Вы находитесь на странице: 1из 4

Tambahan nota pentadbiran Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, iaitu 11 negeri dan dua

wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia, dan dua negeri dan satu wilayah persekutuan lagi di Malaysia Timur. Memandangkan Malaysia adalah sebuah persekutuan, pentadbiran negeri diagihkan antara kerajaan persekutuan dan negeri, manakala wilayah persekutuan ditadbir secara terus oleh kerajaan Persekutuan.

13 negeri ini berasaskan Kerajaan-Kerajaan Melayu bersejarah, dan setiap negeri dibahagikan lagi kepada daerah (atau jajahan di Kelantan, dan bahagian di Sabah dan Sarawak), kemudian dibahagikan lagi kepada mukim. Sembilan Negeri Melayu mengekalkan kerabat diraja masing-masing. Yang di-Pertuan Agong dipilih (secara bergilir-gilir) dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk penggal lima tahun. Setiap negeri ada sebuah Dewan Undangan Negeri. Negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia Timur mengamalkan dasar dan kawal selia imigresen berasingan serta status kediaman yang tersendiri. Visa diperlukan untuk perjalanan antara kedua-dua negeri ini, ataupun antara Malaysia Timur dengan semenanjung. Parlimen Malaysia dibenarkan menggubal undang-undang mengenai tanah, agama Islam dan kerajaan negeri untuk membentuk undang-undang seragam untuk semua negeri, ataupun atas permintaan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan. Undang-undang berkenaan haruslah diluluskan oleh DUN juga, kecuali bagi perkara undang-undang tanah tertentu. Perkara bukan Islam yang terletak dalam skop negeri juga digubal di peringkat persekutuan agar mematuhi ketentuan perjanjian Malaysia. Berikut merupakan senarai negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia serta Ibu negeri. 13 negeri dan Wilayah Perseketuan (terdiri daripada 3 daerah) berikut dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di dalam Bendera Malaysia: Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia Berikut adalah tiga belas negeri dan ibu negeri masingmasing (dalam kurungan): 1. Johor Darul Takzim (Johor Bahru) 2. Kedah Darul Aman (Alor Setar) 3. Kelantan Darul Naim (Kota Bharu) 4. Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka) 5. Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban) 6. Pahang Darul Makmur (Kuantan) 7. Perak Darul Ridzuan (Ipoh) 8. Perlis Indera Kayangan (Kangar) 9. Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown) 10. Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu) 11. Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching) 12. Selangor Darul Ehsan (Shah Alam) 13. Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu) Wilayah Persekutuan 1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2. Wilayah Persekutuan Labuan 3. Wilayah Persekutuan Putrajaya

PERLIS

KEDAH

JOHOR

MELAKA

KELANTAN

NEGERI SEMBILAN

PAHANG

PERAK

PULAU PINANG

SARAWAK

SABAH

SELANGOR

TERENGGANU

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Вам также может понравиться