Вы находитесь на странице: 1из 272

TAJUK 1

BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA

Sinopsis:

Kebudayaan amat penting bagi seseorang individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia. Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan

penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan

penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan cara hidup yang

perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan bersifat

keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat

yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan Negara bagi mencapai matlamat 1Malaysia. Hasil pembelajaran: Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia. 2. Menyenaraikan serta menjelaskan komponen-komponen budaya. 3. Menjelaskan kepentingan memahami konsep budaya kepada guru. 4. Mengenalpasti kelompok dan penempatan kelompok.
1

5. Mengenalpsti jenis demografi kelompok,

1.0 Pengenalan

Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada pengaruh budaya. Samaada kita seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau sebagainya, kita sudah semestinya membesar dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya atau cara hidup yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa menarik dan beraneka ragam. Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad kepada seni, sastera, dan muzik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat. Oleh yang demikian, kita perlu memahami konsep-konsep asas yang berkaitan dengan budaya serta kelompok bagi mendalami kepelbagaian budaya ini.

1.1 Budaya

1.1.1 Pengertian dan konsep budaya

Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang bagaimana masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan mereka, apakah artifak mereka dan apakah maksud tindak-tanduk mereka. Struktur sosial masyarakat merujuk kepada perkara yang praktikal atau instrumen yang berkaitan dengan hubungan sosial, manakala budaya merujuk kepada aspek simbolik atau luahan perasaan hubungan sosial tersebut. Semua makhluk mempunyai corak kehidupan masing-masing, iaitu kepercayaan agama, gaya membesarkan anak, strategi mencari nafkah seharian, cara memperolehi tempat tinggal dan sebagainya. Apa yang menarik tentang budaya ialah ia mencorakkan kehidupan sesebuah masyarakat melalui proses pembelajaran. Budaya ini
2

merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah, kesusasteraan, politik, muzik, lukisan,seni bina, falsafah, idea, tabiat dan nilai kepercayaan yang diturun temurun dari generasi ke generasi. Budaya juga boleh dikaikan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya adalah lambang kejayaan sesuatu masyarakat atau bangsa.

Budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang bermaksud kecergasan firikal dan akal dan Daya (Melayu) sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut sebagai culture yang berasal daripada bahasa Latin Colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan.

Mengikut Kamus Dewan (2007), budaya ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Kebudayaan pula dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan merupakan segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pehak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi.
3

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya. Pertama, membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd taib Osman,1988)

Menurut Koentjaraningrat (2002), budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran. Menurut beliau, budaya mengandungi tujuh unsur utama, iaitu: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Agama dan upacara keagamaan Sistem dan organisasi kemasyarakatan Sistem pengetahuan Bahasa Kesenian Sistem ekonomi Sistem teknologi dan peralatan

Manakala E.B Tylor dalam buku Primitive Culture, 1871 (A.Aziz Deraman) menjelaskan bahawa kebudayaan dari segi antropologi merupakan keseluruhan yang kompleks di mana di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat resam dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati seseorang sebagai anggota masyarakat. A.Aziz Deraman (1994)

mengatakan bahawa sifat budaya adalah universal tetap dari segi paradoksnya. Pada masa yang sama, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Namun, terdapat ciri-ciri yang sama antara budaya dalam sesuatu kelompok. Antaranya ialah: i) Budaya perlu dipelajari
4

ii) iii) iv) v) vi) vii)

Dikongsi Bersifat sejagat Boleh diwarisi Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semester

1.1.2 Komponen Budaya

Kebudayaan dapat digolongkan kepada dua komponen utama: i) Budaya material: ciptaan masyarakat yang nyata dan konkrit. Sebagai contoh peralatan dan kelengkapan seperti rumah, barangbarang, pakaian dan sebagainya.

ii)

Budaya

bukan

material:

ciptaan

abstrak

masyarakat

yang

diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Contohnya, ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat istiadat, nilai-nilai dan

peraturan, cerita-cerita rakyat, lagu atau tarian tradisional.

Setiap kelompok mempunyai lima unsur utama budaya. Antaranya: i) ii) iii) iv) v) Simbol atau lambang Bahasa Nilai dan kepercayaan Norma Teknologi

Simbol atau lambang Simbol atau lambang merupakan apa sahaja yang mempunyai makna kepada masyarakat yang berkongsi budaya. Simbol ialah satu objek fizikal dan menjadi tanda dalam masyarakat. Contohnya, keris yang mana merupakan simbol atau lambang keberanian atau kepahlawanan dalam masyarakat Melayu.

Bahasa Bahasa adalah medium untuk berkomunikasi yang melambangkan sesuatu budaya. Bahasa digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain sama ada secara lisan atau bukan lisan. Dalam masyarakat, penggunaan bahasa kiasan

menggambarkan pemikiran serta nilai yang diamalkan. Transmisi budaya juga dilakukan melalui bahasa. Biasanya, dialek atau loghat sesuatu kelompok akan difahami sendiri oleh ahli kelompok itu sendiri. Nilai dan kepercayaan Nilai dan kepercayaan merupakan prinsip umum yang berasaskan bagaimana manusia menilai kebaikan, kecantikan dan keinginan. Kepercayaan merujuk kepada rumusan dan tafsiran mengenai masa lalu, penjelasan tentang masa kini dan ramalan pada masa akan datang. Nilai ialah prinsip-prinsip umum yang berasaskan kepercayaan dan menjelaskan apa yang patut dilakukan manakala kepercayaan menerangkan apa yang sebenar. Contohnya, anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. Pada rasionalnya, kepercayaan ini wujud adalah untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi. Norma Mengikut Kamus Dewan (2007) , norma merupakan peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Ada norma yang proskriptif iaitu menggariskan apa yang tidak boleh dilakukan manakala nilai preskriptif ialah apa yang boleh dilakukan. Teknologi Teknologi merupakan alat atau kaedah yang digunakan dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat. Teknologi juga merupakan gagasan pengetahuan praktis dan peralatan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga seta mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah kepercayaan masyarakat Melayu yang masih diamalkan pada masa kini? Mengapakah pantang larang tersebut wujud? 1.1.3 Kepentingan Memahami Konsep Budaya kepada Guru Setiap guru perlu memahami konsep budaya agar dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid agar budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka. Guru juga boleh memahami serta menghormati budaya murid-murid di sekolah yang mana mereka mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Bahkan guru juga boleh bersedia berhadapan dengan pelbagai murid yang datang daripada latar belakang yang berbeza. Jika tiada prasangka dan prejudis maka guru akan lebuh berhemah dan menghormati budaya setempat. 1.2 Pengertian dan Konsep Kepelbagaian Kelompok

Kelompok sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Kelompok bersifat kepada dua bahagian iaitu formal dan tidak formal. Kelompok formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh struktur organisasi serta pengkhususan tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif organisasi. Klasifikasi kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan: i. ii. Kelompok Tugas: Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas. Kelompok Kepentingan: Individu bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus. iii. Kelompok Persahabatan: Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.

Di Malaysia, adalah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengetahui beberapa konsep seperti etnik, ras, minoriti, masyarakat dan kelompok dalam memahami pengertian dan konsep kepelbagaian kelompok ini. Etnik merujuk kepada sekumpulan manusia yang mengidentifikasikan diri mereka berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang sama. Menurut Maciver (1981), kelompok etnik merupakan suatu kesatuan berdasarkan kesedaran minat dan nonvoluntary. Umumnya, etnik tidak mempunyai organisasi yang formal. Dari segi relatifnya adalah terhad di mana ahli-ahli dihubungkan bersama oleh perhubungan utama dan sekunder. Beliau juga telah mencirikan kelompok di mana adanya sikap yang menunjukkan perbezaan, tentangan atau prasangka. Oleh yang demikian, etnik membentuk konsep-konsep lain seperti etniksiti, etnosentrisme dan diskriminasi.

Berhenti dan Reflek

Apakah yang anda fahami tentang konsep etniksiti,etnosentrisme dan diskriminasi? Bincangkan dalam kumpulan, adakah wujud etniksiti, etnosentrisme dan diskriminasi dalam masyarakat majmuk di Malaysia?

Ras pula didefinisikan sebagai kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal di mana ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Warna kulit merupakan ciri yang paling nyata untuk membezakan kumpulan manusia.

Minoriti merujuk kepada bilangan penduduk yang dianggap sebagai kumpulan yang lebih rendah statusnya dan sering didiskriminasikan. Kriteria yang digunakan untuk mengkategorikannya ialah etnik dan ras. Menurut Roureck dan Warren (1979), masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun serta menjalankan aktiviti secara kolektif. Masyarakat juga dikatakan sebagai satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga

terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan kebudayaan. Kelompok pula merupakan sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh masyarakat. Kelompok terbahagi kepada dua; kelompok asas dan kelompok sekunder. Ciri-ciri kelompok asas adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Interaksi bersemuka yang berterusan Identifikasi peribadi yang kuat dengan kelompok Hubungan kemesraan yang erat dalam kalangan ahli Hubungan yang pelbagai bentuk Hubungan yang lebih berkekalan

Ciri-ciri kelompok sekunder pula adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Interaksi bersemuka yang terhad Identifikasi peribadi dengan kelompok lemah Pertalian antara ahli kelompok lemah Hubungan antara ahli renggang dan terhad Hubungan biasanya tidak berkekalan

Antara alasan masyarakat untuk saling bergantung dan bergabung dalam sesebuah kelompok adalah seperti berikut: i. ii. Keamanan Status Harga Diri
9

iii. iv. v. 1.3

Afiliasi: Dapat memenuhi keperluan sosial Kekuatan Pencapaian Tujuan Jenis dan Demografi Kelompok

Achille Guillard (1885), merupakan orang pertama yang menggunakan istillah Demografi ini dalam karyanya yang berjudul Elements of Human Statistics or Comparative Demography. Perkataan Demografi berasal dari bahasa Yunani demos bermaksud penduduk di sesuatu kawasan manakala grafein pula bermaksud menulis tentang sesuatu perkara. Demografi kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu kawasan. Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian), Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan penduduk manusia. Demografi kelompok di Malaysia pula terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Golongan bumiputera Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum etnik di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak. Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah sebanyak (14%).

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Bagaimanakah pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia berlaku?

10

Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan Sarawak. Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu ini telah membina asas peradaban yang mantap sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya. Peradaban Islam serta Peradaban India amat mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia Tenggara. Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat kirakira 17 suku kaum etnik yang menetap di sini. Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang terdapat di Malaysia. Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan.

Apakah yang dimaksudkan dengan difusi?

11

Rumusan

Kesimpulannya, budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undangundang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Bagi negara Malaysia kita yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum, pastinya pelbagai budaya yang akan kita temui. Gagasan 1Malaysia dijadikan sebagai garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia

antarabangsa.Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkankeperibadian kcbangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. Sebagai seorang guru, inilah cabaran yang harus dihadapi iaitu penerapan budaya kepada murid-murid dan bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai budaya setempat. Maka, setiap guru perlu memahami dan mendalami konsep budaya kerana sekolah merupakan satu medium untuk mewujudkan konsep 1Malaysia.

12

Latihan/Aktiviti

Objektif 1. Menurut Koentjaraningrat (2002), budaya mengandungi tujuh unsur utama. Yang manakah antara berikut bukan unsur tersebut? A. Sistem pengetahuan B. Bahasa C. Kesenian D. Bangsa 2. Apakah yang dimaksudkan dengan kelompok? A. Sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh masyarakat. B. Analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu kawasan. C. Satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun serta menjalankan aktiviti secara kolektif. D. Bilangan penduduk yang dianggap sebagai kumpulan yang lebih rendah statusnya dan sering didiskriminasikan. 3. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Apakah yang dimaksudkan dengan budhi? A. Kekuatan kuasa B. Kecergasan fikiran dan akal C. Bertenaga D. Berjiwa masyarakat 4. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya. Pertama ialah membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identity. Apakah peranan yang kedua bagi pembentukan budaya? A. Membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri. B. Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. C. Memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. D. Identifikasi peribadi dengan kelompok lemah 5. Nyatakan ciri-ciri utama masyarakat. a) _____________________________ b) _____________________________ c) _____________________________ d) _____________________________ 6. Nyatakan dengan jelas apakah unsur-unsur budaya beserta dengan contoh yang berkaitan.

13

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

A.Aziz Deraman (1994), Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negeri Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.Majid. (2011) Siri Pendidikan Guru Budaya dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin (2007), Budaya yang Tercabar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiada nama ( 5 April 2011 ) . Rakyat Malaysia perlu jadi bangsa pencipta. Berita Harian Online Nasional. Muat turun pada 25 Mac 2012 Dari Laman Sesawang http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatMalaysiaperlujadibangsapencipta/Arti cle. Zaid Ahmad et al. (2006), Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

14

TAJUK 2

KESEDARAN KEPELBAGIAN SOSIOBUDAYA

Sinopsis Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup manusia. Cara hidup yang dimaksudkan adalah seperti pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani serta menjadi amalan hidup manusia sehingga terciptanya hasil-hasil ciptaan dan satu gaya hidup manusia ketika melaksanakan sesuatu perkara. Pernahkah anda fikir tentang kepentingan kepelbagaian sosiobudaya dalam sesebuah masyarakat? Adakah perbezaan sosiobudaya ini akan memberikan kesan kepada sistem masyarakat demokrasi di negara kita? Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mewujudkan corak sosiobudaya yang berbeza. Dengan corak sosiobudaya ini tidak menjadi tembok penghalang untuk wujudkan pelbagai jurang dalam sistem demokrasi. Dengan adanya pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat lain, mereka akan menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama dan toleransi antara kaum. Pelajar perlu peka dan sensitif dengan kepelbagaian sosiobudaya. Dalam konteks pendidikan, pelajar di sekolah harus didedahkan kepada kepelbagian sosiobudaya dalam masyarakat agar dapat belajar dalam suasana yang kondusif walaupun berhadapan dengan murid dari kaum yang berlainan. Justeru ini, topik ini akan memberikan pendedahan konsep-konsep yang berkaitan dengan kepelbagaian sosiobudaya. Kepelbagaian sosio budaya ini boleh ditinjau dari segi bangsa, bahasa, struktur masyarakat/kelas sosial, adat resam, jantina dan kepercayaan. Bancian penduduk yang telah dianalisis pada tahun 2011 telah menunjukkan Malaysia mempunyai 28.3 juta penduduk. Rakyat di negara kita terdiri daripada lebih 200 etnik. Antara kumpulan terbesar terdiri daripada Melayu, Cina, India, KadazanDusun, Banjar, Iban dan lain-lain lagi. Daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7). Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah. Hasil Pembelajaran Menganalisis kepelbagaian sosiobudaya Menjelaskan konsep bangsa, masyarakat dan kelas sosial Menghuraikan bentuk kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina dalam kepelbagaian sosiobudaya masyarakat di Malaysia Membuat perbandingan budaya daripada pelbagai aspek Menghuraikan ciri-ciri persamaan budaya dan amalan etnik/kaum di Malaysia

15

2.1 Bangsa Dalam kalangan saintis sosial, menyelesaikan definisi bangsa bukannya dengan membincangkan perkataan tersebut sebaliknya terhad pada ciri-ciri biologi seseorang. Salah satu definisi bangsa yang dikemukakan oleh Krogman dalam buku The Concept of Race ialah:
Bangsa merupakan sub kumpulan orang yang memiliki ciri-ciri kombinasi fizikal asal-usul genetik. Kombinasi ini membezakan sesuatu sub kumpulan tersebut daripada yang lain. Kombinasi apabila terdapat perubahan pada keturunan dan sub kumpulan yang mendiami sesuatu kawasan.

Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Bangsa menurut Kamus Dewan (1999) merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Secara umumnya, konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asalusulnya serta serupa sifat-sifatnya. Bangsa juga bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya (Kamus Pelajar, 1993).

Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan bangsa. Dalam konteks negara kita Malaysia, kefahaman tentang identiti bangsa yang berbilang kaum dapat mewujudkan toleransi dan memiliki identiti bersama, yang bersatu padu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.

Berhenti dan reflek

Peristiwa 13 Mei 1969 adalah peristiwa hitam negara yang wujud akibat daripada prasangka, amalan diskriminasi dan prejudis dalam kalangan etnik. Cuba anda fikir sejenak, apakah iktibar yang kita dapat daripada peristiwa ini?

Dalam membincangkan bangsa dan pelbagai budaya, kita harus memahami konsep integerasi. Apakah yang anda faham mengenai integerasi sosial? Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan integrasi sosial. Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan berbagai unsur dalam masyarakat.Yang dimaksud dengan unsur adalah kelompok-kelompok dalam masyarakat, seperti suku bangsa, umat beragama, dan lain-lain.Berikut diringkaskan cara penyerapan budaya tersebut :

16

Integrasi Budaya

Perlaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi.

Integrasi

Asimilasi

AAmalg

Pllisme

Akomodasi

Akulturasi

Rajah 2.0 Struktur Integrasi Budaya Asimilasi Proses Asimilasi adalah merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu yang datang dari etnik dan kebudayaan yang berlainan supaya menjadi satu dengan etnik yang dominan. Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan secara berlainan, akhirnya bersatu dlm kesatuan sosial serta budaya yang sama. Formula: A+B+C=A A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Terdapat dua jenis asimilasi iaitu asimilasi budaya dan sosial. Asimilasi budaya : proses di mana kumpulan minoriti mempelajari ciri-ciri kebudayaan masyarakat setempat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, misalnya cara berpakaian, bahasa dan adat resam. Asimilasi struktur : proses di mana kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan. Hal ini tidak bermakna, kumpulan minoriti akan kehilangan identiti asal cuma mengalami perubahan dengan menyertai struktur majoriti.

Amalgamasi Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. Formula : A+B+C=D A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan. D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A, B dan C.

17

Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Pluralisme Formula : A + B + C= A + B + C ABC kekalkan ciri kelompok dan budaya masing-masing Konsep ini mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik dalam masyarakat. Bertentangan dengan konsep asimilasi & amalgamasi. Berasaskan teori kepelbagaian punca kekuatan. Percantuman pelbagai etnik akan mengayakan lagi warisan sesebuah masyarakat.

Akomodasi Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain tetapi pada masa yang sama tetap mempertahankan budaya hidup masingmasing.

Akulturasi Akulturasi merupakan satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain. Membolehkan masyarakat meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budayaasal. Kesimpulan: pelbagai proses telah berlaku dalam membentuk kebudayaan masyarakat. Sesuatu kaum patut mengetahui sensitiviti, pantang larang dan kepercayaan kaum yang lain supaya berhati hati dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Mendapatkan maklumat lanjut mengenai contoh-contoh integrasi budaya. Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda.

18

2.2 Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial Masyarakat merujuk kepada sekelompok orang yang memiliki identiti sendiri dan mendiami wilayah atau daerah tertentu, serta mengembangkan norma-norma yang harus dipatuhi oleh para anggotanya. Masyarakat juga dikenali sebagai satu kumpulan dari individu-individu yang saling berinteraksi, dan yang mempunyai tujuan bersama dan yang memiliki kepercayaan , sikap dan perilaku yang sama (Krech et al, 1962). Struktur masyarakat atau sosial merupakan susunan yang terdiri daripada unsur sosial yang asas dalam masyarakat iaitu kelompok, kelas sosial, nilai dan norma sosial serta lembaga sosial. Menurut Radclife-Brown, struktur sosial adalah suatu rangkaian kompleks dari relasi-relasi sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Dengan demikian, struktur sosial meliputi relasi sosial di antara individu dan perbezaan individu dan kelas sosial menurut peranan sosial mereka. Struktur sosial juga merupakan cara bertindak, berfikir dan berperasaan yang berada di luar individu tetapi mengikat. Hal ini bermaksud, kelas sosial tertentu mempunyai cara hidup yang tertentu. Terdapat dua kategori struktur sosial iaitu :
Kategori Struktur Sosial Perbezaan fungsi dan adat

Perbezaan tahap

- keturunan/kasta - tingkat pendidikan - kekayaan - usia

- suku bangsa - ras - golongan/kelompok -jenis keluarga - agama

Rajah 2.1 Kategori Struktur Sosial Ciri-ciri Struktur Sosial 1. Muncul pada kelompok masyarakat Struktur sosial hanya bisa muncul pada individu-individu yang memiliki status dan peranan. Status dan peranan setiap individu hanya berfungsi ketika mereka berada dalam suatu sebuah kelompok atau masyarakat. Pada setiap sistem sosial terdapat macam-macam status dan peranan individu. Perbezaan status merupakan gambaran hak dan kewajiban yang berbeza. 2. Berkait rapat dengan kebudayaan

19

Kelompok masyarakat lama kelamaan akan membentuk suatu kebudayaan. Setiap kebudayaan memiliki struktur sosialnya sendiri. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai dengan kebudayaan yang bervariasi ragam. Hal ini menyebabkan struktur sosial yang wujud dan berkembang di negara kita adalah pelbagai. 3. Dapat berubah dan berkembang Status, kedudukan individu atau kelompok dalam struktur sosial tidak bersifat kekal melainkan dapat mengalami perubahan atau perpindahan. Perpindahan posisi dalam struktur sosial yang dialami oleh individu atau kelompok dalam struktur sosial dikenali sebagai mobiliti sosial. Stratifikasi sosial menunjukkan ketidaksamaan antara individu dalam masyarakat. Manusia disusun atur dalam hierarki dan tertakluk kepada ganjaran kebendaan dan bukan kebendaan. Lagi tinggi kedudukan dalam sesuatu hierarki, lagi banyak ganjaran diperoleh dan sebaliknya. Stratifikasi sosial menitikberatkan unsur status sosial iaitu kedudukan atau tempat seseorang dalam struktur sosial. Status seseorang boleh diperoleh sejak lahir (ascribed status), diberikan kerana jasa dan prestasi (assigned status) atau perjuangan (achieved status). Masyarakat kini lebih menghargai status yang diperoleh daripada jasa atau perjuangan berbeza dengan masyarakat dahulu yang lebih mengagungkan status yang diperoleh sejak lahir. Kelas sosial ialah golongan individu yang mengundang, memiliki cara hidup, hak istimewa dan prestij. Kelas sosial ini digambarkan melalui ciri-ciri yang ada pada diri seseorang atau kelompok yang menunjukkan statusnya seperti cara berpakaian, cara bertutur, cara mengisi masa lapang dan sebagainya.

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Selepas berbincang, sila senaraikan implikasi kewujudan struktur sosial dalam sesebuah masyarakat. 1. _________________________________________ 2.__________________________________________ 3. _________________________________________

20

2.3 Kepercayaan Kepercayaan dapat didefinisikan sebagai satu fahaman dogmatis yang terjalin erat dengan adat istiadat hidup dari pelbagai suku bangsa terutamanya yang masih kuat pegangannya ataupun yang berfahaman kolot. Dengan kata lain kepercayaan adalah apa sahaja adat hidup bermula pada asal usul keturunan sesuatu suku bangsa. Dengan pengakuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara, mereka yang berpegang kepada kepercayaan-kepercayaan tertentu akan menaruh perasaan pasti terhadap perkara yang dipercayainya. Kepercayaan dari segi psikologi berbeza dengan kepercayaan dari aspek agama kerana psikologi menekankan sikap berkedudukan memihak manakala agama menjadikan kepercayaan sebagai batu asas pembangunan moral yang turut dikenali sebagai akidah ataupun iman. Agama dan fahaman yang berbeza mempunyai kepercayaan yang berlainan. Antaranya yang akan dikupas termasuklah agama Hindu yang mempercayai hukum karma dan pembahagian kasta, agama Buddha yang memperkenalkan prinsip empat kebenaran yang mulia dan jalan lapan lapis serta fahaman konfucianisme yang menekankan perasaan perikemanusiaan dan harga diri. Agama Hindu adalah agama yang mempunyai teras kepercayaan berdasarkan hukum karma dan dan pembahagian kasta. Hukum karma adalah kepercayaan kepada kehidupan yang baik selepas kematian kelak. Oleh itu, masyarakat India percaya bahawa sekiranya seseorang berbuat baikdan berbakti sepanjang hidup di dunia, orang tersebut akan memperoleh kehidupan yang baik selepas mereka mati. Menurut Salleh Faghirzadeh (2004), perkataan kasta bermakna ras dan warna yang murni. Sistem kasta menyusun manusia mengikut kelahiran mereka. Setiap kasta mempunyai fungsi sosial pekerjaan yang berbeza. Orang Hindu mengklasifikasikan kasta kepada empat kumpulan iaitu, Kesateria, Vaisya dan Sudra. Dalam sistem kasta, terdapat beberapa amalan yang dipanggil sati di mana janda kepada si mati perlu berkorban nyawa dengan membakar dirinya bersama-sama mayat suami yang meninggal dunia dan terdapat juga amalan yang melarang janda untuk berkahwin semula selepas kehilangan suami. Agama Hindu juga mempunyai lima mazhab dan percaya kepada tiga penjelmaan yang terdiri daripada dewa Brahma ( dewa pencipta), dewa Vishnu ( dewa pelindung) dan dewa Siva (dewa pemusnah). Kitab yang dipegang oleh pengganut agama Hindu adalah Kitab Veda yang membimbing mereka tentang upacara keagamaan, tafakur dan amalan-amalan lain dilakukan. Secara keseluruhannya, jelas di sini bahawa masyarakat Hindu percaya kepada dewa-dewi, unsur-unsur alam, unsur-unsur jahat, roh dan penunggu. Kegagalan mengikuti segala peraturan dalam kepercayaan ini bakal membawa kepada kemusnahan dan malapetakan nasib yang buruk kepada penganutnya.

21

Saivisme (Menyembah dewa Siva) Sakhta (Menyembah dewa Sakti) Vaishnavisme (Menyembah dewa Vishnu)

Mazhab Agama Hindu

Ganapathy

Saura

Rajah 2.2 Mazhab Agama Hindu

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah

Brahmin = Sami, cendekiawan dan pendeta Kesateria = Rojamya: pemerintah, bangsawan dan pahlawan Vaisya = peniaga dan petani Sudra = hamba dan pekerja yang terdiri daripada dua kategori iaitu sudra bersih dan sudra yang kotor yang di panggil Harijan

Agama Buddha juga merupakan antara agama yang utama di dunia. Pengasas agama ini ialah Siddharta Gautama Buddha. Beliau telah memperkenalkan prinsip empat kebenaran yang mulia dan jalan lapan lapis dalam agama Buddha. Prinsip Empat Kebenaran yang Mulia Sifat penderitaan Punca asas untuk semua penderitaan Cara mengelakkan penderitaan Jenis usaha yang diperlukan untuk mencapai kebahagiaan Jalan lapan lapis adalah cara untuk menamatkan kesengsaraan dan penderitaan dalam prinsip-prinsip di atas. Antara jalan lapan lapis tersebut ialah kepercayaan dan pengetahuan yang baik, pengucapan yang baik, makna kehidupan yang baik, pemikiran yang baik dan pertapaan yang baik. Apabila seseorang pengganut Buddha berjaya melalui jalan ini, mereka akan mencapai nirvana dan membuang segala kesengsaraan dan penderitaan.

22

Selain itu, terdapat juga kefahaman konfucianisme yang merupakan fahaman dan menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Lima kebaikan di dunia menurut konfucianisme: Budi bahasa Kemurahan hati Amanah Rajin Baik hati Animisme juga merupakan antara kepercayaan yang masih diamalkan oleh masyarakat masa kini terutamanya di Sabah iaitu sesetengah suku kaum KadazanDusun, Murut, Rungus dan beberapa suku kaum minoriti yang lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati bahawa animisme merupakan anutan tertua masyarakat Melayu. Animisme ialah penyembhan atau kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus dan roh. Dr. Harun Nasution secara ringkas menjelaskan bahawa masyarakat primitif menganggap semua benda baik yang bernyawa atau tidak mempunyai roh. Ianya berkait rapat dengan aktiviti harian dan suasana kehidupan mereka yang bergantung sepenuhnya pada pertanian dan alam sebagai sumber ekonomi. Kesimpulannya, setiap masyarakat di dunia mahupun Malaysia mempunyai kepercayaan tersendiri dan menjadi pegangan hidup masing-masing. Oleh hal yang demikian, adalah penting bagi kita dalam dunia pendidikan untuk menyelami setiap kepercayaan masyarakat agar tidak timbul perselisihan faham akibat tidak tahu mengenai kepercayaan sesuatu kaum.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Pencapaian Nirvana dalam agama Buddha membolehkan seorang Buddha menjadi boddisatva. Bagaimanakah seseorang Buddha dapat mencapai nirvana? Jelaskan.

2.4 Bahasa Bahasa ialah alat perwujudan budaya untuk manusia saling berkomunikasi, bertujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Bahasa dikatakan bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa. Menurut R.A. Hall (1964), (dalam Siti Hajar Abdul Aziz,2008, p. 52), bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain yang mengandungi makna dan dan menggunakan lambanglambang arbitrari lisan adan pendengaran.
23

Terdapat dua fungsi bahasa iaitu : Fungsi umum : alat untuk berkomunikasi dan alat untuk mengadakan integrasi dan adaptasi sosial. Fungsi khusus : mengadakan hubungan dalam pergaulan sehari-hari, mewujudkan seni (sastra), mempelajari naskhah-naskhah kuno, dan untuk mengeksploitasi ilmu pengetahuan dan teknologi.

Bahasa mempunyai simbol dan perlambangan untuk sesuatu kelompok. Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol tersebut. Dalam proses komunikasi, semuaisyarat dihantar melalui saluran komunikasi yang tertentuyang dapat difahami oleh semua ahli masyarakat yang lain. Seperti yang kita tahu bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Bahasa Melayu menjadi alat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan budaya. Mengikut Akta Pendidikan 1996, bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan. Bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah jenis kebangsaan. Dalam konteks pendidikan, bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu? Sebagai seorang guru, anda perlulah mengenali pelajar anda terlebih dahulu daripada aspek latar belakang, budaya, kekuatan dan kelemahan serta minatnya sebelum anda mengaplikasikan pelbagai pedagogi yang bersesuaian dalam pengajaran bahasa supaya matlamat tercapai. 2.5 Adat Resam Adat didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang dilakukan secara harian ataupun bermusim berpandukan bulan atau tahun yang telah diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Konsep adat ini pelbagai mengikut takrif oleh sesebuah masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Melayu tradisional, konsep adat ini sering dimaksudkan dengan beberapa tahap makna yang berlainan. Antaranya ialah agama, kepercayaan, perundangan, sistem ekonomi, politik dan kekerabatan.

24

Agama

Perundangan

Adat (upacara / kebiasaan)

Kepercayaan

Sistem ekonomi, politik, kekerabatan

Rajah 1.4 : Konsep adat Manakala adat resam pula bermaksud cara yang sudah menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat. Adat resam bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup tetapi tidak di zahir kan. Apabila ianya di zahir kan, pelaksanaannya dapat dilihat misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya. Hal itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat resam sesuatu masyarakat itu. Adat resam memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Adat resam ini merangkumi pelbagai aspek antaranya ialah kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian. Adat resam masyarakat di Malaysia boleh dilihat berasaskan masyarakat berikut : a) Adat resam masyarakat Melayu b) Adat resam masyarakat Cina c) Adat resam masyarakat India d) Adat resam masyarakat etnik di Sabah e) Adat resam masyarakat etnik di Sarawak f) Adat resam masyarakat orang Asli Adat Resam Masyarakat Melayu

25

Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan Melayu. Ada berpendapat perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaju . Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas. Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras. Namun begitu, masyarakat Melayu ini turut terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun nya. Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperoleh melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Terdapat beberapa adat berunsurkan Hindu dan Buddha yang masih diamalkan sehingga ke hari ini seperti upacara persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, Islam menjadi pengaruh yang paling kuat dalam kebudayaan dan adat Melayu. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Bagi adat yang bertentangan dengan ajaran Islam, ia telah ditinggalkan manakala adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan tetapi disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama. Dalam masyarakat Melayu, apabila seseorang wanita hamil beberapa adat dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan makhluk halus. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:

Menempah bidan Menjamah perut Melenggang perut Mandi melenggang perut Mengadap semangat

Dari segi perlakuan pula, terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh wanita yang hamil.

Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Maghrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin. Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat. Wanita hamil dilarang ketawa, menghina dan mengejek orang kerana dikhuatiri sifat sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir. Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai gelap masa depan.

Antara adat masyarakat Melayu bagi menyambut bayi yang baru dilahirkan ialah adat bercukur atau potong jambul, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan
26

adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi dan biasanya diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa sebelum ditanam di halaman. Adat membelah mulut dalam masyarakat Melayu ialah melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Adat Resam Masyarakat Cina Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka. Adat dan pantang larang semasa ibu mengandung dan selepas melahirkan bayi dalam masyarakat Cina bertujuan memelihara bayi yang bakal dilahirkan agar tidak ditimpa kejadian yang tidak diingini. Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibenarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga jaga supaya tidak terperanjat dengan benda benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira kira sebulan selepas bersalin. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya kata kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun. Apabila berlaku kematian, pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni tetapi memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu sewaktu melawat ke rumah si mati. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih, duit kertas dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Lazimnya, pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang-kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji panji yang ditulis dengan kata kata pujian kepada si mati. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula gula yang diberi itu boleh dimakan.

27

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Adat Resam Masyarakat India Masyarakat India merupakan salah satu etnik yang terbesar di Negara kita dimana mereka telah menjejak kaki ke tanah Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Kedatangan mereka ke tanah Melayu pada mulanya bukanlah untuk tujuan menetap di Negara kita tetapi hanya untuk bekerja di tempat ini. Namun setelah berada disini, masyarakat ini telah tersebar ke seluruh tanah Melayu malah ada yang menetap secara tetap setelah berkahwin dengan orang tempatan. Kesannya, banyak budaya dan adat resam masyarakat India dapat dilihat di Negara kita sehingga masa kini. Persamaan budaya dari segi kelahiran serta perkahwinan dapat dilihat dalam masyarakat India dengan masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun, disini kita tidak akan dapat menjelaskan secara terperinci adat resam kaum India kerana masyarakat ini juga mempunyai pelbagai suku yang pelbagai seperti masyarakat Melayu dan Cina. Oleh itu, segala yang diberikan hanyalah adat secara umum yang dapat dilihat pada masa kini. Salah satu adat yang dapat dilihat oleh masyarakat India semasa kandungan pertama wanita India ialah adat valaikaappu. Adat ini dilakukan ketika kandungan wanita mencapai usia tujuh hingga sembilan bulan dimana wantia tersebut akan diberikan sebuah gelang tangan baharu untuk dipakai. Penyerahan gelang tangan ini untuk dipakai mestilah berdasarkan hari dan tarikh yang baik menurut kalender India. Pada hari tersebut, hadiah yang dikenali sebagai ciir yang mengandungi barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan akan diberikan kepada wanita tersebut. Wantia tersebut perlulah mandi menggunakan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan dan kemudian barulah berhias seperti pengantin. Suaminya seterusnya akan mengalungkan kalungan bunga kepada dia setelah selesai berhias. Apabila wantia tersebut melahirkan anak, waktu itu akan menentukan bintang bayi tersebut mengikut amanak Hindu. Dengan itu, ia akan menentukan mentel, fizikal dan rohani bayi apabila dia membesar nanti. Hal ini hanya akan dilakukan oleh sami atau orang yang mahir dalam agama Hindu. Bisikan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera akan dilakukan kepada bayi tersebut sebelum tali pusat dipotong. Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama dengan duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Ini adalah bertujuan supaya ianya tidak dikorek oleh haiwan atau untuk tujuan sihir. Bayi yang baru lahir ini juga akan disapu dengan gula atau madu untuk melembutkan lidahnya bagi tujuan pertuturan yang baik. Upacara aalati dilakukan sebelum membawa bayi masuk ke dalam rumah. Ini adalah bagi mengelakkan
28

malapetaka atau pekara yang tidak baik. Dua minggu pertama, orang luar tidak akan dibenarkan untuk melawat bayi tersebut. Pemberian nama pula akan diberikan pada hari yang ke enam belas. Nama yang diberikan biasanya berdasarkan almanak Hindu berdasarkan tarikh lahir. Pemberian nama berdasarkan tokoh-tokoh Hindu, nenek moyang serta yang berkaitan juga boleh dipertimbangkan kerana ianya akan memberi pengaruh kepada perwatakan yang baik.

Adat Resam Masyarakat Iban Iban merupakan kaum majoriti yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Hingga masa kini, banyak warisan yang masih dapat dilihat dengan jelas oleh masyarakat Iban walau dimana mereka berada. Seperti etnik lain, orang Iban juga terdiri daripada suku yang mempunyai adat yang hampir sama namun terdapat perbezaan dari segi yang lain berdasarkan geografi mereka. Seperti masyarakat India, masyarakat Iban juga sangat mementingkan adat dan pantang larang semasa kelahiran anak. Terdapat beberapa pantang larang yang dapat dilihat khas untuk suami isteri apabila isterinya sedang mengandung tujuh bulan, antaranya ialah; Dilarang mengali parit di kawasan sawah padi atau dimana sahaja. Dilarang memotong kayu yang menjalar di atas tanah kerana mungkin akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. iii. Wanita dilarang menuang minyak ke tapak tangan untuk disapu pada rambut kerana bayi yang lahir akan bernanah. iv. Dilarang mengetuk telur menggunakan pisau kerana dikhuatiri bayi cacat penglihatan. v. Dilarang menanam pokok pisang supaya bayi tidak berkepala besar. vi. Dilarang memukul batu-batu tajam di dalam raga kerana berkemungkinan bayi akan lumpuh. vii. Kura-kura tidak dibenarkan masuk ke bilik supaya bayi tidak tersekat di rahim semasa dilahirkan. Selepas bersalin, wanita Iban mestilah berpantang selama 30 hari. Pengiraan dilakukan dengan menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Selepas bersalin, wanita ini akan menjalani satu malam yang dipanggil malam berdiang, dimana si ibu perlu duduk dekat dengan ungun api dimana kayu api yang digunakan mestilah dari jenis kayu yang baik. Selepas bayi berusia empat hari, adat melihat matahari dan merasa garam dijalankan apabila pusat bayi sudah tertanggal. Bayi akan dibawa ke tanju atau anjung luar sambil melihat matahari dan dirasakan dengan garam. Doa atau mantera akan dibacakan untuk memelihara kesihatan bayi. Nama timangan akan diberikan kepada bayi ini sebelum ia diberikan nama rasmi. Selalunya nama timangan adalah berdasarkan nama moyang mereka yang handal dan berjasa. Ini adalah bertujuan supaya anak ini juga akan menjejak langkah yang sama seperti nenek moyang mereka. Selepas itu, barulah nama rasmi akan dibuat. Pemilihan beberapa nama akan dilakukan dan ditulis pada papan dimana akan terdapat beberapa kepalan nasi. Upacara manok tawai dilakukan dimana ayam
29

i. ii.

jantan akan dilepaskan dan melihat di mana ayam tersebut akan mematuk nasi yang mempunyai nama-nama yang terpilih. Kepalan nasi pertama yang dipatuk akan menjadi pilihan nama bagi bayi tersebut dan barulah nama akan disebarkan kepada seluruh penduduk kampung yang terdekat. Acara mandi sungai khas untuk bayi akan dilakukan selepas nama diberi. Tujuannya adalah supaya bayi akan membiasakan diri dengan air sungai. Disini, dua orang lelaki diperlukan untuk menetak air sungai serta membaca mantera sambil diiringi oleh dua orang wantia. Bayi tersebut akan dipakaikan dengan kain pua belantan diikuti oleh orang ramai. Mantera yang dibaca akan memohon supaya bayi tersebut menjadi orang yang sempurna dan berguna. Selepas baca mantera, dua lelaki itu akan menetak air dan menyembelih ayam. Nama bayi akn diumumkan ketika itu. Setelah selesai dimandikan, bayi akan dibawa pulang dengan iringan paluan gendang. Bayi akan dipangku diatas tawak atau gong yang diletakkan ditengahtengah ruai. Ianya akan diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Acara berakhir dengan kenduri mandi anak dimana tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan.

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Buat penyelidikan di perpustakaan untuk mencari adat resam kaum Iban dari segi perkahwinan.

Adat Resam Masyarakat Kadazan Masyarakat Kadazan juga dikenali sebagai masyarakat Dusun, dimana perbezaan timbul kerana faktor geografi dimana masyarakat Kadazan lebih tertumpu pada kawasan bandar manakala masyarakat Dusun lebih tertumpu kepada kawasan perkampungan. Masyarakat ini merupakan salah satu kaum majoriti yang terdapat di negeri Sabah.

30

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Dalam kumpulan, layari internet untuk mendapat maklumat mengenai jumlah etinik di seluruh Negeri Sabah.

Berikut merupakan adat resam yang masih diamalkan oleh masyarakat Kadazan berkenaan dengan kelahiran. Bidan memainkan peranan yang sangat penting sepanjang menjaga kelahiran bayi dalam masyarakat Kadazan. Ia terdiri daripada wanita tua yang mahir dalam selok-belok perubatan masyarakat Kadazan. Pantang selepas melahirkan anak sangat dititik beratkan dalam masyarakat ini. tempoh pantang pula dalah berbeza mengikut kelas sosial masyarakat tersebut dimana masyarakat biasa akan berpantang selama 7 hari, diikuti masyarakat berdarjat selama 21 hari dan masyarakat paling tinggi darjat selama 44 hari. Beberapa pantang yang mesti dilakukan sepanjang berpantang ini ialah seperti seorang suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah. Kawalan mistik juga dilakukan oleh bidan bagi menghalang ganguan makhluk halus. Biasanya daundaun limau akan diletakkan sekitar tempat ibu itu bersalin. Bagi ibu yang bersalin, pantang yang perlu dipatuhi ialah seperti tidak dibenarkan makan ikan yang bertullang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur. Bayi pula tidak dibenarkan dibawa ke ruang terbuka bagi mengelakkan gangguan roh jahat yang disebut Rogon Gaiyoh. Pintu rumah pula akan dilekatkan dengan daun wongkong bagi menandakan bahawa keluarga menerima ahli baharu. Oleh itu, sahabat handai tidak akan dibenarkan melawat kecuali saudara mara terdekat. Adat menamakan bayi dilakukan apabila bayi berusia lapan hari. Anak ini akan diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara dilakukan bagi mengelakkan roh jahat Rogon Gaiyo memberi nama terlebih dahulu kepada bayi tersebut. Dengan itu, roh ini berhak menuntut bayi tersebut. Pemberian nama rasmi dilakukan di beranda rumah dimana bayi benenarkan keluar rumah untuk kali pertama. Upacara ini dikenali sebagai Madsapi atau Modsopik. Mentara dan tatacara yang lengkap dan teratur akan dilakukan untuk memberi nama yang sesuai supaya anak itu akan menjadi berguna pada masa hadapan. Upacara turun tahan yang dikenali sebagai Mintuhun atau Minuhu dilakukan ketika bayi berusia satu bulan. Beberapa barangan yang perlu dibawa ketika ini bersama dengan ibu bayi tersebut ialah; i. ii. Berait atau bakul yang dianyam dengan rotan, bertutup dan bertali untuk disandang Sebilah mamadik yang dikenali pisau kecil untuk menghalau roh jahat
31

iii. Serangkai komburungoh iv. Sebua siud Tapak kaki bayi tersebut akan diconteng dengan arang kuali sehingga ke dahinya sebelum memijak tanah. Ibunya akan membawa sedikit rumput-rumpai dari halaman sebelum kembali kedalam rumah. rumput tersebut kemudiannya dicampur dalam mandian bayi tersebut. Adat Resam Masyarakat Orang Asli Masyarakat orang Asli merupakan penduduk peribumi asal di tanah Melayu. Mereka ini terdiri daripada tiga kumpulan yang utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Kebudayaan dan adat resam yang pelbagai menjadikan mereka memiliki unit warisan yang sangat unik dan tersendiri. Sama seperti masyarakat lain, disini kita akan melihat secara umum mengenai adat resam bagi kelahiran bayi dalam masyarakat ini. Bidan akan dipilih untuk menjaga keseluruhan proses kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga. Ketika kandungan berusia tujuh bulan, upacara melenggang perut akan dilakukan bagi menjaga keselamatan ibu dan bayi tersebut daripada ganguan semangat jahat. Selain itu, wantia mengandung juga tidak boleh mentertawakan binatang lain kerana risau bahawa muka anak yang dilahirkan sama seperti haiwan tersebut. Dialarang bekerja waktu subuh kerana dikhuatiri bayi tidak bermaya kerana semangatnya tergangu. Mengetuk paku pada sebelah petang juga tidak dibenarkan kerana bayi atau ibu akan sakit atau mati. Pemberian nama bayi pula selalunya dilakukan selepas bayi selamat dilahirkan. Ianya selalunya berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan atau tempat yang berdekatan dengan bayi ketika ia dilahirkan. Ada kalanya nama yang diberikan tidak sesuai dan ibu bapa kandung bayi tersebut perlu menjual bayi tersebut bagi mengelakkannya sakit atau mati. Bayaran akan dibuat kepada ibu bapa baharu sebagai penyerahan anak tersebut. Tidak berapa lama kemudian, bayi akan dipulangkan semula kepada ibu bapa kandungnya. Kadang-kadang, nama perlu diubah kerana tidak sesuai. Jamuan dilakukan sempena penyerahan semula bayi ini. Tali pusat bayi yang ditanggalkan juga dijaga dengan baik. Ianya akan dibungkus sebaik-baiknya bersama-sama dengan sebiji atau tiga biji lada hitam. Ianya akan digantung atas api untuk memelihara kesihatan bayi tersebut. Sekiranya bayi tersebut sakit, tali pusat ini akan direndam dalam air untuk diminum oleh bayi tersebut. Inia dalah kerana berangapan bahawa bayi tersebut adalah kononnya adik-beradik kepada bayi tersebut. Kesimpulannya, semua etnik masyarakat mempunyai adat resam yang berbeza dan pelbagai. Walaupun dunia semakin moden, kita tidak harus memandang remeh terhadap adat resam sesuatu etnik. Adat yang dimiliki ini sepatutnya diwarisi secara turun-temurun oleh ahli keluarga bagi menjaga warisan nenek moyang mereka sesuai dengan ajaran agama.

32

2.6 Jantina Jantina dan Gender adalah dua aspek perbezaan antara lelaki dan perempuan yang dikategorikan kepada penjelmaan secara biologi dan ciri-ciri sosial dan budaya dalam masyarakat. Jantina turut disebut sex dalam bahasa Inggeris untuk membuat perbezaan secara fisiologi kerana jantina dari segi biologi adalah dikaitkan dengan penjelmaan manusia dari aspek sexuality. Dalam Bahasa Inggeris, perkataan sex merujuk kepada jantina yang ditentukan ciri-ciri fisiologi. Wanita dibezakan daripada lelaki dari segi jenis kemaluan, kewujudan payudara yang membesar setelah baligh dan hormon yang bertindakbalas dengan cara yang berlainan untuk lelaki. Fisiologi wanita membolehkan mereka hamil dan melahirkan dan menyusukan anak. Bagaimana wanita dan lelaki diklasifikasikan merujuk kepada ciri-ciri biologi yang ada pada setiap jantina dengan dipanggil biological determinism ,Ruzy (2006). Menurut Butler dan Mannning (1998), The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behaviour that identify one as either male or female. Gender ialah persepsi, perlakuan dan tindak tanduk individu dan masyarakat yang terhasil daripada proses sosialisasi (masyarakat) yang membezakan peranan, tanggungjawab, pengagihan kuasa, pengagihan sumber dan hak-hak antara lelaki dan wanita. Secara mudahnya gender ialah satu sifat yang melekat pada kaum lelaki mahupun wanita yang dibina secara sosial dan budaya.Tidak semua budaya memberikan keutamaan kepada golongan lelaki tetapi kebanyakannya tidak mementingkan golongan perempuan. Hal ini dapat dilihat dari aspek sosiobudaya sesetengah masyarakat dan kaum yang menjadikan lelaki sebagai perlambangan kepada penyambung generasi dan memberi melanjutkan keturunan. Kaum Melayu Keutamaan Gender Lelaki Huraian Lebih kepada unsur Islam yang menetapkan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita yang sifat semulajadinya lemah. Anak lelaki sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ibu bapa walaupun sudah berkahwin manakala wanita yang sudah berkahwin terletak di bawah tanggungjawab suami. Menurut unsur Yang dan Yin lelaki adalah Yang iaitu aktif dan perempuan Yin iaitu pasif. Dikaitkan dengan tanggungjawab dan kuasa dalam rumahtangga. Anak lelaki dikatakan penyambung generasi dan boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Dalam masyarakat India, sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga bersama (joint-family). Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri-isteri serta anak-anak mercka yang masih belum berkahwin. Anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya dan bilangan anggota keluarga bersama adalah tidak terhad. Jadual 2.0 Keutamaan Gender 3 buah kaum di Malaysia

Cina

Lelaki

India

Lelaki

33

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Apakah kaum dan masyarakat lain yang mengutamakan anak lelaki dalam struktur sosialnya? Bincangkan.

Rumusan

Secara keseluruhannya, dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam suasana aman dan damai, persefahaman adalah perkara yang paling penting terutamanya dari segi memahadi sosiobudaya setiap etnik di Malaysia. Dengan kesepaduan yang dapat dicapai, kemaslahatan Negara dapat dipastikan manakala sistem sosial dan nilai moral akan sentiasa terjaga daripada campur tangan pihak luar. Hubungan erat antara masyarakat dapat membantu menghasilkan bukan sahaja Negara yang aman tetapi juga kestabilan politik dan ekonomi kerana wujudnya sikap toleransi antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa, budaya, adat resam, kepercayaan mahupun sosioekonomi.

34

Latihan/Aktiviti

Soalan Objektif

1. Integrasi antara budaya akan berlaku apabila berlakunya pertembungan antara budaya yang berlainan. Setiap kaum masih mempunyai hak untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing walaupun terdapat perbezaan antara budaya.Berdasarkan kenyataan di atas, apakah proses integrasi budaya tersebut?

A. Asimilasi B. Akomodasi C. Pluralisme D. Akulturasi

2. Antara berikut yang manakah tindakan yang sesuai diambil oleh guru dalam menghadapi kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas.

A. Merumuskan hasil pembelajaran mengikut kaca mata budaya murid sendiri B. Menggunakan bahasa setempat supaya murid selesa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran C. Membentuk kumpulan yang sama sosio budaya bagi memudahkan murid berinteraksi secara terbuka di dalam kelas D. Melaksanakan langkah pencegahan bagi menyekat kemungkinan berlaku aktiviti perkauman yang tidak diingini

35

3. Berikut adalah unsur sosial yang asas dalam masyarakat kecuali A. lembaga sosial B. norma sosial C. status sosial D. nilai sosial

4. Selain hukum karma, apakah teras kepercayaan agama Hindu? A. Penjelmaan dewa-dewa B. Kehidupan semula selepas mati C. Kasta D. Kesengsaraan dan kepahitan hidup

5. Apakah aspek yang membezakan antara jantina dan gender? A. Biologi dan fisiologi B. Seksualiti dan bentuk tubuh C. Biologi dan sosiobudaya D. Sosial dan budaya Soalan Struktur

1. Nyatakan dua kategori struktur sosial dalam sesebuah masyarakat a. ________________________________________________________ _ b. ________________________________________________________ _

2. Apakah yang dimaksudkan dengan adat? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

36

3. Senaraikan tiga daripada enam perkara penting dalam jalan lapan lapis kepercayaan agama Buddha. a. ________________________________________________________ _ b. ________________________________________________________ _ c. ________________________________________________________ _ d. ________________________________________________________ _

Soalan Esei

Huraikan kepentingan menjaga adat resam bagi setiap etnik di Negara kita. Nyatakan kepentingannya kepada Negara kita.

37

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

Teks Bacaan Asas Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid. (2011). Siri Pendidikan Guru Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Rujukan Bernama. (2011, Julai 29). Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta. Berita Harian. Kamus Dewan. (1999). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ruzy suliza hashim. (2006). Meniti Duri dan Ranjau : Pembikinan Gender dan Seksualiti dalam Konteks Dunia Melayu. Salleh Faghirzadeh. (2004). Buku Sosiologi. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Berhad. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

38

TAJUK 3

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

Hasil Pembelajaran Menganalisis kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Mengenal pasti unsur-unsur budaya yang mempengaruhi amalan guru, murid dan pengurusan sekolah. Menganalisis pengajaran yang berlaku hsil amalan pengurusan berasaskan budaya di sekolah.

3.0

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu juga bangsa-bangsa lain yang turut menyumbang kepada kemajmukan di negara ini seperti suku kaum di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli, kaum Sikh, Baba dan Nyonya, kaum Serani, kaum Siam dan lain-lain lagi.

Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk, kepelbagaian telah wujud merangkumi semua aspek iaitu aspek agama, adat resam, ekonomi, politik dan budaya. Kepelbagaian kaum ini mewujudkan perbezaan antara individu. Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya takut melakukan kesilapan, takut bertanya). Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), perbezaan individu ini merupakan perbezaan ciri-ciri fizikal, ciri-ciri kecerdasan mental, sosial, emosi dan moral. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan
39

bahawa aspek-aspek perbezaan individu adalah seperti jantina, fizikal, kognitif dan gaya belajar, kesihatan sosial, bangsa/bahasa.

