Вы находитесь на странице: 1из 2

Tajuk forum : Ketaksamaan pendidikan murid berkeperluan khas

Ahli-ahli forum Pengerusi : Windy Lai Thsun Khong Ahli panel 1 : Rainne Lee Siew Mun Ahli panel 2 : Catherine Chan Min Yit Ahli panel 3 : Lee Xin Hui Ahli panel 4 : Simon Lu King Hock

Fakta-fakta yang dibincang dalam forum serta penambahbaikan yang pensyarah minta ambil tindakan Ketaksamaan pendidikan murid berkeperluan khas Fakta : Walaupun sekolah telah memberi peluang kepada murid yang berkeperluan khas untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran bersama dengan murid yang biasa , akan tetapi murid yang berkeperluan khas tidak mendapat pendidikan yang sama dan adil . Punca 1: Hal ini disebabkan jurang pemahaman yang besar telah berlaku dalam kelas yang murid berkeperluan khas menjalankan pengajaran dan pembelajaran bersama dengan murid yang biasa . Murid yang berkeperluan khas perlu menggunakan masa yang agak lama untuk memahami mesej yang disampaikan oleh guru . Punca 2 : Murid yang berkeperluan khas susah untuk berkomunikasi dengan murid yang biasa . Cara penyelesaian 1 : Guru memberikan aktiviti berkumpulan antara murid yang berkeperluan khas dan murid yang biasa . Murid biasa akan membantu murid yang berkeperluan khas dalam pembelajaran dan meningkatkan motivasinya untuk belajar . Cara penyelesaian 2 : Bagi tujuan pendidikan , murid yang berkeperluan khas perlu dihantar ke sekolah khas untuk menerima pendidikan khas . Cara pembelajaran dan suasana yang diberikan oleh sekolah khas lebih kondusif dan lebih sesuai kepada murid yang berkeperluan khas .

Cara penyelesaian 3 : Ibubapa boleh menghantar anaknya ke sekolah biasa , dengan syaratnya ibubapa perlu meluangkan masa untuk menghantar anak untuk menjalankan latihan yang khusus supaya anak mereka dapat berkomunikasi dengan murid yang lain . Cara penyelesian 4 : Masyarakat harus belajar cara berkomunikasi dengan orang yang berkeperluan khas . Hal ini disebabkan murid yang berkeperluan khas ini juga akan menjejak ke masyarakat pada masa yang akan datang . Masyarakat perlu menerima mereka dengan hati yang terbuka dengan belajar cara berkomunikasi dengan mereka . Agensi-agensi yang berkenaan boleh mengadakan program Mari belajar isyarat tangan dengan tujuannya ialah mengajar masyarakat cara berkomunikasi dengan orang yang mengalami masalah pekak .

Вам также может понравиться