Вы находитесь на странице: 1из 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahasa Melayu 1

1.2 Perkembangan Bahasa Melayu : 1.2.1 Bahasa Melayu Kuno Kumpulan 4


Ahli: Nur Amalina Salwa binti Rosli Nur Amira Aiza binti Mohd Johan Nurul Hafidzah binti Abd Halim Rafiza binti Darus

Penghijrahan manusia secara besar-besaran ke Kepulauan Melayu telah dilakukan oleh bangsa Austronesia dari Yunan. Datang dalam dua gelombang iaitu sekitar tahun 2500 Sebelum Masihi dan 1500 Sebelum Masihi.

Memiliki peradaban yang cukup baik. Memahami cara bertani,ilmu pelayaran dan ilmu astronomi. Memiliki sistem pemerintahan yang sederhana serta memiliki ketua pemimpin atau raja. Menggunakan bahasa Melayu purba.

CIRI-CIRI MANUSIA ZAMAN KUNO


Dibawa oleh pendatang-pendatang dari India. Mempunyai sistem pemerintahan yang lebih maju. Dewawarman merupakan orang pertama yang memperkenalkan pemerintahan berkerajaan. Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan wilayah kekuasaan di bawah Aki Tirem. Bahasa Melayu Purba ditukar menjadi Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangan pada zaman kerajaan Sriwijaya. Bahasa ini menjadi bahasa pentadbiran dan lingua franca,iaitu bahasa yang digunakan sebagai perantaraan atau bahasa perhubungan antara orang yang berlainan bahasa. Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu kuno pada zaman itu merangkumi kawasan Semenanjung Tanah Melayu,Kepulauan Riau dan Sumatera.

Bersifat sederhana dan fleksibel iaitu mudah menerima pengaruh luar. Tidak mementingkan perbezaan status dan taraf penggunaannya iaitu tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sistem dan struktur kata bahasa lebih mudah berbanding bahasa seumpamanya seperti bahasa Jawa.

Pada zaman ini,kawasan alam melayu diperintah oleh beberapa buah kerajaaan Hindu dan Buddha. Agama-agama dharma disebarkan oleh pedagangpedagang India yang belayar ke Nusantara. Mengikut catatan pedagang India,kerajaan pertama di Nusantara ialah kerajaan Jawa Dwipa di Pulau Jawawujud sekitar tahun 200 Sebelum Masihi. Mengikut Prasasti Yupa,kerajaan tertua di Nusantara ialah kerajaan Kutaiwujud 400 Sebelum Masihi. Pada abad ke -7 dan ke-13,terdapat dua buah kerajaan yang besar iaitu kerajaan Sriwijaya dan kerajaan Majapahit. Kerajaan Sriwijaya ialah kerajaan pertama yang menyatukan alam Melayu dan membentuk acuan budayanya sendiri. Pengaruh Hindu bertahan sehingga penghujung abad ke-13 iaitu sebelum agama Islam mengambil tempat dan memasuki Kepulauan Melayu melalui Sumatera.

Kerajaan yang Wujud pada zaman Bahasa Melayu Kuno


1.Sumatera Kerajaan Srivijaya Kerajaan Keritang Kerajaan Melayu Jambi Kerajaan Tulang Bawang 2.Jawa

Kerajaan Salakanagara Kerajaan Tarumanagara Kerajaan Sunda Galuh Kerajaan Ishana Kerajaan Kalingga Kerajaan Mataram Kuno

Semenanjung Tanah Melayu

Kerajaan Gangga Negara Kerajaan Langkasuka Kerajaan Pan Pan Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan

Kutai Kerajaan Pu Ni Kerajaan Banjar Kerajaan Nagara Daha Kerajaan Nagara Dipa Kerajaan Tanjung Puri Kerajaan Sarunai

VIETNAM
Kerajaan

Champa

PENGARUH BAHASA SANSKRIT


Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan bahasa Sanskrit menjadi bahasa golongan bangsawan serta mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur menyebabkannya diterima umum.Buktinya ialah: a) Pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang berasal dari India. b) Kata-kata dan rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. c) Fonem-fonem Sanskrit yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu Kuno.