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya da kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkan semua kaum untuk mendapat pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan individu ke arah memaksimumkan tahap pencapaian. Pendidikan ialah satu proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penerapan nilai-nilai sosial yang berterusan merupakan agen yang sangat berkesan untuk membina warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, berakhak mulia dan bersatu padu. Pendidikan bertujuan untuk menggalakkan perkembangan individu yang seimbang melalui perkembangan jasmani, rohani, intelek, emosi dan moral

3.1 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada Murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. Guru perlu memberikan perhatian dan kelebihan yang sama rata untuk semua muridnya tanpa mengira kaum, taraf dan budaya mereka. Perkara ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan dalam Bahagian II : Kebebasan Asasi. Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan
40

asasi yang kita miliki; hak untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta.

Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang

kepelbagaian sosio budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui seperti peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleransi ke arah memacu pembangunan negara.

Selain itu, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid dalam komunikasi harian mereka. Hal ini akan mewujudkan rasa kesamaan antara satu sama lain dalam diri murid-murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.

Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan
41

mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.

Dalam pengurusan bilik darjah pula, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Melalui ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Guru juga seharusnya bertindak sebagai role model kepada murid-murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru digalakkan membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif.

Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. Kepelbagaian sosio budaya murid juga memberi kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran.

Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui, namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjaya dan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Seringkali guru menggunakan
42

kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang mengakibatkan murid bosan untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Bincangkan dalam kumpulan apakah kaedah-kaedah yang sesuai dan memenuhi kehendak kepelbagaian sosio budaya murid yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran?

Mengambil contoh permasalahan yang berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran pendidikan di kalangan etnik ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) melaporkan 34.31% dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Persoalannya, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu ke sekolah? Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim buah-buahan. Malah masih ada yang terjajah pemikirannya.

3.2

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada Guru

Dalam sebuah bilik darjah yang mengandungi kira-kira 30 hingga 50 orang murid, kepelbagaian sesiobudaya adalah sesuatu yang tidak mustahil dan menjadi satu kebiasaan. Perbezaan dari segi latar belakang keluarga, taraf sosioekonomi, budaya, kepercayaan, adat resam dan agama menuntut guru untuk memberikan perkhidmatan yang berbeza kepada setiap murid. Bagi membolehkan murid untuk

43

mendapatkan peluang pembelajaran yang adil dan saksama, guru perlu berusaha untuk memberikan perhatian yang sesuai berdasarkan perbezaan yang wujud.

3.2.1

Penerimaan dan Layanan Adil

Generalisasi terhadap latarbelakang keluarga murid dan perlabelan yang dilakukan adalah satu tindakan yang tidak adil oleh sesorang guru. Sebaliknya, guru adalah perlu untuk melayan seseorang murid itu sebagai satu individu yang unik. Maklumat mengenai latarbelakang keluarga murid pula boleh digunakan sebagai wadah kepada guru untuk memahami tingkah laku mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran. Hasil daripada itu, layanan yang tidak adil daripada guru terhadap murid dapat dicegah manakala suasana pembelajaran yang sesuai dan harmoni dapat diwujudkan.

3.2.2

Strategi Pembelajaran Kolaboratif

Terdapat banyak strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika satu strategi yang digunakan bagi satu kumpulan murid itu berkesan, tidak bermakna strategi itu juga boleh digunakan terhadap kumpulan murid yang lain dengan berkesan. Strategi pembelajaran kolaboratif membolehkan murid dalam satu-satu kumpulan berinteraksi dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dalam satu-satu masa. Antara lain, strategi ini menggalakkan murid untuk saling memahami budaya, adat resam, kepercayaan, agama dan latarbelakang keluarga murid lain yang berbeza-beza.

44

Berhenti dan reflek

Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan murid yang gemar menggunakan pembelajaran kendiri untuk menyertai pembelajaran kolaboratif.

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Cari maklumat di internet mengenai strategi pengajaran yang sesuai bagi bilik darjah yang mengandungi murid yang memiliki kecerdasan pelbagai.

3.2.3

Pengurusan Bilik Darjah dan Pengurusan Hubungan

Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu berdasarkan kurikulum yang telah diwartakan. Namun, dalam masa yang sama guru juga perlu memastikan ilmu yang disampaikan berkesan dan segala objektif tercapai. Perkara ini adalah mustahil tanpa pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan antara murid dengan murid dan guru dengan murid yang baik.

Selain peraturan dan rutin bilik darjah yang telah ditetapkan hasil rundingan guru dan murid, guru juga boleh manganjurkan kajian sosiometri bagi mengesan hubungan yang tercipta antara murid dengan murid. Hasil daripada kajian ini boleh diwakilkan dalam bentuk diagram dan kemudian hubungan antara murid dengan murid dapat dikesan seperti berikut: Bintang : murid yang menjadi pilihan ramai.

Pasangan saling : murid yang saling memilih.


45

Klik

: murid yang saling memilih dalam kumpulanbertiga atau berempat.

Rantaian Singkiran Pengasingan

: murid A memilih murid B, murid B memilih murid C. : murid yang dipilih sebagai tidak disukai. : murid yang tidak dipilih langsung.

3.2.4

Aspirasi/Jangkauan Guru

Jangkauan guru boleh berada pada situasi positif atau negatif. Jangkauan yang diletakkan oleh seseorang guru biasanya berdasarkan kelas sosial, jantina atau bangsa. Jangkauan yang diberikan kepada murid yang lemah adalah sangat rendah berbanding murid yang lebih baik. Selain itu, layanan yang diberikan turut berbeza dan ini boleh menyebabkan semangat dan intuisi murid berubah. Murid yang lemah akan merasakan diri mereka terabai dan tidak bermakna di sekolah dan akhirnya memberi kesan sebagaimana jangkauan yang diberikan guru.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Adakah wajar sekiranya seseorang guru meletakkan jangkauan yang tinggi terhadap murid yang lemah? Apakah kesan sekiranya murid tidak dapat mencapai jangkauan yang guru telah tetapkan?

46

3.2.5

Pemilihan Bahan Sumber

Pemilihan bahan sumber dalam sesuatu pengajaran yang sesuai dapat memberi kesan dalam penyampaian guru bagi satu-satu sesi pengajaran. Bahan yang sesuai dengan pengetahuan dan budaya murid serta berkaitan dengan pengalaman mereka akan memberikan kesan yang mendalam. Sebaliknya, guru perlu mengelakkan bahan atau sebarang sumber pengajaran yang mengandungi unsurunsur negatif dan menyentuh sebarang sensitiviti mana-mana etnik bagi mengelakkan sebarang salah faham. Justeru, guru seharusnya sentiasa berusaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan latarbelakang dan budaya sesuatu entik.

3.3 Kurikulum Tersirat 3.4 Kurikulum tersirat tidak dibuat atau dirancang secara formal oleh guru atau murid. Sebaliknya, ia seolah-olah meresap ke dalam diri murid hasil daripada aktiviti atau rutin yang dilaksanakan tanpa disedari oleh guru atau murid itu sendiri. Kelompok, pujian dan kuasa adalah unsur yang menggalakkan terhasilnya kurikulum tersirat. Kelompok: Peranan sebagai ahli kelompok mengajar murid untuk bersabar demi mendapat kejayaan semasa di sekolah dan juga sebagau persediaan menempuh ala dewasa. Pujian: Galakan dan pujian yang kurang daripada guru mampu menjatuhkan semangat dan motivasi murid untuk terus berkelakuan baik atau menyerlah dalam sesuatu penglibatan. Apa yang biasanya berlaku adalah dendaan dan penegahan negatif sering diberikan kepada murid yang melakukan kesalahan. Kuasa: Guru yang mempunyai kuasa untuk menetapkan peraturan. Murid pula terpaksa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Perkara ini boleh menyebabkan semangat inkuiri yang terdapat dalam diri murid tersekat. Oleh itu, guru adalah digalakkan untuk mengamalkan kepimpinan demokratis dan sentiasa memberi

47

peluang kepada murid untuk meneroka pengetahuan baru dan memberi pandangan terhadap sesuatu isu yang bersesuaian.

Kurikulum tersirat boleh dilalui berdasarkan dua aspek: a) Struktur organisasi sekolah: Pentadbiran dan iklim sekolah mempengaruhi pembelajaran murid secara langsung dan tidak langsung. b) Budaya sekolah: Budaya murid, adat resam dan kepercayaan, jangkauan guru, peraturan dan keceriaan sekolah turut mempengaruhi pembelajaran murid.

Guru tidak boleh bersikap bias dan prejudis terhadap murid dalam setiap tindakan sekiranya berlaku konflik antara guru dan murid. Perkara ini juga mungkin berlaku secara tidak disengajakan seperti: Murid yang kurang melibatkan diri dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran ditempatkan di bahagian belakang bilik darjah. Tidak melibatkan murid tertentu dalam aktiviti bilik darjah. Menurunkan standard pencapaian bagi murid yang lemah.

Berhenti dan reflek

Bagaimanakah cara untuk guru mengelakkan diri daripada bersikap bias dan prejudis terhadap murid?

48

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Cuba cari maklumat atau artikel di perpustakaan mengenai kurikulum tersirat dan contoh-contohnya.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah

Prejudis prasangka.

Bias berat sebelah.

3.5 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Kepada Sekolah

Kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat telah mencorakkan komposisi kaum dan etnik warga sekolah.Pengurusan sekolah harus cekap dalam memastikan hanya budaya sesuai menular di sekolah masing-masing.

3.4.1 Jenis sekolah Sistem persekolahan di Malaysia lebih terjurus kepada system berpusat dan kebangsaan. Namun, pelaksanaannya telah mewujudkan jenis-jenis sekolah yang berbeza. Justeru, budaya sekolah juga berbeza, memandangkan warga sekolah tergolong daripada pelbagai etnik.

49

Antara sekolah yang wujud ialah: Peringkat rendah Sekolah kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Menengah Sekolah Menangah Kebangsaan Sekolah Agama Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sekolah Kebangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah Berprestasi Penuh Sekolah Wawasan Sekolah Bestari Sekolah menangah teknik Sekolah Menangah Sains Sekolah menangah Vokasional Sekolah Pendidikan Khas Menengan Jenis Menengah Kebangsaan

Setiap sekolah berbeza fokus dan mengamalkan budaya yang turut berbeza. Setiap guru dan pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza. Contohnya, rata-rata warga sekolah jenis kebangsaan terdiri daripada satu etnik majoriti. Contohnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina majority terdiri daripada kaum cina. Sosiobudaya di sekolah tersebut juga agak terbatas kepada etnik majority tersebut. Namun demikian, masih wujud kepelbagaian berdasarkan kepada budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat resam. Contoh SJK Tamil teriri daripada suku kaum Malayali, Tamil, Gujerati, dan Sikh. Begitu juga SJK CIna yang terdiri daripada sukuan Hokien, Kantonis, dan Hakka yang membawa kepada perbezaan dialek. Selain itu aspek seperti gaya hidup, kelas sosial, dan amalan adat resam turut berbeza. Bagi sekolah berprestasi tinggi, budaya dn aspirasi sekolah akan terselah kerana pelajarnya akan menumpukan perhatian kepada prestasi dan matlamat sekolah. Perkara negatif seperti masalah sosial, sikap dan pencapaian tidak dilihat terlalu ketara jika dibandingkan dengan pencapaian sekolah-sekolah pencapaian rendah dan sederhana. Budaya bersaing saling menjadi pegangan warga sekolah.
50

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Dapatkan maklumat berkaitan dengan perbezaan pengurusan bagi setiap jenis sekolah peringkat rendah dan menengah.

3.3.2

Lokaliti sekolah

Sekolah-sekolah yang terletak di bandar mempunyai pelbagai latar belakang sosiobudaya., kelas social, dan etnik. Manakala sekolah di luar bandar dan pedalaman pula mempunyai majority satu atau dua etnik dan mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah. Selain itu, sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman juga sering menghadapi masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian yang rendah.

3.3.3

Kepemimpinan sekolah

Sekolah yang cemerlang terdiri daripada kepimpinan pengurus sekolah dan ahlinya. Pengetua/Guru Besar yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang kondusif. Kerencanaan sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. Saling bekerjasama antara sekolah dan komuniti seperti Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) amat penting demi manfaat sekolah itu.

51

Rumusan

Setiap pelajar yang berlainan latar belakang budaya dapat mempengaruhi pembelajaran mereka. Latar belakang pelajar penting dala menentukan pemilihan strategi penyampaian pengajaran (P&P) selain keupayaan mental dan fizikal pelajar. Di samping itu guru harus turut sama memahami latar belakang budaya pelajar agar mereka dapat merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan tepat. Pelajar harus menggunakan sumber pelajaran dengan penuh bermanfaat dan berkaitan dengan latar belakang mereka agar maklumat diperolehi dengan lebih cepat. Contohnya, pelajar yang asalnya daripada persekitaran bandar tentunya lebih mengetahui tentang ilmu teknologi. Kurikulum tersirat merangkumi segala isi pelajaran yang berlaku hasil pelaksanaan kurikulum dan cara guru menguruskan sesi P&P. amalan budaya bilik darjah yang positif mampu meningkatkan minat belajar murid dan penerimaan guru juga haruslah sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berkesan mudah dicapai sekiranya guru mengetahui apa yang hendak dilakukan semasa P&P dibuat. Ia harus bersesuaian dengan gaya berfikir dan gaya belajar setiap pelajar. Mempelbagaikan kaedah mengajar mampu mengelakkan rasa bosan dan juga membantu pelajar yang berlainan latar belekang menguasai pembelajaran dengan efektif. Jenis sekolah yang pelbagai pula memberi kesan yang berbeza pada

perkembangan pelajar serta kesedaran mengenai kepelbagaian sosiobudaya. Kepimpinan dan struktur organisasi sekolah sangat memainkan peranan penting dalam menyediakan suasana dan amalan kepelbagaian sosiobudaya di sekolah.

52

Latihan/Aktiviti

Soalan Aneka Pilihan Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Kurikulum tersirat boleh berlaku secara sengaja atau tidak disengajakan. Antara berikut, yang manakah kurikulum tersirat yang berlaku secara sengaja di dalam bilik darjah? A. menempatkan murid pendiam di belakang bilik darjah. B. memberikan pujian kepada murid budaya lain dengan pencapaian yang kecil. C. guru bertindak bias atau prejudis terhadap murid yang memiliki konflik dengan guru. D. mengelakkan murid tertentu dalam aktiviti bilik darjah.

2. Pilih kenyataan yang BENAR: A. murid A memilih murid B, murid B memilih murid C adalah klik. B. murid yang saling memilih ialah pasangan saling. C. murid yang dipilih sebagai tidak disukai ialah pengasing. D. murid yang tidak dipilih langsung ialah singkiran.

3. Murid X ketinggalan dalam pelajaran dan menghadapi masalah seperti berikut:


Kurang faham bahan yang dibaca Menghadapi masalah dalam pembelajaran

Apakah faktor yang mungkin menyebabkan masalah tersebut? A. murid hanya menguasai dialek atau bahasa ibunda semata-mata. B. murid tidak suka membaca.
53

C. bahan bacaan sukar diperoleh dalam bahasa Melayu. D. guru gagal menggunakan sumber yang berkesan terhadap murid.

4. Antara berikut manakah yang tergolong dalam kelompok antibudaya sekolah? A. kelompok murid yang tidak suka hadir ke sekolah. B. kelompok murid yang tidak sanggup mematuhi peraturan. C. kelompok murid yang suka mengasingkan diri daripada kelompok murid lain. D. kelompok murid yang berprestasi rendah.

5. Antara berikut, yang manakah menunjukkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid? A. jenis sekolah B. sikap prejudis C. strategi pembelajaran D. kelas sosial

6. Yang manakah antara berikut dapat dikategorikan sebagai kelompok pelajar yang anti-budaya sekolah? A. Pelajar yang sering didenda oleh guru. B. Pelajar yang aktif dalam kokurikulum C. Pelajar yang sering mendapat pencapaian cemerlang dalam akademik. D. Pelajar yang lemah pencapaian akademik. 7. Dalam membina kesedaran sosiobudaya dalam kalangan pelajar, guru boleh __________ A. Menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai. B. Menggunakan teks yang menitikberatkan aspek sosiobudaya C. Penggunaan strategi pengajaran sehala. D. Memberikan layanan istimewa kepada murid yang pintar.

54

8. Aspek tersebut memperlihatkan kepelbagaian sosiobudaya pelajar dalam bilik darjah kecuali A. Gaya bahasa dan latar belakang etnik pelajar. B. Bentuk fizikal dan perwatakan pelajar. C. Gaya berfikir dan gaya belajar pelajar D. Tahap kepimpinan pelajar.

9. Anda yang berasal dari Kelantan telah ditempatkan untuk mengajar di Pulau Bangi, Sabah. Asakah tindakan yang anda akan lakukan semasa berada di sekolah tersebut I. II. III. IV. Menghormati etnik budaya kaum di pulau tersebut. Mempelajari dialek etnik tempatan.. Menerima penempatan sebagai satu hukuman. Menyediakan pengajaran pembelajaran yang sesuai dengan budaya setempat. V. Mengubahsuai kurikulum dan mengaitkan dengan bahan berasaskan alam sekeliling. A. I, II dan III B. Ii, IV, dan V C. I, III dan IV D. III, IV, dan V

10. Jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar/ Pengetua sekolah dapat menentukan budaya sekolah. Pilih pnyataan yang menggambarkan ayat di atas. A. Menyambut perayaan setiap etnik di sekolah tersebut. B. Memberi kebebasan kepada murid memilih guru yang mereka minati. C. Mengetahui perkembangan potensi pelajar dan menggolongkan mengikut minat dan kecenderungan. D. Mengamalkan pengasingan pelajar mengikut pencapaian dalam peperiksaan

55

Soalan Struktur Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Kurikulum tersirat merupakan nilai implisit atau yang tidak dirancang pencapaiannya tetapi terlaksana hasil daripada amalan di dalam bilik darjah sebagai proses pelaksanaan kurikulum formal. Jelaskan tiga ciri-ciri kurikulum tersirat. I. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ III. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

Soalan Esei Jawab soalan di bawah ini.

Budaya yang berbeza mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan. Bincangkan implikasi kepelbagaian sosio budaya ini terhadap murid, guru dan sekolah.

56

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Zuraidah A. Majid (2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 43-65. Teks Bacaan Asas Kamus Online (2012), Kamus Online, Muat Turun pada 24 Mac 2012 Dari Laman Sesawang http://www.mykamus.my/translate.php.

57

TAJUK 4

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan. Modul ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada unsur unsur pewujudan dan isu isu yang berkaitan ketaksamaan peluang pendidikan. Tajuk tentang ketaksamaan peluang pendidikan ini amat penting kerana topik ini merupakan isu yang telah lama diperbincangkan. Pengetahuan dan pendedahan terhadap ketaksamaan peluang pendidikan amat penting kepada guru kerana ianya seringkali berlaku semasa di alam persekolahan. Melalui modul ini, pelajar akan diberi pendedahan mengenai faktor faktor yang menyebabkan hal ini berlaku dan juga penyelesaiannya.

Hasil Pembelajaran. 1. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan 2. Mengenal pasti unsur yang menghasilkan peluang pendidikan yang tidak sama 3. Menganalisis isu isu tentang peluang pendidikan bagi semua murid, khususnya bagi murid murid orang Asli, penduduk pribumi dan penduduk pedalaman.

Sebelum kita bermula, cuba kita renungkan apakah kepentingannya kita dapat mengetahui tentang ketaksamaan peluang pendidikan. Bagaimanakah hal ini terjadi dan apakah aspek aspek utama punca ketaksamaan peluang pendidikan. Haruskah seorang guru untuk mengambil tahu tentang perkara ini? Marilah kita sama sama membincangkan tentang aspek aspek yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan

58

4.0 Ketaksamaan peluang pendidikan

Definisi Ketaksamaan Menurut Kamus Dewan edisi ke-3: Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Perbezaan semulajadi seperti

sahsiah,kecondongan yang berlainan, darjat atau taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan. Ia juga bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang.

Ketaksamaan Dalam Pendidikan Kesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi input secara individu yang sama ( Coleman, 1968:14). Ketaksamaan dalam pendidikan pula merujuk kepada keadaan di mana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor faktor tertentu. Kita juga boleh mengatakan bahawa ketidaksamaan dalam pendidikan ialah sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya samaada dari aspek ilmu pengetahuan ataupun kehidupan sosial seperti pekerjaan, taraf hidup yang tinggi dan kuasa politik. Dalam konteks Malaysia, secara umumnya, ketaksamaan dalam pendidikan wujud hasil daripada faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosioekonomi, pencapaian akademik, minat pelajar, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

59

4.1 Unsur Unsur Pewujudan Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Berhenti dan reflek

Cuba

imbas kembali pengalaman kita ketika sekolah. Berikan satu contoh

bagaimanakah berlakunya perbezaan atau jurang antara anda dengan rakan anda dari segi aspek pendidikan selepas tamat pendidikan sekolah menengah. 4.1.1 Kelas sosial Institusi Sosial merujuk konsep utama dalam memahami masyarakat dan Kebudayaan. Antara contoh Institusi Sosial yang utama ialah Institusi Keluarga, Institusi Agama dan Institusi Pelajaran. Kelas sosial pula merujuk kepada lapisan sosial atau kedudukan sesuatu kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan apakah dasar pembahagian kelas itu sama ada dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan atau dasar lain. Stalcup (1986) telah mendifinisikan kelas sosial sebagai lapisan masyarakat di mana manusia menganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaa, ras dan sikap terhadap isu isu sosial. Pewujudan kelas sosial terhasil daripada apabila segolongan individu tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat dalam Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu Bourgeoisie dan Proletariat (Karl Marx). Bourgeoisie merupakan masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran manakala Proletariat merupakan masyarakat yang tidak memiliki modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.

60

Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality) merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial yang merujuk Ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial berbeza akibat daripada Sistem Stratifikasi Sosial. Rohand Meighan (1986),Ketidaksamaan Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama. Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proses perubahan individu atau Kelompok Sosial dari satu Lapisan Sosial yang lain dalam satu Sistem Stratifikasi Sosial. Dalam Sistem yang lebih terbuka, peluang untuk Mobiliti Sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya, dalam Sistem Tertutup seperti dalam Sistem Kasta yang bercorak tradisi, Mobiliti Sosial jarang sekali berlaku. Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan pula ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan Negatif oleh seseorang atau Sekelompok Etnik terhadap Kelompok Etnik yang lain. Ini merupakan manifestasi Prasangka yang wujud dalam kalangan Kumpulan Etnik dan mudah berlaku apabila wujud Prejudis dan Stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi dan Ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat di Malaysia telah wujud sejak munculnya Kelas Sosial masyarakat dari Sistem Feudal lagi. Rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana menerima Sistem Pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah juga meneruskan dasar yang sama yang mana anakanak dari golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk mereka. Menurut Max Waber (Wikipedia, 2010), terdapat lima jenis kelas sosial iaitu: 1. Golongan atasan, ahli koperat, orang kaya, 2. Kumpulan pertengahan atasan orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan yang baik 3. Pertengahan bawahan-lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil diploma 4. Kelas pekerja-terdiri daripada pekerja kolar biru 5. Golongan bawahan: mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah melalui pendidikan formal.

61

Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Faktor Kelas Sosial ataupun Status Sosio-Ekonomi (SES) jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid. Selain itu, tahap kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Suasana tempat tinggal yang lengkap dan keadaan persekitaran turut memberikan kesan kepada jurang pendidikan. Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukan Kelas Sosial dalam masyarakat.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Sebagai seorang bakal guru, buat renungan tentang punca punca yang mungkin akan anda hadapi pada masa akang datang jika anda ditempatkan di sekolah pedalaman. Apakah perbezaan yang dapat anda bayangkan antara sekolah pedalaman dengan skolah Bandar. Berikan kemungkinan kemungkinan yang berlaku. Adakah akan terdapat perbezaan ataupun jurang antara murid sekolah itu.

62

4.2 Jantina Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini. Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari. Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik. Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM) pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama.
63

Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau rendah. Jadual 1: bilangan pelajar di sekolah mengikut jantina

L Prasekolah 94,338 Rendah Menengah Jumlah 1,441,522 1,139,198 2,675,058

P 91,960 1,362,883 1,142,577 2,597,420

Jumlah 186,298 2,804,405 2,281,775 5,272,478

Merujuk jadual di atas, kita dapat lihat bilangan pelajar di sekolah mengikut jantina tidak mempengaruhi jurang ketaksamaan peluang pendidikan. Kebiasaanya, pelajar lepasan PMR yang akan membuat pilihan untuk masuk ke sekolah aliran biasa atau vokasional.bagi pelajar perempuan mereka akan memilih mata pelajaran kulinari dan jahitan manakala pelajar lelaki akan memilih mata pelajaran mekanikal sahaja. Perkara ini akan berlanjutan sehingga mereka masuk ke Institut Pengajian Tinggi nanti

64

Berhenti dan reflek

Benarkah ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) terus berlarutan.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Adakah faktor keluarga dan latarbelakang seseorang individu itu memainkan peranan dalam isu ini atau mungkin juga bagi sesetengah keluarga anak perempuan tidak seharusnya mendapat pendidikan yang tinggi dengan alasan alih -alih ke dapur juga.

4.3 Kumpulan minoriti

Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor scrambler untuk sampai ke penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih
65

lagi bukan menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan. Selain itu, kumpulan minoriti juga berlaku di kawasan setempat, iaitu di sekolah tertentu. Contohnya di sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, kumpulan minoriti terdiri daripada kumpulan orang Melayu. Manakala di Sekolah Kebangsaan pula, kumpulan minoriti terdiri daripada orang Cina dan orang India. Jadi pihak sekolah perlu peka terhadap cara hidup dan budaya satu-satu kaum supaya kumpulan minoriti tidak terpinggir. Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata. Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah.

Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam peluang pendidikan. Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah. 4.4 Murid Berkeperluan Khas Sebagai seorang guru yang profesional, cuba renungkan, adakah anda mempunyai kefahaman yang cukup terhadap murid-murid berkeperluan khas? Di bawah konteks pendemokrasian pendidikan, pendidikan seharusnya membawa maksud peluang sama bagi setiap individu mendapat pendidikan dan kemudahannya yang disediakan. Oleh itu, murid berkeperluan khas sepatutnya diberikan peluang yang sama dengan murid-murid lain yang biasa untuk menuntut ilmu pendidikan. Walaupun guru yang mengajar murid ini ialah guru biasa yang tidak mempunyai latihan khas untuk mengendalikan mereka, guru atau pelaksana perlu tahu mengenai murid keperluan khas ini supaya mereka boleh membuat penyesuaian dari segi pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan. Apakah aspek-aspek yang harus diberikan perhatian oleh guru untuk sebelum, semasa, dan selepas
66

proses pengajaran dan pembelajaran? Pernahkah anda berfikir cara yang boleh anda lakukan untuk membantu murid berkeperluan khas ini menikmati peluang pendidikan tanpa halangan? Topik ini akan membincangkan ketaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di kalangan murid berkeperluan khas dan usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menanganinya. 4.4.1 Konsep dan Definisi Murid Berkeperluan Khas

Murid berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa yang luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Kumpulan ini dianggap istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Murid-murid ini mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi. Persekitaran pendidikan yang kurang kondusif bagi mereka menyebabkan golongan ini tertinggal. Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku, tingkah laku terbias, tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman serta mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara. Dengan ini, mereka memerlukan perkhidmatan modifikasi khas bagi dalam amalan-amalan mereka sekolah atau memerlukan ke peringkat

membolehkan

berkembang

kemampuan maksimanya.

4.4.2 Kategori Murid Berkeperluan Khas

Terdapat 7 kategori murid-murid istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas, iaitu

1) Kerencatan mental (Mentally retarded) Murid-murid yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kecerdasan IQ natara 35-85. Biasanya mereka menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluargam kekurangan zat makanan atau gangguan hormon dan sebagainya.
67

Mereka yang kerencatan akal yang teruk tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Bagi mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri.

2) Bermasalah pembelajaran (Learning disablilities) Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh sebab mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir. Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi.

68

3) Kecelaruan tingkah laku (Behavioral Disorders) Masalah tingkah laku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang biasa terjadi dalam kalangan murid-murid yang bermasalah,

terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk. Masalah tingkah laku dalam kalangan murid-murid adalah seperti tingkah laku ganas, menentang atau tidak mahu menurut kata, sikap terlalu bergantung atau suka mengelak dan tingkah laku yang pasif. Boleh diklasifikasikan kepada empat kategori: i. Tingkah laku terbias: menentang autoriti, tidak mematuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang contohnya hiperaktif, hipernetik ii. Tingkah laku ketidakmatangan: kurang berupaya menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri iii. Tingkah laku anti-sosial: bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri, ponteng kelas dan sekolah iv. Sifat kongkongan dalaman: bersifat pemalu, pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan, dan mudah tersinggung, sering melakukan tindakan di luar dugaan

4) Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi Murid-murid dalam kategori ini sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan dengan jelas dan tepat. Mereka ini boleh diklasifikasikan kepada 2 kumpulan, iaitu i. ii. cacat pendengaran pretutur atau prelingual cacat pendengaran postutur atau postlingual.

69

Cacat pendengaran pretutur ialah murid-murid yang pekak dari lahir, manakala cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya yang biasa berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap. Situasi ini adalah disebabkan oleh kerosakan gegendang telinga, saraf pendengaran atau warisan baka.

5) Cacat penglihatan Cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan berbanding dengan penglihatan kanak-kanak normal iaitu 20/20 Kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang paling teruk di mana penghidap akan menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran khasnya persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat. Cacat penglihatan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu rabun dekat, rabun malam, rabun warna, astigitamatisme, glaucoma dan juling. Punca kecacatan mata adalah kesakitan mata, kekurang zat makanan, kerosakan saraf optic atau menghidap penyakit hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya.

6) Cacat fizikal Murid-murid yang cacat fizikal ialah murid-murid yang mempunyai kecacatan ortopedik atau anggotanya. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot yang menyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya. Kecacatan fizikal ini akan menjejaskan pencapaian akademik khasnya dalam pelajaran yang bergantung kepada kecekapan anggota badan misalnya seni lukis, kemahiran manipulatif, muzik dan pendidikan jasmani. Punca utama murid-murid kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan. Pergerakan badan yang kurang cekap atau lancar adalah ciri yang jelas diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal

70

7) Pintar-cerdas dan berbakat istimewa Merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kecerdasan melebihi 120. Menurut Dr. Chua Tee Tee, murid-murid ini ialah murid-murid yang menunjukkan potensi atau kebolehannya dengan cemerlang dalam aktiviti intelek seperti abstrak, pemikiran logik atau kemahiran bertutur. Terdapat 3 kumpulan bagi murid-murid pintar-cerdas dan berbakat istimewa, iaitu a) murid-murid yang mempunyai intelek yang tinggi, b) murid-murid yang mempunyai bakat mencipta, c) murid-murid yang berbakat melukis khas dalam seni lukis, penulisan, drama, muzik, kraf tangan, sukan dan sebagainya.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Sebagai seorang cikgu, adakah anda memahami tanggungjawab anda terhadap murid-murid keperluan khas? Apakah ciri-ciri murid yang mempunyai kerencatan akal dan kecelaruan tingkah laku?

4.4.3 Isu-isu dan Perkembangan Ketaksamaan Peluang Pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,
71

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. " (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1976)

4.4.3.1 Perkembangan Yang Berlaku Pada Zaman Penjajahan Inggeris

Pada zaman penjajahan Inggeris, usaha untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pendidikan bagi komuniti orang kurang upaya penglihatan (OKUP) di negara-negara Asia termasuk Tanah Melayu telah dipelopori oleh pergerakan sosial yang terdiri daripada institusi-institusi yang bercorak keagamaan. Seorang sarjana dari barat bernama Bourgeault (1970) turut menyuarakan pandangan yang ini. Menurut beliau, Early school programmes for handicapped children Were organized by missionary groups or by private philanthropies, and the field of special education owes a debt of gratitude to those religious pioneers who duplicated European experiences and showed that blind children in Asia, too, could be educated (him. 14).

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah

Orang Kurang Upaya - Seseorang yang tidak dapat memenuhi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan hidup sosialnya, sebagai seorang individu yang normal, akibat dari kekurangan keadaan fizikal atau mental -Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

72

Pada pendapat Noraini Mohd Salleh (2000), keadaan dan perkembangan pendidikan bagi kanak-kanak kurang upaya di negara kita adalah bahawa "dahulu mereka disimpan di rumah, dibuang atau diletakkan di gereja, kuil atau di rumah anak yatim. Apabila manusia sudah mula berhati perut, persekolahan diberi dan hal ini telah dimulakan oleh mubaligh agama tertentu. Dan selepas itu barulah terdapat campur tangan badan-badan sukarela dan akhir-akhir ini barulah oleh pihak kerajaan pula". Beliau juga menyatakan bahawa sebelum tahun 1960, murid-murid berkeperluan khas di negara kita hanya disediakan dengan kemudahan pendidikan pada peringkat sekolah rendah sahaja. Mereka tidak dapat menikmati peluang untuk menyambung pelajaran pada peringkat sekolah menengah dalam tempoh masa antara tahun 1949 shingga tahun 1962. Hal ini kerana mereka baru diberikan peluang untuk meneruskan pelajaran di sekolah menengah melalui rancangan percantuman pada tahun 1962.

Seterusnya, seorang tokoh pendidikan khas tempatan yang bernama Chua Tee Tee dalam rencana beliau (pendidikan Khas di Malaysia) yang diterbitkan di Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1970, antara lain beliau menyebutkan bahawa pendidikan khas di negera ini boleh dikatakan telah bermula apabila Misi Anglikan mendirikan Rumah dan Sekolah St. Nicholas bagi OKUP di Melaka pada tahun 1926. Ia telah dipindahkan ke Pulau Pinang pada tahun 1931. Pada ketika itu (1970), sekolah berkenaan menjaga seramai 80 orang kanak-kanak kurang upaya penglihatan di peringkat sekolah rendah. Dengan kata lain, sekolah ini merupakan sekolah khas yang pertama di Malaysia bagi kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas. Kemudian, kemudahan pendidikan bagi kornuniti OKUP terus diperluaskan di Tanah Melayu. Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan pendidikan OKUP di bahagian selatan Tanah Melayu. Sebuah sekolah bernama Sekolah Puteri Elizabeth bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Johor Bahru (Chua 1970). Beliau juga melaporkan bahawa tanah untuk tapak sekolah tersebut telah dihadiahkan oleh Kerajaan Negeri Johor.

73

4.4.3.2 Perkembangan Yang Berlaku Selepas Kemerdekaan Selepas kemerdekaan, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menunjukkan inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk memajukan sistem pendidikan dan bekerja keras untuk mempertingkatkan kemudahan di semua sekolah. Pendidikan bagi komuniti minoriti yang berkeperluan khas di negara ini juga turut mendapat perhatian daripada pihak berkuasa. ]usteru, kemudahan dan perkhidmatan pendidikan bagi golongan pelajar berkeperluan khas ini telah mengalami zaman paradigms terutamanya dalam tempoh tahun 1960 dan seterusnya. Hal ini adalah kerana pihak kerajaan telah merangka satu dasar pendidikan nasional yang komprehensif dan menjadikan perkara mengenai pendidikan khas sebagai sebahagian daripada agenda penting dalarn usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi bagi golongan istimewa di Malaysia.

Sebelum kemerdekaan, kerajaan tidak melibatkan diri secara langsung dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas ini kerana tanggungjawab ini telah dipikul oleh pertubuhan sukarela. Jadi, ketaksamaan peluang pendidikan amat ketara pada masa itu kerana tumpuan utama diberikan kepada murid normal. Dengan sukacitanya, kerajaan telah memberikan perhatian dan memainkan peranan yang aktif dalam pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas selepas kemerdekaan. Kerajaan telah menyediakan keperluan asas bagi murid-murid istimewa seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Perkara ini telah disebut dalam Country Report l'vlalqysia 2000 (Strengthening And Encouraging School Development). Antara perkara yang disentuh adalah:

Officially, the government recognised that children with special needs has the right to attend formal schooling as enshrined in the Education Act 1961.

Chua (1976) telah menyenaraikan senarai sekolah khas, pusat latihan dan kelas di Malaysia bagi semua kategori kecacatan di antara tahun 1926-1970. Bagi kategori cacat penglihatan, sejarah perkembangan pendidikan khas dan latihan

vakasionalnya adalah seperti berikut:

74

1. St. Nicholas Home bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan di Melaka pada tahun 1926 din dipindah ke Pulau Pinang pada tahun 1931,

2. Sekolah Puteri Elizabeth bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan di Johor Bharu pada tahun 1949 dan dipindah ke tapak sekolah sekarang semenjak tahun 1954,

3. Pusat Latihan Gurney bagi orang kurang upaya penglihatan di Kuala Lumpur pada tahun 1953,

4. Taman Harapan Pertanian bagi orang kurang upaya penglihatan pada tahun 1958,

5. Bengke1 Kinta Valley di Petak pada tahun 1959 (pernah menjadi pusat latihan pada tahun 1968),

6. Percubaan program integrasi bagi pelajar-pelajar kurang upaya penglihatan di sekolah biasa pada tahun 1962,

7. Pusat Latihan Wallace di Tuaran di Sabah pada tahun 1962,

8. Pusat Latihan bagi orang kurang upaya penglihatan di Kuehing, Sarawak pada tahun 1963; dan

9. Pusat Pekerjaan St. Nicholas pada tahun 1964.

75

Berhenti dan reflek

Apa yang menarik perhatian kita di sini adalah pertubuhan-pertubuhan keagamaan dengan bantuan dan sokongan kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris telah meletakkan satu batu asas yang penting demi perkembangan pendidikan bagi Orang Kurang Upaya (OKUP). Mengapakah mereka rnenerajui usaha ini bukannya kerajaan pada zaman tersebut? 4.4.4 Usaha-usaha Mengatasi Ketaksamaan Peluang Pendidikan terhadap Murid Berkeperluan Khas

Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam usaha merapatkan jurang keperluan khas demi mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan. Tindakan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah seperti berikut:

1) Kemudahan fizikal sekolah dan peralatan khas Pihak sekolah perlu mengambil perhatian dalam aspek ini dengan mengubahsuaikan kemudahan fizikal sekolah dan peralatan khas mengikut tahap dan jenis kecacatan murid. Antara peralatan sukan, makmal sains, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK/ICT).

2) Kepakaran guru pendidikan khas Guru pendidikan khas ini perlu dilatih khas untuk mendidik murid yang berkeperluan khas. Hal ini kerana guru yang dilatih ini mengetahui strategi atau teknik yang berkesan untuk membantu murid berkeperluan khas. Dengan ini, guru yang dilatih ini dapat membantu dan menangani masalah pembelajaran murid tersebut dengan lebih efektif.
76

3) Penggunaan kurikulum Guru pendidikan khas boleh menggunakan kurikulum yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas. Hal ini berkaitan dengan pembentukan dan pembinaan rancangan pengajaran individu untuk murid-murid tertentu.

Kementerian merapatkan

Pelajaran jurang

Malaysia

(KPM)

telah

melaksanakan

usaha

untuk

ketaksamaan

peluang

pendidikan

terhadap

kumpulan

berkeperluan khas ini. Antara usahanya seperti yang berikut:

1) Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia Program ini disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas yang

bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program yang ditawarkan: (a) Prasekolah Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah Pendidikan Khas ialah: i. ii. berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. di Sekolah

(b) Pelajaran Rendah Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah: i. berumur 6+ hingga 14+ tahun
77

ii.

disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

iii.

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

(c) Pelajaran Menengah Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah: i. ii. Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain (d) Pendidikan Teknik dan Vokasional i. Sekolah Khas

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. ii.

Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh Pengajian Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.

78

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di manamana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

2)

Kelas Inklusif Pendidikan inklusif bermaksud pendidikan umum iaitu setiap individu sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat adalah berhak diberi peluang pendidikan umum (termaktub dlm Dasar Pendidikan Negara dan selaras dgn Falsafah Pendidikan Negara). Berdasarkan FPK, Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan umum kepada semua kanak-kanak di Malaysia termasuk kakan-kanak cacat. Di bawah program ini. kanak-kanak cacat khasnya yg mempunyai potensi belajar ditempatkan di dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (terlatih khas) yg bekerjasama dgn guru biasa. Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) adalah khusus untuk mereka yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa di peringkat permulaan dan dikendalikan oleh guru resos. Apabila telah mencapai kemajuan yg memuaskan, mereka akan ditempatkan di kelas biasa mengikut taraf pencapaian mereka. a) Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara: Program Percantuman. Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal. Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala kemudahan sekolah. b) Program Inklusif Sepenuhnya Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas
79

yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajarpelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan

pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan. c) Program Pendidikan Separa Inklusif (Intergrasi) Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan kanakkanak normal Boleh dilaksanakan dalam bentuk: i. ii. iii. Integrasi Sosial Integrasi Akedemik (Kepada yang mempunyai kemajuan) Intergrasi Kemudahan Fizikal Sekolah

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kelas inklusif. Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda.

80

3) Sekolah Pendidikan Khas (SPK)

Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas. Sekolah ini juga menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas. Selain itu, sekolah ini juga menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Sekolah ini akan memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam pendidikan khas. Murid-murid yang boleh mendaftar di SPK ialah murid yang mempunyai masalah penglihatan, pembelajaran dan pendengaran Tempoh pembelajaran: i. Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun ii. Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah enam (5) tahun iii. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2002)

Senarai sekolah SPK: i. ii. iii. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)

81

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari maklumat mengenai langkahlangkah yang telah dilaksanakan oleh luar negara untuk membangunkan pendidikan keperluan khas. Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda.

4.5 ISU-ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI, PERIBUMI DAN MURID DI PEDALAMAN.

Sebagai seorang insan yang mempunyai jiwa sebagai seorang pendidik, pernahkan anda terfikir bahawa peluang pendidikan yang dinikmati oleh murid di Malaysia adalah berbeza terutamanya murid Orang Asli, Peribumi dan juga murid di Pedalaman? Mengapakah hal yang sedemikian terjadi? Sub-topik ini akan mengupas dan membincangkan mengapa masalah ini berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya. 4.5.1 Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Orang Asli Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar

Pendemokrasian Pendidikan. Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).

82

Latihan/Aktiviti

Sebagai rakyat Malaysia, senaraikan beberapa ciri-ciri penting masyarakat orang Asli di Malaysia. Bentangkan ciri-ciri tersebut dengan bantuan pengurusan grafik.

Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah sebanyak 141, 230 orang. Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang legkap di tempat tinggal. Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih berada dalam tahap yang rendah di mana keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar Nasional 6.4%). Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli juga adalah rendah. Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka. Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka melakukan kerja-kerja berasaskan hutan dan juga pertanian. Selain itu, masyarakat orang Asli juga tidak suka terikat dan tidak suka kepada rutin. Oleh hal yang demikian, pengaran dan pembelajaran amat sukar jika murid tidak patuh kepada rutin bilik darjah.

4.5.2 Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Indigenous Penduduk Peribumi atau Bumiputera adalah merujuk kepada penduduk yang tinggal di pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat kira-kira 31 suku
83

kaum Etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 30 suku kaum Etnik. Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak. Masyarakat Peribumi masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada Budaya hidup tradisional mereka (Indigenous Learning). Sistem pembelajaran tradisional memiliki banyak aspek positif, kerana ianya dapat mempertahankan nilai-nilai budaya etnik itu sendiri. Sistem pembelajaran tradisional secara turun-temurun diwarisi masyarakat peribumi merupakan satu potensi sangat berharga yang harus dikekalkan. Ketaksamaan peluang pendidikan wujud dalam kalangan kumpulan peribumi dalam aspek jurang pencapaian murid dan jurang digital disebabkan lokasi tempat tinggal, latar belakang masyarakat serta status sosioekonomi.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah

Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Kemukakan beberapa cadangan untuk mengubah cara pemikiran kumpulan peribumi supaya mereka tidak ketinggalan dari segi arus perdana pendidikan.

84

4.5.3 Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid di Pedalaman Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-satu bidang. Akses untuk Teknologi Maklumat(ICT) juga selalunya tidak dinikmati oleh murid di pedalaman. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan untuk menangani merapatkan jurang perbezaan dalam peluangmurid.Usaha -peluang pendidikan
antara yang kaya perhatian dengan yang miskin serta antara wilayah dan Ke-3. jurang ni terus mendapat kerajaan sejak Rancangan Malaysia antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama

(RMKe-3, 1976-1980). Sebab-sebab murid pedalaman ketinggalan: Ibu bapa di kawasan pedalaman kebanyakannya tidak mementingkan Pelajaran kerana Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh guru-guru juga tidak menarik. Kesulitan menguasai 3M serta kegagalan mencapai standard minimum

Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran.Malaysia (KPM). Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada penyediaan infrastruktur, penempatan guru terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM), Sekolah Orang Asli dan Sekolah di Pedalaman.

85

Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai isu ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Ketaksamaan peluang pendidikan amat ketara dari segi unsur-unsur kelas sosial, jantina, murid bekeperluan khas serta kumpulan etnik lain yang disebabkan oleh faktor geografi, taraf sosioekonomi dan pegangan budaya tradisional. Murid berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa iaitu luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Murid berkeperluan khas ini boleh dibahagikan kepada 7 kategori, iaitu kerencatan mental, bermasalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku, cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi, cacat penglihatan, cacat fizikal serta pintar-cerdas dan berbakat istimewa. Pada zaman penjajahan British, usaha untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pendidikan bagi komuniti orang kurang upaya (OKUP) di negaranegara Asia termasuk Tanah Melayu telah dipelopori oleh pergerakan sosial yang terdiri daripada institusi-institusi yang bercorak keagamaan. Selepas kemerdekaan, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menunjukkan inisiatif yang bersungguhsungguh untuk memajukan sistem pendidikan dan bekerja keras untuk

mempertingkatkan kemudahan di semua sekolah.

Antara usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan ialah Program Pendidikan Khas Integrasi, Kelas Inklusif, dan Sekolah Pendididikan Khas. Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas yang bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Kelas Inklusif pula bermaksud Pendidikan inklusif bermaksud pendidikan umum iaitu setiap individu sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat adalah berhak diberi peluang pendidikan umum. Di bawah program ini. kanak-kanak cacat khasnya yg mempunyai potensi belajar
86

ditempatkan di dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (terlatih khas) yg bekerjasama dgn guru biasa. Sekolah Pendididikan Khas mempunyai kelas murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas.Bagi merapatkan jurang pencapaian digital dan ketaksamaan peluang pendidikan beberapa inisiatif yang digariskan dalam Pembangunan Pendidikan 2001-2010 telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KMP) seperti: Peningkatan penyertaan murid peringkat sekolah rendah Pemantapan kualiti guru Peningkatan infrastuktur sekolah tanpa mengira lokasi sekolah Peningkatan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran melalui

pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi. Jurang perbezaan antara bandar dan juga luar bandar dapat dikurangkan dari segi kelengkapan dan kemudahan asas supaya murid di luar bandar, iaitu orang Asli dan kumpulan etnik Sabah dan Sarawak akan menikmati askes, ekuiti serta kualiti pendidikan yang serata (KPM, 2001). Usaha Pembestarian sekolah juga akan berlaku secara berperingkat sejajar dengan era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pembangunan pendidikan juga akan dapat meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan kepada semua murid tanpa mengira lokasi, kaum dan budaya untuk membolehkan semua murid mengikuti pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi.

87

Latihan/Aktiviti

Soalan Objektif 1) Ketaksamaan peluang pendidikan berlaku dalam satu-satu kelas sosial kerana kelas atasan mempunyai kemampuan dalam ________________________ A. Memenuhi semua kehendak anak mereka B. Memberikan kasih sayang kepada anak mereka C. Memenuhi peringkat fisiologi anak-anak mereka D. Menyediakan perlindungan dari segi tempat tinggal

2) Ketaksamaan dari segi jantina dalam pengujian dan pentaksiran boleh ditambah baik dengan __________________. A. Menggunakan jenis rangsangan yang sama B. Menyediakan soalan aneka pilihan sahaja C. Mempelbagaikan jenis soalan D. Menggunakan ujian alternatif untuk kebolehpercayaan ujian

3) Apakah definisi murid berkeperluan khas: A. kanak-kanak yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan tidak dapat melakukan aktiviti seharian B. kanak-kanak istimewa yang luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. C. kanak-kanak istimewa yang bijak pandai dan memerlukan kurikulum yang berlainan untuk mereka D. kanak-kanak yang memerlukan penjagaan khas daripada ibu bapa atau pihak kerajaan

4) Apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Inklusif? A. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan yang sempurna untuk murid-murid berkeperluan khas.

88

B.

Disediakan

untuk

murid-murid

berkeperluan

khas

yang

bermasalah

pembelajaran, pendengaran dan penglihatan C. Dijalankan di mana murid-murid berkeperluan khas akan belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. D. Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia

5) Antara berikut, manakah yang menjadi penyebab pelajar yang berada di pedalaman ketinggalan dari segi pencapaian akademik kecuali? A. Kurikulum yang berlainan B. Kurang minat belajar C. Jarak sekolah yang jauh D. Taraf sosioekonomi rendah

6) Isu-isu yang berikut merupakan isu yang seringkali berlaku pada sekolah yang terletak di pedalaman kecuali A. Kekurangan kemudahan asas B. Kekurangan guru terlatih C. Kekurangan guru berpengalaman D. Masalah disiplin yang teruk

Soalan struktur 1) Jelaskan 3 langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan jurang pendidikan berkeperluan khas. i. ii. iii. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

89

b. Nyatakan dua masalah yang seringkali dihadapi oleh masyarakat orang Asli untuk mendapatkan pendidikan. i. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ii. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Soalan esei 1) Jelaskan cabaran-cabaran yang biasanya dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas di sekolah?

2) Jika kita lihat fenomena yang berlaku dewasa ini,pelajar perempuan ternyata memonopoli tempatdi IPT berbanding pelajar lelaki. Dengankeputusan akademik yang cemerlang, tidakhairanlah pelajar perempuan boleh menguasaitempat di IPT. Jadi, adakah faktor pencapaianakademik pelajar perempuan yang cemerlangtadi menyumbang kepada lambakan pelajarperempuan di IPT dan bagaimana pula dengankedudukan pelajar lelaki di InstitusiPengajianTinggi sekarang?

3) Sebagai

seorang

guru

yang

bertanggungjawab,

bagaimanakan

anda

mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan bagi murid yang berada di pedalaman?

90

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

Chua, T.T (1970). Pendidikan Khas di Malaysia. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia, halaman 91-94 Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tanpa pengarang.(2012, January 9). Give a Chance. Special Education Needs Magazine, 52, 28-31.

Tanpa pengarang. (2011, November 17). Jangan Asingkan Murid Berkeperluan Khas. New Sabah Times, pp. E4. Tanpa pengarang. (2010, April 16). Kaum minoriti di Malaysia diberi layanan saksama. Berita Harian Online - Dalam Negeri. Muat Turun pada 24 April 2012 dari laman sesawang -

http://www.bharian.com.my/articles/KaumminoritidiMalaysiadiberilayanansaks ama/Article/ Zuria Mahmud, Norshidah Mohamad Salleh and Zalizan Jelas. (Eds) (2002). Collaboration between teachers and parents of special education students in Malaysian schools. International Journal of Learning, Volume 9.

91

TAJUK 5

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang tajuk yang berkaitan dengan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Hal ini termasuklah pengurusan persekitaran fizikal dan sosio-emosi yang mesra budaya. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara interaksi dan perhubungan yang sesuai antara murid dalam bilik darjah yang berkepelbagaian kelompok etnik. Selain itu, tajuk pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran turut dibincangkan untuk mengajar murid pelbagai etnik. Sementara itu, tajuk pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok memberi pelajar cetusan idea untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Di samping itu, pedagogi untuk kelas bercantum yang sering berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman juga diketengahkan. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu dalam bilik darjah pelbagai budaya. Akhir sekali, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan murid pelbagai latar belakang. Berdasarkan pengetahuan sedemikian, pelajar diharapkan akan lebih bersedia dan mampu untuk mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya.

Hasil Pembelajaran 1. Mentakrif konsep, tujuan, dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. 2. Menerangkan peranan dan tanggunggjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. 3. Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya. 4. Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembangan dan strategi pengurusan sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya.

92

5. Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik. 6. Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan 7. Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. 8. Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya. 9. Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya. 10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum 11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang

memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum. 12. Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya. 13. Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya.

93

5.0

Pengenalan

Dangerous Mind merupakan sebuah filem daripada Amerika yang menceritakan bagaimana seorang guru berhadapan dengan keadaan bilik darjah yang mengamalkan sifat perkauman yang begitu kuat. Sebagai seorang guru, kita perlu tangani masalah seperti ini yang mungkin boleh berlaku di sekolah nanti. Oleh yang demikian, guru perlu bijak untuk mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang mesra budaya agar dapat menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa dan budaya. Cultureis that complex whole which includes knowledge, belief, arts, morals, law, custom and any other capabilities and habits acquired by man as a member of society.

