Apakah alat perlindungan yang mesti ada pada penghidup motor yang digunakan untuk mengawal motor 0.5 h.p ke atas (3 markah) Jawapan soalan 4 1. Gelung tanpa voltan ( no volt coil ) 2. Pelindung beban lampau ( overlaod relay ) 3. Punat tekan mula dan henti Soalan 5 Berikan 3 jenis kerosakan yang biasakan berlakunya pada motor arus ulangalik (3 markah) Jawapan soalan 5 1. Motor tidak dapat dihidupkan semula 2. Motor berbunyi bising 3. Putaran motor tidak mencapai kelajuan sebenar 4. Motor menjadi panas beroperasi dan kemungkinan berasap 5. Pemutus litar terpelantik atau fius putus sebaik sahaja dihidupkan Soalan 6 Apakah tujuan senggaraan dilakukan terhadap pepasangan motor elektrik? (3 markah) Jawapan soalan 6 1. Untuk keselamatan pengguna dan pengendali mesin 2. Menghindar dari berlakunya kerosakan yang lebih teruk 3. Motor dapat beroperasi dengan kecekapan sebenar Soalan 7 Namakan ujian-ujian yang perlu dilakukan bagi sesuatu pepasangan siap, sebelum dan selepas bekalan diberikan oleh pihak berkuasa bekalan. Pengujian yang hendak dilakukan hendaklah mengikut turutan yang dikehendaki oleh IEE. ( 8 markah ) Jawapan soalan 7 Ujian sebelum bekalan dimasukkan 1. Ujian keterusan pengalir pelindung 2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang 3. Ujian penebatan 4. Ujian kekutuban 5. Ujian Rintangan Elektrod bumi

Bahagian C : Soalan subjektif panjang ( 40 markah ) Soalan 1 Sebuah rumah banglo 2 tingkat dengan bekalan 3 fasa 415V, 50Hz dan faktor kuasa 0.85 memerlukan pepasangan beban seperti di bawah; Tingkat Bawah i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. 1X loceng elekrik 16X 36 watt lampu pendaflour 5 X 60 watt lampu pijar 9 X 13A soket alir keluar (litar jejari) 6 X 80 watt kipas siling 2 X 2KK penyaman udara 1 X 1.5 KK penyaman udara 1 X 1.5KW pemasak elektrik 2 X 300 watt lampu air jenis segera 4 X300 watt lampu tumpu (spot light)

Tingkat atas. i. ii. iii. iv. v. vi. 8 X 36 watt lampu pendaflour 4 X 60 watt lampu pijar 5 X 13A soket alir keluar ( Litar jejari) 3 X 80 watt kipas siling 2 X1.55KK penyaman udara 2 X 1kW pemanas air jenis segera

A) Berpandukan kepada Jadual ketiga (peraturan 11) JADUAL B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, kirakan jumlah arus maksima dan jumlah arus anggaran bagi pekara-pekara diatas. ( 13 markah ) Jawapan soalan A Tingkat Bawah Bil Beban Arus Faktor Kepelbagaian Arus Skema Maksimum Minima Markah 1 16 36W lampu pendaflour 16 36 1.8 1036.8 4.32 66% 2.85A = = =4.32A

240

240

2 3

1 Unit loceng elektrik 5 60W lampu pijar =

3A 1.25A

diabaikan 66%

0 0.83A

5 60 300 = =1.25A 240 240

9 13A SSO ( jejari) 2 SSO bagi 1 litar = 5 20A = 100A = 20 + ( 80 0.4 ) = 52A 6 80W kipas siling =

100A

100% litar pertama 40% litar selebihnya

52A

6 80 480 = = 2.35A 240 0.85 204

2.35A

66%

1.55A

2 2 KK penyaman udara =

2 2 746 2984 = = 14.63 240 0.85 204

14.63A

Tiada faktor kepelbagaian Tiada faktor kepelbagaian

14.63A

1 1.5 KK penyaman udara =

1 1.5 746 1119 = = 5.48 240 0.85 204 5000 =20.83A 240

5.48A

5.48A

1 5kW pemasak elektrik = 20.83A 10A + 30% f.l + 5A ( 13A SSO ) 100% beban besar pertama 100% beban besar kedua 66% 18.25A

= 10 + ( 10.83 0.3 ) + 5 = 18.25A 2 1.5kW pemanas air jenis segera

6.25A 6.25A

2 1.5 1000 3000 = = = 12.5A 240 240


10 4 100W lampu tumpu

12.5A

4 300 1200 = = =5A 240 240

5A 169.36 56.45

3.3A 111.39A 37.13A

Jumlah arus tiga fasa Jumlah arus setiap fasa Saiz kabel utama Saiz MCCB Saiz PLBK utama Tingkat atas Bil Beban 1 8 36W lampu pendaflour = 2

