Вы находитесь на странице: 1из 16

Kemahiran Asas Kaunseling Kemahiran Melaksana Intervensi

Disediakan oleh : Mohamad Syazwan bin Mat Shom Mazri bin Ishak

Intervensi
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri.

Intervensi biasanya diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang sangat teruk. Hal ini termasuklah merokok, menghisap dadah, bergaduh, dan sebagainya. Kemahiran ini sering digunakan sekiranya klien mengalami masalah tekanan emosi dan mental yang membahayakan.

Intervensi
Langsung
Tidak langsung Kanak-kanak

Intervensi Langsung
Melibatkan klien (pelaku) sama ada seorang mahupun secara berkumpulan. Diadakan secara berhadapan tanpa sebarang halangan. Bagi mencari dan berbincang tentang punca dan kaedah peneguhan kepada tindakan yang telah diambil.

Intervensi Tidak Langsung


Kerjasama keluarga klien. Dijalankan bagi menyelidik selokbelok klien dengan lebih terperinci. Dapat menyelesaikan masalah dengan lebih efisyen.

KanakKanak

Kurang matang dalam menyelesaikan masalah. Kurang perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan gangguan emosi dan mental yang abstrak.

Intervensi Awal Kanak-Kanak

Definisi
Memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanakkanak.
(Kail, 2001)

Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin

KONSEP

diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor

agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal

Kaedah Intervensi
Berpusatkan guru

Berpusatkan keluarga

Berpusatkan murid

BERPUSATKAN PADA GURU


Kaedah untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku.
Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.

Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan,model dan demonstrasi, memberi arahan kepada anak-kanak dan memantau kemajuan mereka.

BERPUSATKAN PADA MURID


Sesuai untuk pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993) Istilah berpusatkan murid membawa imej tentang murid itu sendiri yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas biasa.

BERPUSATKAN KELUARGA
Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.

Вам также может понравиться