Вы находитесь на странице: 1из 8

CABARAN-CABARAN DAN CARA-CARA BAGI PERPADUANMASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA. 1.0PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT MAJMUK 1.

1Definisi masyarakat majmuk

MENJAYAKAN

Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi,J.S Funival pernah menulis danmenghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusiayang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisahdalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman. 1.2Masyarakat majmuk di malaysia Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun padapertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secaraberamai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah strukturkependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

Penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenalpasti kepada wilayahwilayahtertentu: i.Semenanjung = Melayu, cina dan india ii.Sarawak = Dayak iban, melayu, dayak bidayuh, dayak ulu, melayu-melanau dan cina iii.Sabah = Kadazan, dusun cina & melayu

2.0KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruhmasyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satuidentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair.Perpaduan dan integrasi juga boleh didefinasikan sebagai

Satu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah darisegi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik .Perpaduan amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian disesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dankeselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapaikemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Dan ini dibuktikanoleh pendapat Tun Abdul Razak iaitu; Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut Pelbagai proses yang dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti prosesasimilasi, amalgamasi dan pluralisme. a) Asimilasi proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan kelompok dengansatu budaya, satu bahasa da satu agama. b) Amalgamasi proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi(perkahwinan campur) yang akan membentuk kelompok baru dengan budaya baru. c)Pluralisme proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibatmengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan.

3.0CABARAN-CABARAN KEMERDEKAAN

KE

ATAS

PERPADUAN

SELEPAS

3.1Kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia dalam Peristiwa 13 Mei 1969 Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negarakerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapatdengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isusensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewaorang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, partiperikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala partigerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakanperarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan inimemberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telahmengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadapa

penghinaan itu.Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 mei1969 itu. 3.2Faktor-faktor yang mempengaruhi peristiwa 13 Mei 1969. Hasil dari kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasarpecah dan perintah yangdiamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan faktor-faktor berikut: i)Pemisahan tempat tinggal dan tumpuan ekonomi Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antarapelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung,masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurundan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagaipenoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagimewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatanekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya,interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Inimelahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapiapikanlagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. ii)Sistem pendidikan yang berasingan .Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud 4 aliranpendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan indiayang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalampembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaankerajaan cuba memperkenakan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuanpenyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan. iii)Perbezaan agama dan kebudayaan .Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragamaBuddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragamahindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan inibukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahilterhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukansecara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. iv)Masalah ekonomi.

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbezaantara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiapkaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburuikemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan indiamencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluangperkhidmatan dalam sektor pentadbiran. v)Persatuan-persatuan Etnik. Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaummasingmasing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti politik berbentuk perkauman seringkali mengekspoitasi perbezaan-perbezaanyang wujud di kalangan kaum hingga mewujudkan rasa tidak puas hatiyang ketara antara kaum. vi)Pendudukan Jepun Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah memberi layananyang lebih istimewa kepada orang melayu berbanding orang cina keranaJepun masih dipengaruhi sentimen peperangan dengan cina pada akhirkurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Orang melayu dilantik menjadi askardan polis tetapi orang cina diketepikan. Ketika itu ramai orang cinamenyertai MPAJA (Malaysian people anti jappanese army) atau bintangtiga. Keadaan bertambah buruk kerana ramai tentera jepun yangmenyerang MPAJ terdiri dari akar melayu dan ini mewujudkanpersengketaan antara orang melayu dan cina. Walaupun MPAJ telahditewaskan setelah British kembali, namun sentimen perkauman inimasih kuat. vii)Membangkitkan soal sensitif pada Pilihanraya umum 1969 .Parti politik telah memainkan isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewaorang melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi didalam kempem pilihanraya. Setelah parti gerakan dan DAP berjayamenafikan majoriti 2/3 parti perikatan, parti tersebut telah berarak sambilmembangkitkan soal-soal sensitif seperti ketuanan melayu. Keadaanbertambah buruk apabila orang melayu di bawah anjuran UMNObertindakbalas menangkis penghinaan itu dan keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan episod berdarah 13 Mei 1969 yang telahmengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak. 4.0TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN SELEPAS PERISTIWA13 MEI 1969

Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek banyak memberi kesan negatif terhadap negara tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Peristiwa tersebut telah memberi satu kesedaran yang mendalam tentang kepentingan perpaduan antara kaumdi Malaysia dan kesan yang akan dihadapi jika mengabaikan kepentingannya disamping pencetus idea supaya kerajaan mengambil langkah membentuk semulamasyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera untuk memastikankemakmuran negara terus terpelihara dan terjamin. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut: i)Mengisytiharkan darurat berkuatkuasa serta merta. Selepas keadaan menjadi tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku,kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara untuk menenangkan keadaan, memberi masa kepada pihak yang terlibat berfikir secararasional tindakan mereka dan untuk menghentikan kekacauan dalam masa singkat. ii) Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 17.5.1969 bagimengambilalih tugas parlimen untuk sementara. MAGERAN yang diketuai perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bersamapemimpin-pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai tinggi polis dantentera berfungsi untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara,menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasanaharmoni dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. MAGERAN berjaya mencapaimatlamatnya dan kerajaan berparlimen dikembalikan pada 23.2.1971. iii) Menubuhkan Jabatan perpaduan negara (JPN) dan Majlis MuhibbahNegara (MMN) pada 1970. Jabatan Perpaduan Negara berfungsi untuk: a) Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai perpaduan danintegrasi nasional melalui aktiviti penggalakan dan pengukuhan b) Mewujud dan menyelaraskan aktiviti perpaduan melalui rukun tetanggaberasaskan konsep kejiranan c) Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk peribadi danperwatakan yang sempurna bagi kepentingan perpaduan dan intgrasi melaluitabika perpaduan

v)Disamping itu,peranan masyarakatuntuk membentuk perpaduan yangberkekalan. Kerjasama yang boleh diwujudkan untuk menjayakan perpaduan adalahseperti berikut: a)Memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyatnya .Bangga menjadi rakyat malaysia. Usaha-usaha pihak yang ingin memajukannegara perlu sentiasa disokong. Jasa dan perjuangan tokohtokoh negaraseperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan penting dalamperjuangan mendapatkan kemerdekaan haruslah diambil tahu dan dihargai.Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan(Negaraku) dan jati negara harus dikenali dan dihormati oleh setiapwarganegara. b)Setiap rakyat bersifat setia dan sayang pada negara ini. Kita harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kitaharus sentiasa peka terhadap isu dan masalah bangsa dan negara serta caramengatasinya. c)Mengamalkan semangat kekitaan. Semangat ini dapat dipupuk dengan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalammasyarakat. Sifat bersatu padu antara masyarakat pelbagai kaum amat pentinguntuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara,bukannya untuk bangsa dan kaum sendiri. Tiada siapa yang berhak mengkritik atau merendahkan adat resam dan kepercayaan kaum lain. Kita perlumenggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum sepertigotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum. d)Menanam sifat berdisiplin .Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhioleh setiap rakyat. Rakyat perlu berpekerti mulia, bersikap peramah danberkelakuan sopan supaya dapat meningkatkan reputasi negara. Setiap rakyatharus mempertahankan serta menjunjung perlembagaan negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Sikap amanah dan jujur dalam diri akanmengelakkan nprasangka antara kaum dan akan membawa perpaduan.

e)Setiap rakyat berusaha gigih dan bersifat produktif untukmeningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup hidup mereka. Rakyat seharusnya berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuankerajaan. Setiap warganegara harus bekerjasama untuk

menghadapi apa juacabaran dalam negara. Contohnya, di dalam situasi gawat seperti sekarang,rakyat seharusnya mengambil iktibar dari peristiwa gawat pada 1998 di manasetiap rakyat bergabung tenaga untuk memulihkan semula ekonomi negara. 6.0KESIMPULAN Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian dikalangan rakyat. Perpaduan dan integrisi nasional adalah cabaran yang besar yangakan menentukan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu: i)Intergrasisatu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangankumpulankumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi didalam satu unit politik. ii)Asimilasisatu proses di bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikanmelalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yanglebih besar. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancismisalnya menggunakan konsep asimilasi dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalamnegara. Dalam proses asimilasi itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna,teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan.

Namun jika diteliti aspek-aspek di atas, kerajaan lebih banyak mengusahakanpembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasisetiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku makasecara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Kaedah asimilasi tidak akan berjayakerana setiap kelompok tidak mehu kehilangan ciri-ciri dan budaya mereka. Bagisesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan inisebagai satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasigolongan majoriti terhadap golongan minoriti. Kaedah-kaedah lain mungkin bolehberjaya kerana Malaysia sudah berjaya mengawal perbezaan etnik. Setiap masalahyang wujud seharusnya ditangani secara bersama oleh semua rakyat. 7.0PENUTUP

Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telahberusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk perpaduan kaum di malaysia meliputisegala aspek; ekonomi, politik dan sosial bagi memastikan Malaysia mampu majuseiring dengan negara lain di dunia.Kita sebagai rakyat malaysia perlu sentiasa berdoa semoga negara yang disayangi initerus aman makmur, bersatu padu, maju dan yang pasti akan tetap kekal di tanganorang melayu sebagai penerajunya. Amin.Sekian, terima kasih

Вам также может понравиться