Вы находитесь на странице: 1из 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BLOK J, PARAS 7
PUSAT BANDAR DAMANSARA Telefon : 03-2556900
50604 KUALA LUMPUR Faks : 03-2562389

KP(BS)8591/Jld.V/ (23)
6 Oktober 1990

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1990 :


Kelemahan Calon-Calon Dalam Urusan Temuduga
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Untuk Tujuan
Lantikan Ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pendidikan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.6/1986 : Urusan Temuduga Guru-Guru Ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pelajaran,
bertarikh 30 Jun 1986.

2. Calon-calon yang memohon lantikan ke jawatan tetap perkhidmatan pendidikan perlu


sedar bahawa sebagai guru-guru terlatih, mereka sewajarnya sudah mengetahui serta
memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan, di samping
mempunyai pengetahuan am pada tahap yang memuaskan. Kerana itu, adalah ditegaskan
di sini bahawa sebelum dapat dilantik ke jawatan tetap perkhidmatan pendidikan, seseorang
calon itu hendaklah memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan, khususnya mengenai
perkara-perkara tersebut :

(a) PENGETAHUAN IKHTISAS

Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Pendidikan Negara, Etika Perguruan,


Psikologi Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Kurikulum, Kokurikulum, Objektif
Mata pelajaran, Penilaian, Perintah Am (Bab ’A’ – ’G’) dan perbezaan di
antara ’mendidik’ dengan ’mengajar’.

(b) PENGETAHUAN AM

Struktur dan Organisasi Kerajaan, Dasar-dasar Kerajaan, hal Ehwal Semasa,


Tatanegara, Sejarah dan Geografi tempatan.

3. Akan tetapi, dukacita dinyatakan bahawa masih terdapat ramai calon yang gagal
menunjukkan prestasi yang diharap-harapkan apabila menghadiri temuduga dengan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), walhal penerimaan mereka ke jawatan tetap
perkhidmatan pendidikan adalah tertakluk kepada kelulusan SPP dan bukannya satu proses
automatik.

4. Berasaskan kepada laporan Lembaga Temuduga SPP, beberapa aspek kelemahan


calon telah dapat diperhatikan. Di antaranya kelemahan yang nyata adalah seperti berikut :

(a) PAKAIAN CALON LEKAKI

Tidak memakai tali leher dengna kemas dan teratur, memakai baju berlengan
pendek, dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai untuk urusan rasmi.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
(b) PAKAIAN CALON WANITA

Memakai pakaian kuran sopan dengan baju tidak berlengan dan ’skirt’
pendek.

(c) RAMBUT

Tidak mematuhi peraturan mengenai rambut, rambut melebihi kolar baju,


rambut tidak terurus dan tidak mengambil berat untuk menguruskan rambut.

(d) TANDA NAMA

Tidak memakai tanda nama, manakala ada pula menggunakan sekeping


kertas yang disemat di baju sebagai ganti tanda nama.

(e) KEHADIRAN

Hadir dalam keadaan uzur atau sakit. Jika uzur atau sakit, calon seharusnya
memohon perubahan tarikh temuduga yang boleh dipertimbangkan oleh
SPP.

(f) ADAB TEMUDUGA

Tidak mengambil berat untuk memberi ucap hormat, merujuk kepada


Pengerusi Temuduga sebagai ’cikgu’, duduk bersilang kaki, tidak
menganggap temuduga sebagai suatu urusan rasmi, suara tidak jelas
didengar, dan menggunakan ”aa...aa” untuk menjawab ”ya” dan ”eh?” untuk
ulangan soalan.

(g) PERSIAPAN DOKUMEN

Tidak membawa dokumen asal, tidak membawa dokumen-dokumen yang


diminta dan relevan, dan tidak menyusun dokumen dengan kemas.

(h) MAKLUMAT DIRI

Tidak mengetahui butir-butir diri seperti tarikh mula berkhidmat, bilangan


kelas yang diajar, dan aktiviti kokurikulum yang terlibat.

(i) PENGETAHUAN IKHTISAS/PERKHIDMATAN

Tidak mempunyai pengetahuan ikhtisas dan perkhidmatan yang mendalam,


sekadar sepintas lalu sahaja.

(j) PENGETAHUAN AM

Lemah pengetahuan am, walaupun mengenai hal-hal yang sudah dianggap


biasa.

5. Kementerian Pendidikan amat memandang berat akan hal ini, dan sehubungan
dengan itu, meminta semua pengetua dan guru besar mempastikan bahawa guru-guru yang
memohon perlantikan ke jawatan tetap dalam perkhidmatan pendidikan diberi taklimat
terlebih dahulu mengenai persiapan untuk menghadapi temuduga SPP serta
memperingatkan mereka supaya mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan-kesilapan
sebagaimana dihuraikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas ini.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k 1. Y.B. Saudara Anwar Ibrahim


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Encik Woon See Chin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Вам также может понравиться