Вы находитесь на странице: 1из 2

Artikel Review Nurul Asmida Binti Asri Pendidikan Seni Visual Pengalaman Pendidikan Seni Membantu Meningkatkan Kreativiti

Dalam Kehidupan Sosial Masyarakat

Topik yang dibincangkan dalam jurnal ini adalah bagaimana pengalaman Pendidikan Seni boleh membantu meningkatkan kreativiti dalam kehidupan sosial masyarakat kita. Jika kita lihat di sekolah-sekolah,matapelajaran Pendidikan Seni diajar kurang dari matapelajaran yang lain malah terdapat sesetengah guru yang mengambil peluang mengajar matapelajaran lain dalam waktu matapelajaran Pendidikan Seni. Matapelajaran seni dianggap matapelajaran yang tidak penting malah dianggap membuang masa untuk mempelajarinya. Mengapa keadaan ini terjadi dan kenapa matapelajaran ini dianggap tidak penting dan remeh? Seni dan sosial mempunyai hubungan rapat dan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu

kemanusiaan dan pengalaman manusia. Kita perlu memahami bagaimana seni dapat mempengaruhi sosial, politik dan ekonomi sesuatu masyarakat. Seni juga berkaitan dengan kreativiti di mana setiap manusia mempunyai kreativiti masingmasing dan mereka mampu menggunakan kreativiti yang dipelajari untuk meningkatkan tahap kemajuan diri mereka sendiri. Ramai yang tidak memahami dan tidak tahu bahawa seni juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran malah mempunyai kepentingannya dalam kehidupan seharian kita contohnya dalam matapelajaran matematik dan sains juga terdapat seninya. Ia bukan sekadar melukis tetapi ia juga memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman pelajar. Seni tidak terbatas kepada seni Visual dan lukisan sahaja malah terdapat seni tari, seni suara, seni muzik dan sebagainya malah ia juga berkaitan dengan falsafah dan bidang yang lain. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan seni contohnya pereka fesyen, arkitek, guru tarian, pengiklanan dan sebagainya. Semuanya menggunakan

kreativiti yang dipelajarai samada di sekolah, di institut pengajian tinggi atau secara tidak langsung. Pelajar perlu diterap dengan ilmu seni dan dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan kepekaan dengan membawa bersama nilai positif. Hal ini kerana seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Dengan adanya pendapat dari tokoh-tokoh terkenal seperti Victor lowenfeld, June King Mc Fee dan Carl Rogers mengenai kreativiti, dapat kita fahami bahawa pembembelajaran seni mampu untuk meningkatkan kreativiti manusia dari pelbagai aspek kerana melalu kreativiti manusia dapat mencipta sesuatu yang baru yang belum pernah kita lihat di masa hadapan. Selain itu ia juga membantu diri, masyarakat dan negara dari pelbagai bidang dan aspek. Matlamat Lansing merupakan matlamat yang paling hampir dengan matlamat KPM dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian iaitu seni sebagai cara hidup. Seni berperanan penting dalam pembangunan manusia malah boleh dianggap sebagai agen perubahan manusia. Pendidikan Seni yang diterima oleh masyarakat samada langsung atau tidak langsung sebenarnya meletakkan seni ditempat yang sepatutnya. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Sejak dari zaman dahulu kala sehingga kini seni telah membuktikan bahawa segalanya berkaitan dengan seni tetapi manusia sendiri yang menolak tuah dan tidak berfikir panjang dalam meningkatkan kemajuan diri dan orang lain dan akhirnya mereka sendiri yang terlepas peluang yang sedia ada. Pengalaman seni itulah yang membantu manusia sehingga kini sehingga majunya sesebuah negara dimana masyarakatnya hidup senang dengan kerjaya yang bagus. Kesimpulannya, setiap apa yang diperolehi pada hari ini adalah berpunca dari satu perkataan iaitu seni.

Вам также может понравиться