Вы находитесь на странице: 1из 51

PERSONALITI DAN KONSEP KENDIRI

DEFINISI DAN KONSEP


Setiap individu adalah unik dan mempunyai personaliti yang berbeza antara satu dengan lain Personaliti = sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Keseluruhan cara bertindak dan berfikir bagi menggambarkan sifat keperibadian individu. Dikaitkan dengan perwatakan yang merujuk kepada ciri-ciri dalaman individu seperti watak, perangai, semangat, akal, fizikal, cara pemikiran, dan perasaan bagi menjelaskan tingkah laku. Personaliti individu hanya dapat dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara penyelesaian masalah.

DEFINISI DAN KONSEP


Dari segi istilah, Personaliti berasal dari perkataan Latin persona topeng yang dipakai oleh pelakon pentas yunani Perkaitan antara pemikiran, emosi, dan perasaan dengan tingkah laku individu (Rahil Mahyuddin & Habibah Elias, 2007)

Pandangan Tokoh Psikologi


Tokoh Mischel (1968) Pandangan Pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing Segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personaliti mereka yang sebenar Organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. Corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, rasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan persekitarannya

Esyenck (1967)

Kagan (1989)

Pandangan Tokoh Psikologi


Tokoh Allport (1961) Pandangan Satu organisasi dinamik sistem psikofizikal kepada individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku dalam kualiti tingkah laku individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua tret seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yangterdapat dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan.

TEORI PERSONALITI

TEORI TIPOLOGI FIZIKAL


Teori personaliti terawal menekankan penjenisan personaliti mengikut kategori-kategori tertentu berdasarkan ciri-ciri fizikal dan juga tingkah laku. Sheldon(1898-1977) mengklafikasikan personaliti mengikut bentuk fizikal tubuh badan. Berdasarkan kepada kepercayaan bahawa individu-individu yang mempunyai ciri-ciri fizikal tubuh badan yang sama cenderung mempunyai tret-tret personaliti yang sama.

TEORI PSIKODINAMIK
Menekankan kepentingan motif, emosi dan gerak kuasa dalaman yang lain. Pembentukan personaliti adalah hasil daripada knoflik psikologikal yang tidak dapat diselesaikan khususnya di zaman kanak-kanak. Tokoh-tokoh utama = Carl Jung, Sigmund Freud, Alfred Adler dan Karen Horney

CARL GUSTAV JUNG (1875-1961)


Menumpukan pndangan negatif mengenai manusia Minda pemikiran bawah sedar tidak sememstinya mengandungi gerak kuasa yang mementingkan diri sendiri dan permusuhan semata-semata tetapi ia juga mengandungi motif dan semangat yang positif Pemikiran individu pada hakikatnya adalah dalam bentuk yang berlawanan di mana individu berpontensi untuk mempunyai ciri-ciri baik dan ciri-ciri jahat, feminin dan maskulin, ibu dan bapa, dan seumpamanya Ciri-ciri yang lebih menonjol akan membentuk personaliti individu Signifikan tret personaliti yang berlawanan dikenali sebagai ektrovert, introvert dan ambivert

Beliau juga mensignifikan tret personaliti yang berlawanan dikenali sebagai ektrovert, introvert dan ambivert

Ekstrovert

Ambivert

Introvert

CIRI-CIRI PERSONALITI
Eksrovert
mesra peramah gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul aktif inovatif atau gemar kepada perubahan gemar akan aktiviti-aktiviti luar mudah bercakap cepat bertindak balas tidak mudah bimbang mempunyai ciri-ciri kepimpinan

Introvert
pasif Gemar bersendirian pemalu Sensitif Cermat Reflektif Sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu Boleh dipercayai Tenang Tingkah laku yang terkawal Kurang bersedia untuk menanggung risiko

