Вы находитесь на странице: 1из 28

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

-1-

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Satu dokumen undangundang bertulis yang telah


dibentuk berasaskan 2
dokumen terdahulu iaitu
Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan
tahun 1957.

Panduan menyelaras
pemerintahan sesebuah
Negara.

Memberikan jaminan terhadap


hak asasi, kebebasan dan
keadilan sosial untuk semua
kaum di negara ini.

Menjamin keadilan, kerjasama,


kesepakatan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan
Negeri.

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

-2-

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PERLEMBAGAAN

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

-3-

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia


Memupuk persefahaman ke arah perpaduan
Satu kontrak sosial
Mengandungi 183 perkara

Unsur- unsur Penting


Kewarganegaraan

Agama rasmi

4 Kaedah:
Kuat kuasa undang-undang
Pendaftaran
Naturalisasi/masukan
Cantuman wilayah

Agama Islam dianggap sebagai agama


rasmi
Agama-agama lain boleh diamalkan secara
bebas dalam Persekutuan Malaysia

Bahasa Kebangsaan
Perkara 152(1):Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Dijadikan alat perpaduan etnik di Malaysia
Penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak
dihalang

Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan


Bumiputera Sabah Dan Sarawak
Pemilikan tanah di kawasan simpanan
Keutamaan kuota bagi memasuki perkhidmatan awam
kerajaan
Keutamaan kuota untuk mendapatkan lesen-lesen
perniagaan
Keutamaan dalam pemberian biasiswa dan bantuan
pelajaran

Hak Kebebasan Asasi

Sistem Pemerintahan Beraja

Perkara 5:

Kebebasan diri

1. Raja Berperlembagaan:
~ Kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong
~ Kabinet diketuai Perdana Menteri

Perkara 6:

Keabadian dan kerja paksa dilarang

Perkara 7:
Perkara 8:
Perkara 9:
Perkara 10:
Perkara 11:
Perkara 12:
Perkara 13:

2. Demokrasi Berparlimen
~ Pemerintahan Negara secara perwakilan yang dipilih oleh
rakyat menerusi pilihan raya.
~ Dua dewan Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Perlindungan daripada undangundang jenayah yang berkuatkuasa


kebelakangan dan perbicaraan berulang.
Sama rata
Larangan buang negeri dan
kebebasan bergerak
Kebebasan bercakap,berhimpun dan
menubuh persatuan
Kebebasan beragama
Hak berkenaan pelajaran
Hak terhadap harta

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

3. Negara Persekutuan
~ Pemerintahan yang dibahagikan kepada
Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan.

-4-

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

TAHUN

TARIKH

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

PERISTIWA

-5-

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

1946 --

22 Jan 46
4 Mac 46
8 Mac 46
1 Apr 46
7 Dis 46

1947 --

1948 --

13 Jan 47

24 Jul 47

1 Jan 48
21 Jan 48
1 Feb 48

Kertas putih Malayan Union diumumkan di London


Kongres Kebangsaan Melayu SeMalaya mengirim telegram kepada
Perdana Menteri British meminta dibatalkan rancangan Malayan
Union.
Parlimen British membahaskan Rancangan Malayan Union.
Pentadbiran Tanah Melayu di bawah Malayan Union.
Setiausaha Tanah Jajahan British telah mengumumkan bahawa
Malayan Union akan dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan
Negeri-negeri Melayu.
Persidangan UMNO di Alor Setar pada dasarnya telah menerima
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu diumumkan di London.

Cukai pendapatan Tanah Melayu diumumkan di London.


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di Kuala
Lumpur.
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan rasminya bagi
menggantikan Malayan Union.

