Вы находитесь на странице: 1из 2

RUJUKAN KAMI (OUR REF.) : UTM 06.09/24.

10/1/6/GOP JLD 1 (

November 2011

RUJUKAN TUAN (YOUR REF.) :


FELCRA Berhad,
Wisma FELCRA Lot 4780,
Jalan Rejang Setapak Jaya,
Peti Surat 12254,
50772 Kuala Lumpur.
Melalui dan salinan,
Prof. Madya Dr. Liza binti Abdul Latif
Pengarah / Timbalan Dekan
Pusat Pengajian Diploma SPACE
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Jalan Semarak,
54100 Kuala Lumpur.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Tuan,
MEMOHON PENAJAAN BAGI GLOBAL OUTREACH PROGRAM UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA TO JAWA TENGAH 2011 (GOP-UTM @ JAWA TENGAH 11)
Dengan segala hormat dan takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan Sekretariat GOP-UTM @ Jawa Tengah 11 telah mendapat kelulusan pihak Pusat
Pengajian Diploma SPACE, Universiti Teknologi Malaysia International Campus no. Rujukan:
UTM.K.11.01/14.15/1Jld.1(129) bertarikh 25 Oktober 2011 untuk menganjurkan Global Outreach
Program Universiti Teknologi Malaysia To Jawa Tengah 2011 (GOP-UTM @ JAWA TENGAH 11) pada
22 hingga 28 Januari 2012.
2. Untuk makluman tuan, program yang akan disertai seramai 25 mahasiswa dan 2 pensyarah adalah
satu program pengantarabangsaan yang sangat berfaedah kepada mahasiswa sebelum mereka menamatkan
pengajian di Universisti Teknologi Malaysia. Antara objektif dan kebaikan yang dapat diperoleh dalam
program ini ialah:
Menggalakkan interaksi pelajar di peringkat antarabangsa melalui forum, sesi dialog dan akademik
ke Universiti luar yang bertaraf dunia.
Mewujudkan kerjasama di antara UTM dengan universiti-universiti dan pihak industri yang bakal
dilawati bagi menggalakkan pertukaran pelajar, budaya, jaringan dan penyelidikan masa depan
untuk kepentingan negara dan UTM.
Membangunkan kemahiran komunikasi lisan, penulisan dan interpersonal dengan lebih yakin dan
efektif.

Membina pengetahuan ilmu, kemahiran dan pengalaman untuk mencapai common goal, seterusnya
mengaplikasikan kemahiran insaniah dan penyelesaian masalah teknikal.
Mengkaji dan melihat budaya masyarakat luar negara ketika menjalankan aktiviti University
Social Responsibility (USR) terhadap masyarakat di sana.
3. Selain itu dipercayai bahawa, dengan adanya program seumpama ini, mahasiswa dapat membentuk
keyakinan diri yang tinggi, sifat-sifat kepimpinan, inovatif dan progresif agar lebih mudah mendapat
pekerjaan setelah bergelar graduan kelak.
4. Oleh yang demikian pihak universiti amat berbesar hati menjemput pihak FELCRA Berhad
menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini. Segala sokongan dan jasa baik daripada pihak
tuan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, harap maklum.

Mahasiswa Prihatin Peneraju Aspirasi Negara

Yang Benar,

(MOHD IRFAN BIN MOHD SHAH)


Pengarah
Global Outreach Program
Universiti Teknologi Malaysia
To Jawa Tengah 2011 (GOP-UTM @ JAWA TENGAH11)
Universiti Teknologi Malaysia, International Campus
Kuala Lumpur
: 012-6017481
irfan.shah_utm@yahoo.com

Вам также может понравиться