Ambivert
Mempunyai tret-tret seorang ekstrovert dan introvert

TEORI PSIKOANALISIS SIGMUND FREUD


Ciri-ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri Freud percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri semulajadi manusia Daripada pandangan itu, timbul pendapat yang menyatakan bahawa manusia ini tidak rasional (antirasionalisme) Berpandangan bahawa personaliti adalah hasil daripada dorongan naluri individu. Semua kuasa naluri ini tersimpan dalam suatu sistem tenaga Freud membahagikan tenaga ini kepada dua, iaitu; - Tenaga hidup atau naluri hidup (Libido & Eros) - Tenaga mati atau naluri mati (Thanatos)

Tenaga hidup atau naluri hidup (Libido & Eros)


- Tenaga ini mendorong individu untuk terus berkembang dengan lebih kreatif - Memotivasikan individu mencapai keseronokan dan mengelak kesakitan Eros merupakan tenaga yang membantu individu untuk terus hidup. Freud lebih menekankan kepada naluri seksual termasuk dorongan tubuhb badan yang menyeronokkan termasuk membuang air besar dan menghisap jari Libido adalah dorongan atau desakan yang terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Walau bagaimanapun, ini tidak tertumpu kepada maksud kepuasan sendiri. Libido menyediakan tenaga yang diperlukan untuk individu berfikir dan bertingkah laku.Libido merupakan tenaga psike (tenaga kejiwaan) yang menggerakkan keseluruhan personaliti. Sekiranya naluri hidup tidak dapat dipenuhi, tenaga libido akan meningkat dan menyebabkan individu tertekan dan akhirnya libido akan meletup hingga menghasilkan tingkah laku bilazim

Tenaga mati atau naluri mati (Thanatos) - Tenaga ini mendorong individu bertindak agresif ke atas diri sendiri. Kadang kala ada individu yang cuba menyakiti dirinya sendiri atau membunuh dirinya ataupun orang lain

Kedua-dua tenaga ini berkuasa mengawal tingkah laku dan kehidupan individu. Dorongan dan desakan merupakan keinginan naluri yang sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu dilahirkan Setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang sekaligus akan mencorakkan haluan hidupnya Konflink yang kecil berpanjangan walaupun itu berpunca daripada masalah kecil

TAHAP KESEDARAN
Sigmund Freud (1963), membahagikan akal fikiran individu kepada tiga lapisan yang berbeza, iaitu; - Sedar - Prasedar - Bawah sedar

Sedar
Tahap sedar tergolong dalam aspek tingkah laku, tindakan, perasaan yang disedari oleh individu seperti rasa sakit, makan,berlari dan sebagainya

Prasedar
Tahap prasedar merupakan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan atau pemikiran yang boleh dirasai dalam keadaan sedar sungguhpun pada asalnya perasaan dan pemikiran itu bukan merupakan sebahagian daripada tahap sedar tadi. Pada peringkat prasedar, individu akan mengalami sedikit kesukaran untuk menyedari sesuatu bersungguh-sungguh ianya mampu diingat semula. Contohnya penilaian individu terhadap tahap kesakitan melecur kulit kerana terkena air panas. Individu mampu berfikir sejauh mana tahap kesakitan tersebut berdasarkan pengalamannya.

Bawah sedar Tahap bawah sedar merupakan peringkat yang paling penting. Ia memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku individu selain daripada desakan naluri semula jadi seperti tenaga psike. Ini kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku individu. Pada tahap ini, semua naluri dan keinginan individu membentuk keperibadiannya. Akhirnya, seseorang itu akan menunjukkan tingkah laku yang suka diterima oleh orang ramai. Peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar adalah sangat sukar. Ianya memerlukan pembimbing yang lebih arif dan bertauliah contohnya kaunselor. Umumnya, pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses yang disekat oleh realiti. Contohnya, khayalan seseorang atau mimpinya.

PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT TEORI PSIKOANALISIS


Struktur Personaliti Huraian Contoh Zalli minta ibunya membelikannya belon semasa mengikut ibunya ke pasar malam. Namun, ibunya tidak memenuhi kehendak Zali kerana ia bukalah barangan yang bermanfaat kepada Zali. Maka, Zali menangis sambil menghentakhentakkan kakinya di khalayak ramai kerana kehendaknya tidak dipenuhi. ID Id merupakan sumber tenaga Personaliti: kanak-kanak psike manusia yang terdiri daripada naluri semulajadi iaitu makan, minum, pembuangan dan seksual. Id wujud semasa manusia dilahirkan. Ia merupakan satu elemen semulajadi diwarisi dan sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan komponen biologikal (eros dan thanatos) yang berada di minda bawah sedar. Id beroperasi atas prinsip keseronokan. Id sangat mementingkan diri, mengutamakan keseronokan, primitif, tidak bermoral, dan berkeras untuk memperolehi sesuatu.