E. B. Tylor (ABXM1103 Manusia, Masyarakat dan Budaya, 2010)

Menurut Prof. Dr. Mohamed Yusoff Ismail, Dr Sarjit Singh, Azahar Ahmad Nizar dan Sheith Faikis Abu Bakar (2010), definisi Tylor tersebut tertumpu kepada sifat-sifat yang diperolehi oleh manusia hasil daripada membesar di dalam masyarakat di mana mereka telah didedahkan kepada tradisi budaya tertentu. Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam masyarakat melalui proses pembudayaan (enculturation). Oleh itu, adalah peting untuk guru memahami bahawa proses ini bukanlah suatu proses biologi di mana budaya itu diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara genetik. Hal ini kerana, sesuatu budaya itu dipelajari melalui interaksi sisial antara murid-murid dalam bilik darjah sebagai sebahagian daripada ahli-ahli masyarakat.

Bab

ini

akan

menghuraikan

dengan

lebih

jelas

lagi

bagaimana

untuk

mengaplikasikan pengurusan kelas yang mesra budaya agar persekitaran kelas yang kondusif dapat diwujudkan. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010), pengalaman pembelajaran mesra budaya akan dapat mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang
94

diperlukan oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, setiap guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.

5. 1

Pengurusan Fizikal Bilik Darjah

5.1.1 Pengenalan Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

5.1.2 Kriteria- Kriteria Fizikal Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mersa Budaya Untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan bermakna kepada murid, maka ciri- ciri ini perlu diberi perhatian oleh guru. Antaranya ialah:
95

a. Pelan lantai b. Kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan c. Susunan kerusi dan meja murid d. Susunan perabot dan peralatan e. Hiasan bilik darjah f. Sudut dan ruang bacaan

a. Pelan lantai Woolfolk (2001) berpendapat, persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan lantai bilik darjah. Guru boleh menyediakan pelan lantai dan memaksimumkan ruang bilik darjah

sebaik mungkin dengan mengambil kira keluasan bilih darjah, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap satu atau tahap dua serta gaya pengajaran. Bagi kelas Tahap satu, guru perlu merancang ruang pembelajaran yang berbezabeza, iaitu ruang bacaan, ruang aktiviti melukis dan kraf tangan, ruang bercerita dan lakonan serta ruang bekerja dalam kumpulan. Bagi kelas Tahap dua pula, murid- murid lebih mampu mengawal diri dan sudah mampu berdikari. Selain itu, ruang yang disediakan perlu juga mengambil kira unsurunsur hubungan sosial dan pemupukan nilai- nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum.

96

Berhenti dan reflek

Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir mesra budaya? b. Kebersihan, Pencahayaan dan Pengudaraan Kebersihan merupakan aspek terpenting untuk mewujudkan suasana yang selesa dalam kehidupan kita dan ia sememangnya dapat mempengaruhi mental dan jiwa kita. Murid- murid akan dapat belajar dalam suasana yang aman dan ceria sekiranya kelas mereka adalah bersih. Murid- murid perlu sentiasa dibimbing oleh guru untuk menjaga kebersihan kelas dengan mewujudkan satu jadual bertugas harian ataupun pertandingan kelas terbersih dan terkotor. Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi dalam kelas juga penting untuk memastikan keselesaan murid-murid. Pemilihan warna cat dinding dan langsir yang bersesuaian terutamanya dengan pemilihan warna- warna yang lembut mampu melahirkan suasana yang ceria dan tenang. Tingkap juga perlu sentiasa dibuka supaya kelas tidak berbau dan murid- murid dapat menghirup udara yang segar. c. Susunan kerusi dan meja murid Susunan kerusi dan meja haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan, samaada aktiviti kerja kumpulan ataupun individu. Selain itu, guru juga harus memastikan bahawa guru dapat bergerak untuk memberikan bimbingan atau bantuan sekiranya diperlukan oleh murid. Murid- murid juga perlu disusun mengikut ketinggian, saiz fizikal dan juga etnik atau kaum. Guru perlu meletakkan murid- murid yang lebih rendah di hadapan supaya penglihatan mereka tidak tergangu. Selain itu, guru boleh mencampuradukkan murid mengikut kaum supaya mereka dapat berkomunikasi dan bertoleransi antara satu sama lain

97

untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan dan memahami budaya orang lain demi ke arah membentuk masyarakat satu Malaysia. d. Susunan perabot dan peralatan Perabot dan peralatan tidak seharusnya menyempitkan ruang. Oleh itu, guru perlu bijak menggunakan ruang yang ada supaya murid- murid mudah menggunakan barangbarang tersebut untuk menyimpan barangbarang mereka,

menggunakannya untuk menjalankan aktiviti dan sebagainya. e. Hiasan bilik darjah Mural, jadual-jadual, papan kenyataan, kata- kata hikmah yang bersesuaian boleh digunakan sebagai hiasan bilik darjah selain daripada memberikan maklumat ataupun semangat kepada murid- murid. Bahan- bahan seperti masyarakat majmuk di negara kita juga boleh dijadikan mural untuk menghias kelas untuk melahirkan kelas yang lebih mesra budaya. f. Sudut dan ruang bacaan Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. Sudut-sudut seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.

Sudut pembelajaran elektronik adalah penting di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta

menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

98

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

. Apakah ciri-ciri utama persekitaran fizikal yang perlu diberi perhatian untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?

5.2

Pengurusan Persekitaran Sosioemosi

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan, iaitu sosial dan emosi. Komponen sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga, sosial dapat ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan serta hal-hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang. Perkembangan sosial pula merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Perkataan emosi pula sering kali dikait perasaan dalam diri seseorang individu. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif seperti gembira manakala emosi seperti marah. Perkembangan emosi merangkumi kemampuan seseorang individu untuk

mengenali, mengekspresikan dan menguruskan perasaan terhadap diri dan juga kepada orang lain. Penguasaan kemahiran sosioemosi membolehkan individu belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan
99

bermasyarakat. Perkembangan sosioemosi yang positif membolehkan seseorang individu dapat mempertimbangkan dan menguruskan emosinya dengan baik. Sehubungan dengan itu, perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui proses pendekatan dan interaksi dalam menjalinkan hubungan sosial.

Berhenti dan reflek

Murid-murid yang dapat menerapkan kemahiran sosioemosi yang positif dapat membentuk suasana kelas yang kondusif. Bincangkan.

Teori pengurusan Sosioemosi Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa dalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya. Berikut adalah jadual konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenalpasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga tua. Peringkat konflik (Tahun) 0-1 (bayi) Kepercayaan ketidakpercayaan lawan Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama Membina rasa kepercayaan secara peringkat Membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi Ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif Ciri-Ciri Perkembangan Emosi

100

1-3 (awal kanak-kanak) Autonomi Lawan Malu/Ragu 3-6 tadika) (awal kanak-kanak Inisiatif lawan serba salah 6-11 ( kanak-kanak) kerajinan lawan kompleks 12-20 (remaja) Identiti lawan keliruan identiti Cuba memahami diri Menghadapi krisis identiti Sensitif kepada perubahan badan dan imej diri Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat peringkat dahulu. 21-25 (Awal Dewasa) Kemesraan keterasingan lawan Berusaha terus mencari identiti Berusaha membentuk ikatan kemesraan Sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan, terus keterasingan lawan rendah diri. Keinginan menguasai sesuatu Keinginan berjaya Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial Memerlukan peneguhan positif/ penghargaan Belajar cepat Bergerak cepat Peka kepada yang betul dan salah Merasa serba salah jika diketawa Membina sikap negatif jika merasa serba salah Keinginan memiliki kuasa Keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri Merasa malu jika tidak diberi kuasa Merasa malu didepan orang Merasa takut melakukan kesalahan

terhadap tugas yang disempurnakannya Merasa komplek rendah diri jika dikritik.

101

26-60 Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi produktiviti Individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna. 61 ke atas Integriti adalah hasil kebangaan terhadap kehidupan yang berharga Orang tua yang kurang puas hati dengan berikutnya atau melakukan aktiviti

kehidupannya akan takut mati. Jadual 5.1 Teori Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah

Ahli Neo-Freudian ialah sekumpulan ahli teori yang dipengaruhi oleh Sigmund Freud, namun telah meluaskan teori beliau yang selalunya dalam bidang sosial dan budaya.

5.2.1 Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Menurut Albert Bandura (1959), sebahagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan mahupun penyajian, contoh tingkah laku ( modeling ). Teori ini menekankan aspek pemerhatian dalam sesuatu proses pembelajaran. Dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) terhadap kelakuan kanak-kanak. Mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk

dengan palu besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit dalam video. Setelah menonton video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah anak-anak tersebut melihat
102

patung tersebut,mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video. Berdasarkan teori ini, kita dapati kanak-kanak membuat pemerhatian dan meniru tingkah laku orang yang berada disekelilingnya sewaktu berinteraksi. Jadi, guru perlu mempertimbangkan beberapa perkara dalam merancang persekitaran yang mesra. Antaranya adalah seperti berikut:

Guru sebagai rol model

Peranan Bermain

Faktor pembinaan persekitaran yang mesra budaya

Persekitaran dan Pengalaman

Komuniti Pembelajaran

Rajah 5.1 Faktor Pembinaan Persekitaran Yang Mesra Budaya Guru Sebagai Rol Model Memandangkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak berkembang melalui pemerhatian dan peniruan, mereka akan memerhati orang yang dekat dengannya. Di sekolah, guru selalu dikelilingi oleh murid-murid. Mereka akan meniru semula perlakuan yang dilakukan guru. Oleh itu, guru harus sedar bahawa mereka dijadikan rol model kepada murid-murid. Guru seharusnya menunjukkan tingkah laku dan sahsiah yang baik, penampilan yang kemas dan komitmen terhadap tugas yang diberikan.

103

Guru tidak harus memaparkan sikap peribadi yang kurang disenangi. Menurut Rashidy Jamil Al-Rashid dan majalah Solusi, kepincangan akhlak bagi seorang murabbi sudah pasti membawa kepada runtuknya keberkatan ilmu dan tarbiah yang disampaikan ke dalam jiwa masyarakat. Jadi, tingkah laku guru sangat perlu dijaga agar murid-murid tidak terdorong untuk meniru sikap yang tidak baik. Persekitaran dan Pengalaman Antara perkara yang guru perlu titikberatkan supaya murid-murid dapat memperoleh pengalaman melalui persekitaran ialah:

Pemerolehan Pengalaman Melalui Persekitaran

Pengalaman melalui peraturan yang ditetapkan

Pengalaman bekerja dalam sesebuah pasukan

Pengalaman berkomunikasi

Guru membuat pengukuhan kepada murid. - Peneguhan positif seperti perlakuan yang baik diberikan ganjaran. - Peneguhan negatif seperti perlakuan yang salah diberikan teguran atau dendaan

Melatih diri untuk memahami orang lain Cuba bertingkah laku baik agar disenangi orang. Hubungan sesama murid berjalan lancar. Membina masyarakat yang harmoni.

Dalam kalangan rakan sebaya dan pihak yang lebih dewasa. Mampu membezakan bentuk komunikasi yang disenangi. Berinteraksi tanpa mengira bangsa dan agama. Mendorong terbinanya hubungan sosial yang harmoni.

Rajah 5.2 Pemerolehan Pengalaman Melalui Persekitaran

104

Komuniti Pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan suatu suasana yang kondusif untuk sesi pembelajaran. Ianya dapat diwujudkan melalui pembinaan persekitaran yang perihatin dan penyayang. Dalam komuniti tersebut, hubungan interpersonal sangat penting. Murid-murid perlu diberi peluang untuk melakukan kerja secara bersama-sama. Guru harus membantu murid menguasai kemahiran tersebut dengan berskap lebih terbuka. Guru boleh membiarkan murid berbincang tentang sesuatu isu. Di sana murid akan memupuk persefahaman dan saling memahami. Peranan Bermain Kanak-kanak memang sangat suka bermain. Menurut Mok Soon Sang, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Strategi belajar sambil bermain merupakan satu strategi pengajaran berstruktur yang memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan menyeronokkan.

105

Melalui bermain kanak-kanak dapat mempelajari:

Implikasi Bermain

Kemahiran intrapersonal dan interpersonal Mengenali kekuatan dan kelemahan diri. Mempunyai motivasi untuk perbaiki kelemahan. Mengurangkan tindakan yang tidak disukai. Dapat mengaplikasikan nilai dan peraturan yang diamalkan

Kemahiran berkomunikasi Menggalakkan murid berinterkasi sesama rakan. Mengajar diri cara berkomunikasi yang betul sewaktu bermain. Menyesuaikan diri dengan suasana bermain. Mendorong pembelajaran yang aktif.

Penyelesaian masalah dalam bermain Mendorong murid bekerjasama mengatasi masalah Menggalakan murid lebih banyak berfikir cara penyelesaian. Mencetus idea-idea yang kreatif

Rajah 5.3 Implikasi Bermain

5.2.2 Minat dan Pencapaian Pelajaran Pencapaian murid dalam pembelajaran bergantung kepada minat dan semangat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran. Berdasarkan kajian daripada Walter Vispoel dan James Austin (1995), minat murid terhadap pembelajarnanua menpengaruhi kejayaan kecemerlangannya. Pengalaman merupakan aspek yang penting dalam menimbulkan rasa minat murid terhadap sesuatu pembelajaran. Murid akan rasa bersemangat sekiranya terdapat sesuatu tarikan dalam bilik darjahnya. Murid akan menunjukkan peningkatan dalam prestasi sekiranya lahir rasa minat dalam diri murid tersebut. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru harus mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif supaya murid selesa untuk belajar. Guru juga boleh menggunakan pendekatan dengan memberikan pujian dan ganjaran kepada murid. Dengan ini, murid akan lebih bersemangat ketika belajar.
106

5.2.3 Motivasi, Budaya dan Pembelajaran Budaya yang pelbagai memberi implikasi yang berbeza kepada cara murid memotivasikan diri untuk mencapai kejayaan. Hal ini kerana murid-murid diajar dengan cara didikan yang berbeza. Self -esteem kanak-kanak rendah pada awal peringkat umur mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini kurang berani untuk membuat keputusan. Namun begitu, self -esteem dalam diri kanak-kanak ini akan meningkat apabila mereka sudah mampu mengenali dan menerima ciri-ciri individualiti. Murid-murid akan membina keyakinan dalam diri untuk membuat sesuatu keputusan. Antara langkah yang dapat dilakukan oleh guru untuk memotivasikan murid dalam pembelajaran ialah: 1) Menjelaskan nilai dan keperluan sesuatu tugas kepada murid. 2) Memberi perkaitan sesuatu tugasan dengan pelajaran yang lepas 3) Menerangkan kepentingan kemahiran baru yang perlu murid kuasai. 4) Menggunakan persekitaran social untuk menggalakkan pembelajaran.

Latihan/Aktiviti

Terangkan bagaimana sifat self-esteem dalam diri dapat memotivasikan diri dalam suasana pembelajaran?

107

5.3

Perhubungan Antara Kelompok Etnik

5.3.1 Hubungan Etnik Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyrakat majmuk dan berbilang kaum. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa yang amat pahit dan sentiasa menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat harus mempunyai kesedaran perpaduan dan memahami antara satu sama lain untuk mengelakkan berlakunya kejadian tersebut lagi.

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Dapatkan maklumat tambahan tentang Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah memberikan banyak kesan buruk kepada masyarakat Malaysia.

Kita sepatutnya memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan. Dalam konteks negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian pemerintahan yang matang. Persoalannya ialah: Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan? Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan yang berterusan? Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.

108

5.3.2 Kepentingan Memahami Hubungan Etnik Sebagai seorang guru, anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik. Ini adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah anda dan dalam jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan 1 Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan: seluruh struktur sosial masyarakat memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan\ sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

Antara kepentingan mempelajari hubungan etnik ialah: Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan

kemampuan sosioekonomi negara kita. Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial. Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat. Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

109

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Cari maklumat tambahan mengenai hubungan etnik di Malaysia.

5.3.3 Guru Dan Pemahaman Terhadap Kepentingan Hubungan Etnik Pemupukan terhadap nilai- nilai perpaduan antara etnik perlu menjadi antara fokus dan matlamat pengajaran di dalam bilik darjah. Kerapuhan perpaduan dalam kalangan masyrakat Malaysia menjadi penghalang pada pembinaan negara harmoni dan maju. Oleh itu, guru perlu menghayati kepentingan hubungan etnik dalam

memastikan murid- muridnya mengalami suasana persekitaran bilik darjah dan pembelajaran yang mesra budaya lalu terjalin kesepakatan dan perpaduan. Hasrat wawasan 2020 yang perlu dihayati oleh guru iaitu: a. Menjadi Negara bersatu b. Masyarakat Malaysia yang yakin c. Mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh d. Hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur. e. Mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas, dan kental.

Guru juga perlu hayati 9 cabaran wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara yang maju iaitu: Cabaran pertama : Mewujudkan masyarakat Negara Malaysia bersatu yang

mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Cabaran kedua : Menwujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas,

tenteram dan maju, dengan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada dan apa yang telah dicapai dan cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.
110

Cabaran ketiga

Usaha

mewujudkan

dan

membangunkan

masyarakat

demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang dan berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. Cabaran keempat beretika. Cabaran kelima Cabaran keenam Cabaran ketujuh Cabaran kelapan : Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak-ansur. : Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. : Mewujudkan masyarakat penyayang, dan budaya penyayang. : Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. : Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai : Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan

Cabaran kesembilan

ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Guru perlu melaksanakan tanggungjawab dalam pembinaan Negara bangsa melalui pendekatan hubungan etnik atas gagasan berikut: i Kemasukan pelbagai etnik ke Tanah Melayu yang mewarnai kehidupan, soisiobudaya, politik dan ekonomi Malaysia. ii Setiap etnik mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Malaysia menjadi Negara yang maju, aman dan damai. iii Tanggangjawab setiap rakyat untuk menghadapi caraban negara berhadapan ancaman luar dan dalam. iv Setiap rakyat perlu mempunyai jati diri untuk pertahankan budaya bangsa dan negara Malaysia. v Hubungan etnik mengecilkan prasangka dan diskriminasi kaum.

111

Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya, tanpa mengabaikan prinsip perkembangan peniruan: i Guru menjadi contoh teladan apabila guru prihatin dengan murid tanpa mengira etnik. Selain itu, guru perlu tahu budaya pelbagai etnik murid dan sitem kepercayaan mereka lalu boleh gunakannya dalam pengajaran. ii Guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mmembuka ruang untuk mewujudkan interaksi murid pelbagai kaum. iii Pembinaan persekitaran pembelajaran yang membina nilai menghargai perbezaan antara etnik dan menggalakkan murid berkongsi pengetahuan dan idea daripada perspektif budaya yang berbeza. iv Pembinaan kemahiran sosial akan menjurus kepada penerimaan terhadap nilai-nilai persamaan dan perbezaan yang mendorong permuafakatan sewaktu bekerja dalam sebuah pasukan. v Isi pelajaran menjurus ke arah pemupukan nilai- nilai harmoni, perpaduan dan saling menghormati. vi Membina rasa menghargai perbezaan budaya dan amalan hidup masyarakat berbilang etnik. vii Menonjolkan keunikan dan keistimewaan ciri- ciri budaya dan amalan hidup masyrakat pelbagai etnik. viii Membina semangt setia kawan yang tinggi sewaktu murid menjalani aktiviti berkumpulan. ix Menonjolkan keistimewaan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai etnik daripada perspektif sosiobudaya, politik, ekonomi dan sejarah. sosioemosi murid yang belajar melalui

Berhenti dan reflek

Apakah yang anda fahami tentang konsep masyarakat majmuk? Bagaimanakah peranan anda sebagai seorang guru untuk membantu pelajar anda memahami konsep ini?
112

5.4

Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Seorang guru mempunyai tugas yang sangat mencabar kerana guru perlulah memudahkan sesuatu pembelajaran untuk murid-muridnya. Seorang guru bukan sahaja perlu menwujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, akan tetapi guru juga perlu mencipta pengajaran yang berkesan yang dapat meransang minat murid-murid di samping untuk sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid-murid.

Dalam sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran, guru sering kali berhadapan dengan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan, latar belakang dan budaya. Oleh yang demikian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan perlu diurus dengan sebaik mungkin. Guru yang cemerlang adalah guru yang dapat memahami persaan dan kehendak hati nurani murid-murid, cekap dalam mencorak iklim pembelajaran yang memberansangkan, punyai kecekapan dan kemahiran mengajar, bijak mengurus masa, sentiasa produktiviti, serta mahir mencorakkan tingkahlaku dan disiplin murid. Oleh yang demikian, guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid-murid.

Menurut Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Maskon (2010), pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang murid. Pengurusan

pengajaran bermula sejak dari perancangan awal lagi dan topik yang dipilih haruslah sesuai dengan tajuk pembelajaran dan latar budaya murid. Oleh itu, guru perlu menentukan pendekatan, kaedah dan teknik-tekni yang sesuai denga

perkembangan dan kebolehan murid. Apa sahaja cara yang dipilih haruslah berpotensi untuk meransang murid agar belajar secara aktif sehingga mampu menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Dalam merancang persediaan mengajar, setiap aktiviti yang dipilih perlulah mempunyai urutan yang baik. Aktiviti yang dipilih perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Biasanya, aktiviti yang dipilih berupaya untuk
113

meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan untuk guru menjelaskan pengajarannya. Oleh itu, guru haruslah bijak memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan agar dapat menjamin kelicinan dan keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran. Menurut mereka lagi, sebelum memasuki fasa peringkat pelaksanaan, guru perlu merancang objektif dengan tepat, jelas dan mampu dicapai oleh semua murid yang tediri daripada pelbagai budaya dan latar belakang. Setelah itu, barulah pengesanan dan penilaian dilakukan agar guru dapat membuat penambahbaikan dalam pengajaran yang berikutnya.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu pengurusan pengajaran dan pembelajaran iaitu hasil pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi. Objektif dan hasil pembelajaran perlu dirancang dengan sebaik mungkin dan mampu dicapai oleh semua murid yang terdiri dari pelbagai budaya dan latar belakang. Set induksi merupakan langkah yang pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan satu tarikan kepada murid untuk menimbulkan minat mereka terhadap tajuk yang hendak disampaikan guru. Melalui set induksi ini, murid-murid diberikan gambaran awal sebelum guru menyampaikan pengajaran yang sebenar. Set induksi juga memberikan gambaran awal untuk mendorong murid mengetahui isi pengajaran.

Set induksi boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik. Misalnya seperti guru menayangkan video, mengajak murid-murid untuk bernyanyi, berpantun, berlakon, soal jawab, mempamerkan sesuatu objek, atau meyediakan satu bahan atau soalan yang mencabar minda murid. Set induksi yang dilaksanakan haruslah mempunyai kaitan dengan objektif dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai, dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan. Set induksi biasanya dijalankan antara seminit hingga lima minit sahaja.

Seterusnya pula ialah langkah perkembangan. Dalam langkah ini terdapat satu atau dua fasa. Fasa yang pertama biasanya pengenalan konsep. Sekiranya murid-murid tidak dapat mengikuti langkah ini, guru boleh menggunakan program pemulihan melalui pendekatan yang lebih mudah seperti menyediakan nota ringkas untuk
114

mereka baca dan fahami sebelum guru memulakan langkah pada fasa yang berikutnya. Fasa yang seterusnya biasanya lebih kompleks. Hal ini kerana, guru boleh melaksanakan aktiviti kumpulan yang membolehkan murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain. Dengan adanya penglibatan murid yang memerlukan mereka untuk saling berinteraksi secara bersemuka, akan dapat memupuk tanggungjawab individu kea rah pemprosesan pasukan. Guru yang berjaya menguruskan pengajaran dan pembelajarannya dengan terancang akan menjadikan murid lebih berani, yakin dan berwibawa. Selain itu, guru juga dapat melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati dan bantumembantu tanpa mengira latar budaya mereka.

Murid-murid yang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang guru laksanakan membolehkan meraka mendapat pengalaman sebenar. Pelaksanaan tugasan boleh dijalankan dengan lebih berkesan jika guru menggunakan pendekatan koperatif dan kolaboratif. Kaedah pengajaran seperti ini memerlukan murid dari pelbagai kebolehan, latar belakang budaya, campuran jantina dan pelbagai etnik, untuk bekerjasama dalam pasukan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Walaupun murid-murid terdiri daripada pelbagai budaya, guru harus menjadi contoh yang terbaik dan penggerak kepada pembelajaran yang berpusatkan murid. Perbezaan budaya seharusnya dijadikan sebagai pencetus minda dan motivasi kepada murid. Dengan ini, pembelajaran menjadi semakin aktif, interaktif dan konstruktif. Guru juga boleh membantu murid-murid untuk menyediakan bahan berasakan teknologi, elektronik, bukan elektronik atau sumber lain.

Guru perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan sumber yang sedia ada untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Setiap sumber yang dijadikan sebagai alat atau bahan bantu mengajar, bahan bantuan belajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan dan maklumat tambahan, dan sebagainya merupakan inspirasi kepada guru untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang releven dengan hasil pembelajaran akan mempercepatkan dan menjimatkan masa pembelajaran, menarik minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid.

115

Penilaian, rumusan dan refleksi merupakan langkah yang terakhir di penghujung pengajaran dan pembelajaran. Guru yang baik adalah guru yang dapat mengesan kelemahan diri sendiri sewaktu menguruskan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran. Guru itu juga mampu memperbaiki kelemahan diri yang dikesan untuk tidak mengulanginya pada masa yang akan datang. Oleh yang demikian, bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bijak dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Perancangan yang berkualiti akan menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilnya.

5.5

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok

Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya iaitu strategi strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh para guru di dalam bilik darjah berkepelbagaiaan budaya. Selain itu, isu tentang peranan guru dalam menangani cabaran untuk memilih pedagogi yang sesuai dalam untuk pelbagai kelompok etnik turut dibincangkan.

5.5.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya Golongan pendidik perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan berkesan untuk menawarkan pendidikan berasaskan perbezaan latar belakang murid. Education for All (EFA) yang menjadi antara perjuangan UNESCO dapat dipenuhi sekiranya pihak sekolah tidak mendiskriminasikan pendidikan kepada anak-anak. Sehubungan itu, bakal-bakal guru wajar diberi pendidikan dan latihan yang mapan serta menjurus ke arah penguasaan pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan guru mampu menganalisis isu berhubung etnik, budaya dan amalanamalan etnik secara kritikal serta mengenal pasti pendekatan yang paling berkesan untuk memberi pengalaman yang bermakna kepada murid. Tuntasnya, guru perlu mampu membangunkan amalan pedagogi yang bersangkut paut dan bermakna kepada anak didik masing-masing.

116

Menurut Gloria Ladson Billings (1992), pedagogi relevan budaya ialah pedagogi yang mengupayakan kekuatan intelek, sosial, emosi dan politik murid dengan merujuk budaya dalam menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap. Sementara itu, Gay (2000) pula berpendapat bahawa pendekatan pedagogi relevan budaya merupakan pendekatan yang menggunakan pengetahuan budaya, pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang berbeza-beza mengikut perbezaan etnik murid dan hal ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan da bermakna. Pendekatan ini menonjolkan kekuatan yang ada pada murid dan meningkatkan pencapaian akademik murid.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Cuba anda bincangkan dengan rakan anda, definisi pedagogi relevan budaya dan kaitkan dengan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru.

5.5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya Ramai pengkaji berpendapat bahawa pedagogi relevan budaya ini adalah satu cara yang membolehkan murid mempertahankan identiti budaya di samping mencapai kecemerlangan akademik yang optimum. Pedagogi relevan budaya juga adalah antara pendekatan yang paling sesuai untuk memenuhi matlamat akademik dan tuntutan social murid-murid berlainan budaya. Pedagogi ini juga mampu

memaksimumkan peluang pembelajaran murid apabila guru memahami perbezaan murid berdasarkan perbezaan latar belakang dan etnik, serta bagaimana setiap satunya mempunyai teknik belajar yang berlainan. Pemahaman guru itu akan membantu guru mengubah sikap murid terhadap kepentingan pelajaran dalam hidup mereka.

117

Antara perkara yang diketengahkan oleh Gay (2000) berhubung pedagogi relevan budaya adalah seperti berikut: Pendekatan ini wajar dimasukkan ke dalam kurikulum memandangkan melalui pedagogi relevan budaya, warisan budaya pelbagai etnik yang banyak mempengaruhi sikap dan pendekatan pembelajaran murid dihargai dan dipertahankan. Pedagogi relevan budaya menghubungkan pengalaman di rumah dengan pengalaman di sekolah serta mendorong kehidupan berdasarkan

sosiobudaya yang sebenar. Pedagogi relevan budaya menggunakan strategi bimbingan yang meluas serta mampu dikaitkan dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Pendekatan ini juga mengajar murid mengetahui dan menghargai warisan budaya sendiri dan warisan budaya masyarakat yang lain. Pendekatan ini mampu membekalkan maklumat pelbagai budaya, sumber dan bahan dalam semua subjek dan kemahiran yang diajar di sekolah. Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

5.5.3 Ciri Ciri Pedagogi Relevan Budaya Bagi memastikan pelaksanaan pedagogi relevan budaya dapat dijalankan secara optimum, beberapa ciri pedagogi relevan budaya diketengahkan untuk membantu guru-guru merancang pengajaran dan pembelajaran secara efektif. Menurut Noriati (2011), antara ciri pedagogi relevan budaya adalah seperti berikut: Pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sekolah serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum. Memanfaatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk memahami pengajaran guru. Menjadikan budaya sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.
118

Meningkatkan perkembangan murid dalam bidang pembelajarandengan memberi penumpuan membantu dan membimbing murid menguasai kemahiran membaca, menulis, bertutur, malahan mamu menyelesaikan masaah dan bersama-sama dengan rakan yang lain mencari jalan penyelesaian masalah.

Kesediaan mempelajari dan menyokong budaya sama ada budaya di sekolah mahupun budaya di rumah. Manakala guru berperanan menilai dan membina kemahiran sedia ada pada murid berdasarkan budaya yang dibawa dari rumah.

Guru membantu murid untuk mengenal pasti, mengkritik dan menambah baik ketidaksamarataan social melalui pembangunan sosiopolitik dan kesedaran kritikal.

Hasil pembelajarn tidak hanya berfokus pada pencapaian akademik sematamata, sebaliknya turut berhasrat untuk mempertahankan identiti dan warisan budaya.

Murid menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam menggalakkan pembelajaran dan kecemerlangan akademik apabila murid muda memahami sesuatu kandungan pelajaran yang dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, iaitu pengalaman hidup mereka dalam komuniti dan budaya masingmasing.

Murid menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang besar dan berkembang, saling menyokong dan saling membantu demi mencapai kehidupan berjaya dan berkualiti.

Dalam membina komuniti akademik, guru perlu melayani kehendak dan keperluan murid dan mempunyai perasaan sepunya, menghargai perbezaan yang ada pada diri murid serta mampu mengetengahkan konsep kendiri setiap murid.

Persekitaran pelbagai budaya membantu membina pedagogi relevan budaya yang menyumbang ke arah amalan demokrasi budaya serta menyediakan murid menjadi rakyat yang glokal (global dan lokal).

Pendekatan ini membuka ruang kepada guru dan murid untuk menjalani aktiviti perbincangan, refleksi serta analisis identiti etnik yang akan menjurus ke arah pemupukan nilai-nilai persefahaman yang tinggi.
119

5.5.4 Peranan Guru dalam Melaksanakan Pedagogi Relevan Budaya Dalam melaksanakan pedagogi relevan budaya, guru memainkan peranan yang signifikan untuk menjayakan usaha ini. Antaranya adalah seperti berikut (Noriah, 2011): Menerima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza-beza dari segi budaya, etnik, bahasa dan kelas sosial secara positif. Bersiap sedia untuk mengajar dan mengenal pasti pendekatan-pendekatan yang perlu bagi mencapai hasil pembelajaran. Mencari pendekatan yang sesuai untuk menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pegalaman di sekolah. Mempunyai rasa bangga dan komited dengan kerjaya yang mendorong kejayaan semua murid tanpa membeza-bezakan etnik dan budaya mereka. Guru juga perlu meluangkan masa untuk hadir di majlis-majlis komuniti untuk menunjukkan sokongan moral kepada murid dan komuniti mereka. Mewujudkan hubungan dan ikatan dengan murid serta membangunkan komuniti belajar dalam kalangan murid yang sama-sama bekerja secara kolaboratif dan bertanggungjawabterhadap kejayaan bersama. Mempunyai rasa hormat kepada diri murid yang berbeza-beza latar belakang serta memahami murid yang mempunyai budaya komunitinya yang tersendiri. Sewaktu mengendalikan pengajara, disarankan guru-guru menggunakan kekuatan yang ada pada diri murid untuk diketengahkan dan menjadikannya sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bersikap penyayang juga merupakan antara perkara yang akan membuatkan guru berjaya menlaksanakan pengajaran dan pembelajaran malahan sikap ini sangat perlu dalam pedagogi relevan budaya. Guru perlu sentiasa mendekati murid bukan sahaja bertjuan untuk membuatkan murid berasa selesa, malahan juga bagi memupuk minat murid dalam pembelajaran.

120

Guru perlu memupuk semangat dan kesedaran agar murid mempunyai citacita besar untuk berjaya dan memikul tanggungjawab social demi meletakkan etnik mereka sama maju dengan etnik-etnik lain yang sudah berjaya.

Bagi membangunkan semua rakyat tanpa sempadan etnik dan budaya, guru perlu mendorong muridnya ke arah membina impian dan harapan yang tinggi. Murid boleh didorong dengan membina impian yang kecil pada peringkat awal dan akhirnya menjurus ke arah membina harapan harapan yang tinggi setelah satu persatu impian dan hasrat yang kecil terlaksana. Kejayaan kecil yang dicapai akan memberi semangat kepada murid untuk meneruskan harapannya pada perkara-perkara yang lebih tinggi.

Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah digalakkan bagi membantu guru melaksanakan pedagogi relevan budaya. Guru hendaklah menjalinkan hubungan mesra dengan ibu bapa dan masyarakat setempat dan mengenal pasti pihak yang dapat membantu guru melaksanakan sesuatu pengajaran dengan menggunakan pedagogi relevan budaya.

Guru hendaklah sentiasa berusaha menambah koleksi sumber dan bahan pengajaran yang dapat menarik minat murid terhadap pengajaran. Membawa murid meawat dan menjalankan projek di kawasan sesuatu etnik, contohnya lawatan ke perkampungan orang Asli dapat mendekatkan murid dengan kepelbagaian cara hidup etnik di Malaysia.

Menerima pelawat asing adalah salah satu cara murid mempelajari budaya dan kehidupan orang lain. Pihak guru dan sekolah boleh merancang aktiviti kepada pelawat dan murid bagi memperkenalkan murid dengan etnik lain dari negara lain selain mengenali etnik di Malaysia.

5.5.5 Elemen dalam Pedagogi Relevan Budaya Guru boleh menggunakan variasi elemen dalam pedagogi relevan budaya bagi menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di samping

mengambil kesempatan menggunakan pengetahuan sedia ada murid berdasarkan elemen yang dipilih. Antara elemen dalam pedagogi relevan budaya adalah seperti berikut:

121

Elemen Adat Resam dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Setiap masyarakat mempunyai adat resam yang akan dipelihara dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Antara adat resam yang dipelihara sehingga hari ini adalah pantang larang dan adat kepercayaan yang ada kalanya sudah sinonim dengan dengan kehidupan masyarakatnya. Sekiranya guru memilih adat resam pelbagai etnik di Malaysia sebagai sumber pengajaran, maka guru boleh menjadikan muridnya sebagai sumber dalam menyampaikan maklumat berhubung adat resam etnik muridnya. Jika di dalam kelas terdapat banyak etnik, guru boleh meminta murid mendapatkan maklumat berhubung adat resam dan kepercayaan etnik masing-masing. Contohnya, upacara perkahwinan, kelahiran dan kematian. Murid boleh diberi tugas untuk

mengumpulkan maklumat yang barkaitan daripada ibu bapa atau pihak yang lebih dewasa. Kemudian, murid boleh membentangkan maklumat yang diperoleh di dalam kelas dan mengisi boring grafik banding beza supaya dapat melihat persamaan dan perbezaan adat resam etnik rakan-rakan mereka. Guru kemudian boleh merumuskan isi pelajaran dengan menerapkan nilai-nilai persefahaman dan perpaduan dengan menunjukkan bahawa walaupun terdapat perbezaan tetapi persamaan tetap wujud apabila manusia sentiasa berusaha mencari keharmonian dan kebaikan dalam kehidupan. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah dengan menggunkaan borang pengurusan grafik untuk memolehkan murid menghayati kepelagaian budaya, persamaan dan perbezaan serta ciri-ciri yang menarik tentang sesuatu budaya.

122

Dusun Persamaan

Melayu

Perbezaan

Rajah 5.4 Sampel Borang Grafik Banding Beza Komponen Kesusateraan

Penggunaan hasil kesusasteraan yang dimiliki oleh pelbagai etnik dalam kalangan murid membantu guru melaksanakan pedagogi relevan budaya. Guru boleh meminta murid menyampaikan sebuah cerita rakyat yang luar biasa dan sudah pasti hal ini akan menarik minat rakan-rakan yang lain untuk mengikuti cerita tersebut. Cerita rakyat juga boleh diterjemahkan ke dalam buku besar ( big book) yang menarik dan menjadi sumber bacaan murid. Selain itu, guru juga boleh meminta murid melukis salah satu adegan yang terdapat dalam cerita rakyat, aktiviti ini dapat menggilap daya imaginasi dan kreativiti murid. Tambahan pula, nilai yang terdapat di dalam setiap cerita rakyat mudah diterapkan sekiranya murid berminat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Gambar 5.1 Sampel Buku Besar (Big Book)


123

Puisi merupakan salah satu genre yang mampu menarik minat murid terhadap pembelajaran. Setiap etnik mempunyai karya puisi yang unik dan bernilai, contohnya lagu rakyat. Guru boleh menggunakan puisi seperti lagu rakyat milik sesuatu etnik dan meminta murid tersebut mempersembahkan kepada kawan-kawan sebelum mengajak kawan-kawan di dalam kelas menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai. Aktiviti ini begitu jelas sekiranya guru menganggotai pasukan Pengakap atau Pandu Puteri kerana lagu-lagu rakyat sering dipilih dalam pasukan unit beruniform tersebut dan kanak-kanak sangat gembira menyanyikannya. Lagu rakyat dalam bahasa ibunda boleh dijadikan aktiviti berbahasa seperti kemahiran menulis, sebagai contoh apabila guru meminta murid menuliskan lirik lagu tersebut dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Begitu juga sekiranya guru memilih kemahiran lisan, murid boleh diminta menterjemahkannya secara lisan ke dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Elemen Pemakanan

Setiap etnik tidak lari daripada makanan tradisional masing-masing. Setiap masyarakat mempunyai makanan yang istimewa dan unik serta lain daripada yang lain. Masakan pelbagai etnik menyajikan pelbagai juadah istimewa merupakan suatu keistimewaan Malaysia yang perlu dihargai dan dikekalkan. Guru boleh

menggunakan elemen pemakanan pelbagai etnik untuk dijadikan bahan dan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pedagogi relevan budaya. Amalan pemakanan tidak terbatas hanya dalam kelompok jenis masakan sematamata, sebaliknya terdapat juga amalan pemakanan tanpa memasak seperti amalan memakan sirih dalam kalangan etnik India dan Melayu. Walaupun amalan tersebut semakin berkurangan dalam kalangan generasi muda, tetapi sesuatu yang istimewa adalah apabila guru menjadikan amalan tersebut sebagai suatu maklumat kepada murid. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan elemen

pemakanan ialah: o Murid daripada sesuatu etnik diminta membuat pembentangan tentang peraturan atau etiket makan atnik masing-masing. Daripada

pembentangan, guru dan murid boleh menggabungkan kesemua etiket


124

yang telah dibentangkan dan menyimpulkan bahawa kesemua etiket tersebut hidangan. o Murid diminta menyenaraikan jenis masakan nasi atau mi yang terdapat di Malaysia dan meminta murid mendapatkan maklumat berhubung ramuan yang diperlukan untuk sesuatu resipi nasi atau mi. Selain itu, penggunaan borang pengurusan grafik boleh digunakan sewaktu murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Seterusnya, guru boleh meminta murid mendapatkan maklumat tentang kelebihan ramuan-ramuan yang kerap digunakan dalam sajian etnik mengikut kepercayaan setiap etnik. merupakan perlakuan yang perlu ketika menghadapi

Gambar 5.2 Bawang merah dan putih mempunyai banyak khasiat

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Layari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan tumbuhan berkhasiat yang sering digunakan dalam masakan.

125

Elemen Alam Sekitar

Elemen alam sekitar merupakan salah satu elemen yang sangat sesuai untuk diimplimentasikan dalam pedagogi relevan budaya kerana manusia sejak dari dahulu lagi hidup bersama alam sekitar. Guru boleh menggunakan sumber alam sekitar untuk menghubungkan pengetahuan murid di rumah dengan pembelajaran di bilik darjah. Antara aktivit yang boleh dilakukan berasaskan elemen alam sekitar ialah: o Keindahan alam di kampung masing-masing boleh digambarkan melalui lukisan dan penulisan puisi. o Murid boleh memperdengarkan lagu tentang keindahan alam

semulajadi di kampung mereka da menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa ibunda masing-masing. o Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok herba yang mengikut

kepercayaan sesuatu etnik mempunyai kelebihan. o Membuat brosur untuk mempromosikan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati pelancong di kampung halaman masing-masing.

Berhenti dan reflek

Cuba anda fikirkan bagaimana cara untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap masalah alam sekitar yang semakin teruk.

126

5.5.6 Strategi Pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya Guru perlu merancang seterusnya mengelola pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan mengambil kira aspek-aspek berikut: Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Guru seharusnya memilih strategi kaedah atau teknik yang bersesuaian mengikut keadaan kelas atau kerelevanan budaya murid. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan ialah: o Direktif Kaedah ini adalah belajar melalui penerangan dan diikuti ujian kefahaman dan latihan. Guru boleh memberikan penerangan secara langsung kepada murid tentang kepelbagaian budaya dalam kelompok mereka. o Mediatif Melalui kaedah ini guru boleh menggunakan bahan medaia dalam pengajaran. Contohnya, pengunaan komputer dan buku elektronik. Dalam strategi ini, murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian dan meniai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis khususnya yang berkaitan dengan budaya yang masih relevan untuk diamalkan oleh murid. o Generatif Guru boleh menggalakkan murid menjana idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai dengan bdaya yang diketengahkan. Keadaan ini boleh membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kreatif dan dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan dengan kehidupan masa kini. o Kontekstual Murid juga, akan dapat mengaitkan bahan pengajarandan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenar. Ini akan dapat memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka sebagai ahli keluarga, masyarakat dan rakyat. Pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran`eksperential', pengalaman hidup sebenar,pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid o Metakognitif

127

Memberikan

peluang

kepada

murid-murid

memikirkan

tentang

proses

pembelajaran,rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Melalui kaedah ini murid-murid akan berbincang tentang tugasan yang diberi. Pada peringkat inilah guru boleh memberikan tugasan yang berkaitan dengan budaya masyarakat yang masih relevan untuk dibahaskan oleh mereka. o Kolaboratif dan Koperatif Guru boleh menggunakan strategi berpusatkan murid ini untuk menggalakkan muridmurid berbincang dan berinteraksi secara aktif dengan rakan lain yang terdiri daripada pelbagai budaya. Sesi pembentangan perlu mempamerkan cetusan idea kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah lagi untuk mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelagai budaya dalam kelas. o Penemuan Guru merancang aktiviti pengajaran melalui penemuan iaitu seperti bagi tajuk makanan tradisional masyarakat majmuk. Murid bangsa Melayu diberi tugas untuk mencari maklumat tentang makanan masyarakat India, murid bangsa India ditugaskan untuk mencari maklumat tentang makanan masyarakat Cina manakala murid bangsa Cina diberi tajuk makanan masyarakat Melayu. Strategi rentas budaya ini memerlukan mereka meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain. Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, huraian atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing. o Projek Bagi menjayakan sesuatu projek, guru boleh membahagikan murid-murid mengikut kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Kelahiran. Ahli kumpulan yang berbeza bangsa boleh berkongsi pengalaman dan membuat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid juga boleh mendapatkan maklumat secara terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza.

Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya

128

Sesuatu program bacaan yang berkesan harus rapatkan perbezaan budaya da memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan budaya masing-masing. Guru perlulah mengambil tindakan seperti berikut: i. Bahan bacaan yang dipilih boleh dikaitkan dengan pengelaman setiap murid dalam bilik darjah. ii. iii. Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran. Ketahui dan memahami perkataan/ayat yang boleh menyinggung budaya murid. iv. Wujudkan atau cari bahan bacaan yang sesuai dengan budaya setiap murid. v. Menggalakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.

Berhenti dan reflek

Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara di atas?

Pembelajaran berasaskan Komputer berasaskan Pedagogi Relevan Budaya

Teknologi banyak membantu tugas guru dalam menyampaikan ilmu kepada muridmurid. Tetapi, guru perlu peka bahawa pengajaran berasaskan computer sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berbantukan komputer perlu memaparkan persekitaran budaya pelajar secara mesra.

129

Fokus perlu diberikan kepada perkara berikut: i. Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran, gur yang berkesan akan gunakan teknologi untuk melicinkan pengajaran. Bahan

berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar. ii. Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.

Komunikasi

Secara umumnya, guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua murid. Guru juga harus memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengemukakan idea dan pendapat. Guru perlu memperbetulkan dan menyebut kembali sebutan yang salah akibat pelat. Guru juga tidak sepatutnya mengajuk atau mentertawakan murid yang pelat sebutannya yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.

130

5.6

Pedagogi Kelas Bercantum

Berhenti dan reflek

Adakah anda masih ingat pengalaman anda sewaktu bersekolah. Sekiranya, anda bersekolah di kawasan Bandar, anda mungkin menikmati kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan di kawasan luar Bandar dan pendalaman adalah terhad. Sekolah-sekolah ini kekurangan dari segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Selain itu, kewujudan Sekolah Kurang Murid di sesebuah sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman telah mewujudkan satu keadaan wujudnya kelas bercantum. Apakah yang dimaksudkan dengan kelas bercantum. Apakah ciri-ciri biasa yang terkandung dalam pedagogi kelas bercantum? Sekarang kita akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran untuk kelas bercantum.

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Cari dan kumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kelas bercantum.

5.6.1 Sejarah Kelas Bercantum Sejarah kelas bercantum di Negara ini telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi. Ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching (MCT) MCT dijalankan di Lower Primary School ketika itu disebabkan bilangan guru yang minima dan kekurangan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.

131

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat selaras dengan dasar kementerian Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Melalui pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) menyasarkan matlamat untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Pendemokrasian pendidikan ini telah memberikan peluang kepada setiap murid untuk mendapat peluang pendidikan.

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Layari laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat mendapatkan maklumat mengenai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ; http://www.moe.gov.my

5.6.2 Konsep Kelas Bercantum Kelas bercantum merujuk kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran oleh seorang guru terhadapa murid-muridnya yang terdiri daripada beberapa gred/tahap dan umur murid-murid tersebut yang umurnya hampir sebaya. Contohnya: tahun satu dan dua, tahun 3 dan empat serta tahun 5 dan 6. Kelas bercantum sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. (UNESCO, 1988).

132

Berhenti dan reflek

Cuba bincang dengan rakan anda dan senaraikan cirri-ciri kelas bercantum seperti mana yang anda ketahui. Kemudian, anda boleh semak dengan ciri-ciri yang ada di dalam modul ini.

Rajah 5.5 Ciri-Ciri Kelas Bercantum

Wujud di sekolah rendah sahaja.

Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Ciri-ciri Kelas Bercantum

Murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan.

Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas.

Bil. murid kurang daripada 10 orang.

Pengelolaan kelas bercantum oleh seorang guru memerlukan banyak persediaan dan pendekatan mahir daripada pihak guru. Oleh itu, kebolehan seorang guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif perlu dititikberatkan dengan mengambil kira setiap aspek kebolehan dan pengetahuan murid.

133

5.6.3 Pedagogi Kelas Bercantum Murid mempunyai pandangan yang berbeza-beza dari sudut daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi walaupun mereka berada dalam kumpulan umur yang hampir sebaya. Perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka menyebabkan pengurusan dan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan mengikut prinsip-prinsip pembahagian kumpulan-kumpulan kecil seperti yang berikut: 1. Kumpulan Sama Kebolehan 2. Kumpulan Pelbagai Kebolehan 3. Kumpulan Tahun Persekolahan 4. Kumpulan Sosial 5. Kumpulan individu Kumpulan sama Kebolehan Kumpulan ini dikenali sebagai kumpulan akademik terutamanya dalam pengajaran subjek Matematik dan Bahasa. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kelas sederhana lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah menitik beratkan keperluan kumpulan yang lemah ini.

134

Gambar 5.3 Susunan Bilik Darjah: Cantuman Tahun 2 dan 3 Kaedah Kumpulan sama kebolehan Kumpulan Pelbagai Kebolehan Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kebolehan. Kalau murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja praktikal. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang Berjaya. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu. KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN
Cantuman Tahun 2 & Tahun 3 Cerdas Sederhana Lambat

Carta 5.1 Pembahagian Kumpulan Pelbagai Kebolehan


135

Kumpulan tahun Persekolahan Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan: Lambat Sederhana Cerdas

Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir-gilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.

Carta 5.2 Pengendalian Kelas Secara Keadah Darjah/Tahun Persekolahan

136

Gambar 5.4 Susunan Bilik Darjah: Cantuman Tahun 2 dan 3 Kaedah Kumpulan Tahun Persekolahan.

Kumpulan sosial Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Di sini, kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan. Kumpulan individu Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.

137

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Cuba anda nyatakan pecahan kumpulan-kumpulan kecil bagi kelas bercantum? 5.6.4 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum Sukatan Pelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) adalah dokumen rasmi yang perlu dipatuhi dari segi pengisian kurikulum dan kemahiran yang hendak dicapai melalui sesuatu aktiviti pengajaran. Namun begitu, guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan oleh BPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum. Guru yang mengajar kelas bercantum tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian jadual waktu dan tajuk bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan. Guru boleh menggunakan beberapa kaedah pengajaran berdasarkan suasana dan tahap murid.
GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK Bil. KEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMA TAHUN 1 1. 2. Nombor 1-10 TAHUN 2 Nombor kurang 300 TAHUN 3 Nombor kurang 700

Jadual 5.2 Contoh Pengajaran Kemahiran yang Sama dalam Matematik


138

PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH/TAHUN PERSEKOLAHAN Masa 15 minit TAHUN 1 Guru Mengajar TAHUN 2 Kerja sendiri

15 minit Kerja sendiri Guru mengajar Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan.

Jadual 5.3 Contoh Penggunaan Masa Mengikut Kaedah Darjah/Tahun Persekolahan 5.6.5 Pengurusan Jadual Waktu Jadual waktu kelas bercantum hendaklah disusun mengikut masa yang diperuntukkan untuk sesuatu subjek. Sebaik-baiknya gabungan 2-3 waktu satu mata pelajaran secara berterusan untuk satu subjek mata pelajaran. Sebaik-baiknya disusun pada waktu yang sama bagi subjek yang sama mengikut kelas yang dicantumkan. Tumpuan perlu diberikan kepada subjek asas, iaitu Bahasa Melayu bagi SK/SRK, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina bagi SRJK, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

5.6.6 Bahan Bantu Mengajar Kelas Bercantum Setiap guru yang mengajar kelas bercantum perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan dan mengambil kira perkara-perkara berikut: Perbezaan murid dalam segala aspek memerlukan penelitian dan usaha kuat daripada guru. Bahan bantu mengajar mampu menarik minat murid menjalani aktiviti sendiri ketika guru mengajar satu kumpulan yang lain.

139

Bahan bantu mengajar yang disediakan perlu memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Bahan yang disediakan secara bersiri perlu disusun mengikut susunan yang sesuai dengan tahap murid. Penggunaan bahasa dalam setiap bahan hendaklah sesuai dengan suasana pembelajaran dan tahap penguasaan murid.

5.6.7 Penilaian

Cara-cara menilai murid kelas bercantum.


Semakan tugasantugasan yang diberikan guru Pemerhatian bersama muridsecara tidak murid untuk lansung ke atas mengesan dan pencapaian murid. memperbaiki sebarang kesilapan. Ujian-ujian formal untuk menguji tahap pencapaian murid-murid Ujian diagnostik yang dapat mengenalpasti pencapaian dan kelemahan muridmurid dalam kemahirankemahiran tertentu.

