Вы находитесь на странице: 1из 5

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti

atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung. Jantung terhenti menyebabkan mengsa pengsan dalam masa beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera. Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Airway, Breathing and Circulation).

1.SALURAN PERNAFASAN 2.PERNAFASAN 3.EDARAN DARAH SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu dinigat bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidak dan epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu keatas, anda boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak. Ini biasanya membuka saluran pernafasan

PERNAFASAN (Breathing) Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paur-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandongi cukup oksigen untuk sekurangkurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para

profesional terlatih tiba. *sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. * Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu

pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan beri pernafasan bantuan

*Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan dada

EDARAN DARAH (CIRCULATION) Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dadda dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama

Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan

RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR) Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan Dua sebab utama CPR dilakukan: *terhenti pernafasan *tiada nadi 10. PEMERIKSAAN ABC Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR A Airway (saluran pernafasan) B Breathing (pernafasan) C Circulation (peredaran darah) 11. A - AIRWAY (Airway ) Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah. 12. B - BREATHING Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut. 13. C - CIRCULATION Peredaran darah. langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid). 14. KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Buangkan sebarang benda asing dari mulut. Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut danm

biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. Catatan: Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

15. RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Buang sebarang benda asing dari mulut. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan prnghujung hulu hati. Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit 16. KAEDAH CPR SEORANG DIRI Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. apatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada, segera mulakan twkanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: - letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.52 inci untuk orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan) - berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) -selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi. -lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit . 17. KEDUDUKAN TEKANAN CPR 18. KEDUDUKAN PEMULIHAN Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada

menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

19. PENDARAHAN KECIL Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu: pend

Вам также может понравиться