EGO Personaliti: Dewasa Peranan: Peguam

Ego adalah komponen psikologikal. Ego tidak berkembang secara berperingkat. Ia penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan, dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut situasi dan persekitaran. Ego berkembang melalui hubungan sosial. Ego memainkan fungsi penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu. Kompromi antara Id dengan supergo mewujudkan ego iaitu perlakuan yang lebih rasional dan berasaskan realiti.

Individu perlu minum untuk hidup. Ia menuntut minum apabila dahaga sahaja. Namun, masyarakat menetapkan peraturan dan adab minum sambil berjalan. Kompromi antara tuntutan kehendak minum ini mewujudkan ego, iaitu cara individu minum

SUPEREGO Superego merupakan komponen Personaliti: Ibu bapa sosial. Ia menyerupai hati nurani Peranan: Hakim atau kesedaran individu. Superego merupakan akar tunjang daripada aspek peneguhan moral yang baik. Maksudnya, superego ialah nilai dan norma masyarakat yang merupakan satu perlakuan yang unggul. Moral dipelajari hasil daripada asuhan semasa seseorang individu itu masih kecil dan berkembang dengan penerapan moral. Superego mengawal ego dan id. Ia bergerak dalam minda sedar, prasedar dan bawah sedar untuk pengawalan tingkah laku individu. Peranannya ego agar individu tidak melanggar norma masyarakat.

Manakala, superego menetapkan minum air minuman yang berkhasiat agar badan sihat. Amalan minum alkohol yang banyak akan memudaratkan badan.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI


Terdapat lima peringkat perkembangan personaliti menurut Freud, iaitu; - Peringkat Oral (lahir-1 tahun) - Peringkat Anal (2-3 tahun) - Peringkat Falik (4-6 tahun) - Peringkat Pendaman (7-12 tahun) - Peringkat Genital (remaja)

Tahap Oral

Tahun 0-1 tahun

Zon Erotik Mulut: menghisap, mengigit

Tugas perkembangan Berhenti menyusu

Tret personaliti Sebelum tumbuh gigi; - Suka makan, banyak minum, mengunyah dan banyak cakap Selepas tumbuh gigi; - Suka berleter, suka menyindir, dan suka menyakiti hati orang lain

Anal

1-3 tahun

Dubur: menabur, menahan najis

Latihan ke tandas

Anal agresif: zalim, pemarah, tidak mematuhi disiplin Anal retentif: kedekut, degil, mementingkan peraturam

TEORI BEHAVIOURISME
Berasal daripada kajian Ivan Pavlov, J.B.Watson, E.L Thorndike dan B. F. Skinner. Menekankan personaliti dipelajari sepanjang hayat dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran Sesuatu peristiwa yang berlaku akan menyebabkan individu bertindak Tindakan tersebut akan memberi kesan dan akibat kepada individu.

PENGARUH TINGKAH LAKU KEPADA PERSONALITI


A Peristiwa yang berlaku Guru membawa banyak buku latihan ke bilik rehat guru B Tingkah laku/Tindakan Aini menolong guru membawa buku-buku latihan ke bilik rehat guru C Kesan-Akibat Guru memberi penghargaan kepada Aini dengan mengucapkan terima kasih sambil senyum Aiman tidak dibenarkan keluar rehat untuk menyiaokan kerja rumah tersebut Teknik Kesan Tret Personaliti Tret personaliti menolong diulangi Peneguhan

Guru memberi kerja rumah kepada muridmurid

Aiman tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh guru

Hukuman

Tret personaliti resilien rendah iaitu tidak membuat kerja rumah tidak akan diulangi