1949 --

1950 --

1951 --

Sistem Ahli diperkenalkan oleh Sir Henry Gurney

Skala: 3.5cm: 1 Tahun

1952 --

Skala : 3.5 cm : 1 Tahun

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

-6-

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

1951 1952 -

1953 -

1954 -

1955 -

Pilihanraya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu


Rundingan Baling

8Jan - 6Feb 56

8 Mac 56

Jun 1956

30 Jun 56
27Sept 56
Feb 1957
Mac 1957

15 Ogos 57
27 Ogos 57

31 Ogos 57

Tengku Abdul Rahman,4 orang wakil raja ,4 orang menteri perikatan


ke London untuk mengadakan rundingan kemerdekaan serta
menetapkan tarikh kemerdekaan.
British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya bebas bagi
mengkaji bentuk perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka dalam
Komanwel.
Suruhanjaya Reid mendapatkan pandangan bagi menggubal
perlembagaan bagi Tanah Melayu.
Persidangan pertama
Memorandum Perikatan
Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.
Rang Perlembagaan Tanah Melayu siap dan dikemukakan
kepada British.Dikaji oleh jawatankuasa kerja.
Lulus oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Mulai kuatkuasa.Parti Perikatan menduduki majoriti kerusi
dalam Majlis Perundingan Persekutuan.
Kemerdekaan Tanah Melayu

27 Jul 55
28-29 Dis

1956 -

1957 -

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

-7Skala : 3.5cm : 1 Tahun

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

1958 --

1959 --

1960 --

1961 --

27 Mei 61

Hasrat bentuk Malaysia Tunku Abdul Rahman disambut baik oleh


British.

1962 --

Feb 1962

21 Jun 62

Pembentukan jawatankuasa Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak


penduduk Sabah dan Sarawak.
Laporan Lord Cabbold siap.

26 Ogos 63

16 Sept 63

1963 --

Akta Malaysia diluluskan untuk sesuai dengan konsep dan struktur


penubuhan Malaysia.
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Skala : 3.5cm : 1 Tahun

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

-8-

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Skala : 3.5 cm : 1 Tahun

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

-9-

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia terdiri daripada 183 Perkara dan dibahagi kepada 15 Bahagian

Bahagian
1

Bab Perkara Kandungan


1

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

1-4

- 10 -

Agama, undang-undang
dan Negeri

Persekutuan

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

5-13

1
2
3

14-22
23-28A
29-31

Perolehan kewarganegaraan
Penamatan kewarganegaraan
Tambahan tentang kewarganegaraan

1
2
3
4
5
6

32-37
38
39-43C
44-65
66-68
69

Ketua Negara
Majlis Raja-raja
Pemerintah
Badan perundangan Persekutuan
Acara perundangan
Keupayaan terhadap harta dan lain-lain

70-72

Negeri-negeri

73-79

2
3
4
5
6
7

80-81
82
83-91
92
93-95
95A-95E

Hubungan antara Kerajaan Persekutuan


dengan KerajaanNegeri
Pembahagian kuasa pemerintah
Pembahagian beban kewangan
Tanah
Pembangunan negara
Siasatan Persekutuan terhadap negeri
Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

1
2

96-112
112A112E

Peruntukan-peruntukan kewangan
Sabah dan Sarawak

113-120

Pilihan raya

121-131A

Kehakiman

10

132-148

Perkhidmatan awam

11

149-151

Menentang perbuatan subversif dan


kuasa darurat

12

152-153

Bahasa Kebangsaan

12A

154-160

Am dan pelbagai

13

161-161A

14

162-180
181

15

1
1

182
183

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 11 -

Kebebasan asasi

Sabah dan Sarawak


Peruntukan sementara dan peralihan
Raja tidak boleh didakwa di mana-mana
mahkamah, kecuali di mahkamah Khas
Mahkamah Khas
Tiada tindakan boleh diambil ke atas
raja-raja, kecuali dengan izin Peguam

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Negara

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi batu asas kepada


pembentukan

sesebuah

negara.

Perlembagaan

merupakan

dokumen

rasmi

yang

mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk
melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara dengan adil dan saksama. Sesebuah negara
akan rebah dan binasa sekiranya tidak mempunyai perlembagaan, atau pun perlembagaan
digubal untuk dilaksanakan mengikut kepentingan kaum-kaum dan bangsa tertentu sahaja.
Hakikatnya perlembagaan merupakan dokumen penting dan jantung sesebuah negara.
Parti politik yang memerintah negara akan melaksanakan dasar-dasar dan hala tuju
pentadbiran negara berdasarkan perlembagaan. Keadaan ini akan menjamin kerajaan
menunaikan tanggungjawab melalui peruntukan yang terkandung di dalam perlembagaan
yang menjaga kepentingan semua warganegara tanpa mengira keturunan, agama serta warna
kulit.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183
perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti senarai Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri
dan Badan Kehakiman.
Memandangkan Malaysia sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah
membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini adalah
untuk memastikan tidak berlakunya pertindihan kuasa. Negeri-negeri yang bergabung dalam
Persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukan di
dalam Perlembagaan Malaysia.
Hakikatnya perlembagaan adalah dokumen yang terpenting dan panduan utama dalam
pemerintahan sesebuah negara tanpa mengira sistem yang digunakan di sesebuah negara
sama ada negara republik, negara raja monarki, negara komunis dan juga negara

