You are on page 1of 2

Teks bacaan

Rimba Air Mataku Aku menemani ibu dan adik berjalan. Sudah jauh perjalanan kami, tekakku terasa dahaga. Kami mencari-cari sungai untuk mendapatkan air. Tidak lama kemudian, kami menjumpai sebatang anak sungai. Kami segera menghampiri anak sungai itu. Anak-anak ikan yang biasanya berenang-renang, sudah tidak kelihatan. Air sungai itu sudah keruh, berkeladak dan berminyak. Sayangnya, ibu tidak sempat melarang adik bongsuku minum air tersebut. Adik minum air yang keruh itu dengan gelojoh kerana terlalu dahaga. Kami terus mendaki sebuah bukit lagi. Akhirnya, kami sampai di suatu kawasan tanah lapang. Aku memperlihatkan manusia menebang pokok-pokok besar dari jauh. Pokok yang berpuluh-puluh dan beratusratus tahun umurnya itu tumbang dalam sekelip mata. Kami akan menanti seratus tahun lagi untuk menemukan pokokpokok seperti ini, demikian tiba-tiba ibu bersuara. Suaranya membayangkan perasaan pilu yang amat sangat. Ibu mendekati adik bongsu dan menrenungnya dengan rasa sedih. Ibu mengajak kami pergi dari situ. _____________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

Teks bacaan

(dipetik dan diubah suai daripada Usman Awang. Rimbaku Air Mataku dalam Bacalah dalam Bahasamu, halaman 72, 2000)

Aku menemani ibu dan adik berjalan. Sudah jauh perjalanan kami, tekakku terasa dahaga. Kami mencari-cari sungai untuk mendapatkan air. Tidak lama kemudian, kami menjumpai sebatang anak sungai. Kami segera menghampiri anak sungai itu. Anak-anak ikan yang biasanya berenang-renang, sudah tidak kelihatan. Air sungai itu sudah keruh, berkeladak dan berminyak. Sayangnya, ibu tidak sempat melarang adik bongsuku minum air tersebut. Adik minum air yang keruh itu dengan gelojoh kerana terlalu dahaga. Kami terus mendaki sebuah bukit lagi. Akhirnya, kami sampai di suatu kawasan tanah lapang. Aku memperlihatkan manusia menebang pokok-pokok besar dari jauh. Pokok yang berpuluh-puluh dan beratusratus tahun umurnya itu tumbang dalam sekelip mata. Kami akan menanti seratus tahun lagi untuk menemukan pokokpokok seperti ini, demikian tiba-tiba ibu bersuara. Suaranya membayangkan perasaan pilu yang amat sangat. Ibu mendekati adik bongsu dan menrenungnya dengan rasa sedih. Ibu mengajak kami pergi dari situ. Pagi itu, terjaga daripada tidur, kulihat ibu mendekati adik bongsu dan menjilat-jilat tubuh anak kesayangannya itu. Tiba-tiba, ibu berhenti daripada menjilat adik bongsuku.
(dipetik dan diubah suai daripada Usman Awang. Rimbaku Air Mataku dalam Bacalah dalam Bahasamu, halaman 72, 2000)