Вы находитесь на странице: 1из 2

LATIHAN 1 Nyatakan pola ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN),

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Rumah baharu kami sangat besar Kasut ayah di rak kasut bawah tangga rumah Rajagopal ketua jurutera syarikat perkapalan MCIS Masakan rendang ibu amat sedap Ramai peserta kursus pengurusan perniagaan dari Melaka Pelancaran Minggu Membaca di sekolah saya sangat meriah Konsep Satu Malaysia idea Perdana Menteri Malaysia keenam Kambing Pak Hasan meragut rumput di tepi kebun saya Puan Mahiran pengurus jualan di Syarikat Seri Sinar Menara yang tinggi itu memang cantik reka bentuknya Ketiga-tiga orang pendaki itu rakyat Sweeden Hadiah perkahwinan ini daripada Kak Sofia Para pekerja itu sedang memperbesar jalan itu Hulubalang itu bersenjatakan sebilah keris

LATIHAN 2 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat dalam setiap bahagian menjadi satu ayat sahaja. 1. Encik Omar minum kopi di halaman rumah. Beliau memerhatikan anak-anaknya bermain badminton. 2. Taman rekreasi itu baru dibuka. Taman rekreasi itu mendapat sambutan yang hangat. 3. Shamsul sangat berminat dalam bidang perubatan. Kakaknya berminat dalam bidang pendidikan.

LATIHAN 3 Terdapat 4 jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah (ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan) dan ayat seruan. Bentuk ayat pula terdiri daripada ayat majmuk dan ayat tunggal. Manakala ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.

Arahan: kenal pasti ayat-ayat di bawah dan nyatakan jenisnya. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Cis, berani kau masuk ke rumah aku! Kami akan ke Pulau Pinang minggu depan. Bila maasanya awak masak semua makanan ini? Jemputlah dating ke rumah kami cuti sekolah nanti. Ramai rakyat Malaysia mengalami masalah obesity dan penyakit kencing manis. Saya harap semua pelajar akan mengikut peraturan yang telah ditetapkan di sini. Usah ikut perangai budak-budak nakal, nanti kamu turut jadi nakal. Bunga tulip mempunyai pelbagai warna.

LATIHAN 4 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak boleh menyalin ayat itu semula.

1. Pondok talipon di kampung itu rosak sebagai akibat membuat mereka yang tidak bertanggungjawab. 2. Encik Chong kekeluargaan gemar menuntun wayang gambar pada waktu lapang. 3. Pamiran Kebaya Nyonya yang diadakan di hotel itu mendapat bersambut yang hangat. 4. Lelaki tua itu asik memandang ke arah para pekerja yang berangkut muatan dari kapal ke darat. 5. Pristiwa yang berlaku kira-kira lima tahun yang lalu itu masih segar dalam peringatannya. 6. Surat-surat khabar lama bersusun dengan rapi oleh ayah di dalam setor di bilik belakang. 7. Jenerasi hari ini perlu diberi kesedaran supaya mencintai sungai dan tidak berlaku pencemaran. 8. Pengaroh dan aktivti kurang bermoral perlu membendung dalam kalangan remaja hari ini. 9. Koperasi merupakan badan yang efiktif untuk membantu bertingkat taraf hidup masyarakat. 10. Langkah-langkah meninggikan tahaf kesihatan masyarakat tidak pernah mengabaikan oleh kerajaan. 11. Aktiviti manusia yang memusnahkan hutan dengan menjalankan pembalak secara haram telah meningkatkan masaalah hakisan tanah. 12. Usaha-usaha yang meneruskan perlu dilakukan untuk menangani gejala kerontohan alhlak dalam kalangan masyarakat.

Вам также может понравиться