Jadual 5.4 Kaedah Penilaian Murid-murid Kelas Bercantum

140

5.7

Sosiolinguistik

Apakah yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik? Bagaimana pula sosiolinguistik dikaitkan dengan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya? Menurut Noriati Rashid di dalam bukunya, Budaya dan Pembelajaran, sosiolinguistik bermaksud bidang yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan. Menurut kamus dewan edisi ke-4 pula, sosiolinguistik bermaksud kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Oleh itu dapat disimpulkan dalam konteks pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, kita akan melihat dengan lebih teliti mengenai penggunaan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, dan kaitannya dengan masyarakat. Bahasa merupakan salah satu medium penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia merupakan salah satu cara untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada individu lain. Di sinilah timbulnya kesedaran bahawa bahasa penting untuk bukan sahaja menyampaikan mesej, malah menerima mesej dari individu lain untuk mencipta ilmu ataupun pengalaman baru. Jika kita memerhatikan konteks bilik darjah di Negara kita, kita akan mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah mudah untuk dilaksanakan. Ini jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara lain yang memiliki bilangan penutur bahasa yang ramai dari pelbagai etnik, masalah untuk menyampaikan pengajaran adalah sangat besar dan ia membuatkan pengajaran terbantut. Hal ini sebenarnya sudah diteliti sejak beberapa puluh tahun dahulu lagi iaitu semasa zaman kemerdekaan Tanah Melayu. Jika kita teliti, terdapat persamaan yang ketara yang dibahaskan atau dibincangkan dalam laporan-laporan yang berhubung dengan pendidikan iaitu mengenai bahasa pengantar. Pernah sehingga satu tahap di mana mereka ingin menghapuskan sekolah vernakular cina dan vernakular india dan menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah. Berikut merupakan rentetan perkembangan pendidikan di Negara kita yang menekankan penggunaan bahasa pengantar dalam pendidikan:

141

Laporan Cheesman (1946) mendapati bahawa di dalam suatu kelas sekolah Inggeris, terdapat murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa.

Laporan Barnes (1950) - mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan. - mencadangkan pemansuhan sekolah Vernakular Cina dan Tamil namun ditentang kuat.

Laporan Fenn-Wu (1951) dan Laporan Razak (1956) - Menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Ordinan Pelajaran 1957 - Melaksanakan usul Laporan Razak

Laporan Rahman Talib (1960) - Mengutarakan satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan dan menyatupadukan rakyat Malaysia

142

Akta 1961 - Dasar Pendidikan kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan sama untuk semua murid.

Carta 5.3 Rentetan Perkembangan Pendidikan

Senario di sekolah hari ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Ada dalam kalangan kanak-kanak berbangsa Cina dan India yang bersekolah di sekolah kebangsaan di negara ini yang sangat fasih berbahasa melayu. Ini menunjukkan perkembangan positif di mana ia akan menjadikan rakyat bersatu padu. Mengapa pula kanak-kanak ini dikaitkan dengan kesatupaduan? Ini kerana kita perlu membentuk sikap bersatu padu dalam kalangan rakyat sejak dari sekolah rendah lagi kerana suatu masa nanti, merekalah yang akan mencorakkan negara kita serta menjadi pemimpin negara kita. Maka, jika didedahkan dari kecil lagi, matlamat untuk mewujudkan negara bersatu padu akan tercapai, malahan lebih baik berbanding hari ini.

Berhenti dan reflek

Bagaimanakah keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sekiranya langkah menggunakan satu bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan? Apakah pula peranan guru dalam aspek sosiolinguistik ini? Mari kita bersama-sama melihat dengan lebih mendalam lagi mengenai peranan guru. Menurut Haliza Hamzah di dalam bukunya, Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah laku, guru mestilah memiliki kualiti peribadi yang membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Hal ini sememangnya ditekankan dalam
143

kalangan guru kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah anak murid yang berada di dalam bilik darjah. Dalam konteks sosiolinguistik, guru berfungsi dalam mematrabatkan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia dan pada masa yang sama membentuk rakyat Malaysia yang berjati diri dan mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik. Dalam tahun 2012, menurut Berita Harian jumlah rakyat Malaysia ialah 28.3 juta, di mana tiga etnik terbesar merupakan Melayu, Cina dan India, diikuti oleh pelbagai etnik lagi di negara kita. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi guru untuk membuat perancangan pengajaran merentasi kurikulum dan menerapkan nilai-nilai murni dan kebudayaan dalam pengajaran. Oleh itu, apakah langkah yang dapat diambil guru? Sebagai permulaan, guru hendaklah menyelidik latar belakang murid-murid yang diajar mereka. Ini penting agar sebarang kemungkinan yang menyinggung perasaan murid dapat diketepikan sekaligus. Dengan cara ini murid akan menjadi lebih berminat dalam pelajaran mereka. Selain itu, guru hendaklah menyemaikan rasa bersatu padu dalam kalangan murid. Guru boleh membuat aktiviti yang menonjolkan kesatupaduan seperti mengenal pakaian tradisi masyarakat di Malaysia dan juga pertandingan pakaian tercantik. Ia akan membuatkan murid lebih tertatik dengan masyarakat-masyarakat lain di Malaysia. Di samping itu, guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam pengajaran mereka. Aktiviti yang memartabatkan bahasa kebangsaan boleh dilakukan di dalam mahupun luar bilik darjah. Sebagai conto, guru mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak di peringkat sekolah. Dengan cara ini, murid-murid dari kaum lain akan terlibat sama dalam aktiviti ini, dan sekaligus menarik minat mereka mendalami kesusasteraan melayu. Sekiranya guru mampu melaksanakan aktiviti ini dengan berkesan, maka setiap etnik tidak akan berasa tersisih, sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.Sepanjang pemerhatian anda di sekolah yang pernah anda lawati, pernahkah anda melihat pengurusan penilaian di sekolah yang mengambilkira aspek kepelbagaian budaya dan kumpulan etnik yang berbeza?
144

Sebagai seorang guru, apakah instrumen dan aspek yang perlu anda pertimbangkan semasa menyediakan ujian untuk kelas anda? Secara keseluruhannya, topik ini akan membincangkan mengenai bagaimana anda boleh merancang penilaian yang anda akan laksanakan berasaskan kepelbagaian budaya yang wujud di sekolah. Perbincangan ini merangkumi konsep penilaian berasaskan budaya, tujuan penilaian berasaskan budaya, peranan guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya, prinsip-prinsip penilaian berasaskan budaya, ciri-ciri dalam penilaian berasaskan budaya, serta jenis-jenis penilaian berasaskan budaya.

5.8

Penilaian Berasaskan Budaya

5.8.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya Konsep Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian didefinisikan sebagai proses mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti, bagi sesuatu benda atau perkara. Penilaian juga adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Manakala Kamus Dewan Jilid 2 (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Zainal Kling merumuskan budaya meliputi segala-gala yang terdapat dalam masyarakat termasuk segala gagasan (idea), alatan (material), dan bentuk pengucapan (expression). Secara mudahnya, budaya ialah segala ciptaan dan warisan hidup bermasyarakat. Asmad (1930-1993) pula menyatakan budaya ialah keseluruhan dari kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang teratur oleh tata kelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar.

Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk menilai mutu dan kualiti pembelajaran murid bermula daripada proses membuat pertimbangan sehinggalah membuat keputusan perlulah mengambilkira faktor kepelbagaian murid terutamanya semasa menyediakan instrumen penilaian supaya keputusan yang akan diambil adalah tepat dan tidak berat sebelah.

145

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Semasa memilih instrumen penilaian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh guru untuk memastikan alat-alat penilaian yang dipilih adalah bersesuaian dan berkesan untuk murid-murid. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah merangkumi latar belakang murid, status sosio-ekonomi, dan beberapa perkara lain untuk membantu guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang berasaskan budaya ini perlu dilaksanakan untuk mengelakkan pendiskriminasian terhadap sesuatu kelompok murid yang mungkin berbeza etnik, cara hidup, adat resam dan sebagainya supaya keputusan yang dibuat adalah tepat bagi menentukan pengklasifikasian murid tanpa dipengaruhi oleh faktor budaya masing-masing. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Rumusannya, penilaian yang berasaskan budaya ini adalah bertujuan untuk: (i) Mengumpulkan semua maklumat dan data termasuklah latar belakang bagi setiap murid untuk menentukan instrumen penilaian dan kaedah yang akan digunakan semasa membuat penilaian (ii) Mengenalpasti tahap kemajuan dan potensi murid, sistem diagnosis serta tindakan susulan yang wajar dilakukan oleh guru (iii) Mendapatkan maklumat melibatkan aspek bahasa dan budaya setempat untuk disesuaikan dengan instrumen penilaian yang akan dilaksanakan (iv) (v) Menentukan prosedur penilaian secara autentik ataupun alternatif Mengelakkan diskriminasi dan penilaian berat sebelah ke atas sesuatu kelompok murid yang berlainan etnik mahupun budaya masing-masing (vi) Memberikan peluang pendidikan yang sama rata kepada kesemua murid yang datang daripada latar belakang budaya yang berbeza

146

Berhenti dan reflek

Sila buat refleksi: Sebagai seorang guru, fikir dan renungkan bagaimana penilaian yang berasaskan budaya boleh membantu guru untuk melaksanakan penilaian yang mencakupi aspek perkembangan dan potensi kepelbagaian murid di sekolah?

8.2

Peranan Guru Dalam Menyediakan Penilaian Berasaskan Budaya

Setiap guru perlu mempunyai kemahiran untuk menyediakan penilaian termasuklah kemahiran mengumpul maklumat, memilih instrumen penilaian, strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yang merangsang pemikiran mereka serta kemahiran membuat keputusan dan melaksanakan tindakan susulan yang sewajarnya. Selain itu, guru perlu menerapkan elemen budaya setempat dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra budaya dan nilai menghormati serta menghargai budaya sesuatu kelompok masyarakat.

Guru juga perlu merancang penilaian yang akan dilaksanakan mempunyai pentaksiran yang berasaskan budaya secara bersistematik dengan mengambilkira aspek kerelevenan budaya setempat dengan kandungan pembelajaran, amalanamalan harian serta pembinaan ilmu dan pengetahuan. Guru-guru juga perlu

menangani isu-isu budaya yang akan timbul dalam aktiviti pengajaran dan perlu dipertimbangkan sewaktu menyediakan alat penilaian supaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan menimbulkan sentimen perkauman.

147

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Untuk memastikan penilaian yang akan dilaksanakan adalah mesra budaya, sebagai seorang guru, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memilih instrumen yang bersesuaian dengan latar belakang murid yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya?

8.3

Prinsip-Prinsip Penilaian Berasaskan Budaya

Pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh murid-murid di dalam bilik darjah setiap hari. Penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan murid-murid secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Penilaian ini boleh menjadi bermakna kepada murid sekiranya ianya mempunyai hubungkait yang jelas dengan situasi sebenar yang mereka lalui. Prinsip-prinsip yang perlu diambilkira oleh guru dalam melaksanakan penilaian berasaskan budaya ialah: 1) Penilaian mestilah membina pengalaman pembelajaran kepada murid dan berasaskan pemahaman tentang bagaimana mereka belajar 2) Penilaian harus mengambilkira perbezaan individu dalam pembelajaran melalui objektif dan hasil pembelajaran yang ditentukan. 3) Kandungan pembelajaran harus melambangkan elemen budaya murid, latar belakang murid, bahasa komunikasi utama, keluarga dan kelompok masyarakat setempat. Isi kandungan pelajaran juga hendaklah mempunyai
148

kesepaduan dengan mata pelajaran yang lain untuk membantu murid menghubungkait sesuatu pengetahuan dengan pengetahuan yang baru mereka pelajari. 4) Penilaian yang dilaksanakan mestilah adil kepada semua murid. Setiap amalan penilaian mestilah mengambilkira penglibatan kesemua murid tanpa berlakunya diskriminasi ke atas murid yang terdiri daripada kelompok masyarakat tertentu. Ianya juga perlu memenuhi kepelbagaian yang wujud secara individu mahupun secara kumpulan. 5) Penilaian yang dilaksanakan perlu mengelakkan bias dan jurang dari aspek jantina, bahasa, komuniti, etnik, kaum dan budaya.

8.4

Ciri-Ciri Dalam Penilaian Berasaskan Budaya

Dalam merancang penilaian yang akan dilaksanakan, guru perlu mengambilkira pengaruh-pengaruh relevan budaya secara kontekstual, dan cekap dalam memilih strategi-strategi pengajaran yang sesuai di samping membina prosedur penilaian yang mengandungi ciri-ciri mesra budaya. Antara ciri yang perlu dalam penilaian berasaskan budaya ialah: a) Penilaian yang direka bentuk mengandungi maklumat yang dapat membantu untuk membuat keputusan yang berkait rapat dengan penempatan murid, ujian diagnosis dan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid. b) Penilaian formatif yang dibina mempunyai kesinambungan daripada

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan mutu pengajaran yang telah

dilaksanakan. c) Setiap bentuk penilaian yang dirancang hendaklah distrukturkan ke dalam bentuk pelbagai jenis item bertujuan untuk memudahkan guru menilai objektif pengajaran secara lebih berkesan. Dengan kepelbagaian jenis item ini, guru juga akan dapat menganalisis kemampuan kognitif muridr secara
149

berperingkat mengikut latar belakang murid dan jenis pembelajaran yang dilaksanakan d) Untuk mendapatkan maklumat yang dapat menilai pencapaian murid dengan lebih tepat, pelbagai format item digunakan untuk mengukur kandungan pengajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran. e) Perkara yang paling penting ketika menyediakan penilaian ialah bahasa yang akan digunakan haruslah mengambil kira latar belakang budaya dan linguistik murid-murid kerana sekiranya mereka mempunyai perspektif yang lain ketika melaksanakan penilaian tersebut, maka keputusan yang terhasil dianggap tidak berjaya menyukat pengetahuan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara tepat. f) Bahasa merupakan instrumen penting dalam menyediakan penilaian kerana latar belakang murid yang boleh terdiri daripada pelbagai kumpulan budaya dan linguistik akan mempengaruhi penilaian yang adil dan relevan kepada semua murid.

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Sila dapatkan maklumat tambahan mengenai ciri-ciri penilaian berasaskan budaya di perpustakaan. Rekodkan dalam portfolio anda sebagai sumber rujukan.

8.5

Jenis- Jenis Penilaian Berasaskan Budaya

Untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu melaksanakan penilaian secara berterusan untuk menilai dan mengenalpasti kemampuan, bakat, minat,sikap dan kopetensi kemahiran sosial murid-murid dari semasa ke semasa. Maklumat yang diperolehi akan membantu guru untuk membuat keputusan dalam aktiviti pengajaran yang akan dilaksanakan. Selain itu, ianya juga
150

dapat menyediakan peluang bagi guru untuk merancang isi pengajaran yang lebih berkesan dan memenuhi tahap kemampuan murid. Selain itu, guru boleh menggalakkan murid supaya melibatkan diri dalam penilaian untuk merangsang pemikiran secara reflektif terhadap pencapaian yang mereka perolehi. Antara penilaian yang menunjukkan ciri-ciri mesra budaya ialah seperti berikut: Penilaian ini terbahagi kepada dua iaitu secara formal dan secara informal. 1) FORMAL Penilaian Portfolio Guru boleh membuat penilaian melalui portfolio yang pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif murid tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Oleh itu, guru, murid dan ibu bapa boleh melakukan refleksi terhadap apa yang mereka telah laksanakan, perkara yang perlu diperbaiki dan beberapa kemampuan yang dapat dicapai oleh murid. Projek Pelaksanaan projek mengikut tugasan tertentu dapat memberi peluang kepada murid untuk menyumbangkan idea berdasarkan pengetahuan dan kebolehan mereka. Guru boleh mengarahkan projek ini dilaksanakan dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza budaya supaya mereka dapat mengenali budaya rakan-rakan yang lain dan dapat mewujudkan suasana pelaksanaan tugasan yang mesra budaya. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan projek mereka cipta hasil kraftangan yang menunjukkan identiti etnik masingmasing. Setiap murid boleh menulis laporan tentang keistimewaan hasil kraftangan ini untuk tujuan penilaian projek. Penulisan jurnal Penulisan jurnal dapat memberi peluang kepada murid untuk berkongsi pemahaman dan pandangan peribadi mengenai sesuatu pengetahuan yang melibatkan pelbagai
151

konteks budaya. Guru boleh menilai melalui jurnal pembelajaran murid dengan mengambilkira faktor cadangan, pendapat yang mempunyai kaitan dengan pembelajaran yang mereka laksanakan. Dengan cara ini, mereka boleh menulis dan memberi pendapat dengan bebas dan boleh berkongsi dengan rakan-rakan lain yang berbeza latar belakang budaya.

2) TIDAK FORMAL Pemerhatian harian tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid berkaitan dengan kemahiran sosial dalam bilik darjah. Guru harus melaksanakan pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapatkan maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian boleh dilaksanakan dengan menggunakan senarai semak, rekod anekdot ataupun rekod profil. Dengan cara ini, guru boleh mengenalpasti aktiviti yang telah dilaksanakan dan tingkahlaku yang telah ditunjukkan oleh murid.

Penilaian kendiri murid-murid Guru boleh menilai tahap kendiri murid-murid dengan memberikan soalan mengenai pembelajaran yang mereka laksanakan secara berkala. Portfolio boleh digunakan untuk menunjukkan hasil kerja semasa guru menjalankan perbincangan bersama murid. Oleh itu, murid boleh menilai kemajuan diri sendiri berdasarkan kualiti penghasilan tugasan yang diberikan dan mendapat penambahbaikan daripada guru. Penilaian Kendiri Guru Guru sentiasa perlu menilai dan menyoal diri sendiri tentang strategi-strategi pengajaran yang telah digunakan, kerelevanan budaya dalam pengajaran dan juga tindakan serta reaksi murid-murid terhadap unsur kepelbagaian budaya dalam bilik darjah. Guru juga haruslah menilai aktiviti pengajaran yang dilaksanakan dapat memenuhi objektif pengajaran dan hasil pembelajaran yang akan diterima oleh murid-murid.

152

Rumusan

Dalam topik ini, anda telah mempelajari dan mengetahui serba sedikit mengenai konsep persekitaran bilik darjah yang boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Ianya juga merangkumi aspek emosi yang berkesinambungan daripada persekitaran fizikal yang mesra budaya yang dapat mempengaruhi perkembangan sosioemosi murid yang baik dan mudah untuk dikawal. Sebagai seorang guru, anda pula haruslah memahami terhadap perhubungan dalam kelompok etnik supaya dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan elemen kepelbagaian budaya serta guru akan berperanan untuk menjadi agen pembinaan perpaduan dan semangat integrasi nasional agar mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya tanpa melakukan diskriminasi terhadap sesuatu kelompok etnik.

Pedagogi relevan budaya juga amat penting untuk diaplikasikan oleh seseorang guru bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang

mengambilkira kesemua aspek budaya termasuklah memberi layanan sama rata kepada semua murid-murid yang mempunyai latar budaya yang berbeza. Pedagogi kelas bercantum juga adalah penting di mana murid diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan sebaik mungkin. Oleh itu, sebagai guru yang

mengendalikan kelas bercantum, iaitu dengan jumlah murid yang sedikit, seharusnya anda melaksanakan pengajaran secara kelas (iaitu keseluruhan) tanpa mengetepikan kepentingan kepelbagaian murid yang datang berbeza-beza dari sudut kebolehan daya imaginasi, tahap kognitif, minat dan kecenderungan serta daya konsentrasi walaupun kebanyakan daripada mereka adalah dalam lingkunagn umur sebaya.

Selain itu, guru boleh mengaplikasikan aspek sosiolinguistik untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dengan menimbulkan minat terhadap komponen sastera dalam diri murid-murid sebagai simbol kecintaan terhadap negara kita. Suatu aspek yang
153

sangat penting setelah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah apabila guru ingin merancang penilaian yang akan dilaksanakan oleh murid. Guru harus mempertimbangkan aspek kepelbagaian budaya dalam mengumpulkan maklumat dan membuat keputusan untuk memilih instrumen penilaian yang bersesuaian dengan murid serta mengambilkira faktor perbezaan murid yamg mungkin datang daripada latar belakang budaya dan bahasa yang berbeza. Hal ini penting untuk memastikan maklumat hasil penilaian tersebut tepat dan mempunyai unsur kebolehpercayaan.

154

Latihan/Aktiviti

SOALAN OBJEKTIF 1. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah melibatkan perkara- perkara yang berikut, yang manakah adalah benar? I. Persekitaran fizikal untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif. II. Satu ekologi yang mempunyai sistem yang tersendiri III. Keadaan persekitaran fizikal tiada kaitan dengan benda- benda bernyawa. IV. Kemudahan perpustakaan sekolah menjadi memadai untuk menjadi pusat pembacaan murid V. Pembinaan budaya bilik darjah berkait rapat dengan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial. A. I, II dan III B. I. III dan IV C. I, II dan V D. I, IV dan V 2. Elemen- elemen yang berikut adalah paling tepat dan utama berhubung ciri- ciri masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran Wawasan 2020. A. Bersatu, bekerjasama, setia, bermoral dan progresif B. Penyayang, liberal, saintifik, progresif dan demokratik C. Pengguna teknologi, bebas, bermoral, maju dan berpotensi D. Liberal, tidak mengalah, berpandangan jauh, adil dan progresif

3. Belajar sambil bermain merupakan salah satu faktor yang perlu diperhatikan guru dalam pembinaan persekitaran yang mesra budaya. Antara yang berikut, mengapakah bermain dikatakan dapat meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran? A. Murid dapat melakukan apa yang mereka inginkan. B. Pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan C. Guru dapat melihat perkembangan sosial murid. D. Komunikasi dua hala berlaku

155

4. Mengapakah kaedah koperatif dikatakan berkesan semasa mengajar murid-murid daripada pelbagai budaya? A. Setiap murid secara individu, berpasangan atau berkumpulan boleh menampilkan budaya masing-masing B. Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta ingin tahu berkenaan budaya yang berbeza C. Murid daripada pelbagai kebolehan, budaya, jantina dan etnik bekerjasama untuk mencapai matlamat D. Aktiviti dapat dikawal supaya pembelajaran berlaku secara adil, telus serta ada pengukuhan yang jelas selepas aktiviti dijalankan

5. Kelas bercantum perlu diwujudkan atas pertimbangan yang berikut. A. Bilangan murid kurang daripada 15 orang dan sentiasa dan ini selaras dengan penubuhan kelas seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. B. Pendekmorasian pendidikan yang membuka peluang kepada murid di seluruh pelosok tanah air menerima pendidikan yang sempurna. C. Masalah kekurangan guru atau lebihan murid di kawasan pedalaman mampu diatasi dengan penubuhan kelas bercantum. D. Guru boleh menjimatkan tenaga masa apabila dua kumpulan diajar serentak.

6. Apakah laporan yang mencadangkan hanya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu digunakan di semua sekolah kebangsaan? A. Laporan Cheesman B. Laporan Barnes C. Laporan Rahman Talib D. Laporan Razak

156

7. Berikut merupakan ciri-ciri dalam penilaian berasaskan budaya kecuali: A. Penilaian mengandungi maklumat yang berkait rapat dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid B. Distrukturkan ke dalam pelbagai jenis item untuk memudahkan guru menilai keberkesanan objektif pengajaran C. Jenis item yang digunakan tidak boleh dipelbagaikan dan mestilah sama bagi setiap murid D. Bahasa yang digunakan hendaklah mengambilkira faktor latar belakang budaya dan linguistik murid-murid

SOALAN STRUKTUR 1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Berikan tiga kebaikkan mempelajari hubungan etnik? i. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ii. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ iii. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 2. Pengurusan sosioemosi terhadap murid-murid sangat penting bagi meningkatkan tahap pencapaian mereka. Apakah aspek yang berlaku dalam pengurusan sosioemosi sekiranya guru gagal mengurus kemahiran sosioemosi murid-murid?

3. Senaraikan 4 peranan guru dalam melaksanakan pedagogi relevan budaya. i. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ii. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ iii. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 157

iv.

______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

4. Nyatakan tiga prinsip-prinsip pembahagian kumpulan kecil untuk kelas bercantum? i. ________________________________________________________________ ___ ii. ________________________________________________________________ ___ iii. ________________________________________________________________ ___

5. Mengapakah penting bagi seorang guru untuk menggunakan bahasa yang difahami semasa sesi pengajaran dan pembelajaran? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

6. Nyatakan empat tujuan penilaian berasaskan budaya dilaksanakan. (i) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (ii) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (iii) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (iv) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

158

SOALAN ESEI 1. Jelaskan ciri- ciri pembinaan persekitaran fizikal bilik darjah dan sejauh mana ciri- ciri tersebut mampu mewujudkan persekitaran yang mesra budaya? 2. Dalam memastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya, guru perlu mengetahui ciri-ciri pedagogi relevan untuk membuat perancangan pengajaran yang berkesan. Jelaskan ciri-ciri pedagogi relevan budaya yang perlu diketahui oleh para guru. 3. Terangkan lima peranan yang boleh digunakan guru dalam membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. 4. Bina satu rancangan mengajar untuk kelas bercantum untuk pengajaran kemahiran dan tahun persekolahan berbeza?

159

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

Buku Bercetak Abdul Samad Ahmad (1990a), Seni Kehidupan dan Masyarakat, Melaka : Associated Educational Distributors Bahagian Pendidikan Guru (2009). Mod Kursus Dalam Cuti Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPGM: Modul Pengajian Profesional EDU 3106 Budaya Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Gay,G. (2000). Culturally responsive teaching: Theory, research,and practice. New York: Teachers College Press. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ladson-Billings, B. (1992). Reading between the lines and beyond the pages: A culturally relevant approach to literacy teaching. Theory Into Practice, 31(4), 312-320. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3 . Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Muhammad Daniyal Abd Kadir, Memantapkan Pendidikan Di Sekolah, 6 Mac 2012, Sinar Harian Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Rashidy Jamil Al-Rashid (2011). Akhlak Pendidik. Majalah Solusi, isu No, 28. Telaga Biru Sdn. Bhd.

160

Yusoff & Zainal Abidin Borhan, Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya Zainal Kling (1985), Konsep Kebudayaan Kebangsaan Malaysia dalam Wan A bdul Kadir Wan Kamus Dewan Edisi kedua (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Laporan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Bab 7: Merapatkan Jurang Pendidikan; Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010; Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Suratkhabar Talian Terus Khadijah Ibrahim. (22 Januari 2009). Sekolah Kurang Murid. Utusan MalaysiaPendidikan. Muat Turun Pada 25 Mac 2012 dari Laman Sesawanghttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=utusan_m alaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm&arc=hive Tanpa pengarang(2012), Bilangan Penduduk Malaysia, Diakses pada 29 Mac 2012 dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendudukMalaysiakini28_3juta/Ar ticle Tanpa Pengarang. (18 Ogos 2005). Sekolah Berpusat Lebih Praktikal Utusan Malaysia-Pendidikan. Muat Turun Pada 25 Mac 2012 Dari Laman Sesawanghttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0818&pub=utusan_m alaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

Kamus Talian Terus Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Diperoleh pada Mac 30,2012 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx

161

Tanpa pengarang (2012), Sosiolinguistik, Diakses pada 29 Mac 2012 dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sosiolinguistik.

Jurnal Bercetak APEID. (1988). Multiple Class Teaching in Primary School: A Methodological Guide . Journal Of UNESCO Principal of Regional Office for Asia and Pacific, pp.1, 16.

Internet Joko Winarto (2011). Teori Belajar Sosial Albert Bandura. Diakses pada 29 Mac 2012 dari http://edukasi.kompasiana.com/2011/03/12/teori-belajar-sosialalbert-bandura/. Tanpa pengarang(2012), Apa itu Komponen Perkembangan Sosioemosi?, Diakses pada 29 Mac 2012 dari http://news.mytadika.com/category/sosioemosi/. Tanpa pengarang(2012), Apa itu Komponen Perkembangan Sosioemosi?, Diakses pada 29 Mac 2012 dari www.merriam-webster.com/dictionary/neo-freudian. Tanpa Pengarang. Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik. http://www.teachersrock.net/pdkt.htm. Diakses pada 25 Mac 2012

162

TAJUK 6

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan kemahiran komunikasi dalam kalangan guru. Kemahiran komunikasi guru penting dalam kawalan bilik darjah. Komunikasi berkesan dapat dihasilkan dengan cara bertutur, penggunaan bahasa badan dan penulisan. Di dalam modul ini ada dibincangkan mengenai Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan kepentingan kemahiran komunikasi dalam kalangan guru. 2. Membandingbezakan kemahiran lisan dan kemahiran bukan lisan. 3. Membincangkan elemen-elemen kemahiran lisan yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. 4. Menganalisis perlakuan bukan lisan yang diterima pakai sebagai satu amalan untuk semua masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. 5. Merancangkan dan melaksanakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid pelbagai etnik.

163

6.0 Kemahiran Komunikasi Guru Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran komunikasi? Mengapakah kemahiran komunikasi penting untuk seorang guru? Komunikasi bermaksud perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005) manakala berkomunikasi bermaksud mengadakan perhubungan secara bercakap, berbincang dan bertukartukar pendapat (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005). Dalam topik ini, anda akan didedahkan tentang kemahiran dalam komunikasi guru yang merangkumi kemahiran lisan dan bukan lisan serta laras bahasa. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi bermaksud penghantaran sesuatu mesej sama ada secara tulisan, lisan atau bukan lisan oleh seseorang kepada pihak lain dan akan berlaku tindak balas daripada penerima mesej. (Noriati A. Rashid, 2011). 6.1 Lisan Dan Bukan Lisan Sebagai seorang guru, kita perlu tahu bahawa murid-murid belajar melalui peniruan. Hal ini dinyatakan bahawa perkembangan sosioemosi seseorang kanak-kanak adalah melalui peniruan. Kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosial mereka melalui interaksi sosial dengan pihak lain apabila mereka mula mempraktikkan setiap perkara yang ditiru oleh mereka daripada orang sekeliling terutama ibu bapa dan guru. Oleh itu, guru perlu menggunakan strategi yang berkesan untuk memainkan peranan penting kepada murid. Dalam mengembangkan kemahiran komunikasi secara lisan, guru harus mampu mengembangkan kemahiran berkomunikasi kepada murid-murid. Selain itu, guru perlu kreatif dalam membentuk hubungan yang dinamik. Murid perlu diberi peluang untuk melahirkan idea atau pandangan di dalam kelas dan guru juga perlu tahu untuk menyelesaikan konflik. Komunikasi dua hala berkesan untuk mengetahui bahawa murid mendapat maklumat dengan lebih berkesan dan guru mendapat maklumbalas yang baik daripada murid. Seseorang guru di Malaysia akan berdepan dengan murid pelbagai etnik dan latar belakang. Oleh itu, guru perlu menggunakan satu bahasa yang difahami oleh
164

pelbagai etnik iaitu bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa perantaraan di negara kita. Sebutan guru adalah penting dan guru perlu memastikan sebutan setiap perkataan adalah jelas dan tepat agar mudah difahami oleh murid. Dalam penggunaan bahasa Melayu, penggunaan bahasa baku adalah sangat perlu bagi mengelakkan bahasa dialek digunakan dalam situasi pembelajaran. Penerangan guru kepada murid perlu mengikut tahap penguasaan bahasa dan latar belakang murid. Menurut Noriati A. Rashid, pemilihan kata-kata yang sesuai menjadikan sesuatu mesej itu mudah difahami dan didengari dengan penuh minat. Intonasi juga penting dalam penyampaian komunikasi. Guru perlu tahu

menyesuaikan intonasi suara sewaktu berinteraksi dangan murid-murid. Pembelajaran murid terhasil melalui proses pendengaran, pemerhatian, peniruan, membuat, eksplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang meransangkan minat murid melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran yang

kesemuanya memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan. Interaksi adalah tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek dan dua aksi.(Wagner, 1994). Interaksi berlaku apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain. Tindak balas ini akan menyebabkan proses komunikasi lisan berlaku dan hubungan antara guru dan murid akan wujud.

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

165

Kemahiran

bukan

lisan

merupakan

proses

komunikasi

yang

melibatkan

penghantaran mesej melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan. Sesuatu mesej akan lebih mudah disampaikan dengan perlakuan bukan lisan. Mc Cardle (1974) menyatakan komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting yang membentuk gestalt keseluruhan pada komunikasi. Guru boleh mengawal kelas dengan kontak mata atau melihat dengan penuh tumpuan kepada seseorang individu. Tubuh badan juga harus mengahdap murid supaya mereka sedar bahawa mereka sedang diperhatikan. Guru perlu mengelakkan beberapa gangguan supaya mesej dapat diterima dengan jelas. Dua jenis gangguan yang dikategorikan adalah gangguan dalaman dan gangguan luaran. Gangguan luaran adalah yang datangnya dari suasana persekitaran yang terlalu bising atau senyap atau laras bahasa yang sukar difahami. Gangguan dalaman pula terdiri dari unsur bias dalam persepsi pengalaman lalu dan perbezaan budaya. Mesej yang tidak disukai akibat rasa kecewa serta salah faham turut menjadi gangguan dalam komunikasi. Faktor lain adalah sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan mengalih bahasa, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza menjadi penghalang penerimaan mesej. Bahasa tubuh boleh terdiri daripada gestur atau pergerakan tubuh badan yang memberi makna atau isyarat tentang sesuatu, postur atau kedudukan tubuh badan, kontak mata dan renungan, ekspresi muka, jarak kedudukan antara penutur dan pendengar dan juga sentuhan. (Noriati A. Rashid, 2011). Bahasa tubuh mempunyai tiga peranan iaitu membantu manusia menyampaikan mesej tanpa

ujaran,menggantikan peranan bahasa verbal dalam menyampaikan maksud dengan lebih berkesan dan juga untuk menyampaikan emosi dan perasaan yang ada kalanya tidak mampu diucap melalui kata-kata. Gestur atau pergerakan badan juga mempunyai tafsiran yang berbeza-beza. Guru perlu berhati-hati menggunakan gestur bagi mengelakkan salah sangka murid mentafsir gestur mengikut pemahaman budaya dalam kelompok mereka.

166

Berhenti dan reflek

Cuba anda fikir sejenak, apakah masalah-masalah yang sering berlaku di dalam kelas dan fikirkan cara mengatasi masalah tersebut?

6.2 Laras Bahasa Laras bahasa adalah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa, gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan dan penulisan. Laras bahasa mempunyai dua konsep iaitu penggunan dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa digunakan dengan cara yang berbeza berdasarkan konteks dan situasi yang dihadapi. Penggunaan bahasa merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Haliday (1973) membahagikan laras bahasa kepada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, strategi penyampaian dan gaya penyampaian. Terdapat dua bentuk laras bahasa iaitu laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus. Laras bahasa biasa ialah laras bahasa yang digunakan dalam keadaan biasa, kurang penggunaan imbuhan, tiada istilah teknikal serta mudah difahami. Laras bahasa ini sesuai digunakan kepada murid-murid khasnya murid-murid tahap satu. Manakala laras bahasa khusus ialah laras bahasa yang berkaitan denganbidang-bidang tertentu. Guru perlu tahu menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut kefahaman murid. Laras bahasa yang sesuai digunakan oleh guru kepada murid-murid Tahap 1 ialah laras bahasa kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 1. Kosa kata yang terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata adjektif. 2. Bilangan atau jumlah kosa kata yang kurang berbanding dengan kosa kata yang mampu digunakan oleh golongan dewasa.
167

3. Bilangan imbuhan yang terhad dan penggunaan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini. 4. Bahasa perlambangan danbahsa bunga serta tersirat tidak digunakan.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah yang anda faham tentang maksud laras bahasa dan bagaimanakah laras bahasa mempengaruhi kefahaman murid di dalam bilik darjah?

168

Rumusan

Topik di atas membincangkan mengenai kemahiran komunikasi guru. Dalam mengembangkan kemahiran komunikasi secara lisan, guru hendaklah: Mampu mengembangkan kemahiran berkomunikasi. Lebih kreatif dalam membentuk hubungan dinamik. Menyelesaikan konflik. Memberi peluang murid melahirkan pandangan. Menyampai maklumat dengan lebih berkesan. Mendapat maklumbalas yang benar.

Guru yang menggunakan kemahiran berkomunikasi dapat: Menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Meningkatkan kecekapan dan meluaskan skop pembelajaran. Meningkatkan mutu pengajaran. Komunikasi lisan hendaklah disertakan dengan komunikasi bukan lisan seperti renungan mata, pergerakan tangan, ukiran senyuman, ekspresi muka, pergerakan badan untuk membantu memberi makna yang jelas. Penggunaan laras bahasa yang sesuai mengikut tahap kefahaman murid adalah penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembalajaran di dalam bilik darjah.

169

Latihan/Aktiviti

Pilih jawapan yang paling tepat Soalan Aneka Pilihan Cikgu Anita berasal dari selatan tanah air. Semasa beliau mula menjadi guru, beliau masih lagi terikut-ikut loghat utara yang pekat. Beliau menyedari kelemahan beliau dan berusah a untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa malaysia dengan sebutan yang betul

1. Dengan merujuk petikan diatas, apakah perkara yang sedang diusahakan oleh cikgu Anita? i. Mengelakkan bahasa dialek digunakan dalam situasi pembelajaran. ii. Berusaha menyesuaikan diri dengan dialek tempatan iii. Memastikan sebutan setiap perkataan adalah jelas dan tepat agar mudah difahami oleh murid iv. Menggunakan satu bahasa yang difahami oleh pelbagai etnik v. Berusaha melatih lidahnya agar dapat menyebaut dengan betul.

A. i, ii, dan iii B. i, ii, dan iv C. i, iii dan iv D. i, iii dan v

170

2. Apakah kreteria pemilihan kata-kata yang hendak disampaikan oleh guru? A. kata-kata yang mempunayai mesej yang mudah difahami dan didengari dengan penuh minat B. kata-kata yang manis dan sedap didengar C. kata-kata yang sesuai dengan aras bahasa pelajar D. kata-kata yang lembut dan sopan 3. Laras bahasa terbahagi kepada tiga dimensi, iaitu? A. Penanda wacana, strategi penyampaian dan susuk tubuh B. Penanda wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian C. Penanda wacana, strategi penyampaian dan gaya penyampaian D. Tajuk wacana, strategi penyampaian dan gaya penyampaian.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa tubuh? A. terdiri daripada gestur yang memberi makna atau isyarat tentang sesuatu, postur atau kedudukan tubuh badan, kontak mata dan renungan, ekspresi muka, jarak kedudukan antara penutur dan pendengar dan juga sentuhan B. terdiri daripada gestur atau pergerakan tubuh badan yang memberi makna atau isyarat tentang sesuatu, postur atau kedudukan tubuh badan, kontak mata dan renungan, ekspresi muka, jarak kedudukan antara penutur dan pendengar dan juga sentuhan. C. terdiri daripada gestur atau pergerakan tubuh badan yang memberi makna atau isyarat tentang sesuatu, postur atau kedudukan tubuh badan, ekspresi muka, jarak kedudukan antara penutur dan pendengar dan juga sentuhan. D. terdiri daripada gestur atau pergerakan tubuh badan yang memberi makna atau isyarat tentang sesuatu, postur atau kedudukan tubuh badan, kontak mata dan renungan, ekspresi muka dan juga sentuhan.

5. Berikut merupakan laras bahasa yang sesuai digunakan oleh guru kepada murid-murid Tahap 1, kecuali? A. Kosa kata yang terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata adjektif.

171

B. Bilangan atau jumlah kosa kata yang lebih berbanding dengan kosa kata yang mampu digunakan oleh golongan dewasa. C. Bilangan imbuhan yang terhad dan penggunaan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini. D. Bahasa perlambangan danbahsa bunga serta tersirat tidak digunakan

Soalan Stuktur Isikan jawapan di ruangan yang disediakan 1. Pembelajaran murid terhasil melalui proses? 1. 2. 3 4. 5.

Soalan Esei Jawab soalan dibawah ini. Sekiranya anda ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman untuk mengajar anak orang asli, bagaimanakah anda menggunakan komunikasi sebagai seorang guru bagi memastikan bahawa setiap pengajaran anda mencapai hasil pembelajaran?

172

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

Teks Bacaan Asas Noriati, B.S.(2011) Budaya Dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Wagner (1994) A Sociology Of Modernity: Liberty And Discipline.New York: Taylor And Francis E-Library. Abdullah, Ainon (2006) Kemahiran Interpersonal Untuk Guru.Batu Cave: Pts Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Rujukan Buku Noriati, B.S.(2011) Budaya Dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Wagner (1994) A Sociology Of Modernity: Liberty And Discipline.New York: Taylor And Francis E-Library. Abdullah, Ainon (2006) Kemahiran Interpersonal Untuk Guru.Batu Cave: Pts Profesional Publishing Sdn. Bhd. Mohd Aziz Shah. Mohd Nasir. A. S. M (2009) Kemahiran Bimbingan Dan Kaunseling. Batu Cave: Pts Profesional Publishing Sdn. Bhd. Artikel Dalam Akhbar

Komaruddin (2012, Mac 2012) Language Is Our House Of Being. Seputar Indonesia Pp15.

173

Artikel Dalam Jurnal Halina, Nornis (2010) Duang: The Semiotic Interpretation And Perception Of The BajauSama Community In Sabah. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal Of Communication Vol 24: 63-71 Kamus

Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005) Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Laman Web

Helen (Tiada Tarikh) Kemahiran Berkomunikasi. Http://Www.Freewebs.Com/Oum. Diakses Pada 28 Mac 2012

174

TAJUK Topik 7 7

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Anda akan diberi pendedahan tentang pelan tindakan yang dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang mesra budaya di dalam bilik darjah dan di sekolah. Topik ini juga membincangkan berkaitan maklumat-maklumat tentang program Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai amalan mesra budaya dan perpaduan negara, serta meninjau pelan tindakan yang sesuai untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran mesra budaya di kawasan orang Asli, peribumi dan pedalaman.

Hasil Pembelajaran 1. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. 2. Mendapatkan maklumat tentang program-program Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai amalan mesra budaya dan perpaduan negara. 3. Membuat rumusan dan merancang program mesra budaya di dalam bilik darjah dan di sekolah. 4. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pengajaran dan pembelajaran mesra budaya. 5. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan bagi program pendidikan orang Asli, penduduk peribumi dan penduduk pedalaman.

175

Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Budaya

Perancangan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan bagi Program Khusus

Program-program Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia

Pelan Tindakan untuk Program Peribumi/Indigeneous

Pelan Tindakan untuk Program Orang Asli

Pelan Tindakan untuk Program Pedalaman

Rajah 7.1 : Peta minda pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya

7.0 Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Budaya Negara kita seringkali menghadapi pelbagai perkara yang mencabar dalam usaha menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum. Keadaan masyarakat yang berbilang kaum menyebabkan timbulnya kepelbagaian adat resam yang berbeza-beza mengikut kaum masing-masing. Dalam suasana persekolahan, terutama di dalam sebuah bilik darjah, kebiasaannya terdapat pelbagai murid yang berbeza kaum, agama dan budaya. Hal ini yang demikian boleh menyebabkan timbulnya isu sensitiviti kaum. Oleh itu, pelbagai cara dirancang oleh pihak kerajaan bagi memastikan wujudnya perpaduan dalam negara kita ini yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Seperti yang tertera dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan, negara kita menyatupadukan masyarakat majmuk melalui perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif) dan pada masa yang sama memastikan ketaksamaan untuk semua. Bab ini akan membincangkan program-program yang dianjurkan oleh pihak KPM untuk mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mesra budaya serta meninjau pelan tindakan yang sesuai bagi

176

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaranyang mesra budaya dapat diwujudkan di kawasan pedalaman orang Asli, peribumi dan pedalaman. Dalam membincangkan kepelbagaian budaya, kesan yang paling ketara terhadap guru termasukla prestasi murid yang rendah, tekanan globalisasi dan perbezaan latar belakang guru dengan kumpulan murid yang pelbagai budaya yang diajar oleh mereka. Cabaran utama yang dihadapi oleh sekolah dan guru adalah mempunyai kesedaran bahawa terdapat kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita. Para pendidik perlu mengambil kira aspek kebudayaan dan sentiasa peka dalam merancang setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya lebih mesra budaya dan tidak menyentuh aspek sensitiviti kaum .

Berhenti dan Reflek

Pada pendapat anda, mengapa kesefahaman pelbagai kaum merupakan faktor yang penting dalam pengurusan bilik darjah?

177

7.1

Merancang dan melaksanakan pelan tindakan

Perancangan dan perlaksanaan pelan tindakan untuk kumpulan orang Asli, peribumi dan sekolah pedalaman, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah dengan memahami maksud sebenar budaya. Budaya merupakan sesuatu yang dinamik dan berubah-ubah. Maka, adalah amat penting untuk guru dalam komuniti sekolah mengenal pasti dan memahami pengalaman-pengalaman dan nilai-nilai setiap kumpulan kecil dalam komuniti tersebut.

Rajah 7.2: Peta minda Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Budaya

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah

Orang Asli (natural people) membawa maksud orang asal atau original people. (Carey, 1976).

178

7.1.1 Orang Asli Orang Asli adalah golongan orang asal di Semenanjung Malaysia meskipun

tergolong dalam golongan minority dengan jumlah penduduk kira-kira 141,230 Orang Asli tidak pernah tercicir atau dinafikan hak dalam arus pembangunan perdana oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan iaitu di bawah Kementerian Pelajaran telah berusaha melaksanakan pelbagai program untuk mewujudkan persekitan mesra budaya terutama kepada Orang Asli. Sejajar dengan konsep 1Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha meneruskan usaha sejak 52 tahun dahulu untuk merancang pelbagai program suapaya dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya, sekali gus memperkukuhkan lagi integrasi nasional. Peranan pihak sekolah juga amat penting dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan khusus untuk kumpulan orang Asli supaya bilik darjah yang mesra budaya akan meningkatkan pencapaian murid serta mengalakkan kadar penyertaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga berperanan meningkatkan kualiti pengajaran serta dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk kumpulan murid Orang Asli.

Berhenti dan reflek

Pada pendapat anda, jika pelan tindakan kaum Orang Asli ini tidak dilaksanakan bagaimanakah nasib pendidikan kaum Orang Asli? Sejak RMK-7 tumpuan kepada pembangunan fizikal-keselamatan dan integrasi kaum, semakin mendapat hak istimewa RMK-8 peruntukan daripada

kerajaan berjumlah RM 303.5 juta bebanding RM 148.7 juta (RMK-7). Pelan pendidikan dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

179

Objektif Pelan Tindakan Orang Asli ialah menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan peruntukan di kawasan orang asli. Kumpulan sasar terdiri daripada 4 kumpulan iaitu peringkat prasekolah (5-6 tahun) peringkat rendah (7-12 tahun) peringkat menengah (13-18 tahun) dan peringkat tertiari iaitu pendidikan selepas pendidikan sekolah menengah hingga ke peringkat lebih tinggi. Selain ini juga, tumpuan juga kepada golongan yang tercicir daripada sistem persekolahan terutama kepada golongan belia dan beliawanis, Ibu bapa yang tidak pernah bersekolah juga diberikan program dan aktiviti berkaitan pendidikan supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan dan dapat mengalakkan mereka untuk mendidik anak-anak mereka supaya belajar dan mengikuti sistem persekolahan.

Gambar 7.3 : Murid-murid Orang Asli yang tercicir dalam sistem persekolahan (Rujukan: Mingguan Malaysia, 27 Februari 2011) Program latihan kemahiran juga diperkenalkan yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan Orang Asli supaya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka dan dapat menarik minat mereke untuk mengikuti program ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka. JHEOA dengan bantuan kerajaan berusaha menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk membantu Orang Asli dalam pendidikan. Perancangan bagi golongan dewasa ialah dengan program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Latihan kemahiran dan keusahawanan, Latihan kesejahteraan keluarga, Pembangunan minda, Keagamaan dan kerohanian, Pendidikan literasi dan Program celik huruf.

180

Pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sokongan

Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai perlaksanaan sistem persekolah bagi peringkat pra-sekolah, rendah, menengah, tercicir dan tertiary bagi Orang Asli. Pelan tindakan terdiri daripada dua aspek, iaitu pembangunan oleh agensi kerajaan melibatkan dengan program / projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan manakala NGO melibatkan diri dalam program/ projek perubahan minda kumpulan sasaran demi masa depan mereka. Pelaksanaan akan dijalankan oleh NGO, juruperunding swasta dan para akademik, Dalam perlaksanakan pelan tindakan ini kerajaan memperuntukkan RM 6,171,000.00 . Antara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah : Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA dengan memberi bantuan kepada murid dan pelajar Orang Asli di peringkat rendah, menengah, IPTA. Antara bantuannya; i. Yuran Persekolahan ii. Kokurikulum iii. Kertas Ujian Bulanan iv. Sukan Tahunan Sekolah v. Kegiatan Pendidikan Islam/Moral vi. MSSM vii. Bantuan Persekolahan viii. Buku tulis, buku kerja dan alat tulis ix. Pakaian seragam sekolah
181

x. Barang keperluan diri (utk murid tinggal di asrama) xi. Tambang pengangkutan ke sekolah xii. Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan

Dalam kumpulan berempat, akses Internet dan cari literature mengenai gaya pembelajaran orang Asli dan pribumi di Malaysia Selain itu juga dalam meningkatkan sistem pendidikan bagi Orang Asli ubahsuai pendidikan daripada 3M kepada 6M (Menulis, Mengira, Membaca + Mainpelajaran di luar bilik darjag, makan-Rancangan Makanan Tambahan , muzik tarian dan kegiatan kebudayaan) diperkenalkan dengan ini kehadiran dan minat untuk belajar dapat ditingkatkan. Hasil perlaksanaan ini telah membuktikan kejayaan dengan dapat melahirkan pelajar cemerlang daripada Orang Asli contonya, Pelajar Cemerlang PMR 2006 ialah Nurul Atikah Kamaruddin yang berjaya mendapat 8A.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah peranan anda sebagai seorang guru dalam membentuk suasana yang mesra budaya dan bagaimanakah langkah dalam memahami budaya masyarakat Orang Asli untuk merancang pengajaran dan pembelajaran?

182

Guru

adalah

individu

bertanggungjawab

dalam

merancang

strategi

pengajaran dan pembelajaran sesuai. Guru yang kurang memahami budaya orang Asli akan menganggap bahawa gaya pembelajaran dan perbezaan budaya kumpulan tersebut menjadi punca murid-murid kurang berminat dan tidak Berjaya dalam pembelajaran mereka. Akan tetapi kajian Christie & Harris (1985) mengenai orang Asli di Australia mengemukakan aspek-aspek seperti kurikulum yang tidak mesra budaya, ketidakhadiran murid dan kadar pertukaran tenaga pengajar yang tinggi menyebabkan murid menghadapi masalah pembelajaran. Kepekaan guru terhadap kepercayaan murid terhadap kepercayaan murid tentang keharmonian dengan alam semulajadi, keagamaan dan kerohanian, konsep masa, kehidupan keluarga dan bahasa amat penting. Oleh itu guru dicadangkan untuk menggunakan bahan bantuan mengajar yang interaktif serta relevan dengan orang Asli. Penggunaan computer sebagai alat pengajaran digalakkan oleh sebab penekanan pada maklumat visual. Sparks (200) mencadangkan pembelajaran koperatif, bahan pengajaran visual, pendekatan menggunakan cerita dan lagu, contoh-contoh sebenar dan pembelajaran hands on sebagai kaedah pengajaran pembelajaran untuk orang Asli.

Latihan/Aktiviti

Bincangkan dalam kumpulan, bagaimana anda boleh merancang dan melaksanakan kumpulan murid yang terdiri daripada murid-murid orang Asli dan murid bangsa lain di dalam sebuah bilik darjah di sekolah luar bandar.

183

Gambarajah 7.4 : Keratan akhbar pendidikan orang Asli Rujukan: Pendidikan Orang Asli. Basir Zahrom. Berita Harian 30-November-2009

184

7.1.2 MERANCANG PELAN TINDAKAN BAGI INDIGENOUS Indigenous merujuk kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan. Mereka masih lagi berpegang pada sistem lama.

7.1.2.1 Kemudahan Infrastruktur Yang Sempurna Bagi masyarakat pribumi,kemudahan infrastruktur yang sempurna perlu meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama dan peralatan lengkap di dalam dan di luar bandar . Melalui pendemokrasian pendidikan yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad, seharusnya tidak wujud perbezaan yang ketara di antara sekolah berasrama penuh dengan sekolah-sekolah biasa dan khususnya di antara sekolah-sekolah di bandar dan di luar bandar. Terdapat beberapa sekolah di kawasan pedalaman yang hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah

Indigenous (pribumi) ialah asal, asli, purba, berkenaan dengan orang atau binatang yang telah wujud di sesuatu tempat sejak dahulu

7.1.2.2 JURANG PENDIDIKAN Kementerian pelajaran Malaysia telah memberi perhatian kepada penduduk pribumi yang mempunyai kadar penyertaan dan penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang masih rendah dan ketidakhadiran dan kadar keciciran mereka yang tinggi. Sebagai pendekatan bersepadu mengurangkan jurang pendidikan, Focus Group Pembasmian Kemiskinan telah meluluskan peruntukan RM13 juta bagi pelaksanaan kelas dewasa bagi ibu bapa murid pribumi mulai tahun 2008. Ibu bapa yang menghadiri kelas dewasa akan menerima elaunRM15 sehari,
185

elaun makanan RM4 dan elaun lain yang berjumlah RM200. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya pribumi Sabah,membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan, membantu anak-anak pribumi meningkatkan pencapaaian dan menggalakkan mereka ke sekolah bagi mengurangkan insiden keciciran dan ponteng sekolah. Pelaksanaan Kelas Dewasa bagi Ibu bapa Murid Pribumi dijalankan secara 3 peringkat dengan melibatkan sekolah, 100% murid pribumi. Kerajaan perlu berfikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan yang mempunyai masyarakat pribumi. Guru-guru yang dihantar di kawasan pribumi mestilah seorang guru yang mempunyai semangat yang kuat dan sanggup menghadapi cabaran supaya pembelajaran dapat berlaku secara berkesan dan kondusif.

