Вы находитесь на странице: 1из 3

HASIL KAJIAN 1. MAKLUMAT ASAS Nama kegiatan ekonomi yang telah saya kaji ialah makanan iaitu bahulu.

Saya mengkaji kegiatan ekonomi tersebut di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal saya iaitu itu di sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang. Saya memilih untuk mengkaji kegiatan ekonomi ini kerana ibu bapa saya merupakan rakan kepada pengusaha bahulu tersebut. Hal ini demikian saya dapat melaksanakan kajian saya ini dengan lebih sempurna. Perusaha bahulu ini telah dijalankan secara kecil-kecilan pada tahun 1993. Rancangan untuk menjalankan perusahaan kuih bahulu ini adalah kerana perusaha tersebut mendapati di kawasan Kepala Batas ini tidak ramai yang mengusahakan kuih bahulu. Kuih bahulu ini telah dikenali ramai dan menjadi makanan kebiasaan masyarakat serta mendapat pasaran baik. Dengan pengetahuan dan tunjuk ajar dari keluarga serta membuat penyelidikan sendiri perusahaan kuih bahulu ini telah diberi nama Perusahaan NS. Pada tahun 1995 beliau telah memohon untuk berkursus membuat kuih tradisional yang dianjurkan oleh MARDI di Serdang, Selangor. Perusahaan kuih bahulu ini bermula di bengkel tambahan berkembar dengan kediaman di alamat 5138 Kampung Lahar Tiang, 13210 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan dibantu oleh ahli keluarga dan 2 orang pekerja. Kini kuih bahulu dipasarkan di sekitar Seberang Perai Utara, Pekan Tikam Batu, dan Kuala Muda, Kedah. Selain itu, ada juga pemborong dan peruncit datang sendiri di rumah. Dengan bantuan suami, kuih bahulu di hantar dengan menggunakan van persendirian ke kedai makanan dan kedia runcit. 2. LATAR BELAKANG Tujuan Puan Norma Bt Othman menjalankan kegiatan ekonomi adalah untuk menambah pendapatan suaminya yang bekerja sebagai seorang petani sahaja di kawasan kediaman mererka. Selain itu, tujuan beliau melakukan kegiatan ekonomi juga untuk membantu suaminya untuk membiayai persekolahan anak-anaknya. Tambahan pula, perusahaan ini adalah untuk melengkapi permintaan kuih bahulu oleh para penduduk di kawasan ini kerana kekurangan pengeluaran kuih bahulu di sini. 3. SUMBANGAN/ PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT Puan Norma Bt Othman merupakan seorang isteri seorang petani sahaja dan telah dikurnikan zuriat oleh Allah swt seramai empat orang cahaya mata. Beliau memunyai tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Namun, masih ada tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Puan Norma bt Othman juga menolong suaminya untuk mencari rezeki keluarga dengan pengusahakan kuih bahulu ini. Oleh itu, beliau dapat menambahkan pendapatan suaminya. Beliau juga menerima tempahan kuih bahulu untuk saguhati kepada para pengunjung di hari perkahwinan dan juga dijadikan sebagai hantaran ini merupakan pendapatan sampingannya. Kadang kadang beliau dan keluarga mempunyai masalah kewangan untuk membayar yuran sekolah anak anaknya dan sebagainya. Beliau menceburi bidang ini demi menyelesaikan masalah tersebut.

Penduduk penduduk di kawasan sekitar perusahaan ini amat gemar akan kuih bahulu namun tidak ramai yang mengeluarkan kuih bahulu. Oleh itu, beliau mengambil kesempatan dan peluang yang ada ini untuk mencari rezeki dengan mengusaha kuih bahulu dengan kemahiran yang sedia ada pada diri beliau , beliau dapat mengeluarkan kuih bahulu yang mampu menarik perhatian para penduduk sekitar kawasan kediamannya sendiri mahupun penduduk di bandar. Hal ini adalah kerana kebanyakan antara mereka tiada kemahiran untuk membuat kuih bahulu dan juga tidak berkemampuan serta kekangan masa yang sering terjadi pada zaman era globalisasi ini. Di samping itu, terdapat pelbagai prasarana juga yang ada berhampiran dengan Puan Norma ini seperti bengkel tambahan yang berkembar dengan kediamannya sendiri. Selain itu, perusahaannya juga telah dibantu oleh pelbagai pihak dari segi kewangan mahupun peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan kuih bahulu ini. 4. PROSPEK CABARAN/ KEKANGAN YANG DIHADAPI. Semua perkara yang kita lakukan ada risikonya. Termasuklah kegiatan penghasilan kuih bahulu ini. Puan Norma juga menerima pelbagai cabaran dan kekangan ketika proses pembuatan kuih bahulu ini. Antara cabaran yang dihadapinya ialah apabila pelanggan-pelannggannya tidak perpuas hati dengan bahulu yang dijual itu. Ada juga yang tidak berpuas hati dengan rasa dan juga tekstur bahulu ini serta meminta beliau untuk membuat kuih bahulu baru kepada mereka sekali lagi. Di samping itu, beliau juga kadang kadang terlalu sibuk dengan urusan rumahnya dan menguruskan anak a naknya untuk menghantar ke sekolah. Ini menyebabkan beliau kesuntukan masa untuk memenuhi permintaan pelanggan- pelanggannya pada masa yang telah dijanjikan. Namun begitu, beliau tidak pernah berputus asa untuk menempuhi pelbagai cabaran dan kekurangan yang dihadapinya. Beliau akan berusaha keras untuk mengatasi pelbagai masalah yang dialaminya. PENGLIBATAN PIHAK LUAR/ GERAKAN KERJAAN ATAU SWASTA Walaupun beliau menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan, beliau mendapat galakan daripada jiran-jirannya untuk meneruskan kegiatan ekonomi kuih bahulu itu. Beliau mempunyai pelanggan yang tetap sebagai galakan untuk meneruskan kegiatan ini. Ibu, suami dan anak anak Puan Norma merupakan pemberi galakan kepada beliau untuk terus menjalankan pengusahaan kuih bahulu ini REAKSI/ PENERIMAAN MASYARAKAT Penduduk di Kampung Lahar Tiang dan juga di tempat tempat lain menyambut baik terhadap beliau yang merupakan seorang pengusaha kuih bahulu. Penerimaan masyarakat terhadap beliau adalah amat positif. Sebagai bukti, beliau menerima banyak tempahan daripada jiran-jirannya dengan pelbagai jenis bahulu yang menjadi permintaan mereka semua. Ini menunjukkan permintaan terhadap kuih bahulu ini adalah sangat tinggi dan hasil beliau sungguh lumayan.

SARANAN DAN HARAPAN Puan Norma berharap agar dapat menjana pendapatan dan dapat menolong masyarakat setempat dengan memenuhi permintaan mereka. Beliau juga berharap agar anak anak pada zaman pascakemerdekaan ini mempunyai rasa minat untuk mempelajari cara membuat kuih tradisional seperti kuih bahulu ini. RUMUSAN

Вам также может понравиться