Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Isi kandungan
• Parameswara
• Perkembangan Melaka
• Kegemilangan Kesultanan Melaka
• Kejayaan Melaka
• Kejatuhan Melaka
• Rujukan
Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.
Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama (1293-1309) dan pengasas
Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja
terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana
Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi
Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana,
dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki
anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana
Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari
Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan
Dharmasraya, dan Palembang.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada
tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak
terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana
kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian
Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik
seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam,
iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ
dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri
Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang
terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka
merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-
negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi
Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai
perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju
adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan
Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain
dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.
Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan
kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
Perkembangan Melaka
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang
mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya
dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim
kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan KESULTANAN MELAKA
memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-
1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam Tempoh Sultan
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah- 1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah
pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh
Sultan Muhammad
Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan 1424 – 1444
Shah
Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia
Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat 1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah
serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447
tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1459 – 1477 Sultan Mansur Shah
1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan Sultan Alauddin
gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau 1477 – 1488 Riayat Shah
berkhidmat di bawah empat Sultan dan
1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah
merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di
Kepulauan Melayu.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi
kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China
telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan
dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga
menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk
mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang
pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya
kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang
Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba
dan Nyonya pada hari ini.
Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya
pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan
daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul
sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain
seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah
kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang
dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya
ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman
dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat
perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang
moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada
kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai
Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada
Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama,
sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa
besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan
akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan
hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya
mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan
wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat
dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan
juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah
berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada
pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya
sehingga kini.
Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak
kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun
Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang
Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih
kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa
keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih
muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal
abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia
Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang
Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping
perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-
orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya
ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh
Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan
Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota
Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai
timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera
China.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
Rujukan
1. ↑ Pemerintah Pertama Melaka: Parameswara (1394-1414). Sejarah Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia (2000). Dicapai pada 2009-01-22.