7.1.2.3 Guru perlu memahami budaya Dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan untuk penduduk pribumi,para guru hendaklah mengetahui apakah itu budaya. Budaya merupakan sesuatu yang dinamik dan boleh berubah-ubah. Debagai seorang guru hendaklah mengetahi budaya tempat itu bagaimana sebelum mebuat pelbahai tafsiran. Guru boleh menemubual murid dan atau rakan sejawat untuk membantunya menyedari betapa pentingnya komunikasi.. Guru juga perlu mengetahui latar belakang pelajar, cara hidup, dan gaya hubungan interpersonal. Guru sebagai rol mode dalam kalangan pelajar perlu tahu cara untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan penglibatan semua murid tanpa mengira bangsa, etnik dan budaya, Jika guru tidak mempunyai kepekaan terhadap budaya penduduk pribumi, maka murid susah untuk menerima konsep yang telah diajar oleh guru.

Berhenti dan reflek

Memahami budaya masyarakat peribumi adalah amat penting. Sebagai 7.1.2.4 Memastikan Kesihatan Yang Terjamin seorang guru bagaimanakan cara anda untuk memastikan murid anda boleh menerima apa yang anda ajar.
186

Untuk mengelakkan daripada masyarakat pribumi terus tinggal dalam duniamya sendiri, perlu ada pegawai dan pihak yang membawa ubat kutu dan juga ubat cacing untul memastikan kesihatan penduduk pribumi dalam keadaan baik. Selain itu juga para doktor digalakkan untuk membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah untuk membantu masyarakat pribumi hidup tanpa terasing. Jabatan Pendaftaran Negara juga perlu mengambil tindakan dengan mendaftarkan anak orang indigenous ini kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia. Badan-badan NGO perlu memainkan peranan yang penting dengan memberi ceramah supaya dapat meningkatkan kesedaran rakyat peribumi tentang sesuatu hal. Di samping itu juga, bank Negara perlu menggalakkan penduduk pribumi ini menabung untuk masa depan mereka kerana kebanyakan mereka masih seperti dahulu yang tidak mengetahui apa yang berlaku dia arus pemodenan. Melalui pendemokrasian pendidikan, kemudahan infrastruktur yang sempurna meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama dan peralatan lengkap di dalam dan luar.

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang jurang pendidikan. Kongsikan bahan rujukan dengan rakan kelas anda

7.1.2.5 Mengadakan kempen Program dan kempen-kempen perlu dilaksanakan. Program outreach iaitu terdapat sukarelawan yang sanggup untuk membuat kerja-kerja sukarelawan. Mereka boleh membuat sekolah,rumah dan juga mengutip derma untuk membantu manusia. Guru boleh terlibat dalam melaksanakan aktiviti seperti ini untuk membantu penduduk pribumi apabila tibanya masa cuti.

187

Latihan/Aktiviti

Setelah membaca penerangan di atas, buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah berdasarkan (plus minus one)

7.1.3 Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan Pedalaman

7.1.3.1 Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk mengatasi

kepincangan yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Negara. KPM telah merancang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk memberikan peluang pendidikan yang sama kepada setiap warganegara. PIPP juga

membangunkan infrastruktur & kemudahan pendidikan luar bandar di Sabah & Sarawak. seperti memberikan kemudahan bekalan air dan elektrik. PIPP turut menyediakan asrama baru, mempertingkatkan kelas pemulihan di kawasan luar Bandar, meluaskan penawaran mata pelajaran Vokasional, membestarikan sekolah luar Bandar dan pemberian insentif kepada guru.

KPM turut melancarkan pelbagai program untuk mengurangkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar. Di antara program yang dirancang adalah program makanan tambahan, program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak, serta Program Intervensi.

Berhenti dan reflek

Program makanan tambahan, program pembangunan pendidikan luar bandar di sabah dan sarawak, dan program intervensi, mampu mengurangkan jurang
188 pendidikan antara bandar dan luar bandar. Bincangkan dengan rakan-rakan anda.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah

Intervensi (intervensi) campur tangan dalam urusan antara dua pihak (orang, Negara, golongan) lain.

7.1.3.2 Mengurangkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar.

Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara

lokasi,

tahap

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Jurang-jurang tersebut adalah seperti berikut:-

Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang bandar dan luar bandar. MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Jurang antara pelajar normal & berkeperluan khas. Jurang sosioekonomi Jurang digital

Peta minda : Jurang pendidikan yang dikenalpasti oleh KPM

189

Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar Bandar adalah antara empat fokus utama KPM bagi merapatkan jurang pendidikan yang menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pendidikan (PTPP) 2006-2010.

Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar Bandar Sabah dan Sarawak, menambahbaik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan jurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar Bandar Sabah dan Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasuk bekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit. Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang bertujuan memperluas dan mewujudkan norma baru untuk guru adalah antara tiga pelan tindakan bagi menambahbaik SKM. Fokus seterusnya, meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan empat strategi pelaksanaan iaitu penguasaan penguasaan kemahiran membaca , menulis dan mengira (3M), pengurangan kadar keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar kurang penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan. upaya, dan strategi

Melalui

penguasaan 3M, kerajaan akan memperluaskan program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun satu. menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak Gempur. Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir hingga berusia 6 tahun adalah penting. Ia terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan kendiri, interaksi sosial dan sokongan keluarga. Di bawah fokus yang sama, kadar keciciran pelajar akan dikurangkan melalui pelan tindakan penguatkuasaan pendidikan wajib dan perluasan mata pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian. Selain itu, usha membuka kelas khas Selain itu, usaha membuka kelas khas bagi murid bermasalah pembelajaran seperti autisme dan cacat adalah antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi pemantapan program pendidikan pelajar kurang upaya. Seterusnya, penyediaan pendidikan kepada pelajar mengikut keperluan pula akan dilaksanakan dengan mewujudkan Sekolah Seni, selain merintis program
190

khusus pelajar pintar dan berbakat. Dalam usaha merapatkan jurang pendidikan, PIPP akan meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. Sehubungan itu, kementerian kewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman, menyediakan ansurans kepada guru yang berkhidmat di luar Bandar serta rumah guru dan kemudhaan asas sempurna.

Fokus terakhir ialah menambahbaik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar berkeperluan khas dan kumpulan minoriti. Bagi tujuan itu, kementerian akan memantapkan Sistem Maklumat Murid, mementau pelaksanaan program tahunan, menilai impak program secara berkala, mewjuudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD) dan mengukuhkan kerjasama sektor awam dan swasta.

Berhenti dan reflek

Cuba anda renung dan fikir peranan anda sebagai seorang guru dalam melaksanakan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengurangkan

jurang pendidikan bandar dan luar bandar. Apakah aspek-aspek yang perlu anda
fokuskan? Kongsikan dengan rakan anda.

Latihan/Aktiviti

1. Terangkan dengan ringkas dua langkah untuk mengurangkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar. 2. Bincangkan dalam kumpulan, bagaimana anda boleh merancang dan melaksanakan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dari Sekolah Kurang Murid (SKM) di pedalaman. Catatkan strategi-strategi yang digunakan untuk mewujudkan suasana yang mesra budaya.

191

Jawapan

1. i) Memperluaskan program pendidikan prasekolah. ii) Memperbaiki penyediaan kemudahan asas. iii) Meningkatkan kemudahan bandar dan luar bandar. 2. i) Menghasilkan kumpulan yang mempunyai berbilang bangsa untuk

mewujudkan suasana mesra budaya.


ii) Mengubah kedudukan murid yang duduk berkelompok dalam satu budaya dan mengubahsuai kedudukan murid menjadi berbilang bangsa

7.1.3.3

Menyediakan Infrastruktur dan Kemudahan yang sesuai.

Agihan peruntukan kewangan tanpa bias membolehkan para pelajar luar bandar menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di bandar. Program Pembacaan Tambahan (2006) sediakan bahan-bahan bacaan tambahan bagi murid di pedalaman Sabah dan Sarawak. Tingkatkan program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup (LSBE), yang memberi kapasiti kepada guru-guru utk mengajar kanak-kanak dan warga dewasa mengenai pencegahan HIV, dengan sasaran 100 buah sekolah di Malaysia termasuk sekolah pedalaman. Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M- tahun 2006) bagi memastikan murid tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepasenam bulan mengikuti persekolahan.ada masalah lagi masuk kelas pemulihan.

Semasa Datuk Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri (PM) dan Menteri Kewangan, beliau telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kawasan pedalaman. Bagi pedalaman Sabah dan Sarawak serta Semenanjung PM mahu memastikan supaya sekolah dapat bekalan elektrik 24 jam. Masih ada 300buah sekolah tiada kemudahan air bersih dan elektrik. PM mahu sekolah-sekolah tersebut akan mendapat bekalan air bersih dan elektrik 24 jam. Antara strategi yang dirancang
192

dengan menambahbaik Program Pembangunan pendidikan Luar Bandar di sabah dan Sarawak ; i. Bilik darjah- 805 sekolah dan 5,138 bilik darjah ii. Asrama 2,800 kapasiti penghuni iii. Rumah guru 414 projek 841 unit iv. Menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke 664 sekolah rendah v. Menyediakan bekalan air ke 193 buah sekolah.

Dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan untuk kumpulan pedalaman, KPM telah mengatur langkah dalam Pelaksanaan RMK ke-10 melalui akauntabiliti terhadap prestasi pelajar Melalui RMK Ke 10, prestasi semua sekolah akan ditingkatkan melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara Menyeluruh. Program ini mengandungi Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah.

Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya.

Sekolah akan merangka pelan penambahbaikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar.

Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan, khususnya sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

193

Berhenti dan reflek

Cuba anda renung dan fikir peranan anda sebagai seorang guru dalam melaksanakan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengurangkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar. Apakah aspek-aspek yang perlu anda fokuskan? Kongsikan dengan rakan anda.

Rumusan

Bab ini membincangkan cara-cara mewujudkan persekitaran yang mesra budaya di sekolah. Dalam usaha melahirkan suasana yang mesra budaya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka pelbagai strategi dan program untuk menyatupadukan rakyat agar mencapai matlamat integrasi nasional. Jika dilihat disekolah, pihak pentadbir dan guru berganding bahu untuk melaksanakan pelan tindakan demi mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang meara budaya. Murid di sekolah perlu dideahkan dengan suasana mesra budaya supaya mudah bagi mereka untuk bergaul dan saling menghormati dengan semua orang tidak kira bangsa dan agama pada masa hadapan. Guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum yang sesuai dan relevan untuk semua murid berbilang bangsa. Guru juga berperanan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid pelbagai kaum, membimbing murid sama ada orang Asli, peribumi, pedalaman atau kaum-kaum lain untuk menghormati hak dan sensitiviti setiap kaum dan budaya. Selain itu, aktiviti seperti ini akan menyedarkan murid suapay berbangga dengan budaya Negara tanpa mengetepikan budaya asal kaum masing-masing.

194

Latihan/Aktiviti

Bahagian A: Soalan Aneka Pilihan Pilih jawapan yang betul.


1.

Pengurusan bilik darjah merupakan faktor yang paling penting bagi

mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Bagi mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, aspek manakah yang perlu diberikan perhatian? A. Jantina murid B. Susun atur perabot di dalam bilik darjah C. Latar belakang murid D. Bilangan murid di dalam kelas 2. Strategi pengajaran yang paling sesuai digunakan oleh guru dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kumpulan orang Asli ialah A. kaedah koperatif B. kaedah direktif C. kaedah individu D. kaedah perbincangan ber pasangan 3. Yang manakah BUKAN peranan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam

merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan untuk kawasan pedalaman? A. Melancarkan pelbagai program untuk mengurangkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar. B. Memberikan peluang pendidikan yang sama kepada setiap warganegara. C. Mengadakan kempen di kawasan pedalaman bagi mendedahkan mereka kepada teknologi. D. Membangunkan infrastruktur & kemudahan pendidikan luar bandar di Sabah & Sarawak.

195

4) Merancang pelan tindakan penting untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya. Antara berikut, tujuan utama pelan tindakan dirancang adalah untuk a) Mengenalpasti masalah yang wujud b) Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid c) Membuatkan murid berasa selesa dan selamat d) Mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid 5) Pelan tindakan yang sesuai untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya berkaitan dengan a) Penggunaan ICT terkini b) Teknik dan strategi releven c) Susun atur kelas kondusif d) Bahan bantu mengajar menarik

Soalan Struktur 1. Nyatakan 4 strategi yang dirancang untuk menambahbaik Program Pembangunan pendidikan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak. i. ii. iii. iv. ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________

2. Nyatakan 4 jurang pendidikan yang dikenalpasti oleh Kemeterian Pelajaran Malaysia? i. ii. iii. iv. ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________

196

Soalan Esei

1) Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan program pendidikan bagi masyarakat Orang Asli bermula dari peringkat asas sehingga ke peringkat tinggi.Huraikan peringkat-peringkat tersebut

2) Hakikatnya masih wujud ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Namun pihak pemerintah sedang dan akan melaksana usaha-usaha penambahbaikan berterusan. Apakah faktor- faktor yang menyebabkan keaksamaan tersebut.

197

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

Christie, M., & Harris, S. (1985), Communication Breakdown in the Original Classroom, dlm J.B. Pride (Ed), Cross-cultural Encounters: Communication and Miscommunication (hlm 81-90), Melbourne, Australia: River Seine Publications. Sparks, S. (2000), Classroom and Curriculum Accommodations for Native American Students, Intervention in School and Clinik, 35, hlmn 259 -263 Tanpa Pengarang (2012). Persatuan Siswazah Persatuan orang Asli Semenanjung Malaysia. Pengenalan Orang Asli (Jakun). (http://www.psoa.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=67 :pengenalan-orang-asli-jakun&catid=35:artikel&Itemid=18. http://www.jakoa.gov.my/web/guest/9 diakses pada 20 Mac 2012 Tanpa Pengarang (2012). Bahagian Pembangunan minda dan pendidikan. http://www.jakoa.gov.my/web/guest/67 diakses pada 24 Mac 2012 Tanpa Pengarang (2012),bahagian penerangan http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185masyarakat-majmuk/3240-masyarakat-melayu-di-malaysia.html diakses pada 25 Mac 2012 Pembangunan modal Insan Orang Asli diberi penekanan, Berita Harian, 23 Julai 2010 Tanpa Pengarang, Rancangan Malaysia Kesepuluh, Bab 5 Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, halaman 204-205 Pendidikan Orang Asli. Basir Zahrom. Berita Harian. 30 November 2009 Atasi masalah keciciran murid Orang Asli, Mingguan Malaysia, 27 Februari 2011 Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid, Siri Pendidikan Guru Budaya dan Pembelajaran, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Halaman199-218.

198

199

Jawapan

TAJUK 1 BAHAGIAN A: SOALAN ANEKA PILIHAN 1. D 2. A 3. B 4. B BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR 5. Ciri-ciri utama masyarakat ialah: a) Berkelompok b) Berbudaya c) Mengalami perubahan d) Berinteraksi(dalaman dan dengan pihak luar) BAHAGIAN C: SOALAN ESEI 6. Unsur-unsur budaya: Simbol atau lambang. Contohnya dalam masyarakat Melayu yang terkenal dengan keris. Keris melambangkan keberanian dan

kepahlawanan. Bahasa. Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan sebagai bahasa rasmi Negara Malaysia. Nilai dan kepercayaan. Contohnya, jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Pantang larang ini sebenarnya wujud kerana mengelakkan penganiayaan kepada haiwan Norma. Sebagai contoh, kita sebagai manusia perlu bertolak ansur dan bekerjasama bagi mencapai kata sepakat agar tidak berlaku

200

pergaduhan dan peperangan. Hormat menghormati sesame manusia dianjurkan bagi mencapai kesejahteraan bersama. Teknologi dalam sesuatu budaya menggambarkan betapa majunya pemikiran sesuatu masyarakat. Sebagai contoh,orang Jepun mencipta satu teknologi yang digunakan oleh orang jepun untuk mengesan bencana alam seperti tsunami. Ini menunjukkan kemajuan pemikiran manusia sejagat dan negara kita patut meneruskan dasar pandang ke Timur.

TAJUK 2 BAHAGIAN A: SOALAN ANEKA PILIHAN 1. C 2. B 3. C 4. C 5. C BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR

1. (i) perbezaan tahap (ii) perbezaan fungsi dan adat 2. Adat bermaksud suatu cara hidup yang dilakukan secara harian ataupun bermusim berpandukan bulan atau tahun yang telah diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi 3. a. kepercayaan dan pengetahuan yang baik b. pengucapan yang baik c. pemikiran yang baik d. pertapaan yang baik e. makna kehidupan yang baik BAHAGIAN C: SOALAN ESEI

menjamin warisan budaya mempelbagaikan kesenian dan karya agung Negara

201

penghasilan kraf tangan pelbagai dari seluruh etnik sebagai satu sumber ekonomi menghormati budaya kaum lain peka terhadap isu-isu sensetif pusat pelancongan yang bermutu dengan pelbagai kekayaan adat resam menjamin keharmonian hidup bermasyarakat mana-mana jawapan yang sesuai

202

TAJUK 3

BAHAGIAN A: SOALAN ANEKA PILIHAN

1. B 2. B 3. A 4. B 5. D 6. A 7. B 8. B 9. C 10. C BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR Ciri-ciri Kurikulum Tersirat Merangkumi pengalaman belajar. Bersifat relatif & sukar diukur. Merangkumi nilai. Kewujudannya berbeza-beza. Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian. Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI

Implikasinya kepada murid: Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain. Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan. Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama. Bahasa- bahasa standard/dialek.
203

Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina. Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman). Sikap/tingkah laku murid. Nilai yang dipegang/diamalkan. Latar belakang keluarga/SES

Implikasinya kepada guru:


Bangsa-mengajar tidak membezakan bangsa. Kelas sosial-tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial. Nilai-membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik. Kepercayaan-tidak menyentuh sensitif agama. Bahasa-jurang bahasa dialek.
Jantina-layanan berbeza & peka kepada keperluan gender. Tepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid. Membantu murid membuat pemilihan kerjaya. Bertindak profesional dalam kerjaya. Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan. Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.

Implikasinya kepada sekolah: Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India. Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar. Kepercayaaan- sekolah agama. Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah. Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan. Sekolah agen perubahan. Sekolah tempat penyuburan budaya. Perpaduan. Dasar-dasar kerajaan. Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

204

TAJUK 4

BAHAGIAN A: SOALAN ANEKA PILIHAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. A C B C A D

BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR


a. - Program Pendidikan Khas Integrasi- Program ini disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas yang bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. - Kelas Inklusif- Pendidikan inklusif bermaksud pendidikan umum iaitu setiap individu sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat adalah berhak diberi peluang pendidikan umum. Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara Program Pencantuman, Program Inklusif Sepenuhnya, dan Program Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi) - Sekolah Pendidikan Khas (SPK)- Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk muridmurid berkeperluan khas. Sekolah ini juga menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas. 2) - Ibu bapa tidak sedar kepentingan pendidikan. Kebanyakan ibu bapa masyarakat orang Asli mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan kurangnya motivasi untuk memberikan pendidikan kepada anak mereka.. - Kurang minat belajar. Mereka lebih suka akan sesuatu yang bersifat fizikal berbanding pembelajaran dalam bilik darjah dan teori.

205

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI

1) -Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif. -Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid. -Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri daripada terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan hal ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran. -Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama. -Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi. -Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain. -Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka. - Kekurangan prihatin daripada guru besar dan guru sekolah- Sesetengah pengetua dan guru tidak menerima secara positif penempatan murid-murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah mereka. Mereka menganggap murid-murid tersebut akan menjejas prestasi sekolah dalam peperiksaan dan menyusahkan pengurusan atau pentadbiran sekolah. Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempuh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap yang optimum. Ada guru yang tidak berminat dan tidak mempunyai latihan langsung untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas. Jika guru tidak berminat untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas, ia akan menjejaskan murid-murid tersebut. Demikian juga jika guru tidak mempunyai latihan. Justeru, jikalau tidak ada guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas, pihak sekolah perlu mencari guru yang berminat, yang sedia untuk belajar on the job dan amat prihatin serta penyayang. Hubungan kepenyayangan (caring relationship) amat mustahak dalam hubungan guru-murid bagi murid-murid berkeperluan khas.

206

2) -Pencapaian akademik itu sendiri yang mendorong kepada situasi di mana peluang untuk kemasukan ke universiti-universiti yang ada ini memihak kepada jantina tertentu sahaja. -Daripada data ini dapatlah kita bandingkan bahawa tahap akademik perempuan lebih baik jika dibandingkan dengan lelaki. -Melonggarkan kemasukan pelajar lelaki ke kursus-kursus yang memerlukan banyak tenaga lelaki seperti kejuruteraan, manakala untuk kemasukan pelajar wanita pula terpaksa diketatkan. -Walaupun perkara ini dilihat tidak adil, serta ketara berat sebelah, namun ianya masih perlu dilakukan untuk menyeimbangkan populasi satu-satu kursus itu. 3) -Mendalami masalah yang mereka hadapi. -Menjalinkan hubungan dengan ibu bapa murid masyarakat orang Asli. -Melaksanakan pengajaran yang berteraskan fizikal. -Mengubahsuai kurikulum sedia ada untuk disesuaikan dengan budaya masyarakat orang Asli. -Berusaha untuk mengenalpasti ciri-ciri dan kehendak murid orang Asli. -Banyak melakukan aktiviti luar bilik darjah. -Memastikan setiap murid tidak ketinggalan dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam ataupun luar kelas. -Menggunakan waktu lapang(cuti) untuk melawat perkampungan orang Asli.

207

TAJUK 5

BAHAGIAN A: SOALAN ANEKA PILIHAN


1. C 2. A 3. B 4. B 5. A 6. B 7. C

BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR


1. Jawapan: i. Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi negara kita. ii. iii. Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial. Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat. iv. Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial. v. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara

2. Jawapan i. ii. Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan buruk terhadap prestasi keseluruhan iii. iv. v. Memberi tekanan mental kepada murid dan guru Murid rasa terganggu dan tidak selesa Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

3. Jawapan: Menerima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza-beza dari segi budaya, etnik, bahasa dan kelas sosial secara positif. Bersiap sedia untuk mengajar dan mengenal pasti pendekatan-pendekatan yang perlu bagi mencapai hasil pembelajaran. Mencari pendekatan yang sesuai untuk menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pegalaman di sekolah. 208

Mempunyai rasa bangga dan komited dengan kerjaya yang mendorong kejayaan semua murid tanpa membeza-bezakan etnik dan budaya mereka. Guru juga perlu meluangkan masa untuk hadir di majlis-majlis komuniti untuk menunjukkan sokongan moral kepada murid dan komuniti mereka. Mewujudkan hubungan dan ikatan dengan murid serta membangunkan komuniti belajar dalam kalangan murid yang sama-sama bekerja secara kolaboratif dan bertanggungjawabterhadap kejayaan bersama. Lain-lain jawapan yang sesuai.

4. Jawapan: i. ii. iii. iv. v. Kumpulan Sama Kebolehan Kumpulan Pelbagai Kebolehan Kumpulan Tahun Persekolahan Kumpulan Sosial Kumpulan individu

5. Bahasa yang difahami oleh setiap murid di dalam bilik darjah penting agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjaan dengan lancar. Di samping itu, guru dapat memberikan maklumat dan pelajar akan dapat menerima dan memahami maklumat tersebut. 6. - Bahasa yang difahami oleh setiap murid di dalam bilik darjah penting agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjaan dengan lancar. Di samping itu, guru dapat memberikan maklumat dan pelajar akan dapat menerima dan memahami maklumat tersebut. Mengenalpasti tahap kemajuan dan potensi murid, sistem diagnosis serta tindakan susulan yang wajar dilakukan oleh guru Mendapatkan maklumat melibatkan aspek bahasa dan budaya setempat untuk disesuaikan dengan instrumen penilaian yang akan dilaksanakan Mengelakkan diskriminasi dan penilaian berat sebelah ke atas sesuatu kelompok murid yang berlainan etnik mahupun budaya masing-masing Mengumpulkan semua maklumat dan data termasuklah latar belakang bagi setiap murid untuk menentukan instrumen penilaian dan kaedah yang akan digunakan semasa membuat penilaian

209

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI


1. - Pelan lantai - Kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan - Susunan kerusi dan meja murid - Susunan perabot dan peralatan - Hiasan bilik darjah - Sudut dan ruang bacaan beserta dengan contoh dan huraian yang bersesuaian. 2. Pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah

dengan pengalaman di sekolah serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum. Memanfaatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk memahami pengajaran guru. Menjadikan budaya sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Meningkatkan perkembangan murid dalam bidang pembelajarandengan memberi penumpuan membantu dan membimbing murid menguasai kemahiran membaca, menulis, bertutur, malahan mamu menyelesaikan masaah dan bersama-sama dengan rakan yang lain mencari jalan penyelesaian masalah. Kesediaan mempelajari dan menyokong budaya sama ada budaya di sekolah mahupun budaya di rumah. Manakala guru berperanan menilai dan membina kemahiran sedia ada pada murid berdasarkan budaya yang dibawa dari rumah. Guru membantu murid untuk mengenal pasti, mengkritik dan menambah baik ketidaksamarataan social melalui pembangunan sosiopolitik dan kesedaran kritikal. Hasil pembelajarn tidak hanya berfokus pada pencapaian akademik sematamata, sebaliknya turut berhasrat untuk mempertahankan identiti dan warisan budaya. Murid menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam menggalakkan pembelajaran dan kecemerlangan akademik apabila murid muda memahami sesuatu kandungan pelajaran yang dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, iaitu pengalaman hidup mereka dalam komuniti dan budaya masingmasing. Murid menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang besar dan berkembang, saling menyokong dan saling membantu demi mencapai kehidupan berjaya dan berkualiti. Dalam membina komuniti akademi, guru perlu melayani kehendak dan keperluan murid dan mempunyai perasaan sepunya, menghargai perbezaan yang ada pada diri murid serta mampu mengetengahkan konsep kendiri setiap murid.

210

Persekitaran pelbagai budaya membantu membina pedagogi relevan budaya yang menyumbang ke arah amalan demokrasi budaya serta menyediakan murid menjadi rakyat yang glokal (global dan lokal). Lain-lain jawapan yang sesuai.

3. -mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid -mengadakan kegiatan kokurikulum untuk memartabatkan bahasa kebangsaan - menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik dalam pengajaran -mengadakan Gamed Based Learning dalam pengajaran dengan menggunakan permainan tradisional. - sumber bahan pengajaran dari pelbagai sumber budaya. - lain-lain jawapan yang difikirkan perlu. 4. Cadangan jawapan: Subjek: Bahasa Malaysia Masa: 8.00 Pagi 9.00 Pagi Masa 5 minit Set induksi: Guru meminta murid tahun 2 dan 3 meneliti gambar yang tergantung di hadapan kelas dan mengecam benda yang terdapat di dalam gambar tersebut. Tahun 1 Tahun 2

Sementara murid tahun 2 mengenalpasti benda-benda yang terdapat di dalam gambar, guru memberikan arahan kepada murid-murid tahun 3 untuk mencatat benda yang terdapat di dalam gambar dan membina satu ayat bagi setiap benda yang dikenalpasti.

15 minit

Guru Mengajar Guru mengajar

Murid Belajar sendiri murid mengeja Murid mencatat benda-benda

benda yang terdapat di dalam yang terdapat di dalam gambar gambar. dan membina ayat daripada

perkataan tersebut. 15 minit Murid Belajar sendiri Guru mengajar

Murid diberi kad-kad gambar dan Guru mengajar pembinaan ayat perkataan. Guru mengarahkan gramatis kepada murid.

murid memadankan kad perkataan dengan kad gambar.

211

15 minit

Guru mengajar

Murid Belajar Sendiri menulis beberapa ayat

Guru membetulkan tugasan murid Murid disamping memberi

penekanan tentang salah satu benda yang terdapat di dalam gambar.

kemahiran ejaan

7 minit

Murid Belajar Sendiri Murid bermain tikam perkataan

Guru Mengajar Guru menjelaskan tentang pola ayat.

3 minit

Penutup Guru mengajar murid murid tahun 2 dan 3 ke hadapan kelas dan samasama bernyanyi lagu A B C dan seterusnya guru menerapkan nilai bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.

212

TAJUK 6

BAHAGIAN A: SOALAN ANEKA PILIHAN


1.C 2.A 3.D 4.B 5.B

BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR


1. Pembelajaran murid terhasil melalui proses? proses pendengaran, pemerhatian, peniruan, membuat, eksplorasi

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI


Guru harus mampu mengembangkan kemahiran berkomunikasi kepada murid-murid. Guru perlu kreatif dalam membentuk hubungan yang dinamik. Guru perlu menggunakan satu bahasa yang difahami oleh pelbagai etnik iaitu bahasa melayu Guru perlu mengelakkan bahasa dialek digunakan dalam situasi pembelajaran. Penerangan guru kepada murid perlu mengikut tahap penguasaan bahasa dan latar belakang murid.

213

TAJUK 7 BAHAGIAN A: SOALAN ANEKA PILIHAN 1. C 2. A 3. C 4. C 5. B

BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR 4 strategi yang dirancang dengan menambahbaik Program Pembangunan pendidikan Luar Bandar di sabah dan Sarawak ; i. ii. iii. iv. v. Bilik darjah- 805 sekolah dan 5,138 bilik darjah Asrama 2,800 kapasiti penghuni Rumah guru 414 projek 841 unit Menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke 664 sekolah rendah Menyediakan bekalan air ke 193 buah sekolah.

1. 4 jurang pendidikan yang dikenalpasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ; i. ii. iii. iv. v. Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang digital Jurang sosioekonomi Jurang antara pelajar normal dan berkeperluan khas Jurang bandar dan luar bandar.

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI 1)-.Peringkat asas menumpukan pra-sekolah. Pendidikan asas disediakan bagi kanak-kanak 5-6 tahun sebelum menduduki pendidikan rendah -Pendidikan peringkat rendah disediakan bagi penguasaan 3M membaca, menulis dan mengeja -Peringkat menengah untuk pelajar berusia 13-18 tahun. Pendidikan komprehensif dan berkualiti. KBKK diterapkan -Peringkat tertiari disediakan kepada yang layak ke IPT dengan kelayakan minimum. Misalnya kepujian dalam 3 matapelajaran SPM ke peringkat sijil di UITM

214

-Tumpuan kepada golongan yang tercicir seperti belia. Latihan kemahiran dan teknikal diberikan untuk pasaran pekerjaan. Manakala pihak sekolah dengan inisiatif sendiri

2)- Kelas sosial: perbezaan tahap sosio ekonomi keluarga akan memberi implikasi dari aspek kemampuan menyediakan peluang belajar kepada anak-anak. Anak-anak golongan berada mampu belajar dengan lebih baik jika diambil kira dari segi kewangan dan material. Pada zaman feudal, hanya golongan bangsawan yang mendapat pendidikan formal. -Kumpulan Minoriti: Akibat tiada kekuatan bersuara. Tiada kekuatan sebagai golongan pendesak. Kehendak golongan ini sering tidak diutamakan. Misalnya masyarakat Orang Asli di Semenanjung atau indigenous di sabah dan Sarawak. Didiskriminasi. - Infrastruktur Kemudahan mendapatkan guru, guru enggan berkhidmat di pedalaman. Guru opsyen bertukar ikut pasangan. Kemudahan mendapatkan bahan rujukan. Kemudahan ICT Kemudahan asas di sekolah.

215

216

CHONG SIEW HA Saya telah memperoleh dan mengikuti taklimat tentang tugasan KKBI EDU3106 budaya dan pembelajaran daripada pensyarah penyelaras, Puan Khadadiah pada 19 March 2012. Saya sangat risau apabila tugasan ini diberikan kerana kami hanya diberi masa 2 minggu untuk menyiapkannya di samping sibuk dengan aktiviti- aktiviti di sekolah sepanjang program latihan mengajar dijalankan. Selain itu, saya juga sukar untuk berbincang dengan ahli- ahli kumpulan saya kerana saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengan mereka. Tetapi saya tetap bersyukur kerana kami dapat saling membantu untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah berbincang bersama- sama dengan ahli kumpulan saya dan juga ahli- ahli kumpulan di opsyen yang lain untuk mengumpul lebih banyak maklumat dan juga sumber. Sememangnya, pada zaman teknologi kini, ia tidak menjadi masalah untuk kami berbincang walaupun peluang untuk kami bertemu adalah terhad. Kami sering mengadakan perbincangan atas talian iaitu telefon dan juga melalui Facebook atau Email. Saudari Rabiatul telah mengambil peranan sebagai ketua dan membahagikan tugas kepada kami kerana tajuk kami merupakan satu tajuk yang agak luas dan besar. Saya mendapat tajuk pengurusan persekitaran fizikal dan perhubungan antara kelompok etnik sebagai sub topik untuk pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Bacaan demi bacaan dibuat sebelum modul ini dapat dilaksanakan. Saya banyak mendapatkan maklumat dari buku-buku untuk subjek Hubungan Etnik dan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku kerana topik- topik yang saya peroleh berkaitan dengan subjeksubjek yang telah kami pelajari sebelum ini. Selain itu, maklumat dari internet, majalah dan juga pengalaman sebenar melalui pemerhatian di sekolah juga saya gunakan untuk melaksanakan tugasan ini. Saya banyak bertanya kepada senior-senior tentang tugasan ini kerana ini adalah kali pertama saya dan rakan- rakan kelas saya diminta untuk membuat modul. Terdapat banyak perkara yang kami perlu pelajari dan belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman. Malangnya, tugasan mereka adalah berlainan sebelum ini, oleh itu mereka tidak dapat memberikan bantuan kepada kami. Saya mempunyai banyak kekeliruan pada awalnya, ini adalah kerana saya tidak mendapat respon daripada ahli- ahli kelas untuk pemilihan untuk ikon yang seragam untuk kelas kami. Tetapi selepas itu, saudari Nurhafizah Fatin telah memaklumkan kepada kami tentang ikon- ikon yang telah ditetapkan. Oleh itu, kami dapat membuat kerja dengan lebih spesifik kerana ia telah diseragamkan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya sentiasa memastikan otak saya selalu cergas untuk memikirkan idea- idea dan juga soalan- soalan untuk topik yang saya perolehi. Saya selalu mengajukan soalan- soalan dalam diri sendiri supaya pembaca dapat mempunyai pandangan dan jawapan dalam diri mereka sendiri. Semua soalan- soalan yang diajukan mempunyai isi- isi penting yang telah kita pelajari. Oleh itu, dengan ini, pembaca akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang ujian yang berkaitan dengan topik ini. Selepas setiap pembelajaran, kita seharusnya mempunyai refleksi diri tentang apa yang telah kita baca dan membuat hubungkait dengan pengetahuan sedia ada kita ataupun kehidupan seharian kita. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh banyak pengetahuan baru dan juga pengetahuan- pengetahuan sedia ada yang perlu sentiasa ditanamkan di hati seorang guru. Sememangnya, pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya amat penting untuk melahirkan murid- murid yang dapat memahami, bertoleransi dan mempunyai nilainilai pekerti yang tinggi. Oleh itu, kita sebagai seorang bakal guru haruslah sentiasa prihatin terhadap persekitaran bilik darjah kerana kitalah yang akan menjadi teladan kepada muuridmurid kita. Mereka yang masih kecil sekiranya dibimbing dengan betul dan baik akan dapat meneruskan kehidupan yang aman dan harmoni di negara kita. 217

Secara kebetulan, saya amat gembira kerana saya dapat mengaplikasikan maklumat- maklumat dan pengetahuan- pengetahuan sepanjang saya melaksanakan tugasan ini apabila saya menjalani latihan mengajar di sekolah. Sememangnya,pengurusan persekitaran fizikal adalah amat penting dalam sesebuah kelas. Apa yang dapat saya aplikasikan ialah, apabila kita tidak dapat menerima keadaan kelas kita yang kotor, sakit mata dengan pemilihan warna, pandangan terlindung, tiada pengudaraan yang baik dan sebagainya, kita akan berasa tidak selesa dan menyebabkan kita tidak bersedia untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setiap kali sebelum saya memulakan pengajaran saya, saya akan memastikan murid- murid saya mengutip sampah-sampah yang terdapat di atas lantai. Selain itu, saya juga memastikan bahawa susunan meja mereka teratur kerana guru tidak akan mempunyai ruang untuk memantau di sekeliling kelas kerana faktor kelas yang agak sempit. Murid- murid perlu sentiasa menyediakan diri mereka untuk menerima ilmu dalam suasana yang selesa. Untuk pengelompokkan etnik pula, saya tidak menghadapi masalah yang besar untuk murid- murid saya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Saya dapat membahagikan mereka dalam kumpulan yang sama walaupun mereka terdiri daripada etnik yang berlainan, malah mereka dapat bekerjasama dengan baik apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Masing- masing mereka faham dan menghormati etnik dan juga kaum masingmasing. Walaupun saya seorang guru pelatih cina, tetapi mereka yang majoritinya dusun juga dapat menerima saya dan juga rakan- rakan lain dengan seadanya, malah mereka gemar mendengar tentang budaya- budaya dan bahasa yang diamalkan oleh kaum cina. Saya amat gembira apabila tugasan ini dapat disiapkan. Walaupun kami terpaksa menempuhi pelbagai halangan dan cabaran sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan kesibukkan yang melanda diri sendiri. Kami berjaya juga berhubung antara satu sama lain untuk menyiapkannya, kolaborasi dan juga perbincangan yang berlaku sepanjang tempoh ini telah banyak mengajar kami supaya lebih berdikari dan juga percaya dengan kebolehan diri. Sememangnya, kita tidak harus cepat berputus asa dan lebih bersedia untuk menangani masalah untuk menjadikan diri kita lebih matang dan dewasa. Pembinaan modul ini juga memberikan ciri-ciri awal untuk kami yang bergelar sebagai seorang guru kelak untuk mengarang buku- buku lain contohnya. Akhir sekali, saya amat berharap bahawa tugasan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah dan dapat digunakan sebagai rujukan kepada mana- mana pihak yang berkaitan.

218

DK. NUR AZMINA BINTI AK. CHUCHU Pada 19 Mac 2012, kami telah diberi taklimat oleh pensyarah pembimbing berkaitan tugasan ini. Pada awalnya, melihat pada tempoh masa tugasan ini, saya merasakan ianya tidak cukup untuk saya menyiapkan tugasan ini lebih-lebih lagi saya sedang menjalani praktikum. Tugasan yang perlu dibuat adalah untuk menghasilkan sebuah modul. Namun, setelah mendapati tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan, saya berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini. Membuat modul adalah pengalaman baru bagi saya. Pada awalnya, saya belum mendapat gambaran awal mengenai format untuk membuat modul. Setelah diberi taklimat oleh Puan Siti Khadadiah serta contoh modul yang diberikan, saya merasakan membuat modul ini merupakan satu pengalaman yang mencabar. Ianya seperti menghasilkan sebuah buku untuk rujukan pelajar-pelajar tetapi isi kandungannya ringkas dan padat. Dalam tugasan ini, saya telah diamanahkan untuk bekerjasama dengan Muhammad Redzuan. Kami telah membahagikan tugasan mengikut subtajuk. Memandangkan kami hanya mempunyai dua subtajuk, jadi lebih mudah untuk kami membahagikan tajuk-tajuk tersebut. Saya menyiapkan tajuk kemahiran lisan dan bukan lisan, manakala redzuan menyiapkan tajuk laras bahasa. Walaupun kami dibahagikan untuk membuat tajuk yang berbeza, namun kami berusaha untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Hasilnya, kami dapat sama-sama membantu satu sama lain walaupun subtajuk tugasan, kami bahagikan sesama kami. Walaubagaimanapun, kebanyakan maklumat yang kami perolah, kami tidak dapat membuktikan kesahihan maklumat tersebut kerana kami perolehnya melalui laman sesawang iaitu blog. Saya cuba untuk kumpulkan maklumat-maklumat tersebut walaupun ianya daripada blog tetapi saya cuba untuk menggunakan maklumat di dalam blog sebagai bahan bacaan saya sahaja untuk memberi idea kepada sayai tentang tajuk tugasan ini. Saya tidak menggunakan maklumat yang ada pada blog untuk dimasukkan kedalam tugasan ini, tetapi maklumatmaklumat tersebut sebagai maklumat tambahan untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang ini. Melalui maklumat tersebut, saya cuba untuk gunakan semasa saya menjalani praktikum di sekolah. Kemahiran komunikasi guru merupakan tajuk tugasan saya dan Redzuan. Apa yang saya faham mengenai tajuk tugasan ini ialah kemahiran seseorang guru untuk menyampaikan maklumat. Komunikasi merupakan satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Ia merupakan proses interaksi yang dilakukan oleh manusia dan merangkumi perbuatan menghantar maklumat serta proses untuk bertukar-tukar maksud. Seseorang guru perlu mahir dalam kemahiran komunikasi ini memandangkan guru merupakan satu perantaraan antara ilmu dengan murid. Guru merupakan penyampai dimana guru akan menyampaikan ilmu kepada murid. Keberkesanan penyampaian maklumat dan penerimaan murid bergantung kepada cara komunikasi guru. Melalui pengalaman saya di sekolah, komunikasi dengan murid adalah penting. Sekiranya seseorang guru gagal untuk berkomunikasi dengan murid, kawalan kelas juga akan terjejas. Pengalaman inilah yang saya gunakan untuk menghurai tajuk tugasan saya dimana komunikasi terdiri daripada komunikasi lisan dan bukan lisan. Melalui pengalaman saya di kelas, komunikasi secara lisan dan bukan lisan berkait antara satu sama lain. Kemahiran lisan merupakan kemahiran melalui percakapan manakala kemahiran bukan lisan melalui pergerakan badan, kontak mata, sentuhan dan pergerakan fizikal tubuh badan. Oleh itu, jika guru berkomunikasi secara lisan tanpa ada kontak mata dan gestur badan, murid kurang perhatian. Hal ini menyebabkan guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Manakala jika guru menggunakan kedua-dua kemahiran ini untuk berkomunikasi dengan murid, guru dapat perhatian yang positif daripada murid. Hal ini membantu guru untuk mengawal kelas dengan baik serta menarik perhatian murid untuk terus fokus di dalam kelas. Pengalaman seperti inilah yang saya 219

gunakan untuk mengaitkan pengetahuan yang saya peroleh dengan maklumat yang peroleh melalui blog di laman sesawang. Dalam tempoh menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi masalah iaitu saya kurang pasti sama ada modul ini perlu mengandungi nota yang lengkap atau hanya sekadar nota yang ringkas. Hal ini kerana, berdasarkan contoh modul yang diberikan, saya melihat di ruangan berhenti dan reflek meminta pelajar untuk mencari sendiri jawapan yang tiada dalam modul tersebut. pelajar perlu berbincang untuk mencari jawapan kepada soalan tersebut. setelah berbincang dan bertanya dengan rakan lain, barulah saya faham bahawa berhenti dan reflek itu hanyalah untuk membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman kepada sesuatu topik yang dipelajari. Apabila pelajar dapat membuat refleksi berkaitan apa yang disoal, kemungkinan besar pelajar dapat mengaitkannya dengan topik yang diajar. Hal ini memudahkan untuk pelajar memahami isi pelajaran tersebut. Selain itu, dalam modul ini juga kami diminta untuk menyediakan soalan yang merangkumi soalan objektif, struktur dan soalan esei. Hal ini merupakan masalah yang rumit saya hadapi kerana saya kurang arif dalam membentuk soalan. Saya cuba untuk mencari soalan yang berkaitan dengan tajuk tetapi saya tidak menjumpai contoh soalan. Saya cuba untuk membuat perbincangan dengan pelajar kelas lain yang juga membuat tajuk yang sama dengan kami. Saya cuba untuk bertanya bagaimana mereka membuat soalan-soalan tersebut. Melalui perbincangan kami, mereka membuat soalan-soalan tersebut berdasarkan kandungan yang mereka hasilkan.mereka juga turut memberi nasihat bahawa, untuk membuat soalan yang baik kita perlu cuba untuk fahami apa yang terkandung dalam topik kita, apa yang sesuai untuk dijadikan soalan dan apa yang sesuai untuk merangsang minda pelajar. Melalui perbincangan ini hasilnya saya dapat membuat soalan-soalan dan berbincang dengan Redzuan adakah soalan-soalan tersebut bersesuaian atau tidak. Secara keseluruhannya, pengalaman membuat modul ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Dengan pelbagai kesukaran dan halangan sepanjang menyiapkan modul ini dan dalam tempoh masa yang singkat, saya cuba untuk mengumpul maklumat, memahami tajuk saya serta cuba untuk menyiapkan tugasan ini. Saya amat berbesar hati kepada pensyarah pembimbing yang banyak membantu dalam tempoh menyiapkan tugasan ini serta rakan-rakan sekelas yang memberi sokongan serta dorongan agar saya tidak cepat berputus asa. Apa yang saya dapat simpulkan bahawa kerjasama daripada rakan sekumpulan membantu dalam tempoh menyiapkan tugasan ini. Perbincangan juga penting untuk menghasilkan satu tugasan yang baik di mana mempunyai kata sepakat dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Bertanya kepada rakan sesuatu yang tidak merugikan dimana kita dapat bertukar-tukar pendapat serta membantu sama lain. Pengalaman berharga seperti ini membantu saya untuk mematangkan diri sekaligus cuba untuk meningkatkan keyakinan diri saya. Saya berharap agar apa yang telah saya dan Redzuan hasilkan serta rakan-rakan yang lain dapat diterima secara positif dan berguna untuk kegunaan pelajar-pelajar akan datang untuk rujukan serta maklumat tambahan.

220

DONNY ANAK CHINDANG Pada 19 Mac 2012 yang lalu, kami telah diberikan satu tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106) oleh pensyarah penyelaras bagi subjek ini iaitu Puan Siti Khadadiah Binti Mohammed Bajuri. Penerangan yang jelas telah diberikan oleh beliau mengenai tugas yang diberikan ini. Tugasan ini merupakan tugasan kumpulan dimana kami diminta untuk menghasilkan satu set modul yang mengandungi idea pemikiran serta kandungan yang releven mengenai topik-topik pembelajaran berdasarkan subjek EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran. Untuk itu, kumpulan kami telah mendapat tajuk Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya sebagai tajuk yang perlu kami hasilkan sebagai salah satu bahagian dalam set Modul EDU 3106 ini. tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu sahaja. Bagi memudahkan tugasan ini untuk disiapkan, kami telah membahagikan sub tajuk ini untuk diolah oleh kami sendiri berdasarkan bukit dan maklumat yang diiktiraf tanpa sebarang plagiat dari mana-mana pihak. Sebarang bentuk rujukan sama ada dari buku, jurnal, surat khabar serta kamus yang digunakan telah dinyatakan dengan jelas dalam bahagian bibliografi. Kolaborasi juga telah dijalankan sesama rakan-rakan yang berlainan opsyen serta para pensyarah bagi subjek ini. penambahbaikan dari masa ke semasa dilakukan untuk memastikan kekurangan yang dihadapi dapat diperbaiki. Pada pendapat saya, kumpulan kami tidaklah menghadapi masalah yang besar sepanjang menyiapkan tugasan ini. Hanya dari segi masa merupakan masalah yang timbul sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. ini adalah kerana tempoh pelaksanaan tugasan yang diberikan ini adalah dijalankan semasa kami sedang menghadapi latihan praktikum fasa pertama di sekolah-sekolah yang dipilih. Hal ini merumitkan kami untuk berjumpa sesama sendiri serta berkolaborasi dengan rakan-rakan kelas yang lain kerana mereka juga sibuk dengan praktikum yang dihadapi. Begitu juga dengan pensyarah yang kerap kali keluar untuk menjalankan penilaian terhadap pelajar lain yang sedang menjalani praktikum di luar institut. Walaubagaimanapun, masalah masa ini dapat diatasi dengan adanya kerjasama dari rakan-rakan kumpulan yang lain. Temujanji awal dibuat bagi memastkan setiap ahli kumpulan dapat hadir dalam setiap sesi perbincangan yang dibuat untuk memastikan tugasan berjalan dengan lancar. Selain itu, pengunaan laman web sosial seperti facebook serta e-mail juga memudahkan interaksi sesama ahli kumpulan bagi menyelesaikan masalah masa dan tempat perjumpaan. Dengan ini, maklumat dapat disalurkan dengan mudah dan cepat kepada ahli kumpulan yang lain untuk dirujuk. Dengan kaedah ini, masalah masa dapat diatasi sepanjang kami menjalankan tugasan ini. Masalah lain seperti rujukan serta format penulisan tidak menjadi penghalang kami dalam menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana adanya pengalaman-pengalaman lepas dalam menghasilkan tugasan seperti ini walaupun dalam bentuk yang lain. Selain daripada itu, dalam menyelesaikan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu yang telah saya perolehi terutamanya mengenai tajuk yang kami kupas iaitu mengenai Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya. Sebagai seorang guru pada masa hadapan, kita perlulah sedar dan peka terhadap kepelbagaian sosio-budaya murid-murid kita didalam kelas. Latar belakang murid yang pelbagai mendatangkan implikasi yang mungkin akan timbul semasa mereka berada di sekolah atau semasa pengajaran berlaku. Perbezaan seperti bangsa, kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina merupakan kepelbagaian yang perlu kita lihat di sekolah nanti apabila kita sudah bergelar guru. Saya bersyukur kerana dapat melihat semua ini melalui tugasan yang diberikan ini, dan saya pastinya telah mendapat banyak input-input berguna yang boleh saya terapkan pada masa hadapan melalui tajuk yang diterima ini.

221

Disamping itu, saya juga telah diperkukuhkan lagi dengan cara mengajar dan teknik yang sesuai semasa menghadapi murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini. cara mengajar yang tepat dan sesuai banyak menentukan keberkesanan dalam mencapai objektif pembelajaran yang dibuat. Dengan teknik yang sesuai, kita sebagai guru pasti dapat menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid apabila kita mengetahui masalah yang mereka hadapai. Contohnya murid yang berasal dari kawasan pendalaman mungkin tidak mengetahui terlalu dalam mengenai penggunaan teknologi pada masa kini, oleh itu sebagai seorang guru kita perlu peka terhadap situasi ini agar murid itu tidak berasa tersisih sepanjang sesi pengajaran berlaku. Ini adalah sangat mustahak walaupun seakannya hanya satu hal yang remeh namun memberikan impak yang sangat besar kepada murid-murid. Teknik mengajar yang pelbagai pastinya akan menjadikan murid-murid lebih tertarik dengan sesi pembelajaran serta juga menjadikan suasana persekitaran pembelajaran lebih menarik. Dengan ini, kita akan mampu menarik minat murid-murid yang tidak minat terhadap sesuatu subjek seperti matematik atau subjek-subjek lain. Seterusnya, bagi saya, ini merupakan kali pertama saya menjalankan tugasan untuk menghasilkan satu modul pembelajaran yang boleh digunakan oleh semua orang yang ingin belajar mengenai subjek Budaya dan Pembelajaran. Disini, saya dapat melihat proses yang diperlukan untuk menghasilkan satu set modul yang berkualiti dan diiktiraf penggunaannya. Bagi saya, semua proses yang dilakukan bukanlah mudah sekiranya tugasan dibuat secara ala kadar, tetapi memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bersepadau dari diri kita sendiri. Kemahiran yang diperolehi sepanjang menghasilkan model EDU 3106 ini pastinya sangat berguna untuk menghasilkan set modul yang lain pada masa akan datang kerana bukan mudah untuk memperolehi pengalaman dan kemahiran ini. Dengan ini, kita boleh menghasilkan set modul yang tersendiri yang boleh digunakan untuk mengajar berdasarkan kretiviti dan gaya pemikiran kita yang tersendiri. Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Banyak pekara yang telah saya pelajari sepanjang menjalankan tugasan ini. saya percaya, melalui masalah yang dihadapai serta ilmu dan kemahiran yang diperolehi, saya telah belajar banyak pekara yang sangat berguna untuk diaplikasikan apabila saya menjadi guru kelak. Ini pastinya dapat meningkatkan kualiti diri saya dalam menimba lebih banyak ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang di institut ini. Saya berharap tugasan yang telah disiapkan ini dapat memenuhi piawai dan standard yang diperlukan oleh para pensyarah. Akhir sekali, saya percaya tugasan ini tidak akan menjadi satu perkara yang sia-sia tetapi pengalaman yang sangat berguna kepada diri saya sebagai guru kelak. Sekian,

222

MAS AFIEZUL ZARIEN BIN MASNON Kami Telah menerima tugasan EDU 3106 , Budaya dan Pembelajaran daripada pensyarah dan telah menerima sedikit penerangan berkaitan keperluan tugasan. Untuk tugasan kali ini, pada pendapat saya ianya merupakan sesuatu yang sangat mencabar di mana kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk menyediakan satu modul untuk subjek ini. Saya telah dibahagikan kepada kumpulan bersama-sama 2 rakan yang lain iaitu Mohd Kamalul Arifin dan Nur Azimah. Sebelum memulakan tugasan kami telah melakukan sekurang-kurangnya 3 kali perjumpaan bagi membincangkan keperluan tugasan dan pelaksanaan yang akan kami lakukan. Kami telah membuat tugasan untuk topic 3 iaitu Implikasi kepelbagaian Sosiobudaya. Terdapat 3 implikasi yag diberi penekanan iaitu implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid, guru dan sekolah. Kami telah membahagikan kepada beberapa tempoh tertentu untuk enyiapkan bahagian yang dikehendaki. Sewaktu perjumpaan , kami juga membincangkan berkenaan sumber maklumat dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk memastikan kami mendapat maklumat yang sahih, tepat dan benar serta menjaga kualiti maklumat itu sendiri Di samping itu, sewaktu melakukan penulisan, kami kerap berbincang samaada penulisan tersebut adalah dalam bentuk ilmiah ataupaun tidak. Sepanjang tempoh 2 minggu pelaksanaan ada beberapa kekuatan, kekurangan serta penambahbaikan yang saya rasakan perlu agar pelaksaan untuk tempoh akan daang menjadi lebih baik. Antara kekuatan yang jelas saya dapat lihat di sini ialah pengurusan masa yang baik antara kami. Kami telah mencari maklumat dengan seberapa segera dan kemudiannya bersama membincangkan maklumat yang diperolehi. Pengurusan masa yang baik adalah amat penting memandangkan tugasan perlu disempurnakan dalam tempoh yang sangat singkat. Selain itu, tugasan yang diberi juga adalah dilakukan sewaktu kami menjalani latihan prektikal di sekolah masing-masing. Peluang ini tidak dilepaskan dengan begitu sahaja memandangkan kami dapat melihat sendiri scenario yang mungkin berlaku di sekolah masing-masing. Pengalaman melihat sendiri kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di sesebuah sekolah adalah sangat menarik untuk dikaji impaknya dan seterusnya kesan kepada murid dan juga guru. Kami juga telah banyak melakukan interaksi dan hubungan erat bersama guru dan murid. Hasil daripada komunikasi tersebut dan juga perwatakan yang warga sekolah tunjukkan, jelas kami dapat melihat serta menilai bahawa maklumat yang diperolehi dari sumber ilmiah adakalanya memang benar dan sememangnya berlaku dalam kalangan warga sekolah. Perkara ini secara tidak langsung dapat meberi rumusan bahawa pengalaman sebenar adalah ilmu yang sangat penting. Namun demikian terdapat beberapa kelemahan yang saya dapat lihat daripada tugasan yang disempurnakan. Pada pendapat saya, walaupun pengalaman sebenar berlaku di sekolah, namun kami tidak dapat melihat dalam keadaan yang pelbagai. Contohnya, kesemua 3 orang daripada kami ditempatkan dalam sekolah kebangsaan . hal ini bermakna kami masih tidak dapat melihat keadaan sebenar apa yang berlaku di sekolah jenis kebangsaan tamil dan sekolah jenis kebangsaan cina. Hal ini membantutkan kami dalam mencari maklumat. Di samping itu, kekurangan sumber aklumat masih agak dirasakan. Walaupun terdapat banyak sumber di internet, tetapi untuk mencari maklumat yang benarbenar sahih dan berkualiti dari sudut ilmiah masih jelas agak kurang. Selain itu, buku rujukan juga tidak banyak dan kmi lebih tertumpu kepada 2 atau 3 buku.