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 12 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

raja berperlembagaan.Tanpa adanya perlembagaan yang utuh, sesebuah negara akan


menjadi kacau bilau dan ini akan menyebabkan negara tersebut sukar untuk menonjol di
peringkat dunia global.

Perlembagaan juga merupakan undang-undang tertinggi negara dan sumber utama


undang-undang bertulis. Hal ini bermakna mana-mana undang-undang yang dibuat selepas
merdeka jika bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal dengan sendirinya setakat
mana yang bertentangan itu.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Perlembagaan merupakan satu rang undang-undang dasar yang merangkumi prinsip
serta peraturan yang menentukan dasar dan hala tuju sesebuah negara. Dengan terbentuknya
perlembagaan, ianya memantapkan undang-undang serta memberi jaminan dan perlindungan
kepada rakyat negara Malaysia. Kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia boleh dikelaskan kepada empat kepentingan utama iaitu dari segi agama, politik,
ekonomi dan juga sosial.
Agama
Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan tentang kebebasan beragama.
Perkara ini memperuntukkan bahawa
(a)

Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing.

(b)

Tiap-tiap orang berhak menguruskan hal-hal agamanya dan tidak diganggu


oleh orang lain.

(c)

Agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah


ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Setiap etnik di Malaysia bebas menganut agama yang diyakini serta mengamalkan ajaran
agamanya tanpa sebarang sekatan dan kekangan. Perlembagaan tidak

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 13 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

menghalang pembinaan rumah-rumah ibadat agama Buddha, Kristian, Hindu walau pun
agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia.
Dasar dan prinsip tentang kebebasan beragama ini telah diguna pakai sejak pembentukan
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 sehingga pembentukan Malaysia pada
tahun 1963.
Fenomena ini berterusan sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia yang menganut agama lain
selain dari agama Islam dapat hidup dengan aman damai serta mengamalkan ajaran dan
mengembangkan agama masing-masing tanpa ada halangan mahu pun sekatan.
Ini dapat dilihat melalui kebebasan yang diberikan oleh kerajaan untuk penganut agama
merayakan perayaan agama seperti agama Buddha, agama Kristian dan agama Hindu serta
perayaan Hari Gawai di Sarawak serta Pesta Keamatan di Sabah. Perayaan-perayaan
tersebut telah dijadikan sebagai cuti kelepasan am sama ada di peringkat kerajaan negeri
mahu pun kerajaan persekutuan.
Dengan adanya perlembagaan yang menjaga dan menjamin kebebasan beragama,
hubungan yang terjalin di antara etnik yang mendiami negara ini sentiasa baik dan muhibbah
memandangkan penduduknya yang menganut agama yang berbeza-beza dapat menerima
konsep kebebasan beragama tanpa mempunyai perasaan prejudis terhadap agama lain.

Politik
Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan tentang kebebasan bercakap,
berhimpun dan menubuhkan persatuan. Perkara ini memperuntukkan bahawa setiap
warganegara:
(a)

bebas mengeluarkan pandangan dan pendapat.

(b)

boleh berhimpun secara aman.

(c)