Falik

3-6 tahun

Alat jantina Onani

Identifikasi dengan ibu & bapa sama jantina

Lelaki lebih menyayangi ibu daripada bapa

Perempuan lebih meyayangi bapa daripada ibunya


Latensi 6-12 tahun Rakan sebaya sama jantina Meluaskan kontrak sosial di kalangan sama jantina Mewujudkan hubungan intimasi dengan berlainan jantina Tidak dapat membina sifat dan peranan yang sesuai berdasarkan jantina. Tidak dapat menjalinkan hubungan interpersonal yang bermakna di antara lelaki dengan perempuan

Genital

Akil baligh

Rakan sebaya sama jantina

Dalam pelaziman operan, rangsangan diikuti oleh suatu gerak balas Tingkah laku operan = tingkah laku yang berlaku di mana persekitaran mengubahnya Kemunculan rangsangan itu bergantung kepada berlangsungnya sesuatu gerak balas Rangsangan sebenarnya merupakan alat peneguhan atau rangsangan peneguhan. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan berkait terus kepada rangsangan fizikal Setiao gerak balas itu adalah hasil daripada sesuatu rangsangan Menurut Skinner, kesan-akibat sesuatu tingkah laku individu boleh menentukan sama ada tingkah laku itu diulangi atau dihentikan.

Perkembangan personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman individu Perkembangan personaliti mempunyai batasan genetik yang tidak boleh diubah kerana kesan persekitaran dan rangsangan dalaman juga memainkan peranan penting GENETIK + PERSEKITARAN + RANGSANGAN DALAMAN = PERKEMBANGAN PERSONALITI Woolfolk (2004) menyenaraikan beberapa inisiatif yang boleh dilakukan untuk meningkatkan personaliti murid.

TINGKAH LAKU POSITIF MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN PERSONALITI

CARA-CARA MEMBENTUK PERSONALITI POSITIF MURID


Bil Guru Membentuk Personaliti Positif Murid Contoh-contoh 1 Mengenal pasti tingkah laku positif murid Murid jujur mengaku kesalahannya meniru dalam peperiksaan. Maka, guru memberi peluang kepada murid dengan tidak menggagalkannya tetapi hanya memberi amaran sahaja
Guru memuji murid apabila dia berjaya menjawab soalan dengan tepat Guru memberi ganjaran sebatang pen apabila murid rajin membersihkan kelasnya Selepas tamat kelas Matematik, murid dibenarkan ke makmal komputer untuk melayari internet

Beri banyak peneguhan apabila murid melakukan tingkah laku yang baik Beri peneguhan apabila murid berjaya mengubah tingkah lakunya agar tingkah laku tersebut berterusan Prinsip premack

Prinsip premack

Selepas tamat kelas Matematik, murid dibenarkan ke makmal komputer untuk melayari internet Guru menampal amaran dalam bentuk kartun/poster di dalam kelas untuk mengingatkan murid tentang peraturan kelas
Guru boleh menyediakan Carta Peneguhan Kelas. Setiap murid yang bertingkah laku baik seperti menulis dengan kemas ditampal satu sticker dalam carta tersebut. Pada hujung bulan, murid yang mengumpul banyak sticker diberikan token Guru minta murid mencadangkan jenis peneguhan yang mereka kehendaki.

Memberi isyarat/amaran untuk mengekalkan tingkah laku baik

Memberi peneguhan kepada murid apabila mereka bertingkah laku baik. Guru tidak mengamalkan labeling kepada murid-muridnya.

Mempelbagaikan peneguhan

TEORI FENOMENOLOGI HUMANISTIK


Diasaskan oleh Carl Rogers (1902-1987) Mengatakan bahawa setiap individu adalah arkitek kepada kehidupan mereka Individu secara fitrahnya adalah baik dan mampu mengendalikan kehidupan sendiri Individu sepatutnya difahami dari perspektiif bagaimana mereka melihat kepada diri mereka sendiri dan persekitaran mereka Pendekatan untuk memahami personaliti = Pendekatan Fenomenologi Teori ini membincangkan secara mendalam tentang konsep kendiri

