Вы находитесь на странице: 1из 3

BAHAGIAN B SOALAN 3A Semua individu dilahirkan dengan peluang yang sama untuk menjadi pemimpin.

Ahmad Rusli (1999) mengatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan memimpin pengikutnya ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Dalam sesebuah organisasi kerajaan, pemimpin adalah tunjang dalam memastikan kejayaan sesuatu organisasi. Sebagai contoh dalam situasi di sekolah, guru besar dan para guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi fizikal,mental,rohani dan jasmani untuk menghadapi cabaran dunia masa kini. Maka, seorang guru besar perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan agar mendapat kerjasama dan diterima baik oleh para guru dan semua kakitangan sekolah dalam mencapai misi melahirkan pelajar yang cemerlang. Seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan unggul dapat dilihat melalui sikap positif yang ditonjolkan dalam kepimpinannya. Ini bersesuai dengan konsep Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Mac 1983. Terdapat pelbagai sifat positif dalam kepimpinan yang dapat dijadikan tauladan. Pertama, seorang pemimpin seharusnya bersederhana dalam tindakan dan tutur katanya. Pemimpin tersebut seharusnya berfikir sebelum mengutarakan sesuatu pendapat ataupun melakukan sesuatu tindakan dengan mengenal pasti perkara-perkara yang lebih memerlukan perhatian ataupun tumpuan. Contohnya, guru besar tidak boleh sewenang-wenangnya mengutarakan pendapatnya mengenai isu-isu sensitif seperti isu politik mahupun isu perkauman kerana isu-isu tersebut boleh mengakibatkan perselisihan pendapat dalam sesebuah jabatan.

Selain itu, pemimpin juga harus mempunyai wawasan dan strategi yang jelas bagi memastikan jabatannya sentiasa berdaya maju dan berdaya saing dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan. Para kakitangan perlu sentiasa diingatkan oleh

pemimpin bagi memastikan diri mereka melakukan segala khidmat berlandaskan wawasan yang diingini oleh pemimpin. Di samping itu, strategi yang dipandu arah oleh pemimpin dapat membantu kakitangan untuk melakukan kerja secara sistematik berlandaskan misi dan visi yang perlu dicapai. Sebagai contoh, guru besar perlu sentiasa bekerjasama dengan kakitangan dan guru-guru bagi mencapai visi dan misi sekolah yang telah ditetapkan. Di samping itu, pemimpin juga mestilah seseorang yang berakhlak tinggi iaitu seseorang yang mempunyai kecerdasan spiritual yang tinggi dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kepimpinannya seperti yang diamalkan oleh junjungan Nabi Muhammad S.A.W. seperti siddiq,amanah,tabligh dan fatanah dalam melaksanakan tugasan. Pemimpin sebegini amat memahami perasaan kakitangannya dengan cara memberikan semangat dan dorongan ketika kakitangan melaksanakan tugasan. Guru besar yang mempunyai sikap pemimpin sebegini pasti dapat memupuk rasa hormat dan senang hati kakitangan terhadap dirinya. Secara tidak langsung, segala arahan akan dilaksanakan dengan rela hati kerana rasa hormat yang tinggi terhadap guru besar. Kesimpulannya, seorang guru besar berfungsi sebagai pemacu dalam mengekalkan kemajuan dan kejayaan sesebuah sekolah. Guru besar haruslah mengikut resmi padi makin tunduk, makin berisi bagi membentuk jati diri kepimpinan yang berwibawa. Sifat kepimpinan sebegini amat diperlukan sebagai aset kepada negara bagi mencapai Wawasan 2020.

Rujukan Dasar Negara. Retrieved May 15, 2012 from the World Wide Web registry.usm.my/.../DASAR%20NEGARA.ppt Dasar-dasar kerajaan. Retrieved May 15, 2012 from the World Wide Web http://jurnal-politik.blogspot.com/2009/08/mencari-pemimpin-berakhlakmulia.html Dato Kaswari Keman (2009). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved May 15, 2012 from the World Wide Web http://www.ciast.gov.my/bm/images/Nota/jpa%20nilai%20dan%20etika%201389. pdf

Вам также может понравиться