Вы находитесь на странице: 1из 7

Praktikal 2 : Daya dan Gerakan Hasil Pembelajaran : 1) Untuk mengenalpasti jenis-jenis daya yang berbeza di dalam konteks yang

berlainan. 2) Untuk mengukur pecutan bagi objek yang jatuh bebas. Bahan : Bongkah kayu, sebiji bola ping pong, wayar yang diregangkan di atas bongkah kayu, bikar dan buku.

Aktiviti 1: Untuk mengenalpasti jenis-jenis daya yang berbeza di dalam konteks yang berlainan Prosedur : 1. Bongkah kayu diletakkan di atas lantai. Bongkah kayu tersebut ditolak dan pemerhatian direkodkan. 2. Bola ping pong dibaling ke udara. Pemerhatian direkodkan. 3. Wayar diikat dengan ketat di antara dua paku yang telah diketuk ke dalam sebongkah kayu. Wayar tersebut dipegang. Pemerhatian direkodkan. 4. Sebiji bola ping pong diletakkan ke dalam sebuah bikar berisi air. Bola tersebut cuba ditolak ke dalam air. Pemerhatian direkodkan. 5. Sebuah buku diletakkan ke atas tapak tangan. Pemerhatian direkodkan. 6. Inferens dinyatakan bagi setiap pemerhatian.

Keputusan Menolak bongkah kayu Pemerhatian : Bongkah kayu bergerak mengikut arah tolakan. Inferens : Daya yang dikenakan ke atas bongkah kayu menggerakkan bongkah kayu tersebut.

Membaling bola ping pong Pemerhatian : Bola ping pong naik ke atas apabila dilontar dan kemudiannya jatuh ke bawah semula. Inferens : Bola ping pong naik ke atas disebabkan oleh tenaga kinetik yang dikenakan ke atasnya dan jatuh ke bawah disebabkan daya tarikan graviti bumi.

Memegang wayar yang diikat ketat pada paku. Pemerhatian : Wayar bergetar apabila dipegang. Inferens : Daya telah dikenakan ke atas wayar dan keadaan wayar yang tegang.

Menolak bola ping pong di dalam air Pemerhatian : Bola ping pong tenggelam dan timbul dengan cepat. Inferens : Daya tujahan yang dikenakan oleh air kepada bola ping pong.

Meletakkan buku di atas tapak tangan. Pemerhatian : Buku tersebut tidak bergerak atau statik. Inferens : Berat buku bersamaan dengan geseran yang dikenakan ke atas buku tersebut.

Perbincangan Melalui eksperimen di atas, kita dapat mengesan kewujudan daya di sekeliling kita. Daya ialah satu tindakan tarikan atau tolakan yang dikenakan oleh satu objek kepada objek yang lain. Daya wujud di sekeliling kita dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah daya geseran, daya normal, daya regangan dan sebagainya. Antara kesan-kesan daya ialah boleh memulakan pergerakan, mengubah bentuk sesuatu objek, mengubah arah pergerakan sesuatu objek, menghentikan pergerakan objek yang sedang bergerak dan sebagainya. Kesimpulan Terdapat pelbagai jenis daya yang wujud di sekeliling kita

Aktiviti 2 : Untuk mengukur pecutan bagi objek yang jatuh bebas Bahan : Jangka detik, pita detik, penyepit, punca kuasa, wayar penyambung, pemberat 300g, 450g, dan pita selofan. Prosedur : 1. Sebuah kerusi diletakkan di atas meja.Jangka detik dikepitkan di bahagian atas kerusi tersebut. 2. Pita detik diletakkan melalui jangka detik dan pemberat 300g dilekatkan pada pita detik tersebut. 3. Jangka detik dihidupkan dan pemberat dibiarkan jatuh bebas ke bawah. 4. Pita tersebut dipotong kepada jalur dua titik dan disusun membentuk graf. 5. Langkah 3 diulang dengan menggunakan pemberat 450g. 6. Untuk setiap kes, sebuah graf dibina dan kemudiannya pecutan ditentukan. Keputusan : 1) Pemberat 300 g: Masa untuk 1 keratan pita detik = 0.02 s Halaju awal, u = = 0.9 ms-1 Halaju akhir, v = = 2.6 ms-1 Jumlah masa = (jumlah bilangan 1) x masa satu potongan. Jumlah masa = (11 -1) x 0.02 = 0.2 s Pecutan, a = = = 8.5 m s-2