223

Selain daripada itu, kekurangan yang saya jelas dapat lihat juga ialah peruntukan masa adalah sangat kurang, maka saya tidak dapat memaksimumkan kaedah kepelbagaian mencari maklumat. Hal ini kerana , tugasan kali ini adalah bertembung dengan latihan praktikal. Kekangan masa yang bercanggah dengan aktiviti sekolah dan juga jadual kelas ganti dan kelas mengajar juga menyebabkan saya hanya berkesempatan membuat kaedah peerhatian di sekolah sahaja. Saya tidak sempat untuk memvariasikan kaedah seperti soal jawab, dan juga temuduga. Hal ini menyebabkan maklumat tidak diperolehi dengan cara yang paling maksimum. Maka, saya lebih menumpukan kepada usaha mencari maklumat di intenet, buku rujukan, dan juga pemerhatian di sekolah. Oleh hal yang demikian , terdapa beberapa langkah penambahbaikan yang saya rasa perlu dibuat agar saya dapat memperbaiki hasil pada masa akan datang. Antara langkah terawal mungkin ialah menyediakan persiapan diri dengan sebaik mungkin. Persiapan mungkin dari segi penyediaan jadual, agihan tugasan, da juga proses pencarian maklumat. Saya juga harus menggiatkan diri dengan rakan-rakan daripada pelbagai etnik dan rumpun agar saya dapat membiasakan diri dalam konteks social dan hubungan serta implikasi dalam sesebuah komuniti. Contohnya sosialisi dalam kalangan pelajar dan guru yang kia dapat lihat di institute contohnya sudah semestinya turut mempunyai implikasi samaada yang baik ataupun buruk. Oleh itu, berdasarkan kepada ciri-ciri tersebut, mungkin saya boleh membuat penafsiran awal berkenaan situasi sebenar yang berlaku di sekolah. Selain itu, pada pendapat saya, saya perlu memperbanyakkan perbincangan bersama warga sekolah khususnya golongan atasan seperti Penolong kanan dan Guru Besar, guru serta murid-mmurid. Tujuannya dapat menggalakkan lagi serta memperbanyakkan maklumat agar ianya tidak tertutup tetapi berkembang dengan lebih luas. Selin itu, sebagai langkah penambahbaikan juga, penyediaan modul seperti dalam tugasan ini perlulah ditulis dalam bentuk penulisan yang ilmiah dan lebih berkualiti. Kualiti yang perlu diambil perhatian di sini ialah dalam konteks ayat ilmiah yang bukan sahaja perlu mudah dan ringkas , tetapi menjanjikan kualiti. Saya akui penulisan yang dibuat oleh kami adalah masih kurang tetapi ianya merupakan proses pembelajaran dan saya berharap ianya akan menjadi pelajaran untuk kami meningkatkan lagi kemahiran tersebut di masa akan datang. Secara kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa, tugasan ini sangat memberi kebaikan kepada diri saya bukan sahaja impak kepada penguasaan ilmu itu sendiri, tetapi juga peningkatan dala segi pemahaman sosiobudaya dalam kalangan sekolah, guru, dan murid. Melalui penguasaan ilmu tersebut, adalah harapan saya di masa akan datang, ianya akan memudahkan saya untuk melihat kesan tersebut untuk mana-mana sekolah yang saya akan ditempatkan dan seterusnya memudahkan saya untuk membiaskaan diri di tempat tersebut kelak..

224

MASNURUL FAEZAH BINTI MASNAN Pada semester ini, saya dan rakan sekelas yang lain mempelajari subjek Budaya dan Pembelajaran, yang merupakan satu lagi cabang ilmu dalam dunia pendidikan. Sebagai bakal guru, kita perlu tahu budaya di dalam kelas kita sama ada ianya merupakan budaya yang positif atau negatif. Kita sebagai seorang guru, perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif agar dapat melahirkan persekitaran bilik darjah yang berbudaya positif. Budaya merupakan elemen yang sangat penting kerana budayalah yang membentuk sesebuah masyarakat yang ada sekarang ini. Dalam tugasan kali ini, saya dan rakan-rakan telah diarahkan untuk membuat modul berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diagihkan. Menurut pendapat saya, kerja kursus yang meminta kami membuat sebuah modul ini amat berguna untuk kami menambah sedikit ilmu pengetahuan tentang cara mencipta modul. Pada masa akan datang, kita sebagai seorang guru perlu adanya modul sendiri sebagai salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran kita kelak. Dengan adanya modul sendiri, kita boleh tahu apa yang perlu kita ajar dan ianya memudahkan tugasan kita. Hal ini kerana, modul yang kita hasilkan boleh dijadikan sebagai panduan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang ingin kita jalankan. Banyak kekangan yang saya terima ketika melaksanakan tugasan ini. Antaranya ialah tugasan diberikan semasa saya menjalani latihan mengajar iaitu praktikum. Selain itu, masa yang diberikan juga suntuk iaitu selama dua minggu sahaja. Ini juga merupakan kali pertama saya untuk menyediakan sebahagian daripada modul yang selama ini saya tidak pernah hasilkan. Sewaktu praktikum ini, saya dan ahli kumpulan yang lain agak susah untuk bertemu bagi membincangkan soalan tugasan ini. Hal ini kerana, ada ahli kumpulan yang lain menjalani praktikum di sekolah yang berlainan. Dengan tugasan sekolah yang banyak, tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan modul ini adalah begitu suntuk. Ditambah dengan keadaan diri yang tidak pernah menghasilkan modul. Namun demikian, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Dunia semakin maju, oleh itu penggunaan internet mampu merapatkan jurang antara ahli kumpulan saya. Kami berbincang hanya melalui laman web social secara online. Dengan ini, dapatlah kami berbincang antara satu sama lain secara serentak bagi menyelesaikan tugasan ini. Oleh itu, minggu praktikum bukanlah satu masalah buat kami. Dengan tempoh masa yang singkat, saya dan rakan-rakan membuat keputusan untuk membahagi-bahagikan tugasan agar tugasan ini dapat kami selesaikan dalam jangka waktu yang telah diberikan. Untuk menghasilkan sesebuah modul, saya dan rakan-rakan telah mendapat satu salinan contoh penghasilan modul agar dapat dijadikan sebagai panduan bagi menyempurnakan tugasan kami ini. Sesungguhnya, tugasan kali ini banyak manfaatnya. Saya kini sudah tahu bagaimana cara untuk menghasilkan sesebuah modul ilmiah. Saya juga dapat memahami subjek saya dengan lebih jelas lagi setelah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Semoga rakan saya yang lain mendapat manfaat yang sama. Kemahiran menghasilkan modul ini boleh diaplikasikan pada masa hadapan dengan meminta murid kita menyediakan sebuah modul ringkas tentang apa yang mereka telah pelajar. Hal ini kerana, modul boleh dijadikan sebagai bahan rujukan pembelajaran. Sekian, terima kasih.

225

MOHD. KAMALUL ARIFFIN B. MD. ALIAS Sekolah Kebangsaan Bahang, Penampang memiliki taburan murid yang majoritinya adalah berketurunan Kadazandusun. Ini merupakan kali pertama praktikum dan saya begitu gementar untuk berhadapan dengan murid dan bergaul dengan guru-guru. Saya sentiasa berharap agar segala perkara yang saya lakukan dan tugas-tugas dapat diselesaikan dengan lancar dan sempurna. Kali pertama saya masuk ke kelas 4Dinamik, saya telah menetapkan peraturan yang mesti diikut oleh murid-murid. Peraturan pertama adalah murid tidak dibenarkan bising semasa guru mengajar. Peraturan kedua, murid hendaklah memberi tumpuan terhadap pelajaran dan peraturan ketiga adalah murid tidak dibenarkan bermain di dalam kelas. Walaubagaimanapun, saya tidak menetapkan sebarang denda secara autokratik sebaliknya semua jenis dendaan yang bakal saya kenakan kepada mereka adalah daripada persetujuan mereka sendiri. Kelas 4 Dinamik adalah kelas sederhana dan saya pada awalnya agak senang hati ketika diberi peluang untuk mengajar kelas ini. Sebelum saya memulakan pengajaran Matematik pada murid-murid, saya telah mengadakan satu ujian berupa diagnostik kepada mereka untuk menguji tahap pengetahuan mereka terhadap matapelajaran ini. Hasil yang saya dapati daripada ujian berkenaan begitu berbeza dengan tanggapan saya sebelum ini. Kebanyakan mereka masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran operasi asas dengan baik. Oleh itu, saya berpendapat bahawa saya perlu untuk mengajar matapelajaran ini secara teratur supaya murid yang mempu untuk menguasai kemahiran dengan cepat tidak akan bosan dengan pengajaran di samping murid yang agak lambat menguasai kemahiran juga dapat menjana kemahiran mereka supaya tidak ada murid yang ketinggalan.Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya dapati ada beberapa pelajar seperti Akmal, Helda dan Kenny sangat suka melibatkan diri. Mereka sering mengangkat tangan ketika soalan diajukan dan setiap kali soalan terbuka yang sya berikan, mereka akan cuba menjawab dengan yakin walaupun jawapan yang mereka berikan itu kurang tepat. Dalam pada masa yang sama, terdapat juga beberapa murid yang tidak menumpukan perhatian dan kelihatan bosan dan tidak tertarik dengan pengajaran yang saya berikan. Darren begitu asyik bermain dengan perkara-perkara lain dan tidak gemar memandang ke hadapan. Hizikia pula sentiasa duduk dalam keadaan malas dan seolaholah begitu bosan dengan apa yang saya ajarkan. Rachel dan Jessenta sering berbual berdua. Manakala Jessy dan Augusta pula kelihatan tidak faham sepatah apa yang saya katakan. Pada peringkat awal, saya hanya membiarkan murid-murid ini dengan dunia mereka masing-masing. Saya berpuas hati dengan kelompok murid yang sentiasa memberi respon yang baik pada apa yang saya ajarkan. Selepas sesi penilaian terhadap pengajaran, saya dapati ramai murid yang tidak dapat mencapai objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran tidak dapat dikuasai oleh mereka. Apa yang boleh saya katakan, kebanyakan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar adalah murid yang tidak memberikan tumpuan semasa di dalam bilik darjah, dan juga murid yang tidak diberikan perhatian. Saya agak kecewa dengan hasil yang saya peroleh daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Selepas berbincang dengan beberapa orang rakan dan atas nasihat daripada guru pembimbing, saya cuba memperbaiki kelemahan diri saya sendiri. Saya juga cuba untuk melaksanakan sesi pengajaran yang lebih baik berbanding sebelum ini.

226

Sebagai seorang guru, saya sedar bahawa saya perlu bersikap adil dan saksama terhadap semua murid. Saya perlu berusaha untuk memberikan peluang yang sama kepada mereka untuk menguasai kemahiran yang diajar dan tidak bersikap bia atau prejudis. Kini, saya faham kenapa objektif pembelajaran yang telah saya tetapkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum ini tidak tercapai malah ramai murid yang tidak dapat menguasai hasil pembelajaran yang sepatutnya. Pada sesi berikutnya, saya telah merancang untuk mengadakan aktiviti kumpulan berupa pertandingan. Aktiviti ini saya jalankan supaya saya dapat melibatkan minat murid lain untuk berinteraksi sesama mereka, memberikan tumpuan terhadap pengajaran yang saya berikan dan juga agar mereka melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi pengajaran dilaksanakan. Selain itu, saya juga cuba untuk mengenalpasti minat murid dan strategi pengajaran yang sesuai buat mereka. Bagi aktiviti tersebut, saya menyediakan hadiah sebagai motivasi ekstrinsik kepada murid-murid. Apa yang saya dapat lihat semasa pelaksanaan aktiviti tersebut di dalam kelas terbabit, murid-murid saling bekerjasama bersama ahli kumpulan mereka untuk memenangi pertandingan yang telah saya jalankan. Ini menujukkan pembelajaran kolaboratif telah berlangsung dan berjaya menggalakkan murid-murid untuk berkomunikasi sesama mereka. Saya juga sempat memerhatikan beberapa orang murid yang pada awalnya kurang penglibatan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran kini sudah semakin seronok untuk mengambil bahagian. Pada hari berikutnya, saya sekali lagi mengadakan aktiviti kumpulan. Perbezaan aktiviti kali ini dengan aktiviti sebelumnya adalah saya tidak menyediakan sebarang ganjaran. Aktiviti ini juga bukan berbentuk pertandingan. Walaubagaimanapun, apa yang saya dapat lihat adalah murid-murid sangat seronok dan memberikan kerjasama yang tinggi terhadap ahli kumpulan masing-masing. Murid yang lemah dibantu oleh murid yang lebih baik prestasinya. Saya juga cuba untuk melibatkan semua murid dalam pengajaran saya. Saya menawarkan murid untuk membantu saya semasa melekatkan kad bergambar atau menjawab beberapa soalan mudah di papan putih. Darren yang pada awalnya kurang berminat terhadap pengajaran saya juga cuba untuk melibatkan diri setelah melihat ramai murid lain yang berebut-rebut untuk meminta giliran mereka menjawab soalan. Hizikia juga tidak ketinggalan untuk melibatkan diri. Murid yang lemah seperti Rachel dan Jessenta juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan walaupun kadangkala respon yang diberikan tidak menepati apa yang saya kehendaki. Saya yakin dan percaya, semua murid dapat menerima pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diajar sekiranya mereka diberikan peluang yang sama sebagaimana murid lain. Guru sendiri perlu adil dalam penyampaian pengajaran dan perlu tahu strategi yang sesuai mengikut keperluan murid-murid mereka. Murid yang lemah mungkin lambat untuk menerima ilmu yang disampaikan, namun guru perlu bersabar dan ikhlas dalam memberikan ilmu dengan adil dan saksama. Dengan pelaksanaan aktiviti yang menarik dan melibatkan semua murid serta strategi pembelajaran kolaboratif dan koperatif mampu untuk menarik minat murid dan menyedari bahawa diri mereka bukanlah sesuatu yang tidak bermakna di dalam bilik darjah. Sebaliknya, mereka akan lebih menghargai peluang yang ada untuk belajar dan menerima ilmu yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Murid seperti Darren, Hizikia, Jessenta dan Rachel umpamanya juga berpotensi untuk berjaya andai keperluan mereka dipenuhi tanpa menjejaskan murid lain dan tidak melanggar peraturan dan undang-undang sekolah. Apa yang saya harapkan, dengan ilmu pendidikan yang telah saya pelajari ini, saya dapat mejadi seorang guru yang mampu untuk menghadapi sebarang masalah dengan tenang, disayangi serta dihormati oleh murid-murid saya. Saya juga percaya bahawa segala ilmu yang dimiliki dan yang telah dipelajari perlu dihuraikan satu per satu dan diamalkan agar ia tidak sia-sia dan sentiasa berguna kepada sesiapa sahaja.

227

MOHD. NORHAFFIZIE BIN DURAHIM Kerja kursus EDU 3106 ini telah diberikan oleh pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu Puan Siti Khadadiah binti Mohammed Bajuri selaku wakil kepada pensyarah pembimbing bagi kelas PISMP Matematik iaitu Tuan Haji Othman Leon @ Lion pada 19 Mac 2012. Berdasarkan kehendak soalan, kami dikehendaki untuk menyediakan satu modul pembelajaran bagi subjek ini iaitu Budaya dalam Pembelajaran. Antara tugasan-tugasan yang kami perlu lakukan adalah menhubungkaitkan pelbagai unsur atau tranformasi berkaitan tajuk-tajuk dalam sukatan mata pelajaran yang telah dijadualkan dan melaksanakan perbincangan secara ilmiah dengan mengambilkira pendapat para pembimbing dan rakan kelas berlainan opsyen semasa sesi kolaborasi. Pelajar juga dikehendaki untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran dengan mendokumentasikan maklumat dalam satu set Modul EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran berdasarkan tajuk-tajuk yang diberikan yang mengandungi elemen-elemen seperti pendahuluan, isi kandungan, penutup dan menghasilkan satu set Modul EDU 3106 Budaya dan pembelajaran dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu MSWORDS keseluruhan ahli kelas dalam bentuk bercetak dan satu salinan digital. Selain itu, pentaksiran kendiri melalui Refleksi Kritikal secara individu berkenaan isu atau tajuk berkaitan sama ada tajuk yang dijadualkan dengan berpandukan unsur-unsur seperti 3R (Retell/Review, Relate, Result) atau pengalaman terpilih atau fokus yang menceritakan semula, tinjauan kritis, pembelajaran dan peningkatan kualiti diri. Berdasarkan proses-proses awal saya untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah melakukan bacaan daripada sumber-sumber yang berkaitan dengan tajuk yang harus dilaksanakan oleh kumpulan saya iaitu Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya. Ahli-ahli kumpulan saya terdiri daripada Muhammad Khairul Haziq, Muhammad Zulfadli, Rabiatuladawiyah, Md Haidin bin Rubin, Masnurul Faezah dan Chong Siew Ha. Perkara pertama yang kami lakukan adalah membahagikan subtopik-subtopik kecil dalam tajuk ini. Saya telah memperoleh bahagian subtopik Kelas Bercantum yang perlu saya laksanakan dalam menyediakan modul pembelajaran ini melalui penghasilan suatu bahan pengajaran yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Proses pembelajaran di dalam kuliah sememangnya belum mencukupi untuk saya mengatakan bahawa saya telah mengetahui kesemua fakta-fakta dan maklumat mengenai topik ini iaitu Budaya dan Pembelajaran. Tetapi bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Othman Leon @ Lion telah banyak memudahkan proses saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Selain itu, kerjasama antara ahli kumpulan saya telah melalui proses perbincangan dan percambahan idea telah membantu kami dalam memastikan kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Istilah Kelas Bercantum sebenarnya merupakan satu perkataan baru bagi saya dan saya hanya saya mengetahuinya pada subjek ini ketika meneliti buku Siri Pendidikan Guru Budaya dalam Pembelajaran pada semester ini. Namun begitu, saya masih lagi belum membaca nota-nota yang berkenaan dengan tajuk ini sehinggalah pembahagian tajuk oleh kumpulan saya. Sebaik sahaja mendapat tajuk ini, saya melakukan sedikit bacaan awal di buku Modul dan buku Siri Pendidikan Guru Pembelajran dan Budaya sebagai pengetahuan awal saya mengenai tajuk yang harus saya lakukan. Pada peringkat awal, saya membuat banyak bacaan berdasarkan tajuk yang saya lakukan iaitu melalui bacaan buku, internet dan akhbar talian. Selain itu, buku Modul Pengajian Profesional EDU 3106 Budaya dalam Pembelajaran menjadi sumber rujukan yang saya gunakan sebagai panduan penulisan modul yang sebenar. Ini adalah disebabkan kekurangan pengalaman dan pengetahuan saya dalam proses menyediakan satu modul pembelajaran. Maklumat-maklumat dan pengalaman guru-guru yang menghadapi situasi 228

pengajaran kelas bercantum atau berpengalaman dalam bidang ini di dalam blog-blog mereka saya jadikan sebagai pencetus idea untuk menambah pengetahuan dan kefahaman saya terhadap tajuk ini. Selain itu, pengalaman yang mereka catatkan melalui penulisan blog ini sememangnya satu info berguna kepada saya walaupun coretan mereka ini tidak boleh saya gunakan sebagai rujukan ilmiah. Proses seterusnya yang saya lakukan adalah untuk mendapatkan bahan-bahan sumber rujukan lain daripada sumber ilmiah seperti jurnal dan akhbar talian terus. Walaupun perkara ini baru bagi saya, tetapi sebenarnya program kelas bercantum telah lama bertapak di negara kita sejak zaman penjajahan British lagi yang ketika itu dikenali sebagai Multiple Teaching Class. Malahan UNECSO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organizations) telah menerbitkan satu jurnal pada tahun 1988 yang bertajuk Multiple Class Teaching in Primary School: A Methodological Guide yang membicarakan mengenai aspek multiple class teaching atau lebih dikenali sebagai kelas bercantum dalam dunia pendidikan Malaysia. Melalui pembacaan saya diakhbar-akhbar talian terus melalui arkib carian, saya mendapati kelas bercantum sememangnya dikaitkan dengan factor topografi, kerana hampir kesemua kes ini berlaku di kawasan pendalaman. Ini disebabkan beberapa masalah iaitu kekurangan murid, kekurangan guru dan kekurangan infrastruktur. Faktor kekurangan murid ini juga berkait rapat dengan masalah Sekolah Kurang Murid (SKM) yang sememangnya sering berlaku kepada sekolah-sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman. Sememangnya, saya tidak memiliki pengalaman untuk mengalami sendiri proses pelaksanaan kelas bercantum ini kerana saya adalah murid-murid yang bertuah kerana dapat menikmati alam persekolahan yang baik dan teratur. Namun begitu, masalah ini pastinya akan menjadi salah satu masalah yang perlu saya hadapi apabila menjadi seorang guru kelak. Jesteru itu, pendedahan awal secara teori sememangnya sangat diperlukan dalam memastikan semua murid-murid mendapat pendidikan yang sempurna, sesuai dengan istilah pendekmorasian pendidikan iaitu semua murid berpeluang untuk mendapat pendidikan tidak kira tempat, bangsa atau agama. Selain melakukan tugasan bagi sub-tajuk ini, saya juga memastikan diri saya sentiasa berbincang dengan ahli-ahli kumpulan saya mengenai proses pelaksanaan kerja kami selain memastikan saya memahami setiap butiran mengenai tajuk-tajuk yang diberikan kepada kumpulan 5. Ini adalah disebabkan oleh kepentingan saya untuk memastikan perkara-perkara asas untuk bergelar sebagai pendidik untuk mengenali lebih dekat murid dan aspek kawalan kelas dapat saya kenalpasti dan pelajari. Tajuk-tajuk yang diberikan kepada kumpulan kami sememangnya lebih dekat dengan aspek pengurusan bilik darjah yang penting untuk melahirkan suasana yang kondusif dan mesra budaya. Sebagai seorang guru, saya sememangnya perlu memaparkan sifat terbuka, menerima perbezaan murid sebagai sesuatu yang istimewa, memaparkan penghargaan keatas kerja murid yang bersungguh-sungguh, mengajak murid meningkatkan kualiti tugasan murid dan member rangsangan yang tidak hanya terhad kepada hadiah sematamata tetapi juga dari segi kasih sayang, sifat bertanggungjawab serta prihatin terhadap sebarang kerja murid. Perkara ini sememangnya telah saya pelajari sewaktu Fasa 1 Praktikum yang saya jalani di SK. St. Paul, Kolopis, Penampang. Apa yang saya pelajari di sini adalah perbezaan budaya masyarakat terutamanya murid-murid di sini yang berbeza budaya dan agama dengan saya. Majoriti murid-murid di sini adalah beragama kristian dan dari suku kaum kadazandusun. Ini berbeza dengan saya yang berbeza dengan saya yang beragama islam dan dari suku kaum Brunei/ Suluk. Namun begitu, perbezaan ini bukanlah penghalang untuk saya menjadi guru kepada mereka dan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid. Ini adalah disebabkan dasar pendekmorasian pendidikan yang telah diamalkan iaitu setiap murid berhak mendapat pendidikan yang sempurna. Berpegang kepada prinsip ini, menjadikan saya seorang guru yang tidak membezakan budaya dan 229

pembelajaran, kerana perkara yang paling penting adalah setiap murid mendapat manfaat daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan. Kerja kursus ini juga membantu saya untuk membentuk sahsiah saya iaitu rasa tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Sekiranya saya gagal menyiapkan tugasan ini, tentulah seluruh ahli kumpulan saya serta kelas saya akan terjejas. Selain itu, saya juga melatih sifat sabar dalam diri saya, kerana sememangnya tugasan ini sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi sama ada dari segi mental dan emosi untuk memastikan tugasan ini dapat disiapkan. Kerjasama yang ditunjukkan antara semua rakan-rakan sekelas saya juga membantu kami untuk menjadi lebih rapat dan bersatu padu. Akhir sekali saya berharap agar tugasan ini dapat memberika satu nilai tambah dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang lebih matang dalam membezakan perbezaan budaya dengan keperluan pendidikan murid. Saya juga berharap agar mendapat keputusan yang baik hasil daripada kerja kursus ini dan mendapatkan markah yang cemerlang bagi subjek ini.

230

MOHD. HANAFIE BIN USIMIN Subjek Budaya dan Pembelajaran EDU 3166 merupakan salah satu kursus major yang perlu diikuti oleh PISMP Matematik semester lima di bawah kendalian oleh Tuan Hj. Othman Leon, di Institut Pendidikan Guru sebagai satu matapelajaran elektif yang banyak memberi pendedahan kepada guru pelatih khususnya dalam budaya dan pembelajaran di Malaysia ini seterusnya sebagai persediaan untuk menghadapi dunia pendidikan di sekolah kelak, Sehubungan itu, PISMP semester lima yang meliputi PISMP Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Pengajian Cina dan Matematik telah dikehendaki untuk membuat satu modul bagi mata pelajaran ini. Taklimat penuh dan penyerahan soalan tugasan EDU 3106 telah diberi oleh pensyarah dan penyelaras mata pelajaran EDU 3106 iaitu Puan Siti Khadadiah binti Mohamaed Bajuri pada 19 Mac 2012 yang bertempat di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Melalui pejumpaan bersama sama dengan opsyen lain, kami berkesempatan untuk berbincang antara ahli kumpulan dan juga dengan ahli kumpulan opsyen yang lain. Secara amnya, satu pertemuan budaya telah berlaku secara tidak langsung ketika sesi perbincangan ini kerana hampir semua ahli yang berbincang mempunyai latar belakang bangsa yang berbeza. Hal ini amatlah baik dan sesuai dengan objektif utama pembelajaran subjek ini iaitu budaya dan pembelajaran. Selepas sahaja selesai penyerahan tugasan dan perbincangan bersama dengan ahli kumpulan dari opsyen yang lain, kumpulan saya iaitu yang terdiri daripada Mohd Hanafie, Jonathan, Munirah dan Lim Ai Teng telah membahagikan tugasan agar dapat melaksanakan tugasan ini secara teliti dan dapat menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberikan. Hasilnya, saya dikehendaki untuk menyiapkan tugasan dari segi synopsis dan hasil pembelajaran ketaksamaan dalam pendidikan dan juga aspek pewujudan ketaksamaan peluang pendidikan Kelas Sosial. Walaupun kami membahagikan tugasan, ini tidak bermakna kami menyiapkannya secara individu kerana kami seringkali mengadakan perbincangan samaada secara percakapan ataupun melalui media elektronik. Pada awalnya, saya mempunyai sedikit masalah ketita dalam proses membuat modul ini kerana merupakan kali pertama. Antara masalahnya ialah bagaimanakah susunan atur untuk membuat modul. Hal ini demikian kerana, penulisan untuk Modul berbeza dengan tugasan tugasan yang diberikan sebelum ini. Namun demikian, ini bukanlah satu masalah yang besar kerana terdapat banyak maklumat yang diperoleh bagi penulisan modul. Tambahan pula, setelah diberi modul contoh EDU 3106, saya mula memahami tentang cara penulisan ilmiahnya dengan sepenuhnya. Sepanjang proses menyiapkan tugasan modul ini, banyak maklumat dan pendedahan baru yang saya perolehi. Walaupun sub sub topik ini telah dipelajari semasa sesi kuliah, masih banyak ilmu baru yang saya perolehi hasil daripada pembacaan maklumat daripada pelbagai sumber khususnya dari segi kelas sosial di Malaysia. Dari segi individu, sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya menyedari bahawa pengetahuan tentang etnik dan budaya ini adalah sangat penting. Hal ini kerana, melalui tugasan ini kami didedahkan dengan masalah-masalah hubungan etnik yang tercetus di sekitar kita biarpun secara sedar atau pun tidak. Selain itu, saya juga menyedari bahawa setiap apa yang berlaku disekeliling kita sedikit sebanyak akan memberi kesan positif atau sebaliknya terhadap keharmonian kaum di Malaysia.

Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini dapat dilihat pelbagai isu yang menyentuh isu isu perbezaan perkauman yang cuba dibangkitkan sehingga ianya boleh menggugat 231

perpaduan kaum di negara ini. Saya juga mulai sedar bahawa guru memainkan peranan yang cukup besar dalam membantu mengekalkan perpaduan yang kita kecapi ini. Secara tuntasya, tugasan ini telah berjaya menbantu kami untuk bersikap lebih matang terutamanya apabila bercakap tentang etnik dan budaya di Malaysia. Selain itu, tugasan ini telah berjaya memupuk pemikiran kritis kami berkaitan isu-isu pendidikan menyentuh tentang isu isu ketaksamaan peluang pendidikan. Sesungguhnya, hal ini sangat penting bagi kita kerana kesannya amatlah mendalam. Secara keseluruhannya, saya merasa senang bekerjasama dengan kumpulan ini. Hal ini demikian kerana kesemua ahli kumpulan sentiasa mempunyai idea diea yang bernas dan senang untuk menerima pandangan orang lain. Selain itu, semua ahli kumpulan juga sentiasa berusaha menyiapkan tugasannya mengikut perancangan bersama

Akhir sekali, walaupun pelbagai kesulitan dan halangan yang saya dan ahli kumpulan lain hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini namun hasilnya tidak sia-sia kerana semua pengetahuan yang diperoleh akan menjadi sebuah pedoman untuk mendewasakan saya dan rakan yang lain kelak. Kepada pensyarah pembimbing jutaan terima kasih kerana membimbing kami dari awal sesi pembelajaran sehinggalah siap tugasan ini. Kini saya tahu yang segala usaha saya curahkan untuk menyiapkan tugasan ini pasti akan membuahkan hasil kerana segala ilmu yang diperolehi melalui kerja kumpulan, perbincangan, dan pembacaan kami suatu hari nanti pasti akan berguna sekarang mahupun ketika bergelar guru di sekolah kelak. Sekian.

232

MUHAMAD KHAIRUL HAZIQ BIN ZA'BAR Saya menerima tugasan ini pada19 Mac 2012. Ia adalah berkenaan dengan subjek EDU 3106 Budaya Dalam Pembelajaran. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menghasilkan produk yang bukan berbentuk projek iaitu modul EDU 3108 Budaya & Pembelajaran. Saya berasa agak tertekan ketika menerima tugasan ini kerana kami semua sedang menjalani praktikum di sekolah pada waktu ini. Saya menjadi lebih tertekan apabila mengetahui masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan modul ini hanya dua minggu. Saya berasa sangat risau dengan masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya risau sekiranya saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini memandangkan banyak lagi tugas yang perlu saya siapkan. Setelah meneliti soalan tugasan, saya mendapati bahawa tugasan ini dilakukan dalam kumpulan. Syukur Alhamdulillah, saya merasakan bahawa beban mulanya menjadi lebih ringan kerana setiap ahli kumpulan akan membahagikan tugasan daripada topic yang diberikan. Dalam penerangan yang diberikan oleh Puan Siti Khadadiah, beliau menjelaskan dengan mendalam tentang cara-cara untuk menghasilkan modul ini. Dengan penerangan daripada beliau, saya dapat membayangkan perlaksanaan yang akan saya lakukan dalam penghasilan modul ini. Selesai penerangan daripada pensyarah, saya bersama-sama ahli kumpulan yang telah ditetapkan berbincang untuk menyelaraskan tugasan ini supaya setiap ahli lebih mudah untuk melaksanakan tugasan yang telah diberi. Kumpulan kami ditugaskan untuk melengkapkan subtajuk pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Dalam tajuk ini, terdapat beberapa subtajuk lagi dan kami telah membahagikannya antara ahli. Berdasarkan daripada undian, saya menerima tugas untuk menyiapkan subtopik pengurusan persekitaran sosioemosi. Tajuk yang diberikan ini tidak mudah untuk dihuraikan. Hal ini disebabkan oleh perasaan dan sifat dalaman yang perlu diolah secara terperinci. Saya khuatir jika saya tidak dapat menghuraikan topik ini dengan baik. Sebagai langkah awal, saya banyak mencari maklumat-maklumat yang berkaitan di dalam internet. Hal ini kerana kesempitan masa untuk ke perpustakaan memandangkan setiap hari kami ke sekolah menjalani praktikum. Dalam kelapangan masa yang ada, saya berusaha mencari maklumat tentang perkembangan sosioemosi. Setelah mengkaji serba sedikit tentang tajuk ini, saya dapat simpulkan sosioemosi ini berkaitan dengan perasaan dalam diri individu yang dapat ditunjukkan semasa dalam hubungan sosial dengan orang lain. Namun begitu, saya perlu mencari maklumat yang lebih lagi untuk menghuraikannya dalam situasi murid-murid di sekolah. Saya mula mencari rujukan dari rakan-rakan dari opsyen lain. Namun begitu, mereka juga kekurangan sumber maklumat. Demi menyiapkan tugasan ini dengan sempurna, saya tidak mudah putus asa. Saya bertanya pula kepada senior-senior tentang sumber yang boleh dirujuk berdasarkan tajuk sosioemosi. Mereka memberitahu bahawa tajuk ini sudah pun dipelajari di semester-semester yang lepas. Saya pula tidak teringat tentang perkara itu. Saya mencari semula buku-buku yang saya gunakan pada semester yang lepas. Alhamdulillah, berkat pertolongan Yang Maha Esa saya dapat buku yang dimaksudkan. Saya mencari maklumat daripada sumber yang saya dapat. Kemudian, saya mencatatnya dalam helaian yang lain supaya memudahkan kerja saya. Dalam minggu pertama ini, saya mengumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin agar dapat digunakan sebagai rujukan. Selain itu, saya juga mengakses laman sesawang, meneliti majalah dan juga buku-buku akademik pada waktu terluang. Sepanjang pencarian saya, saya dapati tajuk yang saya kaji ini berkait rapat dengan sesi pembelajaran muridmurid di sekolah. Murid-murid yang mempunyai kemahiran sosioemosi yang baik dapat bergaul rapat dengan semua orang namun bagi murid yang tidak berjaya menguasai kemahiran ini akan merasa kurang keyakinan dalam diri mereka. Saya dapat membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid-murid di sekolah. Sekarang barulah saya faham tujuan sebenar kerja kursus ini sengaja dilaksanakan ketika kami sedang menjalani praktikum di sekolah. Hal ini sebenarnya adalah untuk memudahkan kerja kami semua. 233

Sepanjang pemerhatian saya ketika masuk dalam kelas, murid yang mempunyai social yang baik sentiasa cergas dan ceria. Mereka sangat aktif dengan setiap akiviti yang sedang berjalan. Perlaksanaan aktiviti dalam kumpulan juga lebih teratur kerana mereka seakan-akan tahu apa yang perlu dilakukan. Suasana dalam kelas juga meriah dengan suara- suara mereka. Perkara sebaliknya berlaku kepada murid yang kurang bersosial. Mereka lebih suka mnyendiri daripada bergaul dengan orang lain. Jika ditanya sepatah, mereka akan jawab sepatah. Jika aktiviti pengajaran dalam kelas berlaku, saya dapati murid ini kurang memberi masalah. Namun, kita juga tidak pasti adakah mereka memahami isi pengajaran yang disampaikan. Murid ini kurang memberi respon terhadap sesuatu perkara. Dalam subtajuk tugas, terdapat input yang membincangkan perkara ini. Minat dalam diri murid ini perlu ditingkatkan agar objektif pembelajaran dalam disampaikan dengan lancar. Selain itu murid ini perlu diberi motivasi agar dapat memperbaiki kemahiran sosioemosi mereka. Tugasan ini berjalan dengan lebih lancar dengan pemerhatian yang saya lakukan ini. Teori-teori sosioemosi juga menunjukkan kesan dan impak daripada konflik yang berlaku. Saya memulakan membuat modul bagi tajuk yang ditugaskan. Saya merujuk buku teks budaya dan pembelajaran untuk mendapatkan skop yang diperlukan. Jadi sya dapat merancang isi-isi yang patut dan tidak patut dimasukkan dalam modul. Saya juga menggunakan contoh modul yang telah diberikan. Saya mendapati penulisan modul adalah seperti nota yang dipadatkan dan diringkaskan. Dalam kerja-kerja penghasilan modul, terdapat beberapa kesulitan yang saya hadapi. Antaranya ialah maklumat-maklumat yang mengelirukan. Daripada sumber yang saya dapat, saya dapati terdapat beberapa nota yang berlainan dengan nota yang lain. Sebagai langkah selamat, saya merujuk kepada buku teks untuk mengesahkannya. Jika terdapat perkaitan antara buku teks dan info lain yang saya dapat, barulah saya mengambilnya sebagai rujukan. Selain itu, saya juga mengambil maklumat yang yang disokong oleh sumber maklumat yang lain. Dengan itu saya dapat tahu bahawa terdapat beberapa info yang tidak boleh diguna pakai. Setelah lengkap nota modul ini, saya mengambi inisiatif untuk melihat semula apa yang telah dilaksanakan. Perkara ini dilakukan supaya apa yang saya lakukan mengikut kehendak soalan. Dari sini juga saya dapat menyemak pemikiran yang ada dala diri saya. Memandangkan saya seorang yang suka berterus terang, hasil penulisan saya juga seharusnya begitu. Daripada tugasa yang telah saya lakukan ini, saya dapat menimba pengalaman yang lebih dan lebih perihatin dalam membuat pemerhatian ke atas sesuatu perkara. Saya berharap agar modul yang saya hasilkan ini dapat memberi kebaikan kepada semua orang yang membacanya. Sekian, terima kasih.

234

MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZAINI Subjek ilmu pendidikan bagi semester ini menekankan aspek berkaitan dengan budaya dan pembelajaran. Berdasarkan kuliah yang telah saya hadiri yang dikendalikan oleh pensyarah pembimbing saya, Encik Othman Leon, kebanyakan perbincangan adalah mengenai adat dan budaya setiap masyarakat yang pebagai kaum di Malaysia. Beliau seringkali memberi peringatan kepada kami, bakal guru supaya meletakkan kepentingan untuk mengetahui adat resam setiap kaum di Malaysia bagi menghadapi keadaan bilik darjah di sekolah yang sememangnya mengadunkan murid yang pelbagai kaum. Tugasan yang diberikan pada setiap semester, iaitu kerja kursus berdasarkan institut pada kali ini mengkehendaki saya dan rakan-rakan untuk menghasilkan satu modul pengajian profesional berkaitan setiap tajuk yang dipelajari bagi subjek ilmu pendidikan semester ini. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang dalam setiap kumpulan. Saya telah diletakkan dalam kumpulan yang terdiri daripada Hafizah Fateen, Nur hafizah dan Nur Akmal untuk sama-sama berganding bahu menghasilkan sebahagian modul yang berkaitan tajuk ketujuh iaitu pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Setelah mengetahui bahawa semua ahli kumpulan saya terdiri daripada rakan-rakan yang berlainan jantina, saya berasa amat terkejut dan bimbang kerana pada masa ini kami sibuk dengan urusan praktikum dan kami berlainan jantina, pasti tinggal di kolej kediaman yang berbeza. Kalaulah rakan sekumpulan saya adalah lelaki, maka pasti mudah bagi saya untuk berjumpa mereka tidak kira masa kerana tinggal di kolej kediaman yang sama. Tambahan lagi, kami sering disibukkan dengan urusan merancang sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Secara jujurnya, saya memerlukan sekurang-kurangnya sejam setengah untuk membuat rancangan pengajaran harian. Hal ini belum ditambahkan dengan masa menyiapkan alat bantu mengajar. Semua perkara ini mendatangkan tekanan kepada saya. Namun begitu, saya dan rakan-rakan sekumpulan telah mengambil inisiatif untuk hanya menggunakan metod perhubungan melalui telefon bimbit serta rangkaian laman sosial Facebook untuk berbincang mengenai tugasan ini. Saya telah berbincang dengan salah seorang rakan kumpulan saya, Hafizah Fateen melalui telefon bimbit bagi pembahagian tugas untuk memudahkan perjalanan tugasan kami. Saya telah diberi tanggunggjawab untuk menyediakan pengenalan bagi tajuk pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Saya berasa lega kerana ahli kumpulan saya memberikan saya tajuk yang mudah. Hal ini kerana, saya perlu menyiapkan bahagian ini seorang diri berbanding mereka yang tinggal bersama-sama, dan mudah untuk berjumpa dan berbincang. Dalam proses permulaan tugasan, saya mengalami kekeliruan tentang apa yang ingin saya tulis di bahagian pengenalan tajuk ini. Kekeliruan yang saya alami menemui jalan penyelesaian setelah saya berjumpa dengan rakan kumpulan lain, iaitu Md. Haidin bin Rubin. Saya dimaklumkan olehnya bahawa saya perlu merujuk kepada buku Budaya dan Pembelajaran untuk mendapatkan gambaran penulisan bahagian pengenalan. Setelah menerima nasihat daripadanya, saya membuat terus merujuk kepada buku tersebut. Setelah membaca pengenalan bagi tajuk yang ingin saya buat daripada buku tersebut, saya mendapat idea untuk memulakan penulisan pengenalan. Saya merasa lega dan meneruskan tugasan tersebut. Semasa membina soalan objektif bagi bahagian pengenalan, saya tidak mendapat cetusan idea yang sesuai. Seperti biasa, buku rujukan Budaya dan Pembelajaran, Siri Pendidikan Guru karya yang ditulis oleh beberapa orang penulis iaitu, Noriati A, Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid menjadi kamus rujukan saya. Saya membaca soalan-soalan bagi topik 7 di buku ini yang melibatkan tajuk 235

yang sama yang saya tulis. Setelah membaca beberapa soalan, timbul idea untuk saya membina soalan. Walaupun soalan yang saya bina berbentuk objektif dan mempunyai aras yang rendah, namun saya berasa amat berpuas hati dan teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama saya membina soalan yang melibatkan ilmu pendidikan. Hal ini kerana sebelum ini, saya hanya mampu membina soalan yang melibatkan ilmu pengiraan matematik. Secara jujurnya, saya tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam menghasilkan modul pengajian profesional seperti ini. Namun begitu, pengalaman yang tidak seberapa yang telah saya timba selama hampir empat tahun lebih menjalani pengajian di institut pendidikan guru ini sedikit sebanyak membantu saya dalam memberikan sumbangan untuk menghasilkan modul ini. Walaupun telah diberikan satu modul yang dijadikan sebagai contoh bagi saya dan rakan-rakan untuk dijadikan rujukan, saya masih lagi tidak mendapat gambaran yang sebenar bagaimana cara-cara yang sepatutnya saya gunakan untuk menghasilkan modul yang dikehendaki oleh pensyarah. Masalah yang saya hadapi adalah berkaitan dengan ikon yang ingin digunakan bagi persoalan yang timbul dalam topik yang saya hasilkan. Namun begitu, atas perbincangan bersama rakan sekelas melalui laman sosial Facebook, kami telah memilih ikon-ikon yang selaras bagi setiap topik sebagai langkah memperkemaskan lagi modul yang akan kami hasilkan. Masalah lain yang dihadapi oleh saya ialah masa yang sememangnya sukar dibahagikan kerana sibuk menjalani urusan praktikum. Selain daripada kesibukan membuat portfolio, membuat rancangan pengajaran harian, membina alat bantu mengajar dan urusanurusan lain menyebabkan saya menghadapi sedikit tekanan dan keletihan. Namu begitu, kerjasama yang diberikan oleh rakan sekumpulan serta nasihat dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan memotivasikan lagi diri saya untuk bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan ini. Pembinaan modul ini juga sememangnya membantu saya untuk membina sahsiah sebagai seorang guru. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan pembinaan sikap kerjasama dalam kumpulan serta pertukaran pendapat antara ahli dalam kumpulan serta rakan-rakan kelas dan rakan sepelatih dari kelas yang lain. Saya juga memperoleh pengalaman menghasilkan modul dan secara langsung mendapat manfaat dan pengetahuan dalam topik yang saya hasilkan berkaitan pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Pengalaman yang saya peroleh sepanjang menyempurnakan tugasan ini amat membantu mendewasakan fikiran saya. Terbinanya sifat kegigihan dan kesungguhan serta kesabaran melaksanakan tanggungjawab walaupun menghadapi banyak halangan serta cabaran dalam menyelesaikan tanggunggjawab-tanggunggjawab yang lain dalam masa yang sama. Ujian menghadapai kesibukan menjalankan tanggungjawab ini merupakan titik permulaan bagi saya sebelum menjadi guru yang sebenar nanti. Atas perkara ini, saya perlu menyiapkan diri sebelum menjejakkan kaki ke sekolah dan menghadapi cabaran yang sebenar sebagai seorang pendidik. Semoga segala usaha yang saya lakukan selama beberapa tahun di institut ini akan membuahkan hasil dan dapat membentuk diri saya menjadi guru yang berkualiti di masa yang akan datang selaras dengan kehendak falsafah pendidikan guru. Akhir kata dari saya, usaha gigih pemangkin terbinanya kualiti kerja yang dihasilkan.

236

MUHAMMAD REDZUAN BIN SALLEH Retell Pada semester ini, kami telah mempelajari subjek edu 3106 iaitu Budaya Dan Pembelajaran. Dalam subjek ini kami diajar banyak ilmu tentang bidang pengurusan Pendidikan Jasmani. Antara yang diajar ialah tentang kepentingan memahami konsep budaya sebagai guru dan kepelbagaian kelompok di malaysia, kesedaran kepelbagaian sosiobudaya serta impikasi kepelbagaian sosio budaya, ketaksamaan peluang pendidikan, pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, kemahiran komunikasi guru dan pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Semasa saya menjalani praktikum siri 1 di Sk. Kg. Contoh, petagas, saya mula menyedari bahawa kemahiran komunikasi guru amat penting apabila bergelar pendidik. Oleh sebab itu, saya memfokuskan skop penulisan tugasan saya kepada tajuk kemahiran komunikasi guru. Relate Saya memulakan tugasan ini dengan membuat sedikit imbasan awal tentang tajuk yang saya perolehi. Tanggapan saya yang pertama sebaik sahaja menerima tugasan ini ialah ia mudah dan boleh disipakan dalam masa yang singkat. Malangnya, tanggapan saya meleset sama sekali.tugasan ini memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap tajuk kemahiran komunikasi guru dalam pendidikan. Langkah pertama yang saya ambil ialah mengumpulkan bahan-bahan bacaan dan maklumat yang berkaitan. Setelah berusaha saya berjaya mengumpulkan maklumat dari beberapa buah buku, akhbar, laman web dan kamus. Pada peringkat ini, hati saya terdetik seketika kerana risau tentang jumlah masa yang diperuntukkan serta pertembungan dengan sesi praktikum. Kerisauan yang saya alami kian berkurangan apabila teringat kembali pesan pensyarah pembimbing agar membuat jadual kerja yang sistematik agar pengurusan masa saya menjadi lebih efektif serta berkesan untuk tugasan ini. Setelah proses perancangan selesai, saya mulamengolah maklumat dan bahan yang saya perolehi. kesemua maklumat itu saya susun mengikut keperluan tugasan. segala maklumat yang tidak berkaitan dan huraian yang panjang lebar telah saya padam dan diringkaskan agar penulisan saya lebih mudah difahami serta padat. saya juga sentiasa berhubung dengan pensyarah serta kumpulan lain yang mendapat tajuk yang sama seperti saya untuk membuat semakan serta bertukar maklumat baru agar penulisan saya segar dan tidak terpesong. Result Akhir sekali, setelah berhempas pulas dan bekerjasama dengan rakan saya, segala tugasan yang diberi oleh pensyarah kami dapat dilaksanakan dengan jayanya. selain itu, sokonngan daripada pensyarah kami yang tidak putus-putus memberi bimbingan juga amat dihargai. Dengan hal yang demikian, ia sedikit-sebanyak telah menaikkan moral kami untuk berusaha dengan lebih gigih lagi di masa akan datang. Saya juga berharap agar segala ilmu dan pengalaman yang saya timba semasa menjalani tugasan ini akan dapat saya gunakan semasa di sekolah kelak Banyak perkara yang saya dapat pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana tugasan ini menyedarkan saya tentang pentingnya kemahiran komunikasi guru dalam sesi pengajaran. Saya juga dapat belajar tentang kemahiran lisan dan bukan lisan yang saya akan aplikasikan dalam sesi praktikum saya yang sedang saya jalani. 237

Tambahan pula, sepanjang 2 minggu ini juga saya telah mengaplikasikan maklumat yang berharga dalam tugasan ini. Ia adalah berkenaan tentang kemahiran lisan yang berkait rapat dengan kawalan kelas. Saya bersyukur kerana diatas impak tugasan ini, kawalan kelas serta kemahiran komunikasi saya dengan guru, pelajar dan masyarakat setempat bertambah baik.