Kesan bahasa Sanskrit:

a)Terdapat penggunaan tulisan yang seragam . b)Penambahan kosa kata ke dalam bahasa Melayu kuno. Contoh: Syukasyitta Athava Karana Tatakala Bahasa Melayu kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab kerana hanya terdapat orang India yang beragama Hindu sahaja.

Bukti sejarah tentang kewujudan Bahasa Melayu di alam Melayu ialah batu bersurat. Batu bersurat ditemui di Sumatera dan Jawa. Tulisan pada batu bersurat ialah aksara Palava(berasal dari selatan India) Contoh batu bersurat yang ditemui:

a)Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang yang menggunakan Palava. b)Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang. c)Batu Bersurat Kota Kapur di Bangka. d)Batu Bersurat Karang Brahi di Jambi. e)Batu Bersurat Pagar Ruyung.

Pengaruh Hindu dan seterusnya Buddha amat kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu kuno. Banyak candi yang dibina di alam Melayu dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India.Contoh: a)Candi di Lembah Bujang,Sumatera b)Candi di Muara Takus,Sumatera c)Candi di Pagar Ruyung,Sumatera d)Candi Borobudur,Pulau Jawa e)Candi Prambanan,Pulau Jawa

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno


Pinjaman Bahasa Sanskrit Bunyi (b) ialah (v). Contoh: (bulan) jadi (vulan). Awalan (ber) ialah (mar). Contoh (berlepas) jadi (marlapas) Awalan (di) ialah (ni). Contoh (diperbuat) jadi (niparvuat). Terdapat perkataan bahasa Melayu moden tidak menggunakan huruf(h) tetapi bahasa Melayu kuno ada huruf (h). Contoh:samuha(semua) dan sahaya(saya).
Kerajaan Melayu Kuno yang menggunakan bahasa Melayu Kuno ialah Sriwijaya ,Funan dan Majapahit

Contoh perkatan Sanskrit yang terserap dalam bahasa Melayu


a)DosaDosa b)DukkaDuka c)DevaDewa d)RupaRupa e)SansaraSengsara

Bahasa Melayu Kuno nasyik mamava saribu dangan Vanakna ko

Bahasa Melayu Moden


asyik membawa seribu dengan Banyaknya ke

Awalan ni- menjadi di-,iaitu penggunaan awalan

di- dalam bahasa Melayu moden sama dengan awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno,manakala awalan diper- sama dengan nipar-.Contoh:
Bahasa Melayu kuno nimakan niminumna Bahasa Melayu moden dimakan diminumnya

Manakala,awalan mar- menjadi ber-.Contoh: Bahasa Melayu kuno marvanum marvuat Bahasa Melayu moden berbangun berbuat

Akhiran -na menjadi nya .Contoh:


Bahasa Melayu kuno Vinina vantalna Bahasa Melayu moden bininya bantalnya

TULISAN RENCONG
Huruf Melayu tua yang banyak digunakan di Sumatera

Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) serta Minangkabau. Kekal hingga abad ke-18,(sebelum Belanda menjajah Indonesia). Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua, iaitu menyerupai bentuk hurufhuruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf orang-orang Kemboja pada zaman purba. Orang-orang Melayu kuno menulis huruf-huruf di atas kulitkulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu bersurat. Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur, iaitu di Bangka Barat.

TULISAN PALAVA
Berasal daripada tulisan Hindu. disebarkan apabila pengaruh Hindu bertapak di alam Melayu. Digunakan bagi menulis persuratan bahasa Melayu pada zaman bahasa Melayu kuno. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini hanya terhad dalam kalangan golongan istana dan bangsawan sahaja. Bukti penggunaan tulisan Palava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan) atau prasasti di daerah Muara Kaman. Yupa menggunakan aksara Palava dalam bahasa Sanskrit yang dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1879. 7 yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta. Yupa ini menceritakan pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga.

Merupakan tulisan Jawa kuno yang wujud pada abad ke-8. Berasal daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang India dari Coromandel. Huruf ini lenyap pada tahun 1400 Sebelum Masihi.

Sekian

TERIMA KASIH KAMI BANGGA MENJADI GURU!!! Guru Penjana Transformasi Negara

Вам также может понравиться