2) Pemberat 450 g: Masa untuk 1 keratan pita detik = 0.02 s Halaju awal, u = = 0.5 ms-1 Halaju akhir, v = = 2.1 ms-1 Jumlah masa = (jumlah bilangan 1) x masa satu potongan. Jumlah masa = (11 -1) x 0.02 = 0.2 s Pecutan, a = = = 8 m s-2

Perbincangan Melalui eksperimen di atas, kita dapat mengenalpasti kewujudan satu daya yang dikenali sebagai daya tarikan graviti bumi. Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaskan. Daya tarikan graviti ke atas satu jasad menyebabkan jasad jatuh dari satu ketinggian ke arah Bumi mengalami pecutan malar. Pecutan ini dinamakan pecutan graviti, g, sekiranya tiada daya lain yang bertindak ke atas jasad tersebut. Nilai pecutan bagi graviti ialah 9.8 ms-2. Namun begitu, berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan di atas, nilai pecutan bagi ketiga-tiga pemberat yang dilepaskan ialah berlainan berbanding nilai g yang sebenar. Bagi pemberat 300 g, nilai pecutan graviti yang diperolehi adalah 13.7 ms -2 iaitu lebih tinggi berbanding nilai g yang sebenar begitu juga dengan nilai pecutan graviti bagi pemberat 450 g iaitu 12.55 ms-2. Nilai pecutan bagi pemberat 600 g pula adalah lebih rendah berbanding nilai g yang sebenar iaitu 8.30 ms-2. Keadaan perbezaan nilai g berlaku disebabkan pemberat tersebut tidak jatuh secara bebas. Semasa pemberat jatuh, ia telah mengalami rintangan udara. Selain itu, terdapat juga daya geseran yang berlaku di antara pita detik dengan jangka masa detik. Untuk mendapatkan nilai g yang sebenar, sesuatu objek itu perlulah jatuh secara bebas tanpa rintangan angin. Hal ini menunjukkan bahawa pecutan graviti, g tidak dipengaruhi oleh jisim objek tersebut. Kesimpulan Objek yang jatuh bebas mempunyai nilai pecutan graviti, g yang tetap dan tidak dipengaruhi oleh jisimnya.

Pengetahuan Masteri dan Soalan Kemahiran 1. Adakah nilai bagi setiap pecutan bagi pemberat yang berlainan yang diperolehi adalah sama dengan g ( pecutan disebabkan gravity bumi)? Terangkan. Nilai pecutan graviti bagi setiap pemberat yang dijatuhkan adalah berlainan dengan nilai g yang sebenar. Hal ini kerana, pemberat tersebut tidak jatuh secara bebas tetapi sebaliknya wujud rintangan udara semasa ia jatuh. Selain itu, geseran di antara pita detik dengan jangka masa detik turut menyebabkan nilai g yang diperolehi adalah berbeza.

2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya bertindak ke atas objek jatuhan bebas? Objek yang jatuh secara bebas mempunyai nilai pecutan graviti, g yang tetap dan tidak dipengaruhi oleh jisimnya.

3. Jika eksperimen ini dijalankan di bulan, adakah nilai pecutan bagi pemberat berlainan yang diperolehi adalah sama dengan g? Terangkan. Nilai pecutan graviti bagi pemberat berlainan yang dijatuhkan di bulan adalah berlainan daripada nilai pecutan graviti yang sebenar. Hal ini kerana nilai pecutan graviti,g di bulan adalah 1/6 daripada nilai g di bumi. Oleh itu, nilai pecutan graviti yang diperolehi adalah berlainan.

4. Apakah yang telah dipelajari daripada kedua-dua aktiviti di atas? Antara perkara yang dapat dipelajari daripada kedua-dua aktiviti di atas ialah kesan kewujudan daya dalam kehidupan. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti beberapa jenis daya yang wujud di sekeliling kita dan kepentingan daya tersebut dalam kehidupan. Di samping itu, saya turut memperoleh pengetahuan mengenai daya graviti yang bertindak ke atas n nn keadaan jatuhan bebas dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Вам также может понравиться