boleh menubuhkan persatuan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 14 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Walau bagaimanapun, kebebasan ini tidak mutlak kerana tertakluk kepada undangundang keselamatan negara dan boleh ditarik balik jika keselamatan negara tergugat,
keselamatan awam terancam atau keharmonian kaum terjejas.
Di Malaysia, setiap individu tanpa mengira keturunan atau pun warna kulit diberi
kebebasan untuk mengeluarkan pandangan, pendapat, berhimpun secara aman dan juga
penubuhan persatuan dan menjalankan aktiviti persatuan.
Dengan peruntukan yang terdapat di dalam perlembagaan, maka lahirlah parti-parti politik
berasaskan kaum seperti mana yang kita ketahui seperti Malayan Chinese Association (MCA),
Malayan India Congress (MIC) dan juga UMNO untuk orang Melayu.Di samping itu juga, parti
politik yang dianggotai berbagai kaum muncul seperti Gerakan, Kimma, Parti Progresif Rakyat
Malaysia, DAP dan juga sebagainya.
Senario ini memperlihatkan keutuhan dan ketulusan perlembagaan dalam memberi
peluang penglibatan politik semua kaum di Malaysia, bukan kekuasaan politik untuk kaum
tertentu sahaja. Seterusnya hubungan etnik di dalam bidang politik yang sihat dapat
direalisasikan.
Sejarah telah membuktikan bahawa semasa proses menuntut kemerdekaan pada tahun
1957, gabungan tiga parti politik utama yang mewakili kaum Melayu (UMNO), kaum Cina
(MCA) dan juga kaum India (MIC) telah membentuk PERIKATAN yang memenangi pilihan
raya tahun 1955. Gabungan ketiga-tiga parti politik ini telah berjaya menyakinkan kerajaan
British yang seterusnya memberi kemerdekaan pada tahun 1957.
Syarat permuafakatan ketiga-tiga kaum terbesar merupakan salah satu syarat yang
dikenakan oleh pihak British sebelum memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Syarat ini
dikenakan oleh pihak British kerana mahu memastikan tidak akan berlaku kekacauan dan
pertumpahan darah semasa menjalankan pemerintahan negara nanti.
Kesimpulannya, kepentingan hubungan etnik dari segi politik wajar diteruskan dan dipupuk
memandangkan kestabilan politik adalah faktor utama jatuh dan bangunnya sesebuah negara.
MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181
ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 15 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Keadaan politik yang stabil akan membawa kepada kedatangan para pelabur ke negara kita
dan seterusnya menambah kerancakan kegiatan ekonomi negara.
Ekonomi
Perkara 13 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan tentang hak terhadap harta.
Perkara ini memperuntukkan bahawa
(a)

Harta seseorang warganegara tidak boleh dirampas kecuali menurut undangundang.

(b)

Kerajaan boleh mengambil harta seseorang itu dengan syarat dibayar pampasan
mengikut nilaian semasa.

Perlembagaan Malaysia menjaga kepentingan semua etnik dari segi ekonomi. Semua
kaum bebas menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing tanpa sebarang kekangan. Kerajaan
tidak memilih kaum dalam menjalankan sebarang aktiviti , semua kaum diberi peluang yang
sama dalam semua penglibatan ekonomi untuk memajukan negara.
Pada zaman sebelum merdeka, kegiatan ekonomi banyak dipengaruhi dengan
penempatan kaum. Pola ekonomi sudah dicorakkan oleh pihak British. Kaum Cina misalnya
tinggal di kawasan bandar menjalankan aktiviti perlombongan, kaum Melayu pula di tepi pantai
menjalankan aktiviti perikanan dan kaum India di kawasan perladangan. Pendek kata,
perkembangan ekonomi semasa pentadbiran British lebih kepada

kepentingan ekonomi

kerajaan British. Semata-mata dan bukannya kerana kepakaran dan kebolehan sesuatu kaum
di dalam aktiviti ekonomi yang diceburi.
Namun kini keadaan telah berubah, dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan seperti
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional sedikit sebanyak telah merapatkan
jurang ekonomi di antara kaum. Dasar-dasar yang dirancang dan dijalankan oleh pihak
kerajaan bertujuan untuk memberi keadilan ekonomi kepada semua wargenegara tanpa
mengira latar belakang keturunan. Jadual di bawah menunjukkan kadar kemiskinan telah turun
daripada 49.3% dalam tahun 1970 kepada 17.3% pada tahun 1987. Jadual di bawah
menunjukkan kadar kemiskinan mengikut kaum :

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 16 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

MALAYSIA:KADAR KEMISKINAN MENGIKUT KUMPULAN ETNIK (%)

Kumpulan Etnik
Semenanjung Malaysia
Bumiputera
Cina
India
lain-lain

1970
49.3
64.8
26.0
39.2
44.8

1984
18.4
25.8
7.8
10.1
22.0

1987
17.3
23.8
7.0
9.7
24.3

Sabah
Bumiputera
Cina
lain-lain

33.1
39.2
6.2
12.4

35.8
41.9
6.3
5.0

Sarawak
Bumiputera
Cina
lain-lain
Sumber : Jabatan Perangkaan (Banci 1970: H.I.S. 1984 & 1987 ).

