Вы находитесь на странице: 1из 9

AL-MUNTALAQ

BAB 1 KITA MENOLAK HAWA NAFSU

Wahyu atau Keinginan Hawa Nafsu


Imam Al-Syatibi telah menegaskan perkara ini dengan padat dan ringkas. Kata beliau di dalam kitab al-Muwafaqat: Sesungguhnya Allah telah menjadikan mengikut hawa nafsu sebagai menentang kebenaran, sebagaimana firman Allah S.W.T.:

Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan engkau khalifah di muka bumi, maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah. (Shaad 38: 26)

Tiada Jalan Tengah Di Antara Syariat dan Keinginan


Syed Qutb berkata di dalam tafsirnya Fi Zilal alQuran : Pilihlah, sama ada mahu menerima syariat Allah ataupun mengikut keinginan orang-orang yang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan nafsu yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya bertindak berhukumkan nafsunya. Tiap-tiap sesuatu yang lain dari syariat Allah adalah nafsu yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.

Menolak Sebahagian dari Syariat Allah Adalah Kufur


Seseorang individu mendakwa tidak yakin dengan kesesuaian hukum-hukum syarak untuk direalisasikan dan menyifatkannya sebagai hukum yang sudah tak sesuai dengan maslahah dan tidak relevan dengan perkembangan zaman dan sebagainya. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah contohnya, terang-terangan mengkafirkan orang yang beriman dengan sebahagian-sebahagian begini.

Jiwa yang Beriman Itu Peka dan Sensitif


Ketika semangat umat Islam mula menurun itulah, muncullah Umar bin Abdul Aziz, seorang pemimpin Islam yang unik, dilahirkan oleh Allah untuk umat ini. Beliau dikurniakan jiwa yang tinggi. Beliau melihat sedikit penyelewengan dan berlengahan dari dakwah dan jihad itu sebagai tanda awal berlakunya penyelewengan dari kebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang daya juangnya lalu beliau berkata dengan nada dukacita :

Sesungguhnya aku sedang merawat satu urusan yang tiada siapa dapat menolongnya kecuali Allah. Sesungguhnya di atasnya telah mati orang tua, orang yang kecil telah membesar, orang Ajam[8] telah mahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah berhijrah sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak melihat kebenaran selain daripada itu.[9]

Generasi Kita Yang Terpedaya (Mangsa Keadaan !)


Hinggalah kita dapati umat Islam pada waktu ini tunduk kepada perancangan Yahudi dan negara-negara kafir. Kekayaan mereka dirampas, iman menjadi lemah, neraca kehidupan mereka bertukar dan hukum alQuran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga mendidik anak-anak orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.

Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut


mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.

Perlunya Pertolongan Segera


Tiada jalan lain kecuali segera menarik mereka kepada Islam selagi darah masih mengalir pada saraf mereka dan selagi benih fitrah masih terpendam di dalam diri mereka. Oleh itu, menunggu dan menangguh bukanlah satu tindakan yang sesuai. Justeru, perlu ditambahkan penyertaan baru ke dalam gerombolan kafilah yang merdeka ini.

Bergerak Dalam Pelbagai Pendekatan


Justeru itu semua, maka wajib diwujudkan gerakan Islam yang menyeru kepada makruf dan kebaikan serta membangkitkan hemmah. Gerakan Islam ini wajib: -menarik mereka dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam, -melarang mereka dari penyelewengan, -menyedarkan mereka untuk merealisasikan hukum Islam dan berusaha sungguh-sungguh untuk menegakkan pemerintahan Islam.

Вам также может понравиться