Menurut Rogers (1961), konsep kendiri merupakan satu knotruk teoritikal yang ditakrifkan secara operational Asalnya konsep kendiri ini dalam teori psikologi bermaksud manusia kecil yang terdapat dalam roh atau akal yang mengarah tingkah laku dan personaliti

Rogers menjelaskan bahawa konsep kendiri kepada tiga makna yang berasingan seperti berikut:
- Diri sebagai satu objek
Individu memandang dirinya sendiri. Mereka akan menganalisis dan membuat rumusan tentang diri mereka

- Diri sebagai satu proses psikologikal


Proses psikological adalah seperti pemikiran, persepsi, memberi perhatian dan ingatan. (hampir sama dengan ego yang diperkenalkan oleh Freud)

- Diri sebagai satu proses kepada objek


Ia merupakan kedua-dua fungsi proses psikologikal dan pengamatan diri sendiri

Bagi Rogers, persekitaran yang dialami oleh individu berlaku secara sedar Pengalaman ini merupakan maklumat yang diperlukan untuk memahami dan meramal tingkah laku Konsep utama dalam struktur personaliti ialah diri yang dilihat sebagai diri, diri saya, dan saya Maksud diri adalah satu set persepsi yang telah tersusun dan ia wujud secara sedar. Keseluruhan persepsi dan makna yang berkaitan dengan individu merupakan bidang fenomena seseorang.

Individu mendapat pengalaman untuk dirinya daripada interaksi dengan persekitaran Pengalaman ini akan berkembang menjadi konsep kendiri iaitu persepsi seseorang tentang dirinya sendiri Walaupun individu ada pengalaman yang tidak disedari, konsep kendiri adalah bahagian diri kita yang sedar Definisi diri yang merangkumi bahagian tidak sedar boleh dikaji secara objektif

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI

FAKTOR-FAKTOR
Genetik
Bentuk badan Fizikal Kecerdasan

Persekitaran
Keluarga Kebudayaan Sekolah

Emosi

Rakan sebaya
Media massa Pengalaman awal

Masyarakat

FAKTOR GENETIK
Bentuk Badan
Jenis bentuk badan Endomorf Rupa bentuk badan Bulat dan lembut Ciri-ciri personaliti Tret Viscerotinia: Suka bergaul, cepat mesra, berlega, mengandur Tret Somatotonia: Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran

Mesomorf

Otot-otot kuat, kemahiran psikomotor

Ektomorf

Kurus dan tinggi

Tret Cerebrotonia: Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal

Fizikal
- Seseorang kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat menyertai segala aktiviti sosial, lama kelamaan akan membantutkan perkembangan sosialnya - Lantas, kanak-kanak tersebut akan berpersonaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu

Kecerdasan
- Individu yang mempunyaidarjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang beryakinan, berbudi bahasa, berperwatakan bijaksana dan bersifat berani - Pada masa yang sama, pelajar yang terlalu cerdas juga akan mengalami masalah penyesuaian sosial (kanak-kanak mungkin akan berasa bongkak lalu diketepikan oleh kanak-kanak yang lain)

Emosi
- Emosi yang tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah - Seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat mengawal perasaan kekecewaan lebih disukai orang lain.

FAKTOR PERSEKITARAN
Keluarga Suasana di dalam rumah Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram Suasana yang harmonis dan mesra menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat

Pemakanan Makanan yang tidak seimbang (minda tidak cerdas) akan membantutkan perkembangan kognitif , fizikal individu dan perkembangan personaliti Apabila prestasi akademik rendah, konsep kendiri kanak-kanak tersebut rendah Lekatan personaliti seperti pendiam, anti sosial dan kurang bermotivasi akan terbentuk
Sosioekonomi Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang disediakan untuk anak-anak (pendedahan yang luas kepada kanak-kanak) Kemudahan penting untuk perolehan pencapaian akademik yang baik demi aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah

Kebudayaan - Kebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza - Penekanan terhadap sesuatu nilai dalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak - Individu yang dibesarkan dengan budaya yang baik akan menjadi seseorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang

Pengaruh sekolah - Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak - Corak pentadbiran yang menitikberatkan soal disiplin akan membentuk personaliti pelajar yang berdisiplin dan mematuhi arahan - Guru juga merupakan model bagi muridmurid yang berperanan penting dalam membentuk perkembangan personaliti muridmurid

Rakan sebaya - Setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri - Kebanyakan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka sama ada nilai ataupun personaliti yang dibawa itu adalah yang positif ataupun negatif Media massa - Pendedahan kepada media massa yang sihat penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat - Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan videi atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuanagresif - Sebaliknya, kanak-kanak yang lebih didedahkn dengan tayangan yang bercorak ilmiah, berunsur moral dan persahabatan, akan dapat membantu perkembangan personaliti murid-murid

Pengalaman awal - Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan yang ringan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah - Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angkaangka yang senang ketika berada di Tahun Satu. - Situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanakkanak

Masyarakat - Harapan dan nilai sesuatu masyarakat mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu - Jika masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda, kanakkanak akan membesar dan menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda - Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, individu yang membesar dalam situasi itu akan menjadi anggota masyarakat yang berbudi pekerti dan memegang teguh pada nilai-nilai murni

IMPLIKASI PERKEMBANGAN PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

IMPLIKASI
Bil Huraian 1 2 Guru perlu sensitif kepada potensi murid Peranan Guru Pembentukkan Personaliti Peneguhan positif Kreatif Token/ganjaran Asertif Konsep kendiri positif Penghargaan diri tinggi Berwawasan Pencapaian tinggi Kritik diri rendah Bermotivasi tinggi Berdikari

Guru sangat perlu memahami tingkah laku Bina hubungan murid yang mesra dengan murid Pemerhatian berkala Prihatin Guru tidak melabel murid-murid Terima murid tanpa syarat Ingat nama murid-murid

Bil Huraian 4 Guru mengenal pasti gaya belajar dan kecerdasan pelbagai murid

Peranan Guru
Kinestatik/linguitik /interpersonal: Pembelajaran yang banyak melibatkan Pergerakan seperti Belajar sambil Bermain, pembelajaran koperatif, sosio drama dan sebagainya Auditori/ intrapersonal/: Guru menggunakan audio, iaitu media elektronik atau komputer Visual/spatial: Penggunaan bahan bantu mengajar serti multimedia, gambar, carta, lawatan sambil belajar dan lain-lain

Pembentukkan Personaliti
Ekstrovert Keyakinan tinggi Autonomi Kepimpinan tinggi

Kreatif dan kritis Intelektual tinggi Berstruktur tinggi Asertif Introvert Analitikal tinggi Intelektual tinggi Pencapaian tinggi Berautonomi

Bil Huraian 5 Guru memahami perbezaan personaliti murid-murid sama ada mereka itu ektrovert atau introvert

Peranan Guru
Murid ektrovert: Perbincangan kumpulan, sumbangsaran, main peranan, lakonan dan pembelajaran kendiri dan sebagainya. Aktiviti pengayaan Ekksperimen/ inkuiri penemuan

Pembentukkan Personaliti Kepimpinan tinggi Bermotivasi dan suka persaingan sihat, pencapaian tinggi Bertanggungjawab Berwawasan Resilien

Murid introvert: Guru perlu banyak bertanya dan memberi peluang murid bercakap dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran Peneguhan positif Beri motivasi dan galakan murid aktif Aktiviti pemulihan Lawatan sambil belajar

Keyakinan diri tinggi Berstruktur tinggi Berdikari Resilien Aktif Asertif

Bil Huraian 6 Dari segi perbezaan budaya, rohani dan agama, guru memberi peluang murid-murid berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan

Peranan Guru Aktiviti dijalankan dalam kumpulan pelbagai tahap dan etnik Menggalakkan muridmurid aktif kokurikulum Pengajaran berpusatkan murid Jadual bertugas

Pembentukkan Personaliti Hormat menghormati Polarisasi rendah Integrasi tinggi Kerja berpasukan

Guru melibatkan murid secara optima dalam pembelajaran

Berdisiplin Bertanggungjawab Bekerjasama Resilien tinggi

Вам также может понравиться