31.9
41.6
9.3
4.0

24.7
33.2
6.7
0

Dengan adanya peruntukan dalam perlembagaan Malaysia, semua kaum tidak perlu risau
tentang kedudukan harta dan kekayaan yang dimiliki kerana semua warganegara Malaysia
tanpa mengira keturunan boleh memiliki sebarang harta hasil penat lelah mereka mencari
rezeki.
Kerajaan juga tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil harta seseorang. Sebagai
contoh tanah yang diambil untuk mendirikan hospital, kerajaan akan membayar sejumlah
besar pampasan mengikut nilai semasa kepada tuan tanah tersebut. Di sini membuktikan
ketulusan dan keperihatinan kerajaan terhadap rakyat. Di samping itu juga, cukai pendapatan
individu dan perniagaan yang merupakan salah satu hasil negara dikenakan setara kepada
semua kaum menggunakan kaedah dan formula tertentu.
Perlembagaan pada dasarnya telah menjaga kepentingan ekonomi semua kaum di
Malaysia tanpa menindas mana-mana kaum. Semua rakyat di negara ini bebas mencari rezeki
dan diberi ruang serta peluang mencari kekayaan tanpa sebarang halangan. Rakyat
MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181
ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 17 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

tanpa mengira usia dan keturunan mengembeling tenaga bersama-sama menyumbang dan
meningkatkan ekonomi negara.
Ekonomi merupakan nadi penggerak utama kepesatan kemajuan sesebuah negara.
Dengan adanya sistem ekonomi yang cekap serta pemimpin yang berwawasan, Malaysia
pada hari ini telah muncul salah sebuah negara yang utuh di bidang ekonomi di Asia Tenggara
khususnya dan dunia amnya.
Sosial
Kepentingan perlembangan dalam hubungan etnik dari segi sosial dapat dilihat dalam
Perlembagaan Malaysia. Aspek sosial merangkumi bidang yang luas, antaranya kebebasan
diri, kebebasan bergerak, sama rata, pelajaran dan lain-lain. Perlembagaan Malaysia
menjamin semua warganegara berhak mendapat kebebasan diri, bebas bergerak, sama rata
dan juga pelajaran. Semuanya termaktub dalam Perkara 5, Perkara 9, Perkara 8 dan Perkara
12.
Perkara 5 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan tentang kebebasan diri.
(a)

Seseorang itu mempunyai kebebasan dan tidak boleh diambil nyawanya kecuali
menurut undang-undang.

(b)

Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab dia ditangkap dan dibenarkan
berunding dengan peguam.

Perkara 9 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan tentang larangan buang negeri dan
kebebasan bergerak. Perlembagaan Persekutuan membolehkan rakyat Malaysia:
(a)

Menetap dan bermastautin di semua negeri dalam Persekutuan

(b)

Bergerak dalam Persekutuan

(c)

Tidak boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke Persekutuan kecuali
atas sebab berikut:
i.

Menjaga keselamatan persekutuan.

ii.

Menjaga ketenteraan awam.

iii.

Menjaga kesihatan awam.

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 18 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

iv.

Menghina negara dan Yang di-Pertuan Agong sewaktu berada di dalam


Persekutuan.

Perkara 8 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan tentang sama rata. Perlembagaan


Persekutuan menjamin setiap rakyat bahawa setiap rakyat akan :
(a)

Mendapat perlindungan undang-undang yang sama.

(b)

Walaupun warganegara Malaysia mengamalkan agama, adat dan (kaum) yang


berbeza, kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pemerintahan berdasarkan
warna kulit, agama dan kaum.

(c)

Rakyat yang tinggal di sesebuah negeri dalam Persekutuan akan mendapat


layanan yang sama. Kerajaan tidak akan mengutamakan rakyat yang tinggal di
sesebuah negeri tertentu sahaja.

Perkara 12 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan tentang hak berkenaan pelajaran.


Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukan bahawa
(a)

Kerajaan memberi bayaran yang sama kepada semua kaum semasa mendaftar
di sekolah.

(b)

Kerajaan tidak boleh membezakan warganegara berasaskan kaum atau tempat


lahir semasa penyediaan kemudahan persekolahan ( kecuali menurut Perkara
153 )

Warganegara Malaysia tanpa mengira agama, adat dan kaum bebas menetap dan tinggal
di mana-mana negeri di dalam Malaysia. Setiap individu di Malaysia boleh pergi ke manamana wilayah di dalam Malaysia sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
tanpa adanya sekatan. Konsep bebas bergerak mendorong rakyat berbilang kaum dan etnik
dapat mengenali etnik yang lain apabila mengunjungi atau pun tinggal di sesuatu tempat.
Dengan memahami budaya dan adat resam etnik lain, maka mudahlah seseorang itu
membina hubungan yang baik dengan etnik yang lain. Maka lahirlah generasi rakyat yang
bersatu padu tanpa mengira asal usul keturunan, agama yang dianuti dan juga warna kulit.
Segala anasir-anasir jahat yang ingin memecah belahkan negara tidak berjaya. Perpaduan

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 19 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

rakyat negara Malaysia begitu jitu, ini semuannya hasil daripada peruntukan di dalam
Perlembagaan Malaysia.
Buktinya semasa selepas merdeka, rakyat negara ini diuji dengan peristiwa darurat dan
juga konfrantasi dengan Indonesia. Rakyat Malaysia sama ada etnik Melayu, Cina, India dan
lain-lain telah bersatu padu menolak fahaman komunis dan juga bergembeling tenaga
menghadapi konfrantasi dengan Indonesia.
Semua bangsa dilindungi oleh undang-undang tanpa mengira status mereka. Undangundang digubal dan dilaksanakan untuk melindungi semua kaum bukan hanya kaum tertentu
sahaja. Sesiapa yang melanggar undang-undang akan diadili dengan seadil-adilnya sebelum
dijatuhkan hukuman. Hukuman dikenakan kepada semua warganegara yang didapati bersalah
tanpa mengira kedudukan, pangkat dan keturunan.
Ini adalah kerana perlembagaan merupakan undang-undang yang tertinggi dan tiada
sesiapa yang boleh mengatasi perlembagaan. Peruntukan ini mencerminkan kekebalan
undang-undang yang menjaga hak semua warganegara di Malaysia.
Kerajaan tidak memilih negeri tertentu sahaja untuk dimajukan dan dibangunkan, walau
pun terdapat tiga Wilayah Persekutuan iaitu Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Semua wilayah dan negeri di dalam Malaysia dimajukan melalui rancangan-rancangan
kemajuan yang dirancang oleh kerajaan pusat atau pun bantuan kewangan yang disalurkan
terus ke kerajaan negeri.
Ini dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Pertama hingga Rancangan Malaysia kelima.
Aspek kesamarataan ini bukan hanya pada etnik yang tinggal di Semenanjung Malaysia,
malahan juga di Sabah dan Sarawak. Peluang dan ruang dibuka kepada semua warganegara
tanpa mengira keturunan untuk mencari rezeki. Konsep sama rata ini membuktikan ketulusan
kerajaan dalam mewujudkan cita-cita menjadikan Bangsa Malaysia dan juga slogan yang
baru dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Satu Malaysia.

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 20 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Dari segi pelajaran pula, semua kaum dikenakan bayaran dan peluang yang sama
semasa mendaftar di sekolah. Pinjaman buku teks diberikan percuma kepada semua etnik
tanpa mengira latar belakang keluarga. Ini mencerminkan kerajaan menitik beratkan pelajaran
kepada semua warganegara. Peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi diberikan kepada semua kaum sama ada universiti di dalam negara mahu pun di luar
negara. Pendek kata, rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan berpeluang melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi asalkan mereka rajin berusaha kerana banyak peluang
dan ruang diberikan oleh pihak kerajaan.
Ringkasnya, kepentingan perlembagaan dalam hubungan etnik bolehlah dilihat dari
pelbagai sudut seperti agama, politik, ekonomi dan juga sosial. Perlembagaan diibaratkan
sebagai jantung. Sekiranya jantung tidak berfungsi, maka perpaduan yang ingin dicapai
hanyalah slogan sahaja atau pun sekadar angan-angan sahaja. Wujudnya jawatan Menteri
dipegang selain dari kaum Melayu, mencerminkan dan membuktikan ketulusan kaum
Bumiputra terutamanya bangsa Melayu menerima kaum Cina, India dan lain-lain sebagai satu
Bangsa Malaysia dan juga mengakui apa yang terkandung di dalam
Malaysia.