238

MUHAMMAD ZULFADLI CHACHO Tugasan ini diberikan pada 19 Mac 2012. Ia adalah berkenaan dengan subjek EDU 3106 Budaya Dalam Pembelajaran. Semasa mendapat tugasan, saya berasa sangat risau dengan masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini. Pada pandangan awal saya, saya akan mengalami masalah untuk menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Setelah membaca soalan tugasan, saya mendapati bahawa tugasan ini dilakukan dalam kumpulan. Mujur ianya dilakukan dalam kumpulan dan saya merasakan bahawa beban yang saya fikirkan berat pada mulanya menjadi lebih ringan. Dalam penerangan yang diberikan oleh Puan Siti Khadadiah, beliau menjelaskan dengan terperinci mengenai modul yang akan kami hasilkan ini. Ia merupakan sesuatu yang baru bagi saya dan rakan-rakan sekelas. Sebelum ini, kami menghasilkan berbagai jenis KKBI namun inilah kali pertama kami akan membuat modul. Setelah penerangan diberi, saya dan beberapa rakan ditugaskan dalam satu kumpulan untuk membuat subtajuk pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Dalam tajuk ini, terdapat beberapa subtajuk lagi namun kami telah membahagibahagikannya mengikut pelatih. Maka saya mendapat tajuk Sosiolinguistik. Saya berasa sangat gementar kerana takut tidak dapat menghuraikan tajuk dengan lebih baik. Saya mula mencari rujukan dari rakan-rakan opsyen Pengajian Melayu. Menurut mereka, tiada rujukan yang mereka simpan. Ia meresahkan lagi hati saya. Saya memutuskan untuk merujuk internet untuk mendapatkan maklumat mengenai sosiolinguistik. Selain itu, saya juga merujuk kamus untuk mendapatkan makna sosiolinguistik. Mujurlah dengan bantuan rakan saya dapat mencari maklumat dengan mudah. Mereka memberikan saya pautan kepada laman web Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk merujuk apa-apa persoalan yang bermain di minda. Pada bisikan hati saya, dapatkah saya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Kesukaran bertambah lagi apabila kami terlibat dengan praktikum sepanjang bulan ini, ditambah lagi dengan Kerja Projek ini. Pada mulanya saya sangat tertekan, namun saya mengambilnya sebagai suatu yang positif dalam hidup. Inilah lumrah menjadi pelajar. Saya cuba mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menyiapkan projek modul ini. Saya ingin mencuba yang terbaik. Saya tidak mahu menghampakan harapan rakan sekumpulan untuk memperoleh markah yang baik dalam tugasan kali ini. Bagi saya, biarpun sesibuk mana, saya tetap akan berusaha ke tahap maksimum. Saya teringat pesanan rakan saya yang selalu menasihati saya semasa bermain bola sepak. Beliau mengatakan form is temporary, class is permanent. Di dalam konsep menyiapkan tugasan ini, saya dapat kaitkannya dengan walau sesibuk mana kita, berusahalah untuk mencapai yang terbaik. Tidak salah untuk gagal sekiranya kita berusaha sehabis baik. Maka saya peruntukkan hujung minggu saya untuk membuat tugasan ini. Pada minggu pertama, saya mengumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin agar dapat digunakan sebagai rujukan. Saya mengakses laman sesawang, meneliti majalah, malahan membuat pembacaan buku-buku akademik. Akhirnya saya dapat menemukan apa yang saya cari. Sosiolinguistik bermaksud kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Di sinilah saya mendapat idea untuk melakukan pemerhatian semasa berpraktikum di sekolah. Tajuk pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan tajuk yang sangat sesuai untuk diperhatikan di sekolah. Kini baru saya fahami mengapa kerja kursus ini diberikan semasa kami berpraktikum. Benarlah kata orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya memerhatikan tindak-tanduk pelajar semasa membuat pengajaran di kelas. Oleh kerana bahasa yang kami gunakan adalah sama, maka saya dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan dan murid menerima maklumat dengan cepat dan tepat. Namun begitu, apabila saya cuba menggunakan bahasa pengantar lain dalam pengajaran, hanya separuh daripada mereka yang memahami pengajaran saya. Ia mendatangkan masalah kepada pengurusan kelas, malahan menjadikan pelajar kurang berminat untuk belajar. Jadi pada pandangan saya, bahasa yang difahami semua perlualah digunakan dalam pengajaran harian. Selain itu, saya juga memerhatikan kesan persekitaran 239

terhadap tindak-tanduk pelajar. Di sekolah ini, saya mendapati murid-muridnya sangat bersopan santun. Namun begitu ada juga segelintir yang sangat nakal, mungkin kerana lumrah kanak-kanak yang suka bermain. Namun saya suka mengutarakan aspek positif mereka. Mungkn persekitaran yang dipengaruhi budaya masyarakat timur, terutamanya melayu membuatkan pelajar bersikap sopan santun. Benarlah kata bahawa budaya mempengaruhi cara hidup masyarakat. Dalam tempoh menyelesaikan tugasan, saya turut menghadapi banyak masalah. Antaranya ialah mencari bahan yang dapat dipercayai kesahihannya. Contohnya, saya mendapat beberapa maklumat berguna, namun ianya dari sumber laman sesawang iaitu blog. Blog merupakan sesuatu yang kurang dipercayai kesahihannya walaupunsesetengahnya adalah benar. Maka penyelesaian yang saya lakukan ialah dengan mencari maklumat di perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, hasil daripada pencarian maklumat tersebut, maka saya berjaya menghasilkan satu diagram mengenai carta peristiwa dalam perkembangan pendidikan di negara kita. Untuk hari yang berikutnya, saya meneruskan mencari maklumat dari pelbagai sumber yang lain. Saya menggunakan akhbar untuk mencari maklumat namun gagal. Penyelesaian yang dilakukan ialah dengan menggunakan akhbar digital. Pada saya maklumat mudah diperoleh dan lebih tepat. Jika menggunakan cara manual, sukar bagi saya mendapatkan data dengan cepat. Hari demi hari, saya semakin memahami tajuk yang perlu saya tuliskan ke dalam modul. Namun begitu, saya kurang pasti dengan penulisan modul. Penyelesaian yang saya lakukan ialah dengan merujuk contoh modul yang telah diberikan. Saya mendapati penulisan modul bukanlah sesuatu yang sukar. Ianya adalah umpama nota yang telah dipadatkan dan diringkaskan. Setelah itu, saya memulakan membuat modul bagi tajuk yang diberikan. Kerja menyiapkan modul pada mulanya berjalan lancar. Namun begitu, saya hampir terlupa perkara penting dalam penulisan akademik, iaitu ianya mestilah berdasarkan format APA. Ianya merupakan perkara yang sering ditekankan oleh pensyarah. Namun kerana sikap sambil lewa saya, saya masih belum menguasai penulisan berformatkan APA. Saya berjanji untuk mengubah sikap ini di masa akan datang. Setelah itu, barulah saya dapat menyiapkan modul ini dengan format yang betul. Dalam modul ini juga, kami dikehendaki menyediakan beberapa soalan bagi setiap tajuk. Setelah menulis nota untuk modul ini, saya membacanya semula untuk mendapatkan kepastian bahawa apa yang dikarang merupakan satu kesinambungan antara satu sama lain dan menepat kehendak soalan. Dari sinilah saya mereka beberapa soalan untuk dijawab iaitu soalan objektif, struktur dan soalan esei. Secara kesimpulannya, saya merasakan proses menyiapkan modul ini banyak membantu mematangkan diri saya. Saya berharap sikap negative pada diri dapat diubah dan menjadi seorang insan yang lebih baik. Besarlah juga harapan saya agar modul ini diterima dengan baik dan kami mendapat markah yang cemerlang.

240

NOORBAIZURA BINTI SAMSUDDIN Tugasan EDU 3106 ini telah bermula pada 19 Mac 2012. Taklimat t mengenai tugasan ini telah diadakan serentak bagi kelima-lima opsyen. Tugasan ini mengkehendaki agar semua guru pelatih dapat menghasilkan satu modul yang berkualiti dan penuh dengan maklumat yang padat. Ketika mendapat tugasan ini, saya sebenarnya kurang pasti bagaimana hendak menghasilkan modul yang sebenar. Ini kerana saya masih belum pernah ada pengalaman untuk membuat modul ilmiah seperti ini. Ini adalah kali pertama saya belajar untuk menghasilkan modul ilmiah yang benar-benar berbeza daripada kerja kursus sebelum ini. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya terlebih dahulu mengenalpasti ahli kumpulan saya dan memilih topik berdasarkan undian. Pada akhirnya, saya bersama Nor Sakinah telah mendapat topik yang pertama iaitu budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia. Selepas kami berbincang mengenai isi kandungan yang perlu ada, kami berusaha untuk mendapatkan maklumat walaupun pada ketika itu masing-masing sibuk dengan praktikum fasa 1. Pelbagai sumber yang dirujuk dan kami merumuskan apa yang kami perolehi. Bukan mudah untuk menganalisis maklumat kerana kami perlu merumuskan apa yang kami faham. Tambahan lagi, tugasan ini mengkehendaki kami untuk membina soalan yang berkaitan dengan maklumat yang diberikan. Bagi saya, membina soalan ini benar-benar mencabar minda saya. Pada permulaan, saya merujuk buku untuk mendapatkan idea bagaimana hendak membina soalan. Apabila menghadapi masalah, saya akan berbincang dengan Sakinah bagaimana hendak menjana soalan yang kritis. Berpandukan nota dan buku rujukan, akhirnya kami dapat menghasilkan beberapa soalan yang difikirkan berkaitan dengan maklumat yang kami berikan. Namun, terdapat juga jawapan yang kami bina berdasarkan pemikiran sendiri dan kami tidak pasti boleh diterima atau tidak. Apa yang penting, kami telah mencurahkan pengetahuan yang ada dengan sebaik yang mungkin. Secara jujurnya, saya sebenarnya tidak berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri. Ini kerana saya membuat tugasan ini pada minit akhir. Sejak pergi praktikum, banyak perkara yang harus dilakukan yang mana saya perlu bersedia untuk dipantau dalam masa dua minggu ini. Apabila ada masa terluang, saya akan mencari maklumat sahaja. Di sekolah, saya memang tidak dapat melaksanakan tugasan ini kerana sibuk dengan komitmen yang diberikan oleh sekolah. Masa yang terluang pada hujung minggu pula saya akan gunakan untuk membuat bahan bantu mengajar. Inilah dugaan yang saya hadapi. Pada akhirnya, saya sempat juga untuk menghabiskan 2 kali pemantauan praktikum dan memulakan tugasan ini pada hujung minggu. Pada masa akan datang, saya berharap sangat dapat mengurus masa saya dengan baik. Jika tidak saya akan pasti saya akan dapat lakukan tugasan ini dengan tenang. Apabila saya membuat tugasan pada minit akhir, saya pasti akan rasa tekanan dan sukar untuk membuat perancangan dengan baik. Dengan memahami konsep budaya, saya kini cuba untuk mendalami konsep budaya dengan lebih mendalam. Saya sendiri dapat merasai apa itu budaya apabila berada di sekolah. Maklumlah, sebagai seorang guru, saya patut menyesuaikan diri dengan keadaan. Semasa praktikum, saya cuba mendalami budaya orang lain. Maklumlah, budaya institut dan budaya sekolah ternyata berbeza sama sekali. Di sekolah saya itu, kita boleh nampak budaya yang berbeza dari persekitaran. Di sekolah, saya dipanggil cikgu oleh murid-murid dan setiap kali berjumpa dengan saya mereka akan menyapa dan memberi salam. Sudah menjadi satu budaya di sekolah itu untuk menyapa dan bersalam dengan guru yang dijumpai. Selain itu, sekolah ini juga mengamalkan budaya membaca yang mana setiap pagi murid-murid akan membaca buku dengan iringan muzik. Dengan melaksanakan tugasan ini juga, saya telah memperoleh banyak maklumat yang berkaitan dengan budaya Melayu. Sebagai contoh, dalam bagi orang melayu, anak tidak tidak boleh menyanyi di dapur. Bukan setakat itu, terdapat juga pantang larang sebelum perkahwinan yang mana saya sendiri tidak pernah dengar. Maklumlah saya orang Bugis yang mempunyai kepercayaan yang tersendiri. Contohpantang larang orang Melayu sebelum berkahwin ialah, jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul, jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

241

Sebenarnya, banyak perkara yang saya tidak ketahui walaupun pada hakikatnya saya hidup dalam kelompok orang Melayu. Namun inilah kebaikan saya membuat tugasan ini yang mana membuatkan saya lebih faham dengan budaya orang lain. Tugasan ini sebenarnya banyak mengajar saya untuk lebih menghormati dan bertoleransi orang lain. Kadang kala saya tidak menyedari apa yang saya lakukan itu adalah salah dari segi kepercayaan dan sesetengah kepercayaan ada berkaitan dengan hadis seperti yang dianjurkan dalam agama. Saya seronok mempelajari konsep budaya ini yang mana skopnya terlalu luas untuk dipelajari. Tambahan lagi, setiap kelompok mempunyai budaya yang berbeza dan inilah sepatutnya saya dalami. Pada masa akan datang, saya akan menjadi guru yang dihantar ke pedalaman. Dengan ilmu ini, saya akan mempelajari sedikit demi sedikit budaya orang lain. Saya khuatiri jika saya tidak dapat memahami budaya orang lain, saya akan dikatakan tidak menghormati orang lain. Padahal, saya sendiri tidak pernah tahu akan perkara tersebut salah atau tidak mengikut adat setempat. Bagi saya sendiri, saya kebanyakkannyta tidak tahu budaya saya sendiri kerana saya telah dibesarkan dalam kelompok orang Melayu. Sebagai contoh, dari segi berbahasa, saya berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bukan bahasa Bugis. Orang lain akan ingat saya ini adalah orang Melayu yang mana bahasa saya tidak sedikit pun menggambarkan saya orang Bugis. Penerapan budaya Melayu sangat tinggi dalamn diri saya. Namun begitu, saya tidak pernah lupa aka nasal usul saya dan kadang kala saya akan bercerita dengan ibu saya untuk mengetahui budaya orang Bugis juga. Terutamanya dari segi pakaian, adat, makanan. Tidak keterlaluan jika saya katakan saya tidak tahu bertutur dalam bahasa bugis. Saya hanya faham apa yang dituturkan dan dari segi makanan dan pakaian saya tidak ketinggalan untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Disebabkan saya jarang pulang ke kampung, maka terpaksa mempelajari budaya saya sendiri yang mana merupakan salah satu ciri-ciri budaya. Alhamdulillah, walaupun dalam masa yang singkat saya menyiapkan tugasan ini namun saya boleh mendapatkan pengetahuan yang lebih berkaitan dengan budaya. Seronok saya apabila mengkaji dan memahami budaya orang lain yang mana kadang kala dianggap remeh tapi pada hakikatnya ini adalah satu perkara penting yang harus diambil perhatian. Tambahan lagi, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menerapkan nilai dan budaya orang lain dalam diri kita agar kesejahteraan sesame kita dapat dikekalkan dan akhirnya menjayakan maltamat 1Malaysia. Tidak lupa juga sebagai seorang guru kelak, pengetahuan ini adalah bekalan untuk hidup di tempat orang lain. Kalau boleh apabila bercampur dengan masyarakat yang lain, kita dapat menyesuaikan diri dengan mudah kerana kita tahu akan budaya setempat. Ini juga akan menggambarkan bahawa kita adalah guru yang serba boleh serta dihormati oleh masyarakat sekeliling. InsyaAllah saya akan cuba untuk mendalami budaya orang lain walaupun tugasan ini telah berakhir. Pada saya belajar adalah tidak salah dan ia menjadi salah jika kita tidak cuba untuk belajar budaya orang lain kerana kita hidup dalam satu masyarakat yang berbilang kaum.

242

NUR AFIQAH BINTI AZHAR Pada semester ini, saya telah mengambil kursus EDU 3106, Budaya dan Pembelajaran. Melalui kursus ini, saya didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan baru mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia. Sebagai seorang bakal guru yang sedia menawarkan perkhidmatan di mana sahaja, saya sedar kepentingan untuk saya mengetahui sedikit sebanyak budaya masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum sama ada majoriti atau minoriti. Pertama sekali, saya melihat kursus ini sebagai satu batu loncatan kepada saya untuk menyelami satu demi satu bangsa dan budaya yang terdapat di Malaysia. Saya lebih beruntung kerana saya dihantar di negeri Sabah di Bawah Bayu ini kerana kebanyakan rakan-rakan di kelas saya terdiri daripada pelbagai suku kaum sabah, sarawak dan juga pelbagai negeri di semenanjung Malaysia. Dengan keadaan ini, saya dapat mempelajari pelbagai selok belok budaya yang diperkenalkan oleh rakan-rakan dari pelbagai negeri dan kaum yang berbeza. Bagi menjayakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu untuk kursus ini, saya dan rakan-rakan telah menerima tugasan berbentuk ilmiah yang mengkehendaki kami membina modul pembelajaran bagi Budaya dan Pembelajaran. Oleh hal yang demikian, saya san bebeapa orang ahli kumpulan yang lain telah mendapat tajuk yang kedua untuk dikaji dan dikupas sebagai bahan rujukan dalam modul yang akan kami hasilkan. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, saya mempelajari banyak pengetahuan baru melalui pembacaan demi pembacaan dari internet, majalah, buku dan jurnal-jurnal yang terpilih berkaitan dengan tajuk Kesedaran Pelbagai Sosiobudaya. Pertama sekali, saya mempelajari beberapa istilah baru yang saya perlu kenalpasti, kuasai dan ketahui kerana sekiranya saya tidak memahami istilah-istilah ini saya berkemungkinan melakukan kesilapan dalam mengenal muris-murid saya pada masa akan datang. Istilah-istilah tersebut termasuklah Bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam, dan jantina. Dari segi penemuan terhadap maklumat-maklumat tentang bangsa, sebelum ini saya menganggap bahawa bangsa adalah kategori pengkelasan sesuatu kaum tetapi setelah membuat tugasan ini barulah saya dapat mengenalpasti perbezaan antar keduanya iaitu bangsa sebenarnya ditakrifkan sebagai kelompok rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, etnik, bahasa dan sebagainya. Dengan itu, selepas ini, saya akan memastikan bahawa sekiranya terdapat pihak-pihak yang bertanya tentang bangsa saya, jawapan paling tepat semestinya saya berbangsa Malaysia bukan lagi saya berbangsa Melayu, Cina mahupun India. Saya sedar kepentingan mempunyai perasaan cinta akan bangsa Malaysia adalah supaya tidak wujud persengketaan atau salah faham antara kaum kerana setiap kaum berasa mempunyai hak di atas negeri masing-masing termasuklah hak mempertahankan kemakmuran negara. Saya turut mempelajari bahasa pelbagai budaya di Malaysia melalui kursus ini. Percampuran pelbagai kaum di dalam kelas membuatkan saya dapat merasai sendiri pengalaman berinteraksi dalam pelbagai loghat dan bahasa seperti bahasa Bugis, Jawa, loghat Sabah, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Walaubagaimanapun, tugasan ini sebenarnya memberi saya kesedaran bahawa bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang wajar dijunjung tinggi kerana digunakan sebagai bahasa rasmi Negara Malaysia. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya secara peribadi, bahasa Melayu sebenarnya bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa kebangsaan tetapi ianya turut menyumbang kepada keharmonian masyarakat sejagat. Dengan adanya bahasa Melayu yang digunakan selaras di seluruh Malaysia, masalah komunikasi antara masyarakat tidak akan berlaku sekaligus mewujudkan jurang perbezaan antara ahlinya. Di sini juga saya melihat bahawa kepentingan bahasa adalah sangat tinggi dalam bilik darjah kerana tanpa satu bahsa 243

standar dan selaras ditetapkan, murid akan menggunakan bahasa yang pelbagai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, saya sedar, saya perlu mendalami pelbagai bahasa setempat setelah ditempatkan mengajar kelak. Hal ini kerana saya perlu berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat sama ada untuk urusan keperluan harian, mahupun urusan perbincangan pencapaian anak-anak mereka. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti struktur masyarakat dan kelas sosial yang berbeza sepanjang menghasilkan tugasan ini. Saya perlu mengetahui struktur kelas sosial dan masyarakat ini kerana saya tidak boleh mempunyai persepsi yang sama terhadap semua murid saya. Tidak semua murid saya mampu dari segi kewangan terutamanya untuk memenuhi segala kehendak sekolah dan tuntutan p&p saya. Kepelbagaian adat resam yang saya lihat dalam topik ini turut memberitahu saya bahawa sesetengah masyarakat sangat mementingkan adat resam. Apabila saya ditempatkan dalam satu kawasan yang asing bagi saya, perkara paling penting untuk menyesuaikan diri semestinya adat resam masyarakat kawasan tersebut. Mengambil iktibar daripada inilah saya berfikir untuk menggunakan sistem aktiviti berkumpulan yang mencampurkan jantina lelaki dan perempuan supaya perkongsian idea lebih luas dan tidak terus berada dalam satu takuk yang sama. Masalah yang saya hadapi sepanjang menghasilkan tugasan ini adalah masalah kekangan masa. Walaupun diberi tempoh dua minggu untuk menyelesaikannya, saya tetap perlu menguruskan waktu dengan baik kerana tugasan ini dijalankan sepanjang praktikum sedang berjalan. Walaubagaimanapun, saya berpegang pada prinsip hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, saya telah berusaha menyiapkan tugasan dan mengurus masa dengan lebih sistematik agar saya dapat menumpukan perhatian terhadap kedua-dua tugasa secara sekaligus tanpa mengganggu komitmen kerja yang lain. Saya sangat berpuas hati menjalankan tugasan ini secara berkumpulan kerana komitmen yang diberikan oleh setiap ahli dalam menghadiri sesi perbincangan dan proses menyiapkan tugasan amatlah memuaskan. Saya sedar bahawa semangat kerjasama adalah asas kepada kukuhnya sesuatu institusi mahupun kumpulan manusia. Walaupun di dalam kumpuan saya terdapat beberapa perbezaan jantina, ini telah membuktikan bahawa perbezaan jantina bukan masalah untuk membezakan gender terutamanya apabila menghadapi murid-murid kelak. Saya berharap saya tidak akan terjebak dengan perasaan pilih kasih terhadap murid-murid. Hal ini kerana pengajaran saya tidak akan berkesan sekiranya ada murid yang berasa tidak dipunyai di dalam bilik darjah. Secara keseluruhannya, tugasan ini sememangnya memberi impak yang besar kepada diri saya dan saya percaya rakan-rakan lain turut merasa yang sama. Hal ini kerana melalui pembacaan dan penyelidikan, saya bukan sahaja memndapat ilmu dan pengetahuan secar teori tetapi dapat mendalami secara praktikal dengan orang sekeliling. Walaubagaimanapun, saya mencadangkan untuk tugasan yang lebih mencabar pada masa akan datang di mana saya dan rakan-rakan boleh pergi ke kawasan masyarakat di sekitar sabah untuk saya dan rakan rakan merasai sendiri budaya yang mereka amalkan. Saya juga pernah memasang impian untuk mempelajari beberapa bahasa ibunda penduduk negeri sabah seperti Bajau, Bugis, Suluk, Kedayan dan Semporna. Akhir sekali, saya berharap dengan terbinanya modul ini akan terus menyokong usaha kami dalam menjadi pelajar dan guru yang terbaik dari segi akademik dan pergaulan sosial.

244

RABI'ATULADAWIYAH BT. MOHD. HAIRI Saya dapat melaksanakan kerja kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran dengan memperbanyakkan bacaan dan sumber bukan sahaja daripada Buku Siri Pendidikan Guru dan modul (mod dalam cuti) untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) sebagai rujukan utama, malahan saya perlu menjadikan buku yang menulis pelbagai ideologi tentang budaya untuk mendapatkan makluimat bagaimana guru boleh menggunakan penilaian berasaskan budaya untuk menilai sejauh mana kemampuan murid untuk mengikuti pelajaran dan mengetahui keberkesanan pengajaran yang guru laksanakan. Pada mulanya saya menganggap bahawa tugasan ini sedikit mudah kerana pada pendapat saya, saya hanya perlu menggunakan buku dan modul yang sudah disediakan, namun, setelah saya melaksanakan tugasan ini, barulah saya mengetahui bahawa masih terdapat banyak lagi maklumat dan pengetahuan yang tidak saya perolehi. Seharusnya saya harus lebih banyak lagi melakukan pembacaan tentang buku-buku yang menulis mengenai penilaian dan pentaksiran secara lebih terperinci. Saya telah pergi ke perpustakaan di kawasan kampus untuk mendapatkan beberapa buku yang membincangkan mengenai budaya dan juga buku yang berbeza yang membincangkan mengenai penilaian. Saya sangkakan bahawa walaupun dalam waktu menjalani latihan praktikum selama sebulan, saya tidak dapat melakukan pembacaan dan mencari maklumat di perpustakaan kampus, namun, saya dapat juga melakukannya walaupun tidak sebanyak mana pembacaan, tetapi saya rasa saya dapat mengetahui sedikit sebanyak pengetahuan baru bagaimana untuk merancang sebelum menyediakan penilaian kepada murid-murid. Saya juga sedar bahawa sekiranya saya menjadi seorang guru kelak, saya pasti mempunyai murid-murid yang berbeza dari segi latar belakang budayanya, bahasa utama yang mereka gunakan untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga ataupun dengan masyarakat sekelilingnya. Faktor-faktor seperti inilah yang harus saya pertimbangkan untuk menyediakan instrumen penilaian yang mesra budaya supaya keputusan daripada penilaian itu adalah tepat dan mempunyai unsur kebolehpercayaan. Saya berpendapat bahawa, sekiranya saya menjadi guru kelak, saya ingin melakukan sedikit kajian mengenai latar belakang budaya murid-murid kerana saya ingin melihat bagaimana perbezaan dari aspek budaya ini mempunyai hubungkait dengan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Saya ingin membandingkan penilaian yang berasaskan budaya yang telah saya lakukan beberapa pembacaan serta kajian dengan penilaian yang biasanya dijalakankan di sekolah yang kurang mengambilkira faktor perbezaan budaya. Oleh itu, saya dapat membandingkan kedua-dua penilaian ini untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan penilaian yang dijalankan seterusnya membuat kesimpulan untuk menilai keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Setelah melaksanakan tugasan ini, saya mendapat banyak panduan untuk menyediakan penilaian yang berasaskan budaya. Saya masih teringat akan kata-kata pensyarah pembimbing yang mengajar matapelajaran EDU 3106 ini iaitu Tn Hj Othman Leon, bahawasanya, sebagai seorang guru, kita harus memahami terlebih dahulu bahasa yang mereka gunakan untuk bertutur dan beberapa budaya yang mereka bawa masuk ke dalam bilik darjah. Setelah menjalani latihan praktikum selama hampir dua minggu, saya dapat melihat beberapa budaya yang muridmurid bawa masuk ke dalam bilik darjah. Namun, budaya yang paling ketara yang saya dapat lihat ialah mereka suka menawarkan diri untuk menolong dan membantu guru walaupun kadang-kadang guru hanya membawa sebuah buku dan sebatang pembaris. Apa yang saya dapati, budaya seperti inilah yang membolehkan guru untuk menilai bagaimana latar belakang murid-murid dan saya mungkin dapat membuat kesimpulan bahawa muridmurid ini yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampung, suka membantu rakan-rakan ataupun masyarakat di sekelilingnya. Oleh itu, semasa saya melaksanakan tugasan ini, saya dapat lihat bahawa ada perkaitannya guru perlu mengambilkira faktor latar belakang budaya murid-murid untuk mengenalpasti strategi-strategi yang akan digunakan untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu menarik 245

minat murid untuk belajar dan menilai keberkesanan pengajaran setelah selesai mengajar. Melalui pembacaan yang saya lakukan, saya sedar bahawa bagi bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian murid, guru seharusnya melaksanakan aktiviti pengajaran secara kelas iaitu secara keseluruhan dan tidak mengabaikan kepentingan murid-murid yang lain walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Melalui pemerhatian yang saya lakukan semasa menjalani praktikum ini juga, saya mendapati bahawa latar belakang murid yang berbeza budaya ini dapat mempengaruhi sosioemosi mereka di dalam bilik darjah. Tedapat murid yang hanya berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kata, dan juga terdapat murid-murid yang suka beramah mesra dengan guru dengan bertanya pengalaman yang guru perolehi di sekolah. Oleh itu, saya berpendapat bahawa sekiranya saya berada di sekolah kelak dan menjadi guru yang sebenar, perkara-perkara seperti inilah yang perlu saya pertimbangkan bukan sahaja semasa membuat penilaian malahan ketika merancang untuk membuat sesuatu keputusan di dalam bilik darjah. Barulah saya sedar akan kepentingan guru mengetahui dan memahami budaya yang ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah. Sekiranya guru mengetahui latar belakang budaya murid-murid, guru dapat mengintegrasikan isi pelajaran dengan pengetahuan yang dapat menghubungkan murid-murid dengan situasi sebenar yang pernah mereka lalui. Selain itu, saya juga bersetuju akan tindakan guru yang melibatkan murid dalam membuat keputusan di dalam bilik darjah untuk menggalakkan murid membuat refleksi sendiri akan kemajuan ataupun kemampuan mereka terhadap sesuatu perkara. Hati saya sedikit tersentuh apabila melihat murid-murid yang masih tidak dapat mengikuti pelajaran kerana mungkin mengalami masalah dalaman seperti konflik keluarga yang telah menyebabkan murid-murid mempunyai perkembangan sosioemosi yang berbeza dan lebih tertekan. Oleh itu, pada pendapat saya, di sinilah guru harus memainkan peranan untuk memahami setiap konflik dan budaya murid-murid supaya guru dapat memberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh merangsang pemikiran reflektif muridmurid terhadap kebolehan yang mereka miliki dan mereka tidak berasa dipinggirkan dan diasingkan oleh guru. Setelah memahami latar belakang murid ini-murid, barulah guru membuat kelompok murid-murid yang berbeza dari aspek budaya dan latar belakang ini, dengan tujuan untuk memudahkan guru mengenalpasti setiap kebolehan murid yang boleh digilap dan diberikan peluang. Saya juga sedar bahawa setiap murid harus diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang sama tanpa sebarang bentuk diskriminasi terhadap perbezaan etnik, kaum mahupun budaya mereka. Saya seolah-olah mendapat satu inspirasi melalui pelaksanaan tugasan ini, iaitu sekiranya saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan pedalaman Sabah atau Sarawak di mana murid-muridnya yang sudah tentu terdiri daripada pelbagai kelompok etnik dan budaya yang berbeza, saya ingin melaksanakan apa yang telah saya pelajari melalui pengalaman yang saya timba di sini untuk membawa keluar murid-murid yang semuanya berpotensi untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan daripada terus ketinggalan dalam pelajaran. Setiap murid yang berbeza budaya dan latar belakang, perlu diberikan peluang untuk menonjolkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya mereka berasa lebih dihargai, dan mempercayai kemampuan serta kebolehan yang mereka miliki. Hal ini akan membantu guru untuk mengendalikan bilik darjah yang mempunyai murid daripada kelompok budaya yang berbeza dengan lebih berkesan.

246

SITI NURUL AMALINA BT. MAHIAN@NORDIN Pada semester kelima ini saya mempelajari Budaya dan Pembelajaran. Subjek ini merupakan salah satu subjek yang dapat menarik perhatian saya kerana ia amat penting kepada saya lebih-lebih lagi saya akan melaksanakan praktikum fasa pertama iaitu latihan mengajar yang pertama buat saya. Taklimat berkaitan tugasan EDU 3106 ini diberi oleh pensyarah dan penyelaras mata pelajaran EDU 3106 ( Budaya dan Pembelajaran) iaitu Cik Siti Khadadiah Binti Mohammed Bajuri. Soalan tugasan turut disertakan sewaktu taklimat diberikan. Bersama-sama soalan tugasan, penyelaras telah sertakan kehendak soalan secara terperinci dan berserta contoh yang amat membantu saya secara personalnya. Selepas taklimat ringkas tetapi padat yang disampaikan oleh penyelaras bagi mata pelajaran ini, saya dan rakan yang lain diberi peluang untuk berkolaborasi dengan pensyarah dan juga guru pelatih dari pengkhususan yang lain. Tugasan ini diberi tempoh masa selama dua minggu sahaja. Ini bermakna, saya dan rakan perlu menyiapkan nya dalam tempoh kami berpraktikum. Pengurusan masa yang baik amat memainkan peranan yang penting agar saya dan ahli kumpulan mampu menghantarnya tepat pada masanya. Seperti yang saya sedia maklum, sebagai seorang guru, saya hendaklah mengenali latar belakang murid saya agar saya dapat mengajar dengan lebih efisien di samping faktorfaktor yang lain seperti teknik kawalan kelas dan kaedah pengajaran serta banyak lagi. Selepas mencabut undi yang telah dibuat oleh ahli kelas, saya dan rakan memperoleh topik dua iaitu Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya. Secara kasarnya, topik ini membincangkan kepentingan perpaduan di antara masyarakat yang mempunyai kebudayaan tersendiri. Negara kita Malaysia memang terkenal dengan variasi kebudayaan oleh pelbagai masyarakat. Oleh itu, kesedaran kepelbagaian ini amat penting agar semua jenis masyarakat di dalam negara kita hidup aman makmur tanpa bertelingkah antara satu sama lain. Seharusnya tragedi 13 Mac menjadi bukti kepada kita semua tentang pentingnya perpaduan antara kaum. Setiap kaum atau masyarakat harus menghormati kebudayaan masyarakat yang lain. Tragedi itu mampu menjadi pengajaran yang berguna kepada kita semua. Dalam konteks pendidikan, setiap guru pelatih seharusnya memahami kepelbagaian sosio-budaya yang terdapat di Malaysia. Saya harus mengetahui budaya dan struktur masyarakat yang lain kerana ia mempengaruhi pembelajaran seseorang. Melalui kewujudan pemahaman terhadap sosio-budaya masyarakat lain, saya pasti dapat menyemai perasaan hormat, bekerjasama dan bertoleransi antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sebagai seorang bakal guru yang akan ditempatkan di mana-mana tempat di dalam negara kelak, saya mengambil peluang sewaktu mempelajari mata pelajaran ini untuk menelaah dengan lebih dalam mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia agar saya menjadi lebih peka dan sensitif dengan variasi budaya di sesuatu tempat. Secara personalnya, setiap kaum atau masyarakat mempunyai keunikan mereka tersendiri. Walau bagaimanapun, setiap masyarakat rata-rata mempunyai adat resam tersendiri yang mana bertujuan untuk menjaga kesejahteraan, kemakmuran, keselamatan dan kesihatan masyarakat tersebut. Kebudayaan bagi setiap masyarakat berkait rapat dengan cara hidup masyarakat tersebut. Lain masyarakat lain cara hidup. Saya berasa bertuah kerana berada di Sabah yang mana terkenal dengan kepelbagaian etnik yang unik dan menarik. Kesempatan berada di Sabah ini saya gunakan untuk mengenal dan mempelajari beberapa adat yang mana boleh saya gunakan dan boleh saya jadikan panduan agar saya tidak mencabuli mana-mana adat atau pantang larang sesuatu masyarakat.

247

Melalui pembacaan persediaan sebelum saya membuat modul ini, dapat saya simpulkan bahawa warganegara Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup aman dan sentosa hasil daripada penyatuan pemikiran dan persefahaman yang mana dapat berkongsi matlamat yang sama iaitu ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, dapat berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum. Sesungguhnya kesedaran kepelbagaian sosio-budaya juga dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang beragama, mempunyai nilai moral yang tinggi serta beretika dalam setiap aspek kehidupan. Pada mulanya saya menyangka bahawa tugasan yang bakal saya laksanakan untuk subjek ini adalah berkaitan dengan pengalaman saya mengajar di sekolah. Walau bagaimanapun, saya dan rakan ditugaskan untuk menghasilkan sebuah modul mengikut topik yang tela diundi. Tanpa saya sedari, pelaksanaan modul ini merupakan salah satu cara pengaplikasian ilmu pengetahuan yang kami peroleh semasa mempelajari subjek ini iaitu subjek Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106). Pelaksanaan tugasan ini sedikit sebanyak telah membantu saya untuk menimba pengalaman untuk menghasilkan sebuah modul yang mana akan digunakan oleh individu yang lain. Bagi saya, ia merupakan satu perumpamaan seolah-olah modul ini merupakan isi kandungan pelajaran yang ingin saya ajarkan kepada murid saya. Di dalam modul ini, saya telah menggunakan pelbagai pendekatan yang diwakili oleh ikon-ikon tertentu yang mana ia seolaholah teknik pengajaran saya di dalam kelas. Terdapat banyak ikon-ikon yang menarik yang telah saya dan rakan kumpulan gunakan antaranya ialah ikon perpustakaan, ikon berhenti dan reflek, ikon berhenti sejenak dan semak kefahaman, ikon latihan / aktiviti, ikon rumusan, ikon sumber rujukan tambahan, ikon glosari, ikon jawapan dan juga ikon yang menggalakkan pencarian maklumat tambahan melalui internet. Tambahan pula, pelaksanaan tugasan seperti menghasilkan sebuah modul ini juga membantu dalam menyediakan minda saya dalam membuat persiapan untuk melaksanakan tesis pada tahun terakhir nanti. Membuat modul bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia memerlukan pencernaan maklumat secara terperinci yang dibuktikan dengan sumber rujukan yang berasas. Modul juga seharusnya membantu pembaca mempelajari subjek tersebut dengan efisien sebagai alternatif kepada pengajaran secara langsung dari guru atau pensyarah. Saya dan ahli kumpulan mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan sebuah modul yang menepati kehendak soalan. Saya berharap sekiranya modul hasil titik peluh kami ini menjadi bahan bacaan pembaca di luar sana, diharap agar modul saya dan rakan dapat membantu mereka memahami topik yang kami kupaskan. Pada masa akan datang, tidak mustahil jika saya katakan pengalaman membuat modul ini dapat digunakan untuk saya hasilkan modul untuk kegunaan anak-anak murid saya kelak. Maklumlah, dunia sekarang semakin canggih dan bergerak maju ke hadapan. Harapan saya agar saya dan rakan memperoleh markah yang cemerlang dalam subjek ini dan seterusnya dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sepanjang proses menyiapkan tugasan dengan sebaiknya bagi semester akan datang mahupun di sekolah kelak.

248

MD. HAIDIN BIN RUBIN Pada 19 Mac 2012, kami pelajar PISMP ambilan Januari 2010 menerima taklimat Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) di dewan IPG Kampus Gaya dan hari tersebut jatuh pada hari pertama kami pergi ke sekolah untuk praktikum fasa pertama. Oleh hal yang demikian, sesetengah pelajar tidak dapat menghadiri perjumpaan terbabit kerana terlibat terpaksa berada di sekolah atas sebab-sebab rasmi. Tambahan pula, akibat praktikum ini juga, ramai yang hadir lewat ke dewan. Lantas, hal ini menyebabkan ramai daripada kami yang tidak dapat memahami kehendak soalan dengan baik dan terpaksa merujuk kepada rakan-rakan yang lain yang dapat menghadiri taklimat dari awal. Sebelum memulakan penulisan modul ini, kami terlebih dahulu telah membahagikan kumpulan supaya mudah untuk mengagihkan tugas dalam penghasilan modul yang baik. Sebenarnya, pembahagian in telah dijalankan sebulan lebih awal Cuma kami belum mendapat apa-apa maklumat berkaitan soalan KKBI pada kali ini. Sehingga ke hari kami mendapat taklimat daripada Puan Siti Khadadiah, kami tidak membuat persediaan untuk menyiapkan sebarang kerja yang akan diberi. Walaupun soalan kerja kursus kali ini tidak begitu menyusahkan, namun saya berasa terbeban kerana perlu menyiapkan modul di kala kami sibuk dengan praktikum fasa pertama kami. Tambahan pula, ini merupakan pertama kali kami menjalani praktikum dan juga pertama kali membuat modul. Maka, kerja yang dilakukan menjadi susah kerana kurang pengalaman dalam kedua-dua aspek. Saya mendapat subtopik Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok iaitu dalam bab 5. Pembahagian tugas sebegini banyak membantu meringankan tugas yang kami perlu lakukan. Walaupun kami melakukan kerja kursus ini secara berkumpulan, tetapi akibat kesibukan dan masa yang terhad, saya tidak dapat mencari bahan rujukan yang cukup untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya memanfaatkan apa sahaja maklumat yang boleh saya dapati melalui buku rujukan dan juga melalui capaian internet. Saya akui bahawa hasil penulisan saya tidak cemerlang dan banyak kekurangan tetapi saya telah melakukan yang terbaik untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya telah berbincang dengan rakan lain dari kelas lain yang mendapat tajuk yang sama dengan saya untuk mendapatkan lebih info berkenaan pembahagian subtopik dan juga isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam modul ini. Isu yang seterusnya ialah penggunaan ikon dalam penulisan modul ini serta pembinaan item soalan. Pada mulanya kami berasa keliru sama ada setiap sub topik perlu menggunakan semua ikon yang diberikan atau tidak. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk menyelitkan ikon dalam keseluruhan bab dan bukan mengikut sub topik. Ini bermakna jika subtopik 1 tidak menggunakan beberapa ikon tetapi subtopik lain ada menggunakannya, maka ia tidak menjadi masalah. Berkenaan pembinaan soalan, kami pada awalny berpendapat bahawa setiap subtopic perlu menyediakan satu set soalan di akhir subtopik. Walau bagaimanapun setelah berbincang sekali lagi kami memutuskan bahawa soalan itu dikumpulkan dan diletakkan di bahagian terakhir setiap bab. Salah satu perkara yang sering menjadi masalah bagi golongan pelajar IPT ialah kelemahan dalam aspek pengurusan masa. Akibat sering melengah-lengahkan kerja, kebanyakan pelajar terpaksa menyiapkan kerja kursus pada saat-saat akhir dan menyebabkan hasil kerja yang dihantar kurang memuaskan. Keupayaan seseorang pelajar tidak dapat diukur secara optimum akibat faktor kelemahan dalam pengurusan masa. Jika pelajar dapat menyiapkan tugasan secara beransur-ansur, sudah pasti hasil kerja yang dihasilkan lebih berkualiti . Berbalik kepada tajuk pedagogi relevan budaya, saya berpendapat bahawa topik ini sangat berguna kepada para guru terutamanya bakal guru seperti kami di IPG. Melalui pemahaman yang mendalam tentang keperluan untuk memahami latar belakang murid dan perbezaan budaya antara murid, guru mampu menghasilkan satu rancangan pengajaran 249

yang bukan sahaja sesuai dengan semua murid malah memanfaatkan perbezaan yang wujud ke arah pemantapan hubungan antara etnik yang pelbagai melalui aktiviti yang menggalakkan hubungan antara etnik. Kalau sebelum ini saya kurang mengambil perhatian terhadap perbezaan sosiobudaya murid, kini saya melihat spektrum ini sebagai suatu medium yang amat penting dalam mendidik murid ke arah perpaduan nasional serta membantu murid memperkembangkan potensi diri mengikut budaya sendiri serta memperbaik tahap social murid-murid. Semasa proses penulisan dan mencari maklumat, perkara yang sering mengganggu saya ialah kekurangan sumber maklumat serta tatacara penulisan modul yang sebenar. Jika hanya berpandukan modul yang diberikan, saya tidak pasti bagaimana untuk menghuraikan topik saya mengikut pecahan yang sesuai. Sumber buku yang saya peroleh mempunyai pecahan isi yang agak berlainan dengan modul yang disediakan. Lantas, saya memutuskan untuk memasukkan kedua-dua isi yang berlainan ke dalam modul ini. Berdasarkan pengalaman sebagai penyelaras EDU 3102, saya tidak mengalami banyak masalah dalam penulisan sumber rujukan dalam bentuk APA kerana saya pernah menyusun kerja kursus kami dalam bentuk tesis dan mengikut susunan yang sebenarnya setelah beberapa kali berbincang dengan pensyarah dahulu. Kini, jika saya mempunyai sebarang masalah dalam penulisan ilmiah, saya akan merujuk kepada hasil kerja dahulu kerana format tersebut telah dipersetujui oleh pensyarah. Satu lagi pengalaman berharga yang saya peroleh semasa proses menyiapkan kerja kursus ini ialah kepentingan untuk membuat nota peringatan dan membuka akaun facebook untuk sentiasa maklum tentang perkembangan terbaru tentang sesuatu kerja yang diberikan. Salah seorang daripada ahli kumpulan saya terlupa bahawa modul ini perlu disiapkan dalam masa terdekat dan terpaksa menyiapkannya dalam keadaan kelam kabut dan hasilnya sememangnya tidak seperti yang sepatutnya kerana kekurangan masa untuk menulis dengan teliti. Selain itu, pengurusan emosi juga amat penting kerana jika kita mudah melenting dan kemudian menyakitkan hati orang lain, kedua-dua pihak akan berasa tersinggung dan menyebabkan kerja tidak dapat disiapkan dengan baik kerana ketidakstabilan emosi yang mendorong ke arah stress. Melalui pengalaman menyiapkan kerja kursus ini, perkara yang paling penting yang saya pelajari ialah minda perlu sentiasa positif dan kita perlu bersikap terbuka dalam menerima kritikan yang membina. Jika minda kita tertutup untuk menerima sebarang kritikan dan berfikiran negatif, bukan sahaja akan menyebabkan persengketaan malah akan menjurus ke arah perpecahan dalam kumpulan. Saya telah beberapa kali berasakan bahawa akibat tidak mengawal emosi dengan baik, perkara kecil sekalipun akan menyebabkan saya mudah tersinggung. Kesimpulannya, kita perlu lupakan perkara yang remeh dan fokus terhadap hal yang lebih penting kerana perkara yang remeh itu akan menyebabkan gangguan terhadap usaha untuk mencapai matlamat utama sesuatu organisasi atau individu. Richard Carlson penulis buku motivasi mengatakan bahawa, Don't sweat the small stuff...and it's all small stuff.

250

JONATHAN JUANIS Pada 19 Mac 2012 yang lalu kami telah menerima soalan tugasan KKBI bagi subjek EDU3106 daripada pensyarah penyelaras subjek ini iaitu, Cik Siti Khadadiah binti Mohammed bajuri. Beliau telah memberikan penerangan yang terperinci mengenai tugasan ini kepada kami pada hari yang sama. KKBI bagi subjek ini merupakan satu tugasan yang wajib diambil oleh semua guru pelatih PISMP Semester 5. Tugasan ini memerlukan kami untuk menghasilkan satu produk yang bukan berbentuk projek iaitu Modul EDU3106 Budaya & Pembelajaran Sepanjang pelaksanaan tugasan ini saya telah menghadapi beberapa cabaran dan dugaaan. Antaranya ialah kesukaran untuk mencari maklumat yang berkaitan, kekurangan buku yang sesuai, kekurangan kemahiran melibatkan penggunaan teknologi serta perisianperisian yang sesuai dan banyak lagi. Namun begitu, kekangan-kekangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya merasakan ini adalah sebahagian daripada dugaan dan juga cabaran yang perlu dihadapi sesorang untuk berjaya. Tugasan ini pula memerlukan kami untuk menyiapkannya secara berkumpulan di mana, setiap kumpulan mempunyai tajuk yang berbeza-beza. Kumpulan saya sendiri terdiri daripada Munirah, Lim Ai Teng, Mohd. Hanafie dan saya sendiri. Kumpulan kami ditugaskan untuk menyiapkan satu modul bagi tajuk Ketaksamaan Peluang Pendidikan yang mana ianya mempunyai beberapa sub-topik di dalamnnya. Kami telah membahagi-bahagikan tugasan dalam kumpulan ini yang mana setiap individu bertanggungjawab untuk menyiapkan modul bagi setiap sub-topik yang mereka terima. Saya sendiri ditugaskan untuk menyiapkan sub-topik mengenai Isu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Murid Orang Asli, Peribumi dan Murid di Pedalaman. Pada mulanya saya mengalami masalah untuk mencari maklumat mengenai topik ini tetapi selepas bertanya dengan rakan-rakan sekumpulan serta rakan sekelas akhirnya saya berjaya mengatasi masalah tersebut. Mereka telah mengesyorkan kepada saya beberapa buku serta laman web yang mempunyai maklumat mengenai tajuk atau sub-topik ini yang memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga banyak merujuk kepada buku yang kami telah beli sebelum ini iaitu Budaya dan Pembelajaran dan ianya sangat memuaskan hati saya kerana banyak maklumat serta idea-idea baru yang saya dapatkan dari buku tersebut. Selepas menyiapkan bahagian saya ini, saya telah memperlihatkannya kepada rakan sekelas saya untuk diberi komen. Daripada komen yang mereka berikan saya telah membuat beberapa penambahbaikan supaya ianya menepati skema yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga telah menambahkan beberapa maklumat yang perlu dalam tugasan ini iaitu soalan serta skema jawapan yang perlu dibuat bagi setiap sub-topik yang terdapat dalam modul. Ketika membuat skema jawapan, saya telah banyak merujuk kepada bahanbahan rujukan yang telah saya kumpulkan seperti Buku Budaya dan Pembelajaran serta maklumat yang saya kumpul dari internet. Ketika membuat skema jawapan ini juga saya telah mempelajari pengalaman baru iaitu bagaimana untuk mendapatkan satu skema jawapan yang menepati kehendak soalan. Ini kerana, sebelum ini saya hanya menerima skema jawapan dari buku atau pensyarah tetapi kali ini saya harus berusaha untuk mencari skema jawapan yang menepati kehendak soalan yang saya cipta. Daripada pemerhatian saya dalam topik yang kami terima ini, saya melihat bahawa ketaksamaan peluang pendidikan ini sudah sekian lama diperbincangkan namun belum mencapai jalan penyelesaian yang yang terbaik. Isu ini telah memberikan impak yang sangat besar terhadap pendidikan di Malaysia terutamanya kepada sekolah, masyarakat serta setiap individu yang terlibat dalam isu ini. Ketaksamaan peluang pendidikan amat ketara dalam unsur unsur kelas sosial, jantina, serta kumpulan etnik lain yang disebabkan 251

oleh factor geografi, taraf sosioekonomi dan pegangan budaya tradisional. Namun begitu, tindakan Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dalam mengatasi masalah ini haruslah diberikan pujian. Ini kerana, pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 telah merapatkan jurang pencapaian digital dan ketaksamaan peluang iaitu seperti meningkatkan kadar penyertaan murid sekolah rendah, pemantapan kualiti guru, peningkatan infrastuktur sekolah tanpa mengira lokasi dan peningkatan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengintegrasian teknologi maklumat. Semasa menjalankan ini juga, saya telah melakukan beberapa penambahbaikan dalam pelaksanaan tugasan iaitu menyiapkannya lebih awal supaya tidak terlalu tertekan untuk menyiapkannya pada saat-saat akhir. Ini kerana sebelum ini, saya selalu menyiapkan tugasan di saat-saat akhir kerana pertindihan tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar pada masa yang hampir sama. Saya juga bernasib baik kerana kali ini adalah tugasan ini dijalankan secara berkumpulan berbanding tugasan sebelum ini yang dilaksanakan secara individu. Pelaksanaan secara berkumpulan ini sebenarnya sangat baik kerana tugasan yang diberikan dapat dilakukan secara koperatif kerana setiap individu mempunyai bahagianbahagian tertentu yang perlu disiapkan. Ini bermakna, jika ada ahlidalam kumpulan yang tidak menyiapkan kerja mereka atau melengah-lengahkan bahagian yang perlu disiapkan ianya akan memberi impak kepada seluruh kumpulan. Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa tugasan kali ini sedikit mencabar kerana selalunya kami akan melaksanakan tugasan yang berbentuk projek tetapi ianya berlainak pada kali ini iaitu tugasan yang memerlukan kami untuk membina satu modul yang boleh digunakan dalam prosen pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini juga menjadikan saya lebih aktif dalam melaksanakan tugasan kerana saya perlu bergaul dengan ramai rakan lebih-lebih lagi rakan dari opsyen yang berlainan. Ini kerana, sebelum ini k=saya hanya menjalankan kolaborasi dengan rakan-rakan sekelas tetapi oleh kerana setiap tajuk tugasan kami adalah berbeza, saya terpaksa mencari rakan-rakan dari opsyen lain untuk menjalankan kolaborasi serta berbincang mengenai idea-idea yang mereka boleh kongsikan dalam tugasan ini. Daripada pergaulan ini, ianya sedikit sebanyak mengeratkan silaturrahim antara kami disamping pertukaran ilmu yang berlaku. Kolaborasi ini juga telah menyingkapkan kepada saya bahawa setiap individu mempunyai idea mereka sendiri dalam melakukan sesuatu tugasan itu. Kadang-kadang ada idea yang boleh diterima dan ada juga idea yang keluar daripada konteks. Dalam situasi inilah semangat kesetiakawanan itu terjalin dimana rakan yang membuat kesilapan itu ditegur oleh rakan-rakan yang lain manakala rakan yang mempunyai idea yang bernas mengongsikannya kepada rakan-rakan yang lain. Sebagai kesimpulan, saya berharap agar tugasan yang kami siapkan ini akan menjadi satu tugasan yang memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan. Selain itu, saya juga berharap agar tugasan yang saya laksanakan ini tidak menjadi sia-sia tetapi akan membuat saya untuk lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru yang bertyanggungjawab bukan hanya kepada diri sendiri sahaja tetapi juga kepada pelajar yang akan saya ajar nanti.

Sekian.