25mm PVC/PVC 100A 100A/100mA

Arus Maksimum 2.16A

Faktor Kepelbagaian

Arus Minima 1.43A

Skema Markah

8 36 1.8 518.4 = = 2.16A 240 240 4 60 240 = = 1A 240 240

66%

4 60W lampu pijar =

1A

66%

0.66A

5 13A SSO ( jejari) 2 SSO bagi 1 litar = 3 20A = 60A = 20 + ( 40 0.4 ) = 36A 3 80W kipas siling =

60A

100% litar pertama 40% litar selebihnya

36A

3 80 240 = = 1.18A 240 0.85 204

1.18A

66%

0.78A

3 1.5 KK penyaman udara

3 1.5 746 3357 = = = 16.45A 240 0.85 204


2 1kW pemanas air jenis segera

16.45A

Tiada faktor kepelbagaian 100% beban besar pertama 100% beban besar kedua

16.45 4.17A 4.17A

2 1 1000 2000 = = = 8.33A 240 240

8.33A

Jumlah arus tiga fasa Jumlah arus sefasa Saiz Kabel MCCB Saiz PLBK Utama

89.12A 29.71A 16mm PVC/PVC 63A / 100mA

63.66A 21.22A

B) Lukiskan gambarajah skematik satu garisan yang menunjukkan alat-alat kawalan perlindungan dari fius perkhidmatan dan meter elektrik pemegang lesen ke litar akhir. Tunjuk dan berikan semua saiz alat kawalan, perlindungan dan kabel. (17 Markah) Jawapan soalan B

Soalan 2 En.Yaakub telah membuka sebuah bengkel membaiki kereta selama 5 tahun. Memandangkan perniagaanya semakin maju, En Yaakub berhasrat untuk membesarkan bengkelnya dan mengubah bekalan elektrik dari satu fasa ke tiga fasa. Huraikan mengikut Akta 447 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 serta pindaan-pindaan dibawahnya, tindakan yang harus diambil oleh En Yaakub sehingga bekalan elektrik di bengkelnya boleh diubah dari satu fasa kepada tiga fasa (10 Markah) Jawapan Soalan 2 i. Sek 24(2) Jika mana-mana orang yang mengkehendaki bekalan elektrik di bawah subjek (1) dia hendaklah memberi notis kepada pemegang lesen yang menyatakan a. Premis-pemis berkenaan dengan b. Hari bekalan itu hendak dimulakan c. Kuasa maksimum yang dikehendaki bila-bila masa d. Tempoh minimum yang selamanya bekalan dikehendaki diberikan ii. Sek 27 (1) jika apa-apa talian atau loji atau kelengkapan elektrik yang diadakan oleh pemegang lesen menurut Sek. 24 (1) pemegang lesen boleh mengkehendaki apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah dibayar oleh orang yang mengkehendaki bekalan elektrik pada apa-apa takat yang munasabah mengambil kira hal berkenaan. iii. Sek 28 (1) seorang pemegang lesen boleh mengkehendaki mana-mana orang yang mengkehendaki bekalan elektrik mengikut Sek 24 (1) untuk memberi kepadanya cagaran yang munsabah bagi semua wang kena dibayar kepadanya a. Berkenaan dengan bekalan elektrik atau b. Jika apa-apa talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik perlu diadakan di bawah sub-seksyen yang sama dengan mengadakan kemudahan sedemikian dan jika orang itu gagal memberi apa-apa cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh jika difikirkan patut menolak atau memberikan bekalan atau mengadakan bekalan talian atau loji atau kelengkapan elektrik sehingga cagaran diberikan iv. Peraturan 11 (1) tiada pendawaian atau pendawaian semula pepasangan atau tambahan pada pepasangan sedia ada boleh dijalankan oleh kontraktor elektrik atau unit pendawaian persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis dahulu dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan mengikut mana-mana yang berkenaan. Dengan syarat bahwa tiada kelulusan yang diperlukan bagi tambahan pada pendawaian yang sedia ada bagi pepasangan domestik jika jumlah arus yang digunakan pada satusatu masa oleh pepasangan itu disebabkan tambahan itu tidak melebihi permintaan arus maksimum seperti yang dipersetujui dalam kontrak bekalan antara pemunya dengan pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. v. Peraturan 12 (2) mana-mana pendawaian elektrik dalam pepasangan dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan mengikut mana-mana berkenaan hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan sekatan tiga fasa dan apabila siap pendawai itu hendaklah memperakukan penyeliaan dan penyiapan vi. Peraturan 14 (2) tiada pepasangan selain dalam peraturan 11 boleh menerima bekalan tenaga atau diberi bekalan tenaga oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sehingga perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan pengujian dikemukakan oleh pemunya atau pengurusan pemasanagan itu kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan mengikut mana-mana yang berkenaan.

Вам также может понравиться