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 21 -

Perlembagaan

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai kontrak sosial.


Unsur-unsur tradisi ini merangkumi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu,
Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Sistem Raja Berperlembagaan. Unsur-unsur tradisi ini
memainkan peranan penting untuk memupuk dan menyemai bibit-bibit semangat 1 Malaysia
memandangkan rakyat negara ini mempunyai latar belakang, agama, adat resam dan
kepercayaan yang berbeza.
Apabila memperkatakan tentang kontrak sosial, telah dipersetujui oleh semua etnik dan
kaum yang mendiami Persekutuan Tanah Melayu. Kontrak sosial merupakan salah satu
Perjanjian win win yang termenterai antara kaum Melayu, Cina, India, bumiputera ,dan lainMOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181
ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 22 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

lain. Semuanya telah bersetuju dan mengakui apa yang termaktub dalam kontrak sosial
tersebut.
Kontrak sosial menjamin hak dan survival orang Melayu tidak terjejas di samping itu
hak-hak kaum lain seperti masyarakat Cina, India dan lain-lain kaum juga terbela. Kontrak
sosial yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia telah berjaya menyatupadukan rakyat
sejak mula merdeka sehingga ke hari ini.
Antara perkara yang terkandung dalam kontrak sosial ialah :
i.

Sistem Raja Berperlembagaan


Perkara 32, 38 (4) dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan raja-raja Melayu
adalah simbol kuasa kestabilan politik dan perpaduan etnik. Semua kaum di
Malaysia menerima Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan juga
pemerintah tertinggi di Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong dipilih secara bergilir-gilir dalam kalangan raja-raja Melayu
di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama lima tahun sekali. Negeri-

negeri tersebut ialah Negeri Perlis, Negeri Kedah, Negeri Perak, Negeri Selangor,
Negeri Sembilan, Negeri Johor, Negeri Pahang, Negeri Terengganu
dan Negeri Kelantan. Sistem ini telah digunapakai sejak semasa kemerdekaan
sehingga ke hari ini.
Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia
sejak merdeka sehingga kini. Sistem ini juga membantu memantapkan kewibawaan
institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja
yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja. Semua etnik bukan
hanya Melayu malahan Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak bersetuju dan
menerima Raja-Raja Melayu sebagai Yang
MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181
ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 23 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

di-Pertuan Agong.
ii.

Agama
Setiap etnik bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa ada sekatan
dan halangan.Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan tentang
kebebasan beragama. Setiap individu berhak menjalankan aktiviti berkaitan hal-hal
agamanya dan tidak berhak dihalang meneruskan ajaran agamanya atau membina
pusat-pusat ibadat.
Seorang warganegara boleh memilih agama yang diyakininya apabila berumur 18
tahun ke atas, telah diguna pakai sejak tahun 1957 lagi. Bagi kanak-kanak pula, ibu
bapa atau penjaganya berhak menentukan agama yang dianuti mereka.
Walaubagaimana pun, etnik Cina, India perlu mengakui dan menerima Agama Islam
sebagai agama rasmi Malaysia. Faktor kebebasan beragama menjadikan rakyat
Malaysia hidup aman damai serta tidak berlaku peperangan dan kekacauan
disebabkan perbezaan agama.

iii.

Bahasa
Perkara 152 memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu ( yang
mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi) dan dalam bentuk tulisan yang
ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan. Bahasa Melayu merupakan bahasa
perantaraan dan bahasa rasmi memandangkan penduduk Malaysia mempunyai
latar belakang penggunaan bahasa yang berbeza. Untuk menyatukan perhubungan
dan komunikasi yang lebih berkesan, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi
Malaysia.