252

LIM AI TENG Dengan berkati daripada Tuhan, saya dan ahli kumpulan saya telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Ahli saya terdiri daripada Munirah binti Abdul Halim, Jonathan Juanis, Mohd. Hanafie bin Usimin dan saya. Tajuk kerja kursus kali ini ialah penghasilan produk yang bukan berbentuk projek (Modul Edu 3106 Budaya dan Pembelajaran). Modul merupakan pakej terancang, memberi tumpuan kepada kemahiran tertentu dan penguasaan unit pendidikan yang meliputi daripada topik tunggal kepada topik yang seterusnya berdasarkan pentaksiran kriteria, aras perkembangan teknologi maklumat, alat interpretasi sosial dan tindakan komunikatif, iaitu dalam budaya dan pembelajaran, unsur yang tidak kurang pentingnya.. Tujuan modul disediakan adalah untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran secara bestari (pembelajaran arah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri). Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang corak dan gaya pembelajaran mereka. Hal ini lebih berkesan jika pelajar menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian mereka. Modul ini ditulis mengikut susunan tajuk. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu pelajar mengingat semula apa yang telah pelajari atau membuatkan pelajar memikirkan tentang apa-apa yang telah baca. Bagi latihan-latihan yang diberikan, pelajar boleh berbincang dengan rakan supaya mereka mendapat lebih banyak faedah lagi. Jawapan juga disediakan untuk pelajar-pelajar sebagai rujukan. Selain itu, soalan refleksi kendiri dan soalan uji tahap kefahaman terhadap sesuatu topik telah disediakan untuk menggalakan pengguna modul untuk berfikir secara kritikal. Di dalam modul ini beberapa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa-apa yang harus dibuat. Ikon yang digunakan haruslah senang difahami dan fungsi ikon perlu dijelaskan secara teliti. Saya berpendapat bahawa kerja kursus ini sangat menarik kerana kali ini merupakan kali pertama saya menghasilkan modul sendiri. Saya tidak pernah memikirkan bahawa saya boleh menyediakan modul sendiri. Saya telah mempelajari cara untuk menyusun maklumat yang dikumpul dan membuat pengubahsuaian serta modifikasi supaya maklumat tersebut sesuai dimasukkan ke dalam modul. Sebagai seorang guru, pembelajaran bagi penghasilan modul adalah penting kerana apabila kami menjadi seorang guru nanti, kami boleh menghasilkan modul sendiri yang bersesuaian dengan tahap muridmurid. Mereka dapat merujuk kepada modul kami sebagai bahan rujukan atau nota tambahan. Modul yang baik dapat membantu membuat ulang kaji dengan berkesan dan mencapai keputusan yang baik nanti. Kelas kami telah membuat undian untuk memilih tajuk. Kami mendapat tajuk ketaksamaan peluang pendidikan. Subtopiknya terdiri daripada kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti, murid berkeperluan khas, dan orang asli, indigenous, serta pedalaman. Saya berasa bersyukur kerana saya dapat membuat modul tentang tajuk yang begitu bermakna ini. Kami telah membahagikan tugas antara kumpulan dan saya telah memilih ketaksamaan peluang pendidikan untuk murid berkeperluan khas. Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran begitu prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu pendidikan termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan telah diberi cukup perhatian. Selain itu, dasar-dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut memperkukuhkan lagi pendidikan di Malaysia. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia. Implikasi ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada perutusan Tahun Baru 2006 Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan, merapatkan jurang pendidikan yang merangkumi jurang antara bandar dan luar bandar, jurang antara yang miskin dan kaya, jurang digital dan jurang antara mereka yang 253

berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara Petikan dari ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan agar tidak ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Murid berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa yang luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Kumpulan ini dianggap istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Murid-murid ini mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi. Persekitaran pendidikan yang kurang kondusif bagi mereka menyebabkan golongan ini tertinggal. Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku, tingkah laku terbias, tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman serta mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara. Dengan ini, mereka memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan mereka berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya. Terdapat 7 kategori murid berkeperluan khas, iaitu kerencatan mental, bermasalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku, cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi, cacat penglihatan, cacat fizikal, dan pintar-cerdas dan berbakat istimewa. Pada zaman penjajahan British, usaha untuk membangunkan pendidikan berkeperluan khas telah dilakukan oleh golongan agama dan sukarelawan. Selepas merdeka, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menunjukkan inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk memajukan sistem pendidikan dan bekerja keras untuk mempertingkatkan kemudahan di semua sekolah. Justeru, kemudahan dan perkhidmatan pendidikan bagi golongan pelajar berkeperluan khas ini telah mengalami zaman paradigms terutamanya dalam tempoh tahun 1960 dan seterusnya. Hal ini adalah kerana pihak kerajaan telah merangka satu dasar pendidikan nasional yang komprehensif dan menjadikan perkara mengenai pendidikan khas sebagai sebahagian daripada agenda penting dalarn usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi bagi golongan istimewa di Malaysia. Murid berkeperluan khas dapat menuntut ilmu dengan baik jika dibandingkan dengan masa dahulu. Masyarakat juga lebih menumpukan perhatian terhadap mereka. Saya berasa bersyukur kerana saya dapat dilahirkan sebagai insan yang tidak mempunyai kecacatan dari segi mental dan fizikal. Selepas menyiapkan projek ini, saya telah lebih memahami murid berkeperluan khas dan berazam untuk menolong mereka dengan sedaya upaya apabila saya bekerja nanti. Walaupun saya tahu saya mesti menghadapi banyak masalah apabila mengajar murid berkeperluan khas, tetapi saya akan menganggap proses pengajaran tersebut sebagai pengalaman baru dalam kehidupan saya. Sebagai seorang guru, saya bertanggungjawab untuk mendidik murid berkeperluan khas ini kerana pendidikan haruslah sama rata bagi setiap murid tidak mengira latar belakang dan tahap sosial. Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik. Saya berasa sedih apabila ketaksamaan peluang pendidikan bagi golongan ini masih berlaku pada zaman ini. Kekangan yang berlaku di sekolah telah menyekatkan Program Pendidikan Khas, kelas inklusif, dan lain-lain untuk dilaksanakan di sekolah. Contoh kekangan ialah kekurangan prihatin daripada Guru Besar terhadap murid berkeperluan khas ini kerana ada Guru Besar yang menganggap golongan ini sebagai batu sekatan untuk menghalang sekolah untuk mencapai kecemerlangan. Hal ini amat menyedihkan kerana erti pendidikan yang sebenar telah dihapuskan demi semata-mata untuk menjaga nama baik sekolah. Ada juga guru sekolah yang memandang rendah terhadap guru berpendidikan khas sekolah dan tidak ingin bekerjasama dengan mereka. 254

Institusi Pendidkan Guru telah membekal dan melambak guru setiap tahun ke pasaran. Namun, adakah setiap guru yang dipasarkan itu benar-benar bersedia untuk mengharungi profesion ini. Profesion ini memerlukan tahap professional yang tinggi untuk seorang guru itu benar-benar berwibawa. Pencapaian di transkip akhir pengajian pendidikan belum boleh menjamin tahap profesional guru itu. Persoalan yang boleh dibangkitkan ialah sejauh mana guru-guru ini atau guru yang sedia dilantik di sekolah benar-benar bertingkah laku dan berpemikiran professional? Sebagai guru yang profesion, kami tidak boleh mempunyai pemikiran yang bias terhadap murid-murid kami. Kami perlu menjalankan tugasan kami yang mulia ini dan menyebarkan kurikulum kepada semua murid secara adil. Kesabaran yang tinggi merupakan elemen penting yang harus dimiliki oleh seorang guru. Saya berharap saya dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran ini suatu hari nanti. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya dan rakan saya yang memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

255

NURHAFIZAH FATIN BINTI MOHAMAD HAMSAN Semasa menerima tugasan ini saya berasa senang dan mudah untuk selesaikan kerana sebelum ini saya telah berpengalaman membuat modul pendidikan bersama ahli kelas yang lain. Jadi tugasan ini menjadi satu kelebihan untuk saya buat lebih baik daripada sebelumnya. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan, jadi saya dan ahli kumpulan berbincang dan membahagikan tugasan bagi menyiapkan tugasan ini dengan efektif. Tugasan ini adalah menghasilkan satu modul untuk mengumpulkan semua topik dalam budaya dan pembelajaran. Kumpulan saya telah mendapat tajuk terakhir iaitu tajuk 7 mengenai Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang mesra budaya. Tajuk ini banyak membincang mengenai projek-projek atau insiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan khususnya Orang Asli, penduduk peribumi dan penduduk pedalaman. Nampak senang dan mudah untuk membuat mengenai tajuk ini namun setelah mencari maklumat dan membaca beberapa sumber ialah sebaliknya daripada tanggapan dan pengalaman saya sebelum ini. Disebabkan masa yang agak singkat untuk menyiapkan tugasan ini saya dan ahli kumpulan kurang dapat berjumpa untuk berbincang persoalan-persoalan tentang tajuk ini kerana waktu menyiapkan tugasan ini adalah waktu semasa praktikum. Saya telah mencari tajuk mengenai pelan tindakan untuk Orang Asli dalam mewujudkan budaya mesra budaya. Saya mengalami kesukaran dalam memahami tajuk ini kerana kebanyakan maklumat yang saya perolehi adalah merangkumi pelan tindakan mengenai orang Asli Orang Asli, Indigenous dan Pedalaman. Pelan tindakan untuk Orang Asli sahaj agak sukar untuk dihuraikan. Selain itu juga, tajuk ini saya belum mempelajarinya jadi beberapa huraian dan istilah digunakan dalam topic saya kurang memahaminya. Saya berasa keliru mengenai tugasan ini dan tertekan untuk menyiapkan tugasan ini pada waktu yang ditetapkan. Saya cuba mencari jawapan kepada masalah saya dalam memahami tugasan ini. Apakah saya tidak memahami soalan tugasan dengan baik? Adalah maklumat saying perolehi kurang mencukupi? Adakah saya tidak berbincang dengan ahli kumpalan saya yang lain untuk mendapatkan idea? Adakah saya tidak menyediakan draft tugasan untuk memulakan penulisan ilmiah? Adakah saya tidak berjumpa dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan penerangan dengan jelas dan mendapatkan bimbingan. Saya begitu risau dan sangat bimbang jika saya tidak dapat menyelesaikan tugasan ini kerana waktu penghantaran sudah hamper dan saya hendaklah menyiapkan tugasan ini dengan segera. Jika saya berterusan begini tanpa mendapatkan bimbingan daripada pensyarah pembimbing saya , saya yang bersalah jika saya melakukan kesalahan dalam tugasan ini dan mendapat markah yang rendah kerana taklimat mengenai tugasan ini sudah diberikan lebih awal. Walau bagaimanapun, saya sentiasa berfikiran positif dan tidak putus asa untuk menyelesaikan masalah ini. Saya percaya setiap masalah ada penyelesaiannya jika kira rajin berusaha untuk mencari penyelesainnya. Saya teringkat nasihat pensyarah saya untuk tidak sombong bertanya jika tidak tahu seperti pepatah melayu ada menyebutkan jika tidak bertanya sesat jalan. Saya cuba mengambil pepatah ini untuk menyelesaikan masalah saya dengan berjumpa pensyarah saya untuk membincang mengenai tajuk ini. Beliau telah memberitahu saya bahawa tajuk ini tidak sesukar yang saya rasanya. Saya hendaklah membaca secara keseluruhan topik ini terlebih dahulu untuk memahami konsep-konsep dan isi-isi penting dalam topik dan membuat carta alir atau peta minda mengenai pelan tindakan Orang Asli untuk membezakan beberapa setiap subtopik dan saya dapat memulakan tulisan ilmiah dengan adanya garisan panduan dalam menyusun ayat yang sesuai. Saya juga hendaklah berfikiran secara kreatif dalam menghuraikan tajuk ini supaya penerangan dapat disampaikan dengan jelas dan mudah.

256

Selain itu juga, saya berbincang dengan ahli kumpulan mengenai tugasan ini, mendapatkan idea daripada mereka apakah isu utama dalam topik ini. Maklumat yang diperolehi juga dikongsikan untuk membantu menyiapkan tugasan ini. Saya perlu mencari maklumat tambahan dalam menyokong huraian saya dan memberi penerangan yang menyakinkan mengenai pelan tindakan Orang Asli. Saya juga bertukar-tukar idea dengan ahli kumpulan saya, Muhamad Syafiq. Beliau mencadangkan saya merujuk buku budaya dan pembelajaran dalam mendapatkan gambaran untuk memulakan penulisan mengenai pelan tindakan Orang Asli. Saya terus merujuk dan membaca buku budaya dan pembelajaran mengenai tajuk 7, barulah saya faham dan mendapat idea dalam menghuraikan subtopik ini. Saya terus memulakan penulisan saya dengan mendapat sumber rujukan daripada lain iaitu internet dan majalah saya kumpulkan dan rumuskannya menjadi satu penulisan yang baik dan berkualiti. Tugasan pembinaan modul ini telah memberi pengalaman bermakna dan baru kepada saya dan dapat saya aplikasikan menjadi guru kelak. Saya telah menjadi pengalaman menghasilkan modul untuk membuat modul lain pada masa akan datang dengan menggunakan format modul berserta ikon-ikon yang sesuai. Penggunaan ikon-ikon ini juga telah mengajar saya untuk membina soalan pemahaman kendiri dan reflek bagi sesuatu topik yang kita pelajari. Soalan yang dibina mestilah yang dapat reflek kepada pembaca dan pembaca berfikir dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Tugasan ini juga mengajar saya dalam membina soalan objektif, struktur dan esei dengan menggunakan aras-aras dalam pembinaan soalan iaitu daripada aras pemahaman konsep kepada aras analisis. Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab utama dalam membina soalan-soalan dalam peperiksaan.Tugasan ini telah memberi pengalaman secara langsung dalam membina soalan-soalan yang berkualiti. Barulah saya sedar bahawa dalam membina soalan yang jelas dan berkualiti bukanlah senang saya perlu melihat daripada beberapa sumber dalam membina soalan yang sesuai untuk pembaca saya. Selain itu juga, tugasan ini telah memberi peluang kepada saya secara langsung untuk mengulangkaji khursus budaya dan pembelajaran dalam persediaan untuk menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Saya juga telah memahami dengan jelas topi7 7 iaitu mengenai pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya kerana saya telah membuat pembacaan daripada pelbagai sumber dan penerangan yang jelas mengenai tajuk ini. Saya berasa lega dan gembira setelah dapat menyiapkan tugasan ini kerana telah memberikan saya pengalaman dan pengetahuan baru dalam menghasilkan modul dan membuat penulisan ilmiah yang betul. Masalah yang saya hadapi sepanjang membuat tugasan ini saya segera mencari penyelesaiannya dengan membuat perancangan teratur dan meminta bimbingan dan nasihat pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Saya telah mendapat pengajaran dalam membina tugasan ini iaitu saya hendaklah rajin bertanya untuk mendapatkan jawapan yang jelas. Saya juga tidak terburu-buru dalam membaca soalan tugasan, saya perlu membaca soalan untuk mendapatkan kefahaman dan seterunsya menganalisi soalan itu untuk diselesaikan. Penghasilan sesuatu modul juga perlu mendapat sumber-sumber rujukan yang pelbagai seperti daripada internet,jurnal, majalah dan sebagainya untuk menyokong faktafakta yang dinyatakan dalam topik yang hendak dihuraikan. Saya juga semakin mengenali diri saya sendiri dengan mengatasi kelemahan-kelemahan dalam menyelesaikan tugasan ini. Kerjasama dalam kumpulan juga penting dalam menghasilkan sesuatu tugasan dengan baik. Nilai kerjasama dan tolong menolong telah diterapkan sepanjang tugasan ini memudahkan proses pengahasilan modul ini. Saya juga dapat aplikasikan semangat kerjasama ini dalam memegang tugas sebagai guru di sekolah kelak.

257

Setelah selesai menyiapkan tugasan ini saya berasa puas hati dengan penghasilan modul budaya dan pembelajaran ini. Sesuatu yang pada awalnya sukar untuk dibuat tetapi dengan semangat bersungguh-sungguh sesuatu tugasan itu menjadi mudah dan senang. Segala pengalaman dan idea baru yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini akan saya jadikan panduan dan diaplikasi sebagai guru di sekolah nanti. Saya berharapa aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru telah saya aplikasikan secara langsung dan tidak langsung. Tugasan ini juga sebagai titik permulaan saya untuk menjadi seorang pendidik yang efektif dalam membina anak bangsa yang Berjaya. Semoga penghasilkan modul ini dapat dijadikan rujukan atau panduan kepada orang lain. Terima Kasih.

258

NUR AZIMAH BINTI ABDUL MIN Pada 19 Mac 2012 bersamaan dengan hari Isnin, kami telah diberikan taklimat mengenai tugasan EDU3106 bagi pelajar-pelajar PISMP Semester 5. Tugasan pada kali ini mengkehendaki kami untuk menghasilkan satu produk yang bukan berbentuk projek iaitu Modul EDU3106 Budaya dan Pembelajaran yang dilakukan secara berkumpulan. Saya bersama Kamalul Ariffin Bin Alias dan Mas Afiezul Zarien Bin Masnon telah mendapat tajuk yang ke tiga iaitu Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya. Kami perlu menghubungkaitkan pelbagai unsur dalam perancangan atau trnsformasi berkaitan tajuk yang diberikan dan melaksanakan perbincangan secara ilmiah yang mengambil kira pendapat para pembimbing dan rakan kelas berlainan opsyen.

Pada mulanya, kami agak keliru dengan kehendak sebenar tugasan ini memandangkan ini adalah kali pertama kami menghasilkan satu modul. Kami tidak mendapat gambaran bagaimana untuk menghasilkan sesebuah modul. Oleh itu, kami telah membuat perbincangan bersama-sama rakan yang lain dan saling bertukar pendapat tentang penghasilan modul ini. Kami juga mendapat idea-ideaa berkenaan modul ini dengan bantuan dan contoh yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah kami. Ribuan terima kasih kami ucapakan kepada pensyarah-pensyarah kami yang banyak membantu dalam menyempurnakan tugasan ini. Sebelum memulakan tugas, kumpulan telah membuat perbincangan bersama tentang pembahagian tugas bagi tajuk yang kami perolehi. Hal ini bagi memudahkan kami melakukan tugasan kami. Kami juga telah membuat perbincangan dan perjumpaan dengan rakan-rakan opsyen lain untuk saling bertukar pendapat dan idea tentang implikasi kepelbagaian sosio budaya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Saya mendapat banyak pengetahuan baru sepanjang menghasilkan modul ini. Terutamanya dari segi penghasilan modul itu sendiri. Ini adalah kali pertama saya membuat tugasan seperti ini dan banyak yang saya pelajari. Saya sudah mengetahui apa yang perlu diletakkan dalam sesebuah modul dan bagaimana untuk melakukannya secara sistematik. Selain itu, saya juga dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kepelbagiaan budaya dalam masyarakat kita di Malaysia ini dan bagaimana ia dapat memberi kesan terhadap murid, guru dan sekolah. sebagai seorang guru, pengetahuan dan pengalaman seperti ini amat memberi kebaikan dan kelebihan kepada kami. Kami dapat mengaplikasikan pengetahuan ini di dunia pengajaran sebenar kelak. Ia sesuatu yang kurang baik sekiranya kami mempunyai pengetahuan yang amat sempit tentang budaya murid-murid kami sendiri kerana perbezaan budaya ini akan mempengaruhi strategi pembelajaran dan kaedah yang kami akan gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kami.

Pada pandangan saya, seorang guru perlu mengetahui dan memahami budaya murid-muridnya. Melalui perbezaan budaya ini, guru dapat menghasilkan dan merancangkan kepelbagaian kaedah dan strategi yang bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Contohya, pembelajaran koperatif dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dan berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Walaupun gaya berkomunikasi antara mereka adalah berbeza tetapi melalui tugasan yang dihasilkan oleh guru, mereka akan menggunakan satu bahasa yang difahami dan persefahaman antara mereka juga mudah diperolehi. Selain itu, pembelajaran koperatif ini juga menggalakkan murid-murid saling berkongsi antara satu sama lain di samping mengenali budaya mereka masing-masing. Oleh itu, amatlah baik bagi seorang guru untuk menggunakan strategi ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

259

Semasa saya berada di sekolah untuk menjalani praktikum Fasa 1, saya dapat melihat situasi kepelbagaian budaya ini secara lebih dekat. Saya menjalani praktikum saya di SRK. St. Aloysius di mana hampir 99% guru-guru dan murid-muridnya adalah bukan Islam. Pada awalnya, saya berasa gementar untuk mengajar di sekolah tersebut memandangkan terdapat jurang dan perbezaan budaya yang sangat ketara. Selama saya terlibat dengan aktiviti sekolah sejak di bangku sekolah lagi, saya tidak pernah mengalami dan mengetahui bagaimana budaya guru dan murid-murid di sekolah yang lebih ramai bukan Islam berbanding Islam. Tetapi di sekolah tersebut banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi. Contohnya, pengurusan perhimpunan pagi yang biasa dilaksanakan di setiap sekolah. Kebiasaannya saya mendengar doa yang dibaca pada pagi perhimpunan adalah doa bagi orang Islam namun, pada hari itu adalah kali pertama dalam hidup saya melihat doa bagi orang bukan Islam dibacakan pada perhimpunan pagi. Walaubagaimanapun, itu adalah budaya bagi sekolah tersebut memandangkan sekolah tersebut adalah SRK. St.

Perbezaan budaya juga dapat dilihat dari segi jantina di mana saya dapat melihat murid-murid perempuan lebih mematuhi peraturan berbanding dengan murid-murid lelaki. Namun, pencapaian akademik bagi murid-murid lelaki pada awal persekolahan iaitu pada Tahap Satu lebih menonjol dan baik berbanding murid perempuan. Apabila masuk ke Tahap Dua, pencapaian murid lelaki mula merosot dan masalah disiplin mereka juga semakin berleluasa. Guru perlu mempunyai cara dan strategi untuk mendekati mereka dan memberikan nasihat ataupun semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan dan mengekalkan pencapaian yang baik. Bagi saya, murid-murid lelaki tidak gemar didesak dan dipaksa untuk melakukan sesuatu tugasan. Mereka akan lebih bersemangat sekiranya terdapat peneguhan positif yang diberikan oleh guru-guru. Oleh itu, guru perlu mengambil pelbagai inisiatif yang berkesan untuk murid-murid seperti ini. Guru perlu bijak dan kreatif dalam usaha mengenal dan mendekati murid-muridnya.

Di samping itu, saya juga dapat melihat perbezaan taraf dan kelompok sosial di sekolah tersebut mempengaruhi pencapaian dan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, anak-anak guru lebih menonjol berbanding dengan muridmurid yang berasal dari keluarga yang susah. Murid-murid tersebut lebih sukar di kawal dan menunjukkan masalah disiplin yang lebih tinggi. Hal ini berlaku berkemungkinan kerana budaya yang berbeza semasa berada di rumah. Komunikasi murid-murid yang berasal dari keluarga susah lebih kasar dan tidak formal. Mereka bercakap dengan guru seolah-olah guru itu adalah rakan mereka. Tetapi, mereka lebih cepat mesra dengan guru berbanding dengan murid-murid yang berada pada kelompok yang lebih tinggi. Guru harus memberi layanan yang sama rata untuk murid-muridnya agar mereka tidak berasa tersisih dan tidak dihargai.

Saya juga mempelajari banyak budaya yang berbeza sepanjang usaha saya menyempurnakan tugasan ini. Perbincangan antara rakan-rakan membantu saya mengenali dan mendekati budaya lain. Ad yang baru bagi saya dan ada juga yang telah lama saya ketahui. Saya mendapati masih terlalu banyak yang saya tidak ketahui mengenai budayabudaya yang terdapat di negara kita ini memandangkan kita mempunyai terlalu banyak kaum dan etnik terutamanya di Sabah dan Sarawak. Sebagia seorang guru saya perlu terus belajar agar saya dapat meningkatkan diri saya dan memudahkan saya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk murid-murid saya nanti. 260

Menjadi guru adalah mudah tetapi untuk menjadi seorang guru dan kawan kepada murid-murid kita bukanlah mudah. Terlalu banyak lagi yang saya perlu pelajari. Saya berharap melalui ilmu-ilmu dan pengetahuan yang baru saya perolehi ini dapat membantu saya menjadi seorang guru yang penyayang, memahami dan disenangi oleh murid-murid saya agar ilmu yang saya berikan dapat membantu mereka menjadi insan berguna kelak.

261

NUR AKMAL BINTI ISHAK Pada semester ini, saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk menghasilkan sebuah modul pengajian professional Budaya Dalam Pembelajaran (EDU 3106). Setiap kumpulan telah diberikan tajuk masing-masing untuk melakukan tugasan ini. Melalui penghasilan modul ini, guru pelatih secara tidak langsung akan mendapat pengetahuan mengenai budaya dalam pembelajaran. Guru pelatih juga akan melakukan beberapa rujukan dari pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang sesuai dengan tajuk yang diperoleh. Saya dan rakan-rakan telah diberikan taklimat tentang tugasan ini oleh Ketua Penyelaras EDU 3106 ini di Dewan Utama Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu. Saya telah hadir pada hari taklimat tersebut tetapi agak terlewat kerana menjalani Praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Kepayan. Walaubagaimanapun, Ketiua Penyelaras telah memberikan taklimat yang lengkap mengenai penghasilan modul dan disertakan dengan soalan, ahli kumpulan, borang kolaborasi dan juga contoh modul untuk memudahkan penghasilan modul ini. Pada mulanya, saya berasa sedikit keliru dan kurang faham tentang bagaimana untuk menghasilkan modul ini. Disebabkan oleh kekeliruan ini, saya telah merujuk kepada rakan-rakan yang hadir awal pada taklimat ini. Setelah diterangkan oleh rakan, saya dapat memahami kehendak soalan tugasan ini. Sebelum melaksanakan modul ini, saya dan rakan-rakan kumpulan telah mencari maklumat di perpustakaan untuk mencari rujukan buku. Saya merasakan bahawa bukan mudah untuk mencari maklumat tentang tajuk kami iaitu tentang pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Saya dan rakan mencari rujukan dari buku dan internet untuk dijadikan rujukan sebelum mengolah ayatnya. Kami juga telah membahagikan tugas masing-masing dalam mencari mekalumat suapaya mudah untuk menghasilkan tugasan ini. Kami juga berbincang tentang bagaimana untuk menghasilkan modul dengan ahli jawatankuasa matapelajaran EDU 3106 ini dalam memilih ikon yangs sesuai dan seragam. Berdasarkan contoh modul yang diberikan, saya telah mendapat gambaran yang sebenar tentang bagaimana untuk menghasilkan modul. Pernyataan dan tulisan yang diperoleh perlulah diperoleh daripada sumber-sumber yang sahih dan betul. Ini kerana, pengahsilan modul ini adalah merujuk kepada fakta tentang sesuatu tajuk. Jika kita meneliti tajuk yang diberikan, terlalu banyak perkara boleh dijadikan contoh dan teladan untuk kegunaan guru ketika di sekolah. Saya merasakan bahawa modul yang dihasilkan ini memudahkan para guru pelatih untuk belajar sekaligus menghasilkan tugasan. Ketika mencari maklumat tentang merancang dan melaksanakan pelan tindakan bagi kawasan pedalaman, saya memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang tajuk ini. Saya juga turut membaca maklumat daripada Rancangan Malaysia Ke-9 dan 10 (RMK-9 dan RMK-10). Melalui pembacaan ini, barulah saya tahu kehendak kerajaan yang sebenar mengenai pendidikan pada masa kini. Banyak rancangan yang telah dibuat oleh kerajaan dalam mendapatkan hasil yang terbaik daripada rakyat-rakyatnya. Peranan kerajaan dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan untuk rakyat bukanlah mudah tetapi memerlukan kerjasama daripada rakyat juga. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong kehendak kerajaan dalam mengahsilkan yang terbaik untuk kebaikan bersama. Kita juga perlu selalu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian agar nilai-nilai murni tidak luput dari kehidupan kita. Selain itu, penerapan nilai mesra budaya juga perlu dalam kehidupan seharian. Perdana Menteri kita yang ke-6 ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sering menegaskan tentang 1 Malaysia. 1 Malaysia ini menunjukkan bahawa mesra budaya itu sangat penting dalam kehidupan seharian. Saya sebagai guru pelatih yang bakal menjadi guru, perlu tahu tentang

262

bagaimana untuk menerapkan nilai-niali murni dan nilai mesra budaya kepada murid-murid supaya murid-murid tidak berada dalam kelompok yang sama sahaja. Seterusnya, saya juga turut berkolaborasi bersama ahli kumpulan yang lain daripada opsyen yang lain untuk berbincang mengenai tajuk ini. Mereka turut memberikan kerjasama dalam memberikan idea dan cadangan. Kemudian, saya dan ahli kumpulan membuat perbincangan tentang bagaimana untuk membuat modul berdasarkan subtopik yang telah dibahagikan. Saya berasa beruntung kerana memperoleh ahli kumpulan yang sangat memberikan kerjasama dalam menghasilkan modul ini. Berdasarkan pelan tindakan dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya, saya mendapati bahawa setiap guru dan guru pelatih perlu mengetahui tentang tajuk ini. Ini kerana, pelan tindakan sangat penting jika kita mendapat kelas yang mempunyai pelbagai jenis bangsa dan agama. Pengetahuan tentang pengurusan kelas, kumpulan dan komunikasi di dalam bilik darjah sangat penting sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini bagi mengelakkan semangat assabiyah dalam kelas. Semangat assabiyah adalah pergaulan satu kelompok kumpulan yang mempunyai satu bangsa sahaja. Kumpulan ini tidak bergaul dengan kumpulan lain yang mempunyai bangsa yang lain. Perkara ini akan menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru-guru perlulah mengambil tindakan yang wajar dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dan 1 Malaysia. Selain itu, saya sabagai guru pelatih perlu tahu bagaimana untuk merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar. Ini kerana saya belum ditempatkan di tempat yang sebenar untuk mengajar. Oleh itu, penting bagi saya untuk merancang pelan tindakan supaya saya dapat melaksanakan persekitaran yang mesra budaya dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Masyarakat seperti orang Asli, peribumi dan pedalaman perlulah mengamalkan sikap mesra budaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Saya mencadangkan bahawa mereka didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat di tempat-tempat terpencil. Walaupun sukar untuk berkomunikasi bersama orang luar, namun mereka perlu juga berkomunikasi untuk mengetahui isu-isu terkini terutama kepada muridmurid. Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini sering berubah-ubah, Oleh itu, masyarakat-masyarakat yang terpencil seperti orang Asli, peribumi dan pedalaman perlulah sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Selain daripada itu, saya turut berasa bersyukur kerana kerajaan kita berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan tempat. Masyarakat orang Asli, peribumi dan pedalaman akan memperoleh kemudahan dan insfrasturktur seperti keperluan fisiologi iaitu bekalan air dan elekrik. Dengan kemudahan ini, guru-guru dapat mendedahkan murid tentang penggunaan teknologi masa kini. Walaupun kaedah, dan pendekatan yang berbeza dalam mengajar masyarakat ini, tetapi mereka perlu didedahkan dengan persekitaran yang tidak ketinggalan berbanding bandar yang mempunyai banyak kemudahan. Secara keseluruhan, dengan mempelajari subjek EDU 3106 dan penghasilan modul ini, saya dapat mengenali banyak budaya dan bangsa. Saya perlu berfikiran terbuka tentang kaedah dan teknik yang sesuai mengikut kemampuan dan keperluan murid-murid. Keperluan murid sangat penting sebelum kita memulakan sesuatu pengajaran. penerapan nilai-nilai murid adalah sanagt penting kepada murid-murid. Selain itu, saya turut memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam penghasilan modul ini. Semoga saya dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan sebenar sebagai seorang guru di sekolah. InsyaAllah. Sekian, terima kasih. 263

SITI NURUL AFIQAH BINTI MOHD BAKRI Alhamdulillah, setelah selesai melaksanakan tugasan budaya pembelajaran, pelbagai input dan output yang telah saya pelajari . Kecanggihan teknologi sebenarnya merangsang kecemerlangan sekiranya menggunakannya di jalan yang betul. Melalui tugasan ini, saya banyak menerokai ilmu baru dan ilmu yang berfaedah dalam kehidupan dan kehidupan sebagai seorang guru. Kepelbagaian budaya dalam kehidupan sebenarnya mengajar kita apa itu kehidupan yang sebenar. Apabila melakukan tugasan ini, saya seperti diberi peluang untuk mengenali pelbagai etnik, budaya dan cara hidup kaum lain. Ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang ini. Di samping itu, melalui tugasan yang diberikan, saya juga dapat melihat ada persamaan dan perbezaan di antara etnik-etnik yang ada di Malaysia, seperti dalam kelahiran, perkahwinan dan sebagainya. Ini dapat membuka minda dan fikiran saya sebagai seorang guru, untuk berfikir lebih rasional dan seimbang dalam setiap tindakan yang dilakukan apabila menjadi pendidik kelak. Saya mempunyai pelbagai pandangan yang saya akan kongsikan mengenai tajuk yang telah saya siapkan dan secara keseluruhannya. Perkara menarik yang dapat saya lihat ialah di Malaysia, saya sangat mengagumi sifat perpaduan yang kita amalkan sehingga kini. Dengan sifat bersatu padu inilah menyumbang ke arah keharmonian Negara kita. Saya sangat berbangga dengan pemimpin kita dalam mewujudkan semangat patriotik 1 Malaysia. Dengan wujudnya program-program melibatkan semua kaum ini akan merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan mewujudkan semangat saling hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama. Kalau kita lihat negara-negara lain, kebanyakan mereka tidak mengamalkan sifat bersatu padu dan ini menyebabkan timbulnya masalah-masalah seperti peperangan, pergaduhan dan lain-lain lagi yang boleh menyebabkan negara itu sendiri musnah oleh rakyatnya sendiri. Kalau kita lihat dari konteks kepelbagaian sosio-budaya yang mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita, maka guru merupakan orang yang paling sesuai untuk membentuk murid-murid yang tergolong dalam pelbagai etnik dan latar belakang melalui pendidikan yang seimbang khususnya melalui amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Antara peranan guru yang boleh diamalkan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam konteks kepelbagaian budaya yang pertama ialah, melaksanakan banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifat koperatif. Faktor ini disebabkan guru seharusnya bertanggungjawab mengajar murid-muridnya tanpa mengelompokkan mereka mengikut kaum masing-masing dalam satu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpa membezakan murid dengan kelas sosial mereka. Peranan guru yang kedua adalah amalan penggunaan bahasa yang sesuai. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang mempunyai makna dalam menyampaikan mesej daripada penghantar kepada penerima samada ianya dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa amat penting dalam komunikasi dua hala antara guru dan murid, justeru, laras bahasa yang digunakan perlu bersesuaian dengan tahap umur murid yang mana ia boleh difahami oleh murid-murid berbilang kaum yang turut mempunyai dialek daripada bahasa ibunda mereka. Contoh yang mudah adalah amalan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika perbualan biasa di antara guru dan murid. Ketiga, adalah amalan penerapan nilai-nilai murni dan disiplin semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Proses penerapan ini dilakukan oleh guru dengan menyelitkan nilai-nilai murni secara implisit dan eksplisit menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan, mewujudkan peraturan di dalam bilik darjah yang 264

terkandung nilai-nilai murni dan berbentuk mesra budaya serta memberikan contoh melalui tauladan dengan mempamerkan perlakuan guru sendiri. Sebagai contoh, guru sentiasa menekankan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, bertolak ansur dan kerjasama semasa meminta murid melakukan aktiviti secara berkumpulan dan juga aktiviti perbincangan. Guru juga boleh mencipta peraturan-peraturan yang menggalakkan interaksi murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah seperti, Dilarang bercakap menggunakan bahasa dialek. Sila gunakan bahasa Melayu. Contoh yang terakhir ialah guru mempamerkan tingkahlaku positif kepada murid-murid seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopan santun, menggunakan laras bahasa yang sesuai dan lemah-lembut serta menunjukkan sikap adil kepada murid-murid tanpa mengambil kira perbezaan kaum, jurang kelas sosial mahupun perbezaan jantina mereka. Selain itu, guru perlu memilih bahan, merancang pengajaran yang bersesuaian dengan konteks kepelbagaian budaya dan murid-murid akan dapat mengaitkan bahanbahan tersebut kepada realiti kehidupan hari ini. Secara tidak langsung, murid akan bersemangat seterusnya membuat perkaitan di antara ilmu pengetahuan dan pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka sebagai ahli dalam sesebuah keluarga, masyarakat dan rakyat. Setelah tugasan ini siap, saya dapati antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Sebagai contoh selain saya terpaksa menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi, saya juga mempunyai tanggungjawab di sekolah dalam satu-satu masa. Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya. Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya dalam membantu menjelaskan segala kemusykilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi saya untuk bertindak dalam menjayakan kerja kursus ini dengan jayanya. Tugasan ini, memerlukan kerjasama yang baik bagi menghasilkan satu karya atau kerja yang berkualiti. Semua rakan saya telah memberikan komitment yang baik bagi menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tugasan modul ini dapat membantu kami semua dalam peperiksaan kelak serta dapat memberikan panduan kepada generasi yang akan datang. Modul ini sudah dirumuskan melalui pembacaan bahan-bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang lebih mudah dan jelas bagi memudahkan pelajar untuk memahami mengenai sesuatu topik. Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai faedah serta pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana segala ilmu yang saya pelajari telah dapat saya praktikkan semasa menyiapkan tugasan ini. Ini akan menjadikan saya lebih matang dalam menghadapi ranjau kehidupan dan akan menjadi titik tolak permualaan sebagai seorang guru yang akan memikul tanggungjawab yang besar. Sekian, terima kasih.

265

NORSAKINAH BINTI KULA Pada 19hb Mac 2012 yang lalu, satu taklimat kerja kursus bagi EDU 3106 iaitu Budaya dan Pembelajaran telah dijalankan di Dewan IPG Kampus Gaya. Taklimat ini dihadiri oleh semua guru pelatih PISMP Semester 5 dan dikendalikan oleh pensyarah penyelaras EDU 3106, Pn. Hjh. Siti Khadadiah. Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki untuk menyediakan satu modul bagi setiap opsyen. Dalam modul tersebut, kami perlu membuat nota atau maklumat berkaitan dengan tajuk-tajuk yang telah dipelajari dalam Budaya dan Pembelajaran. Berdasarkan kumpulan-kumpulan yang telah dibentuk, tajuktajuk yang terdapat dalam kursus ini telah diagih-agihkan kepada kumpulan mengikut tajuk. Saya dan pasangan saya, Noorbaizura Binti Samsuddin, telah mendapat tajuk Budaya dan Kepelbagaian Kelompok (Tajuk 1).

Bagi memastikan kelancaran tugasan ini, kami telah membuat keputusan untuk membahagi-bahagikan kerja untuk menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Oleh kerana jangka masa menyiapkan tugasan ini adalah selama dua minggu di samping kami sedang menjalankan praktikum fasa satu, kami berdua telah membuat keputusan untuk membuat perbincangan hanya pada hari minggu. Masing-masing sedang sibuk dengan pengurusan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, kami tetap berusaha untuk menyiapkan tugasan ini pada masa lapang ketika berada di sekolah. Saya telah memilih untuk membuat nota bagi subtajuk pengertian dan konsep kepelbagaian kelompok serta jenis dan demografi kelompok.

Faktor kekangan masa telah mengajar saya untuk mengurus masa dengan baik biarpun sedang sibuk dengan komitmen mengajar. Pertama sekali, saya telah memahami kehendak soalan dan apa yang perlu ada dalam modul yang kami akan hasilkan. Seterusnya, dengan merujuk contoh modul yang telah diberikan, saya telah mendapat sedikit gambaran tentang bagaimana format atau konsep sesebuah modul. Berdasarkan sedikit pengetahuan dan pemahaman tersebut, saya telah membaca dan memahami subtajuk saya melalui pembacaan buku rujukan dan maklumat daripada internet. Semua ini telah banyak membantu saya untuk memulakan hasil penulisan modul yang merupakan pengalaman pertama saya sepanjang saya belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ini. Jika kami tidak didedahkan dengan tugasan seperti ini, nescaya pada masa akan datang saya akan terkapai-kapai kebingungan untuk menyiapkan modul pembelajaran seperti ini.

Dari pandangan saya, pengenalan kepada modul pembelajaran ini adalah penting bagi setiap bakal guru seperti saya kerana modul pembelajaran ini boleh juga dihasilkan sendiri oleh guru bagi mata pelajaran yang akan diajar di sekolah kelak. Modul ini akan dijadikan sebagai bahan tambahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping tidak terlalu bergantung kepada buku teks atau buku aktiviti yang lain. Oleh yang demikian, saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini dalam menghasilkan satu modul Budaya dan Pembelajaran bersama-sama dengan semua rakan-rakan PISMP Matematik Semester 5 Ambilan Januari 2010. Tanpa kerjasama mereka semua, modul ini tidak akan dapat dihasilkan dengan jayanya. Terima kasih juga atas pengorbanan masa dan tenaga kepada penyelaras kurusus ini iaitu Nurhafizah Fatin dan Mohd. Norhaffizie, kerana telah bertungkus lumus untuk memastikan penghasilan modul ini berjalan dengan lancar.

266

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah membuat sedikit pemerhatian di SRK St. Aloysius, sekolah di mana saya sedang menjalankan praktikum saya. Saya membuat pemerhatian berkenaan dengan tajuk saya iaitu Budaya dan Kepelbagaian Kelompok. Pemerhatian ini telah membantu saya sedikit demi sedikit tentang konsep budaya yang terdapat di sekolah tersebut serta kepelbagaian kelompok.

267

NURHAFIZAH BT HAIRUDDIN Saya telah menerima kerja kursus ini pada 19 Mac 2012. Kerja kursus ini merupakan kerja berkumpulan. Saya bersama tiga rakan saya yang lain telah mendapat tajuk Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya. Setelah diberi taklimat oleh Cik Khadadiah, saya dan ahli kumpulan saya telah mendapatkan tandatangan empat kumpulan lain yang telah membuat tajuk yang sama seperti saya. Topik saya ini lebih tertumpu kepada orang asli, indigenous dan juga pedalaman. Bagi memudahkan kerja kursus ini, kami telah berbincang dan telah membahagikan tugas supaya kerja kursus ini dapat disiapkan dengan mudah. Tugasan pada kali ini memerlukan kami untuk membuat satu modul. Modul yang dbuat ini hendaklah merangkumi aspek-aspek yang dikehendaki. Melalui rujukan modul-modul sebelum ini, saya dapat mengetahui cara untuk membuat modul dengan betul dengan menambah ikon-ikon yang mempunyai gambar yang bersesuaian dengannya, Pada mulanya saya tidak mengetahui apakah itu indigenous. Tetapi setelah mencari maklumat di interner dan juga merujuk di buku , indigenous adalah penduduk pribumi. Bagi menyediakan pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya, guru adalah orang yang paling penting memainkan peranan ini. Apabila guru pergi ke tempat di pedalaman,orang asli dan juga tempat yang tidak pernah menerima sebarang perubahan, guru perlu mengetahui budaya masyarakat itu dulu. Tanpa memahami budaya masyarakat tersebut, guru akan dapat untuk memahami muridnya sendiri malah untuk mengajar muridnya tentang sesuau konsep adalah susah. Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya mendapat pelbagai maklumat baru di samping pengalaman-pengalaman tentang pelan tindakan yang harus dibuat. Merancang pelan tindakan ini bukan hanya melibatkan guru, malah ianya melibatkan kerajaan,badanbadan NGO dan juga lain-lain lagi. Setiap organisasi memainkan peranan penting dalam memastikan murid mendapat apa yang sepatutnya. Berbalik kepada guru, guru perlu mengetahui latar belakang anak muridnya sendiri dan selalu mengiktiraf dan juga memuji kumpulan etnik yang terdapat di dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan dihargai dalam kalangan murid dan minat murid untuk terus belajar akan turut meningkat.

Untuk membuat soalan objektif, subjektif dan esei ianya bukan merupakan sesuatu yang mudah. Saya perlu berfikir dan mencari adakah soalan yang saya buat ini bersesuaian dan menepati kehendak topik tersebut. Berdasarkan bahan bacaan dan membuat rujukan, akhirnya saya dapat membuat beberapa soalah berdasarkan topik tersebut. Soalan yang dibuat oleh saya adalah soalan yang mempunyai aras yang mudah dan juga sederhana. Pengalaman saya melakukan PBS di sekolah luar bandar telah memberi saya sesuatu pengalaman yang bernilai. Walaupun mereka kurang didedahkan dengan arus modenisasi tetapi nilai murni dan juga adat resam mereka tetap ada sehingga sekarang. Kita sebagai seorang guru harus memahami adat, budaya dan pantang larang terutamanya masyarakat orang asli dan juga indigenous itu sendiri. Orang asli , indigenous dan juga murid yang tingal di pedalaman tidak harus dibiarkan sahaja kerana mereka juga perlu mendapatkan pendidikan yang adil dan sempurna seperti orang biasa. Disamping itu juga, saya juga dapat mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang semakin hampir ini. Ianya dapat membantu saya kerana sekurangkurangnya saya sudah membaca dan mengetahui tentang pelan tindakan ini. Apabila soalan ini keluar di dalam peperiksaan, secara tidak langsung saya dapat menjawab dengan apa

268

yang telah saya belajar dan perolehi. Sambil melakukan kerja kursus ini, saya dapat mengulangkaji dan dapat mngetahui info-info yang baru mengenai pelan tindakan. Selain itu juga, guru perlu tahu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi mengajar murid orang asli dan juga indigenous. Hal ini kerana cara pembelajaran mereka adalah berbeza dengan pembelajaran budak di bandar. Guru perlu menggunakan pengajaran holistik dan mengintegrasikan dengan pengalaman lampau dapat membantu guru untuk menjalankkan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik di samping dapat meningkatkan hubungan antara guru dan murid.

Antara kekangan yang saya hadapi dalam melaksanakan tugasan ini adalah masa yang terhad. Tugasan ini diberikan semasa kami sedang menjalani praktikum 1. Walaupun saya sibuk untuk membuat persiapan harian untuk ke sekolah, saya tetap mencari masa untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dan dapat di hantar pada masa yang ditetapkan. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ianya dapat diselesaikan dengan baik. Walaupun ahli kumpulan kami bukanlah berada di tempat yang sama,malah dengan kecanggihan teknologi maklumat ianya dapat diselesaikan melalui e-mel sahaja. Selain itu juga, penggunaan ikon-ikon itu merupakan benda yang baru bagi saya. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakannya. Saya cuba untuk meletakkan ikon-ikon di dalam modul ini supaya ianya menepati syarat dalam tugasan ini. Apabila saya telah mempelajari tentang ikon-ikon ini, saya akan cuba mengaplikasikannya apabila di sekolah kelak. Apabila saya dikehendaki untuk membuat modul di sekolah kelak, modul ini akan dijadikan contoh dan juga rujukan sampingan. Ianya akan dapat membantu saya dalam menyiapkan kerja dengan cepat dan lancar, Di sampaing itu juga,ianya bukan mudah untuk saya mendapatkan maklumat tentang indigenous. Pada mulanya saya sendirii tidak mengetahui apakah itu ibdigenous. Setelah mencari maklumat dari pelbagai sumber akhirnya saya mengetahuinya. Maklumat yang saya perlu bibaca terlebih dahulu dan kemudiannya saya menggariskan isi penting sebelum membuat peta minda dan juga rumusan. Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, kerjasama antara ahli kumpulan saya telah memudahkan proses melaksanakannya. Setiap ahli kumpulan saya telah memberi kerjasama yang baik dan bantu membantu antara satu sama lain. Apabila ada masalah di antara kumpulan kami, kami telah berbincang supaya ianya dapat diselesaikan dengan mudah. Dengan melaksanakan tugasan ini, saya dapat mempelajari tentang bangsa dan budaya masyarakat orang sli,indigenous dan di pedalaman. Apabila menjadi guru kelak, saya perlu memahami tentang adat dan budaya mereka. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Tuan Haji Othman yang telah mengajar dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini, Begitu juga dengan Cik Khadadiah yang telah memberi taklimat dan info tentang kerja kursus ini,.Tidak dilupakan rakan-rakan kelas saya dan juga ahli kumpulan saya yang saling bekerjasama dan bantu membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga modul ini dapat dijadikan rujukan untuk pelajar yang akan datang. Sekian terima Kasih

269

MUNIRAH BT AB HALIM Pada 19 Mac 2012, penyelaras EDU 3106 iaitu Cik Siti Khadadiah telah memberi taklimat mengenai kerja kursus pendek (KKP). Tajuk yang bertuah bagi kumpulan kami ialah ketaksamaan peluang pendidikan. Tugasan ini dilaksanakan oleh empat orang dalam satu kumpulan. Pertama sekali, kami telah berbincang dan cuba untuk memahami tajuk yang diberi mengikut kehendak soalan tugasan. Saya bersama-sama dengan rakan setugas telah membahagikan tajuk dan berbincang mengenai pembahagian untuk membuat soalan mengikut subtopik masing-masing. Selain itu, saya juga telah melayari laman web untuk mendapatkan beberapa maklumat. Saya juga telah berbincang dengan kelas lain yang sama tajuk untuk memdapatkan idea. Selepas itu, saya dan ahli yang lain telah berkongsi idea dan memberi input secara keseluruhan mengenai sinopsis dan hasil pembelajaran yang perlu dimasukkan. Semasa membuat tugasan ini, saya telah menghadapi beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah untuk mencari kajian yang telah dilaksanakan atau bukti penyataan yang telah dibuat oleh saya. Saya perlu mencari kenyataan sekiranya hendak mengeluarkan kenyataan tersebut. Setiap penyataan yang diungkapkan mestilah dinyatakan dengan bukti. Kekangan lain ialah kesusahan untuk mendapatkan idea bagi membuat laporan tersebut. Terdapat banyak kesalahan saya lakukan dalam menulis laporan ini. Antaranya ialah tiada nama penuh pengarang, tiada tahun dan tiada sumber tersebut. Selain itu, penulisan bibliografi juga tidak menepati format American Psychological Association (APA). Di samping itu, saya perlu menyediakan soalan untuk objektif, struktur dan esei. Ini amat menguji minda saya untuk menbuat soalan yang sesuai dan menyediakan jawapan yang lengkap bagi soalan yang disediakan. Saya perlu merujuk beberapa buku untuk melihat soalan yang sesuai untuk digubal. Berdasarkan tajuk yang diperolehi, ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih lagi menjadi isu hangat. Ini disebabkan pelajar itu sendiri yang memilihan mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian mengikut jantina masing-masing. Contohnya, bagi melanjutkan pelajaran selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR) mereka diberi pilihan untuk memilih aliran biasa atau vokasional. Kebiasaanya, pelajar perempuan akan memilih subjek masakan atau jahitan. Manakala pelajar lelaki akan memilih subjek bersifat mekanikal. Kepentingan pendidikan pelbagai budaya membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum. Namun begitu, masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat. Pendidikan di Malaysia merupakan sebuah Negara yang lahir daripada kelompok masyarakat yang berbilang etnik seperti Melayu, Cina, India, kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta masyarakat orang asli yang menjadi kaum minoriti. Oleh yang demikian tidak dinafikan akan terdapatnya perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya. Sekiranya dilihat dari sudut pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya itu merangkumi skop yang lebih luas, bukan sahaja dilihat dari segi ras, etnik, dan adat budaya. menurut Slavian (1997), kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi,kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya,, kelas sosial,, bahasa, jantina, bakat dan minat. Kepelbagaian antara murid ini akan memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah membuat pemerhatian tentang masalah ketaksamaan peluang pendidikan di sekolah dan telah membuat perbincangan dengan salah seorang guru kelas semasa saya praktikum fasa 1 ini. Masalah ketaksamaan peluang pendidikan di sekolah rendah biasanya tidak berlaku kerana setiap ibu bapa yang mempunyai anak berumur 7 tahun wajib mendaftarkan anak mereka ke sekolah. Ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk 270

mengurangkan jurang tersebut kerana anak yang didaftarkan tidak diambil kira mengenai tahap sosiolnya, kumpulan minoriti atau pun jantina. Bagi kanak-kanak yang istemewa pula, kerajaan juga telah membuka banyak sekolah pendidikan khas untuk memberi peluang kepada mereka belajar seperti kanak-kanak yang lain. Hal ini selaras dengan hasrat antarabangsa, di mana pendidikan disediakan untuk semua (Education for All). Secara keseluruhannya, saya dapati tugasan ini agak susah dan mencabar untuk dilaksanakan kerana kami perlu membuat satu modul. Tetapi, perkara ini bukan menjadi penghalang kepada saya untuk berusaha mencari maklumat. Saya perlu berkolaborasi dengan kawan-kawan untuk mendapatkan info terkini supaya saya tidak ketinggalan. Modul ini perlu dikumpulkan sekali dengan ahli kumpulan lain sehingga menjadi satu modul yang lengkap dan sempurna. Walaupun kekangan semasa menjalani praktikum, saya perlu mengurus masa dengan baik kerana tugasan ini hanya diberikan 2 minggu sahaja. Namun demikian, saya juga dapat menimba pengalaman baru daripada kesilapan yang telah dilakukan contohnya cara untuk menulis bibliogafi dengan betul. Sebelum ini, kami tidak mengambil berat mengenai bibliografi. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ketaksamaan peluang pendidikan di sekolah sama ada faktor dan akibatnya. Di samping itu, saya juga telah mengetahui dan mempelajari cara untuk membuat laporan ilmiah atau nota berdasarkan rujukan yang telah dilakukan. Pengalaman ini akan saya aplikasikan semasa membuat kajian tindakan di semester 8. Tambahan pula, saya dapat belajar bagaimana hendak membuat soalan dan skema jawapan. Sebagai seorang guru juga, saya juga akan menggubal soalan bagi murid-murid saya sendiri. Ini adalah latihan awal yang diberikan dalam membuat tugasan ini. Pengalaman sukar dan senang yang saya tempuhi ini adalah cabaran yang sangat bermakna dan berguna bagi saya sebagai guru pelatih. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya menjadi seorang guru kelak. Sesunguhnya pengalaman itu mengajar seseorang untuk menjadi lebih matang dalam hidup. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menguasai tajuk dengan dengan baik. Tugasan ini juga adalah persiapan awal saya untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Akhir sekali, saya berasa sangat puas hati dengan tugasan ini kerana berjaya disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Saya berharap pensyarah berpuas hati dengan tugasan kami ini. Terima kasih kepada pensyarah yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami.

271

272

Вам также может понравиться