Perkara

ini

melindungi

bahasa-bahasa

lain

dan

seterusnya

memperuntukkan bahawa tidak sesiapa pun boleh atau ditahan daripada


menggunakan (selain maksud-maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar
apa-apa bahasa lain. Perkara ini juga tidak menyentuh hak Kerajaan Persekutuan
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan
penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum di Malaysia. Etnik Cina, India
MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181
ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 24 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

dan Bumiputera Sabah dan Sarawak walaupun menggunakan bahasa ibunda


masing-masing

dalam

pertuturan

seharian

sebulat

suara,

sehati

sejiwa

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.


iv.

Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak


Hak keistimewaan ini meliputi perjawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, permit dan lesen perniagaan, selain itu berkait dengan Perkara 89 dan
90 (perezaban tanah). Perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan
penarikan hak berkaitan kaum lain, contohnya etnik lain juga diberi ruang untuk
memperoleh pekerjaaan dalam sektor awam, biasiswa atau pinjamin pelajaran
PTPN, memiliki tanah dan terlibat dalam sektor ekonomi.
Kaum Cina, India dan lain-lain telah mendapat hadiah semasa kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu. Pemberian hak kerakyatan berdasarkan konsep jus
soli. Setahun selepas merdeka, orang bukan Melayu yang telah memenuhi
kelayakan bermastautin boleh mendapat hak kerakyatan tanpa dikehendaki
mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Pengecualian tentang
perlunya mengetahui bahasa Melayu merupakan satu kelonggaran yang istimewa
untuk tempoh dari 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958. Dengan tempoh yang
diberi, MCA dan MIC telah berkempen dengan hebat sehingga jumlah orang bukan
Melayu telah menjadi rakyat meningkat dengan begitu tinggi menjadi lebih kurang 1
juta orang. Nikmat dan kelebihan prinsip jus soli ini telah dapat dikecap dengan
serta merta. Perkara ini dapat dilihat melalui jumlah pengundi bukan Melayu yang
telah bertambah lima kali ganda antara pilihan raya tahun 1955 dan pilihan raya
1959. Dengan pengurniaan kerakyatan secara syarat-syarat yang longgar, MCA dan
MIC pada dasarnya bersetuju mengakui hak-hak keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak. Perjanjian kontrak sosial ini telah diguna pakai
sejak tahun 1957 sehingga kini. Kesannya, semua etnik tanpa mengira latar
belakang telah mengecapi kemewahan, kemakmuran dan keamanan selama 52
tahun. Sekiranya perlembagaan itu rapuh, maka wujudlah kekacauan dan
pemusuhan seperti mana yang berlaku di India dan di Indonesia.

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 25 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 26 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Perlembagaan merupakan sekumpulan undang-undang dasar yang menjadi garis


panduan bagi pemerintahan sesebuah negara. Dari undang-undang dasar ini, lahirlah semua
undang-undang yang diperkenalkan di negara kita. Dalam perlembagaan merangkumi
perkara-perkara berkaitan seperti struktur kerajaan dan kuasanya, sistem kehakiman, hak
asasi rakyat, kebebasan beragama, soal bahasa, syarat-syarat kerakyatan serta pilihan raya.
Di sini dapat disimpulkan bahawa perlembagaan itu ibarat jantung yang mempengaruhi
segala aspek perkembangan politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan dan kebudayaan.
Perlembagaan Malaysia ialah sekumpulan undang-undang bertulis yang menjamin hak-hak
semua kaum sama ada etnik Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lainlain. Semua etnik diberi jaminan oleh perlembagaan untuk mendapat hak sama rata dari segi
politik, ekonomi, agama dan kebudayaan. Prinsip ini telah diguna pakai sejak mula
kemerdekaan lagi , iaitu pada tahun 1957 hingga ke hari ini. Usaha dan hasrat murni serta citacita menjadikan rakyat Malaysia satu bangsa Malaysia telah diteruskan oleh Yang Amat
MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181
ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 27 -

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan
slogan 1 Malaysia. Konsep 1 Malaysia ini selari dengan perlembagaan Malaysia yang
mengakui dan melindungi kepentingan semua etnik yang mendiami di tanah air yang tercinta
ini.

MOHD NOOR BIN SAAD 681020-02-5181


ROSIDI BIN MOHD ISA 650508-02-5351
MUSTAFA BIN HASHIM 650627-07-5001

- 28 -

Вам также может понравиться